Jambatan atas daratan berharga RM210 juta!
1. Waktu membentang Belanjawan atau Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011, Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri menyatatakan,"Hakikatnya, Malaysia adalah negara yang berjaya. Dalam tempoh yang singkat, kita telah merobah wajah Malaysia dari sebuah watan pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi."
2. Saya tidak menafikan bahawa Malaysia telah mencapai kejayaan dalam banyak bidang sejak Malaya mencapai Merdeka pada 1957. Akan tetapi jikalau dibandingkan dengan beberapa buah negara sebaya, kejayaan itu tidaklah begitu membanggakan. Dari segi ekonomi, sekitar tahun 1960, pendapatan perkapita Singapura, Korea Selatan dan Taiwan boleh dikatakan hampir sama dengan kita. Akan tetapi sekarang ini pendapatan perkapita Singapura kira-kira tiga kali ganda Malaysia, manakala pendapatan perkapita Taiwan dan Korea Selatan pula lebih dari dua kali ganda Malaysia. Kenapakah kita ketinggalan?
3. Memang benar jika dikatakan Malaysia tidak lagi berwajah pertanian, walaupun aktiviti pertanian masih luas diamalkan dan memberipekerjaan kepada sebilangan besar rakyat. Akan tetapi tidak tepat sama sekali manakala didakwa Malaysia sudah menjadi "negara perindustrian moden". Jika dibandingkan dengan Korea Selatan, misalnya, kita dapati pencapaian negara kita masih terkebelakang. Korea Selatan jauh lebih maju, bahkan boleh menyainginegara-negara Barat dalam bidang perkembangan elektronik dan digital. Akan tetapi Malaysia tidak memperlihatkan tanda permulaan pun. Dalam industri bermotor, kemampuan Korea Selatan juga mengatasi Malaysia. Kereta-kereta buatan mereka boleh bersaing dengan model-model kereta terkenal dari Amerika danEropah. Akan tetapi kereta-kereta kita belum mempunyai enjin yang sepenuhnya dicipta sendiri dan lebih bergantung hidup kepada pasaran tempatan yang dilindungi.
PERANAN BELANJAWAN
4. Sekarang ini kita lihat bahawa kadar kemajuan yangdicapai oleh beberapa buah negara seperti Vietnam, Thailand dan bahkan juga Indonesia mula mencabar kedudukan Malaysia. Mengapakah ini berlaku. Tentu banyak faktoryang menyebabkannya, yang menunggu untuk dikaji scara halus serta mendalam. Akan tetapi, oleh kerana kita membahaskan Belanjawan, izinkanlah saya mengemukakan hujah-hujah bagaimana Belanjawan mungkin memainkan peranan untuk menggalak kemajuan atau mengakibatkan sebaliknya.
5. Mengikut Belanjawan 2012 ini, jumlah anggaran perbelanjaan yangdicadangkan ialah RM232.83 bilion. Sejumlah RM181.58 bilion (atau 78%) ialah untuk Perbelanjaan Mengurus dan RM51.25 (atau 22%) ialah untuk Perbelanjaan Pembangunan. Peratus untuk Perbelanjaan Pembangunan 2012 ini lebih kecil daripada peratus untuk tahun lalu, iaitu 23.9%. Saya tidak tahu sama ada ini peratus yang terkecil untuk Pembangunan sejak Belanjawan yang pertama. Yang pasti ia adalah terkecil sekali sejak tahun 2000. Sejak tahun itu anggaran perbelanjaan untuk Pembangunan menurun daripada 31.6% (tahun2000), ke 28.4% (tahun 2004) dan 27.2% (tahun 2008) hinggalah 22.0% (tahun2012). Penurunan ini tentu menjejaskan kadar pembangunan negara.
6. Ada sekurang-kurangnya dua peranan besar yang harus dimainkan oleh Belanjawan. Pertama ia harus cuba mengatasi secara progresif kelemahan struktural jangka panjang sesebuah ekonomi. Jadi Belanjawan tidak terbatas hanya menentukan pendapatan dan perbelanjaan mengikut jangka pendek bagi satu-satu tahun secara terpisah. Kedua, ia harus mengulangkaji kemajuan serta masalah bagi tahun itu dan membuat ramalan untuk tahun berikutan serta mengemuka syor-syor untuk menumbuhkan ekonomi sambil mengatasi masalah serta kesulitan yang mungkin timbul.
7. Seperti kita maklum instrumen terpenting bagi mencapai matlamat Belanjawan dari segi pendapatan ialah cukai langsung dan cukai tidak langsung. Antara cukai langsung ialah cukai pendapatan perseorangan dan korporat; manakala cukai tidak langsung pula termasuklah cukai jualan, duti import dan export dan duti eksais. GST juga merupakan cukai tidak langsung yang membebankan semua golongan masyarakat dan lebih teruk kesannya ke atas rakyat berpendapatan rendah. Dari segi perbelaanjaan pula ialah perbelanjaan pengurusan dan pembangunan, termasuk "transfer payments" dan subsidi. Instrumen ini sering disebut sebagai instrumen fiskal.
KELEMAHAN STRUKTUR EKONOMI
8.Kelemahan pertama dalam struktur ekonomi Malaysia ialah terbukanya ia kepada pengaruh ekonomi global. Ekonomi Malaysia bergantung kuat kepada perdagangan dan pada masa sama kepada pelaburan langsung asing (FDI). Permintaan dari luar adalah sebagian penting dari keseluruhan permintaan. Pusat pasaran dunia, terutama sekali Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun sekarang ini sedang menghadapi masalah besar, dengan kadar pertumbuhan yang perlahan, kadar pengangguran yang meningkat, hutang isi rumah dan sektor awam yang tinggi dan sektor kewangan yang boleh membawa kepada kemelesetan.
9. Segala ini sudah pasti akan mempunyai kesan buruk ke atas export, yang boleh mengakibatkan kelembapan pertumbuhan ekonomi negara kita, terutama sekali bagi tahun akan datang. Sektor yang paling kuat bergantung kepada export seperti pengilangan atau pembuatan dan perkhidmatan, terutama pelancongan, mungkin mengalami keadaan merudum akibat daripada kejutan luar yang mendadak. Sebahagian besar tenaga kerja di sektor-sektor yang terjejas ini mungkin akan menghadapi ancaman bahaya terjebak ke dalam kancah masalah ekonomi seperti kehilangan atau pembuangan kerja.
10. Kelemahan kedua ialah trend bertambah besarnya jurang perbezaan dalam pengagihan pendapatan di Malaysia. Hal ini memang sering berlaku dalam semua masyarakat kapitalis. Pada ketika ini, lapisan 20% di atas rumah tangga dalam negara memiliki 52% daripada kekayaan negara, manakala 40% dari yang di bawah sekali memiliki hanya 15%. Angkali Gini masih tinggi lagi, iaitu di sekitar 0.462. Akibatnya, di negara Malaysia ini segelintir kecil golongan elit, terutama yang 5% di atas,mempunyai lebihan (surplus) yang banyak. Pada masa yang sama majoriti besar, yang meliputi mereka dalam lapisan pendapatan rendah dan menegah menghadapi banyak defisit (kurangan).
11. Oleh kerana itu tidak peliklah sebahagian besar dari rakyat Malaysia terbeban dengan jumlah hutang yang membimbangkan. Pada akhir 2010, jumlah hutang isi rumah yang ditanggung rakyat Malaysia telah mencecah RM577 bilion bersamaan 77% dari KDNK. Ada di kalangan mereka yang banyak berhutang daripada bank, khidmat kad kredit, syarikat hutang beli (higher purchase), untuk membeli rumah, kereta dan juga menampung perbelanjaan pendidikan anak. Ada pula yang terpaksa hidup menanggung penggunaan yang rendah (underconsumption). Pada keseluruhan, akibatnya ialah ekonomi menanggung kekurangan permintaan yang disebabkan salah satunya oleh masyarakat yang bertambah tidak saksama.
12. Kelemahan ketiga ialah tampungan kemahiran dan pengetahuan yang kecil serta terbatas disebabkan oleh pengaliran keluar bakat atau "braindrain" dan kemasukan besar-besaran pekerja separuh mahir atau tidak mahir dan juga asas teknologi yang lemah. Pertumbuhan produktiviti terbatas. Malaysia terus terperangkap dalam "middle income trap" dan tidak dapat keluar dari perangkap ini oleh kerana kemahiran yang terbatas. Masalah ini berkaitan dengan masalah mutu pendidikan yang merosot, usaha penyelidikan yang lemah dan kekurangan sifat innovasi oleh kerana amalan kronisme dan juga kurang mengkui kecemerlangan.
13. Kelemahan keempat ialah wujudnya negara yang lemah, tidak cekap tidak telus serta tidak akauntabel, dan luasnya institusi yang korup seperti polis, kehakiman, birokrasi, Suruhanjaya Pilihanraya dan SPRM. Ini membawa kepada bertambah kurangnya keyakinan terhadap tata kelola baik (good governance) secara keseluruhannya.
14. Keempat-empat yang dijelaskan di atas merupakan kelemahan jangka panjang. Selain itu ada dua kelemahan jangka pendek. Pertama ialah ekonomi Malaysia tahun depan mungkin menghadapi suasana antarabangsa yang tidak menetap dan tinggi risikonya. Ia boleh mengakibatkan pertumbuhan lebih perlahan serta pembuangan kerja yang besar dan mendadak. Keduanya, orang ramai terutama sekali golongan pekerja di bandar terus menghadapi tekanan yang timbul dari kos hidup meningkat; ini mengakibatkan kejatuahan pendapatan sebenar, ertinya dengan pendapatan sama bertambah kurang barang-barang yang boleh dibeli.
MENILAI BLANJAWAN 2012
Melindungi Golongan Terdedah - Pekerja
15. Memandang kepada keadaan golongan pekerja bandar yang paling terdedah kepada kejutan luar, sangat perlu dikaji semula jaringan keselamatan (safety net) yang disediakan untuk mereka. Akan tetapi perkara ini tidak kelihatan dalam Belanjawan 2012 dan ini sangat mengecewakan. Kini, jikalau seseorang pekerja dibuang kerja, beliau berhak mendapatkan hanya sedikit faedah atau ganti rugi mengikut Akta Pekerjaan 1955 akibat dibuang kerja. Ada beberapa kelemahan dalam Akta ini yang sepatutnya ditangani oleh Belanjawan 2012. Akan tetapi ini tidak dilakukan.
16. Berhubung ini ada tiga perkara yang sepatutnya diberi perhatian. Pertama, hanya pekerja yang mempunyai pendapatan pada peringkat tertentu saja yang berhak menerima ganti rugi. Walaupun paras pendapatan yang ditentukan telah dinaikkan, namun patutnya ia boleh ditingkatkan lagi supaya boleh meliputi golongan pekerja yang lebih ramai lagi. Kedua, bilangan berapa bulan dalam setahun perkhidmatan yang harus dikira untuk mendapatkan ganti rugi sepatutnya ditambah juga. Ketiga ialah penguatkuasaan bagi melaksanakan syarat ganti rugi ini adalah lemah. Prestasi Jabatan Pekerjaan dalam hal ini tidak memuaskan dan harus diperbaiki.
17. Ada satu lagi masalah yang menunggu golongan pekerja yang mudah terjejas ini. Kementerian Sumber Manusia sedang meminta kelulusan untuk membuat pindaan tertentu ke atas Akta Pekerjaan 1955. Pindaan ini meminta supaya dibenarkan dari segi undang-undang proses pengambilan pekerja dilakukan oleh pihak luar atau di-"outsource". Dengan pindaan tersebut pihak ketiga, iaitu kontraktor pekerja akan diperkenalkan kepada tempat kerja, yang pada masa kini terdiri hanya kepada dua pihak, iaitu pekerja dan majikan. Terma dan syarat pekerjaan akan lebih teruk dan menindas, dan kedudukan pekerja akan menjadi bertambah lemah sebab lebih sulit bagi mereka untuk menubuhkan kesatuan dan mengambil tindakan perusahaan ke atas majikan. Cara ini seperti memperkenalkan semula sistem "kangani" yang diamalkan di zaman penjajahan.
18. Belanjawan ini sepatutnya telah mengesyorkan langkah-langkah untuk melunakkan kesan kuat ke atas ekonomi akibat kejutan dari luar. Satu cara ialah dengan menaikkan permintaan domestik melalui penggunaan domestik yang dipertingkatkan. Belanjawan ini ada menyentuh perkara ini, akan tetapi dengan premis yang boleh dipertikaikan, iaitu kenaikan kadar pendapatan. Sebenarnya, yang diperlukan ialah memperkenalkan strategi pengagihan pendapatan yang lebih banyak kepada golongan yang berpendapatan rendah. Misalnya, perbelanjaan tidak produktif seperti perbelanjaan ketenteraan, baik pulih dan peningkatan taraf kediaman rasmi dan perbelanjaan keluar negara sepatutnya dikurangkan, bahkan jika sesuai, dibatalkan. Pada masa yang sama perbelanjaan untuk Pembangunan Masyarakat dan Desa dan perbelanjaan untuk Kebajikan Masyarakat, misalnya hendaklah dinaikkan lebih besar. Sekarang ini, perbelanjaan masing-masing bagi kedua-dua ini hanya 0.3% dan 0.2% sahaja daripada jumlah anggaran perbelanjaan.
19. Simpanan atau jimatan dari mengurangkan atau membatalkan segala perbelanjaan yang tidak produktif ini boleh disalurkan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah dalam bentuk bayaran kebajikan, bayaran pencen minimum yang boleh membantu penghidupan, bayaran pencen yang berkaitan dengan inflasi, dan perbelanjaan tambahan untuk membina rumah bagi golongan miskin, memperbaiki layanan kesihatan dan juga pengangkutan awam. Walaupun Belanjawan ini menaikkan tambahan tahunan sebanyak 2% bagi pencen bekas pekerja awam mulai 2013, namun ini adalah lebih rendah daripada kadar inflasi. Walaupun ia membantu sedikit, peruntukan ini gagal untuk melindungi nilai sebenar pencen. Sehubungan ini gaji minimum boleh memainkan peranan penting. Akan tetapi PM mengelak perkara ini dalam ucapan Belanjawannya.
Kedudukan Golongan Petani
20. Perlu diingat bahawa para petani juga boleh terjejas pendapatannya oleh perubahan suasana ekonomi yang berlaku di pusat pasaran dunia. Getah dan kelapa sawit merupakan hasil pertanian komersial yang boleh turun naik mengikut harga pasaran dunia; dan pendapatan mereka pun turut dipengaruhi. Beberapa langkah boleh membantu petani ini semasa mengalami harga rendah. Pertama ialah dengan memberikan subsidi. Kedua ialah dengan mengadakan harga stabil melalui sistem stok penimbal. Waktu harga rendah, badan stok penimbal boleh membeli keluaran petani untuk menambah permintaan dan menaikkan harga. Keluaran yang dibeli disimpan dalam stok. Waktu harga naik pula, stok boleh dikeluarkan untuk menambah bekalan dan sekaligus menurunkan harga. Sistem ini memang susah dilaksanakan, akan tetapi belum pernah dicuba.
21. Dari segi pemilikan sumber pengeluaran, pendapatan petani adalah rendah apabila mereka tidak memiliki atau kurang memiliki tanah. Oleh itu mereka menyewa tanah dan akibatnya mereka mendapat hanya sebahagian, biasanya separuh, daripada hasil yang dikeluarkan. Cara terbaik ialah untuk mengadakan rancangan bagi memberi tanah kepada petani tiada atau kurang tanah. Ini tujuan utama rancangan Felda sebagaimana yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Razak Hussein. Akan tetapi, semasa zaman anaknya PM Najib Razak, tanah milik peneroka Felda diambil alih dan dijadikan milik Felda Plantations, dijalankan atas asas kapitalis yang menutamakan untung syarikat bukannya kebajikan para petani atau pekerja. Peneroka yang menyerahkan tanah mereka secara sukarela atau terpaksa kepada ladang ini, mendapat pendapatan bulanan yang jauh lebih kecil (adakalanya separuh atau sepertiga saja) daripada yang diperolehi peneroka yang tidak menyerahkan tanah mereka tetapi terus mengerjakannya sendiri.
Penyenaraian FELDA Global Ventres Holding Bhd

22. Dalam ucapan Belanjawan terbarunya, berbicara tentang Fokus Pertama; Meligat Pelaburan, Najib Razak mengumumkan rancangan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holding Bhd di bursa saham pada separuh pertama tahun 2012. Peneroka Felda dijanjikan durian runtuh. Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat telah mengeluarkan satu kenyataan media yang panjang mengkritik rancangan ini. Di sini saya memetik beberapa perkara pokok yang disebutnya. Felda Global Ventures memiliki hanya 42,000 hektar tanah di Kalimantan yang masih dalam peringkat penanaman dan semaian. Jadi, untuk tujuan penyenaraian ini, Felda berhasrat untuk memajakkan 350,000 hektar kepada Global Ventures. Memajakkan tanah Felda denga tujuan penyenaraian ini adalah bertentangan dengan semangat Akta Kemajuan Tanah yang dihasratkan oleh mantan PM Razak.
23. Struktur Pra Penyenaraian Felda Global Venures di mana Koperasi Permodalan Felda akan memiliki 60% ekuiti sementara FELDA memiliki 40% kelihatan direka untuk menipu dan mengabui mata rakyat, terutama peneroka dankakitangan Felda. Kononnya wujud konflik kuasa eksekutif apabila Pengarah Besar Felda juga memegang jawatan Pengerusi Permodalan Felda. Pengerusi Felda Isa Samad merampas kuasa Pengerusi Permoalan Felda dengan melanggar Akta Koperasi melalui Agenda Khas Mesyuarat Lembaga Pengarah Feld ketika Pengarah Besar FELDA sedang menunaikan umrah. Mengikut maklumat, perubahan struktur ini dirancang oleh Ketua Eksekutif FELDA, Sabri Ahmad.
24. Difahamkan tujuan perubahan ini ialah untuk memungkinkan Isa Samad mengambil tindakan meluluskan pelepasan pegangan ekuiti Koperasi Pemodalan Felda dalam Felda Holdings dan merombak pengurusan dan ahli lembaga pengarah, mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merobah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahli koperasi. Ia juga untuk menutup mata kakitangan FELDA yang menjadi ahli Koperasi Permodalan FELDA dari mengetahui bahawa mereka bakal kehilangan majoriti 55% dalam saham Felda Holdings Bhd. Struktur selepas penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam Anak-anak Syarikat FELDA susut kepada 30% saja dan baki 70% lagi ditawarkan kepada pelabur luar.
25. Felda Global Ventures bukanlah sebuah syarikat yang diurus dengan baik. Ia telah mengalami kerugian sehingga ratusan juta ringgit dalam pelaburan luar negara seperti pelaburan dalam Twin Rivers Technologies dan pembelian apartment di Mekah. Ketua Eksekutif syarikat ini pula pernah disyaki terlibat dalam salah laku yang mengakibatkan kerugian RM120 juta di Syarikat Golden Hope Plantation Bhd. Setelah disiasat oleh KPMG Forensics, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Penasihat Intergrasi Kumpulan SimeDarby, seperti dilaporkan dalam Straits Times bertarikh 11 Jun 2008.
26. Durian runtuh yang dijanjikan Perdana Menteri akan merupakan hanya pemberian sekali (one off). Sebaliknya FELDA kehilangan pendapatan antara RM1.5-RM2 bilion setahun yang sahrusnya boleh digunakan untuk kebajikan peneroka. Jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad bahawa FELDA bakal dibayar RM1 bilion setahun selama 99 tahun bagi meneruskan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka amat disangsikan. Ini ialah kerana difahamkan tidak ada jaminan bertulis mengenai perkara tersebut dalam Perjanjian Pajakan.
Kekurangan Kemahiran dan Pengetahuan
27. Di negara kita ini, tampungan kemahiran dan pengtahuan adalah terbatas dan asas teknologinya lemah. Ini mungkin diakibatkan oleh mutu pendidikan yang semakin merosot dan kapasiti penyelidikan yang terbatas di kalangan universiti dan lain-lain institusi penyelidikan tempatan. Seterusnya tendesi mengutamakan faktor-faktor lain daripada kejayaan ilmu bagi kemasukan pelajar ke pusat-pusat pengajian tinggi; kelayakan bagi kenaikan pangkat kakitangan; sukatan pelajaran yang tidak tersusun rapi; sistem peperiksaan yangtidak begitu ketat semuanya menyumbang kepada kemerosotan mutu pendidikan dan seterusnya kelemahan asas teknologi kita.
28. Kerjasama universiti dengan industri yang lemah dalam bidang latihan dan penyelidikan membawa kepada kegagalan syarikat kecil dan sederhana (SMI) untuk meningkatkan teknologinya. Belanjawan 2012 sepatutnya memberikan insentif untuk menggalakkan kerjasama itu. Tampungan kemahiran danpengetahuan ini ditambah burukkan lagi oleh "brain drain" yang luas berlaku. Saya menyokong rancangan untuk menaikkan pendapatan guru dan penjawat awam lain, akan tetapi ini tidak mencukupi. Lebih penting, ia mesti diikuti oleh langkah-langkah di dalam dan di luar Belanjawan, untuk mengatasi masalah-masalah yang saya sebut di atas bagi meningkatkan mutu, menambah efisiensi dan menguatkan kapasiti teknologi.
29. Sehubungan izinkan saya merujuk kepada Fokus Kedua: Mengungguli Modal Insan, Mencerna Kreativiti dan Mencetus Innovasi dalam UcapanBelanjawan. Perdana Menteri menyatakan dua perkara di dalamnya. Pertama,katanya "institusi penyelidikan perlu menyusun semula stratagi untuk menterjemahkan hasil R&D kepada produk bernilai kommersial". Pandangan ini diterima. Akan tetapi ia tidak mungkin berlaku dengan meluas kerana peruntukan negara ini kepada R&D sangat kecil, iaitu dalam lingkungan 3 peratus daripada KDNK saja. Pada hal pukul rata bagi seluruh dunia ialah hampir 6 peratus dan dalam rantau ini dalam lingkungan 4 peratus. Dari segi peruntukan ini kelihatan seolah-olah Malaysia tidak memberi penekanan yang berat kepada R&D.
30. Keduanya, PM menegaskan "Innovasi perlu diterap dan diamalkan oleh semua". Untuk menggalakkan ini beliau mengumumkan Gerakan Innovasi Nasional bagi tahun 2012, dengan peruntukan RM100 juta bagi mengatur beberapa inisiatif strategik. Sesuai dengannya tujuh langkah dirancangkan. Sebenarnya, gerakan seperti ini tidak begitu mencukupi. Innovasi adalah berkaitan dengan kreativiti dan seterusnya dengan pembentukan minda yang bebas dan kritikal. Ini tidak mungkin berlaku sekiranya meluas psikologi takut di dalam masyarakat melalui undang-undang seperti ISA, dan pelbagai tindakan menekan minda dalam institusi pendidikan, terutama di peringkat Universiti, melalui AUKU dan "Aku Janji". Perkara ini akan dibincang nanti bila tiba waktunya. Buat semenatara ini, perlu ditegaskan segala undang-undang yang menekan ini perlu dimansuhkan dan bukan cuma dipinda saja.
B. Membentuk Masyarakat Malaysia Lebih Saksama
Apabila pasaran saham pulih nanti, saya ingin melihat cukai keuntungan modal (capital gains tax), iaitu untuk mencukai keuntungan daripada spekulasi. Saya juga ingin melihat Kerajaan menumpu atau fokus sumber cukainya daripada cukai langsung lebih daripada cukai tidak langsung. Dari segi inilah cukai GSP harus ditolak, kerana ia berbentuk regresif dan akan lebih memberatkan beban ke atas golongan berpendapatan rendah, Seterusnya, demi menggalakkan kesaksamaan serta kesama-rataan sosial, Kerajaan perlu meningkatkan kadar cukai pendapatan yang lebih tinggi kepada golongan kaya, pada kedua-dua peringkat individu dan korporat.
32. Dengan langakah-langkah sedemikian, surplus atau lebihan daripada isi rumah dan korporat yang kaya boleh dipindahkan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah yang mempunyai "marginal propensity" Lebih tinggi untuk mengguna. Lebihan daripada mereka yang berada yang selalunya terbiar atau dilabur kepada aset kewangan yang tidak produktif atau harta, bolehlah digerakkan melalui penggunaan yang bertambah oleh golongan miskin dan bependapatan rendah. Dengan ini, jumlah permintaan boleh ditingkatkan dan pertumbuhan dapat dipercepat, walaupun pada masa suasana antarabangsa tidak begitu baik bagi ekonomi Malaysia.
33. Akan tetapi perkara ini akan berjaya dilakukan hanya dengan campur tangan pihak pemerintah. Ini tidak mungkin dilakukan sekiranya pemerintah melaksanakan dasar liberalisasi dan sistem ekonomi pasaran yang luas. PM Najib Razak nyata sekali berazam untuk menguatkan asas dasar liberalisasi dalam melaksanakan segala rancangan pembangunannya. Perlu diingat bahawa jika dasar liberalisasi diteruskan tanpa batas dengan tidak membenarkan peranan kerajaan, kerajaan akhirnya harus menamatkan DEB yang diagung-agungkannya itu. Sebabnya ialah ialah sebahagian besar dari matlamat DEB itu akan dapat tercapai hanya dengan membenarkan peranan kerajaan dan bukannya bergantung hanya kepada peranan pasaran.
33. Begitu juga dengan kemudahan sosial seperti pendidikan dan kesihatan. Dalam keadaan dasar liberalisasi seluasnya, tentulah kemudahan pendidikan dan kesihatan akan diswasta sepenuhnya. Selari dengan ini kemungkinan besarnya kebajikan rakyat akan diabaikan untuk memberikan peluang terbuka kepada modal untuk membuat untung daripadanya. Golongan yang paling teruk menanggung tekanan dari dasar ini tentu sekalilah yang miskin dan berpendapatan rendah. Lihat saja betapa mahalnya bayaran untuk memasuki universiti dan hospital swasta. Sudah tentu mereka daripada lapisan bawahan dalam masyarakat tidak termampu membayarnya.
34. Baru-baru ini ada berita besar yang menyatakan bahawa akan dilakukan penstrukturan semula perkhidmatan perubatan dengan mengubah antara lainnya "health financing" (pembayaran untuk kesihatan). Saya tidak faham mengapa hal ini perlu dilakukan, melainkan hanya untuk memberi keuntungan kepada golongan kecil tertentu yang memang sudah kaya, melalui penswastaan perkhidmatan kesihatan ini. Ini sesuai dengan tuntutan liberalisasi. Kerajaan hendaklah mengkaji dengan halus sekali sebelum melaksanakan rancangan ini. Sebabnya ia akan mengakibatkan bebanan berat terutama sekali kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Mengikut ini tiap-tiap pesakit terpaksa membayar sendiri untuk mendapat khidmat kesihatan. Ini tidak harus berlaku sama sekali. Sehubungan ini juga harga ubat-ubatan mesti direndahkan lagi. Hendaklah diadakan peraturan supaya Ubatan-ubatan "generic", yang jauh lebih murah, mudah diperolehi oleh rakyat ramai.
35. Nampaknya, salah satu daripada tujuan meluaskan dasar liberalisasi ialah untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI). Akan tetapi kejayaan Malaysia manarik pelaburan asing, apabila dibandingkan dengan negara-negara lain tidaklah begitu berjaya. Mengikut laporan "FDI Report Outlook" yang diterbitkan oleh Financial Times, edisi terbaru keluaran Mei 2011, kedudukan lima negara yang paling banyak mendapat pelaburan luar ialah: China, India, Australia, Vietnam, dan Singapura. Malaysia tidak termasuk dalam senarai. Malah jumlah pelaburan asing yang masuk ke Vietnam adalah RM87 bilion dan Singapura sebanyak RM39 bilion. Akan tetapi Malaysia hanya memperolehi RM29 bilion. Dakwaan yang dibuat oleh YB yang bercakap sebelum saya tanpa mengemukakan bukti adalah tidak benar.
36. Saya bukan menentang usaha untuk menarik modal asing. Saya cuma hendak menegaskan dua perkara. Pertama, kita tidak boleh bergantung kepada modal asing sepenuhnya, bahkan mobilisasi modal tempatan hendaklah digalakkan juga. Keduanya, apabila kita menerima modal asing, kita hendaklah jelas untuk tujuan atau matalamat apa ia digunakan. Adakah lebih untuk menjana pekerjaan dengan gaji bepatutan di kalangan rakyat daripada memberi peluang pemodal asing mengaut keuntungan? Seterusnya, sebagai misalan, jikalau modal asing itu digunakan untuk membina rumah, adakah yang dibina itu hanya rumah-rumah mewah saja untuk untuk dijual kepada golongan atasan dan memaksimakan untung modal asing?
Laporan Audit: Kelemahan Urusan Atau Rasuah?
37. Sekarang saya ingin berpindah kepada Laporan Ketua Audit Negara. Tiap-tiap tahun kita membaca lapora tentang Kementerian dan Jabatan membeli pelbagai barang dan alat dengan bayaran berkali ganda dari harga pasaran. Akan tetapi nampaknya tidak ada tindakan tegas dan berkesan diambil. Itu sebab kita membaca cerita yang berulang tahun ini. Antaranya ialah: Laptopdan pencetak berharga RM3428 dibeli 246% lebih mahal; LCD TV dn DVD Player berharga RM2182 dibeli 638% lebih mahal; Radar X-Brand berharga RM8255 dibeli 478% lebih mahal; Bushbell Binoculars berharga RM2827 dibeli 1893% lebih mahal; Marine Binoculars berharga RM11940 dibeli 2805% lebih mahal; dan Walkietalkie berharga RM1561 dibeli 177% lebih mahal. Ini contoh-contoh daripada Jabatan Taman Laut Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar saja. Adakah ini kerana kelemahan urusan atau Rasuah. Hendaklah dipastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.
38. Sekian lama kita melihat pendedahan demi pendedahan berhubung Projek Feedlot yang telah diberikan kepada suami seorang Menteri. Sebanyak RM250 juta diserahkan, walaupun bentuknya dipertikaikan, sama ada hutang atau geran. Jikalau hutang, tiada tempoh membayar balik. Sebahagian dari wang ini telah digunakan untuk bermacam-macam perkara yang tidak ada kena mengena dengan penternakan lembu. Antaranya ialah membeli kondo, tanah, kereta Mercedes, pergi melancong dan umrah, dan sebagainya. Perincian yang jelas diberikan tentang setiap perkara yang didedahkan. Menteri kata dia tiada kaitan. TPM menafikan skandal ini, mungkin kerana projek diberikan semasa beliau Menteri Pertanian. Yang anehnya PM pun menolak tuduhan-tuduhan yang dibuat. Sepatutnya beliau harus berkata perkara ini akan disiasat.
39. Satu lagi pendedahan oleh Ketua Audit Negara ialah mengenai pembelian 257 kenderaan berperisai dari Turki oleh Kementerian Pertahanan. Kerajaan Malaysia tidak melakukan kaji selidik apabila membayar syarikat Deftech Malaysia sebanyak RM29.4 juta bagi setiap kenderaan, pada hal Deftech Malaysia membayar hanya RM6.6 juta kepada FNSS Turki. Ertinya, perbezaan atau ketirisan sebanyak RM23 juta sebuah. Sekiranya Kerajaan memberi secara langsung (Kerajaan dengan Kerajaan), harganya tidak melebihi RM4.5 juta sebuah. Bezanya bagi 257 kenderaan melebihi RM6 bilion. Siapakah yang mendapat laba daripada transaksi ini? Sekali lagi saya ingin bertanya: salah urus atau rasuah?
40. Satu hal yang tidak diketahui umum, dan bukan didedah oleh Ketua Auditor ialah tentang pembinaan Jambatan Sungai Bagus, Bandar Baru Ketereh, Daerah Kemaman. Paling aneh, jambatan ini dibina atas daratan dan tidak melintasi Sungai Bagus, sebagaimana tujuan jambatan dibina. Harga asal kontrak RM174 juta. Harga semasa sudah meningkat RM210 juta. Tambahan RM70 juta untuk membentung anak Sungai Bagus mengalir di bawah jambatan! Jambatan ini hampir siap dan tiada halangan dan larangan dari JKR yang mengawasi pembinaan. Bayaran dibuat mengikut kemajuan kerja. Usaha untuk mengalih anak Sungai Bagus ke bawah jambatan dilakukan tanpa merujuk kepada Jabatan Parit dan Sungai. Proses tender sedang dirangka. Nama kontraktor jambatan atas darat ini ialah: TSR Construction Sdn Bhd. Khabarnya kontraktor seorang AJK UMNO Bahagian Ulu Terengganu.
41. Contoh-contoh yang diberi merupakan hanya sebahagian daripada bukti bagaimana wang rakyat dan kekayaan negara dirompak dengan begitu mudah sekali. Kita jangan lupa perompakan lebih besar telah berlaku. Dewan Rakyat pernah diberitahu oleh seorang Menteri apabila menjawab soalan, bahawa sebanyak kira-kira RM52 wang ekuiti Bumiputera telah hilang. Bagaimanakah wang sebayak ini boleh lesap? Siapakah yang secara langsung bertanggungjawab atas kelesapan ini? Jikalau RM52 bilion boleh hilang tanpa penjelasan, apalah perlunya mengambil tindakan ke atas jumlah RM210 atau RM250 juta. Keadaan sudah parah. Ia tidak boleh didiamkan lagi.
*Teks ucapan Syed Husin Ali (gambar kanan) selaku senator (ahli Dewan Negara) pada 7 Disember 2011.