Tuesday, June 5, 2012

Lagi Berita Baik Buat Rakyat Malaysia Baru! Inilah Sebab Kerajaan BN-UMNO Perlu Diturunkan!

Skandal Forex Kerajaan Malaysia Tahun 1992. Negara Kalah Judi (Rugi RM30 Bilion)??

Staff Berita Semasa 
Malaysia Forex George Soros Skandal Forex Kerajaan Malaysia Tahun 1992. Negara Kalah Judi (Rugi RM30 Bilion)??
Tak habis lagi dengan skandal NFC, skandal PKFZ dan isu Scorpene yang dibangkitkan smeula oleh mahkamah Perancis rakyat Malaysia hari ini disogokkan pula dengan berita satu lagi skandal Forex yang melibatkan angka yang cukup besar kerugiannya kepada negara sekitar tahun 1992 
Skandal Forex Malaysia ini pernah dibangkitkan oleh Lim Kit Siang di Dewan Rakyat suatu ketika dahulu dan juga pernah dimuatkan skndal ini juga oleh Barry Wain yang merupakan bekas penulis Asian Wall Street Journal dan juga Asia Week dalam bukunya berjudul Malaysia Maverick. Dan seperti biasa, buku-buku seperti ini telah diharamkan di Malaysia.
Dalam pendedahan skandal Forex spekulasi matawang asing baru-baru ini, Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakop menamakan 4 orang orang golongan elit yang berkuasa pada ketika itu sebagai pemain utama yang telah menyebabkan negara kita Malaysia mengalami kerugian secara besar-besaran sebanyak RM30 bilion dalam skandal antarabangsa spekulasi pertukaran asing kira-kira 20 tahun lalu.
Forex Scandal Malaysia Skandal Forex Kerajaan Malaysia Tahun 1992. Negara Kalah Judi (Rugi RM30 Bilion)??
Individu-individu elit pada masa itu yang dimaksudkan itu sehingga mengakibatkan negara kita kerugian adalah seperti :
  1. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed
  2. Menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin
  3. Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dato’ Jaffar Hussein dan
  4. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Dalam forum bertajuk: “Bank Negara Forex Scandal – When Government Becomes Speculator”, didedahkan di mana :
  1. Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop telah melakukan spekulasi dan berjudi secara melulu dan tidak bertanggungjawab dengan tidak mengambil kira keselamatan aset Bank Negara ketika itu
  2. Kedua-dua individu elit ini bertindak terlalu drastik sebegitu rupa semata-mata menewaskan George Soros, berkemungkinan untuk menarik perhatian ketua mereka bahawa mereka adalah pakar dalam urusan tukaran mata wang asing, dengan memperjudikan wang rakyat seperti anda, anda dan anda semua di sini. Siapakah ketua mereka pada masa itu?
  3. Ini semua berpunca daripada “tamak yang menguasai diri sehingga hilang pertimbangan” dek kerana Bank Negara yang pernah mendapat keuntungan yang munasabah sebelum 1992 – 1993 sehingga menyebabkan Bank Negara berjudi lagi dalam tukaran matawang asing dengan jumlah yang lebih besar.
  4. Siapa pula lawan kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop ketika itu? George Soros. George Soros ini dalam bahasa mudahnya adalah merupakan pakar judi (seorang kapatalis forex antarabangsa). George Soros ini duduk dalam sistem kapitalis antarabangsa yang mencengkam.
  5. Norma pasaran matawang adalah untuk berdagang bagi 1 lot adalah dalam jumlah USD1 juta, USD5 juta atau USD10 juta, tetapi Bank Negara biasanya akan berdagang dalam USD50 juta untuk 1 lot dan mencecah sehingga USD1 bilion sehari, kerana mereka akan berdagang spekulasi matawang sehingga antara 5 dan 10 lot setiap panggilan.
  6. Tetapi apa hasilnya yang kerajaan Malaysia dapat ketika itu? Orang tua-tua ada mengatakan “orang tamak selalu rugi”
  7. Akhirnya pada tahun 1992, Bank Negara telah berjudi dalam spekulasi matawang Pound British dan bersaing dengan George Soros, pemain utama dalam pasaran forex. Akibatnya Bank Negara kehilangan USD5.5 bilion dan George Soros mendapat USD1.7 bilion
  8. Bank Negara kemudian mendakwa ia adalah hanya kerugian atas kertas sebanyak RM9.3 bilion. Walaubagaimanapun, pakar-pakar kewangan menganggarkan Bank Negara telah kehilangan antara USD27 bilion sehingga USD33 bilion, yang lima kali ganda lebih tinggi daripada rizab luar negara dan aset keseluruhan USD20.7 bilion pada tahun 1992
  9. Kemudian Lim Kit Siang menganggarkan Bank Negara kehilangan amat besar sebanyak RM30 bilion. Walaubagaimanapun, Bank Negara mendakwa kerugian hanya RM10.1 bilion pada tahun 1992 dan RM5.7 bilion pada tahun 1993
Bank Negara Forex Judi Skandal Forex Kerajaan Malaysia Tahun 1992. Negara Kalah Judi (Rugi RM30 Bilion)??
Dan masih ingat lagi, krisis kegawatan ekonomi yang melanda negara-negara Asia termasuklah negara kita Malaysia sekitar tahun 1997/1998. Antara lainnya berpunca daripada tindakan George Soros sendiri yang menggunakan duit dananya untuk sabotaj ekonomi negara lain termasuk Malaysia. George Soros perhatikan, Malaysia hanya negara kecil pada masa itu, tetapi “cukup berani” bermain judi peringkat antarabangsa dengan mengunakan rizab wang negara di “lapangan permainannya”. George Soros bertindak “tapau” Malaysia sehingga menyebabkan satu malam rizab wang negara hilang begitu sahaja. Jelas?
Okay. Dalam contoh mudahnya, yang kami ingin kongsikan di sini dalam bentuk penceritaan:
  1. Individu A balik ke rumah dan telah berjumpa dengan maknya
  2. Maknya pun bertanya kepada individu A, mana duit gaji kamu hari ini?
  3. Individu A pun menceritakan semula kepada maknya yang mana dalam perjalanan pulang tadi, beliau telah diganggu oleh tokey judi dan telah mengambil duitnya
  4. Jikalau maknya cerdik, semestinya maknya akan cepat angkat tangan, lempang muka individu A (anaknya) kiri dan kanan. Sebab? Inilah yang ingin kami sebutkan..
  5. Sebab…..kalau individu A tidak berjudi macam mana tokey judi itu boleh ganggu beliau dalam perjalanan pulang dan bertindak berani merampas duit gaji daripadanya? Dan….
  6. Dan…..kalau kita (kerajaan Malaysia tak main judi di peringkat antarabangsa), macam mana  George Soros boleh sabotaj ekonomi Malaysia selepas itu?
Kegawatan Ekonomi 1998 Skandal Forex Kerajaan Malaysia Tahun 1992. Negara Kalah Judi (Rugi RM30 Bilion)??Selepas negara dihimpit dengan masalah ekonomi, bermulalah beberapa pertembungan idea dan “episod masam-masam manis” dikalangan pemimpin-pemimpin tertinggi Malaysia ketika itu.
Kerugian yang bernilai RM30 bilion dialami oleh kerajaan Malaysia sehingga membebankan rakyat Malaysia adalah satu angka yang cukup besar. Ini juga antara salah satu punca yang menyebabkan negara Malaysia dihimpit hutang yang cukup tinggi ketika ini selain daripada beberapa skandal penyelewengan lain yang masih belum “mampu” diselesaikan secara total. Jadi kami berharap skandal Forex ini dibuka semula dengan harapan selepas ini duit rakyat Malaysia tidak digunakan dengan sesuka hati apatah lagi memperjudikan duit negara untuk tujuan bermain forex.
P/S : RM30 bilion jikalau diagihkan kepada rakyat Malaysia berapa ramai rakyat Malaysia yang mendapat manfaatnya. Apa pendirian anda pula?