Source : The Sun (beritaislamglobal.blogspot.com)
Akibat terlalu panik, keluarga Presiden Mubarak dilaporkan lari meninggalkan Mesir menuju ke tempat perlindungan, sebuah rumah mewah milik mereka berharga £8.5million di kota London.
Anak Mubarak, Gamal, 47, dikatakan yang terawal melarikan diri, terbang ke Britain dengan jet peribadi bersama keluarga beliau berserta 97 buah bagasi.
Beliau memiliki rumah agam enam-tingkat era George tidak jauh dari Harrods di Knightsbridge, Barat London.
Tetapi menurut khabar angin yang datangnya dari masyarakat Mesir di Britain, President, 82, dan isterinya Suzanne, 69, juga merancang untuk menginap di rumah mewah tersebut.
Malah, beberapa petugas bagasi di Heathrow memaklumkan yang mereka terlihat Wanita Pertama sampai di lapangan terbang.
Mubarak dikatakan telah mengumpul kekayaan bernilai £25billion untuk keluarganya sejak memegang tampuk kuasa pada 1981.
Suzanne, Gamal dan abangnya, Alaa, 49, telah menjadi lambang kemewahan dan korupsi di Mesir.
Malah Suzanne, yang berdarah Welsh itu, diberi jolokan Marie Antoinette iaitu Permaisuri yang gila kemewahan yang dipenggal kepalanya semasa Revolusi Perancis.
Wanita Pertama yang meminati bidang fesyen itu memegang passport Britain kerana ibunya Lily May Palmer adalah warga Britain – yang merupakan anak kepada seorang pelombong arang batu di Pontypridd.
Lily bertemu dan berkahwin dengan pelajar perubatan Mesir Saleh Thabet semasa bertugas sebagai jururawat di Utara London pada 1934.
Mereka kemudiannya kembali ke Mesir dan di sanalah, pada tahun 1941, Suzanne dilahirkan.
Tentang asal-usulnya yang berdarah Inggeris, beliau berkata: "Saya selesa hidup dalam dua budaya, dua bahasa dan dua dunia."