Thursday, January 27, 2011

Panas! : Phang letak jawatan anggota panel SPRM

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

 

Phang dituduh cuba menyogok seorang ketua setiausaha kementerian tahun lalu. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 27 Jan — Tan Sri Robert Phang mengumumkan keputusannya meletakkan jawatan sebagai anggota panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dakwaan bahawa beliau pernah cuba untuk menyogok seorang ketua setiausaha kementerian tahun lalu.
Phang berkata beliau memutuskan demikian kerana mahu melindungi integriti diri beliau dan juga SPRM.
Semalam, SPRM membenarkan Phang terus menjadi anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) sehingga tamat tempoh keanggotaan penggal pertama pada 24 Februari ini.
Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam satu mesyuarat PPPR semalam.
Phang sebelum ini memohon pelepasan selaku anggota panel berkenaan bagi membolehkan SPRM menyiasat secara bebas dakwaan rasuah yang membabitkannya.
Menurut kenyataan itu, dakwaan yang disebarkan oleh sebuah blog menyatakan Phang telah cuba memberi rasuah kepada seorang ketua setiausaha sebuah kementerian pada tahun lepas.
Phang mendakwa beliau menjadi mangsa serangan untuk menakut-nakutkan beliau selepas membangkitkan kebimbangan berhubung kurangnya tindakan dalam skandal MAS.
Phang yang juga Jaksa Pendamai secara konsisten menggesa agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail disiasat berhubung dakwaan rasuah.
Katanya, penjelasan Abdul Gani kepada panel itu telah gagal untuk mengetepikan kesangsian mengenai “hubungannya” dengan  Shahidan Shafie, seorang proksi bekas pengerusi eksekutif MAS Tan Sri Tajuddin Ramli.
Tambah beliau, tindakan membunuh karakternya telah diatur untuk merosakkan reputasi beliau oleh mereka dalam dan luar kerajaan.
Malah kata Phang, beliau tidak terkejut dengan serangan yang berkaitan dengan bisnes masa lalunya di Sabah memandangkan Abdul Ghani dan juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk VK Liew adalah dari Sabah.
Liew menggesa agar SPRM memulakan siasatan terhadap Phang selepas dakwaan ke atasnya muncul di blog.
Tajuddin merupakan pengerusi eksekutif MAS dari 1994 hingga 2001.
Ketika era kepimpinannya syarikat penerbangan negara itu berhadapan dengan kerugian mencecah RM8 bilion — yang paling besar, menyebabkan aduan dibuat ke atas beliau.
Phang menuntut agar Abdul Gani menjelaskan dakwaan bahawa pemergiannya ke Mekah untuk menunaikan haji tahun lalu ditaja oleh Shahidan, yang dikatakan turut berada di Mekah.(minsider)

Kuan Yew:Saya tak pernah perlekeh pengganti macam Dr M

Oleh Leslie Lau
Executive Editor


Dr Mahathir (kanan) bersara sebagai perdana menteri pada 2003. — Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 27 Jan — Bekas perdana menteri Lee Kuan Yew bangga kerana beliau tidak pernah memperlekehkan penggantinya sebagaimana dilakukan oleh rakan sejawatannya di Malaysia — Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil mendakwa peranan beliau hanyalah memberi nasihat kepada barisan pemimpin yang menggantikannya di republik tersebut.
“Inilah niat saya. Jika perdana menteri yang baru gagal, saya gagal,” kata pengasas Singapura ini dalam buku terbaru baru “Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going”.
Buku 458 halaman ini diterbitkan oleh Straits Times Press awal tahun dan memuatkan siri temu bual dengan menteri mentor yang diadakan di antara Disember 2008 dan Oktober 2009.
Membandingkan dengan sikap perdana menteri keempat Malaysia, Lee seterusnya menulis: “Mahathir tidak pernah fikir begitu. Beliau memperlekehkan penggantinya.”
Sejak bersara pada 2003, Dr Mahathir terus kekal dalam radar arena politik negara ini.
Dr Mahathir lantang mengkritik Tun Abdullah Ahmad Badawi yang beliau pilih sendiri kira-kira setahun selepas menyerahkan tampuk kepimpinannya pada Oktober 2003.
Kemudian Dr Mahathir mengambil langkah drastik dengan meninggalkan Umno pada awal 2008, sejurus selepas pilihan raya umum pada tahun tersebut.
Bagaimanapun berbanding Lee (kanan), Dr Mahathir menolak syor agar beliau dilantik sebagai menteri kanan dalam Kabinet Abdullah.
Beliau kembali ke Umno selepas Abdullah berhenti pada April 2009.
Dan, sejak menjadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak juga kelihatan berhati-hati dalam membuat kenyataan agar tidak menyinggung Dr Mahathir.
Lee, yang kekal dalam Kabinet Singapura sebagai menteri kanan dan kemudian sebagai menteri mentor, bertindak sebaliknya dalam soal pengurusan dan kepimpinan pengganti beliau — Goh Chok Tong dan Lee Hsien Loong, yang merupakan anaknya.
Bagaimanapun Lee masih kekal sebagai pemimpin yang berpengaruh dan disegani di Singapura.
Bercakap mengenai sikapnya terhadap penggantinya dalam buku terbaru beliau, Lee memetik kata-kata bekas perdana menteri Britain John Major.
“Anda perlu melihat pada jawapan (Major). Beliau mahu memastikan bahawa perdana menteri baru berjaya,” katanya.
Dalam temu bual untuk buku tersebut, Lee yang berusia 87 tahun bercakap panjang lebar mengenai Malaysia dan juga mengulas mengenai Najib dan hubungan dua hala dengan Malaysia.
Bekas perdana menteri itu juga menyifatkan Najib sebagai seorang pemimpin rasional yang memahami hakikat Malaysia memperoleh manfaat daripada kerjasama dengan negara jiran di selatan itu, tetapi berhadapan dengan hambatan emosi masyarakat Melayu.
“Perdana Menteri Najib Razak seorang pemimpin rasional. Beliau mahu bekerjasama dengan kami sebab beliau melihat faedah bagi Malaysia.
“Bagaimanapun beliau perlu berhadapan dengan emosi peringkat domestik, seperti ahli-ahli politik di mana-mana negara,” katanya,
Beliau juga mempersoalkan sama ada Najib berupaya untuk membawa perubahan yang diidamkan apabila berhadapan dengan cabaran sedemikian.
“Jadi, adakah orang Melayu akan membolehkan kerjasama dengan Singapura? Sejauh mana mereka akan menyokong projek-projek yang sementara memanfaatkan Malaysia, ia juga akan membantu Singapura untuk makmur?
“Setiap pemimpin Malaysia perlu sedar persoalan ini. Kita tidak harus melupakan perkara ini,” kata negarawan yang terus kekal berpengaruh ini.
Pandangan itu sebahagian daripada buku terbaru Lee yang turut meminta Islam Singapura agar tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara.
Aspek itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan pemimpin Islam dan NGO Melayu negara ini sejak awal minggu ini.(minsider)

EVERY MALAYSIAN PAID RM33,000 FOR CORRUPTION?























MALAYSIA is losing RM888 billion in 9 years as a result of corruption and misgovernance! It has been almost a week, yet Najib is completely silent about it? As the Finance Minister, Najib should explain himself! Why pass the bucket to Bank Negara?
Global Financial Integrity (GFI) has reported that Malaysia is the world's top five in per capital illicit capital outflows over a period of nine years in the last decade:
1. China: $2.18 trillion
2. Russia: $427 billion
3. Mexico: $416 billion
4. Saudi Arabia: $302 billion
5. Malaysia: $291 billion (RM888 billion - RM33,000 per head)

‘PEMBUNUH BERLESEN’ DI SABAH?

 



















                                      BUNUH.... Tergamakkah kita membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa semata-mata kerana kecuaian kita?


Oleh: MUTALIB M.D
‘PEMBUNUH Berlesen’ telah menjadikan Sabah sebagai ‘Killing Fields’ dengan melonggokkan lebih empat hingga lima juta bateri ‘Lead Acid Plumbum’ (LAP) setahun sehingga Sabah tidak lagi selamat daripada pencemaran bahan karsiogenik akibat penggunaan Sistem Solar Hibrid menggunakan LAP.
“Kenapa Kerajaan Malaysia menggunakan teknologi 1860 untuk menyelesaikan masalah keruncingan tenaga elektrik di abad ke 21? Siapa dalang sebenar di sebalik pengenalan dan pemilihan resolusi menggunakan LAP untuk mengatasi masalah ini? Kenapa jadikan Sabah sebagai ‘Killing Fields’?” tanya Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu.
Menurut Patrick, beliau dimaklumkan oleh Aktivis Alam Sekitar bahawa tidak ada pusat pelupusan LAP bateri di Sabah sehingga penjenayah alam sekitar membuang bahan cemar ini di sungai, tepi pantai atau di tanam di dalam tanah.
“Kita kesal kerana tidak ada Hospital di Sabah yang mempunyai kemudahan untuk merawat pesakit yang terkena keracunan ‘Lead Acid Plumbum’. Lebih malang lagi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan tidak ada sebarang kaedah untuk merawat penyakit (No Cure) yang berpunca daripada keracunan LAP setakat ini,” tegas Patrick yang menggesa Kerajaan Negeri Sabah mengharamkan segera penggunaan LAP di sekolah luar bandar yang menggunakan tenaga solar hibrid LAP..
Patrick kesal kerana keputusan ujian keracunan arsenik terutama bahan Plumbum (LAP) yang dijalankan oleh Pusat Racun Negara tidak didedahkan kepada umum sehingga rakyat Sabah tidak menyedari bahaya bahan beracun ini yang menyebabkan penyakit hilang ingatan, rendah IQ, radang hati, komplikasi jantung, kerosakan buah pinggang, kejang otot, Gout dan sebagainya.


BOM... Semua peralatan Sistem Solar Hibrid yang diletakkan di dalam bilik darjah SK Tambisan adalah Bom Jangka yang boleh membunuh pada bila-bila masa.
“Doktor hanya cuba rawat penyakit tetapi tidak merawat punca penyakit iaitu keracunan LAP yang semakin berleluasa di Sabah terutama di kalangan kanak-kanak sekolah di luar bandar,” tegas Patrick yang mendesak Jabatan Alam Sekitar menyelesaikan masalah yang mula menular Sabah secara serius sejak 1994.
Menurut Patrick, dalam satu laporan sulit yang tidak didedahkan kepada media yang dilakukan oleh Pusat Racun Negara terhadap 435 orang kanak-kanak tadika daripada enam daerah di Pantai Barat Sabah mendapati majoriti mereka mengalami keracunan plumbum.
Daripada kajian tersebut mendapati kandungan plumbum di dalam darah kanak-kanak berkenaan amat tinggi; 6.9 % melebihi 10 mcg/dL; 20.7 % di antara 5 hingga 9.99 mcg/dL dan 72.4 % di antara 0-4.99 mcg/dL.
Tegas Patrick lagi, berdasarkan konsentrasi 10 mcg/dL, tiga daerah iaitu Ranau, Kota Belud dan Tuaran mengalami kadar pendedahan yang tinggi plumbum iaitu sehingga 18.8 mcg/dL.
“Jika kenderaan tidak lagi menggunakan plumbum dalam minyak, kenapa kerajaan paksa rakyat Sabah untuk menjadi bahan ujikaji syarikat pembekal sistem solar hibrid yang menggunakan LAP untuk mengaut keuntungan lebih RM15 billion?,” tanya Patrick yang turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kaedah pemberian kontrak membekal sistem bekalan elektrik berkenaan yang tidak telus kerana diberikan kepada empat syarikat sahaja.
Sehubungan itu, Patrick menggesa agar Kerajaan Negeri Sabah tidak lepas tangan dan tidak menunggu rakyat Sabah menerima nasib seperti 163 orang (111 kanak-kanak) penduduk Dareta, Nigeria yang mati akibat keracunan plumbum Dareta, Nigeria .
“Saya tidak dapat tidur lena setelah menyaksikan video CNN kerana terbayang bagaimana nasib buruk yang akan menimpa kanak-kanak Sabah jika isu penting ini tidak di atasi, mungkin antaranya cucu saya,” kata Patrick yang ingin melancarkan kempen untuk mengharamkan penggunaan LAP di sekolah-sekolah seluruh Sabah; sekalipun terpaksa menggunakan mahkamah.


ANTIK... Teknologi Lead Acid diperkenalkan sejak 1860 lagi, namun Kerajaan Malaysia masih menggunakan kaedah kuno ini untuk membekalkan elektrik di luar bandar.

Dalam pada itu, mengikut kajian Sabahkini.net, 3 hingga 5 juta LAP dibekalkan ke Sabah dan Sarawak setiap tahun. Setiap bateri mengandungi 17 kilogram plumbum. Jika 4 juta bateri telah dibekalkan ke seluruh sekolah di Sabah dan Sarawak, bermakna terdapat 68,000 tan plumbum setahun.
Dalam Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK-10), RM6.4 billion telah diperuntukkan untuk membekal elektrik luar bandar di Sabah dan Sarawak; sebahagian besarnya dibelanjakan untuk LAP.
Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun ketika dihubungi menjelaskan bahawa isu longgokan LAP di Sabah bukan di bawah jurisdiksi Kerajaan Negeri Sabah.
“Pelupusan bahan industri (termasuk bateri) adalah di bawah kawalan Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebuah agensi Kerajaan Persekutuan. Begitu juga dengan penguat- kuasaan,” ujar Masidi.
Pengarah JAS Sabah, Haji Ab Razak Manap ketika dihubungi menjelaskan pihaknya akan menjalankan siasatan dan mungkin menubuhkan unit khas untuk mengkaji dakwaan Sabahkini.net.
“Kami akan menjalankan penguatkuasaan dan mengambil tindakan di bawah undang-undang Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang boleh mengkompaun, mahkamah dan penjara serta minta pesalah membersihkan sisa tan tapak tercemar tersebut. Sila beri perincian lanjut dan kemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar Sabah untuk memantapkan siasatan,” ujar Haji Abd Razak.
Bagaimanapun, Sabahkini.net tidak memberikan makluman balas sebaliknya menyiarkan kenyataan Patrick kerana pelakunya ialah empat kontraktor yang diberi kontrak membekalkan dan memasang sistem solar hibrid iaitu Ayuda Engineering, Konsortium Eagle, Misi Maju dan Zesnet; serta Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Sabahkini.net sempat menemui Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup di pejabatnya di Putrajaya dan dimaklumkan bahawa pihaknya akan mengkaji pencemaran LAP di Sabah dan Sarawak.
“Kita mempelawa agar pihak berminat memohon lesen Pusat Pelupusan LAP dan kita sedia meluluskan lesen jika memenuhi kriteria yang ditetapkan. Bagaimanapun Jabatan Alam Sekitar akan menjalankan kajian lanjut dan melakukan pemantauan,” ujar Kurup sambil menggesa agar agensi kerajaan beralih kepada tekonologi hijau yang lebih selamat dan mesra alam.
Siasatan Sabahkini.net mendapati AYUDA telah menjalankan kerja pepasangan dan penyelenggaraan sistem Solar Hibrid LAP bagi sekolah berikut;
SK Minusuh, Telupid
SK Menanam, Telupid
SK Imbak, Telupid
SK Ulu Ansuan, Telupid
Manakala Konsortium Eagle pula menjalankan kerja bagi sekolah berikut;
SK Bergosong, Tawau
SK Umas-Umas, Tawau
SK Kalabakan, Tawau
SK Mentadak Baru, Tawau
SK Panglima Habibullah, Tawau
SK Sg Tongkang, Tawau
SK Ulu Kalabakan, Tawau
SK Bratian, Tawau
SK Wallace Bay, Tawau
SMK Umas-Umas, Tawau
SMK Kalabakan, Tawau
SMK Wallace Bay, Tawau
SK Semawang, Beluran
SK Perancangan, Beluran
SK Basai Baru, Beluran
SK Bukit Besi, Beluran
SK Nangoh, Beluran
SK Moynod, Beluran
SK Monopod, Beluran
SK Kiandongo, Beluran
SK Tambisan, Kinabatangan (Lahad Datu)
SK Sri Ganda, Kinabatangan
SK Sangau, Kinabatangan
SK Tanjung Manawali, Kudat
SK Pulau Tigabu, Kudat
SK Penontomon, Nabawan
SK Salarom, Nabawan
SK Kuala Salong, Nabawan
SK Lotong, Nabawan
SK Labang, Nabawan
SK Layon, Nabawan
SK Salinatan, Nabawan
SK Sasandukon, Nabawan
SK Kaingaran, Ranau
SK Kawiyan Sugut, Ranau
SK Mengkapoh, Ranau
SK Miruru, Ranau
SK Toboh, Ranau
SK Pababag, Semporna
SK Pulau Mabul, Semporna
SK Nukakatan, Tambunan
SK Tiong Wido, Tambunan
SK Tinompok Liwan, Tambunan
SK Sintuong-Tuong, Tambunan
SK Kironggu, Telupid
SK Rundum, Tenom
SK Kapulu, Tenom
SK Bonor, Keningau
SK Dalit, Keningau
SK Kalampun, Keningau
SK Inandung, Keningau
SK Lanas, Keningau
SK Mansiat, Keningau
SK Kuala Kahaba, Keningau
SK Sinaron Tengah, Keningau
SK Sinua, Keningau
SK Malaing, Keningau
SK Nandagan, Keningau
SK Binanon, Keningau
SK Pangas, Keningau
SK Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu
SK Tanjung Labian, Lahad Datu
SK Lok Buani, Lahad Datu
SK Bambangan, Sandakan
SK Nunuyan Laut, Sandakan
SK Pulau Timbang, Sandakan
SK Melinsau, Ranau
Manakala Misi Maju pula di sekolah berikut;
SK Pinawantai, Ranau
SK Togop Darat, Ranau
SK Tarawas, Ranau
SK Poring, Tuaran
Sementara itu ZESNET pula diberikan kontrak bagi sekolah berikut;
SK Paginatan, Ranau
SK Paus, Ranau
SK Tudan, Tuaran
Jika kajian yang dilakukan oleh Pusat Racun Negara hanya melibatkan kanak-kanak Tadika di Pantai Barat Sabah, kini lebih 78 Sekolah di luar bandar Sabah yang telah dipasang Sistem Solar Hibrid LAP telah menjadi ‘Killing Fields’ yang terbesar di Malaysia!

Leila beli villa untuk anak 6 tahun


beritaislamglobal.blogspot.com
Akhbar "Le Figaro" Perancis melaporkan bahawa isteri mantan presiden Tunisia yang digulingkan, Leila Trabelsi telah membelikan anaknya yang masih berusia enam tahun beberapa buah rumah mewah di Perancis dan didaftarkan atas nama anaknya itu.

Menurut akhbar itu Leila Trabelsi pada September lalu berkunjung ke Perancis untuk pembelian sebuah rumah mewah di jalan "Foch", yang terletak di lingkaran 16, untuk anaknya yang bernama Muhammad Zainal Abidin, yang digelar media sebagai "Maharaja dari keluarga kecil."



Untuk memastikan masa depan puteranya tersebut, Leila juga membeli sebuah stadium olahraga untuk musim sejuk. Selain itu Muhammad Zainal Abidin dibelikan dua villa mewah di kawasan pantai ternama, Cote d'Azur di wilayah Perancis Selatan, yang merupakan salah satu daerah pelancongan yang paling berprestij di dunia.



Sebelum ini akhbar Le Monde melaporkan bahwa menurut laporan dari sumber perisikan Perancis menunjukkan bahawa Leila Trabelsi 'merampas' emas Tunisia seberat 1.5 ton sebelum melarikan diri bersama suaminya dari Tunisia pada 14 Januari lalu.

Leila Trabelsi dikenali kerana telah mendapat pengaruh besar dalam mengendalikan pemerintahan suaminya Ben Ali, bahkan perdana menteri Tunisia Muhammad Ghannouchi mengatakan bahawa sebenarnya yang berkuasa di Tunisia adalah Leila bukan Ben Ali.(fq/imo)

BIG : Masih sempat kalau nak order keranda & kubur emas...

Ben Ali : Tanpa kawan, rumah & diaibkan


By Yvonne Ridley (beritaislamglobal.blogspot.com - Original English here)

January 16, 2010 "Information Clearing House" – Kehidupannya mungkin masih disaluti kemewahan, tapi jangan tertipu kerana hakikat sebenarnya bekas Presiden Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali dan keluarganya sekarang tidak ubah seperti banduan.

Umpama burung dalam sangkar emas, mereka kini dipinggirkan dalam istana yang terletak dalam salah satu daerah paling eksklusif di Jeddah di mana Ben Ali dan keluarganya yang korup itu terpaksa menerima hakikat bahawa mereka kini tiada tempat lain lagi untuk bersembunyi.

Ini sepatutnya memberi amaran kepada semua pemerintah yang zalim dan pemimpin diktator di rantau berkenaan – terutamanya Mesir – bahawa tidak kira betapa rapatnya awak dengan Barat, ketika ditimpa kesusahan mereka akan tinggalkan awak lebih cepat dari arang yang menyala.

Sebagai antara seorang penindas paling kejam di dunia, beliau menerima akibatnya sehingga terpaksa menaiki kapalterbang secara tergesa-gesa untuk menyelamatkan diri ke tempat yang dia sendiri tidak tahu.

Begitulah cepatnya beliau pergi.

Kami dimaklumkan bahawa beliau ke Malta, kemudian Perancis dan Dubai dan setengah dozen negara-negara lain, semuanya tidak menerima diktator yang berusia 74 tahun itu.

Lelaki yang terdesak itu akhirnya diterima untuk mendarat di Bandar pelabuhan Jeddah Jumaat lalu dan tiba di sana pada waktu tengah malam selapas sekutu rapat beliau Presiden Nicholas Sarkozy menolak permintaannya untuk mendaratkan kapal terbang di bumi Perancis.

Sementara itu panggilan kecemasan yang dibuat ke White House hotline dan Obama tidak dilayan.

Sekali lagi Amerika telah membuktikan dirinya sebagai seorang kawan yang tidak setia sama seperti yang dialami Almarhum Mohammad Reza Shah Pahlavi apabila beliau hidup dalam buangan selepas regimnya di Iran digulingkan dalam Revolusi Islam 1979. Bekas Shah itu menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Mesir, dipinggirkan dan dijauhi oleh pemimpin-pemimpin Barat yang sama yang pernah menyokongnya dahulu.

Kerajaan Saudi enggan menetapkan berapa lama beliau akan dilayan sebagai tetamu tapi saya rasa ramai tentera yang dikerahkan berkawal di pintu pagar istana itu bukanlah bertujuan untuk melindungi beliau tetapi bagi memastikan supaya beliau terus berada di dalam kawasan bertembok tinggi itu.

Persoalan bagaimana pemimpin sekular itu akan tinggal di bumi Dua Masjid Suci itu diluar pengetahuan saya. Ben Ali merendah-rendahkan Islam hingga ke tahap di mana beliau memastikan supaya para penguatkuasa ganasnya menyakiti dan menghukum mereka yang memakai hijab dan menyimpan jambang dan janggut.

Sebagai contoh, Menteri-Menteri Luar dan Dalam Negara dan Setiausaha Agung parti politik yang memerintah Tunisia, CDR, membuat kenyataan beberapa tahun lalu bahawa mereka berasa bimbang dengan peningkatan wanita-wanita yang memakai hijab dan lelaki yang menyimpan jambang dan janggut dan memakai qamis (baju labuh), sehingga membawa kepada perlaksanaan tegas perintah 108 tahun 1985 Kementerian Pelajaran yang mengharamkan hijab di institusi-institusi pengajian dan semasa bekerja dengan kerajaan.

Polis mengarahkan wanita menanggalkan tudung sebelum memasuki sekolah, universiti atau tempat kerja dan bahkan di jalanan (gambar bawah). Amnesty International melaporkan pada waktu itu bahawa beberapa wanita ditahan dan dibawa ke balai polis di mana mereka dipaksa untuk menandatangani komitmen untuk berhenti memakai hijab.



Mungkin seseorang perlu mengingatkan kerajaan Saudi tentang perkara itu supaya Ben Ali boleh didakwa di bawah undang-undang Syari'ah.

Kebencian dan ketakutan Ben Ali kepada Islam boleh juga dilihat di Mesir di mana Hosni Mubarak memerintah secara kuku besi. Penjara-penjara padat dan penuh dengan anggota-anggota Ikhwanul Muslimin dan suara-suara pembangkang dikawal setiapkali tiba musim pilihanraya.

Pengkhianatan Mubarak terhadap rakyat Palestin dan ketakutannya pada Hamas menyerlahkan sikap sekular dan cara hidup beliau yang bertentangan dengan Islam.

Saya diminta meninggalkan Kaherah pada Disember 2009 oleh Kementerian Luar selepas menulis sebuah artikel yang mengatakan Mubarak telah menjadikan Mesir sebagai budak suruhan Amerika di Timur Tengah kerana beliau dengan rela menerima sejumlah besar wang AS sebagai balasan kerana menekan penduduk Gaza dan menyokong Israel.

Tapi sekarang beliau mungkin tertanya-tanya samada sikap berbaik-baik dengan negara Uncle Sam itu memang berbaloi.

Lagipun, tiada yang sujud kepada Amerika lebih daripada Ben Ali. Malahan pada 2005, beliau diminta menghulurkan tangan persahabatan dengan Zionis Israel, iaitu negara yang pernah mengebom negaranya sendiri semasa ibupejabat Yasser Arafat terletak di Tunis pada 1986.

Adakah beliau membantah? Tidak, malah Ben Ali pergi lebih jauh lagi dengan menjemput penjenayah perang Ariel Sharon untuk melawat Tunisia. Kenapa jadi begitu penakut?

Sama seperti raja Tunisia terdahulu yang zalim, beliau dengan senang hati mencium punggung Zionis semasa menari belly di hadapan pemimpin-pemimpin Barat yang beliau anggap sebagai sekutu rapat.

Jadi, ke mana pergi kawan-kawannya sekarang?

Dia tiada kawan, rumah dan diaibkan.

Wartawan British Yvonne Ridley adalah Presiden Kesatuan Wanita Muslim Antarabangsa Eropah. Beliau pernah berada di Tunisia pada Februari 2009 bersama konvoi Viva Palestina.


Rakyat memberontak (gambar atas) & Rumah ipar Ben Ali turut jadi mangsa (bawah)

Anak Shah Iran bunuh diri


By beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)

Boston: Anak bongsu Shah Iran, Putera Alireza Pahlavi, ditemui mati kerana membunuh diri di rumahnya di Boston, Massachusetts, setelah melalui tempoh depresi yang begitu lama, kata abangnya dalam satu laman web, Selasa lalu.

Pahlavi, 44, adalah anak kepada Shah Mohammed Reza Pahlavi, yang digulingkan pada 1979 dan meninggal pada tahun berikutnya semasa dalam buangan di Kaherah, Mesir.

"Dengan perasaan amat dukacita kami ingin memaklumkan kepada rakan-rakan seperjuangan bahawa Putera Alireza Pahlavi telah meninggal dunia," kata lawan web keluarga.

"Seperti jutaan pemuda-pemudi Iran, beliau juga amat tertekan dengan apa yang berlaku di Iran, di samping terpaksa menanggung kesedihan apabila kehilangan seorang ayah dan kakak pada usia yang masih muda. Walaupun terpaksa berjuang bertahun-tahun untuk mengatasi kesedihannya, beliau tewas juga akhirnya." Keluarga beliau hanya dimaklumkan tentang kematiannya pada Selasa 2.30 a.m., kata jurucakap Ahmad Oveyssi.

Pada Jun 2001, kakak Pahlavi, Leila Pahlavi, juga mati kerana membunuh diri.



Menurut laporan akhbar di Britain, puteri berkenaan terpaksa bertarung sekian lama untuk mengatasi masalah pemakanan tidak teratur disamping tidak dapat menerima kenyataan hidup dalam buangan dan menderita akibat depresi berkala.

"Dalam tempoh tahun-tahun terakhir ini, Leila berasa amat tertekan. Masa tidak menyembuhkan kedukaannya," tulis ibunya, Farah Pahlavi dalam satu laman web pada 2001.

"Diusir pada usia 9, beliau tidak dapat menerima kematian bapanya kerana hubungan mereka yang begitu rapat.

"Beliau tidak dapat melupakan ketidakadilan dan keadaan dramatik ketika meninggalkan Iran dan kesulitan yang terpaksa dilalui selepas itu. Beliau tidak sanggup lagi tinggal berjauhan dengan Iran dan berkongsi penderitaan dengan rakyatnya."

Alireza Pahlavi sedang mengikuti pengajian dalam bidang philologi dan kajian Iran lama di Harvard University, Cambridge.



Normala Sudirman dalam Media INDONESIA

Berbeza dengan Indonesia, di mana ahli politik muslim dari partai Islam berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahramnya, menjadi berita heboh dan kontroversi di media nasional maupun internasional, maka di Malaysia hal itu sebaliknya.
Seorang ahli politik wanita muslim telah menyebabkan terjadinya kontroversi setelah dirinya menolak daripada berjabat tangan dengan laki-laki pada saat dirinya berkempen di sebuah medan pemilihan, sehingga hal tersebut mencetuskan perdebatan di Malaysia yang pelbagai ras dan agama.
Normala Sudirman, seorang rising star dalam parti Islam konservatif (PAS) yang termasuk dalam pakatan pembangkang, mengatakan bahawa imannya melarang adanya hubungan yang terlalu dekat antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram termasuk melarang bersalaman.
"Kami (muslimah) bahkan tidak berjabat tangan dengan laki-laki Muslim," katanya minggu ini, membela sikap nya terhadap tuduhan bahwa tindakannya tersebut menandakan bangkitnya Islamisasi dari negara yang multikultural tersebut.
Malaysia, sebuah negara majorit Muslim, diperintah oleh koalisi parti berbasis ras termasuk Asosiasi Cina Malaysia (MCA), yang pemimpinnya Chua Soi Lek memicu kontroversi dengan mengkritik Normala.
"Kami menghormati pilihannya, dan juga dia juga mesti mengerti mengapa orang bingung dengan tindakannya," kata Chua seperti dikutip oleh akhbar The Star.
Malaysia terdiri dari etnis minoriti Cina dan India, yang beragama Buddha, Kristian dan Hindu di antara agama-agama lain, mengeluhkan hak-hak mereka diinjak-injak oleh penerapan nilai-nilai Islam dalam perjalanan hidup mereka. (fq/straitstimes)

Analisa terhadap buku jingga PR:

 

 
Dalam konteks kecetekan pemahaman Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan terhadap konsep federalisme apabila beliau mencabar Kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan harga barangan, dan usaha Pakatan Rakyat untuk mengurangkan subsidi korporat dan memindahkannya kepada subsidi rakyat terbanyak, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin mengemukakan beberapa analisis terkini setelah meneliti Buku Jingga Pakatan Rakyat yang bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) dalam kalangan rakyat khususnya dalam mengharungi suasana ekonomi domestik dan antarabangsa yang tidak menentu.
Yang berikut adalah salah satu analisa KPRU mengapa program Buku Jingga wajar dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat terbanyak:

BEBAN INFLASI TIDAK TERKAWAL
Banyak pihak bersetuju bahawa Malaysia berdepan dengan masalah inflasi yang semakin menghimpit kehidupan harian rakyat. Jadual Indeks Harga Pengguna (IHP) dirujuk bagi membuat keputusan belian seseorang.  Berikut ialah Jadual IHP yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia baru-baru ini;<1>
Jenis Barangan
Jan – Nov 2010 / 2009 (%)
Makanan dan Minuman Bukan Alkohol
2.4
Minuman Alkohol dan Tembakau
3.7
Pakaian dan kasut
-1.4
Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan api lain
1.1
Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan isi rumah
0.7
Kesihatan
1.6
Pengangkutan
1.4
Komunikasi
-0.2
Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan
1.7
Pendidikan
1.7
Restoran dan hotel
1.9
Pelbagai barangan dan perkhidmatan
2.8
Berdasarkan jadual di atas, KPRU merumuskan bahawa berlaku peningkatan yang ketara dalam Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (2.4%) sejak setahun lalu.  Bebanan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan miskin tidak terkawal dek menampung perbelanjaan makanan harian yang semakin meningkat.  Buktinya, sub kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol mencatatkan peningkatan harga drastik seperti beras, roti dan bijirin lain (0.9%), daging (2.9%), sayur-sayuran (8.1%), gula, jem, madu, coklat dan manisan (10.2%)<2> merupakan antara makanan-makanan yang kerap dibeli oleh rakyat dan dihidang di atas meja makan rumah.
Di luar Jadual IHP, kadar kenaikan harga cukup menggerunkan dan sering diabaikan oleh kerajaan yang memerintah dalam proses pembuatan dasar.  Umpamanya, harga bawang merah yang biasanya dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat berkali-kali ganda kepada RM13 sekilogram di Sarawak.<3>  Manakala, dilaporkan bahawa harga minuman teh tarik meningkat sebanyak 10 sen mulai awal tahun ini.<4>
KPRU berpendapat, kerajaan melaksanakan skim kawalan harga tanpa menyelesaikan masalah struktur ekonomi secara keseluruhannya.  Timbul persoalan, apakah peruntukan Program Pengedaran Barang Perlu seperti minyak masak, gula, tepung, gas, petrol dan diesel sebanyak RM200 juta<5> sebagaimana yang disebut dalam Belanjawan Negara 2011 akan menjadi suatu lagi pembaziran wang rakyat?
Jelas, KPRU melihat kadar kenaikan harga yang berlaku di luar Jadual IHP adalah lebih pantas berbanding angka-angka purata yang dikumpulkan oleh Jabatan Statistik Malaysia dan mempersoalkan keberkesanan skim kawalan harga dalam menyelesaikan masalah.

NAIK HARGA BARANG, KEGAGALAN KERAJAAN MAKIN TERSERLAH
Kegagalan kerajaan dalam mengatasi kenaikan harga barang keperluan sentiasa terserlah setiapkali musim perayaan, lebih-lebih lagi apabila barangan dan perkhidmatan (e.g minyak masak) tersebut "dikawal" harga dan bekalannya tanpa penyelesaian jangka panjang.<6> Tambahan pula, harga siling yang dikenakan tidak jauh bezanya dengan harga pasaran.

Pengamatan KPRU mendapati selari dengan penjualan Transaksi PPB Group Berhad, sebuah syarikat pemprosesan gula yang dimiliki oleh Robert Kuok kepada Felda Global Ventures Sdn Bhd dengan nilai RM1.5 bilion pada bulan Januari 2010 telah menyaksikan kerajaan menaikkan harga gula pada masa yang sama.<7>

Sementara itu, limau Mandarin yang berharga RM28 sekotak mengalami kenaikan sebanyak RM4 - RM5 semenjak setahun lalu.<8> Harga bawang kecil pula dilaporkan meningkat dua kali ganda berbanding harga asal iaitu RM4-RM5 sekilogram kepada RM11 sekilogram.<9> Sempena perayaan Thaipusam, harga sebiji kelapa di Pulau Pinang telah naik kepada RM1.50 berbanding RM1.20.<10>

Kawalseliaan dan inflasi adalah produk kerajaan
Dalam hal ini, KPRU mempersoalkan pendekatan kerajaan dalam menangani isu berkenaan yang bersifat adhoc sahaja sambil memperuntukkan sejumlah peruntukan dan masa yang terbukti tidak berkesan.  Contohnya seperti berikut dengan mengambil krisis kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi:
  • Belanjawan Negara 2011 memperuntukkan RM1 bilion untuk Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) di bawah tanggungjawab Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.<11> Jika benar, mengapakah wang tersebut tidak digunakan untuk "mengawal" harga minyak masak yang kini berdepan krisis kekurangan bekalan barangan kawalan itu di pasaran?
  • Menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menangani krisis bekalan dan harga barang.<12> Jika benar, di manakah peranan dan keberkesanan Majlis Harga Barang Negara dalam isu ini?  Di manakah dasar stok penimbal?  Di manakah keberkesanan Akta Kawalan Bekalan 1961?
  • Mengakui bahawa pembungkusan minyak masak bersubsidi adalah tidak menguntungkan.  Ini adalah sebab mengapa Sime Darby menghentikan operasi pembungkusan minyak masak sekaligus didakwa pencetus krisis kekurangan bekalan minyak masak.<13> Jika benar ia merugikan, mengapa minyak masak itu terus diberi subsidi?  Inilah kesan kawalan harga yang dinafikan oleh kerajaan sejak sekian lama di mana kekurangan bekalan akan tetap berlaku kerana reaksi Sime Darby terhadap dasar kawalan harga dalam jangka masa panjang (tidak menguntungkan) memaksanya untuk mengalihkan segala sumber-sumbernya kepada bentuk pengeluaran lain (menguntungkan) yang tidak dikawal oleh kerajaan.
  • Menyarankan Lembaga Minyak Masak Sawit Malaysia (MPOB) agar memberikan lesen pembungkus dan pembekal minyak masak kepada koperasi kononnya ini dapat menyelesaikan masalah.<14>
  • Ataupun, punca masalah disebabkan oleh syarikat kroni pemimpin politik sebagai pembekal minyak masak mengabaikan kuota bekalan kepada peruncit-peruncit tempatan yang ditetapkan kerajaan dan mengeksport minyak masak ke luar negara dengan harga yang lebih tinggi?  Meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob menyatakan bekalan ditambah 14,000 tan metrik lagi kepada 84,000 tan metrik bulan Januari<15>, pihak peruncit menyatakan bekalan kepada mereka masih tidak berubah (baca sebagai: berkurangan) kerana pihak pembekal yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin politik terus mengabaikan kuota tersebut atau mendakwa kerajaan telah menurunkan kuota tempatan.
Dengan mengambilkira kos yang diperuntukkan untuk mengawalselia harga dan tingkahlaku pasaran sudah cukup tinggi berbanding dengan kadar kenaikan kos inflasi yang dicatatkan selama ini.  KPRU berpandangan bahawa kawalseliaan adalah sama seperti inflasi.  Kedua-duanya adalah "produk" yang dihasilkan oleh kerajaan tanpa disedari oleh mana-mana pihak.

Dalam contoh di atas, kerajaan yang tidak berupaya "mengawal" tindakan pihak pembekal "terpaksa" menekan pihak peruncit dalam isu kekurangan minyak.  Begitu juga, dalam isu kenaikan harga, kerajaan yang tidak berupaya "membetulkan" perjanjian dengan syarikat berkepentingan tertentu seperti IPP yang membebankan rakyat "terpaksa" memotong subsidi rakyat dengan naratif "rasionalisasi subsidi" yang cuba "mislead" rakyat berhubung keseluruhan isu ekonomi negara.
Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat dinasihati agar tidak mengulangi kegagalan dasar kerajaan Barisan Nasional di masa akan datang.

NAIK CUKAI PERKHIDMATAN, KERAJAAN TETAP BELANJA BOROS
Sewaktu pembentangan Belanjawan Negara 2011, kerajaan telah meningkatkan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% ke atas:
  • Semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.
  • Mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar.
Menurut Jabatan Kastam Malaysia, perkhidmatan bercukai yang ditakrifkan antaranya seperti berikut;
  • Kumpulan hotel termasuk rumah rehat, homestay, resort, motel, perkhidmatan rumah urut, apartment yang melebihi 25 buah bilik.
  • Kumpulan restoran di luar hotel yang mempunyai nilai jualan setahun melebihi RM3 juta.
  • Kelab malam, dewan tari menari, cabaret, pusat kesihatan, dan rumah urut.
  • Penyedia insurans yang berdaftar, misalnya semua jenis polisi insurans kepada semua pertubuhan perniagaan, dan perkhidmatan insurans yang dibayar oleh syarikat untuk kakitangan syarikat.
  • Perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telefon selular, postpaid, prepaid dan talian tetap dan jalur lebar.
Kajian kes McDonalds
Seseorang yang berbelanja di restoran Pizza Hut, McDonalds, OldTown Kopitiam terpaksa membayar cukai perkhidmatan 6% berbanding 5% sebelumnya.  Sekiranya begitu, restoran-restoran berkenaan juga dikatakan mempunyai nilai jualan tahunan sebanyak RM3 juta dan ke atas.  Contohnya, jumlah bayaran yang dibuat di restoran McDonalds untuk sebelum dan selepas kenaikan kadar cukai perkhidmatan;
6% X RM21.60 (Nilai belian di McDonalds) = RM1.30. Jumlah bayaran kepada restoran tersebut adalah RM22.90.
5% (Cukai perkhidmatan sebelum 2011) X RM21.60 (Nilai belian di McDonalds) = RM1.10. Jumlah bayaran kepada restoran tersebut adalah RM22.70.

Berdasarkan kepada pengiraan di atas, jelas menunjukkan berlaku kenaikan 20 sen dalam pembelian di restoran McDonald!  Naik 1% bermakna pengguna terpaksa membayar 20 sen untuk nilai belian RM21.60 dan semakin tinggi nilai beliannya, semakin tinggilah nilai cukai perkhidmatan yang dikenakan yang akhirnya akan menjadi sebahagian statistik semasa jadual IHP.

Cukai tersembunyi
Tidak ramai rakyat yang mengetahui bahawa kesan negatifnya sekiranya cukai perkhidmatan ini dikenakan walaupun ia tertera dalam resit pembelian, namun berapa ramaikah yang menyimpan resit setiap kali pembelian dan membuat penjumlahan di akhir tahun?  Berapakah jumlah cukai perkhidmatan yang dibayar oleh setiap individu kepada kerajaan setiap tahun?  Dan berapa ramaikah yang mengetahui bahawa terdapat 37,028 premis perniagaan<16> seluruh negara yang berhak mengutip cukai perkhidmatan?  Inilah perkara yang cuba disembunyikan oleh kerajaan dengan harapan rakyat terus bersikap pasif.
Ekonomi bawah tanah (underground economy)
Akibat daripada kelemahan kerajaan, tanpa mempunyai maklumat dan informasi cukai perkhidmatan yang sah, rakyat terus dibebani dengan para peniaga restoran yang mengambil kesempatan yang mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 5% hingga 10%.  Menurut Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), dari tahun 2008 sehingga Mac 2010, sejumlah 132 aduan pengguna telah diterima yang mendakwa telah dikenakan cukai perkhidmatan 5% - 10% tanpa kebenaran pihak berkuasa.<17>  Ini sekaligus mengesahkan kewujudan aktiviti ekonomi bawah tanah (underground economy) yang berlaku kerana tiada penguatkuasaan undang-undang yang berkesan.

Hasil lumayan cukai perkhidmatan
Kenaikan mana-mana kadar cukai bukanlah suatu tindakan yang digemari rakyat apatah lagi pada kali ini, kerajaan turut memasukkan cukai perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar dalam usaha menampung pendapatan negara.  Pada Belanjawan 2010 lalu sahaja, kerajaan memperkenalkan cukai perkhidmatan kad kredit yang telah menjana pulangan hasil yang dianggarkan sebanyak RM331 juta setahun.<18> Dan kenaikan 1% cukai perkhidmatan juga akan memberikan pulangan hasil sebanyak RM680 juta<19> tanpa mengambil kira prospek pertumbuhan ekonomi pada tahun 2010 dan 2011.  Berdasarkan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011, hasil cukai perkhidmatan adalah berjumlah RM4.1 bilion, berbanding RM3.9 bilion pada tahun 2010.<20>
Kepada 3 juta pelanggan Astro seluruh negara misalnya, yang membayar yuran dalam lingkungan RM100 sebulan atau RM1,200 setahun, mereka terpaksa membayar tambahan sebanyak RM6 atau RM72 setahun sekiranya cukai perkhidmatan 6% dilaksanakan.  Malah, Ernst & Young pula menganggarkan tambahan RM148 juta lagi akan dimasukkan ke dalam tabung perolehan kerajaan berdasarkan audit kewangan tahunan Astro 2009.<21>

Lebih daripada itu, kerajaan pasti menikmati kutipan hasil cukai perkhidmatan yang lumayan dengan penyenaraian stesen penyiaran televisyen berbayar seperti Astro dan pengecualian duti import untuk barangan-barangan berjenama seperti mana yang dibentangkan oleh kerajaan dalam Belanjawan Negara 2011.  Menyedari lumayannya hasil cukai perkhidmatan, adakah mustahil kerajaan akan meningkatkan kadar yang lebih tinggi di masa akan datang?

Kesimpulan
Apa yang lebih mengecewakan adalah sikap kerajaan yang boros berbelanja dan menguruskan wang rakyat dengan tidak bertanggungjawab adalah perkara yang harus ditangani terlebih dahulu sebelum bertindak menaikkan kadar cukai.  Perkara ini samalah seperti menarik wang subsidi minyak berjumlah RM750 juta dan berbelanja RM900 juta sebagai bonus untuk tujuan politik.<22>

KPRU sentiasa berharap dengan mengurangkan kos pengawalseliaan akibat masalah struktur ekonomi negara, dana tersebut dapat disalurkan dan dimanfaatkan secara langsung oleh rakyat terbanyak.  Apabila peningkatan gaji tidak sejajar dengan peningkatan tekanan hidup, rakyat memerlukan pendapatan boleh guna yang lebih banyak.  Kenaikan harga dan inflasi merupakan salah satu masalah yang membebankan rakyat terbanyak dalam hal ini.  Identifikasi masalah dan punca-punca masalah oleh KPRU dalam laporan ini menyokong pelaksanaan program Buku Jingga agar pendapatan boleh guna rakyat terbanyak dapat ditingkatkan. 
Nota
<1> Jabatan Statitistik Malaysia, Consumer price Index Malaysia November 2010 (Updated 22/12/10)
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=657:consumer-price-index-malaysia-november-2010-updated-22122010-&catid=39:consumer-price-index-malaysia&Itemid=61&lang=en
<2> Jabatan Statitistik Malaysia, Consumer price Index Malaysia November 2010 (Updated 22/12/10)
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=657:consumer-price-index-malaysia-november-2010-updated-22122010-&catid=39:consumer-price-index-malaysia&Itemid=61&lang=en
<3> MySarawak, Harga bawang melambunghttp://www.mysarawak.org/2011/01/10/harga-bawang-melambung.html
<4> Malay Mail, Teh tarik up to 10 sen?http://www.mmail.com.my/content/58398-teh-tarik-10-sen
<5> Ucapan Belanjawan 2011, m.s 52
<6> Utusan Malaysia, Kelemahan Kementerian
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
<7> The Edge Weekly, PPB Group – Felda deal shifts control of sugar trade to government, page 14
<8> The Malaysian Insider, Fewer mandarin oranges in the market this year
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/fewer-mandarin-oranges-in-the-market-this-year/
<9> Utusan Malaysia, Harga bawang naik dua kali gandahttp://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_02.htm
<10> Selangor Kini, Harga kelapa naik 30 sen akibat kekurangan bekalan
http://www.selangorkini.com.my/my/berita/25703
<11> Anggaran Perbelanjaan 2011, m.s 234
<12> Utusan Malaysia, Jawatankuasa khas tangani krisis bekalan, harga barang
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm
<13> Utusan Malaysia, Sime Darby didakwa punca bekalan minyak masak kurang?
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm
<14> Utusan Malaysia, MPOB disaran beri lesen kepada koperasihttp://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm
<15> http://www.malaysiakini.com/news/153038
<16> News Strait Times, To pay or not service tax
http://www.nst.com.my/nst/articles/3CCK-2/Article/
<17> News Strait Times, To pay or not service tax
http://www.nst.com.my/nst/articles/3CCK-2/Article/
<18> Laporan Ekonomi 2010 /2011, m.s 108
<19> The Star, How 2011 Budgets broaden the tax base
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/18/business/7245499&sec=business
<20> Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011, m.s 17
<21> The Star, Higher viewing cost for Astro subscribers
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/19/business/7248746&sec=business
<22> Harakahdaily, Apa rasional Najib tarik subsidi, beri bonus
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28462:apa-rasional-najib-tarik-subsidi-beri-bonus&catid=1:utama&Itemid=50
*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang bebas dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.
KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.
KPRU merupakan institusi pertama yang melibatkan diri dalam kajian parlimen dan menyokong reformasi parlimen. KPRU mengutamakan isu belanjawan tahunan negara, rancangan jangka panjang, demokrasi parlimen dan lain-lain. Untuk mencapai matlamat tersebut, KPRU bekerjasama secara rapat dengan agensi kerajaan, parti politik, pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan khidmat nasihat strategik, program pengunjungan spesifik dan menghasilkan dasar yang berasaskan fakta.

Lawatan Najib ke Bakun mengecewakan penduduk tempatan

Chen Shaua Fui
Lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke kawasan Empangan Bakun selepas menghadiri majlis perkahwinan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud pada 15 Januari 2011 agak mengecewakan kaum asli yang menaruh harapan tinggi terhadap kedatangan beliau.
Sebelum ini, khabar angin tersebar bahawa Najib mungkin akan turun sendiri ke kawasan tersebut untuk menyelesaikan isu pampasan lantaran rumah dan tanah mereka yang ditenggelami air.  Namun, Najib tidak menyentuh isu tersebut dalam lawatannya kali ini, dan ia dijangka bakal mengundang kesan negatif untuk Barisan Nasional di kawasan DUN Belaga.
Selain itu, menurut penduduk tempatan, kira-kira 2000 orang yang hadir menerima wang tunai RM10 masing-masing, malah orang asli yang membawa orang ke Rumah Belun mendapat RM100.  Bagaimanapun, bukan semua orang menerima wang tersebut.
Menurut laporan Bernama, Najib merasmikan pembukaan klinik Kesihatan Belaga yang berharga RM46 juta, malah mengumumkan beberapa projek pembangunan, termasuk pembinaan bandar Belaga/Jalan Bakun di bawah projek Jiwa Murni.
"Kerajaan pusat akan memperuntukkan sejumlah RM62 juta bagi jalan sepanjang 35 kilometer yang memang benar-benar diperlukan yang akan mula dibina menjelang bulan depan."
Satu lagi projek ialah bekalan air bernilai RM35 juta bagi bandar Belaga sendiri yang kini di dalam proses pelaksanaan dan akan siap menjelang Oktober 2012," kata Najib, yang juga mengumumkan pembinaan sebuah jambatan keluli pasang siap bernilai RM2.7 juta bagi menyeberangi Sungai Linau di Lusong Laku yang juga akan dijalankan oleh pasukan tentera melalui Projek Jiwa Murni.
Najib tidak sentuh isu pampasan
Miku Loyang yang tinggal di Balui Liko amat kecewa apabila Najib tidak menyentuh isu pampasan kepada orang asli yang dipaksa pindah ke Sungai Asap lantaran pembinaan Empangan Bakun, ketika lawatan beliau ke situ.  "Kami rasa dia memancing undi saja," katanya.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Miku Loyang (gambar kiri) berkata, sesetengah kaum asli tidak berpuas hati dengan Najib.  Secara peribadi, mereka menganggap Najib sekadar menabur janji kosong, dan mereka tidak ingin menyokong BN pada pilihan raya akan datang.
Tetapi, Miku Loyang menambah, penduduk di situ agak miskin.  Apabila parti pemerintah datang dengan wang ketika pilihan raya, tekad mereka akan menjadi lemah, dan mengundi BN.  Oleh itu, agak sukar untuk meramal pola pengundian pada ketika itu.
Bekas penerbit Galeri Mandarin Nasional, Chou Z Lam yang tiba di Belaga untuk rakaman dokumentarinya selepas Najib meninggalkan situ, memberitahu MerdekaReview bahawa penduduk tempatan yang menaruh harapan tinggi terhadap kedatangan Najib amat kecewa selepas isu pampasan tidak diungkit.
Selain itu, Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan bersama kerajaan negeri akan menanggung kos pembinaan 15 buah rumah panjang yang berjumlah RM8.2 juta.  "Pada hakikatnya, pengumuman ini bukan apa yang dikatakan khabar baik, kerana penduduk di situ tidak berniat untuk menanggung kos itu pun," Kata Chou Z Lam.
Ketika ditanya sama ada lawatan Najib ke Belaga akan meredakan ketidakpuasan penduduk asli tempatan, Chou Z Lam (gambar kanan) menganggap situasinya bertambah buruk sebaliknya.  "Mereka menaruh harapan yang sangat tinggi.  Kebanyakan mereka datang dengan harapan mendapat cek secara terus dan memasukkannya dalam bank pada hari keesokan.  Kedatangan Najib mungkin mengundang kesan sebaliknya."
Bagaimanapun, aktivis sosial Ong Boon Keong yang juga berada di situ gagal meramal impak yang dibawa berikutan lawatan Najib.  Ong Boon Keong menganggap perpecahan politik di situ agak jelas, mereka yang menyokong BN akan terus menyokong BN, tetapi tidak ramai mereka yang menolak BN.
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.