Wednesday, March 2, 2011

Prk Merlimau : Anwar bawa dokumen bukti hubungan Apco-Israel


Anwar menunjukkan dokumen yang membuktikan hubungan Apco-Israel

MERLIMAU: Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN)  Merlimau apabila mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan kerajaan Israel yang ditandatangani pada 1991 – bukti pertalian erat kedua-dua pihak.
Ketua Umum KEADILAN itu turut membaca satu perenggan sebelum menyerahkan kepada jurugambar media tempatan yang berebut-rebut mahu merakam dokumen berkenaan.
“Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.
“Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan ‘People First’, Najib pula ‘Rakyat Didahulukan’. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.
“Ke-be-tu-lan,” sindir Anwar dengan disambut sorakan kira-kira 3,000 hadiri yang memenuhi lokasi ceramah di Merlimau Pasir di sini, malam tadi.
Anwar pada Disember tahun lalu digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan selepas mendedahkan persamaan slogan One Israel dan Satu Malaysia dengan mengaitkan peranan Apco, tanpa diberi peluang membela diri.
Turut digantung ialah Mohamed Azmin Ali (KEADILAN-Gombak), R Sivarasa (KEADILAN- Subang), dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).
Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia  hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.
Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.
Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.
Selain bukti itu, Anwar pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000.
Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing.
Anwar juga kesal kerana kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
“Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia,” katanya.
Laporan itu menunjukkan Malaysia berada di tangga kelima dari senarai panjang negara yang terlibat dalam pengaliran keluar wang secara salah seperti wang rasuah mahupun wang lari cukai.
Pada ceramah itu, Anwar turut mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga petrol sehari selepas menawan Putrajaya.
Malah, gaya beliau membuat pengumuman penurunan harga petrol mencuit hati hadirin yang menggamatkan suasana dengan bersorak, dikuti laungan takbir.
Selain Anwar, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah; Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani; Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud turut menyampaikan ceramah.

Penglipur Lara:Hikayat Maling Demam..........


PADAM LAH SEORANG LAGI YB





SEDANG MENUNGGU SEBELUM APRIL

nota:
seorang yb yang berkorban
ialah seorang yb yang padam
dalam jawatan

seorang yb yang jujur
ialah seorang yb yang padam
dalam jawatan

seorang yb yang hina
ialah seorang yb yang pencen
kah kah kah



11 LAGI PERKAMPONGAN WIFI AKAN DIWUJUDKAN –berita hairan


TEMERLOH : Sekurang-kurangnya 11 lagi perkampungan wifi akan akan dibina di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang akhir tahun ini bagi memberi kemudahan perhubungan internet kepada penduduk di kawasan ini.

Rais Yatim, berkata bagi keseluruhan Pahang pula, sebanyak 300 perkampungan Wifi akan diwujudkan bagi menampung keperluan perhubungan internet rakyat di negeri ini menjelang akhir 2011.

“Perkampungan wifi ini amat bererti di bagi rakyat di kawasan Kerdau kerana kita akan wujudkan sekurang-kurangnya 11 lagi di kawasan Kerdau dan di seluruh 300 bagi keseluruhan negeri Pahang.

Nota:
ketika pilihanraya kecil sebuah kawasan di negeri yang dulunya zaman kegemilangan sultan tapi hari ini takde sultan, datanglah sang pemimpin parti pemerintah berkempen untuk membeli undi penduduk kawasan di situ. Sang pemimpin bangang ini telah melawat kampung Bengong.

"jika tuan-puan undi kami, akan kami hadiahkan wi-fi area yang laju." kata YB itu.

penduduk kampung terpegun kekaguman. "wow! Senanglah kita nak ke KL nanti. Naik wi-fi cepat sampai."

"kelajuannya mencapai 52,428,800 kilobytes." sembang YB itu lagi.

orang kampung ternganga. mereka berbisik sesama sendiri."laju sangat tuh, gayat! Mahu sampai ke Israel."

"Sebab ia mempunyai 50 gig." tambah YB ini lagi.

"patutlah laju, gigi gear dia banyak." sorak penghulu kampung kekaguman.

"Dengan teknologi itu, tuan-tuan bolehlah melayari internet!"

mak cik guru tadika seronok." Kapal layar pun ada, wow!"

YB tersebut menambah lagi," Bolehlah tuan-tuan buka akaun facebook nanti!"

"wow! kena buka akaunlah...bagus ni! Dulu ada ASN, ASB." Haji Din bersuara.

Dan parti tersebut menang pilihanraya kerana rakyat yang berkualiti telah mengundi mereka.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


(idea asal: Raja Bad Hakim Shah)

(TT)

Yang Terbiasa Makan Rasuah Tak Senang Hati.....


Umno: Untuk rakyat membazir, perut sendiri OK
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 2 Mac: PAS menafikan menjadi kuda tunggangan PKR apabila melancarkan Buku Jingga di Markaz Induk Pilihan raya Kecil Kerdau pada 26 Februari lalu.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, tuduhan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berhubung perkara itu sebagai satu fitnah kepada PAS supaya wujud perpecahan di dalam Pakatan Rakyat.
“Buku Jingga ialah pemuafakatan bersama dan dirancang serta diteliti oleh ketiga-tiga parti (PAS, PKR dan DAP) supaya mendapat keputusan bersama, bukan oleh satu parti sahaja,” jelasnya.
Tambahnya, tuduhan Naib Presiden Umno itu membayangkan keresahan yang ada di dalam pemikiran pemimpin Umno, kerana bimbang rakyat mengalih sokongan kepada PR, terutama angin perubahan di Asia Barat.
Jelasnya lagi, tuduhan yang mengatakan bahawa Buku Jingga mengenepikan pakar-pakar ekonomi adalah tidak betul.
“Orang yang tidak pakai pakar ekonomi ialah pemimpin Umno,” katanya.
Katanya, kes kritikan Tengku Datuk Zafrul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif bank pelaburan Maybank, terhadap pelantikan Tan Sri Isa Samad selaku pengerusi Felda, nampaknya terus menimbulkan kemarahan di kalangan pemimpin pertengahan Umno.
Mereka, ujarnya menuduh Tengku Zafrul sebagai telah mempertikai dan memperkecil-kecilkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantik Isa, sehingga dicadangkan beliau dipecat daripada jawatan.
Menurutnya lagi, tuduhan negara akan bankrap jika PR melaksanakan janji 100 hari adalah penyakit yang sama dengan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab selama ini.
“Mereka akan memastikan perancangan yang baik untuk rakyat dianggap membazir dan boleh membawa bankrap. Jika cadangan untuk perut dan kroni mereka akan bersetuju.
“Ini adalah sikap biasa mana-mana pemimpin yang takut tembelang mereka akan terdedah jika kerajaan baru menggantikan mereka,” katanya lagi.
Justeru, PAS ingin mengingatkan Zahid sebelum membuat tuduhan hendaklah menyelidik dahulu.
“Jangan buat telahan sebarangan, sesuai dengan ijazah Doktor Fasafah yang dimiliki. Jangan malukan nilai akademik yang dimiliki oleh beliau,” ujarnya.

Tuesday, March 1, 2011


Guan Eng Tak Patut : Tindakan biadap Kerajaan DAP buat Rakyat Penang dan Umno Marah ?



PULAU PINANG 1 MAC : Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyediakan khidmat bas percuma kepada semua kakitangan kilang berkuatkuasa hari ini.


Ia ditawarkan menerusi program letak dan naik bas di bawah sistem bas ekpress transit Jambatan Pulau Pinang atau BEST.


Perkhidmatan itu disediakan kepada sektor perkilangan yang memandu kereta sendiri.


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata langkah itu diambil bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak di atas Jambatan Pulau Pinang dalam masa sama ia mengurangkan beban kewangan dikalangan pekerja.


Perkhidmatan tersebut ditawarkan lima hari seminggu menerusi dua sesi iaitu pada 6 pagi hingga 9 pagi dan 4 petang hingga 7 petang.


Sebanyak 16 buah bas dan 600 petak tempat letak kereta dengan cas seringgit disediakan. Lim Guan Eng ditemui selepas majlis pelancaran BEST di Seberang Jaya.

Waduh-waduh....Harta Negara Dibagi-bagi Anak-beranak Sih?

WikiLeaks: Beginilah Cara Keluarga Saudi Habiskan Uang

WikiLeaks: Beginilah Cara Keluarga Saudi Habiskan Uang
TRIBUNNEWS.COM – Kekayaan keluarga kerajaan Arab Saudi memang selama ini menjadi misteri. Namun kabel dari Kementerian Luar Negeri (Kemenlu) Amerika Serikat (AS) yang dibocorkan WikiLeaks menjadi titik terang apa yang sebenarnya terjadi di kerajaan tersebut.
Untuk mendapatkan tunjangan per bulan, disusun berdasarkan urutan dalam keluarga. Yang mendapatkan tunjangan itu adala pangeran dan putri kerajaan yang jumlahnya ribuan. Mekanisme pemberian uang itu sesuai dengan sistem anggaran per bulan.
Uang ini diatur oleh Kementerian Keuangan Negara Arab Saudi khusus membidangi “Aturan dan Keputusan”. Kantor ini bertindak membagikan jatah bualanan sejak pertengahan tahun 1990-an yang paling rendah adalah 800 dollar AS per bulan (Rp 7,2 juta) hingga 200 ribu dollar AS-270 ribu dollar AS per bulan (Rp 1,8 miliar-Rp 2,4 miliar) dan uang ini diberikan ke satu dari sejumlah anak laki-laki Abdul-Aziz Ibn Saud, pendiri kerajaan Arab Saudi modern.
Cucu keluarga kerajaan mendapatkan tunjangan bulanan sebesar 27 ribu dollar AS ( Rp 254 juta). Sedangkan cucu buyut kerajaan menerima uang tunjangan 13 ribu dollar AS (Rp 118 juta) dan cicit kerajaan mendapatkan 8.000 dollar per bulan (Rp 72 juta).
“Bonus pembayaran juga diberikan jika mereka menikah dan menggunakan gedung kerajaan,” demikian isi kabel tersebut. Biaya yang jor-joran ini menghabiskan 40 miliar per tahun (Rp 360 triliun) dan beberapa tahun di antaranya mencapai 2 miliar dollar AS (Rp 18 triliun). Bahkan, uang saku sudah diberikan saat satu orang anggota keluarga kerajaan baru saja lahir.

CARA MENIPU UNTUK MENANG..WALAU NEGARA TERGADAI.....

INI PADANG KITA

nota:
untuk memastikan kita menang
kita ajak gerombolan main bola
dipandang kita - hajar sikit!!!






DAFTAR WARGA THAI UNTUK TAWAN KELANTAN – harakah daily

Pihak lawan sedang berusaha mendaftarkan seramai mungkin warga Thai sebagai pengundi pada pilihan raya umum ke-13 bagi merampas kerajaan Kelantan yang kini ditadbir oleh PAS hampir 21 tahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Husam Musa, berkata tiga Parlimen, iaitu Rantau Panjang, Tanah Merah dan Tumpat akan menjadi perhatian mereka sebagai ‘target’ untuk merampas negeri ini keseluruhannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis seminar mahasiswa mahasiswi Mesir, di Balai Islam, Lundang, di sini hari ini.

Menurutnya, PAS Kelantan mempunyai senarai penuh berhubung perkara itu.

“Kita amat kesal dengan kejadian ini dan sekiranya ia berterusan berlaku, bermakna masa depan negara akan ditentukan oleh warga asing dan bukannya rakyat negara sendiri,”ujarnya.

“Ini kerana warga asing itu akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang,”ujarnya.

Husam menambah, kerana kepentingan diri mereka sanggup berbuat demikian walaupun bersalahan dengan moral dan undang-undang.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
bukan sahaja warga siam yang didaftar
di sabah warga filipina di daftar sebagai pengundi
di selangor mat indon mat bangla mat burma
semua telah didaftar untuk jadi pengundi

inilah caranya bagaimana pilihanraya
telah dijalankan di mesir
mubarak telah membenarkan
warga sudan dan afrika yang lain
untuk mengundi - itu pasal sampai 30 tahun parti yg sama memerintah


NOTA:
pilihanraya yang akan datang telah
dirancang untuk memeatikan gerombolan menang

NOTA:
kalau pilihanraya boleh mengubah sesuatu
pasti telah lama di haramkan

Tanah NCR: Orang Asal dibenar cabar k'jaan S'wak



Sekumpulan wakil penduduk masyarakat orang Asal Sarawak berhimpun di hadapan Istana Kehakiman selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan mereka untuk mencabar kuasa kerajaan negeri Sarawak yang didakwa merampas tanah mereka.

Kumpulan berkenaan diketuai oleh ketua rumah panjang Uma Laguieh. Mereka turut membawa sepanduk yang antaranya tertera slogan "hak tanah adat = hak ke atas kehidupan."
Kumpulan tersebut berhimpun selama beberapa minit di situ sambil bergambar.

Terdahulu, mahkamah menetapkan 28 April untuk mendengar hujah dari peguam mereka berhubung permohonan itu.

Hujah berkenaan adalah berhubung Perkara 5(3) dan Perkara 5(4) Kanun Tanah Negara yang digunakan oleh kerajaan negeri bagi mengambil tanah adat (NCR) masyarakat orang Asal Sarawak itu.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim dalam keputusannya membenarkan permohonan yang dibuat oleh dua puak Kayan, - Bato Bagan dan Jalang Paran.

Kumpulan orang Asal dari suku Kayan itu diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan Baru Bian.

Kerajaan negeri Sarawak yang dinamakan sebagai responden dalam kes ini pula diwakili Datuk JC Fong dan Marjana Adenan.

Sulaiman dalam hujahnya membangkitkan bahawa peruntukan dalam kanun tanah itu bersifat ultra vires kepada Perkara 5 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hujah berkenaan merupakan elemen penting dalam kes ini kerana hak ke atas tanah NCR itu dianggap sebahagian kepada hak ke atas kehidupan.

Tanah berkenaan kini telah ditenggelamkan oleh limpahan air akibat pembinaan empangan hidroelektrik Bakun.

Demonstrasi di London desak beku aset Taib



Kira-kira 20 orang, termasuk rakyat Malaysia dan warga asing, menyertai demonstrasi 'Hentikan Rasuah Balak' di Kota London semalam untuk mendedahkan dakwaan salahguna kuasa terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

london protest against taib mahmud 5Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh NGO Bruno Manser Fund (BMF),
di luar bangunan syarikat yang dikuasai oleh keluarga Taib, Ridgeford Properties Ltd, di tengah Kota London.

Demonstrasi itu diketuai adik ipar bekas perdana menteri Britain, Gordon Brown - Clare Rewcastle Brown - dan rakyat asal Sarawak, Petrus John Jaban.

Clare adalah pengasas lamanweb Sarawak Report yang mendedahkan dakwaan rasuah terhadap Taib dan empayar perniagaannya di peringkat global.

Peter (kiri) adalah DJ Radio Free Sarawak, sebuah radio bebas bergelombang pendek yang dipancarkan dari London.

london protest against taib mahmud papa orang hutanIa memfokus kepada aktivis Sarawak dan masyarakat yang
mempertahankan hak ke atas tanah mereka dan menentang dakwaan salahguna kuasa oleh Taib.

Peserta demonstrasi tersebut membawa poster bertulis 'stop timber corruption in Sarawak" dan "freeze Taib assets".

Poster lain pula bertulis "Chief Minister of Sawarak - 30 years is enough!", "stop illegal logging on native lands" dan "respect natives' rights".
Demonstrasi yang serupa yang dianjurkan oleh BMF, turut diadakan di pusat bandar Ottawa, Kanada - di luar satu lagi syarikat hartanah yang dikuasai oleh keluarga Taib - Sakto Corporation.
Minggu lalu, BMF mengeluarkan senarai 49 syarikat empat benua yang didakwanya ada berkaitan dengan Taib dan keluarganya.

TPM KELIRU:ANTARA HARTA KERAJAAN/NEGARA DENGAN HARTA UMNO

Inilah dasar UMNO memperbodohkan rakyat dan mengugut rakyat sehingga rakyat nampak bodoh
dan seperti bodoh seakan zaman 60an. Bermain politik kampong.
Harta rakyat dianggapkan harta UMNO. Harta negara dianggap harta kerajaan UMNO. Inilah padahnya
kerana terlalu lama memerintah sehinggakan harta kerajaan dan negara dikatakan harta peribadi, harta UMNO,
harta BN???
Apakah rakyat tak tahu fikir?
Bukankah harta kerajaan adalah harta negara?
Harta negara adalah harta rakyat seluruhnya, yang dikenakan pelbagai cukai, denda, saman, levi, cukai perkhidmatan,
cukai ses, cukai import, cukai korporat, cukai pendapatan dan bermacam cukai lagi......apakah ini harta peribadi dan
pemerintah semasa?
Sekali-kali tidak, ia harta negara, harta rakyat dan warga seluruhnya. Cuma diberikan amanah oleh rakyat yang
memangkahnya PRU setiap 5 tahun. Itu saja. Bukan pula menjadi hak sesiapa.
Bahkan bila dinamakan amanah, akan ditanya di mahkamah Rabbul Jalil, dari mana datang harta negara dan ke mana
ia dibelanjakan.....apakah sanggup TPM menjawabnya di mahkamah Allah di padang mahsyar?

Yuhaizad: Buktikan kuarters sekolah milik Umno
Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.


NONEYuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAs.


"Saya mencabar Umno dan beliau (Muhyiddin) untuk buktikan kompleks (kuarters itu) dibina oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar bersama di pusat operasi pilihan raya DAP, dekat pekan Merlimau.


Katanya, jika Umno dan Muhyiddin dapat membuktikan sedemikian, beliau akan berpindah malam ini.


Jika tidak, kata Yuhaizad berkata, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya.


Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarganya.


Semalam, Muhyiddin menyuarakan rasa kecewanya terhadap Yuhaizad dan keluarganya yang tinggal di kuarters sekolah tetapi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Merlimau.

SENYUM MAK JANDA

URUT BATIN MAK JANDA


nota:
jangan pelekeh
urut batinkan janda
lagi gemok lagi sendat
lagi gedempol lagi keras

tak percaya?

lihat gambar betul betul
perhatikan tangan yang gempal membadak
inilah jari jemari yang gemok yang akan memicit
rasakanlah nikmatnya!!!




MASJID MACMA MERCU TANDA KEUNIKAN ISLAM: ROSMAH
 -meloya

Masjid Macma (Persatuan Cina Muslim Malaysia) bercirikan reka bentuk Cina yang bakal dibina di ibu negara, berpotensi menarik kedatangan pelancong ke negara ini, kata Rosmah Mansor.

Katanya cadangan pembinaan masjid itu di Jalan Davis di sini, yang turut menempatkan Kompleks Kebudayaan Islam, bukan sahaja menjadi mercu kepada keunikan agama Islam malah membuktikan bahawa agama tersebut adalah milik semua serta tidak tertakluk kepada satu kaum sahaja.

"Bagi sesetengah umat Islam, daya tarikan ini kelihatan seperti biasa, namun bagi masyarakat lain, itu adalah sesuatu yang perlu diketahui secara mendalam dan sewajarnya umat Islam mengambil peluang ini memperluaskan pengetahuan mengenai Islam dalam seni pelancongan.

"Pendekatan dakwah yang unik, sistematik dan terancang melalui pelbagai metodologi yang tersusun adalah dimensi baru yang perlu diketengahkan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penyampaian sijil dan anugerah kepada pemenang peraduan mereka bentuk masjid Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan Kompleks Kebudayaan Islam di sini, hari ini

NOTA:
inilah penyebab mengapa ramai semakin orang semakin
kurang yakin dengan islam - ini kerana sosok
yang bercakap tentang agama islam ini tidak ada
langsung paut dengan islam

ada raja yang bertogel dengan
anak bengali yang bercakap tentang islam
ada kaki rogol amah yang bercakap tentang islam
ada kaki rogol kanak kanak bercakap tentang ialam
ada kaki bunuh orang bercakap tentang islam
ada kaki rasuah bercakap tentang islam

kalau cakap tentang kapal selam
boleh juga masuk akal
ini nak cakap hal islam

hari ini rosmah mansor pulak bercakap tentang islam
kah kah kah


ini macam lim goh tong bercakap tentang halal haram
ini macam obama bercakap tentang hak asasi rakyat iraq
ini macam vincent tan bercakap tentang zakat dan fitrah
ini macam madey bercakap tentang becakap benar
ini macam lee kuan yew bercakap tentang hak melayu

nota:
ini dalil ayat yang dipakai oleh rosmah mansor:
wal badaki min kuntum tak lamun
innna lakum pi rembattun hartaron tanahkon tudm
pi sukaron shiokon shopping kan nal likum tak lamun
wal maajnoon en na ha tak li bun
qiarikom sapu rembaton apasaje hah


surah: rembatton : ayat 16

nota:
ini tanah sudah kena rembat!!!

(tukartiub)