Blame Game<
A menuduh B dalam isu remeh-temeh
B pula menuduh A
C akhirnya dibiar terpinga-pinga…
D hanya memerhati
Siapa benar dan siapa pula yang salah?
C tetap dibiar terpinga-pinga...
D terus memerhati dan mencatat
A punya alasan tersendiri untuk menyalahkan B
B juga ada alasan tersendiri untuk menyalahkan A
C terus terpinga-pinga..
D masih memerhati, masih mencatat
Alasan yang diberikan A ada bernasnya
Alasan yang diberikan B juga ada dasarnya
C sekali lagi tertanya-tanya..
D mula berhati-hati, terus mencatat
Pihak mana harus C percaya?
A kelihatan benar, kelihatan salah juga ada kemungkinannya
B juga tidak semestinya salah, benar pun tidak juga
D cuba memulihkan keadaan, membentangkan semua kenyataan yang dibuat A dan B
C terus keliru. Mahu atau tidak, C harus buat pilihan
Membuat pilihan ketika A dan B saling salah-menyalahkan
D berjaga-jaga sambil mengajak C dan semua abjad yang lain mula berfikir
C terjerat dalam kekeliruan kompleks..
C harus mencari siapa sebenarnya yang salah, mungkin D akan dipersalahkan
C hanya diberi satu pilihan iaitu sama ada mempercayai A atau B,
Sekali lagi D adalah pilihan terbaik untuk dipersalahkan
C sebenarnya terjerat dalam…
The Blame Game
Dimana C dan D, kedua-duanya adalah mangsa
Abjad-abjad yang lain juga sama-sama menjadi mangsa..
Tetapi D rela dipersalahkan jika C dan abjad-abjad lain rela berfikir
A mendapat untung
B juga mendapat untung
Akhirnya, A dan B masing-masing menuduh D
D dipersalahkan, A dan B masing-masing berjaya menyelamatkan diri
C, D hingga Z semua memberi untung kepada A dan B
Pengamal media antarabangsa menamakan taktik itu sebagai Blame Game.
--
Blame Game
A menuduh B dalam isu remeh-temeh
B pula menuduh A
C akhirnya dibiar terpinga-pinga…
D hanya memerhati
Siapa benar dan siapa pula yang salah?
C tetap dibiar terpinga-pinga...
D terus memerhati dan mencatat
A punya alasan tersendiri untuk menyalahkan B
B juga ada alasan tersendiri untuk menyalahkan A
C terus terpinga-pinga..
D masih memerhati, masih mencatat
Alasan yang diberikan A ada bernasnya
Alasan yang diberikan B juga ada dasarnya
C sekali lagi tertanya-tanya..
D mula berhati-hati, terus mencatat
Pihak mana harus C percaya?
A kelihatan benar, kelihatan salah juga ada kemungkinannya
B juga tidak semestinya salah, benar pun tidak juga
D cuba memulihkan keadaan, membentangkan semua kenyataan yang dibuat A dan B
C terus keliru. Mahu atau tidak, C harus buat pilihan
Membuat pilihan ketika A dan B saling salah-menyalahkan
D berjaga-jaga sambil mengajak C dan semua abjad yang lain mula berfikir
C terjerat dalam kekeliruan kompleks..
C harus mencari siapa sebenarnya yang salah, mungkin D akan dipersalahkan
C hanya diberi satu pilihan iaitu sama ada mempercayai A atau B,
Sekali lagi D adalah pilihan terbaik untuk dipersalahkan
C sebenarnya terjerat dalam…
The Blame Game
Dimana C dan D, kedua-duanya adalah mangsa
Abjad-abjad yang lain juga sama-sama menjadi mangsa..
Tetapi D rela dipersalahkan jika C dan abjad-abjad lain rela berfikir
A mendapat untung
B juga mendapat untung
Akhirnya, A dan B masing-masing menuduh D
D dipersalahkan, A dan B masing-masing berjaya menyelamatkan diri
C, D hingga Z semua memberi untung kepada A dan B
Pengamal media antarabangsa menamakan taktik itu sebagai Blame Game.
--
BLAME GAME
Blame Game
MEDIA menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat. Namun, media yang neutral hanya bertindak sebagai pihak yang melaporkan sesuatu perkembangan tanpa menyebelahi mana-mana pihak yang bertelagah atau saling tuduh menuduh.
Secara dasarnya, media dijadikan sebagai alat (senjata) untuk menikam orang lain tanpa menggunakan tangan sendiri. Dalam hal ini, media menjadi (kenderaan) kuda tunggangan untuk melanggar sesiapa sahaja yang menghalang laluan si penunggangnya.
Maka, orang awam pula mula menuduh media sebagai pihak yang cuba mengkucar-kacirkan keadaan kerana beranggapan bahawa media salah membuat laporan mengenai kenyataan-kenyataan yang diucapkan pihak-pihak bertelagah.
Media dan orang awam (audiens) sama-sama menjadi mangsa dalam Blame Game. Permainan yang dikuasai pemain-pemain yang berkepentingan dalam hal-hal termasuk politik, ekonomi, sosial dan keselamatan atau sebagainya.
Mahu atau tidak, keadaan semasa (zaman fitnah akhir) sememangnya memaksa kita untuk bermain dalam permainan ini. Kita sebagai Muslim yang tahap iman berbeza-beza, kena juga bermain meskipun tidak sudi kerana kita sedang hidup dalam persekitaran yang memaksa.
Untuk kekal bermain dalam permainan ini dan tidak dijadikan mangsa, kita harus meneliti syarat-syarat permainan. Ini adalah panduan asas untuk kekal bermain dalam permainan ini, tetapi jauh sekali untuk kita menjadi juara dalam permainan ini. Syarat-syaratnya secara asas ialah:
Kelemahan sebelah pihak adalah kekuatan sebelah pihak yang lain.
Kekuatan sebelah pihak adalah kelemahan sebelah pihak yang lain.
Tolak satu tingkat kewajaran apabila wujud bias atau sikap berat sebelah.
Tolak satu tingkat kewajaran lagi jika mula terpengaruh dengan mana-mana pihak
Tolak satu tingkat kewajaran jika mula berkata sesuatu tanpa fakta kukuh terhadap mana-mana pemain.
Tambah satu tingkat kewajaran jika bersikap adil dalam permainan.
Tambah satu lagi tingkat kewajaran jika mula membuat penilaian yang adil untuk menemui titik yang menguntungkan secara kolektif.
Tersingkir daripada permainan jika menyebelahi mana-mana pihak terhadap isu remeh-temeh yang tidak menguntungkan secara kolektif. Tersingkir kerana tidak adil. Menjadi mangsa.
Tersingkir daripada permainan jika bersikap dingin terhadap tujuan sebenar yang tidak menyumbang kepada menyemai persefahaman kolektif. Tersingkir kerana lalai dalam melaksanakan tanggungjawab. Menjadi mangsa.
Kekal dalam permainan jika menyebelahi dan bekerja untuk tujuan sebenar. Namun, masih berisiko menjadi mangsa.
Tujuan sebenar ialah menyebelahi kebenaran sebenar kerana anda (Muslim) tahu apa sebenarnya yang benar. Tujuan asal ini bukan permainan dan tidak boleh dibuat main-main atau dipermainkan.
Itu adalah syarat-syarat asas untuk terus kekal dalam permainan. Jika tersingkir, anda boleh kembali bermain pada bila-bila masa tanpa halangan. Andai mahu bermain dengan melanggar syarat-syarat asas juga tidak menjadi halangan. Sesiapa juga bebas bermain dengan pertimbangan sendiri. Tapi, sila bertanggungjawab atas setiap pertimbangan yang dibuat. Tiada satu pun makhluk yang menjadi pengadil dalam permainan ini.
--
Memahami permainan
Tujuan asal ialah untuk menyerlahkan kebenaran. Tetapi, memperlihatkan aib di pihak lain pula bukan langsung dikatakan tujuan. Namun, para pemain mengalihkan tumpuan (red-herring) dengan meletakkan objektif lain sebagai tujuan permainan, dengan itu wujudlah situasi memperlihatkan kesalahan pihak lain yang akhirnya menyulitkan keadaan.
Perbuatan saling salah-menyalahkan tidak akan berjaya menemui titik yang menemukan persamaan secara kolektif. Kesannya, pihak berkepentingan peribadi akan membolot semua kemenangan (meskipun sebenarnya tiada siapa yang menang) dengan memijak semua tujuan asal, termasuk memijak-pijak kepala setiap individu yang menjadi audiens.
Bagaimana permainan ini digerakkan? Kita akan cuba memahami taktik ini yang menjadikan media sebagai senjata ‘pakai buang’ (disposable) yang paling berkesan. Anda hanya perlu tahu perkara asas dalam konteks Blame Game.
Dalam keadaan (dunia moden) dua pihak bertelagah, biasanya salah satu pihak akan menggunakan media bagi menyampaikan segala alasan-alasan yang boleh menjatuhkan pihak lawan. Ia tidak kira sama ada pertelagahan antara pihak sesama Muslim atau berlainan akidah, keadaannya selalunya sama.
Pihak-pihak ini akan memberitahu media (melalui press conference, printed press statement atau lain-lain kaedah) mengenai kenyataan-kenyataan berkaitan kesalahan-kesalahan yang dilakukan pihak lawan. Kenyataan-kenyataan yang diberikan kepada media pula kebiasaannya bertujuan untuk mempengaruhi audiens (orang ramai) supaya menyokong atau terpengaruh dengan kenyataan yang diberikan. Ia juga kenyataan yang bersifat brainwashing statements atau persuasive. Media dijadikan perantara. Media ditunggang dengan selesa oleh pemain-pemain yang hampir dengannya.
Kesannya, akan wujud golongan di kalangan audiens yang mula terpengaruh. Jika sudah terpengaruh, maka usaha pihak pertama tadi sudah berjaya pada peringkat mula. Mind control mula meninggalkan kesan tanggapan awal di kalangan audiens. Pihak ini menjadikan blame game sebagai kaedah mind control yang hampir sangat berkesan.
Selepas pihak pertama menggunakan media, pihak yang satu lagi pula semakin panas punggung kerana tidak selesa dengan kenyataan-kenyataan tadi. Maka, pihak kedua ini pun menggunakan medium yang sama iaitu media.
Ia tidak semestinya menggunakan syarikat media yang sama, ia mungkin menggunakan syarikat media lain untuk membuat kenyataan balas. Pokok pangkalnya yang ditunggang ialah media.
Biasanya menggunakan keldai yang tidak kisah walau siapa sahaja yang menunggangnya. Malah, ada juga keldai yang memilih bulu untuk ditunggang pihak-pihak tertentu sahaja. Jangan hanya memandang satu syarikat media sahaja, sebenarnya semua syarikat media (mainstream atau bukan) pun sama sahaja, media adalah keldai yang memilih bulu.
Namun, media hanya melaporkan kenyataan-kenyataan yang dibuat pihak-pihak itu sahaja. Media boleh memilih siapa yang mahu ‘bersuara’ menggunakannya, itu namanya pilih bulu. Media profesional pula langsung tidak menyelitkan pendapat sendiri dalam melaporkan kenyataan-kenyataan pihak-pihak itu (bukan dalam satu laporan berita asal yang sama).
Jika ada pendapat sendiri pun, ia biasanya dalam kolum lain yang tidak berada dalam perenggan-perenggan yang melaporkan kenyataan pihak terbabit. Media profesional tidak akan menyampuk dalam perenggan. Biasanya mengulas dengan pendapat sendiri dalam satu analisis yang lain. Audiens juga perlu tahu membezakan antara berita dengan analisis berita.
Contoh, satu berita mengenai kenyataan perihal kelemahan pihak lawan (berita asal). Media hanya melaporkan kenyataan pihak itu sahaja tanpa menulis pendapat peribadi pihak media itu sendiri. Pendapat peribadi biasanya ditulis dalam artikel/kolum lain berbentuk pojok atau analisis. Bukan menyampuk dalam perenggan berita asal.
Media profesional tidak akan mencelah atau menyampuk dalam mana-mana perenggan berita asal. Biasanya pojok atau analisis ditulis selepas pihak kedua membalas kenyataan dengan juga menggunakan media. Di sini, media bertindak sebagai pemerhati yang membuat penilaian untuk mengajak supaya difikirkan bersama audiens. Media yang profesional hanya mahu audiens berfikir. Media yang tidak bersikap profesional pula akan mula memihak kepada sebelah pihak yang lain.
Tidak kira sama media itu bersifat neutral (menyebelahi titik wajar) atau menyebelahi mana-mana pihak (tanpa pertimbangan wajar), audiens akhirnya akan melihat media sebagai alat yang mengapi-apikan keadaan. Media pula mula dituduh sebagai penyebar fitnah. Walhal (semua media yang benar-benar profesional) hanya melaporkan setiap kenyataan pihak-pihak berkenaan. Hanya melaporkan selepas merekodkan kenyataan-kenyataan itu dalam tape recorder, voice recorder, kamera video atau ditulis dalam buku catatan (bukti kenyataan itu direkodkan).
Meskipun ada bukti, media terus menjadi keldai yang dilontar dengan batu-batu oleh para pemain (selepas ditunggang) dan juga audiens (selepas dicemuh). Kesannya, titik kewajaran mula menjadi suatu matlamat yang sangat asing. Red-herring sekali lagi berjaya dalam modul mind control.
Isu tidak selesai, ada pula pihak baru yang dipersalahkan. Media (yang neutral) rela diperlakukan seperti itu hanya kerana mahu orang ramai berfikir. Apabila orang ramai tidak mahu berfikir, satu pihak lain harus dipersalahkan bagi menutup sikap berat sebelah mereka terhadap pihak-pihak tadi. Keadaan yang sama berlaku di kebanyakan negara. Media dikecam.
Itu mengenai sikap media yang neutral. Bagaimana pula dengan sikap media yang berat sebelah? Media yang berat sebelah sudah tentunya bijak, pandai memainkan dan memanipulasi isu dengan sudut pandang yang tampak benar. Sudut pandang yang berkesan dalam memperdayakan ramai audiens.
Dalam permainan ini yang ‘disertai’ media secara aktif pula (tidak bertindak sebagai neutral, sebaliknya memihak kepada sebelah pihak lain), malah ada juga yang pro-aktif, media-media ini bijak memanipulasi kenyataan sehingga melemahkan maksud asal kenyataan sesebuah pihak.
Fahami betul-betul: Struktur ayat diubah, maksud ayat tidak diubah. Struktur ayat yang diubah itu langsung tidak mengubah maksud asal, sebaliknya hanya melemahkan maksud asal ayat tadi. Jika dibaca dengan tekun, anda akan mampu memahami maksud asal. Jika membaca dengan emosi, anda akan tersalah faham. Ia melemahkan maksud tanpa membunuh maksud asal. Ia adalah permainan susun perkataan yang memerlukan kemahiran menulis yang berkesan.
Tujuannya, mahu audiens membaca dengan emosi supaya tersalah faham dan menimbulkan salah tanggap yang akhirnya memburukkan keadaan. Ia dibuat begitu kerana rata-rata audiens lebih suka membaca laporan berita dengan sentimen berat sebelah dan penuh emosi. Tetapi apabila diamati maksud asal berita itu, audiens akan dapat faham kerana maksud asal tidak diubah dalam struktur ayat yang diubah. Play dirty, but still following the ethics.
Bagaimana bermain kotor tetapi mematuhi etika? Mudah, etika itu ciptaan manusia. Mudah sahaja dirodok untuk main kotor. Katakan, anda bermain bola sepak. Pasukan anda sudah menjaringkan satu gol sejak minit awal, kedudukan itu kekal hingga minit-minit terakhir. Untuk menang dan tidak terikat dengan seri, anda cuba melengah-lengahkan perlawanan sekadar beberapa saat setiap kali mendapat bola, melengahkan passing selama lima saat setiap pemain akan menjadikan lima saat itu didarab dengan 11 pemain. Ia menjadikan hampir seminit dilengahkan. Walaupun pasukan lawan berasa tertekan, ia tidak menjadi kesalahan selagi pengadil tidak memutuskan ia sebagai kesalahan yang layak diberikan amaran atau dilayangkan kad merah atau kuning. Jika seorang pemain nampak jelas melengahkan permainan sehingga berminit-minit lama, maka pengadil akan memberi amaran kepada pemain yang main kotor itu. Ia (walaupun) melanggar peraturan permainan kerana melengahkan masa tetapi masih belum menjadi kesalahan selagi pengadil tidak memutuskan ia sebagai kesalahan. Namun, jika setiap pemain melengahkan masa sebelum sempat pengadil memberi amaran, ia tidak bertentangan dengan peraturan. Pasukan anda akan menang dengan satu gol tadi sebaik sahaja pengadil meniup wisel menamatkan perlawanan hasil daripada peranan setiap pemain melengahkan masa.
Peraturan, etika atau apa sahaja buatan manusia, ia sudah tentu dapat dirodok oleh manusia itu sendiri jika dia faham terma-termanya untuk memastikan dia selamat di kalangan manusia yang diperdaya. Peraturan manusia boleh dirodok tanpa masalah jika manusia itu tahu bagaimana untuk merodoknya dengan selamat. Tetapi, adakah manusia dapat memperdaya Allah?
Setiap kali berhadapan dengan kenyataan-kenyataan yang dilaporkan media, kita harus sedar bahawa media juga sebenarnya diperkuda pihak-pihak yang bertelagah. Kita sebaliknya harus meneliti setiap kenyataan dalam media dengan jiwa yang tenang supaya tidak bercanggah dengan kebenaran yang kita cari di antara kedua-dua pihak itu tadi. Media diperkuda untuk mempengaruhi tanggapan audiens demi kepentingan peribadi pihak-pihak tadi.
Jadi, apa sebenarnya permainan ini?
Ia bukan permainan media. Tetapi permainan yang dimainkan pemain-pemain dengan menggunakan media sebagai alat. Media diperalatkan untuk kepentingan pemain.
--
Apa sebenarnya?
Pertama, audiens harus faham bahawa media itu dijadikan alat. Bukan dijadikan sekutu oleh pemain-pemain. Media dijadikan pihak tengah yang membantu menyampaikan setiap butir maksud yang ingin disampaikan pemain kepada audiens. Dalam masa yang sama, pemain akan cuba meyakinkan media mengenai setiap butir kenyataannya. Pemain tadi akan mula melakukan putar belit kepada pihak media supaya pihak media percaya. Maka apabila timbul isu putar belit fakta, audiens akan menuduh media sebagai pemutar belit fakta. Advantage (seperti dalam permainan tenis) kepada pemain ialah, pemain tadi terselamat kerana ada modal lain iaitu menuduh media sebagai pemutar belit setiap kenyataannya.
Kedua, media akan mula bermain permainan ini apabila sangsi terhadap pemain. Biasanya memainkan permainan lain dalam permainan asal. Ia adalah permainan soal jawab dengan soalan-soalan yang menyebabkan pemain mula berpeluh memikirkan penjelasan terhadap setiap soalan yang diajukan media. Soalan diajukan kerana wujudnya kesangsian terhadap pemain. Motif media mula bermain ialah untuk mendapatkan penjelasan yang memandu ke arah ketepatan perbincangan isu. Soalan-soalan yang ditanya pula berkisar mengenai isu asal. Apabila pemain mula berpeluh dan diminta untuk menjawab, maka lazimnya jawapan yang diberikan mempunyai dua maksud. Dua maksud bermakna ia boleh diubah konteks jika wujud pertikaian. Jawapan yang kemas tetapi ada jalan keluar menuju Plan A dan Plan B. Pemain yang benar-benar bijak biasanya tahu bagaimana untuk mencipta jawapan sedemikian. Mahu contoh jawapan?
(Ini hanya contoh dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana individu)
Soalan: Bagaimana dikatakan ekonomi negara semakin baik sedangkan harga barang yang diletakkan oleh peniaga seperti sudah tidak mampu dikawal, isu pengangguran beribu-ribu lepasan ijazah masih tidak selesai dan pengguna semakin tertekan dengan situasi semasa. Jika ekonomi berada pada tahap yang baik, perkara seperti itu mustahil akan berlaku, boleh jelaskan?
Jawapan: Kita menilai prestasi ekonomi negara berdasarkan KDNK dan pendapatan-pendapatan negara yang dibezakan dengan tahun sebelum. Jadi, peningkatan KDNK sebanyak 6 peratus pada tahun ini menunjukkan prestasi yang baik dalam pertumbuhan ekonomi negara yang hanya 4 peratus pada tahun lalu. Perolehan negara dalam sektor yang diusahakan di luar negara juga memberi pulangan yang tinggi dan ia membantu memperbaiki ekonomi negara. Walaupun begitu, isu-isu seperti pengangguran dan harga barang tetap diberi perhatian oleh perancang-perancang ekonomi dan usaha ke arah penyelesaian sedang dilakukan dengan teliti.
Tampak kemas jawapan itu, jawapan yang penuh bergaya. Namun, ia adalah jawapan yang berbaur red-herring. Di mana red-herring itu? Ia adalah KDNK, perbezaan perolehan negara dengan tahun lalu dan sektor perusahaan luar negara yang dijelaskan berjela-jela. Kenapa? Isunya bukan KDNK dan ukuran prestasi ekonomi, tetapi mengenai harga barang yang semakin meningkat dan pengangguran yang masih belum selesai (isu human interest, bukan economic point of view). Namun, apa yang dijawab mengenai isu itu. Hanya sekadar menjawab ‘isu itu diberi perhatian dan cuba diselesaikan’. Pemain tadi pula dikatakan hebat oleh sesetengah audiens kerana mampu menjawab dengan jawapan yang penuh bergaya, audiens tadi terlena dibuai red-herring. INI HANYA CONTOH, tiada kaitan dengan mana-mana individu.
Jadi, setiap kali membaca laporan media yang ditulis.. KETIKA DITANYA MENGENAI....DIA MENJAWAB... sila beri perhatian dan membaca dengan berhati-hati kerana media cuba memberitahu audiens mengenai perkara-perkara seperti di atas. Media mahu audiens berfikir mengenai ketulusan pemain itu memberikan jawapan.
Ketiga, media juga sekumpulan manusia yang mahukan jawapan kerana media juga adalah audiens. Tetapi, media adalah audiens yang mempunyai hak untuk bertanya kepada pemain mengenai apa sahaja jawapan terhadap soalan yang mereka mahu tahu. Apabila timbul situasi ‘ingin tahu’ di kalangan media, pemain akan berasa tergugat dan perlu berhati-hati setiap kali mencipta jawapan untuk diperjelaskan kepada sekumpulan audiens yang dinamakan sebagai media. Media sedikit hampir kepada peguam yang mewakili audiens di luar mahkamah, tetapi media bukan peguam.
Keempat, pemain akan cuba menunggang media sebagai keldai atau kuda. Tetapi jika keldai atau kuda itu melompat sambil menendang, pemain tadi akan jatuh, mungkin akan patah pinggang dan tidak mampu berdiri lagi. Jika boleh terus berdiri pula, mungkin akan jalan terhenjut-henjut menahan sakit. Apa yang perlu dilakukan pemain ialah menjinakkan kuda atau keldai tadi supaya taat setiap kali ditunggang. Ada kuda-kuda yang berjaya dijinakkan, ada juga keldai-keldai yang berhasil dijinakkan. Tetapi percayalah, antara kuda jinak dengan kuda liar, harga kuda liar jauh lebih bernilai dari segi kebebasannya. Tetapi, kuda-kuda jinak itulah yang ditunggang oleh pemain untuk menangkap kuda-kuda liar supaya dapat dijinakkan seperti dalam drama-drama koboi. Jangan lupa satu perkara lagi, kuda liar lebih disanjungi. Sahabat-sahabat, jadilah seperti kuda liar. Tendangan kuda liar mampu mematahkan pinggang dan menghancurkan tulang dada. Jadilah seperti kuda liar yang bebas. Apa yang audiens perlu faham dengan perkara keempat ini? Kuda-kuda liar ini sentiasa bersama audiens di luar sana. Percayalah, bilangan kuda liar ini semakin bertambah.
Kelima, ini bukan permainan media. Setiap apa yang berlaku hari ini adalah manipulasi semata-mata. Satu pihak memanipulasi pihak yang lain sambil memutar belitkan kenyataan, lalu dicampak kesalahan ke atas kepada pihak yang lain. Pemain bukan juara, tetapi semua adalah mangsa. Mendapat bantuan dan sokongan media adalah advantage dalam permainan ini. Audiens juga boleh berbuat demikian. Sokongan media seperti mendapat dua daun serupa dalam permainan terup Black Jack. Dua daun serupa tadi boleh dibuat split sebagai advantage untuk tiga kemungkinan. Salah satu split itu menang, kedua-dua split itu menang atau kedua-duanya kalah. Ia hanya permainan yang dimainkan pemain-pemain menggunakan setiap advantage yang ada. Bukan mahu mengajar berjudi, tetapi pemalaran begitu mungkin sesuai untuk menggambarkan situasi Blame Game menggunakan media.
--
Blame Game sebagai alat mind control yang menggunakan media. Sekali audiens gagal memproses mana satu yang wajar dan mana satu yang tidak wajar, ia akan mempengaruhi tanggapan di dalam minda dan akan terbuku kemas sehingga mencipta satu sentimen yang sukar dibersihkan. Apabila ia berlaku, audiens akan menjadi mangsa mind control tanpa sedar sehingga gagal berfikir secara waras mengikut kewajaran yang sewajarnya.
Kita tidak berbicara mengenai politik dalam artikel ini kerana tugas kami bukan untuk berbicara soal politik. Jika anda menganggap ia berguna untuk memahami setiap kenyataan media yang dibuat pemimpin politik mana-mana parti, kami harap ia boleh membantu anda. Ia hanya bahan asas untuk membantu pemahaman anda mengenai setiap perkembangan yang dilaporkan media.
Ini adalah input awal untuk artikel-artikel seterusnya.
Blame Game, everybody lose, nobody wins?
--
Sempena ulang tahun penghijrahan baginda Rasulullah, hijrahkan minda anda. Hayati persaudaraan Aus dan Khazraj, Muhajirin dan Ansar ketika Islam mula bertapak dalam satu negara kota sehingga membuahkan kegemilangan. Rasulullah pasti tersenyum gembira apabila melihat umatnya bersatu padu dan menjadi kuat. Marilah kita sama-sama membuat Rasulullah gembira.
by UMAT TERAKHIR