Saturday, December 11, 2010

Membedah Demokrasi... Keangkuhan Umno...

Ogos 2010
KUALA LUMPUR, - DAP yang ditubuhkan pada 1967, dianggap sebagai jelmaan PAP yang diasaskan dan digerakkan oleh LEE Kuan YEW dari Singapura. Parti yang berteraskan sosialis demokerat berjaya menempatkan parti itu sekuat atau setara dengan parti-parti utama seperti UMNO, MCA, MIC, PAS, Gerakan . Golongan pertengahan masyarakat China dan India menjadi pendokong utama parti tersebut. Parti DAP diperlihatkan oleh pemerintah BN sebagai parti pembangkang yang paling kiri dan bercorak perkauman. Watak utama Karpal Sing dan Lim Kit Siang sebagai pemimpin yang memainkan api perkauman dan sentiment agama.
Gambaran parti cauvanis China terhadap DAP memang melekat di kepala sebahagian besar rakyat Malaysia. Difahamkan kepada rakyat oleh media BN , DAP menentang dasar ekonomi baru, menentang perlaksanaan Islam, menentang penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa tunggal negara dan berbagai lagi digambarkan sikap cauvanis DAP. Gambaran seperti ini memang menakutkan terutama kepada orang Melayu samada dari UMNO atau PAS atau mereka yang tidak berparti. Oleh itu DAP berjaya dikepongkan oleh BN perkembangan parti mereka, mereka hanya boleh menang di kawasan yang majority Cina melebihi 65%. Kemenangan DAP berkisar di dalam Bandar terutama sebelum pilihanraya 2008.
Pilihanraya 2008 memang rakyat berjaya mengubah lanskap politik Malaysia. Orang Melayu telah mula mengundi DAP dan orang China telah mula berani mengundi calun-calun PAS. Akibat perubahan fikiran rakyat maka 6 negeri BN kehilangan kuasa ; Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Untuk memastiakan survival BN dalam pilihanraya akan datang, jalan lain tidak ada melainkan perasaan perkauman ditiupkan semula dan sekuatnya untuk memastikan DAP dilihat sebagai parti cauvanis China dan PAS digambarkan sebagai parti fanatik Islam. Walau bagaimana pun media BN lebih menumpukan memerangi DAP dan cuba mengaut perasaan Melayu untuk menentang dan berwaspada dengan DAP. Serangan media BN ini akan berjaya sekiranya pemimpin parti pembangkang samada DAP, PAS atau Keadilan melatah terhadap taktik kotor apikan perkauman oleh BN.
Serangan media terhadap pemerintah Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP digambarkan sebagai serangan terhadap kerajaan cauvanis China yang diketuai oleh Lim Guan Eng. Tuduhan DAP halau Melayu, roboh gerai-gerai Melayu, membatalkan perarakan Maulud Nabi dan melarang orang Melayu berniaga di KOMTAR adalah di antara gambaran diletakan oleh media BN terhadap kerajaan Pakatan yang diketuai oleh DAP. Segala jawapan yang diberi oleh kerajaan Pulau Pinang tidak disiarkan oleh media utama kecuali beberapa akhbar berbahasa China yang tidak dibaca oleh orang Melayu. Serangan UMNO kepada Pulau Pinang untuk menyelamat Melayu, UMNO benci kepada kerajaan yang anti Melayu?? Kasihkah UMNO-BN kepada kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu??
Apabila PAS memerintah Terengganu, serangan media BN lebih dahsyat memburukkan kerajaan PAS Terengganu. Bahkan paling drastik dan tak masuk akal langsung ialah royalti minyak untuk negeri Terengganu dibatal dan ditarik. Wang royalti itu digunakan oleh BN untuk memenangi semula oleh BN untuk merampas Terengganu. Bukankah semua wakil rakyat Terengganu dari PAS adalah Melayu? Tekanan terhadap kerajaan Melayu PAS di Terengganu lebih dahsyat dari kerajaan “China” Pulau Pinang. Tekanan terhadap Kerajaan PAS Kelantan juga apa kurang dahsyatnya.
Orang Melayu jangan terperangkap tektik perkauman UMNO terhadap kerajaan diketuai oleh LIM Guan Eng dari DAP, seolah-olah UMNO sayangkan Melayu. Melayu bagi mereka hanyalah dari UMNO, orang Melayu yang berada di dalam PAS , Keadilan atau parti lain dianggap bukan Melayu. UMNO dan BN memerintah baru Melayu selamat, lain parti samada PAS atau Keadilan tidak dapat menyelamatkan Melayu, bahkan DAP sudah pasti dianggap pemusnah Melayu, inilah doktrin BN–UMNO terhadap rakyat Malaysia.
Apa yang sebenarnya tidak lebih sikap sombong dan angkuh UMNO untuk terus memerintah. "MEREKA TIDAK PERNAH MENGHORMATI DEMOKRASI..." dan berusaha supaya demokrasi tidak terserlah di Malaysia. Dengan keadaan demikian maka UMNO-BN akan terus memerintah sampai bila-bila. Awas perangkap perkauman yang ditiupkan oleh UMNO untok keselamatan Melayu yang sebenarnaya untuk kepentingan supaya mereka UMNO-BN terus memerintah.
Pemimpin PAS dan ADIL dan cendiakawan Melayu diharap tidak terpengaruh di atas keangkuhan UMNO dan Melayu. (abangmatsabu)