Monday, December 6, 2010

Ayuh Mari Kita Bermula!!!

Salam untuk semua warga Malaysia. Kecil besar tua muda. Asal cukup umur untuk mengundi...ayuh kita bersiap sedia untuk mengundi kali yang ke 13. Khusus untuk rakyat Malaysia sahaja.
Set minda kita. Kita dan anak cucu kita tidak akan berubah kecuali kita yang merubah. Kita berubah dari jahat kepada baik. Kehidupan susah supaya senang. Kehidupan lama kepada baru.
Orang luar tidak boleh menipu kita. Orang luar tidak boleh menjajah kita, jika kita bersatu hati, bersatu tenaga. Yang menipu kita adalah orang kita. Yang menjajah kita adalah sekelompok dari kita. Maka kita gunakan apa yang dinamakan demokrasi ini untuk berubah.
Cukuplah tempoh lebih dari 50 tahun kita semua di bawah payung UMNO. Semenjak payung CAK KAPAL LAYAR hingga kepada CAP DACING. Kita begitu setia. Tidak pernah berubah. Tidak pernah mau merubah. Sudah lama kita makan hati berulam jantung. Kita semua tahu. Tapi kita tidak berani untuk berubah.
Mulai saat ini, mulai sekarang kita mesti berubah. Kita mesti berani! Apakah kita hendak berlawan tenaga,tunjuk berlawan bertumbuk? Tidak sama sekali. Kita berlawan melalui kertas undi. Kita berlawan dengan hujjah. Kita berlawan dengan fakta. Kita akan cuba senaraikan mengapa kita perlu tukar Kerajaan BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
Semua rakyat maklum bagaimana Kerajaan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan memerintah. Semuanya sudah nampak dengan jelas kesungguhan Kerajaan PR merubah kepada Kerajaan berpaksikan RAKYAT. Menjadikan rasuah sifar. Pentadbiran mesra rakyat. Semua harta rakyat yang telah difaraidkan semasa BN memerintah hendaklah diambil balik. Ia adalah harta rakyat, kepunyaan rakyat. Hasil cukai rakyat, bukan untuk mengkayakan kroni atau siapa-siapa.
Apakah kita merasa RUGI untuk mencuba menukar kerajaan yang sedia ada kepada Pakatan Rakyat untuk selama 5 TAHUN? Rugikah berbanding dengan pemerintahan BN selama lebih 50 tahun? Kita perlu mencuba. Perlu berani mencuba. Jika dalam masa 5 tahun PR memerintah ada nampak kebaikan untuk semua rakyat, maka kita memberi tempoh masa 10 TAHUN ( 2 penggal) bagi Kerajaan Pakatan mengkotakan segala janji. Jika tidak , selepas 10 tahun kita rakyat berpeluang menukar kerajaan yang tidak menambahbaik dan berkesan.
Ini hasrat kita. Selagi kita belum mencuba kita tidak akan tahu hujung jatuhnya. Baik atau buruk. Bertambah baik atau bertambah teruk.
Ayuh! Mari Kita Bermula................