Saturday, December 11, 2010

Membedah Demokrasi...

MELAYU...
Julai 2010

KUALA LUMPUR, - Melayu adalah suku kaum yang majoriti menganut agama Islam yang tinggal di rantau Asia Tenggara. Kehebatan kerajaan-kerajaan Melayu seperti kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Bugis diSulawesi, kerajaan Aceh atau kerajaan Patani memang amat terkenal di dunia sebelah timur dunia ini. Tamadun yang mereka nikmati adalah hasil dari kedatangan Islam ke rantau sebelah sini. Satu bahasa, satu tulisan dan satu budaya terjelma dengan kedatangan Islam yang menjadi alat penyatu utama di rantau ini.
Di Semenanjung Tanah Melayu memang kaum Melayu memainkan peranan utama untuk menghalau penjajah dan memerintah sendiri setelah penjajah samada Portugis, Belanda, Sepanyol, Inggeris meninggalkan bumi jajahan mereka. Kaum Melayu yang kedudukan mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain di rantau ini seperti India dan China mesti dikembalikan kegemilangan yang pernah dicapai lima enam ratus tahun dahulu.
UMNO adalah salah sebuah pertubuhan yang memperjuangkan untuk memertabatkan orang Melayu, sekurang-kurang di sudut semangat perlembagaan parti tersebut. Penentangan terhadap "Malayan Union" menyebabkanh UMNO mendapat tempat di hati orang-orang Melayu.
UMNO mendapat perhatian media British sebelum merdeka, secara umumnya orang-orang Melayu mengetahui apa itu UMNO dan perjuangannya. Walaupun ada parti lain atau pimpinan lain mewakili kaum Melayu seperti Ust Bakar Al Baqqer, Rashid Maidin, Dr Burhanuddin, Ahmad Bostamam, namun secara umum orang-orang Melayu lebih mengenali Datok Onn, Tengku AbdRahman dan Tun Razak.
UMNO amat lebih dikenali selepas pengistiharan kemerdekaan 1957. Siapa yang memperjuangkan kemerdekaan dan penderitaan para pejuang kemerdekaan tidak lagi dipeduli oleh rakyat, yang penting kemerdekaan di tangan UMNO. Pemimpin UMNO mengistihar kemerdekaan diulang-ulang di setiaqp ulang tahun kemerdekaan atau di dalam majlis-majlis rasmi kerajaan. Oleh itu UMNO yang meletakkan membela Melayu sebagai wadah perjuangan mereka melekat dihati majori rakyat khasnya pada orang Melayu.
UMNO itu adalah pejuang Melayu, Melayu itu selamat dan tinggi mertabat kerana UMNO. UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO sudah sebati kepada sebahagian rakyat Melayu, hasil dari doktrin media lebih dari 50 tahun melalui media yang dikuasai oleh uMNO dan kerajaan , maka melayu dan umno tak dapat dipisahkan.
Dalam pilihan raya 1999 banyak calon-calon UMNO samada di peringkat negeri atau perseketuan kalah kepada calon PAS dan ADIL, kekalahan UMNO dianggap sebagai kekalahan Melayu walaupun kesemua tempat Dun dan Parlimen dimana calon-calon umno kalah di tangan Melayu PAS atau Melayu ADIL.
Pada pilihan raya 2008 lebih banyak calon-calon UMNO kalah di tangan Melayu PAS dan Melayu ADIL, kerajaan pimpinan UMNO terus mendoktrinkan kepada rakyat bahawa kuasa Melayu semakin hilang. Melayu PAS dan ADIL tidak dianggap Melayu, inilah kebodohan yang diterapkan di dalam jiwa orang Melayu.
Bila UMNO menang baru Melayu kuat, bila UMNO kalah Melayu perlu diselamatkan melalui UMNO. Pilihan raya 2008 juga memperlihatkan calon-calon Melayu PAS dan ADIL ke parlimen mengalahkan calon-calon bukan Melayu dari BN seperti di Hulu Selangor, Telok Kemang dan Kota Raja. Pada UMNO Melayu PAS dan Melayu ADIL ke parlimen dianggap melemahkan kedudukan Melayu. Doktrin bodoh dan dangkal ini terus dipergiatkan dan diperjuangkan oleh UMNO terutama apabila semakin dekatnya dengan pilihan raya.
Rakyat Malaysia diharapkan akan berupaya keluar daripada belenggu propaganda murahan UMNO supaya kehidupan berharmoni, adil dan menjunjung ketuhanan dapat dijelmakan di Malaysia. (AbangMatSabu)