Selepas Ezam Gagal, Umi Hafilda Jadi Senjata Umno
KUALA LUMPUR 10 FEB: Setelah Senator Ezam Mohd Noor gagal untuk menarik sokongan pengundi Melayu di Selangor, Umno negeri itu terpaksa meletak harapan kepada muka lama Umi Hafilda untuk cuba menghakis pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hanya kira-kira 100 orang hadir pada ceramah sulung Umi Hafilda di Jalan Kebun, Kelang malam tadi.
Segala tohmahan dan dakwaan yang dibuat oleh Umi Hafilda terhadap Anwar pada ceramah itu hanya berupa modal lama yang dikitar semula sejak 1998.
Tetapi dalam keghairahan beliau membidas Anwar, Umi Hafilda membongkarkan peri laku Jemaah menteri termasuk Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak dan barisan menteri besar sendiri yang ketika itu bernaung di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad.