Wednesday, December 29, 2010

Tazkirah Mengenai Kematian: Bab 6

#BAHAWA KEMATIAN MEMILIKI SAKARATUL MAUT KETIKA ANGGOTA BADAN MEMBERIKAN ROH KEPADA ANGGOTA YANG LAINNYA
#DAN BAGAIMANA MANUSIA DALAM KEDAAN SEPERTI ITU

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan yang lainnya yang berasal dari Aisyah ra,disebutkan:
Bahawa ada setin air di depan Rasulullah SAW,kemudian ia memasukkan tangannya yang diberkati ke dalamnya lalu mengusap wajahnya dan berkata: Tiada Tuhan selain Allah SWT,sesungguhnya kematian itu mempunyai sakarat. Kemudian ia meluruskan tangannya dan berkata: Dalam Rafiq yang mulia,hingga nyawa beliau dicabut dan tangannya pun longlai.

Sedangkan Aisyah ra lalu berkata:

Saya tidak ingin serupa dengan seseorang kerana mudahnya ia menghadapi kematian setelah aku menyaksikan susahnya kematian Rasulullah SAW.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmizi,sedangkan menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah ra,bahawa beliau berkata:

Ketika Rasulullah SAW meninggal dunia,rohnya berada di antara kerongkong atas dan kerongkong bawah dan di antara kedua jakunnya,maka aku tidak pernah membenci susahnya kematian seseorang setelah kematian Rasulullah SAW.

Dalam sebuah hadis yang marfu' disebutkan:
Seandainya sakit yang dirasakan oleh sehelai rambut yang mati dirasakan oleh penduduk langit dan bumi nescaya mereka semua akan mati.

Sebuah sajak menyatakan:
Aku menyebut tentang kematian tanpa ada rasa takut
Kerana sesungguhnya hatiku ini keras bagaikan batu
Aku menginginkan dunia seolah diriku kekal
Padahal di belakang ku ada kematian
Yang akan meninggalkan cerita
Maka cukuplah kematian ketahuilah
Wahai orang yang telah ditetapkan untuk mati
Dan maut berada di sekelilingnya memburu
Bahawa tidak ada tempat bagi manusia
Untuk melarikan diri darinya.


Maka ambillah contoh untuk dirimu,wahai saudaraku,lalu renungkan,mungkin sakarat pernah anda rasakan,anda pernah merasakan cubaan dan musibah lalu orang-orang berkata tentang anda:"Bukankah ia telah diberi nasihat" atau ada yang akan berkata:"Sesungguhnya si polan berat lidahnya,ia lupa akan tetangga-tetangganya,tidak mahu berbicara dengan saudara-saudaranya,ia telah mendengar perintah,dan tidak kuasa untuk memberi jawapan."

Dalam suatu riwayat diceritakan bahawa ada seorang wanita muda yang menemui ayahnya ketika si ayah menjelang ajalnya. Lalu si puteri itu membaca sajak:

Ayahku,kekasihku,siapakah
Yang akan kamu tinggalkan untuk anak yatim ini
Bagaikan anak burung yang jauh dari sarang.


Ambillah contoh untuk dirimu,wahai saudaraku! Pada suatu masa nanti kamu akan diangkat dari katilmu untuk diletakkan di bangsal pencucianmu,lalu mereka melepaskan seluruh pakaianmu,lalu mengambil kafan dan memakaikannya ke tubuhmu setelah memandikanmu,sanak saudara dan tetangga menangisimu,kamu kehilangan saudara-saudara dan para tetanggamu. Lalu orang yang memandikanmu berkata:"Di manakah isteri si polan? Raba dan usaplah ia sekarang",kemudian semuanya tinggal cerita tentang si polan. Lalu mereka membaca sajak:

Wahai orang yang tertipu
kenapa kamu bermain-main
Engkau masih bermain-main
padahal kematian telah dekat
Bukankah engkau tahu
ketamakan adalah laut yang dalam
Kapalnya adalah dunia,
maka janganlah kamu sampai binasa
Bukankah engkau tahu
kematian akan mendatangimu dengan cepat
Saat itu engkau akan merasakan
Semua makanan yang berasa hambar
Seolah engkau telah berwasiat
Padahal anak-anak yatim terus saja bercucur air mata
Dan ibu yang ditinggal suaminya
Terisak dan hanya meninggalkan bekas luka
Ia menggigit tangannya dan menampar wajahnya
Setelah ditutup lalu disaksikan oleh penziarah
Mereka datang kepadamu dengan kain kafan
Menuangkan air di atas tubuhmu
Sambil bercucuran air mata.


Para ulama' banyak yang menyatakan bahawa sesungguhnya Allah SWT mempersukar pencabutan roh para Nabi dan wali adalah sebagai cara untuk meninggikan darjat mereka. Adapun kematian yang dipersukar bagi kaum muslimin selain para Nabi dan wali merupakan ampunan atau balasan atas dosa-dosa mereka,sebagaimana yang telah dijelaskan,kalau tidak,maka boleh sahaja Allah SWT memberikan darjat itu kepada mereka tanpa cubaan dan ujian. Hanya Allah SWT jugalah yang lebih mengetahuinya.

Kita telah mengetahui bahawa kematian adalah perkara yang sungguh mengerikan dan merupakan arak yang buruk dan berasa sangat pahit. Kematian merupakan perkara yang akan menghilangkan segala kenikmatan dan kesenangan,dan memutuskan hal-hal yang menyenangkan,membawa kita kepada hal yang kita tidak suka,dan memisahkan kita dari semua sanak dan saudara.

Hanya kepada Allah SWT sahajalah tempat kita meminta pertolongan....