Kisah tukang gunting mendakwa Tuhan tidak ada
Salam,
Gambar hiasan
Bila musim persekolahan makin hampir, kedai pakaian sekolah sibuk dengan
ibu bapa membeli pakaian sekolah anak. Selain kedai pakaian sekolah, kedai
gunting pasti tak menang tangan sebab budak-budak sekolah masing-
masing mahu memendekkan rambut.
Penulis ada cadang kepada Lujnah Kebajikan PAS kawasan penulis
supaya menghargai pelajar sekolah yang hendak ke sekolah dengan
membayar bayaran gunting rambut mereka di kedai gunting.
Kedai-kedai gunting kawasan luar bandar, bayaran untuk pelajar sekolah
rendah paling tinggi RM 4 malah ada kedai gunting hanya kenakan bayaran
RM 1 sahaja.
Seminggu sebelum buka sekolah ini, Lujnah Kebajikan terima cadangan
penulis buat bayaran kepada pelajar yang gunting rambut sebab nak
ke sekolah. Penulis cadang sebuah kedai, tapi Lujnah pilih lima kedai
supaya adil kepada semua kawasan parlimen.
Kenapa tak buat program gunting rambut macam PAS kawasan lain buat?
Sebab , mahu bantu tukang gunting luar bandar juga. Pendapatan mereka
bukan tinggi, jika Lujnah buat program gunting percuma habislah pelangan mereka.
Apabila Lujnah buat kerjasama dengan tukang gunting, mereka pun rasa dihargai
dan tumpang gembira. Tak kira la tukang gunting tu orang bulan atau biru , buat je
kerjasama . Tak de yang tolak walaupun dia orang biru.
Penulis cerita mengenai aktiviti Lujnah Kebajikan hanya sebagai mukadimah
sahaja. Penulis harap PAS Kawasan lain yang belum program ini buatlah,
bukan susah pun. Walaupun kecil sumbangan PAS untuk bayaran gunting
rambut ini, namun kesannya cukup bermakna.
Sebenarnya, penulis nak paparkan satu kisah tukang gunting dan seorang
pelanggannya. Bacalah , ambillah iktibar dari kisah ini.
Suatu hari, seorang lelaki bernama Manan (bukan nama sebenar) datang
ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Dia
pun memulakan perbualan dengan tukang gunting yang melayaninya.
Perbualan mereka kemudiannya menjadi semakin hangat. Pelbagai
topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan menjadi subjek perbualan.
"Encik, saya ni tak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik katakan
tadi," tanya si tukang gunting.
Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa kamu
berkata demikian?"
"Mudah saja, cuba Encik jenguk ke luar tingkap itu dan sedarlah bahawa
Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu
ada, mengapa ramai orang yang sakit? Mengapa ramai anak terbiar?
Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sesiapa yang sakit dan tentu juga
tidak akan berlaku penderitaan di negara ini. Tuhan apa yang
mengizinkan semua itu terjadi??!!" ungkap si tukang gunting dengan
nada yang tinggi dan angkuh.
Manan pun berfikir tentang apa yang baru saja diperkatakan oleh tukang
gunting itu. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan
agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.
Setelah tukang gunting itu selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun
berjalan keluar dari kedai tersebut.
Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki berambut
sangat panjang serta tidak kemas. Tiba-tiba, tercetus difikirannya bahawa
mungkin lelaki itu sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu
membuatkannya kelihatan tidak kemas.
Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada si
tukang gunting,
"Tukang gunting itu sebenarnya tidak ada di dunia ini sepertimana yang
anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!"
Si tukang gunting pun terkejut dengan kata-kata Manan itu.
"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada
di sini dan saya adalah seorang tukang gunting!!" bentak si tukang gunting.
"Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang
yang berambut sangat panjang serta tidak kemas itu," kata Manan dengan
tegas sambil mengarahkan pandangannya kepada lelaki berambut panjang
di luar sana.
"Ah, anda merepek saja... tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi
pada lelaki itu adalah kerana dia tidak mahu berusaha datang ke kedai saya
dan meminta pertolongan saya untuk digunting rambutnya," jawabnya
tenang sambil tersenyum.
"Tepat sekali! Itulah jawapannya kepada soalan awak kepada saya tadi. Tuhan
itu memang ada. Yang terjadi pada manusia itu adalah kerana mereka tidak
mahu berusaha dalam hidup dan datang mencari dan meminta pertolongan
dari Tuhannya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di
negara ini," tegas Manan.
Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting
diam membisu tidak terkata.I Luv Islam
Wassalam.
(rakyatmarhaen)