Wednesday, December 29, 2010

Tazkirah Mengenai Kematian: Bab 5

# SEORANG MUKMIN MENINGGAL DENGAN BERPELUH DAHINYA

Di riwayatkan oleh Ibnu Majah dan yang lainnya dari Baridah bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
Seorang mukmin meninggal dengan berpeluh dahinya.

Tetapi menurut Tarmizi hadis di atas merupakan hadis hasan.

Ubaidullah pernah berkata:"Sesungguhnya seorang mukmin mungkin masih mempunyai kesalahan,maka ia diberi balasan atas kesalahan itu pada waktu pencabutan nyawanya,kerana itulah dahinya akan berpeluh. Sedangkan yang lainnya berpendapat bahawa berpeluhnya dahi seorang mukmin ketika sakaratul maut adalah kerana merasa malu terhadap Allah SWT ketika Allah SWT mengampuninya dan memberikan kelapangan kepadanya,maka ia pun merasa malu hingga ia berpeluh. Tidak ada kawan,wali dan orang berbakti kecuali ia merasa malu kepada Tuhannya,ketika ia bertemu denganNya. Ia dapat menyaksikan perbuatan buruknya,tetapi meskipun demikian Allah SWT masih berbuat baik kepadanya.

Abdullah bin Mas'ud ra pernah berkata:"Keringat dahinya seorang mukmin ketika menjelang ajal merupakan sisa dari dosa-dosa yang ia kerjakan,maka ia diberi balasan ketika kematiannya,dengan kata lain dikeraskan pencabutan nyawanya dengan begitu dosa-dosanya dihapuskan agar ia boleh meninggalkan dunia dengan keadaan bersih,dan roh boleh meminta keluar dari hasad untuk bertemu dengan Tuhannya,Allah SWT. Ada yang berkata bahawa ia telah melihat orang yang hanya dahinya sahaja yang berpeluh dan tidak ada penderitaan lain ketika menjelang ajal. Hal itu tentu sahaja sesuai dengan amal masing-masing.

HANYA ALLAH SWT JUGALAH YANG LEBIH MENGETAHUI....