“Kisah Md Derus ” & hanya Melayu bodoh saja mahu terus diperbodohkan !!
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menjelaskan mengapa rakyat perlu menyokong BN..
" Dari hidup sampai mati cuma BN yang bantu kita. Anak kita lahir di hospital kerajaan, belajar di sekolah kerajaan, bekerja di kilang yang di bawa oleh kerajaan, bersembahyang di rumah ibadat yang kerajaan bina, malah van yang membawa jenazah ke tanah perkuburan juga disumbang oleh wakil rakyat kerajaan," demikian kata-kata keramat yang keluar dari mulut Ahmad Maslan.
Umno pembela orang Melayu !, Betulkah ? Mungkin betul mungkin tidak !! . Tapi itu semua cerita lama yang sering diulang-ulang oleh Umno. Hakikatnya Umno memang berjuang semata-mata untuk Umno, untuk mengekalkan kuasa, kalau boleh hingga ke hari kiamat. Umno telah berjuang dan masih terus berjuang kerana nak mengisi perut sendiri dan juga perut-perut kroni. Melayu hanya dijadikan alat ! atau kuda tunggangan! Hanya Melayu yang bodoh saja mahu terus diperbodohkan.
Sedarlah wahai orang-orang Melayu. Umno sebenarnya telah menjadi penyebab kenapa orang Melayu ketinggalan jauh dibelakang orang bukan Melayu khasnya Cina. Sebut saja dalam bidang apa? Bidang akademik? bidang pemilikan harta dan saham ? bidang propersional ! bidang perniagaan? Dimana letaknya bangsa Melayu jika dibandingkan dengan Cina maupun India ? Adakah bangsa Melayu di kedudukan nombor wahid? ….. Jauh sekali !...
Jadi apa sebenarnya yang telah dibuat oleh Umno selama 53 tahun ini? Sia-sia !! Ya! sia-sia saja mandat diberikan begitu lama tetapi hasilnya tak berbaloi !! Setelah 53 tahun merdeka, orang Melayu masih terkial-kial, seolah-olah mengejar bayang. Yang dikejar belum dapat dicapai, yang dikendong dah banyak berciciran !! terutamanya tanah-tanah rizab Melayu yang telah dihakis oleh orang-orang Melayu Umno sendiri. Jadi apa perlunya orang Melayu menyokong kerajaan UMNO/BN lagi? Kenapa orang Melayu mesti dipaksa untuk mentaati UMNO? sedangkan pilihan yang lebih baik ada di depan mata? PAS, PKR.
UMNO/BN semasa pemerintahannya sedikit sebanyak memang ada berjasa kepada orang Melayu, tetapi hakikatnya dalam masa yang sama UMNO juga terlalu banyak menghakis dan merompak hak-hak orang Melayu. Saham-saham pegangan Melayu juga banyak telah disedut. Maknanya UMNO dah jadi penyamun kepada bangsanya sendiri!. Umno dah jadi perompak terhormat. Apa maknanya rakyat diminta mengenang jasa-jasa Umno atau perompak terhormat itu?. Mari kita fikir dan renungkan secebis kisah yang dipaparkan di bawah ini..
“KISAH MAD DERUS TAK PERASAN”
Pada suatu hari tiga orang jurujual - jualan langsung berbangsa Melayu telah diizinkan oleh Md Derus masuk keruang tamu rumahnya. Mereka kelihatan sangat baik budi bahasanya. Md Derus melayan mereka dengan baik juga, dan untuk tidak mengganggu perbualan, Md Derus mengarahkan ketiga-tiga anaknya yang berumur 3, 4 dan 5 tahun itu masuk kedalam bilik. Dalam senyap seorang dari jurujual itu telah masuk ke dalam bilik anak-anak Md.Derus, lalu memberi mereka gula-gula, choklat, biskut dan alat mainan sebagai hadiah kononnya!!. Anak-anak Md.Derus leka dengan makanan dan seronok bermain. Walhal barang makanan yang diberi mungkin bercampor dadah atau serbuk pengkhayal
Urusan mempromosi barang jualan berjalan lancar. Md Derus dan isteri dilayan dengan kata-kata manis yang cukup memikat. Mereka ditawarkan membeli barang-barang berharga dengan harga yang paling murah, termasuk barang-barang kemas dan sejenis periuk istimewa untuk memasak. Akhirnya periuk istimewa itu telah di praktikkan untuk demonstrasi memasak. Bahan-bahan memasak memang telah disediakan oleh jurujual.tadi. Selepas memasak jurujual berjanji akan memberi terus periuk istimewa itu kepada tuan rumah (Md Derus dan isteri)…dan tanpa disedari, semasa proses memasak sedang berjalan Md Derus dan isteri, rupa-rupanya telah dijampi serapah atau dipukau. Setelah selesai memasak Md Derus dan isteri dijemput menjamah makanan. Dipendekkan cerita tak lama lepas tu Md.Derus dan isteri terus terlena,,…… sampailah ke petang. Dah azan maghrib baru sedar!!
Dilihatnya isteri masih terlena disebelahnya. “Nasib baik isteriku tidak diapa-apakan” kata Md Derus dalam hati.. Dia masih tak sedar bahawa ketiga-tiga anaknya sudah ghaib bersama tiga penyamun yang berlagak ahli perniagaan itu!! Begitu juga dengan sejumlah wang tunai, barang-barang berharga seperti laptop, kamera, jam tangan dan barang-barang kemas isterinya! Md Derus masih tak perasan !
Persoalannya ! … wajarkah Md.Derus berterima kasih kepada tiga penyamun terhormat itu semata-mata kerana,,…
1. Mereka telah menghidangkan makanan percuma untuk dia dan isteri?
2. Mereka telah menghadiahkan sebuah periuk istimewa untuk isteri dan keluarganya?.
3. Mereka telah menghadiahkan choklat, gula-gula dan biskut kepada anak-anaknya?
4. Mereka tidak mengapa-apakan anaknya. – sedangkan anaknya telah diculik!
5. Mereka tidak meminta apa-apa bayaran darinya?- padahal wang dan hartabendanya telah dirompak!!
Sedarlah Md Derus bahawa anda telah disamun. Sedarlah orang-orang Melayu bahawa kita telah diperdaya oleh UMNO !! FIKIR-FIKIRKAN LAH!!
Oleh : rahimothman