Wednesday, December 22, 2010

Tazkirah: Bab 2

#DIBOLEHKAN MENGHARAP DAN MENDOAKAN KEMATIAN BAGI SEORANG MUKMIN JIKA DIRINYA KHUATIR AGAMANYA AKAN HILANG DARINYA.


Allah swt berfirman dengan menceritakan perkataan Nabi Yusoff AS mendapat risalah dan takhta kerajaan:


Ya Allah! Matikanlah aku dalam keadaan muslim dan kumpulkanlah aku bersama orang-orang yang soleh.

Maryam as pernah berkata:"Seandainya sahaja aku mati sebelum sekarang ini."

Imam Malik ra meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:
Tidak akan datang hari kiamat hingga seorang lelaki melalui sebuah kuburan lalu berkata "seandainya aku yang berada di dalamnya."

Dalam hadis lain disebutkan bahawa Rasulullah saw berkata dalam doanya:


Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepadaMu tolonglah aku agar boleh berbuat baik perbuatan baik dan meninggalkan perbuatan mungkar, mencintai orang-orang miskin, dan apabila Engkau ingin memberikan cubaan kepada hamba-hambaNya maka cabutlah jiwaku tanpa ujian.

Diriwayatkan oleh Malik Rahimahullah bahawa Umar Bin Khattab ra berkata: "Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah lemah,umurku sudah tua,rakyatku telah tersebar,maka cabutlah nyawaku dengan tidak terhina dan bukan sebagai seorang yang sedikit amalnya." Beliau tidak pernah meninggalkan doa tersebut hingga Allah swt mencabut nyawanya. Abu Abdullah al-Ghifari apabila melihat orang-orang menghindar dari kematian maka beliau akan berkata:"Wahai kematian ambillah diriku ini dan bawalah bersamamu!", dan beliau mengulangi hal itu 3 kali. Apabila ada orang yang mencelanya kerana hal itu maka beliau akan berkata kepada orang tersebut:"Apakah anda tidak pernah mendengar bahawa Rasulullah saw telah bersabda:


(Berharaplah) akan cepatnya datang kematian kerana enam hal: Isteri yang bodoh, banyaknya syarat, jual beli hukum, ringannya darah, memutuskan tali silaturrahim, kaum yang menganggap dan memperlakukan Al-quran al-Karim seperti Mazmur; mereka mengedepankan seseorang agar mereka tidak lagi perlu untuk mempelajarinya, meskipun orang itu adalah orang yang tersedikit fahamnya di antara mereka.

SEGALA PUJI HANYA BAGI ALLAH SWT, TUHAN SEKALIAN 'ALAM.