Monday, December 20, 2010

Penggodam ganyang laman web Yayasan 1Malaysia

Oleh Patrick Lee
yayasan1malaysia hacked_250_220PETALING JAYA: Penggodam telah meggodam web 1Malaysia dengan menulis slogan anti-Malaysia di laman utamanya.
Slogannya berbunyi, Ganyang Malaysia turut memaparkan gambar seorang lelaki Cina yang tidak dikenali berdiri di hadapan bendera Amerika Syarikat.
"Ganyang Malaysia" merupakan slogan yang biasa digunakan oleh kumpulan-kumpulan berhaluan kanan tegar Indonesia seperti Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera).

Tiada pertubuhan mengaku bertanggungjawab untuk serangan ini meskipun perkataan "Ahli Syurga Crew" tertera di penghujung laman itu.
Laman lain di laman web itu tidak terusik.
Dalam reaksi spontannya, pengerusi Yayasan 1Malaysia Chandra Muzaffar melahirkan rasa terkejut.  Beliau memberitahu bahawa belum melawat laman webnya selama beberapa hari yang lepas dan tidak mengetahui perkara ini.
"Saya akan menelefon pejabat untuk mengetahui perkara selanjutnya," kata beliau kepada FMT.