Kami pernah mendengar riwayat bahawa ada seorang perempuan yang datang menemui Aisyah ra,lalu ia bertanya kepada beliau:"Wahai Ummul Mukminin apakah ubat untuk hati yang keras?" Lalu beliau pun menjawab:"Ubatnya adalah hendaklah kamu memperbanyak mengingat kematian." Lalu wanita itu mengikuti nasihat Aisyah ra. Hingga hatinya menjadi lembut,ia merasa berterima kasih kepada belaiu. Selain itu,kegunaan mengingat kematian juga boleh mendorong seseorang itu meninggalkan perbuatan maksiat,dan boleh mendorong seseorang untuk meninggalkan rasa senang terhadap dunia dan tidak menganggap remeh terhadap cubaan-cubaan yang ada di dalamnaya.
Cuba kita renungkan,bahawa apabila ada orang yang harus dan pasti pergi ke medan perang,kemudian ia pun pergi,maka ia tidak akan mempunyai motivasi lagi utntuk berbuat maksiat,ia tidak akan lagi melirik perhiasan dunia dan kesenangannya dan tidak akan menganggap remeh segala cubaan yang ada. Lain halnya dengan orang yang mempunyai angan-angan yang tinggi,maka keadaannya tentu saja akan sebaliknya.
Selain hal-hal di atas,yakni mengingat kematian,mendengarkan nasihat,dan cerita orang-orang soleh,ada hal-hal lain yang boleh menghilangkan dan melembutkan hati yang keras,iaitu: Menyaksikan orang yang menjelang ajal, pekikan mereka dan penderitaan yang mereka rasakan ketika roh dicabut,dan kesukaran yang dirasakan oleh orang yang menghadapi sakaratul maut merupakan pengajaran yang sungguh bermanafaat,kerana sesungguhnya semua manusia dalam waktu dekat akan merasakan dan menghadapi hal yang sama.
Barangsiapa yang tidak mengambil nasihat dari melihat orang yang menghadapi kematian maka tidak ada nasihat yang akan bermanafaat baginya.
Diriwayatkan bahawa Hassan al-Bashri ra pada suatu ketika pernah menjenguk orang yang sakit. Beliau pun mendapati orang itu sedang menghadapi sakaratul maut. Beliau menyaksikan penderotaan yang dirasakan orang tersebut,dan kesusahan yang dihadapinya. Beliau pun pulang ke rumahnya dengan pucat lesi. Lalu keluarganya memberikan makanan kepada beliau,tetapi beliau berkata:"Kamu makanlah makanan kamu itu!Kerana sesungguhnya aku telah menyaksikan sesuatu yang membuatku tidak ingin makan." Selain itu diceritakan juga dalam sebuah riwayat lain bahawa beliau pernah melihat orang yang memakan sepotong roti di kuburan.Maka beliau pun bertanya kepada orang tersebut:"Apakah tidak ada pengajaran yang dapat kamu ambil ketika kamu menyaksikan kuburan ini hingga tidak ada hal yang menghilangkan selera makanmu?"
Para ulama' berpendapat bahawa sepatutnyalah orang yang ingin menziarahi kuburan hendaklah dalam keadaan lapar. Kerana sesungguhnya rasa kenyang akan membuat orang tidak boleh mengambil pengajaran dari orang-orang yang mati. Selain itu bagi orang yang menziarahi kuburan hendaklah tidak berniat untuk mengerjakan maksiat,kerana sesungguhnya orang yang ingin berbuat maksiat telah berada di sisi syaitan,maka dengan begitu ia tidak akan mendapat pengajaran.
Dan orang yang ingin menziarahi kuburan hendaklah orang yang zahid di dunia , kerana orang-orang yang menginginkan dunia pasti keras hatinya. Kerana itulah kebanyakan orang tidak boleh mengambil pengajaran ketika melihat kuburan,bahkan ada orang yang menziarahi kuburan-kuburan para wali,tapi ia bahkan tidak menangis juga tidak merasa tersentuh hatinya,kerana kebanyakan orang menjadikan berziarah ke kuburan para wali sebagai jalan untuk bertemu dengan orang-orang lain,sahabat-sahabat dan anggota-anggota mereka.
Mereka tidak memikirkan bagaimana nantinya isteri-isteri mereka akan menjadi janda,puteri-puteri mereka akan menjadi yatim,mereka menjadi hina setelah mereka memiliki kemuliaan dalam hidup. Mereka sangat menjaga kesihatan dan mempunyai angan-angan yang tinggi. Padahal kita telah menyaksikan seluruh sahabat-sahabat kita akan dijemput oleh ajal pada waktu yang tidak disangka-sangka. Tidak pernah terbayang di benak mereka bahawa mereka akan meninggal dunia pada hari itu. Tentu saja pada waktu terdekat kita akan mengalami hal yang sama seperti yang mereka rasakan,kemudian ada yang menyesal ketika penyesalan sudah tidak berguna lagi.
Hassan al-Bashri ra pernah berkata:"Apabila kamu berhenti di depan kuburan,maka hendaklah kamu merenungkan keadaan orang yang ada di dalamnya,bagaimana mata mereka hancur dan meleleh di atas pipinya,bagaimana lidah mereka dimakan oleh tanah padahal mereka pada masa hidupnya merupakan orang yang terkenal dengan kefasihan dan kepetahannya,dan bagaimana gigi mereka berserakan di dalam tanah.