Saturday, December 25, 2010

Rintihan Anak 1Malaysia......

Ketuanan UMNO : Padan Muka Lu Orang Semua..!!!!


Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sudah mula menanggung hutang dalam usia yang 
muda. Apabila tamat sahaja pengajian diUniversiti, segulung ijazah yang diterima dari 
universiti itu akan diiringi dengan beban hutang yang besar. Dengan segulung ijazah itu 
mereka akan mengambil giliran turun naik mahkamah kerana tidak mampu untuk 
melunaskan hutang yang begitu besar.

Belum pun mendapat kerja semua graduan akan berhadapan dengan hutang selalunya denganPTPTN. Jika mendapat bekerjaan graduan-graduan ini, belum pun sempat 
membantu ibu bapa mereka yang membesarkan mereka selama ini sudah terpaksa 
memberikan tumpuan untuk membayar hutang.

Bila hutang hampir selesai ibu bapa tadi sudah terlalu tua dan ada yang tidak sempat 
menerima kemanisan hidup dengan anak yang telah berjaya dalam pelajaran mereka. 
Semakin maju negara ini semakin hilang kemudahan kita yang asas seperti pelajaran 
dan kos rawatan kesihatan.

Semasa pentadbiran sebelum Dr Mahathir mahasiswa kita mendapat pembiayaan 
pelajaran melalui biasiswa kerajaan. Mahasiswa kita boleh memohon banyak tempat 
untuk mendapatkan biasiswa itu. Semasa itu pinjaman pelajaran hampir tidak wujud.

Setiap pelajar akan dibiayai oleh salah satu dari banyak punca pembiayaan. Kalau 
sekumpulan mahasiswa berkumpul setiap diantara mereka ada biasiswa mereka. 
Setengah mendapat pembiayaan kerajaan negeri yang semasa itu disebut sebagai 
‘state scholarship’. Setengahnya mendapat ‘federal scholarship’ iaitu biasiswa kerajaan 
persekutuan. Yang lain-lain yang tidak mendapat biasiswa kerajaan negeri atau 
persekutuan akan mendapat biasiswa Bank Bumiputra (BBMB) atau PETRONAS.

Tengku Razaleigh Hamzah telah menggunakan kedudukannya diBBMB dan Petronas 
dengan menyediakan ribuan biasiswa bagi pelajar kita kerana salah satu dari matlamat 
penubuhan agensi-agensi kerajaan ini ialah untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang merupakan asas penting bagi kemajuan negara dan bangsa kita dimasa hadapan.

Segala-galanya itu hanya tinggal cerita yang nostalgik sahaja. Mencari pembiayaan 
untuk anak-anak untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu usaha yang sangat 
memenatkan. Ibu bapa menaikki tangga satu jabatan kesatu jabatan untuk memenuhi 
hajat anak-anak yang ingin belajar. Pergi keMARA pegawainya kata MARA tidak ada 
duit. Pergi JPA pegawainya kata tak ada duit. Kemana-mana pergi pun jawapannya,
tidak ada duit.

Baru baru ini MARA mengumumkan yang agensi tertua negara itu memberitahu yang 
MARA tidak lagi menaja pelajar untuk keluar negara bagi kursus sarjana muda tetapi 
hanya menaja untuk kursus sarjana. Tetapi ramai pelajar yang hendak meneruskan 
pelajaran keperingkat sarjana tidak juga dapat perhatian.

Macam mana nak ‘reconcile’ perancangan kerajaan hendak menjadi negara maju tetapi 
asas bagi rakyat untuk belajar tidak mencukupi? Pada tahun tujuh puluhan semua 
mahasiswa diberikan penajaan yang tidak payah dibayar kembali. Semasa itu negara 
kita saolah-olah hampir sama dengan kesebelasan negara-negara Scandinavia dalam 
mana pelajaran dan pendidikkan adalah percuma.

Tetapi semakin maju negara kita nampaknya semakin susah bagi rakyat hendak 
mendapatkan kemudahan untuk belajar keperingkat yang tinggi. Segala-galanya 
terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu tinggi yang tidak berpatutan. Wang 
ratusan billion dibelanjakan sesuka hati dengan menawarkan projek mega yang 
harganya berlipat kali ganda. Harga yang RM500 juta ditawarkan dengan harga 
RM1 billion misalnya dan cara memerah wang rakyat secara sistematik ini sekarang 
sudah menjadi cara mentadbir negara kita ini.

Bagi negara maju sepatutnya pendidikkan, kesihatan dan bekalan air adalah percuma. 
Tetapi disini semuanya terpaksa dibayar dengan harga yang keterlaluan tingginya.

Negara-negara Scandinavia adalah negara yang berpendapatan tinggi, malahan jauh lebih 
tinggi dari negara-negara G8. Tetapi pendidikkan adalah percuma. Negara German juga menyediakan kemudahan pelajaran percuma sehingga keperingkat yang tertinggi.

Bagi kita Najib baru sahaja merancang untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi 
menjelang tahun 2020 kos pelajaran dan pendidikkan sudah naik keterlaluan dan kemudahan biasiswa telah hampir dihapuskan.

Kita baru berangan-angan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang belum tentu 
tercapai tetapi kos pelajaran sudah terlalu tinggi. Persoalannya dimanakah rakyat kelas 
menengah dan dibawahnya hendak mencari sumber kewangan bagi pendidikkan anak-anak mereka. Hanya yang ada ialah PTPTN yang akan mengejar mereka selepas sahaja mereka mendapat ijazah-ijazah mereka.

Semuanya ini tidak diambil endah oleh pimpinan sejak 3 dekad yang lalu. Apabila ada yang mengkritik maka penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu akan menerjah kepada pengkritik-pengkritik tersebut. Akhirnya yang menyokong tindakkan pimpinan mereka 
itulah yang sekarang terkapai-kapai hendak memberi pendidikkan kepada anak-anak 
mereka.

Lain-lain perkataan, kita ini menyokong kepimpinan yang memberikan kesulitan kepada 
anak-anak dan cucu kita. Kalau dikaji secara halusnya kitalah yang bertanggungjawab 
diatas segala kesusahan ini kerana kita juga yang memilih mereka dahulu.

Padan muka kita semua...!!!!

Aspan Alias

Komen: Tapi anak malaysia ini baik, tak pernah merungut dan mudah lupa...apa yg dibuat 
oleh pemerintah, baik atau tidak, tak perlu kisah...asal saja jangan ambil dalam periuk 
rumah mereka..inilah hakikat rakyat malaysia...anda bantu saya, saya tolong anda...
tolong apa dan dapat apa?