Tazkirah : Menuju Mati Yang Sempurna
PENGENALAN
Segala puji bagi Allah SWT, selawat berserta salam ke atas Nabi Besar Muhammad SAW, pemimpin kita, junjungan kita yang amat kita semua kasihi dan cintai dan kepada seluruh kerabat dan sahabat-sahabatnya.
Alhamdulillah saya rasa berbesar hati dapat berkongsi dengan saudara-saudara pencari ilmu sekalian bagi berkongsi tentang isi kandungan dari buku Ringkasan Tazkirah (Peringatan Hari Kematian) Al Qurtubi karangan Imam Abu Abdullah al-Qurtubi. Semoga akan bermanafaat dan menjadi pedoman buat kita semua dalam menuju ke hadrat Allah 'Azzawajalla.
Saya juga mengambil kesempatan dan berdoa semoga Allah memberi keberkatan ke atas penerbit buku asal dan penterjemahnya sehingga kita semua dapat menghayati isi ilmu yang terkandung di dalamnya.
Bab 1
# LARANGAN BAGI SEORANG MUSLIM DARI MENGHARAPKAN KEMATIAN KERANA MUSIBAH YANG MENIMPA.
# BAIK MUSIBAH TERHADAP HARTA, BADAN ATAU TERHADAP KELUARGA DAN ANAK
Diriwayatkan oleh Muslim dari Anas bin Malik r.a. beliau berkata:
(Bermaksud)
Rasulullah saw telah bersabda: Janganlah kamu mengharapkan kematian kerana kesusahan yang ia hadapi, dan apabila ia terpaksa berharap maka hendaklah ia berkata: Ya Allah hidupkanlah aku apabila kehidupan masih baik untukku, dan matikanlah aku apabila kematian baik untukku.
Dalam hadis lain yang juga diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a.beliau berkata:
Telah bersabda Rasulullah SAW Janganlah kamu mengharapkan kematian,kerana kehidupan itu boleh sahaja masih baik baginya hingga kebaikannya bertambah, atau apabila kehidupan merupakan keburukan baginya maka hendaklah ia bertaubat sebelum mati.
Maksud dari bertaubat di atas adalah meninggalkan perbuatan dosa lalu bertaubat dan meminta ampunan dan ridha Allah SWT sebelum ia meninggal. Para ulama' berkata:"Allah SWT telah menjadikan kematian sebagai musibah yang paling berat, Allah SWT juga menyebutkan kematian sebagai musibah pada ayat lalu kamu ditimpa bahaya kematian. (QS al Maidah: 106), kenapa kematian disebut sebagai musibah adalah kerana kematian merupakan pergantian keadaan dari suatu keadaan menjadi keadaan yang lain, perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain, itulah musibah yang paling berat."
Adalah hal yang paling tercela jika lalai terhadap kematian itu dan tidak mahu mengingatnya, sedikit memikirkannya serta tidak mahu beramal sebagai bekal untuk kematian.
Para ulama' telah sepakat bahawa kematian itu sendiri merupakan pengajaran bagi mereka yang mahu mengambil pengajaran dan menjadi bahan fikiran bagi orang yang mahu berfikir.
Ada suatu cerita yang menyebutkan ada seoarang Arab yang menunggang unta kebanggaannya, lalu unta itu pun mati. Maka orang tersebut pun turun lalu berputar di sekelilingnya sambil merenungkannya,lalu ia berkata:"Kenapa kamu tidak bangun? Kenapa kamu tidak bangkit? Padahal seluruh anggota tubuhmu masih lengkap, dan otot-ototmu masih sihat,ada apa denganmu? Apa gerangan yang membawamu? Dan apa gerangan yang akan membangkitkanmu? Apa gerangan yang membuatmu takut? Apa yang membuatmu tidak bergerak? Kemudian ia meninggalkannya sambil berfikir-fikir dan merasa hairan akan kejadian itu. Lalu ia menyebut puisi:
Dari-Nya yang murah hati
Telah datang isyarat, hingga
Mulut dan tangan ketakutan
Tiada berguna zirahnya
Tiada berguna tombaknya
Terjatuh bagaikan unta yang tua
Hanya diam.......
Tidak boleh menjawab yang menyeru
Tiada kuasa untul berdiri
Memuja Dia yang mulia yang memanggilnya
Hilang sudah keberaniannya
Lenyap sudah angan dan inginnya
Ketika taring kematian memburu
Alangkah celakanya
Kenapa denganmu...!
Wahai para satria yang menunggang kuda?!
Di manakah keperwiraannya?
Kenapa ia bisu,tidak bicara?
Padahal tangan, ototnya masih utuh esok akan remuk
Sungguh.............
Isyarat kematian untuk orang yang mulia
Juga untuk menggerakkan badan beribadah
Tidaklah perlu
Kematian adalah takdir Allah SWT pasti tiba
Alangkah meruginya
Apabila takdir telah ditakdirkan
Musibah terbesar telah datang
Sepatutnya kita tahu tempat kita
Tetapi kita seolah tidak tahu
At Tirmizi Rahimahullah pernah meriwayatkan bahawa pada ketika putera Nabi Adam AS meninggal dunia, beliau pun berkata: "Wahai Hawa, lihatlah! Puteramu telah meninggal dunia," lalu Hawa pun bertanya kepadanya:"Apakah itu kematian?" Si Nabi pun menjawab:"Seseorang menjadi tidak makan tidak juga minum, tidak bangun dan tidak juga duduk." Maka Hawa pun bersedih dan menangis ketika itu,lalu Nabi Adam pun berkata:"Wahai Hawa! Kamu dan puteri-puterimu! Tangisilah, sedangkan aku dan putera-puteraku tidak akan melakukannya."
Diriwayatkan pada suatu ketika Malaikat Maut datang kepada Nabi Ibrahim AS untuk mencabut rohnya. Maka Nabi Ibrahim pun berkata kepadanya:"Apakah ada kekasih yang mencabut nyawa kekasihnya?" Maka Malaikat Maut itu pun pergi menemui Tuhannya dan memberitahukan hal tersebut. Maka Allah SWT berfirman:"Katakanlah kepadanya:Apakah ada seorang kekasih yang tidak mahu bertemu dengan kekasihnya?" Lalu Malaikat Maut itu pun kembali mendatangi Nabi Ibrahim dan mengatakan seperti yang telah difirmankan oleh Allah SWT kepadanya. Maka Nabi Ibrahim pun berkata:"Kalau begitu cabutlah rohku sekarang!"
Abu Darda r.a. pernah berkata: "Tidak ada seorang mukmin kecuali kematian adalah lebih baik baginya, barangsiapa yang tidak mempercayaiku maka hendaklah ia membaca firman Allah SWT: Dan apa yang di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti. (QS Ali Imran: 198).
Sedangkan Iyad bin Al Hasan pernah berkata:"Kematian itu baik bagi seorang mukmin adalah kerana hal itu merupakan pertemuan seorang kekasih dengan kekasihnya."
Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui.