Thursday, December 23, 2010

Tazkirah: Bab 3

# DIANJURKAN UNTUK MEMPERBANYAK MENGINGAT KEMATIAN
# DAN PERSIAPAN MENGHADAPI KEMATIAN

Ibnu Majah dan Nasa'i dan imam-imam lainnya meriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa belaiu berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:

Perbanyaklah mengingat (sesuatu) yang dapat menghilangkan kenikmatan.

Maksudnya adalah kematian seperti yang dijelaskan pada sebuah riwayat marfu' yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Malik bahawa:

Ada seorang lelaki dari kaum Ansar pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah,mukmin yang bagaimanakah yang paling utama?", maka Rasulullah SAW pun menjawab:"Mukmin yang paling baik akhlaknya," kemudian orang itu bertanya lagi:"Mukmin yang bagaimanakah yang paling berakal?" Maka beliau pun menjawab:"Mukmin yang paling banyak mengingat akan kematian,dan yang paling bagus persiapannya untuk hal setelah kematian itu sendiri, mereka itulah orang-orang yang berakal."
Umar bin Khattab ra pernah menyebut syair:

Tiada lagi yang ceria
Hanya Allah SWT yang tinggal
Lenyaplah sudah harta dan anak
Kekayaan tiada guna bagi yang hina
Keabadian berusaha mengembalikan mereka
Tetapi mereka tiadalah abadi
Tiada yang abadi..!
Juga Sulaiman yang kuasa meniup angin
Yang bertitah kepada manusia dan jin
Semuanya tidak akan kembali
Di manakah mereka?
Di manakah si raja?
Yang kemuliaannya mengusir si utusan
Dari jalan ia datang
Suatu taman nun di kejauhan
Yang telah dijanjikan,tiadalah dusta belaka
Hari ini, seperti yang dijanjikan
Ia pasti datang

Maka ketahuilah wahai saudara-saudaraku seakidah bahawa mengingat kematian akan dapat menghasilkan rasa khuatir dan menginginkan keluar dari tempat yang fana ini,dan hanya memerhatikan tentang urusan akhirat setiap saat. Orang-orang berkata:"Selama di dunia ini,kita tidak akan terlepas dari dua hal: Lapang dan sempit,nikmat dan musibah,maka mengingat kematian itu perlu untuk mengurangi rasa keluh-kesah akan musibah dan kelalaian akan mensyukuri nikmat."

Selain itu orang-orang juga berkata: "Mengingat kematian akan memendekkan angan-angan dan mengharapkan kedatangan ajal." Mereka setuju bahawa kematian tidak diketahui hakikatnya yang pasti,sakit yang dapat diketahui,juga tidak dengan waktu yang pasti,kerana itulah orang-orang yang berakal akan selalu bersiap-siap.

Kami pernah mendengar cerita bahawa ada seorang lelaki yang selalu berteriak sepanjang malam di pinggiran Kota Madinah:"Wahai yang pergi! Wahai yang pergi!" Ketika orang tersebut meninggal dunia,maka amir (pemimpin pemerintahan) kota Madinah tidak pernah lagi mendengar suaranya, beliau pun bertanya tentang orang tersebut. Orang-orang pun memberitahunya bahawa orang tersebut telah meninggal dunia. Maka beliau pun membaca sajak:

Si pelancong masih gemar
Hingga si unta menderum
Hingga ia terjaga
Dan tidak lalai oleh angan-angan
Tetap bersiap dengan bekal.

Yazid ar-Roqosyi Rahimahullah pernah mencela dirinya sendiri,dan berkata kepadanya: "Celaka engkau wahai diriku,siapakah yang akan bersembahyang untukmu setelah kamu wafat? Siapa yang akan berpuasa untukmu setelah engkau wafat? Begitulah seterusnya. Lalu beliau berkata:"Wahai orang-orang! Kenapa kamu tidak menangis,dan mempergunakan sisa-sisa umur kamu untuk bekal diri kamu? Barangsiapa yang telah dijanjikan kematian untuknya,dan kubur adalah rumahnya,dan tanah adalah tempat tidurnya,dan ketakutan terhadap hal yang paling menakutkan membuatnya khuatir lalu bagaimana ia boleh tertidur dengan lelapnya?" Kemudian beliau terjatuh pengsan kerananya.

Umar Bin Abdul Aziz sering mengumpulkan para fiqaha dan mereka saling mengingat kematian,menakutkannya akan hari kiamat,buruknya hisab dan titian di shirat,maka salah satu dari mereka akan menangis seolah-olah di depannya ada jenazah.

Sedangkan Sufyan ath-Thauri Rahimahullah apabila beliau diingatkan akan kematian maka ia tidak akan mempedulikan orang-orang hinggs beberapa hari lamanya,beliau juga tidak makan juga tidak minum. Apabila belaiu ditanya tentang sesuatu maka ia akan menjawab."Aku tidak tahu."

Ali Al-Fathil bin Iyadh Rahimahullah apabila beliau mengingat akan kematian maka seolah-olah seluruh persendiannya tanggal kerana gementar.

Sedangkan Yusuff Bin al-Asbath Rahimahullah apabila di depannya lalu orang membawa jenazah maka beliau akan terjatuh pengsan seolah-olah beliau telah meninggal,hingga orang-orang pun mengantarkan beliau dengan tandu ke rumahnya.

Muhammad al-Lufaf ra pernah berkata:"Barangsiapa memperbanyak mengingat akan kematian,maka ia akan dimuliakan dengan 3 hal: Menyegerakan taubat,meras puas dengan dirinya,dan bersemangat dalam beribadah,dan barangsiapa yang lupa akan kematian maka ia akan dicela dengan 3 hal: Memperkecilkan taubat,berbuat keburukan dunia,dan bermalas-malas mengerjakan ibadah.

Demi Tuhan wahai saudara-saudaraku seakidah,hendaklah kamu memikirkan kematian,sakarat (detik-detik terakhir)nya,dan susahnya menjalani itu semua,kerana dengan mengingat dan memikirkan hal tersebut akan melembutkan hati,dan membuat mata menangis,dan memisahkan kita dari jemaah,menghilangkan kesenangan dan kelazatan. Fikirkanlah tentang hari kamu akan mati dan hari perpindahan kamu dari rumah,istana,meninggalkan tempat yang lapang menuju kuburan yang sempit.

Fikirkanlah khidmat para saudara,kerabat dan para sahabat,seluruh kawan dan sahabat meninggalkan kita,fikirkanlah ketika mereka memindahkan kita dari katil yang empuk,selimut yang hangat dan tebal, dan kemudian diletakkan di dalam tanah yang kering,lalu mereka meninggalkan kita,lalu mereka makan dan minum,tertawa dan bersenang-senang seolah-olah mereka tidak pernah mengenal kita.

Sebahagian ahli zuhud berkata:"Wahai orang-orang yang sibuk mengumpulkan harta dan orang-orang yang sibuk dengan membangun bangunan,ketahuilah tidak ada yang akan kamu bawa kecuali kain kafan,dan tidak ada rumah bagimu kecuali hanya sebungkah lubang,lalu apakah semua yang kamu kumpulkan sama ada itu satu harta,atau yang lainnya akan menyelamatkan kamu dari ketakutan akan kematian? Tidak,bahkan kamu akan meninggalkan itu semuanya untuk orang-orang yang bahkan tidak memujimu,kamu menyerahkan kepada orang yang bahkan tidak memerhatikanmu.Lalu mereka membacakan sajak:

Dari seluruh yang kamu kumpulkan
Bahagianmu hanyalah
sehelai kain dan sebungkah kapur
Sedangkan yang lainnya membacakan:
Lihatlah!
orang yang memiliki dunia dan mengumpulkannya
Tanpa kapas dan kafan apakah ia
akan merasa nyaman?

Hassan al-Bashri ra pernah berkata:"Janganlah kamu menjadi kaum yang didatangi oleh kematian sementara kamu tidak mempunyai kebaikan sedikit pun. Lalu salah seorang mereka mengatakan:"Aku berperasangka baik terhadap Tuhanku." Padahal ia telah berbohong kerana seandainya ia berperasangka baik kepada Tuhannya maka ia akan memperbanyak perbuatan baik dalam jalan yang lurus seperti yang diisyaratkan oleh ayat: "Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu,perasangka itu telah membinasakan kamu." (QS Fushshilat: 231).

Baqiyatul Walid ra mengirimkan surat pada saudara-saudaranya,dalam surat itu beliau berkata:"Berhati-hatilah jangan sampai tertipu,hingga kamu menginginkan kehidupan yang kekal dan panjang umur,hingga kamu melakukan perbuatan buruk dan berharap Allah SWT akan mengampuni,maka barangsiapa yang melakukan hal seperti itu maka ia tidak ubahnya seperti orang yang menempa besi yang sejuk." Maka ketahuilah itu wahai saudara-saudaraku,dan jalankanlah perintah agama hanya kerana Allah SWT.

SEGALA PUJI HANYA BAGI ALLAH SWT,TUHAN SEKALIAN 'ALAM.