Setiap yang hidup dan bernyawa pasti menemui kematian. Tidak dapat tidak. Kita tidak akan mati jika kita tidak hidup atau tidak dilahirkan ke dunia yang fana ini. Pendeknya jika kita dihidupkan, maka kita pasti mati.
Baka hidup baka yang mati.
Jadi kita dilahirkan untuk mencari mati yang sempurna mungkin. Tujuannya supaya kita mendapat kehidupan yang paling baik, bila kita tidak lagi mati. Hidup kita kekal abadi. Kekal abadi dalam kebaikan ataupun kekal abadi juga dalam keburukan, kepayahan dan penyesalan.
Kita sedar atau tidak, masing-masing diri berlumba-lumba mencari kematian yang sempurna. Kita bekerja bersungguh-sungguh siang malam mencari harta dan kehidupan yang sempurna, untuk diri dan keluarga. Belajar, mengaji, bekerja semuanya untuk mencapai kesempurnaan. Tapi ingat kesempurnaan untuk hidup sahaja atau untuk hidup dan mati? Kita keliru!
Jadi waspadalah, kita semua sedar, tapi lupa sehinggalah kematian itu datang tiba-tiba menjemput kita tanpa permisi, tanpa amaran.
Di sini diterbitkan luahan dan tulisan tentang "Mati" sebagai iktibar dan pedoman untuk kita semua yang ingin mendapatkan kematian sempurna (semoga diizinkan admin):
Nota Tentang Mati dan Kematian
Assalamualaikum.
Pernah tak anda, pada suatu hari rasakan mati itu dekat? Pernah juga dalam hidup anda, anda merasakan dunia itu kosong, dan segala isinya adalah kekosongan yang tidak lain hanya sekadar senda gurau dan permainan?
Itu realiti. Aneh untuk menulis ini, tetapi sekali lagi itu realiti. Kenyataan yang kita tidak dapat lari. Bila-bila masa saja kita akan pergi. Di panggil mengadap Ilahi. Kembali abadi.
Kematian itu.
Mati sentiasa mengintai, dan akan menyapa bila tiba masanya. Itu pasti. Firman-Nya setiap jiwa itu pasti, pasti dan pasti merasakan maut. Tiba-tiba, pada tengah malam Ramadhan yang tidak dapat terlelapkan mata ini, sekadar ingin merakamkan beberapa perkara yang liar keluar daripada minda.
Sungguh, kematian itu adalah satu motivasi hebat. Sebab itu, kita dapat lihat bahawa banyak ayat Al-Quran dan hadis (yang tidak dapat saya petikkan di sini atas sebab ceteknya ilmu) yang menunjukkan betapa hebatnya 'kesedaran tentang kematian'. Betapa dengan kesedaran itu dapat memelihara kita daripada membuat dosa (astafirullah, aku memohon ampun atas segala dosaku ya Allah), meningkatkan amal, memperelokkan akhlak lagi memperbaik hubungan dengan Allah juga manusia.
Kenapa tiba-tiba saya mencoret tentang kematian? Sebab saya sendiri dalam beberapa tempoh lalu telah mengetuk-ngetuk pintu Izrail tanpa saya sedar sehingga saya merenungkannya. Cuma, alhamdulillah, belum sampai lagi untuk saya melewati pintu itu. Semoga saya, dan kita dapat bertaubat dengan nasuha serta bersedia bila tiba masa sebenarnya.
Ini benar. Memendekkan cerita, tahun lalu sahaja saya begitu dekat dengan kematian, sangat. Dekat sehingga pecahan saat (milisaat) dapat mengubah perjalanan kehidupan saya.
Cerita Mati
Pertama ketika saya benar-benar hampir lemas semasa 'water-rafting' di sebatang sungai di Yogyakarta, Indonesia. Tahun lalu, semasa cuti musim panas, saya telah ke Yogyakarta, Indonesia selama 2 minggu untuk menjalankan satu International Summer Course on Disaster and Emergency Medicine. Diringkaskan kursus itu menyediakan pesertanya untuk menghadapi lagi menguruskan suasana jika terdapat sebarang kejadian kecemasan berlaku. Dalam seluruh kursus itu, pihak menganjur menyediakan riadah 'water-rafting' juga merangkap sesi untuk belajar teknik menyelamatkan mangsa dalam kecemasan berkenaan air (seperti kapal karam, bot pecah dsb).
Ceritanya tentang 'water- rafting', bukan seluruh kursus ya. Kami dikumpulkan 4 orang dalam beberapa kumpulan dan dipandu oleh seorang juru pandu terlatih bersama kami sepanjang perakitan lebih kurang 15 kilometer. Apabila separuh perjalanan berakit, kami tiba di sebuah checkpoint yang ada terdapat beberapa mangsa lemas yang perlu kami selamatkan. Setiap mangsa mempunya kondisi masing-masing (bp, rp, etc) untuk satu kumpulan pertimbangkan yang mana lebih utama untuk diselamatkan. Apabila selesai tugasan tersebut, kami dibenarkan berehat di checkpoit tersebut. Lalu, saya tanpa fikir panjang menanggalkan jaket keselamatan saya, kemudian saya terjun ke dalam air. Sangkaan saya air itu cetek, tetapi disangkal apabila tiba-tiba saja kedalaman air itu berubah. Seperti ada cerun. Saya tenggelam habis dalam air. Jenuh melonjak-lonjak meminta tolong dalam separa sedar. Ketika itu kematian dekat, sangat dekat. Tiada apa yang saya dapat fikirkan. Kosong. Kosong dan kosong.
(Ya, saya pendekkan cerita) Alhamdulillah, ada seorang professor daripada Mesir juga peserta kursus tersebut sedar akan situasi. Beliau terus bergegas mendapatkan saya yang tengah kelemasa itu, lantas menarik saya ke tebing. Saya gamam. Terkelu, tiada kata. Bersyukur.
"Are you losing your minds?!", jerkah Professor tersebut. Bukan marah, tetapi ambil berat. (Kami tinggal dalam satu keluarga angkat yang sama sepanjang kursus itu).
Saya hanya mampu membalas dengan senyuman. Masih tergaman, dan orang sekitarnya pun turut kaget atas apa yang terjadi. Bersyukur masih Allah panjangkan nyawa. Itu satu, dalam beberapa detik dapat membezakan hidup atau mati.
Kedua tentang kemalangan. Bahawa keputusan yang diambil untuk mengubah arah kenderaan itu(dengan izin Allah), saya masih hidup dan merakamkan sebagai perkongsian. Ceritanya begini.
Ada berkenalan saya dengan seorang pakcik ketika di Dublin dahulu. Beliau datang atas urusan perniagaan dan tidak perlu penceritaan lanjut tentang beliau dan bagaimana kami bertemu. Sedikit pun tidak menambah nilai cerita.
Selalu juga jaga berhubung dengan pakcik itu. Apabila lebaran tahun lalu bertandang, beliau menjemput saya ke rumah terbukanya yang berada agak jauh daripada Perlis. Meski jauh, saya menunggang motosikal ke sana (kerana masih belum mempunyai lesen kereta ketika itu). Apa bila tiba ke kawasan perumahan beliau (saya akui sangat mewah) saya tercari-cari manakah satu tempatnya. Sambil membonceng motosikal dengan kelajuan perlahan, dan meninjau kawasan sekeliling saya seperti terleka.
Apabila saya menemukan pintu pagar besar dan pondok pegawal ke kawasan perumahan itu, saya ingin membelok ke kanan dalam kelekaan. Tanpa saya sedar, sebuah Perodua Kancil tiba-tiba muncul daripada belakang. Sangat tiba-tiba. Mestilah terkejut. Tanpa sedar, saya membuat belokan mengejut ke kiri. Brek kecemasan berbunyi(Ya, bunyi 'drifting'. Saya dan motosikal tersadai di sebuah padang dan kereta Kancil itu memhentikan kenderaan. Gaman seketika. Memeriksa diri dan motosikal. Alhamdulillah, Alhamdulillah, masih lengkap jasad dan motosikal selamat. Kancil tersebut dipandu oleh seorang gadis, dan ada beberapa orang bersamanya. Kemudian saya menghidupkan enjin motosikal, lalu bergerak ke arah mereka. Selepas masing-masing menjelaskan keadaan, selesai.
Lalu saya ke pondok pengawal untuk bertanyakan rumah pak cik tersebut. "Hidup lagi hang ya?", sapa pengawal itu. "Alhamdulillah". "Nak cari rumah siapa ni?". "Saya nak pergi rumah pakcik ini,". "Okay, masuk dalam dan belok kanan, ada kat depan tu ja" jelas pengawal tersebut.
Itu, alhamdulillah dalam beberapa bulan, saya mengetuk-ngetuk pintu Izrail, tetapi belum sampai masa menjadi tetamu-Nya lagi. (Masih perlu banyak bertaubat atas dosa-dosa yang bertimbun)
Itu cerita saya tentang dekat saya dengan mati. Sedang kita tidak pernah tahu dan jangka bila masa kita akan datang. Termasuk saya. Maka, kematian itu adalah sesuatu yang tidak dapat tidak yang kita pasti akan hadapi. Cuma membezakanya antara kita dengan kita yang lain sama ada cepat atau lambat, muda atau tua. Pokoknya, kita akan kembali menemukan-Nya dalam keadaan diri yang hina.
Mati itu pasti, kita takkan dapat lari
Tulisan kematian kali ini sekadar ingin berkongsi kesedaran hakikat itu. Hakikat yang hak lagi benar. Saya tidak sampai ilmunya berkongsi panjang lebih tentang persediaan mati, atau lagi peristiwa selepasnya. Itu kita sering dengar daripada Ustaz, atau mereka yang lebih ilmu dan kefahamannya. Itu kita boleh dapatkan dalam blog-blog atau laman-laman sesawang yang bercambah di Internet. Tidak perlu saya tambahkan lagi.
Cuma dalam perkongsian ringkas sesingkat ini mari kita merenungkan hakikat ini. Hakikat dan sunnahtullah yang tidak ada satu jiwa pun terlepas daripadanya. Maka dengan hakikat ini, mari bertanya dan bersoalkan kembali diri kita, jiwa kita, hati kita, akal kita. Mempersoalkan adakah kita bersedia untuk dipanggil-Nya sedang kita kadang-kadang masih dalam kelalaian yang besar(terutama mengingatkan diri)!
Bersediakan kita menemukan Allah. Bersediakan? Adakah kita layak dipanggil-Nya dan tergolong dalam hamba yang pulang dalam keadaan reda kepada-Nya dan Allah kembali reda pada kita? (Sekali lagi ingatan dahulu untuk saya sendiri). Adakah kita telah memahamkan hakikat hidup, penciptaan kita? Adakah kita sudah mengerti tugas tanggungjawab kita dan telah kita laksanakan sehabis semampu baik kita? Adakah kita telah selesaikan hutang dosa kita manusia dan hutang dosa dengan Allah itu sendiri?
Lalu bersediakan kita, bersediakah kita, bersediakah kita? ( Ya Allah, jangan kau panggil kami kecuali dalam keadaan muslim dan telah Engkau reda pada kami)
Itu persoalan yang mungkin mengambil masa untuk kita renungkan, fahamkan. Tenungkan dan ertikan. Mari kita kembali merenung dan muhasabah diri. Ingat, bernafas sekarang bukan jaminan untuk kita terus ketawa sesaat kemudian. Tertulis telah ajal, tidak sesaat diawalkan juga dilambat lewatkan. Pena telah terangkat dan tinta telah kering. Daripada Allah, Dia telah selesai urusan-Nya mengatur kita, cuma tinggal pihak kita untuk mempersiap kembali menemukannya.
Menjalankan hidup itu, mencari reda-Nya.
Maka, dalam dan dengan kesedaran ini, hidupkan masa yang kita ada dan tinggal sebaiknya. Pohon moga Allah memberkatkan masa itu. Selalu saya doakan pada teman yang menyambut ulang tahun adalah - "Anda sudah tua. Semoga Allah memberkati usia yang tinggal". Sinis tapi itu kebenaran. Itu doa dengan peringatan yang dalam untuk mereka yang mahu sejenak merenung.
Gunakan masa yang kita ada ini lagi sekali sebaik-baiknya. Bagaimana sebaiknya itu? Saya tidak mampu menjawabkan kepada anda kerana kita, setiap orang daripada kita berbeza. Itu yang perlu kita fahamkan. Sesuatu nilai pada orang lain adalah lebih berharga dan bermakna daripada nilai yang lain daripada orang lain(Maaf ayat berbelit). Memohon doa supaya Allah memberkatkan masa yang tinggal untuk kita manfaatkan dan menjalankan hidup dengan jalan yang di redai-Nya.
Bagaimana tentang keredaan itu? Wallahualam. Dia lebih mengetahui, dan kita sendiri lebih tahu jalan hidup masing-masing. Saya tidak perlu melebar panjangkan perkara ini. Allah telah menurunkan Al-Quran yang petunjuk dan penyembuh di dalaamnya. Di situ ada peta dan kompasnya. Juga sunnah Rasulullah, kekasih kesayangan kita, ada petunjuk jalannya. Cuma lagi, tinggal kita yang mahu mengambil pelajaran atau terus hanyut dalam khalayan dunia.
Hidupkan detik waktu singkat yang Allah sendiri menyatakan tidak sampai separuh hari atau lebih singkat daripada itu pada Akhirat kelak. Hiduplah kita dengan yang secara umumnya saya tulis disini (kerana konteks penulisan perkongsiaan ini adalah orang umum) menjalankan sehabis baik, sedaya updaya tugas kita beribadat kepada Allah dan menjadi khalifah-Nya di muka bumi. Bagaimana itu? Tanyalah pada mereka yang lebih mengetahui. Untuk berhujah panjang lebar tentang ini mengambil masa lebih panjang dan lama.
Lagi, apa yang boleh saya kongsi secara umum. Jadilah hamba-Nya sebaik-baik hamba. Jadilah manusia sebaik-baik pada manusia yang lain dengan manfaat kita hulurkan pada mereka tanpa mengira apa perbuatan mereka lagi mengharapkan balasan itu, di hujung nanti, sana. Biar Allah yang membalas sesuatu kerana Dia adalah sebaik-baik Pengadil dan Penghukum. Yang lebih utama adalah kita telah selesai tanggungjawab kita.
Konklusinya, kita hidup untuk mati.
Setujukah anda dengan ini? Ada sesiapa ingin menolak? Ada sesiapa daripada kalangan pendebat wakil sekolah ingin menafikannya dan berhujah? Ini hakikat lagi. Ini realiti. Sunnahtullah sejak azali. Kita hidup untuk mati, dan kematian itu untuk kehidupan abadi. Daripada Allah kita datang, juga kepada Allah kita pulang.
Tidaklah kehidupan kita hanya satu medan ujian. Allah ingin menguji antara kita, manakah yang benar imannya dan sesiapa yang bermain-main sahaja semasa hidupnya.
Firman Allah, Al Ankabut(29) ayat 2 hingga 7,
Pernah tak anda, pada suatu hari rasakan mati itu dekat? Pernah juga dalam hidup anda, anda merasakan dunia itu kosong, dan segala isinya adalah kekosongan yang tidak lain hanya sekadar senda gurau dan permainan?
Itu realiti. Aneh untuk menulis ini, tetapi sekali lagi itu realiti. Kenyataan yang kita tidak dapat lari. Bila-bila masa saja kita akan pergi. Di panggil mengadap Ilahi. Kembali abadi.
Kematian itu.
Mati sentiasa mengintai, dan akan menyapa bila tiba masanya. Itu pasti. Firman-Nya setiap jiwa itu pasti, pasti dan pasti merasakan maut. Tiba-tiba, pada tengah malam Ramadhan yang tidak dapat terlelapkan mata ini, sekadar ingin merakamkan beberapa perkara yang liar keluar daripada minda.
Sungguh, kematian itu adalah satu motivasi hebat. Sebab itu, kita dapat lihat bahawa banyak ayat Al-Quran dan hadis (yang tidak dapat saya petikkan di sini atas sebab ceteknya ilmu) yang menunjukkan betapa hebatnya 'kesedaran tentang kematian'. Betapa dengan kesedaran itu dapat memelihara kita daripada membuat dosa (astafirullah, aku memohon ampun atas segala dosaku ya Allah), meningkatkan amal, memperelokkan akhlak lagi memperbaik hubungan dengan Allah juga manusia.
Kenapa tiba-tiba saya mencoret tentang kematian? Sebab saya sendiri dalam beberapa tempoh lalu telah mengetuk-ngetuk pintu Izrail tanpa saya sedar sehingga saya merenungkannya. Cuma, alhamdulillah, belum sampai lagi untuk saya melewati pintu itu. Semoga saya, dan kita dapat bertaubat dengan nasuha serta bersedia bila tiba masa sebenarnya.
Ini benar. Memendekkan cerita, tahun lalu sahaja saya begitu dekat dengan kematian, sangat. Dekat sehingga pecahan saat (milisaat) dapat mengubah perjalanan kehidupan saya.
Cerita Mati
Pertama ketika saya benar-benar hampir lemas semasa 'water-rafting' di sebatang sungai di Yogyakarta, Indonesia. Tahun lalu, semasa cuti musim panas, saya telah ke Yogyakarta, Indonesia selama 2 minggu untuk menjalankan satu International Summer Course on Disaster and Emergency Medicine. Diringkaskan kursus itu menyediakan pesertanya untuk menghadapi lagi menguruskan suasana jika terdapat sebarang kejadian kecemasan berlaku. Dalam seluruh kursus itu, pihak menganjur menyediakan riadah 'water-rafting' juga merangkap sesi untuk belajar teknik menyelamatkan mangsa dalam kecemasan berkenaan air (seperti kapal karam, bot pecah dsb).
Water Rafting |
Ceritanya tentang 'water- rafting', bukan seluruh kursus ya. Kami dikumpulkan 4 orang dalam beberapa kumpulan dan dipandu oleh seorang juru pandu terlatih bersama kami sepanjang perakitan lebih kurang 15 kilometer. Apabila separuh perjalanan berakit, kami tiba di sebuah checkpoint yang ada terdapat beberapa mangsa lemas yang perlu kami selamatkan. Setiap mangsa mempunya kondisi masing-masing (bp, rp, etc) untuk satu kumpulan pertimbangkan yang mana lebih utama untuk diselamatkan. Apabila selesai tugasan tersebut, kami dibenarkan berehat di checkpoit tersebut. Lalu, saya tanpa fikir panjang menanggalkan jaket keselamatan saya, kemudian saya terjun ke dalam air. Sangkaan saya air itu cetek, tetapi disangkal apabila tiba-tiba saja kedalaman air itu berubah. Seperti ada cerun. Saya tenggelam habis dalam air. Jenuh melonjak-lonjak meminta tolong dalam separa sedar. Ketika itu kematian dekat, sangat dekat. Tiada apa yang saya dapat fikirkan. Kosong. Kosong dan kosong.
(Ya, saya pendekkan cerita) Alhamdulillah, ada seorang professor daripada Mesir juga peserta kursus tersebut sedar akan situasi. Beliau terus bergegas mendapatkan saya yang tengah kelemasa itu, lantas menarik saya ke tebing. Saya gamam. Terkelu, tiada kata. Bersyukur.
"Are you losing your minds?!", jerkah Professor tersebut. Bukan marah, tetapi ambil berat. (Kami tinggal dalam satu keluarga angkat yang sama sepanjang kursus itu).
Saya hanya mampu membalas dengan senyuman. Masih tergaman, dan orang sekitarnya pun turut kaget atas apa yang terjadi. Bersyukur masih Allah panjangkan nyawa. Itu satu, dalam beberapa detik dapat membezakan hidup atau mati.
Kedua tentang kemalangan. Bahawa keputusan yang diambil untuk mengubah arah kenderaan itu(dengan izin Allah), saya masih hidup dan merakamkan sebagai perkongsian. Ceritanya begini.
Ada berkenalan saya dengan seorang pakcik ketika di Dublin dahulu. Beliau datang atas urusan perniagaan dan tidak perlu penceritaan lanjut tentang beliau dan bagaimana kami bertemu. Sedikit pun tidak menambah nilai cerita.
Sekadar Hiasan |
Selalu juga jaga berhubung dengan pakcik itu. Apabila lebaran tahun lalu bertandang, beliau menjemput saya ke rumah terbukanya yang berada agak jauh daripada Perlis. Meski jauh, saya menunggang motosikal ke sana (kerana masih belum mempunyai lesen kereta ketika itu). Apa bila tiba ke kawasan perumahan beliau (saya akui sangat mewah) saya tercari-cari manakah satu tempatnya. Sambil membonceng motosikal dengan kelajuan perlahan, dan meninjau kawasan sekeliling saya seperti terleka.
Apabila saya menemukan pintu pagar besar dan pondok pegawal ke kawasan perumahan itu, saya ingin membelok ke kanan dalam kelekaan. Tanpa saya sedar, sebuah Perodua Kancil tiba-tiba muncul daripada belakang. Sangat tiba-tiba. Mestilah terkejut. Tanpa sedar, saya membuat belokan mengejut ke kiri. Brek kecemasan berbunyi(Ya, bunyi 'drifting'. Saya dan motosikal tersadai di sebuah padang dan kereta Kancil itu memhentikan kenderaan. Gaman seketika. Memeriksa diri dan motosikal. Alhamdulillah, Alhamdulillah, masih lengkap jasad dan motosikal selamat. Kancil tersebut dipandu oleh seorang gadis, dan ada beberapa orang bersamanya. Kemudian saya menghidupkan enjin motosikal, lalu bergerak ke arah mereka. Selepas masing-masing menjelaskan keadaan, selesai.
Lalu saya ke pondok pengawal untuk bertanyakan rumah pak cik tersebut. "Hidup lagi hang ya?", sapa pengawal itu. "Alhamdulillah". "Nak cari rumah siapa ni?". "Saya nak pergi rumah pakcik ini,". "Okay, masuk dalam dan belok kanan, ada kat depan tu ja" jelas pengawal tersebut.
Itu, alhamdulillah dalam beberapa bulan, saya mengetuk-ngetuk pintu Izrail, tetapi belum sampai masa menjadi tetamu-Nya lagi. (Masih perlu banyak bertaubat atas dosa-dosa yang bertimbun)
Itu cerita saya tentang dekat saya dengan mati. Sedang kita tidak pernah tahu dan jangka bila masa kita akan datang. Termasuk saya. Maka, kematian itu adalah sesuatu yang tidak dapat tidak yang kita pasti akan hadapi. Cuma membezakanya antara kita dengan kita yang lain sama ada cepat atau lambat, muda atau tua. Pokoknya, kita akan kembali menemukan-Nya dalam keadaan diri yang hina.
Mati itu pasti, kita takkan dapat lari
Tulisan kematian kali ini sekadar ingin berkongsi kesedaran hakikat itu. Hakikat yang hak lagi benar. Saya tidak sampai ilmunya berkongsi panjang lebih tentang persediaan mati, atau lagi peristiwa selepasnya. Itu kita sering dengar daripada Ustaz, atau mereka yang lebih ilmu dan kefahamannya. Itu kita boleh dapatkan dalam blog-blog atau laman-laman sesawang yang bercambah di Internet. Tidak perlu saya tambahkan lagi.
Bila Izrail datang memanggil.. |
Cuma dalam perkongsian ringkas sesingkat ini mari kita merenungkan hakikat ini. Hakikat dan sunnahtullah yang tidak ada satu jiwa pun terlepas daripadanya. Maka dengan hakikat ini, mari bertanya dan bersoalkan kembali diri kita, jiwa kita, hati kita, akal kita. Mempersoalkan adakah kita bersedia untuk dipanggil-Nya sedang kita kadang-kadang masih dalam kelalaian yang besar(terutama mengingatkan diri)!
Bersediakan kita menemukan Allah. Bersediakan? Adakah kita layak dipanggil-Nya dan tergolong dalam hamba yang pulang dalam keadaan reda kepada-Nya dan Allah kembali reda pada kita? (Sekali lagi ingatan dahulu untuk saya sendiri). Adakah kita telah memahamkan hakikat hidup, penciptaan kita? Adakah kita sudah mengerti tugas tanggungjawab kita dan telah kita laksanakan sehabis semampu baik kita? Adakah kita telah selesaikan hutang dosa kita manusia dan hutang dosa dengan Allah itu sendiri?
Lalu bersediakan kita, bersediakah kita, bersediakah kita? ( Ya Allah, jangan kau panggil kami kecuali dalam keadaan muslim dan telah Engkau reda pada kami)
Itu persoalan yang mungkin mengambil masa untuk kita renungkan, fahamkan. Tenungkan dan ertikan. Mari kita kembali merenung dan muhasabah diri. Ingat, bernafas sekarang bukan jaminan untuk kita terus ketawa sesaat kemudian. Tertulis telah ajal, tidak sesaat diawalkan juga dilambat lewatkan. Pena telah terangkat dan tinta telah kering. Daripada Allah, Dia telah selesai urusan-Nya mengatur kita, cuma tinggal pihak kita untuk mempersiap kembali menemukannya.
Menjalankan hidup itu, mencari reda-Nya.
Maka, dalam dan dengan kesedaran ini, hidupkan masa yang kita ada dan tinggal sebaiknya. Pohon moga Allah memberkatkan masa itu. Selalu saya doakan pada teman yang menyambut ulang tahun adalah - "Anda sudah tua. Semoga Allah memberkati usia yang tinggal". Sinis tapi itu kebenaran. Itu doa dengan peringatan yang dalam untuk mereka yang mahu sejenak merenung.
Gunakan masa yang kita ada ini lagi sekali sebaik-baiknya. Bagaimana sebaiknya itu? Saya tidak mampu menjawabkan kepada anda kerana kita, setiap orang daripada kita berbeza. Itu yang perlu kita fahamkan. Sesuatu nilai pada orang lain adalah lebih berharga dan bermakna daripada nilai yang lain daripada orang lain(Maaf ayat berbelit). Memohon doa supaya Allah memberkatkan masa yang tinggal untuk kita manfaatkan dan menjalankan hidup dengan jalan yang di redai-Nya.
Keberkatan dan keredaan-Nya didamba! |
Bagaimana tentang keredaan itu? Wallahualam. Dia lebih mengetahui, dan kita sendiri lebih tahu jalan hidup masing-masing. Saya tidak perlu melebar panjangkan perkara ini. Allah telah menurunkan Al-Quran yang petunjuk dan penyembuh di dalaamnya. Di situ ada peta dan kompasnya. Juga sunnah Rasulullah, kekasih kesayangan kita, ada petunjuk jalannya. Cuma lagi, tinggal kita yang mahu mengambil pelajaran atau terus hanyut dalam khalayan dunia.
Hidupkan detik waktu singkat yang Allah sendiri menyatakan tidak sampai separuh hari atau lebih singkat daripada itu pada Akhirat kelak. Hiduplah kita dengan yang secara umumnya saya tulis disini (kerana konteks penulisan perkongsiaan ini adalah orang umum) menjalankan sehabis baik, sedaya updaya tugas kita beribadat kepada Allah dan menjadi khalifah-Nya di muka bumi. Bagaimana itu? Tanyalah pada mereka yang lebih mengetahui. Untuk berhujah panjang lebar tentang ini mengambil masa lebih panjang dan lama.
Lagi, apa yang boleh saya kongsi secara umum. Jadilah hamba-Nya sebaik-baik hamba. Jadilah manusia sebaik-baik pada manusia yang lain dengan manfaat kita hulurkan pada mereka tanpa mengira apa perbuatan mereka lagi mengharapkan balasan itu, di hujung nanti, sana. Biar Allah yang membalas sesuatu kerana Dia adalah sebaik-baik Pengadil dan Penghukum. Yang lebih utama adalah kita telah selesai tanggungjawab kita.
Konklusinya, kita hidup untuk mati.
Kepada Allah kita akan pulang. |