Najib Razak yang belum genap dua tahun menyandang jawatan Perdana Menteri berkemungkinan besar berdepan dengan kemelut ekonomi dunia untuk kali kedua. Seandainya dugaan ini menjadi realiti, maka "suasana feel good" yang diwujudkan Najib melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) mungkin akan melenyap dalam sekelip mata. Untuk Najib, ia mungkin persimpangan yang penting dalam kemuncak hayat politiknya. Ini kerana ia bakal menentukan sama ada "mitos Najib" akan dilanjutkan atau menuju kehancuran.
Dewasa ini, krisis ekonomi yang tercetus di Amerika Syarikat dan Eropah dijangka membayangi masa depan ekonomi Malaysia. Pasaran saham dunia jatuh merudum. Sejumlah RM90 bilion nilai pasaran saham di Bursa lenyap dalam tempoh antara 1 hingga 9 Ogos - suasana feel good yang diusahakan Najib dua tahun yang lalu ranap begitu sahaja.
Kini, ramai yang mula resah sama ada Malaysia mampu menghadapi krisis ekonomi dunia yang bakal melanda. Menurut satu laporan Standard and Poor's baru-baru ini, seandainya satu lagi kemelut kewangan global tercetus, maka ia akan memberi kesan yang lebih ketara terhadap rantau Asia, berbanding tahun 2008 - terutamanya negara yang terlalu bergantung kepada pasaran asing dan masih dalam proses memperbaiki angka defisit bajetnya berikutan kemelut ekonomi yang lalu. Malaysia antara nama negara yang disebut sebagai negara Asia yang dipertikaikan kemampuannya untuk berdepan dengan krisis ekonomi baru.
Angka defisit
Kemelut kewangan pada tahun 2008 mengakibatkan ekonomi Malaysia merudum, dan kerajaan terpaksa mengemukakan dua pakej rangsangan ekonomi bernilai RM67 bilion. Ia menjurus kepada peningkatan defisit dari 4.8% pada tahun 2008 kepada 7% pada tahun 2009.
Walaupun kerajaan Najib (gambar kiri) cuba menurunkannya daripada 7% kepada 5.6% pada tahun 2010, malah berharap untuk menurunkannya kepada 5.4% pada tahun 2011, namun ia tetap satu jarak yang jauh berbanding keadaan kewangan negara sebelum kemelut kewangan (tahun 2007).
Statistik rasmi menunjukkan bahawa angka defisit Malaysia pada tahun 2007 hanya 2.7%. Menurut Rancangan Malaysia ke-10, kerajaan perlu menunggu sehingga tahun 2015 untuk menurunkan angka defisit kepada paras 2.8%. Malah, ia berlaku dengan syarat meluaskan sumber pendapatan (kutipan cukai) dan berhemah dalam perbelanjaan (potongan subsidi) - untuk mencapai matlamat ini.
Jikalau dikupas dari beberapa sudut, kerajaan Najib bukan sahaja gagal mengembalikan angka defisit ke paras 2.7% dalam tempoh lima tahun ini, malah keadaan mungkin menjadi lebih parah - sekurang-kurangnya kekal pada paras 5% atau ke atas.
Rekod perbelanjaan operasi
Pertama, adalah satu kenyataan yang tidak boleh dipertikaikan, bahawa rekod kerajaan dalam displin kewangan adalah amat teruk. Rekod 10 tahun kebelakangan menunjukkan bahawa lebihan kos perbelanjaan operasi berlaku setiap tahun.

Tahun | Perbelanjaan (Belanjawan) | Perbelanjaan sebenar | Lebihan kos | Perbezaan (%) |
2001 | 60.7bilion | 63.8bilion | 3.1bilion | +5.1% |
2002 | 65.3bilion | 68.7bilion | 3.4bilion | +5.2% |
2003 | 71.7bilion | 75.2bilion | 3.5bilion | +4.9% |
2004 | 80.0bilion | 91.3bilion | 11.3bilion | +14.1% |
2005 | 89.0bilion | 97.7bilion | 8.7bilion | +9.8% |
2006 | 101.2bilion | 107.8bilion | 6.6bilion | +6.5% |
2007 | 117.0bilion | 123.1bilion | 6.1bilion | +5.2% |
2008 | 128.8bilion | 153.4bilion | 22.2bilion | +17.2% |
2009 | 154.2bilion | 157.1bilion | 6.0bilion | +3.9% |
2010 | 138.3bilion | 152.2bilion | 13.9bilion | +10.1% |
*2011 | 162.8bilion | *176.0bilion | 13.2 bilion | +8.1% |
2012 | ? | ? | ? | ? |
(*Sehingga musim pertama 2011)
Keadaan ini tidak diperbaiki, sebaliknya lebih ketara selepas Najib menyandang jawatan PM pada tahun 2009. Misalnya, perbelanjaan operasi sebenar kerajaan Najib mencatat RM152.2 bilion pada tahun 2010, mencatat lebihan sejumlah RM13.9 bilion dari anggaran Belanjawan 2010 (RM138.3 bilion), atau bersamaan lebihan 10.1%.
Apa yang menarik, angka lebihan ini mencatat rekod lebihan kos kedua tertinggi sejak tahun 2001, dengan lebihan kos tertinggi, RM22.2 bilion pada tahun 2008. Pada umumnya, jarak yang besar antara perbelanjaan sebenar dengan anggaran belanjawan wujud apabila berlaku kejadian yang besar dalam tahun tersebut, misalnya kemelesetan ekonomi, lonjakan inflasi, atau kebetulan berlangsungnya pilihan raya pada tahun itu - tahun 2008, menjelaskan segala-galanya.
Jikalau dibandingkan, tahun 2010 adalah tahun di mana ekonomi bangkit semula selepas keluar dari kemelut ekonomi dunia, pada masa yang sama tidak berdepan dengan krisis lonjakan harga makanan dan petroleum, bahkan bukan tahun pilihan raya. Namun demikian, kos perbelanjaan operasi kerajaan Najib pula mencatat lebihan kos RM13.9 bilion, mengakibatkan defisit 5.6% pada tahun 2010, lebih tinggi dari anggarannya 5.3%.
Keadaan yang sama dilanjutkan hingga tahun 2011. Kerajaan Najib membentangkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM13.2 bilion dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2011. Ini mengakibatkan perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan mencatat RM176.0 bilion pada musim pertama 2011, 8.1% lebih tinggi daripada anggaran (RM162.8 bilion).
Lebih penting, antara perkara perbelanjaan tambahan yang dibentangkan, terdapat pula peruntukan perbelanjaan mengurus kerajaan dan perkara yang telah diumumkan, tetapi tidak dimasukkan ke dalam belanjawan asal kerana "tercicir", dan perlu ditambah melalui belanjawan tambahan (rang undang-undang pembekalan tambahan). Ini menunjukkan bahawa kerajaan Najib tidak merancang belanjawan dengan rapi, malah tidak berdisiplin dalam perancangan kewangannya.
Apa yang menarik, RM13.2 bilion ini sekadar untuk lebihan perbelanjaan operasi musim pertama. Seandainya kerajaan Najib menbentangkan perbelanjaan tambahan dalam tempoh sembilan bulan yang akan datang, maka kos perbenjaan operasi yang sebenar mungkin akan memecah rekod yang dicatat pada tahun 2010. (Bahagian pertama, bersambung)

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.