Saturday, August 18, 2012
Thursday, August 16, 2012
Serangga Bersayap Jala Ditemukan lewat Flickr
Hong Pick Guek
Semachrysa jade
CALIFORNIA, KOMPAS.com — Dokumentasi foto fauna yang diunggah di Flickr ternyata punya manfaat. Ilmuwan menemukan spesies baru serangga sayap jala (ordo Neuroptera) lewat pengamatan di situs tersebut.
Spesies baru yang ditemukan diberi nama Semachrysa jade dan hidup di hutan hujan tropis Malaysia.
Shaun Winterton, peneliti dari Pusat Koleksi Arthropoda California di Departemen Pertanian dan Pangan California, menemukan serangga tersebut ketika sedang melihat foto serangga yang diunggah ke Flickr oleh fotografer Malaysia, Hock Pung Guek. Winterton menyadari ada salah satu serangga yang kemungkinan merupakan spesies baru. Namun, ia belum bisa menetapkan kebaruan spesies itu karena tak memiliki spesimennya.
Satu tahun kemudian, spesimen serangga tersebut berhasil didapatkan dari Malaysia. Winterton dan rekannya, Stephen J Brooks, dari Natural History Museum di London mengidentifikasinya dan menyatakannya sebagai spesies baru.
Semachrysa jade kini bergabung dalam 1.200 spesies serangga sayap jala hijau yang ada di dunia. Serangga ini dikenal unik dalam habitat dan perilaku makannya.
"(Saat) dewasa, serangga ini biasanya memakan bunga. Namun, larvanya merupakan predator serangga lain dan kadang dijumpai tengah membawa serangga mati di punggungnya setelah membunuhnya menggunakan rahang penghisapnya yang besar," urai Winterton seperti dikutip Mongabay, Kamis (9/8/2012).
Penemuan spesies baru ini dipublikasikan di jurnal Zookeys.
Semachrysa jade
CALIFORNIA, KOMPAS.com — Dokumentasi foto fauna yang diunggah di Flickr ternyata punya manfaat. Ilmuwan menemukan spesies baru serangga sayap jala (ordo Neuroptera) lewat pengamatan di situs tersebut.
Spesies baru yang ditemukan diberi nama Semachrysa jade dan hidup di hutan hujan tropis Malaysia.
Shaun Winterton, peneliti dari Pusat Koleksi Arthropoda California di Departemen Pertanian dan Pangan California, menemukan serangga tersebut ketika sedang melihat foto serangga yang diunggah ke Flickr oleh fotografer Malaysia, Hock Pung Guek. Winterton menyadari ada salah satu serangga yang kemungkinan merupakan spesies baru. Namun, ia belum bisa menetapkan kebaruan spesies itu karena tak memiliki spesimennya.
Satu tahun kemudian, spesimen serangga tersebut berhasil didapatkan dari Malaysia. Winterton dan rekannya, Stephen J Brooks, dari Natural History Museum di London mengidentifikasinya dan menyatakannya sebagai spesies baru.
Semachrysa jade kini bergabung dalam 1.200 spesies serangga sayap jala hijau yang ada di dunia. Serangga ini dikenal unik dalam habitat dan perilaku makannya.
"(Saat) dewasa, serangga ini biasanya memakan bunga. Namun, larvanya merupakan predator serangga lain dan kadang dijumpai tengah membawa serangga mati di punggungnya setelah membunuhnya menggunakan rahang penghisapnya yang besar," urai Winterton seperti dikutip Mongabay, Kamis (9/8/2012).
Penemuan spesies baru ini dipublikasikan di jurnal Zookeys.
Anwar Ibrahim Penyokong Freemason?
macam tak ada kerja lain..saja asyik mencari publisiti murahan..belum selidik telah keluar berita!
by Staff Berita Semasa
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali telah meminta penjelasan daripada Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan penglibatannya dengan oraganisasi Freemason dalam kenyataannya kepada pemberita.
KUALA LUMPUR 14 Ogos – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia bagaimana nama beliau boleh tersenarai sebagai salah seorang ahli dan pemimpin dalam organisasi Yahudi antarabangsa, Freemason.Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang terkejut dengan perkara itu berkata, berdasarkan senarai kedudukan yang disiarkan dalam laman web organisasi tersebut, Civil Service Lodge No. 148, peranan Anwar begitu aktif.
“Saya tidak menuduh Anwar tetapi menuntut beliau memberi penjelasan kerana perkara ini sangat mustahak. Ini kerana nama individu yang menyandang kedudukan dalam organisasi tersebut sama dengan Anwar tetapi jika hanya pelanduk dua serupa tidak mengapa.
Kami bukanlah nak kata apa, kadang-kadang ragam politik di Malaysia ini, boleh jadi macam-macam. Begitu juga kenyataan dari Ibrahim Ali ini. Kami telah menyemak laman web yang dikatan oleh Ibrahim Ali yang memhon penjelasan Anwar Ibrahim berhubung kegiatan aktifnya dalam Freemason.
Terus-terang kami katakan, setelah disiasat, jawapannya adalah ia bukanlah Anwar Ibrahim yang dimaksudkan. Apa yang kami hairankan disini, mengapa Ibrahim Ali tidak menyemaknya sendiri terlebih dahulu?
Bukanlah susah sangat.Jika ada dakwaan, pastikan ianya adalah fakta dan bukanlah dibuat dengan sengaja untuk meraih populariti.Akhirnya malu diri sendiri.Berikut di bawah adalah gambar Anwar Ibrahim (lelaki paling kanan) yang sebenar yang dimaksudkan.
P.S. Senangnya kerja jadi orang politik ni…Hit and Run
Apa Sudah Jadi dengan Anak Kita.......
Sanggup sewa bilik, lakukan seks songsang
Wartawan Sinar Harian
Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam.
Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu.
Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.
Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis.
Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah.
Disiksa ketika solat berjemaah!
wartashubhi
Kenapa aku pergi solat kat masjid atau surau, sebabnya aku mahu dapatkan kelebihan 27 kali berbanding solat sorang diri. Aku yakin orang lainpun sedikit sebanyak punya misi yang sama macam aku. Semua mahukan ganjaran lebih.
Sebab itu aku tengok bilangan orang berjemaah sekarang ni ramai terutamanya di bandar. Lebih menyeronokkan ramai orang muda yang turut sama bersolat jemaah di masjid. Masjid kita juga bertambah meriah bila ramai warga Bangladesh dan Pakistan suka solat berjemaah. Itu semua cerita positif.
Yang negatifnya bila kadangkala aku disiksa ketika bersolat jemaah. Aku yakin ramai juga yang melalui pengalaman sama disiksa dengan teruk sekali ketika berjemaah di masjid. Berikut aku senaraikan siksaan yang sering aku hadapi ketika bersolat di Masjid.
- Siksaan berlaku awal-awal lagi ketika aku ambil wuduk. Tengah duduk bertinggung sempoi, orang sebelah aku kumur lalu tembak keluar air dari mulutnya merecik habis kena kat aku. Aku jadi lebih parah bila dia selamba rock ulang 3 kali macam tak ada apa-apa yang berlaku. Bila basuh muka pulak dia hempas air dari tangannya ke muka. Berhamburan air langgar masuk perenggan aku. Sekali lagi aku macam nak stunt ke belakang melarikan diri. Sabar....walaupun disiksa.
- Bila nak mula solat pulak. Jiwa aku mula kacau bila orang sebelah tak habis-habis usolli dan usolli. Bismillah sekali lagi dan sekali lagi usolli dan usolli. Aku pulak yang tak dapat masuk takbiratul ihram sebab mereka kat barother sebelah. Tangan dia tak payah cakaplah, masa sebut allahuakbar tu, hayun ambil lajak naik ke atas dan mula merewang buka bunga silat pulut hampir menyiku kepala aku. Sabar...walaupun disiksa.
- Bila dah kejap niat dan boleh mula solat. Dengungan kuat pula melanda. Brother sebelah baca fatihah macam dia tengah imamkan solat waktu magrib. Mak ooi punyalah kuat siap dengan tekan-tekan huruf Ha dan lain-lain huruf yang dia susah nak lancar. Sekali lagi aku tersiksa bila mulut aku asyik nak ikut bacaannya pulak. Sabar...walaupun tersiksa.
- Habis semua bacaan dan sedang tunggu pergerakan imam seterusnya. Mata pulak liar terpandang depan. Baju ketat bertulisan pulak. Mula terkebil-kebil cuba nak baca. Hoi! engkau kan tengah solat? lalu terpaksa pejam mata. Apasal lah kau datang solat pakain pakaian macam tu. Kau memang sengaja nak seksa aku ke...? sabar !
- Masuk nak sujud, aku sekali lagi disiksa bila brother sebelah sujud sambil kepak tangan macam dia imam yang tak ada jiran di kiri dan kanan. Aku terpaksa lakukan teknik ciluk untuk pastikan dada tidak terhempas pada sikunya yang tajam. Rekaat kedua aku kena kejar untuk pastikan aku landing sujud terlebih dahulu supaya tak sempat mengepak. Tersiksa...terpaksa bersabar.
- Apa akan jadi bila lengan dikepak luas? bau hangit mula menusuk hidup. Dah kena tahan nafas pulak. Masa rukuk tadi dah adaa isyarat bau-bauan, tapi tak berapa ketara. Bila sujud baunya mula jelas. Bayangkan terpaksa tahan nafas dan bertasbih dalam masa yang sama...alahai satu lagi siksaan. Sabar ajalah.
- Tengah baca fatihah, ada kedengaran bunyi sendawa manja. Pehhhh! harum bau durian atau bawang putih semerbak. Loya pulak rasa tekak. Apasal tak tunggu selepas solat berjemaah untuk makan semua benda tu...sabar sajalah.
- Satu lagi siksaan yang baru saja aku kena ketika solat zohor di Subang Jaya. Bau hapak pakaian yang lansung tidak enak. Bila bercampur dengan bau minyak atar yang aku pakai, baunya jadi semacam. Kena tahan nafas sekali lagi dan mengharapkan selesai solat secepat mungkin. Sabar sajalah!
- Bila sujud lewat sedikit daripada jiran dari saf hadapan. Nah! ada pertunjukkan lurah bontot pulak kat depan. Kalau bontot elok tak apa juga, tapi bergerutu macam kurap. Apasal kau pakai pakaian ala Shah Rukh Khan untuk solat. Kan dah menyeksa orang belakang terpaksa pejam mata pulak. Terhoyong hayang sujud sambil pejam. Bukan senang nak buat tu!. Sabar lagi walaupun terseksa.
- Orang kata bila pandai baca Quran bagus. Tapi adakalanya menyusahkan pulak bila Imam punya bacaan standard sekolah dahulu. Berlaku kecelaruan antara huruf 'Ain dan Alif, huruf Sin dan Shim. Huruf Dhot dikhola kholahkan pulak. Ibrahim dalam bahasa arab di melayukan jadi Brahim dan berbagai lagi magik. Pehhh! tersiksa lagi! Terpaksa mufarakah, penat-penat aku kejar untuk berjemaah terpaksa bersendiri dalam barisan. Sabar ajalah.
- Imam menyiksa bila rukun perbuatannya pantas macam ayam patuk jagung. Terhegeh-hegeh aku nak ikut. Timbul pula sangsi terror bebeno dia baca fatihah begitu laju. macamna dia buat ya?
- Ada imam yang slow and steady. Punya slow bila sujud terlalu lama hingga semput nafas tertunggu bila nak naik nih!.
- Kena karpet pulak berhabuk, ada pulak masalah semput. Alamat nak cari nahas kalau selalu macam ni. Sabar!
- Aku jenis bermata empat. Bila solat dua mata depan aku letakkan atas lantai supaya lebih selesa. Tengah solat kedengaran jeritan riang kanak-kanak main aci sorok di celah barisah saf. Prak! dengan spek mata aku kena pijak. Pehhhhh! patahkan spek aku? mahal tu! aaaah serahkan saja pada Allah, tumpukan pada solat. Tapi apasal bapak dia tak jaga anak dia tu...timbul lagi persoalan. Sabar lagi.
Mungkin ada banyak lagi senarai pengalaman bentuk siksaan ketika solat berjemaah yang aku tak ingat. Tapi begitulah akhir zaman. Yang berilmu takut nak tegur. yang jahil pulak pantang ditegur. Jadi telur ayam dengan anak ayam lah jawabnya.
Oklah! mungkin ini posting terakhir aku sebelum rehat cuti raya. Aku ambil kesempatan ni ucapkan Selamat Menyambut kemenangan di Aidil Fitri. Jangan lupa pakai pakaian elok dan cantik untuk bersolat raya nanti. Jangan pada hari raya saja, eloknya kesemua solat kenaka pakaian yang elok-elok. Berhati-hati memandu balik kampung dan jika ada salah silap sepanjang penulisan mohon maaf seadanya.
Sunday, August 12, 2012
Kondisi Muslim Rohingya yang sangat memilukan, istri PM Turki pun menangis saat berkunjung ke Arakan
Siraaj
ARAKAN (Arrahmah.com) - Istri Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan yang bernama Emine Erdoğan bersama Menteri Luar Negeri Ahmet Davutoğlu mengunjungi Arakan pekan ini untuk melihat kondisi para pengungsi Muslim Rohingya akibat kekerasan yang terjadi dan memberikan bantuan kepada mereka.Erdoğan sebelumnya telah mengumumkan rencana kunjungan delegasinya dalam acara di sebuah saluran TV pada Ahad pekan lalu, mengatakan bahwa istrinya Emine dan puterinya Sümeyye akan berangkat menuju Arakan pada hari Rabu (8/8/2012) bersama Davutoğlu dan tim lainnya.
Dalam video yang dipublikasikan di Youtube pada hari Jum'at (10/8), Davutoğlu bersama istri Erdoğan beserta puteri dan tim lainnya mengunjungi salah satu tempat pengungsian, kamp Baduba, di negara bagian Arakan, Myanmar (Burma). Mereka berbicara dengan para pengungsi dan memberikan bantuan.
Rombongan delegasi Turki disambut oleh para pengungsi Rohingya di sepanjang jalan, mereka mengucapkan salam, dan nampak ada harapan di wajah mereka semoga delegasi internasional akan terus mengulurkan bantuan.
Saat sedang berjumpa dengan pengungsi Muslim Rohingya, istri Erdoğan tak kuasa menahan air matanya lantaran sedih melihat kondisi Muslim Rohingya yang sangat memilukan. Seorang pengungsi sambil menangis mengatakan kepada Davutoğlu bahwa Muslim di sana mengalami penindasan dan mereka butuh pertolongan, kemudian penerjemah negara menerangkannya kepada Davutoğlu , begitupun sebaliknya.
Suasana menjadi sangat haru, pengungsi itu terus menerus menangis dan dipeluk oleh Davutoğlu, sementara Emine Erdoğan terus meneteskan air mata.
Emine terus menangis ketika berjumpa dengan para pengungsi Rohingya lainnya, sampai ketika ia bersama rombongan hendak meninggalkan tempat itu.
Selain memberikan bantuan kepada para pengungsi Rohingya, delegasi Turki juga terlihat memberikan bantuan kepada 'pengungsi' etnis Rakhine. (siraaj/arrahmah.com)
Kiamat Semakin Hampir....
Perlumbaan membina bangunan pancakar langit
Nenek dipaksa mengasuh cucu
Pembunuhan dimana-mana.
Anak zina dimerata tempat
“perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395).
Anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.”
Berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. “
Pinjaman berteraskan riba berleluasa terutama dalam negara Islam
Api keluar di Hijaz telah berlaku pada tahun 654 Hijrah.
Pembinaan terowong dan bangunan tinggi di Mekah.
Masa terlalu cepat dan tidak memberi berkat.
Kematian secara mengejut.
Anak menderhaki ibu bapa.
Asap memenuhi ruang.
Gerhana sering berlaku.
Bila Ada Tetamu Tolong tutup TV !!!
wartashubhi
Satu lagi tazkirah best semalam. Juga kat Surau An-Nur yang menjemput Ustaz Shukor buat kali kedua sepanjang Ramada ni. Ustaz ni dah agak veteren, suaranya garau dan loghatnya ada sedikit ala-ala jawa. Nampaknya loghat jawa bukan saja bernilai tinggi dalam dunia lawak tapi jika pandai ia juga menghasilkan penceramah yang baik dan tidak menjemukan.
Aku tak jemu dengar tazkirah Ustaz Shukor ni. Orangnya tenang dan penyampaiannya lebih kepada nasihat. Bila dengar cakapnya, kita dapat rasakan nada nasihat seorang ayah yang telah melalui berbagai pengalaman kepada anak-anaknya. Macam tu lah yang bagus, lagipun agama itu nasihat. Tazkirah macam tu setiap malam pun aku rasa ok. Ringkas dan padat serta memberikan impak.
Walaupun apa yang ustaz kata kena kat batang hidung sendiri, kita masih dapat menerimanya. Yang paling penting sekali nasihatnya memberikan kesan yang masuk ke dalam hati. Bukan macam Ustaz sebelum ini yang aku cerita berikan tazkirah jumaat di sebuah surau masjid USJ. Nada dia bercakap seolah-olah di depannya adalah sekumpulan musuh yang dibencinya.
Mendengar tazkirah Ustaz Shukor teringat aku pada arwah Ustaz Abdullah. Dia ayah kepada Ustaz Mat Amin yang popular sering keluar TV9 tu. Arwah juga punya teknik penyampaian yang berupa nasihat. Dia menggunakan pendekatan ala-ala sufi kerana nasihatnya banyak menyentuh berkenaan hati. Mendengar ceramah nasihat arwah lansung tak jemu.
Panjang pulak mukadimah aku. Isi yang melekat dalam kepala aku semalam adalah sebagai mana tajuk yang aku nyatakan di atas. Aku sendiri tak sedar perlakuan macam tu kalau ustaz tak sedarkan.
Nasihat Ustaz ketika menyambut tetamu pada hari raya nanti agar segera tutup TV sebaik saja ada tetamu masuk rumah kita. jangan biarkan semua orang tumpu pada TV yang tak ada cerita lain melainkan hiburan. Sedangkan tetamu datang untuk menyambung silaturahim dan bertanyakan khabar, kita pulak biarkan TV melalak bising.
Memang betulpun, aku tak perasan selama ni kita biarkan TV ternganga buat bising tak kira samada ada orang ada atau tak ada. Kononnya kita nak ceriakan suasana dan tak mahu sunyi.
Ustaz sebut pengalamannya menziarahi orang masa raya lalu. Dia riang untuk bermesra dan berbual dengan orang yang diziarahinya tiba-tiba mereka buka TV. Kecewa perasaan Ustaz. Apapun dah tak dengar lagi dan perbualan menjadi hambar. Kalu macam tu baik belah balik saja tak payah raya.
JADI INGAT SEMUA, TOLONG TUTUP TV BILA ADA TETAMU DATANG!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)