Saturday, June 18, 2011

MP BN sokong kempen antiloji Lynas


gambar fail
KUALA LUMPUR, 18 Jun — Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menyertai kempen menentang loji pemprosesan nadir bumi Lynas yang semakin meningkat, dengan harapan sokongan mereka akan menghalang pembinaan tapak nuklear yang kekal. Setakat ini, kempen terhadap loji bernilai RM700 juta itu di Gebeng dekat Pahang diketuai oleh Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, dengan sokongan beberapa kumpulan tempatan dan juga dari Australia ekoran kebimbangan mengenai bahaya daripada sisa buangan yang kemungkinan berpunca daripada kerja-kerja pemprosesan nadir bumi.
“Loji itu sekarang mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen BN, untuk menentang (pembinaan) loji nuklear.
“Ia seharusnya satu pendekatan bersifat dwipartisan, (tetapi) ia (kini) menjangkaui kesetiaan politik,” kata satu sumber Barisan Nasional (BN) kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Parlimen awal minggu ini.
Sumber itu menambah sudah ada kebimbangan yang semakin meningkat dalam BN mengenai faktor-faktor risiko, yang dikatakan adalah besar jika sebuah loji nuklear kekal diteruskan sebagaimana telah dirancang.
“Ini mengenai soal keselamatan penduduk Kuantan. Kita tidak tahu sejauhmana selamatnya loji itu. Lebih baik tidak meneruskan (projek itu).
“Juga ada kebimbangan kesan balas, BN akan menerima kesan dan implikasinya mungkin sangat buruk,” kata satu lagi sumber.
Bagaimanapun sokongan menentang projek itu suram kerana ketika satu taklimat di Parlimen kelmarin tidak kelihatan wakil rakyat BN menghadiri sesi tersebut.
Projek itu kini dihentikan ekoran kerja-kerja pemeriksaan oleh sebuah pasukan pakar antarabangsa.
Kerajaan mengarahkan kajian semula ke atas projek itu, yang sebelum ini dirancang akan memulakan operasi pada suku ketiga tahun ini, ekoran tekanan orang ramai.
Penduduk tempatan dan aktivis alam sekitar menentang loji pemprosesan itu ekoran kebimbangan mengenai pencemaran radiasi.
Bagaimanapun Lynas mempertahankan loji mereka selamat dan yakin operasinya akan dimulakan sebagaimana telah dirancang.

Friday, June 17, 2011

Felda: Untung RM1bilion tapi hutang RM6 bilion


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan didapati memberi keterangan bercanggah dan berdolak dalih ketika cuba mencanang Felda sebagai sebuah syarikat kerajaan yang mencatatkan keuntungan berlipat ganda dan kononnya tidak pernah “membebankan” peneroka-peneroka dengan pinjaman yang diambil oleh mereka.

NONEBagaimanapun Ahmad mengaku di Parlimen semalam bahawa meskipun kedudukan Felda begitu utuh, syarikat itu membuat pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad juga menegaskan tidak ada syarikat dalam kumpulan Felda yang menanggung kerugian.

Ini menurutnya adalah kerana Felda mencatat keuntungan RM1.197 bilion pada tahun lalu.

Bagaimanapun Ahmad kemudian mengakui bahawa sebuah syarikat yang dibeli untuk memasuki pasaran minyak masak di Amerika Utara menanggung kerugian.

Namun katanya, kerugian itu fenomena biasa dalam pembelian aset di luar negara.

NONEPada ucapannya di parlimen itu, Ahmad mempertikaikan angka-angka yang dirujuk oleh ketua pembangkang mengenai kerugian terkumpul Felda sebanyak RM500 juta dari tahun 2007 hingga 2010.

Sebahagian besar daripada kerugian itu dikatakan ditanggung oleh Felda Global Ventures menerusi pelaburan-pelaburan rapuh di luar negara, kata Anwar sambil memberikan contoh-contoh pelaburan yang dimaksudkan.
Tidak pernah tindas

Anwar meminta kerajaan Umno-BN menyatakan sama ada RM6 bilion itu digunakan oleh anak syarikat Felda, Felda Global Ventures untuk melabur dalam syarikat milik asing.

palm oil plantation 111005“Saya tidak tahu dari mana ahli parlimen Permatang Pauh mendapat angka-angka ini,” kata Ahmad dengan sekali lagi mencanang keuntungan RM1.197 bilion Felda tahun lalu.

Anwar berkata Felda sepatutnya mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda sekiranya pengurusan lebih telus.

Namun akibat pengurusan lembab, peneroka dinafikan hak untuk menikmati keuntungan lebih tinggi memandangkan harga kelapa sawit dan getah dunia melambung tinggi.

felda tenang calonAnwar menegaskan pencapaian anak syarikat Felda tidak mencerminkan aset begitu luas yang dimiliki oleh Felda serta potensi keuntungan yang bakal dicapai.

Tahun lalu, Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009.

Peneroka Felda dilihat sebagai “simpanan tetap” Umno ketika pilihanraya dan sebarang kritikan terhadap pengurusan Felda sering mengundang tindakan padah daripada pemerintah.

Ahmad pada siadang Dewan Rakyat juga mendakwa peneroka Felda tidak pernah ditindas, namun keputusan-keputusan mahkamah dalam beberapa saman yang difailkan oleh peneroka
menunjukkan hakikat yang sebaliknya.

NONERibuan peneroka Felda memenangi hak untuk mendapatkan pampasan daripada Felda setelah hakim memutuskan mereka ditipu bayaran untuk hasil sawit yang diusahakan.

Antaranya, Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu memerintahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu sekumpulan peneroka di Kemahang.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.