Sarawak Report
Sarawak Report ingin menarik perhatian pihak pengawal kewangan US mengenai suatu pembayaran yang dikatakan luar biasa besar jumlahnya yang digunakan untuk membeli bon luar negara, yang dilaksanakan oleh salah sebuah bank utamanya.Terma-terma dan syarat-syarat pada nota tawaran itu yang kini berada dalam simpanan kami telah mendedahkan apa yang telah dikritik hebat kerana dikatakan kurang telus.
Transaksi ini, yang melibatkan usaha meningkatkan US$1.75 billion dalam bentuk bon untuk membeli sebuah syarikat pengeluar tenaga milik kroni BN, Ananda Krishnan, telah dikeluarkan dalam bulan Mac 2012 oleh 1Malaysia Development Bhd, diketuai oleh Perdana Menteri Najib Razak.
Para penjaminnya adalah para pembayar cukai dan International Petroleum Investment Company (IPIC) milik kerajaan Abu Dhabi. Apa yang menjadi kritikan adalah pembelian syarikat itu, Tanjong Energy, tidak dinilai secara menyeluruh dan terlalu mahal, telah memberikan durian runtuh berbillion-billion ringgit kepada kroni BN Ananda Krishnan.
Terdapat banyak lagi tanda tanya mengenai cara pengeluaran bon itu sendiri, memandangkan pengendaliannya melibatkan bon yang dibiayai wang awam yang terlampau besar jumlahnya. Keseluruhan isu itu telah diletakkan secara peribadi oleh bank US Goldman Sachs International (GSI) menerusi Labuan, dan bukannya di pasaran terbuka.
Semasa Financial Times mengetahui urusniaga itu, ianya dikatakan sebagai “suatu urusniaga bon-dollar terbesar di Asia” dan “ianya hampir terlepas dari pengetahuan umum”.
Sarawak Report kini boleh mendedahkan aspek-aspek luar biasa dalam urusniaga ini, sebagaimana digariskan dalam nota tawaran yang asal, yang mana kami memiliki satu salinannya.
Bon-bon yang dikeluarkan itu bukan sahaja terlalu tinggi kadar faedahnya, 5.99% berbanding 3.59% seperti yang dinaikkan bagi industri-industri seperti Petronas, namun yuran Goldman Sachs dan kos melaksanakan urusan “di belakang radar” nampaknya terlalu tinggi.
Menurut nota tawaran mereka sendiri itu sejumlah US$196,200,000 telah dipotong untuk “yuran-yuran tertentu, komisyen-komisyen dan perbelanjaan-perbelanjaan” – hampir mencecah $200 juta!
Jumlah ini mewakili kira-kira 8.8% dari nilai nominal yang dikeluarkan dan bukannya kadar-kadar yang biasa, yang mungkin bernilai sekitar 0.25%, menurut para pedagang.
Dengan jumlah US$200 juta yang dapat mengubah hidup banyak kehidupan para pembayar cukai Malaysia, siapakah yang bertanggungjawab ke atas urusniaga ini, memandangkan butir-butir mengenai “pelbagai yuran, komisyen dan perbelanjaan” yang dimaksudkan itu?
Diringkaskan, mengapakah terlalu banyak wang digunakan untuk membiayai pinjaman ini sedangkan ianya dapat dilakukan dengan lebih murah jika diuruskan di pasaran terbuka?
Masa untuk menyiasat Rakan Perbankan Luar Negara bagi Malaysia
Selama ini Kerajaan Malaysia telah enggan bertanggungjawab kepada parlimennya, di mana banyak persoalan telah ditimbulkan mengenai perkara ini dan lain-lain pinjaman yang meragukan. Maka kami percaya bahawa pinjaman ini telah jatuh ke tangan pihak pengendali pinjaman US untuk memeriksa bank yang terlibat secara langsung itu.
Goldman Sachs International telah timbul sebagai sebuah bank pilihan bagi mengurusniagakan keseluruhan siri bon-bon ini, yang telah berhadapan banyak kritikan kerana terlalu bersifat rahsia, meningkatkan jumlah wang pinjaman yang begitu besar yang dijamin oleh para pembayar cukai Malaysia tanpa melibatkan sebarang akauntabiliti.
Hanya 3 hari menjelang PRU13 para ahli parlimen pembangkang telah dikejutkan dengan maklumat bahawa sebuah pinjaman yang lebih besar telah diuruskan dengan menggunakan kaedah yang sama. Ini adalah pengeluaran bon berjumlah $3 billion (RM9.3 billion) juga ditingkatkan oleh GSI bagi pihak 1MDB dan sekali lagi diuruskan secara rahsia menerusi pihak persendirian.
Ahli Parlimen pembangkang Wong Chen sekali lagi telah menyatakan rasa terkejutnya pada kadar faedah yang terlampau tinggi yang dipotong dari pinjaman itu dan “terlebih bayar” kepada GSI pada nilai US$71juta sebagai yuran urusniaga itu.
Mungkin apa yang lebih merunsingkan dalam kes ini adalah kegagalan Perdana Menteri/Menteri Kewangan Najib Razak untuk memberikan alasan meningkatkan pinjaman pra-PRU13 itu menerusi strategi kegemarannya 1MDB, yang kononnya ditubuhkan untuk melabur dalam pembangunan infrastruktur berteknologi tinggi Malaysia.
BN kemudiannya enggan menjawab berita angin bahawa 1MDB telah melabur sebanyak RM7 billion di Kepulauan Cayman. Mereka enggan bertanggungjawab ke atas jumlah terlampau besar yang ditingkatkan itu yang dijamin oleh negara.
Hanya pada minggu lalu 1MDB mengumumkan bahawa ia telah membeli sebuah lagi usahasama tenaga yang terlampau mahal, sekali lagi dianggap oleh sesetengah pihak sebagai penyelamat sebuah syarikat kroni dan bukannya sebagai pengambilalihan usahasama berteknologi tinggi untuk kebaikan Malaysia.
Perbelanjaan cara Taib menjadi ikutan di Malaysia?
Dengan meningkatkan berbillion dollar menerusi institusi kewangan luar negara ini Najib Razak telah dilihat mengikuti cara ‘CEO” Sarawak, Taib Mahmud. Taib telah meningkatkan bon-bon menerusi Labuan, terima kasih pada bantuan bernilai tinggi SGI dan lain-lain institusi di masa-masa lalu.
NGO pejuang alam sekitar Global Witness telah menarik perhatian umum pada suatu isu pada bulan Mei lalu, dengan mempersoalkan suatu peningkatan bon yang sepatutnya untuk membiayai SCORE. Dalam kes ini ianya melibatkan bon US$1.6 billion yang ditingkatkan menerusi Labuan dengan bantuan GSI.
Menurut nota-nota tawaran mereka itu yuran untuk bank itu berjumlah hampir US$10 juta, jauh lebih tinggi dari kadar pengeluaran bon biasa.
Bon-bon yang serupa telah ditingkatkan menerusi Labuan untuk Sarawak di masa lalu, yang disifatkan para professional perbankan sebagai suatu usaha luarbiasa dan penuh persoalan digunakan oleh negeri itu menambahkan kewangan awam.e
Dalam tahun 2005 dahulu UBS dan Duestch Bank telah meningkatkan US$600,000 juta dengan kaedah ini.
Aspek yang merugikan dalam urusniaga berahsia ini adalah kadar faedah yang amat tinggi dituntut oleh institusi kewangan itu. Kami ingin bertanya, mengapakah Ketua Menteri Sarawak yang juga Menteri Kewangan telah memilih cara yang mahal untuk menjana pembiayaan untuk projek-projeknya, sedangan terdapat banyak institusi kewangan di pasaran terbuka yang mengenakan kadar faedah yang jauh lebih rendah?
Memandangkan Taib dan Najib telah membisu seribu bahasa dalam perkara-perkara ini dan tindakan-tindakan untuk menentang fitnah terhadap ahli-ahli politik yang merujuk kepada ‘Lohong Hitam’ dalam bajet pembangunan negeri Sarawak, yang diujudkan secara rahsia dalam peminjaman, adakah sudah tiba masanya pihak-pihak yang lebih berwibawa untuk bertindak?
Di bawah Akta Amalan Rasuah Luarnegara, kerajaan US telah mendakwa beberapa pertubuhan korporat dan bank yang telah didapati gagal beroperasi secara betul atau yang telah membantu pihak lain dalam amalan korup.
Pihak-pihak berkuasa Switzerland pula telah menjalankan siasatan ke atas kegiatan-kegiatan UBS di bawah undang-undang yang serupa. Dan pihak-pihak berkuasa German pula telah menyiasat penglibatan Duestch Bank dengan Kenanga Holdings, sebuah syarikat pelaburan yang dimiliki bersama oleh syarikat CMS milik keluarga Taib Mahmud.
Kami ingin mencadangkan kepada pihak-pihak berkuasa ini untuk memeriksa siri-siri urusniaga Labuan, yang telah meletakkan bebanan hutang bermisteri yang terlampau besar jumlahnya pada bahu rakyat Malaysia. Para pembayar cukai Malaysia berhak untuk ketelusan.