Thursday, June 14, 2012

Kisah Tahani Amer, Ilmuwan Berjilbab di NASA

Tahani Amer, ilmuwan NASA (http://oeop.larc.nasa.gov)
VIVAnews - Penampilan perempuan itu mencolok di jajaran foto pegawai perempuan di Badan Antariksa Amerika  Serikat (NASA), terpampang di lamanWomen@NASA. Dia satu-satunya yang mengenakan kerudung.
Nama perempuan itu Tahani Amer, doktor bidang teknik dari Old Dominion University di Norfolk, Virginia. Sehari-hari, ia bekerja di cabang Computational Fluid Dynamics (CFD) atau Komputasi Dinamika Fluida NASA. Di situ dia berjibaku dengan kode komputer CFD sampai memanjat langit-langit  terowongan angin untuk memasang alat  pengukur kecepatan. 
“Aku seorang muslim Amerika, pegawai NASA, yang tumbuh di pinggiran kota Kairo, Mesir,” kata Amer, seperti dimuat situs NASA.
Minat Amer pada teknik timbul saat ia melihat ayahnya memperbaiki mesin mobil di apartemennya yang kecil di Mesir. Sementara kecintaannya pada matematika memuluskan jalannya menjadi insinyur aeronautika yang bekerja di salah satu lembaga paling terkemuka dunia. “Bagi saya, pendidikan adalah kunci yang membuka banyak peluang,” kata dia.
Amer menceritakan awalnya ia ingin masuk sekolah kedokteran di Kairo. Namun, pilihan hidupnya mengubah cita-citanya. Ia menikah di usia 17 tahun dan pindah ke Amerika Serikat.
“Matematika adalah subyek favorit saya,” kata dia. “Saat tiba di AS pada 1983 dan masuk ke kelas kalkulus pertama saya, saya tak bisa bicara satu katapun dalam Bahasa Inggris. Tapi saya bisa memperoleh nilai A dalam mata pelajaran itu,” cerita dia. Saat itulah Amer merasa, karirnya di bidang teknik akan menjadi masa depannya.
Ia pun berhasil menyelesaikan kuliah non-gelarnya di bidang teknik dalam dua tahun, sembari mengasuh dua anaknya yang masih kecil. Lalu ia meraih gelar sarjana di bidang teknik, disusul master di teknik aeronautika, dan lalu doktor di bidang teknik.
Amer memulai karirnya di NASA pada tahun 1992, di proyek CFD. Sejak itulah ia mendapatkan banyak pengalaman berharga bekerja sama dengan banyak ilmuwan cerdas yang mencintai pekerjaannya. Lalu, ia bekerja di salah satu terowongan angin NASA untuk melakukan eksperimen tekanan dan termal cat sensitif. “Aku bekerja dengan kode-kode komputer CFD dan memanjat langit-langit untuk menginstal alat kecepatan. Ini luar biasa, aku seperti gadis kecil di ‘toko permen’ NASA. Segalanya terasa mungkin.”
Amer mengaku tak pernah merasa bosan bekerja di NASA. Ia bahkan berhasil menemukan dan mematenkan sistem untuk mengukur konduktivitas termal film tipis.
Mendapat anugerah otak encer dan kesempatan memperoleh pendidikan, membuat Amer tak pelit berbagi ilmu. Ia rajin ikut serta dalam program sosial yang  diselenggarakan NASA.
Ia pun aktif di masjid, untuk mengajar soal Islam dan mengaji Alquran untuk anak-anak. “Paska serangan 11 September saya ikut serta memberi pemahaman tentang Islam di komunitas saya. Saya juga memberi ceramah di gereja-gereja, di banyak universitas, dan sekolah lokal. Bahkan ada surat kabar lokal yang mewawancaraiku soal Islam,” kata Amer.
Selama hidupnya Amer punya tiga prinsip: melayani Tuhan maka Anda melayani semua makhluk; bahwa pendidikan adalah kunci yang membuka peluang; dan berusaha melayani orang lain dengan welas asih dan kebaikan.
“Dengan tiga prinsip itu saya mencoba menerapkan standar hidup sehari-hari untuk menantang diri saya sendiri dalam pekerjaanku di NASA, berusaha terus memperbaiki diri, dan membantu orang lain melalui sebuah organisasi besar: NASA.”
NASA mengembangkan laman Women@NASA sebagai usaha membantu siswi sekolah menengah untuk mengeksplorasi peluang karir di bidang sains, teknologi, teknik, dan matematika.

Ini, Bolasepak Wanita Ukrine, M'sia Contohi Ini?

Ibnu Hasyim


 
SUKAN

INILAH  pasukan bola sepak Ukrine 2011
Lihat pakaiannya, beginikah yang menjadi idola pasukan bolasepak wanita Malaysia?








Tutup aurat pun boleh menang!
,

Bukan begini...
http://images.supersport.co.za/Iran-Women-110603-TeamPicR-300.jpg


Macam-macam alasan tak mahu tutup aurat, ini jawapannya, diangkat dari http://tulahan.blogspot.com
Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi.
Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. 

Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat?  Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? 

Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. 
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
.
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. 
Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. 
Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.  Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” - surah an-Nur ayat 31
AkuIslam 
(IH)

Pinjaman FGVH: Mahkamah benar injunksi peneroka

 KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini membenarkan permohonan 147 peneroka bagi menghalang CIMB Bank dan Amislamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani mereka baru-baru ini.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, mereka sangat gembira dengan keputusan yang dibacakan Hakim Datuk Mariana Yahya itu dan menunjukkan satu lagi kejayaan warga peneroka.

"Anak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada peguam plaintif, Harris Abdullah yang bertungkus lumus membantu peneroka dalam kes ini," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

16 Mei lalu, 154 peneroka sekitar Pahang memohon injunksi mahkamah dengan ‘inter parte’ bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani mereka.

Mereka juga memohon sekiranya sudah diproses, pihak bank dilarang untuk menyalurkan jumlah pinjaman kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) kerana  kerana mereka menandatanganinya dalam keadaan terpaksa dan tidak faham.

Sehubungan itu, Mazlan menyeru peneroka lain yang menandatangani borang tersebut turut tampil memberi maklumat kepada Anak agar ia boleh dibawa ke mahkamah.

"Saya menyeru mana-mana peneroka yang telah menandatangani borang pinjaman, mereka boleh memberitahu kepada Anak dan kita akan bawa ke mahkamah kerana kejayaan hari ini membuktikan peneroka di pihak yang benar," katanya.

Sementara itu, Mazlan turut mengajak warga Felda untuk bersama-sama Anak menyerahkan notis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kediaman rasminya di Putrajaya, selepas solat Jumaat esok.

Notis itu menuntut Najib membuat permohonan terbuka berhubung ucapannya yang menyebut 'haram jadah' kepada peneroka, 8 Mei lalu.

"Saya harap peneroka dapat beri sokongan moral dengan hadir beramai-ramai esok. Kita mahu perdana menteri mohon maaf secara terbuka. kalau gagal, kita akan sama malu," katanya yang juga pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Tambah Mazlan, beliau juga akan membuat pengumuman berhubung tarikh perhimpunan besar-besaran membantah penyenaraian FGVH yang dirancang akhir bulan ini.

"Esok saya akan umumkan tarikh perhimpunan kita dan lokasinya di mana," katanya.

Mazlan sebelum ini berkata,  pihaknya akan menghimpunkan sekurang-kurangnya 20,000 orang di Kuala Lumpur terdiri daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan itu.

Katanya, perhimpunan itu merupakan kemuncak kepada usaha Anak selepas usaha dilakukan selepas segala pendekatan diplomasi mereka tidak diendahkan.

Tanda-tanda kejatuhan BN bertambah jelas

 Mencapai matlamat perjuangan sememangnya susah dan terpaksa menghadapi pahit maungnya dengan tabah dan sabar yang maksima. Mencari kebaikan akan berhadapan dengan halangan yang rintangannya kadangkala kita rasakan tidak akan tercapai. Tetapi usaha ini terpaksa juga diteruskan kerana dalam keadaan yang mendesak mesti ada pihak yang berani dan sanggup berkorban dan menghadapinya walaupun ianya berhadapan dengan berbagai-bagai  risiko yang tidak ramai  sanggup menghadapinya.

Apa sebenarnya yang membuatkan ada pihak yang sanggup melakukan usaha untuk kebaikan ini? Jika tercapai akhirnya matlamat yang dicari itu, siapakah yang akan menikmatinya? Apakah sebenarnya kepuasan kepada siapa yang berjuang itu? Sebelum itu persoalannya apakah yang menjadi penyebab seseorang atau kumpulan itu sanggup berjuang sambil menghadapi segala rintangan yang bukan kecil itu?

Bagi kita rakyat di Malaysia sekarang ini, perjuangan yang berada di hadapan sekali ialah perjuangan untuk mengembalikan negara kepada landasan yang sebenar dan hakiki itu. Perjuangan setengah pihak sekarang ialah untuk menjaga negara kita yang dianugerahi kekayaan yang melempah-ruah untuk rakyatnya diuruskan dengan baik dan sempurna. Keadaan negara sekarang berada di dalam keadaan yang paling menyayat hati kepada sesiapa yang berfikir dan sayangkan negara ini.

Kebanyakan kemerdekaan dan tamadun sesebuah negara dan ‘empire’ yang tertulis di dalam sejarah dunia ini ialah kerana isu rasuah yang besar-besar. Rasuah merupakan isu yang tidak ada tolok bandingnya kerana rasuah itu boleh menjahanamkan seluruh sistem ampuh sesebuah negara dan jajahan itu.

Negara kita sekarang sedang berada dalam keadaan yang sama semasa ‘Empire Rome’ ketika tamadunnya hendak runtuh dan berkecai dahulu. Begitu juga semasa kekuasaan Uthmaniah dahulu dan banyak lagi contoh-contoh yang sama berlaku di dalam negara dan tamadun  yang  telah  hilang  dimamah sejarah.

Di antara dua puluh enam ‘dynasty China’, dinasti Qing merupakan dinasti yang terakhir yang menghadapi keadaan yang sama sehinggakan dinasti itu jatuh bergelimpangan dengan “people’s power” pada 1910 dahulu dan akhirnya dinasti yang kuat dan kukuh itu telah jatuh dengan penolakan rakyat. Semua tamadun ini merupakan tamadun yang kuat yang tidak ada siapa yang menyangka tatkala itu yang mereka akan jatuh tersembam oleh  kehendak rakyat.

UMNO Baru dan BN juga sedang berada di dalam keadaan yang sama, dalam mana kekuasaan yang telah mereka perolehi selama lebih lima dekad itu nampaknya sudah menunjukkan tanda-tanda akan jatuh. Segala dalil dan petanda kejatuhan yang kita lihat sekarang ini dialami oleh rakyat negara  kita  hampir sama dengan apa yang dialami oleh rakyat ‘empire’ dan negara yang saya sebutkan tadi.

Di antaranya rasuah yang tidak terkawal lagi, kuasa diperguna dengan salah dan ketidakadilan dilakukan terhadap mereka yang berusaha untuk memperbaikinya. Memfitnah dan menggunakan institusi kerajaan sebagai egen kebobrokkan mereka menjadi perkara biasa. Yang benar menjadi salah dan yang salah dijadikan perkara benar.

Inilah yang berlaku apabila kuasa yang dipegang itu berada di dalam tangan dalam tempoh yang terlalu lama. Gerakan yang sama juga sedang dilakukan oleh rakyat negara ini. Reaksi kepada yang berkuasa kita sekarang juga sama dengan pemimpin-pemimpin negara dan ‘empire’ yang telah hilang ditelan sejarah itu. Yang berkuasa selalunya akan hilang hidayah untuk mentadbir secara baik dan sesuai dengan kehendak dan keperluan rakyat semasa
Apa yang perlu kita semua lakukan ialah untuk menunjukkan perbezaan di antara kumpulan reformis dan yang sedang berkuasa. Itu sebabnya saya selalu menulis supaya pendukung perubahan melalui Pakatan Rakyat kali ini perlu dilakukan dengan penuh berhemah dan demokratik. Pihak PR tidak boleh respons dengan tindak tanduk kasar pihak BN dan inilah dia sebenarnya dugaan bagi pihak-pihak yang inginkan perubahan.

Kita mesti ingat yang pihak berkuasa sekarang sedang dalam keadaan ‘desperate’ maka kerja-kerja kasar dan kata-kata yang kotor yang keluar dari mulut pimpinan kerajaan sekarang merupakan perkara yang ‘normal’ yang lazim dilakukan oleh pihak yang akan jatuh tersungkur.  Berbohong adalah sifat mustahil bagi Allah swt dan Tuhan Semesta Alam ini akan memberikan hidayah kepada pihak yang sabar dan istiqomah dalam perjuangannya.
Kejayaan akan hanya didapati oleh mereka yang berusaha, bersabar dan istiqomah dalam perjuangannya. Tidak ada pihak yang sabar itu yang tidak berjaya akhirnya. Percayalah tentang kehendak ‘nature’ ini dan kita hanya menunggu sambil berusaha keras untuk mencapai  apa-apa  matlamat yang  baik itu.

Kepayahan dan kesusahan itu memang pakaian mereka yang berjuang. Perjuangan yang baik itu tidak ada yang mudah dan senang, begitu jugalah kita dalam usaha untuk membina negara untuk kemajuan yang hakiki. Media massa yang digunakan oleh pihak pemerintah secara tidak adil itu telah menjemukan rakyat sebenarnya. Apa yang harus dilakukan oleh mereka yang bertentangan dengan kuasa yang zalim kini ialah dengan memberikan penerangan yang sehabis baik dan jujur tentang isu-isu yang berbangkit di pihak pemerintah pada hari ini.

Apabila rakyat mendapat maklumat yang sebenarnya tidak ada kuasa yang boleh mengalihkan pandangan rakyat dari pemerintah kepada pihak yang bertentangan. Kejayaan akhirnya akan tercapai dan persoalan siapa yang akan menikmati dari kejayaan ini mudah untuk dibayangkan.
Kejayaan usaha pihak yang hendak mengambilalih mandat ini akan memberikan kebaikan kepada rakyat yang sedang hidup dalam kongkongan pemerintah yang memerintah tanpa hidayah ini. Rakyat ramai akan berpeluang untuk bersama hidup dalam harmonis tanpa isu-isu rasis yang diperkayakan oleh UMNO Baru yang 'desperate' ini.

Rakyat akan berpeluang untuk tidak lagi mendengar slogan-slogan kosong yang sekarang dipergunakan oleh pihak pemerintah untuk mengelirukan rakyat. Rakyat juga mempunyai harapan untuk menyekat pengaliran wang negara secara haram seperti yang berlaku sekarang yang jumlahnya melebihi RM1.3 trillion sejak sepuluh tahun yang lalu.

Mungkin juga rakyat tidak akan mendengar kejadian memelihara lembu dengan belanja RM179 juta untuk mengeluarkan hanya seribu ekor lembu sahaja. Rakyat juga tidak mahu lagi mendengar pemimpin miskin yang mampu membina rumah dan mahligai yang berharga puluhan juta ringgit.
Dengan peralihan kuasa kita berharap tidak akan ada lagi isteri-isteri pemimpin yang lebih 'kuah dari sudu' atau seperti 'kera mendapat bunga' dengan membelanjakan wang rakyat yang jumlahnya amat besar dan tidak dapat dikira.

Jika berlaku peralihan kita berharap tidak ada lagi pemimpin yang berbelanja dengan sewenang-wenangnya wang rakyat seperti apa yang berlaku hari ini. Hari ini pemimpin-pemimpin besar tidak malu-malu membelanjakan wang rakyat dengan pembaziran di hadapan mata rakyat yang bertungkus lumus membina sumber kewangan negara kita. Tetapi dalam masa yang sama mereka menyeru rakyat berbelanja secara berwasatiyah kononnya.

Tetapi seperti yang saya katakan tadi jalan untuk menuju ke arah kebajikan ini amat sukar tetapi insyaallah kita akan berjaya akhirnya. Tanda-tandanya semakin jelas kita lihat.

Bersabarlah dan teruskan usaha… Insyaallah perjuangan kita tidak akan sia-sia. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/


Ingatkan masjid je... dalam hutan pun ada


KUALA LUMPUR: Para pembaca boleh menilai sendiri di sebalik arahan yang dikeluarkan oleh Pengarah Perhutanan Negeri Pahang Darul Makmur menerusi satu kenyataan yang dilekatkan pada sebatang pokok ini.

Gambar di atas mungkin juga boleh dikaitkan dengan ketakutan Umno BN menghadapi Pakatan Rakyat menjelang PRU13 nanti.

“Ingatkan di Masjid je ada arahan macam ni. Dalam hutanpun ade..huu,seramnye!” tulis Zainudin Zakaria Abu Aisyah's Photos menerusi Facebooknya.

Putrajaya minta RM14b lagi untuk dibelanjakan..Lagi Belanja Tambahan..Apa akan Jadi?


KUALA LUMPUR, 14 Jun — Kerajaan persekutuan hari ini membentangkan bil bekalan tambahan meminta sejumlah RM13.8 bilion lagi untuk dihabiskan tahun ini, mencetuskan kebimbangan pentadbiran Najib tidak akan dapat mengurangkan defisit dan melanggar had hutang berkanun.
Rang Undang-Undang yang dibentangkan pagi ini oleh Kementerian Kewangan memperuntukkan RM360 juta kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), RM113 juta kepada Jabatan Perdana Menteri, RM446 juta untuk Kementerian Kerja Raya dan mencecah RM11.2 bilion untuk “perkhidmatan am perbendaharaan” dengan pilihan raya yang semakin hampir.
The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini bahawa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) masing-masing akan menerima RM1.5 juta untuk diagihkan ke kawasan mereka dan bahawa parti pemerintah berkemungkinan mengadakan pilihan raya sejurus pembentangan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 September depan.
Perdana Menteri juga telah mengaku baru-baru ini bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan kembali pemberian sebanyak RM500 awal tahun ini kepada keluarga berpendapatan rendah di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang bernilai RM2.6 bilion.
“Tambahan sebanyak RM360 juta diperlukan untuk membayar persiapan dan menjalankan Pilihan Raya Umum ke-13,” kata nota penerangan untuk amaun bagi SPR.
Ia juga menggariskan RM7.5 bilion untuk subsidi “gas petroleum cecair, diesel dan petrol dan bantuan tunai” serta RM30 juta untuk Unit Penjenamaan Kebangsaan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata akhir bulan lalu, kerajaan akan memastikan bahawa hutang Malaysia tidak akan melebihi had berkanun di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) dan Akta Pembiayaan Kerajaan kerana pengurusan kewangan negara yang berhemat.
Beliau berkata hutang negara berjumlah 53.5 peratus daripada KDNK, yang berjumlah RM881 bilion bagi 2011 selepas semakan baru-baru ini, menyaksiakan Malaysia RM13 bilion daripada 55 peratus hutang.
Pentadbiran Najib telah berikrar untuk mengurangkan defisit fiskal, yang menurun kepada 4.8 peratus tahun lepas dari paras tertinggi dalam tempoh 22 tahun lebih tujuh peratus pada tahun 2009.
Tetapi ekonomi Malaysia semakin perlahan, yang mencatatkan penurunan suku tahun ketiga berturut-turut dalam pertumbuhan kepada 4.7 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, telah menimbulkan persoalan sama ada kerajaan persekutuan boleh menyimpan perbelanjaan di dalam semakan.
Penganalisis memberi amaran kepada Malaysia untuk lebih bersedia menghadapi  kelembapan yang ketara di sini kerana peningkatan hubungan dengan rakan kongsi perdagangan utama termasuk China, pasaran kedua terbesar di dunia yang ekonomi berkata mengetuai bagi penurunan suku tahun keenam berturut-turut pertumbuhan dengan lebih teruk.
Penyingkiran Greece dari zon Euro, akan menyebabkan kemelesetan kedua dalam masa empat tahun di Malaysia kerana keadaan di Eropah menimbulkan ancaman kepada ekonomi global, kata penganalisis Bloomberg.
Bank Dunia juga menggesa Malaysia minggu lalu bagi mempercepatkan pembaharuan seperti pemotongan subsidi dan meluaskan yang cukai asas, inisiatif utama yang telah terhenti menjelang pilihan raya, jika ia mahu untuk mencapai sasaran Putrajaya menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.
“Jika BN terus berbelanja mengikut Belanjawan semasa, ini akan mempunyai kesan yang teruk kepada tahap defisit dan boleh melanggar had 55 peratus berkanun nisbah hutang-kepada KDNK,” kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.