Wednesday, October 24, 2012

Bara Dendam Yang Belum Padam?

PKR: Sanusi fitnah Anwar, tuduhan tiada asas
Wartawan Sinar Harian

Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad
SHAH ALAM - PKR menafikan kenyataan Tan Sri Sanusi Junid, seorang veteran Umno bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menggagalkan agenda Melayu ketika memegang jawatan Menteri Kewangan.
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, nyata sekali kenyataan Sanusi adalah fitnah semata-mata dan tidak berasas.
"Kenyataan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi Junid bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menggagalkan agenda Melayu ketika memegang jawatan Menteri Kewangan adalah tidak berasas sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sanusi dan Anwar pernah menganggotai Kabinet ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar dipecat oleh Dr Mahathir pada September 1998.
Selain itu, Sanusi juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno dan Naib Presiden Umno.
Nik Nazmi berkata, ketaksuban beliau dalam menyerang Anwar dan mempertahankan Dr Mahathir dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin membuatkan beliau tidak nampak penyelewengan ekonomi yang telah menjadikan rakyat Malaysia umumnya dan Melayu umumnya sebagai mangsa.
Daim juga merupakan bekas Bendahari Umno.
Nik Nazmi berkata, menurut Sanusi ketika sebuah forum ekonomi Melayu semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Daim cuba ‘meniru’ dasar anti-Yahudi Jerman dahulu dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada masyarakat bukan Melayu.
"Namun Sanusi mendakwa usaha ini digagalkan oleh Anwar yang memberikan lesen perbankan kepada dua kumpulan bukan Melayu iaitu Hong Leong Bank dan Alliance Bank.
"Tuduhan Sanusi tidak berasas. Alliance Bank Malaysia Berhad merupakan syarikat perbankan di bawah Alliance Financial Group Berhad (AFG) yang dikaitkan dengan Tun Daim Zainudin," kata beliau lagi.
Nik Nazmi berkata, Daim dikatakan memiliki ekuiti 14.8 peratus AFG menerusi Langkah Bahagia Sdn Bhd.
Langkah Bahagia bersama-sama pihak-pihak berkaitan syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings Ltd mempunyai kepentingan di dalam AFG menerusi Vertical Theme Sdn Bhd, katanya.
"Hubungan AFG dan Daim bermula sejak 1982 lagi apabila beliau membeli Malaysian French Bank. Malaysian French Bank kemudian dinamakan Multi-Purpose Bank. Pada 1997, Langkah
Bahagia membeli saham di dalam Hock Hua Bank (Sabah). Salah seorang pemilik saham Langkah Bahagia, Mohd Nasir Ali mengumumkan bahawa beliau bertindak bagi pihak Daim.
"Hock Hua Bank kemudian ditukar nama menjadi International Bank Malaysia Berhad dan digabungkan bersama Multi-Purpose Bank serta enam lagi syarikat kewangan untuk menjadi AFG," kata beliau.
Sanusi yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah memberitahu forum ekonomi Melayu semalam bahawa Dr Mahathir dan Daim telah hilang harapan orang Melayu akan mengawal ekonomi.
Apabila mereka melihat kemajuan lambat, mereka memutuskan untuk mengikuti contoh Jerman tidak memberikan lesen perbankan kepada orang-orang Yahudi.
Akan tetapi rancangan tersebut gagal selepas Anwar menjadi Menteri Kewangan yang meluluskan lesen kepada kumpulan perbankan bukan Melayu iaitu Alliance Bank dan Hong Leong Bank.
Nik Nazmi menambah, kemungkinan agenda Melayu yang dimaksudkan Sanusi adalah untuk menjaga kepentingan saham kroni-kroni Umno-BN seperti bagaimana Petronas ditekan untuk menyelamatkan syarikat milik anak Dr Mahathir, Mirzan iaitu Konsortium Perkapalan Berhad sewaktu krisis ekonomi 1997 dengan harga melebihi kadar pasaran.
"Namun yang menghalang usaha tersebut ialah Anwar," katanya lagi.


Reformasi perbankan Dr M diilhamkan oleh dasar anti Yahudi Jerman, kata Sanusi


KUALA LUMPUR, 23 Okt — Reformasi perbankan Tun Dr Mahathir Mohamad diilhamkan oleh polisi lalu negara Jerman untuk mengekang pengaruh kewangan Yahudi bagi membantu orang Melayu tetapi ia kemudiannya digagalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas menteri kabinet Tan Sri Sanusi Junid hari ini.
Sanusi (gambar) memberitahu forum ekonomi Melayu di PWTC hari ini bahawa Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin telah hilang harapan orang Melayu akan mengawal ekonomi.
Apabila mereka melihat kemajuan lambat, mereka memutuskan untuk mengikuti contoh Jerman tidak memberikan lesen perbankan kepada orang-orang Yahudi.
Akan tetapi rancangan tersebut gagal selepas Anwar menjadi menteri kewangan yang meluluskan lesen kepada kumpulan perbankan bukan Melayu — Alliance Bank dan Hong Leong Bank.
“Kami berpendapat bahawa jika kita tidak boleh mengawal ekonomi, kita akan mengikuti Jerman,” Sanusi berkata di Kongres Ekonomi Melayu di sini.
“Di Jerman lesen perbankan tidak diberi kepada orang-orang Yahudi.”
Beliau berkata sementara lesen sedia ada telah diberikan kepada bukan Melayu, Daim memastikan bahawa semua bank mempunyai pengarah Melayu yang paling penting adalah untuk memastikan semua bank mempunyai pengaruh Melayu.
“Tetapi malangnya kecelakaan besar berlaku. Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan beliau meluluskan lesen perbankan Alliance Bank dan Hong Leong Bank,” katanya.
“Kami tidak mahu beri. Sudah lama kami kawal.
“Hasilnya sekarang terdapat “dua bank bukan Melayu tanpa pengaruh Melayu,” katanya lagi.
Sanusi adalah bekas setiausaha agung Umno di zaman pemerintahan Dr Mahathir.
Beliau berdiri teguh dibelakang Dr Mahathir semasa krisis Umno yang menyebabkan Anwar yang pada ketika itu timbalan presiden Umno dipecat dari jawatan kabinet dan parti.
Sanusi juga merupakan pengasas kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang kemudiannya dipimpin oleh Anwar sebagai presiden.

Tuesday, October 23, 2012

Gambar Siti Fazlena Sahili Campak Bayi 2.8 Kilogram. Saya Tidak Bersalah!!

by Staff Berita Semasa 

Siti Fazlena Sahili Gambar Siti Fazlena Sahili Campak Bayi 2.8 Kilogram. Saya Tidak Bersalah!!
Siti Fazlena Sahili satu nama yang mengejutkan negara dengan tindakan yang tidak berperikemanusiaan apabila didakwa telah mencampaknya bayinya yang tidak kenal apa-apa di dunia lagi, daripada tingkat 3. Hasilnya………seperti yang anda lihat sendiri pada gambar ini.
Bayi Siti Fazlena Sahili Gambar Siti Fazlena Sahili Campak Bayi 2.8 Kilogram. Saya Tidak Bersalah!!
Apalah dosa bayi diperlakukan sebegini..
  • Dakwaan terhadap Siti Fazlena Sahili : Dengan sengaja mencampak bayi seberat 2.8 kilogram tersebut dari tingkat tiga blok kediamannya dan menyebabkan bayi jatuh ke tempat letak motosikal di bawah.
  • Siti Fazlena, seorang pekerja kilang didakwa melakukan kesalahan itu di No. B1-3-23, Blok 1, Flat Desa Mentari, Jalan PJS 6/5E Sungai Way, di sini, pada 11 pagi, 16 September 2012
  • Didakwa mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda, jika sabit kesalahan.
Dan sekarang, Seorang ibu muda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam.
Campak Bayi Flat  Gambar Siti Fazlena Sahili Campak Bayi 2.8 Kilogram. Saya Tidak Bersalah!!
Beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam. Haiwan pun tahu sayangkan anaknya. Ada ibu yang bergolok bergadai nak dapatkan anak, bertahun-tahun masih lagi tak dapat zuriat. Yang kita sekarang ini, Tuhan dah anugerahkan rezeki tak ternilai seperti ini, kita persiakan malah bertindak kejam dengan memperlakukan seperti “sampah”, boleh campak sesuka hati. Masyarakat kita semakin rosak, ada sesuatu yang tidak kena dengan masyarakat kita hari ini terutamanya golongan muda. Mudah hilang pertimbangan……Di mana silapnya?
P/S : Sudahlah menanggung azab sakit bersalin…kemudian boleh sahaja dicampak begitu sahaja. Beza dengan semangat & nilai keibuan ibu-ibu kita zaman dahulu..

SubhanaLlah...Jalan Kaki Tunai Haji 314 Hari Dari Bosnia..

Ibnu Hasyim


SENAD HADZIC
  Senad Hadzic (kanan) akhirnya tiba di Tanah SuciSenad Hadzic (kanan) akhirnya tiba di Tanah Suci

Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji
SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.
"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.
"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq. Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. - AFP