Thursday, November 3, 2011

Kajian Imej Haji Melalui Ilmu semiotik oleh Tukar Tiub

MENGENAL IBADAH HAJI DENGAN ILMU SEMIOTIK



SATU KAJIAN AWAL IMEJ HAJI




AL-HAJI DAN SEMIOTIK

Mari kita sama sama melihat gambar ini dengan menggunakan ilmu semiotik. Semiotik ialah ilmu untuk membaca tanda dan makna yang lahir dari imej. Semiotik ialah ilmu melihat dan membaca gambar. Gambar atau imej memiliki nahu - seperti bahasa. Dengan mengetahui nahu ini kita boleh mengetahui/membaca dan memahami makna dan tanda yang dipancarkan oleh gambar/imej.

Gambar diatas mempelihatkan Rosmah dan Najib serta rombongan dari Malaysia sedang berjalan dan dikelilingi oleh soldadu. Gambar ini bukan diambil di Putrajaya kerana soldadu ini kelihatan amat asing. Najib dan Rosmah tidak memakai baju dan pakaian biasa. Rosmah tanpa cincin dan mutiara. Rosmah tanpa beg Birkin. Maka akan ada orang akan merasa pelik melihat pakaian Rosmah dan Najib ini. Apakah mereka berteater atau bersandiwara?

Tetapi kepada yang tahu hal ehwal Islam atau seorang Muslim - mereka akan tahu Rosmah dan Najib memakai Ihram. Sedang berada di Mekah dan bukan berteater di Istana Budaya.

Lalu timbul persoalan – siapakah pengiring Rosmah dan Najib ini? Ini kerana soldadu ini memakai pakian chelorong cheloreng? Apakah keadaan amat bahaya? Jika ini di Kaabah maka gambar ini memberi makna bahawa Rumah Allah ini dalam bahaya?

Lalu timbul persoalan – bukankah di wilayah ini – dari sejarah nya – yang paling ditekan dan diajar ialah AMAN dan DAMAI – maka kenapa perlu bala tentera? Untuk yang mengetahui sejarah HAJI – akan bertemu babak sejarah dimana Muhamad telah datang membawa AMAN. Malah membunuh/memburu binatng liar pun diharamkam pada musim ibadah Haji? Mengapa perlu soldadu?

Maka timbul persoalan : Apakah ayat ini wujud? : wahai orang orang beriman apabila kamu ada harta dan ada cincin berlian apabila kamu ada kuasa dan kekayaan maka apabila kamu hendak melakukan ibadah haji hendaklah kamu memakai soldadu dan bala tentera kerana mungkin ada kaum mushrikin yang kana merompak kamu - INI ADALAH AYAT SETAN.

Mari kita selidiki lagi apa makna gambar ini. Apa tujuan gambar ini? Gambar ini pertama dikeluarkan untuk untuk memberitahu Mak Cik Felda bahawa Rosmah dan Najib kini sedang beramal ibadat di Mekah. Imej khusus ditujukan kepada manusia Melayu/Islam.

Gambar ini diambil dan disebarkan bertujuan untuk mengatakan kepada bakal pengundi Melayu/Islam bahawa : Rosmah dan Najib itu adalah insan warak. Kes Bunuh Altantuya, kes makan duit komisen, kes rembat tanah lapangan terbang TUDM di Sungai Besi – semuanya telah disucikan dengan gambar ini. Gambar ini akan menjadikan tanda bahawa semua cerita-cerita itu fitnah. Cerita yang tidak boleh dipakai kerana sebenarnya Rosmah dan Najib ini orang yang warak.

Gambar ini disebarkan dengan tujuan meminta Malayu/Islam mengundi gerombolan. Ini gambar poster berkempen.

Dari segi semiotik pula gambar ini adalah GAMBAR ASOSIASI – atau GAMBAR BERKAIT. Contohnya ramai anak muda ingin mengambil gambar berdiri disebelah Siti atau Mawi. Justeru yang bergambar akan bangga dapat dikaitkan imej mereka dengan penyanyi pop ini.

Atau mengambil gambar di hadapan parlimen British. Jika ada Mak Cik Felda melihat gambar dihadapan parliemn ini maka Mak Cik Felda akan menganggap bahawa – cukup terer orang yang dalam gambar kerana telah sampai ke London. Ini maknanya gambar berkait.

Gambar ini mengkaitkan Rosmah dan Najib dengan Rumah Allah. Dengan Islam.Dengan kesucian beribadah.

Tidak percaya? Ini satu lagi fitnah dari Tukar Tiub? Pandang sudut gambar ini betul betul. Dari sudut mana gambar ini diambil. Ianya bukan diambil dengan kamera cap ayam. Gambar ini diambil dari tempat tinggi. Ertiny memang ada juru gambar yang dibawa khas untuk mengambil gambar ini.semua ini dirancang.Walau opun ambil gambar ini BUKAN tercatit dalam rukum Haji, atau ini adalah rukun Haji yang terbaru.

Justeru terbukti gambar ini memang untuk disebar. Ini bertujuan untuk mengkaitkan Najib dan Rosmah dengan Rumah Allah. Ini untuk memperlihatkan betapa suci nya Rosmah dan Najib.

Lalu persolaan timbul: Apa sebenarnya naratif atau cerita gambar ini?

Gambar ini adalah contoh terbaik apabila Islam difeudalkan. Inilah contoh terbaik apabila Islam di GEROMBOLANKAN. Gambar ini adalah wajah Islam Feudal. Konsep dan falsafah AL-Haj adalah KESAMARATAAN. Semuanya sama didalam Rumah Allah. Semua sama di hadapan Allah. Semua mengabdikan diri beramal kerana Allah bukan kerana undi atau RRU 13.

Tidak ada yang SPESIAL dihadapan mata Allah kecuali yang bertakwa. Beg Birkin dan cincin berlian tidak akan diambil kira. Di hadapan Allah tidak tidak Tun, Taan Tin , Tong, Datuk, Seri , Datin. Semua dianggap sama justeru SEMUA memakai pakaian yang sama – ihram.

Dengan ini jelas bahawa imej ini adalah imej terbaik untuk memperlihat betapa Islam telah difeudalkan – difeudalkan oleh Raja Saudi. Dan di feudalkan oleh Gerombolan/Melayu/Bumiputera/Ketuanan Melayu
.

Islam menentang feudal. Sayangnya satelah lebih dari seribu tahun maka agama ini semakin menjadi feudal dan terus difeudalkan. Imej ini adalah imej asap candu yang akan melalaikan Mak Cik Felda. Imej ini adalah imej feudal yang memperlihatkan bahawa di Kaabah pun – didalam Rumah Allah – ada yang wilayah khas untuk yang berkuasa. Yang berkuasa ini spesial tak kira sanma ada telah terlibat dalam kes bunuh Altantuya atau kes rembat tanah TUDM. Lihat bagaimana telah dilucahkan tempat suci ini.

Wahai orang orang yang cerah sedarlah oleh kamu bahawa agama hari ini sedang dijual beli. Ada agama yang sedang menjadi dadah. Ada agama yang diperniagakan. Ada agama digunakan untuk menindas orang lain. Ada agama digunakan untuk menjadi kaya raya. Dan ada agama dijadikan kempen pilihanraya.

Jika masih ada yang tidak faham akan tanda dan makna imej ini maka sila baca ayat ini: Wahai orang orang yang bodoh apabila kamu telah berjaya dibodohkan maka hendaklah kamu sentiasa menjadi bodoh kerana kebodohan kamu itu adalah tanda bahawa kamu telah betul betul bodoh. Jika kamu bertemu dengan ayat ayat semiotik ini maka hendaknya pecah kebodohan kamu itu agar kamu menjadi insan yang bertakwaayat Tukar Tiub.


NOTA:
siapa pula yang lain lain di belakang Rosmah dan Najib?
selain dari soldadu dan sosok yang tidak memakai ihram
pasti mukabharat polis rahsia saudi arabia
yang lain dari itu ialah para juak dan kaki kaki bodek
pencari kontrek, bakal yang ingin jadi calon, broker tanah
kontrektor kelas A, pegawai kerajaan, Ksu dan pelbagi macam malaon
sayang sekali vincent tan dan ananda bukan islam
kalau tidak pasti mereka pun ada dalam rombongan


KITAB WAJIB BACA


NOTA:
wahai anak anak muda
jika kamu ada masa
wajiblah kamu mencari
membeli buku ini agar
kamu fahamlah hendaknay
makna dan tanda naik haji

TPM:Seakan Tidak Tahu Sejarah!

TPM: M'sia tak kan ke mana tanpa peniaga Cina
TPM: M'sia tak kan ke mana tanpa peniaga Cina
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memuji masyarakat perniagaan Cina yang menjadi penyumbang penting kepada pertumbuhan Malaysia.

"Untuk sekian lama, ahli perniagaan Cina tempatan kita telah menjadi pelabur domestik utama dan tidak salah bagi saya katakan bahawa tanpa mereka, Malaysia tidak akan berada di tempat di mana ia berada hari ini," katanya disambut dengan tepukan gemuruh.

Bercakap pada Forum Ekonomi Dunia Ketiga Cina di Serdang, Muhyiddin menggesa masyarakat itu menjalinkan kerjasama dengan masyarakat bumiputera untuk masa depan negara.

Katanya, masyarakat Cina juga harus menyokong syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sejak lebih 10 tahun kebelakangan ini membuat lebih banyak pelaburan dalam negeri.

"Saya gesa masyarakat peniaga Cina Malaysia untuk terus menjadi rakan kongsi kami dalam membangunkan negara, laburlah negara dan bergabung tenaga dengan kedua-dua ahli perniagaan bumiputera dan GLC,” katanya.

Pejabat Akhbar Hina Nabi Dibakar. Tahniah!

BEBERAPA anggota bomba semalam berjalan di depan pejabat akhbar satira, Charlie Hedbo yang rosak akibat terbakar di Paris.
PARIS - Bangunan ibu pejabat sebuah syarikat akhbar yang sering menampilkan isu-isu menyindir di Perancis dibakar dan mengalami kerosakan teruk. Kebakaran itu berlaku selepas akhbar tersebut menyatakan bahawa Nabi Muhammad menjadi editor undangan.
Menurut seorang pegawai polis, kebakaran itu berlaku pada lewat malam kelmarin di akhbar Charlie Hebdo dan puncanya masih tidak diketahui. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Pengarah akhbar tersebut yang menggunakan nama Charb memberitahu stesen televisyen BFM, banyak kerosakan yang berlaku termasuk maklumat di dalam komputer musnah. Kakitangan akhbar tersebut berkata, mereka menerima banyak ancaman akibat cerita Sharia Hebdo di akhbar tersebut yang merujuk kepada undang-undang Islam. - AP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Maruah agama Islam wajib dijaga dan dibela oleh penganutnya. Kerana iman penganutnya perlu digilap supaya tidak dayus dan takut mati kerana agama. Banyak kisah-kisah dalam sejarah Islam menuntut begitu, untuk mendapat nikmat kemanisan iman. Hanya yang ada lidah yang tahu mencicip nikmat kemanisan iman itu.
Jadi tidak hairan kalau berita di atas benar, hal itu menasabah bisa terjadi, kerana jalan diplomasi sudah tertutup di negara itu. Tiada badan-badan atau kerajaan yang boleh diharap membela penghinaan ke atas Nabi SAW. Mereka pilih jalan mengikut kemampuan sendiri. Mulut penghina Nabi SAW perlu ditutup dengan apa cara sekali pun. Tahniah dan salam kepada mereka semoga Allah SWT memberkatimu!

Rintihan nurani Rakyat!

Keresahan untuk hidup sejahtera

Tan Lee Ooi

 
Beberapa hari yang lepas, jiran menelefon ibu saya pada kira-kira jam tiga awal pagi.  Dia ternampak seorang pencuri sedang memanjat pagar, dan cuba memecah masuk ke rumah saya.  Dengan cepat ibu saya memasang lampu, dan pencuri itu cabut kerana terkejut.  Pada keesokannya, ketika jiran bersembang tentang apa yang berlaku semalam - rupa-rupanya dua kes pecah rumah telah berlaku di kawasan perumahan yang kecil itu dalam tempoh satu malam.  Barangkali rumah saya juga menjadi mangsa seandainya jiran saya tidak bangun untuk buang air di tengah malam.

Menurut ibu saya, yang menceritakan semula apa yang diceritakan jiran, si saksi nampak pencuri itu memerhatikan dua rumah di sebelah, sebelum menuju ke arah rumah saya.  Sepatutnya dia menelefon untuk meminta pertolongan daripada polis.  Tapi akhirnya beliau memilih untuk menaruh kepercayaannya kepada bantuan sesama jiran.  Berkali-kali dia mendial nombor kepada pasukan sukarelawan membanteras jenayah, tetapi panggilannya tidak dijawab.

Sering kali tersebar khabar berlakunya kes pecah rumah di kawasan perumahan saya.  Penyebaran khabar sedemikian menimbulkan ketakutan pada larut malam.  Ia bukan sekadar kebimbangan seandainya kehilangan harta benda, tetapi ancaman nyawa, terutamanya untuk rumah yang hanya didiami orang tua dan kanak-kanak.

Pernah saya dengar daripada seorang kawan, bahawa kawasan rumah yang didiaminya di Klang sering menjadi sasaran pencuri dan perompak.  Penduduk setempat mengupah pegawai keselamatan sendiri, setelah kecewa dengan "ketidakcekapan" polis.  Bagaimanapun, kediaman mereka tetap tidak terselamat daripada kes pecah rumah.  Masing-masing meninggalkan tempat itu.  Kini, kawasan perumahan itu bagaikan "kota hantu" dalam filem, dibiarkan begitu sahaja.

Polis bukan sahaja gagal untuk mencegah kes pecah rumah daripada berlaku, malah tidak lagi mampu untuk tiba di tempat kejadian dalam masa yang tersingkat.  Pernah penduduk menubuhkan satu pasukan sukarelawan.  Mereka lebih berkredibiliti dan lebih efektif daripada polis.  Sayangnya, akhirnya saluran ini juga tidak berfungsi.  Rakyat tidak boleh lagi bergantung kepada kerajaan, penduduk pula tidak terdaya untuk menyelamatkan diri.  Bagaimana untuk kita hidup sejahtera?

Bergantung kepada publisiti

Masalah yang dihadapi Barisan Nasional bukannya masalah imej, tetapi politik yang "bercanggah dengan prinsip yang paling asas dengan pentadbiran", iaitu pemerintahannya telah menjadikan rakyatnya gagal hidup dalam kesejahteraan.

Makanan tengahari 1Malaysia dengan RM3 baru-baru ini telah mencungkil pertikaian "lebih indah dari rupa".  "Sandiwara" makanan RM3 ini membuktikan bahawa Malaysia di bawah Barisan Nasional sudah menjadi sebuah negara yang sedang merudum prestasinya, malah kelas menengah semakin miskin.  Hanya pemerintah yang gagal menjamin hak makanan rakyatnya yang akan menggunakan taktik "perhubungan awam"; sementara media pula menari mengikut irama yang didendangkan, bersama mewujudkan ilusi khayalan itu.

Cuba bayangkan, kos yang ditelan sebermula wujudnya idea untuk cuba menggunakan taktik tersebut.  Dari peringkat perbincangan idea ini, sehinggalah berita dikeluarkan dan didemonstrasi di tempat kejadian, lebih-lebih lagi peruntukan ke restoran kroni -   setelah diagih-agihkan, kepentingan yang sampai ke perut rakyat hanyalah sisa-sisa.

Berapa banyak sumber sebenarnya yang digunakan BN untuk "sandiwara" ini?  Bolehkah makanan 1 Malaysia sedemikian diluaskan ruang lingkupnya ke kawasan 1 Malaysia?  Rakyat hanya perlu berjalan untuk beberapa langkah jauhnya untuk sampai ke Restoran 1Malaysia?  Seandainya tidak, maka kos yang diperlukan untuk menaiki pengangkutan awam ke restoran sedemikian, mungkin lebih tinggi daripada harga makanan tersebut.

"Dasar" sebegini dibuat pada asas yang tidak realistik.  Dana yang digunakan untuk "publisiti politik", seandainya digunakan dengan lebih baik, misalnya diperuntukkan kepada pertubuhan amal, mungkin mampu membantu lebih ramai orang.  Kos publisiti politik ini lebih tinggi, malah mengorbankan kepentingan rakyat.  Maka "kepura-puraan" untuk menipu orang termasuk diri ini pada hakikatnya gagal menyelesaikan masalah untuk kesejahteraan orang Malaysia.

Imej lebih diutamakan

Apabila pemimpin lebih mengutamakan imej daripada efisiensi, maka agensi kerajaan yang lain akan hilang fungsinya.  Tidak lama sebelum ini saya berdepan dengan kerumitan untuk memperbarui passport saya.  Pada mulanya saya dijanjikan untuk mengambil passport saya dalam masa satu jam.  Namun, setelah sistem komputernya tergendala, kakitangannya berkata, entah bila sistem itu siap diperbaiki, mungkin sekejap, mungkin pada waktu petang, mungkin juga keesokannya.

Saya tanya orang yang bertanggungjawab di pejabat imigresen, sama ada passport boleh diperbaharui melalui internet.  Jawapannya adalah, "tidak jelas, sepatutnya tak boleh".  Setelah menyemak di internet, saya mendapati rupa-rupanya passport boleh diperbaharui melalui internet, namun dengan syarat yang tidak wajar, iaitu seandainya timbul masalah dalam prosedur pembaharuan, misalnya kesilapan maklumat atau gambar, maka kesemua bayarannya tidak akan dipulangkan.

Apakah imigresen berkuasa mengambil wang kita hanya kerana kesilapan maklumat?  Adakah ia bercanggah dengan hak-hak asas yang terjamin dalam urus niaga biasa?  Mungkin syarat inilah yang menjurus kepada keengganan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan internet ketika memperbaharui passport, sehingga kakitangan pejabat imigresen juga tidak sedar dengan wujudnya perkhidmatan ini.  Akhirnya kemudahan ini menjadi logamaya, wujud semata-mata untuk iklan bahawa perkhidmatan internet disediakan, dan bukan dasar mesra rakyat yang sebenar.

Dasar yang mengutamakan "publisiti" melambak sejak kebelakangan ini, tanpa keinsafan diri.  "Kemudahan" atau "langkah yang diambil" itu belum sampai ke tahap "dasar", maka dengan mudah rupa sebenarnya terbongkar.  Apa yang perlu sebenarnya adalah dasar yang sempurna dan rasional, tetapi BN asyik mengelakkan diri daripada menyentuh perkara ini.

Kerajaan gagal menyediakan kemudahan asas untuk keperluan rakyat, sebaliknya tanpa segan silu mendakwa dirinya sedang berkhidmat untuk rakyat.  Pengaliran keluar bakat bukan sahaja menyebabkan kekurangan ahli akademik yang unggul dalam institusi pengajian tinggi, atau kekurangan sumber manusia yang bermutu di bidang perdagangan, tetapi juga kualiti politikus yang menurun.  Kini, ahli politik kita dikelilingi orang bawahan yang tidak berkualiti, malah dirinya juga kelihatan berpuas hati dengan mutunya yang tidak ke mana itu.

Berdepan dengan BN yang rupa indah tapi tak berisi, apakah anda boleh tidur dengan lena malam ini?  Moga-moga tiada pencuri yang pecah rumah malam ini.

*Tan Lee Ooi ialah kolumnis MerdekaReview.  Beliau sedang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di National University of Singapore, pernah menulis buku berjudul Dinamik Ruang Siber Dalam Gerakan Reformasi Di Malaysia.  Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 26 Oktober 2011.

Guna FBC Media RM84 juta, k’jaan nafi peranan kementerian

KUALA LUMPUR 2 Nov: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli mempertikaikan peranan Kementerian Luar Negeri mahupun kedutaan luar negara dalam usaha menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Beliau mempersoalkan jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung  tindakan kerajaan menggunakan syarikat media asing bagi menonjolkan imej Malaysia.
“Adakah terdapat kekurangan kepada mereka yang telah dilantik untuk mewakili negara di luar sebagai kedutaan, Matrade dan juga Kementerian Luar sehinggakan kita terpaksa melantik media asing sebagai konsultan bagi menaikkan imej negara ini?
“Kita melihat lantikan media asing itu bukan mendatangkan kebaikan tetapi sebaliknya telah menjatuhkan imej negara di persada antarabangsa apatah lagi FactBased Communication (FBC) Media yang berada di United Kingdom itu telah dikenakan tindakan kerana salah laku yang dilakukan oleh mereka,” katanya.
Sebelum itu, Nazri menjelaskan kerajaan melantik FBC Media sebagai konsultan untuk menaikkan imej Malaysia dan juga Perdana Menteri di peringkat antarabangsa, lapor Harakah Daily.
Nazri juga memberitahu kontrak selama setahun itu disambung sebanyak dua kali dan tamat pada 2010 dengan kos perbelanjaan selama tiga tahun sebanyak Euro 19.6 juta (RM84 juta).
Dr Hatta yang merujuk jawapan Nazri itu berkata, jika dilihat secara menyeluruh ia mengambarkan satu usaha yang baik tetapi hakikatnya mendatangkan kesan  buruk kepada negara.
“Kita melihat apa yang dilakukan oleh FBC Media itu melanggar etika kewartawanan dan juga penyiaran di United Kingdom sehinggakan British Broadcasting Corporation (BBC) telah mengambil tindakan kepada FBC Media,” tambahnya lagi.
Beliau juga memberitahu FBC Media sekarang sudah hampir bankrap.
Katanya, pihak-pihak lain juga tidak lagi mahu menggunakan khidmat mereka sebagai konsultan yang mana lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan kepada sesebuah negara
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22524

Anwar persoal kos Lebuhraya Jabor RM5 bilion

KUALA LUMPUR 2 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pembinaan Lebuhraya Jabor di Kemaman, Terengganu yang menelan kos tinggi sehingga melebihi RM2 bilion daripada kos asal.
Anwar berkata, kos asal pembinaan lebuhraya yang termasuk dalam projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) itu hanya bernilai RM3 bilion, tetapi kini  menjadi RM5 bilion.
Menurut beliau, perkara itu tidak sepatut berlaku kerana ia melibatkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan dengan cara yang betul.
“Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini. Kenapa kejadian ini berlaku? Ini merupakan kelemahan JKR dan kementerian terbabit perlu bertanggungjawab dalam hal ini,” katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, projek tersebut yang dibina sejak 2007  dan sepatutnya siap tahun lalu, sehingga kini masih gagal disiapkan.
Ia katanya, belum lagi mengambil kira persoalan tol dan syarikat pemegang konsesi.
“Sehingga sekarang, kita masih belum tahu siapakah yang akan mengendalikan tol dan siapakah yang akan memegang konsesinya,” katanya yang juga Ketua Umum KEADILAN.
Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan projek membina jambatan di atas daratan di Kemaman, Terengganu dengan kos RM174 juta yang melebihi RM70 juta dari harga sebenar.
“Ini merupakan satu projek pelik Umno BN yang membina jambatan di daratan dan dan kosnya pula amat tinggi serta melebihi kos sebenar,” katanya, lapor Harakah Daily
Beliau turut membidas sikap para pemimpin Umno yang lebih mementingkan diri daripada memikirkan derita rakyat dengan membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat.
Sehingga kini, katanya, kemiskinan tegar di kalangan rakyat masih belum diatasi, tetapi para pemimpin Umno sanggup membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat tanpa memikirkan derita rakyat.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22541

Di Sebalik Tabir Besi......

ANAK TERBAIK DARI BUMI AFRIKA - ANAK TERBAIK DARI DUNIA ARAB

SELAMAT TINGGAL LIBYA




SURAT KEDUA TENTANG GADAFFI

Tuan yang saya hormati,

Surat pertama saya minggu dahulu tentang Muammar Gaddafi telah mendapat pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju. Dan ramai juga yang tidak bersetuju dengan pandangan saya itu. Kepada mereka yang bersetuju saya meminta mereka untuk terus membaca dan mengkaji. Kepada mereka yang tidak bersetuju maka saya arahkan surat kedua saya ini kepada mereka.

Untuk memulakan surah biar saya nyatakan disini tentang dua patah perkataan. Dua perkataan ini adalah jampi dan mantra geopolitik hari ini. Dua perkataan ini adalah realpolitik yang sedang berlaku dihadapan mata kita. Jika kita memiliki makrifat tentang dua perkataan ini maka kita akan memahami apa yang sedang berlaku dalam dunia hari ini.

Pertama: Minyak. Kedua : China. Dua perkataan ini adalah kunci untuk kita memahami makrifat politik dunia. Memahami politik dunia akan membantu kita untuk memahami politik dalaman Malaysia. Gagal memahami : Minyak dan China - maka kita akan gagal dalam menganalisa situasi politik. Analisa politik yang tidak tepat akan membuatkan kita memilih taktik dan stratiji yang salah dalam pejuangan untuk menumpaskan kezaliman untuk mendirikan keadilan.

Tuan yang saya muliakan,

Pasti tuan akan bertanya apa hubungan Minyak dan China dengan wafatnya Muammar Gadaffi?

Tuan yang saya muliakan, dalam surat saya yang lalu telah saya nyatakan bahawa banyak syarikat minyak antarabangsa telah tidak dibenarkan menjarah minyak di Libya. Libya bukan macam Kuwait atau Berunai dimana Shell, BP, Cheveron, Esso atau Exxon bebas untuk menjarah harta kekayaan negara. Gadaffi telah melarang syarikat antrabangsa ini masuk dengan wenang wenang.

Apakah tuan tidak percaya dengan surah saya ini? Biar saya bawa tuan kembali untuk mengingati sejarah pada 5 April 1986. Pada malam itu sebuah bom telah meletup didalam sebuah kelab malam di Berlin. Tiga soldadu Amerika gugur. Rumah Puteh di bawah Ronald Reagan ketika itu mengambil tindakan balas dengan mengebom Libya pada 14 April. Sasaran pertama ialah rumah kediaman Gadaffi sendiri. Seramai 50 orang warga Libya gugur termasuk anak perempuan Gadaffi sendiri.

Tindakan Ronald Reagan ini berdasarkan kenyataan seorang saksi yang bernama Mushad Eter. Tetapi dari ZDR – stesen tv German - yang menyiarkan program siasatan pada 28 Ogos 1998 – didapati bahawa Mushad Eter ini ialah ajen CIA. Dan orang yang bertanggung jawab meletakkan bom ke dalam kelab malam itu ialah Mahammed Aamir seorang ajen Mossad dari Israel.

Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah rancangan untuk membunuh Gadaffi ini telah lama berjalan. Fail : Mesti Bunuh Gadaffi – telah ada di meja CIA semenjak tahun 70’an lagi. Jika tuan masih tidak yakin dengan surah ini biar saya buka satu lagi surah. Kali ini saya adalah perawi saheh kerana ketika pesawat udara Pan Am Flight 103 meletup di Lockerbie pada 21 Disember 1988 saya masih lagi tinggal dalam kota London. Saya mengikuti –membaca dan menonton – dengan rapi sekali kes ini.

Trajedi udara di Lokerbie telah menewas 270 penumpang. Dengan serta merta Ronald Reagan telah menuduh Gadaffi dan Libya. Kerajaan British dibawah Magaret Thatcher amat bersedia untuk mengikut telunjuk Ronald Reagan. Majlis Keselamatan PBB telah mengambil langkah membuat sekatan keatas Libya. Dua warga Libya Abdel Basset Al Megrahi dan Al Amin Khalifa telah ditangkap dan didapati bersalah. Tetapi kaum keluarga yang gugur merasa tidak puas hati dan mereka membuka kes ini sekali lagi.

Pada bulan Ogos 2005 Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Scotland telah membuat kenyataan bahawa bukti baru telah ditemui. Bomb jangka dalam kapalterbang tidak dipasang oleh warga Libya tetapi telah dipasang oleh ajen CIA. Saksi utama seorang penjual kain baju di Malta telah mengaku bahawa dia telah dibayar sebanyak 2 juta dolar oleh CIA untuk memberi keterangan palsu dan mengkaitkan Libya.

Memasang bom dan kemudian menuduh orang lain melakukannya bukan satu taktik yang baru. Kita pernah mendengar bagaimana polis meletakan dadah atau parang sebagai bahan bukti. Di Malaysia sendiri kita semua telah melihat bagaimana Mahathir Muhamad merancang kes rampasan senjata di Sauk pada 31 Ogos 2000. Dikatakan tiga buah Pajero telah berjaya mengambil senjata seberat 3 tan dalam masa 15 minit. Mahathir telah menuduh kumpulan silat Al-Maunah. Sebenarnya ini adalah persediaan Mahathir untuk menggunakan ISA terhadap Gerakan Reformasi. Ini terbukti saheh : Pada 10 April 2001 seramai 10 orang aktivis Reformasi telah ditangkap dibawah ISA.

Letupan bom di Berlin dan meletupnya diudara kapalterbang di Lockerbie terbukti kerja jahat CIA. Kenapa semua ini dilakukan? Jawapannya cukup senang. Minyak. Minyak. Minyak. Gadaffi tidak membenarkan syarikat minyak antrabangsa menjarah Libya. Justeru Gadaffi wajib dilupuskan.

Tuan yang saya muliakan, saya telah banyak menulis untuk menerangkan bahawa tamadun moden hari ini adalah Tamadun Minyak. Kalau dulu manusia telah melintasi Zaman Batu, Zaman Gangsa, Zaman Wap – hari ini saya namakan tamadun Zaman Minyak. Ini kerana asas ekonomi dunia kapitalis hari ini ialah minyak. Tanpa bahan bakar petrol dunia kapitalis dan sistem ekonomi kapitalis akan runtuh. Justeru kita semua wajib menerima hakikat bahawa bahan bakar petrol ini adakh kunci sistem ekonomi kapitalis.

Kuasa kolonial Eropah – German, British, Itali, Peranchis , Belanda, Belgium – semuanya ada memiliki tanah jajahan di Afrika. Sesudah biji durian dimakan kulitnya dibuang – inilah sikap penjajah. Negara kolonial Barat telah meninggalkan Afrika tempang, mundur dan miskin. Afrika tidak lagi menjadi wilayah yang menarik untuk kaum kapitalis melabur seperti di Siam, Malaysia atau Korea. Disini negara China – negara kapitalis yang baru bangun – tanpa segan silu telah masuk ke Afrika untuk melabur.

Libya menjadi bagitu penting untuk China kerana kedudukan Libya betul-betul ditengah benua Afrika. Di Selatan Libya terbentang padang pasir yang membuka benua Afrika manakala di utara ialah Laut Tengah. Ketika Libya diserang Nato ada lebih kurang 75 buah syarikat China dengan 36,000 tenaga kerja. Mereka sedang membina bangunan, lebuh raya dan mendirikan infrastruktur pembangunan.

Tiga syarikat minyak China – CNOC, Sinopec Group dan CNOOC beroperasi mencarigali di Libya. Ketika diserang oleh Nato, Libya membekalkan China 150,00 tong minyak sehari – ini adalah 3% dari keseluruhan keperluan China dan ianya hanyalah 1/10 ekpot minyak Libya. Secara nisbah Libya menjadi negara pembekal minyak yang amat penting untuk China.

Hari ini ekonomi China adalah ekonomi kapitalis yang kedua terbesar didunia sesudah Amerika Syarikat. Tidak berapa lama lagi kekuatan ekonomi Amerika akan diambil alih oleh ekonomi China. Kekuatan ekonomi Amerika Syarikat akan menjadi sejarah. Fakta ini diketahui oleh CIA, diketahui oleh Rumah Puteh, diketahui oleh Israel. Apabila kuasa ekonomi merundum bermakan kuasa politik akan merundum sama. Ini makrifat realpolitik.

Untuk ekonomi China berkembang dan terus bergerak bahan bakar petrol amat diperlukan. China memerlukan minyak mentah bukan sahaja dari Afrika malah dari mana sahaja. Justeru, China telah melabur di Sudan, di Dafur, di Chad. Fakta ini bukan satu rahsia.

Kalau membuka kembali sejarah terkini kita akan membaca bagaimana syarikat minyak China telah diketepikan di Iraq oleh pentabiran Amerika sesudah Saddam dibunuh. Perjanjian carigali antara syarikat China dengan Iraq lupus. Wilayah carigali yang telah diberikan kepada China diambil alih oleh syarikat minyak Amerika – yang selama ini tidak dibenarkan masuk ke Iraq oleh Saddam. Pekara yang sama akan berlaku di Libya.

Tuan yang saya hormati,

Apa yang ingin saya katakan disini ialah wujudnya persaingan yang maha hebat antara Amerika dengan China. Sayugia diingatkan dari strateji ketenteraan , China adalah musuh Amerika. China dianggap berpotensi untuk bangun malah berkemungkinan mengalahkan Amerika. Justeru dari awal lagi strateji ketenteraan Amerika ialah merancang untuk mengepong China. Amerika merancang untuk memastikan China tidak akan dapat membangunkan ekonominya secara terancang dan berkemungkinan menggugat ekonomi Amerika.

Tuan yang saya hormati,

Dalam persaingan dua kuasa gergasi ini – dalam percaturan real politik Amerika dan China – Saddam, Gadaffi, Mahathir, Anwar Ibrahim, Najib Razak – hanyalah Pak Pacak yang dijemput menayangkan muka atau ditendang keluar apabila tidak diperlukan lagi. Tuan pasti menganggap bunyinya amat kasar. Saheh – memang kasar – tetapi dalam dunia kapitalis yang halus hanya kuasa bala tentera. Kuasa ini bertujuan untuk mencari keuntungan. Justeru, Gadaffi di Libya dianggap sebagai penghalang untuk penerusan strateji politik, ekonomi dan ketenteraan Amerika.

Saya berharap tuan telah pernah membaca atau sekurang-kurangnya telah mendengar AFRICOM – Africa Command – yang diwujudkan pada tahun 2007. Ini adalah perjanjian ketenteraan antara Amerika Syarikat dengan negara-negara Afrika. Amerika mahu 54 buah negara Afrika membuat perjanjian ketenteraan dibawah AFRICOM. Ini samalah seperti FPDA - Five Power Defense Arrangements antara Malaysia, Singapura, Auatralia, Newa Zealand dan Britain. Perjanjian ini untuk memastikan Malaysia akan terus berada dibawah telunjuk Britain.

Biar saya beritahu disini bahawa Libya dibawah Gadaffi bukan sahaja tidak mahu menyertai AFRICOM malah telah menjalankan aktiviti melawan AFRICOM. Lembaga ini bercadang untuk menubuhkan satu bala tentera Afrika yang bersatu dibawah komand tentera Amerika. Opps... hampir saya terlupa, walau pun namanya AFRICOM tetapi ianya beribu pejabat di Stuggart Germany.

Gaddafi sebagai anak terbaik dari benua Afrika, sebagai anak terbaik dunia Arab telah menyusun strateji untuk menentang AFRICOM. Pada persidangan African Union Febuari 2008 satu ketetapan telah diambil untuk menolak AFRICOM. Ini satu tamparan keatas kuasa imperialis Anglo-Amerika. Gaddafi menentang kuasa bala tentera imperialis Anglo- Amerika. Justeru, Gaddafi wajib dibunuh.

Hampir saya terlupa - sebelum Raja Idris dijatuhkan oleh Gaddafi pada tahun 1969 – Amerika Syarikat memiliki sebuah lapangan terbang tentera yang terbesar didunia – Wheelus Air Base. Apabila Gadaffi mengambil alih Libya lapangan terbang ini ditutup. Satu lagi jenayah Gaddafi.

Tuan yang saya muliakan,

Semua yang saya tulis ini tidak dapat dibaca dalam media antarabangsa. Ini kerana mereka berkepentingan untuk menjatuhkan Gaddafi. Manakala penulis media tempatan mungkin kerana malas atau kerana mereka tidak mengambil maths dan sains dalam Bahasa Inggeris – maka mereka tidak berkeupayan untuk menulis.(TT)

Wednesday, November 2, 2011

Profesor Ini Palsukan 30 Data Penelitian! .... Tipu Di mana-mana


Ilustrasi : Corbis
TILBURG – Tilburg University dan University of Groningen di Belanda akan mengambil tindakan hukum terhadap salah satu profesor mereka. Hal ini dilakukan menyusul hasil penyelidikan yang menyimpulkan sang profesor terbukti memalsukan data dalam 30 penelitian ilmiah.
Dalam laporan awal, komite penyelidik menyebutkan penipuan yang dilakukan Diederik Stapel cukup banyak dan mengejutkan. Bulan lalu, profesor ilmu sosial dan perilaku di Tilburg University ini diskors setelah muncul keraguan tentang penelitian yang menyimpulkan, memakan daging membuat manusia menjadi anti-sosial dan egois.Penyelidikan menunjukkan keraguan muncul di 30 penelitian akademis yang ditemukan Stapel dan dirilis oleh jurnal ilmiah ternama. Secara total, komite menyelidiki 150 makalah yang dikerjakan Stapel sejak 2004. Saat itu, dia masih bekerja di Groningen University. Komite Penyelidikan juga menuduh Stapel menyalahgunakan posisinya dengan merusak reputasi peneliti muda yang bekerja bersamanya. Dutchnews pada Rabu (2/11/2011) menyebutkan, 14 disertasi dari mahasiswa pascasarjana yang dibimbing Stapel menggunakan data palsu tersebut.
“Stapel telah memperdaya rekan-rekannya untuk kemuliaannya. Dia berbohong kepada mereka dan tidak bisa lagi bangga atas hasil publikasi mereka,” jelas Ketua Komite Penyelidik, Pim Levelt seperti dikutip dari Dutchnews, Rabu (2/11/2011).
Sementara itu, dalam tanggapan tertulisnya yang di situs Brabants Dagblad, Stapels mengaku telah gagal sebagai seorang peneliti dan akademisi.
“Saya sadar sekarang bahwa perilaku ini telah mengejutkan dan membuat marah rekan-rekan, dan membuat keahlian saya dalam bidang psikologi sosial dalam kondisi yang buruk. Saya malu dan sangat menyesal atas hal ini,” tulisnya.