Saturday, December 25, 2010

Rintihan Anak 1Malaysia......

Ketuanan UMNO : Padan Muka Lu Orang Semua..!!!!


Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sudah mula menanggung hutang dalam usia yang 
muda. Apabila tamat sahaja pengajian diUniversiti, segulung ijazah yang diterima dari 
universiti itu akan diiringi dengan beban hutang yang besar. Dengan segulung ijazah itu 
mereka akan mengambil giliran turun naik mahkamah kerana tidak mampu untuk 
melunaskan hutang yang begitu besar.

Belum pun mendapat kerja semua graduan akan berhadapan dengan hutang selalunya denganPTPTN. Jika mendapat bekerjaan graduan-graduan ini, belum pun sempat 
membantu ibu bapa mereka yang membesarkan mereka selama ini sudah terpaksa 
memberikan tumpuan untuk membayar hutang.

Bila hutang hampir selesai ibu bapa tadi sudah terlalu tua dan ada yang tidak sempat 
menerima kemanisan hidup dengan anak yang telah berjaya dalam pelajaran mereka. 
Semakin maju negara ini semakin hilang kemudahan kita yang asas seperti pelajaran 
dan kos rawatan kesihatan.

Semasa pentadbiran sebelum Dr Mahathir mahasiswa kita mendapat pembiayaan 
pelajaran melalui biasiswa kerajaan. Mahasiswa kita boleh memohon banyak tempat 
untuk mendapatkan biasiswa itu. Semasa itu pinjaman pelajaran hampir tidak wujud.

Setiap pelajar akan dibiayai oleh salah satu dari banyak punca pembiayaan. Kalau 
sekumpulan mahasiswa berkumpul setiap diantara mereka ada biasiswa mereka. 
Setengah mendapat pembiayaan kerajaan negeri yang semasa itu disebut sebagai 
‘state scholarship’. Setengahnya mendapat ‘federal scholarship’ iaitu biasiswa kerajaan 
persekutuan. Yang lain-lain yang tidak mendapat biasiswa kerajaan negeri atau 
persekutuan akan mendapat biasiswa Bank Bumiputra (BBMB) atau PETRONAS.

Tengku Razaleigh Hamzah telah menggunakan kedudukannya diBBMB dan Petronas 
dengan menyediakan ribuan biasiswa bagi pelajar kita kerana salah satu dari matlamat 
penubuhan agensi-agensi kerajaan ini ialah untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang merupakan asas penting bagi kemajuan negara dan bangsa kita dimasa hadapan.

Segala-galanya itu hanya tinggal cerita yang nostalgik sahaja. Mencari pembiayaan 
untuk anak-anak untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu usaha yang sangat 
memenatkan. Ibu bapa menaikki tangga satu jabatan kesatu jabatan untuk memenuhi 
hajat anak-anak yang ingin belajar. Pergi keMARA pegawainya kata MARA tidak ada 
duit. Pergi JPA pegawainya kata tak ada duit. Kemana-mana pergi pun jawapannya,
tidak ada duit.

Baru baru ini MARA mengumumkan yang agensi tertua negara itu memberitahu yang 
MARA tidak lagi menaja pelajar untuk keluar negara bagi kursus sarjana muda tetapi 
hanya menaja untuk kursus sarjana. Tetapi ramai pelajar yang hendak meneruskan 
pelajaran keperingkat sarjana tidak juga dapat perhatian.

Macam mana nak ‘reconcile’ perancangan kerajaan hendak menjadi negara maju tetapi 
asas bagi rakyat untuk belajar tidak mencukupi? Pada tahun tujuh puluhan semua 
mahasiswa diberikan penajaan yang tidak payah dibayar kembali. Semasa itu negara 
kita saolah-olah hampir sama dengan kesebelasan negara-negara Scandinavia dalam 
mana pelajaran dan pendidikkan adalah percuma.

Tetapi semakin maju negara kita nampaknya semakin susah bagi rakyat hendak 
mendapatkan kemudahan untuk belajar keperingkat yang tinggi. Segala-galanya 
terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu tinggi yang tidak berpatutan. Wang 
ratusan billion dibelanjakan sesuka hati dengan menawarkan projek mega yang 
harganya berlipat kali ganda. Harga yang RM500 juta ditawarkan dengan harga 
RM1 billion misalnya dan cara memerah wang rakyat secara sistematik ini sekarang 
sudah menjadi cara mentadbir negara kita ini.

Bagi negara maju sepatutnya pendidikkan, kesihatan dan bekalan air adalah percuma. 
Tetapi disini semuanya terpaksa dibayar dengan harga yang keterlaluan tingginya.

Negara-negara Scandinavia adalah negara yang berpendapatan tinggi, malahan jauh lebih 
tinggi dari negara-negara G8. Tetapi pendidikkan adalah percuma. Negara German juga menyediakan kemudahan pelajaran percuma sehingga keperingkat yang tertinggi.

Bagi kita Najib baru sahaja merancang untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi 
menjelang tahun 2020 kos pelajaran dan pendidikkan sudah naik keterlaluan dan kemudahan biasiswa telah hampir dihapuskan.

Kita baru berangan-angan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang belum tentu 
tercapai tetapi kos pelajaran sudah terlalu tinggi. Persoalannya dimanakah rakyat kelas 
menengah dan dibawahnya hendak mencari sumber kewangan bagi pendidikkan anak-anak mereka. Hanya yang ada ialah PTPTN yang akan mengejar mereka selepas sahaja mereka mendapat ijazah-ijazah mereka.

Semuanya ini tidak diambil endah oleh pimpinan sejak 3 dekad yang lalu. Apabila ada yang mengkritik maka penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu akan menerjah kepada pengkritik-pengkritik tersebut. Akhirnya yang menyokong tindakkan pimpinan mereka 
itulah yang sekarang terkapai-kapai hendak memberi pendidikkan kepada anak-anak 
mereka.

Lain-lain perkataan, kita ini menyokong kepimpinan yang memberikan kesulitan kepada 
anak-anak dan cucu kita. Kalau dikaji secara halusnya kitalah yang bertanggungjawab 
diatas segala kesusahan ini kerana kita juga yang memilih mereka dahulu.

Padan muka kita semua...!!!!

Aspan Alias

Komen: Tapi anak malaysia ini baik, tak pernah merungut dan mudah lupa...apa yg dibuat 
oleh pemerintah, baik atau tidak, tak perlu kisah...asal saja jangan ambil dalam periuk 
rumah mereka..inilah hakikat rakyat malaysia...anda bantu saya, saya tolong anda...
tolong apa dan dapat apa?

Senarai Ketua Negara Paling Rasuah Dunia



Di saat begini, harta sebanyak manapun tidak ada
apa-apa maknanya lagi.
Kalau seseorang ketua negara itu yang 
kerjanya adalah memerintah serta
menguruskan negara dan dalam masa 
yang sama mengumpul harta yang 
teramat banyak, sudah tentu sumber 
dari mana datangnya harta itu 
menjadi satu persoalan.

Perasuah hanya akan digelar perasuah 
secara formal apabila ia didapati bersalah 
selepas diadili. Mungkin masih ada 
ramai lagi pemimpin yang rasuah yang mengaut
keuntungan negara untuk diri sendiri di serata dunia, tapi jika tiada bukti maka
selamatlah dirinya dari digelar perasuah di atas dunia ini.


Dalam sejarah, terdapat beberapa peminpin yang direkodkan jumlah aktiviti 
rasuahnya. Suharto menjadi orang yang teratas dalam senarai jumlah harta yang 
dikumpulkannya. Lihat senarai pemimpin di bawah diikuti dengan jumlah harta 
dikumpul:

  1. Suharto, Indonesia - USD15 hingga USD35 billion
  2. Ferdinand Marcos, Filipina - USD5 hingga USD10 billion
  3. Mobutu Sese Seko, Congo - USD5 billion
  4. Sani Abacha, Nigeria - USD2 hingga USD5 billion
  5. Slobodan Milosevic, Yugoslavia - USD1 billion
  6. JC Duvalier, Haiti - USD300 hingga USD800 juta
  7. Alberto Fujimori, Peru - USD600 juta
  8. Pavlo Razarenko, Ukraine - USD114 hingga USD200 juta
  9. Arnoldo Aleman, Nicaragua - USD100 juta
  10. Joseph Estrada, Filipina - USD78 hingga 80 juta
Rakyat negara Filipina adalah yang paling malang sekali apabila dalam top 
10 pemimpin korup, pemimpin negaranya isi dua nama.

Suharto sudah tinggal kenangan, banyak harta yang dikumpulnya tetapi pasti 
satu senpun tidak dibawa bersamanya ke dalam kubur.

Moga-moga para pemimpin kita mengambil iktibar dari segala kejadian 
sebagai pedoman menanggung amanah rakyat. (marhaen).

komen: Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama. Banyak 
nama orang baik-baik dan orang-orang jahat di dunia yang menjadi 
satu sejarah buat manusia...semuanya menuju mati sempurna...kecuali yang 
berbuat jahat...maka tidak sempurnalah kematiannya, bahkan lebih lagi di akherat. 
Yang buruk jadikan pedoman, yang baik dijadikan ikutan! 

Cuba Dulu PR Perintah Satu Penggal!

Nik Aziz: BN usah jadi gengster, PR mampu laksana Program 100 Hari

December 25, 2010

Gambar fail Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BARU, 25 Dis — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat pada konvensyen mereka Ahad lepas hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.
“Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara... tunggulah dulu... jangan nak jadi gengster,” kata Nik Aziz kepada pemberita selepas majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan di sini hari ini.
Dipetik Bernama, beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin semalam yang mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.
Malah, Timbalan Perdana Menteri juga menolak dakwaan Anwar bahawa beliau memperlekehkan peranan guru apabila mempertikaikan tawaran pembangkang untuk memperkenalkan imbuhan khas RM500 seorang setiap bulan.
Kelmarin Anwar menegaskan negara tidak akan muflis hanya dengan Pakatan membayar RM500 kepada setiap guru.
Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) menunggu sehingga pakatan pembangkang menerajui negara untuk melaksanakan resolusi itu.
Resolusi itu mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
Nik Aziz berkata apa yang penting dalam mentadbir negara ialah memerintah untuk rakyat dan menjamin kesejahteraan mereka.
Beliau juga berkata PAS akan melaksanakan pentadbiran Islam mengikut acuannya seperti yang ditetapkan dalam Islam.
Mengenai perkahwinan, beliau menasihatkan pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan mereka.
“Saya kahwin dulu hantaran RM100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak saya, saya minta RM1,000 saja,” katanya.
Beliau berkata perkahwinan penting bagi mengelakkan gejala sosial buang anak dan zina dalam masyarakat.
(minsider)

Lagi...Tanda Hampir PRU13

Bayar bonus insentif RM100.9 juta

December 25, 2010

Gambar fail Datuk Seri Najib Razak
KUALA LUMPUR, 25 Dis — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100,916,600.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah Negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.
Beliau berkata kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini ialah minimum RM400 dan maksimum RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil.
“Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara.
“Bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal Januari 2011,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Najib (gambar) berkata peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil dari Januari hingga Oktober tahun ini.
“Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum ialah 8.01 tan/hektar manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 17 tan/hektar ke atas.
“Bagi peneroka getah, kelayakan minimum ialah 600.01kg/hektar dan ganjaran maksimum diberi kepada yang menghantar hasil melebihi 1,400kg/ hektar,” katanya.
Beliau berkata bilangan peneroka yang terlibat dalam penghantaran hasil sawit dan getah ini adalah seramai 30,611 orang manakala 61,170 yang sedang menanam semula bersama Felda akan menerima bayaran maksimum RM1,200 seorang.
“Pada tahun ini, Felda turut memberikan pertimbangan khas kepada peneroka di beberapa rancangan yang prestasi hasilnya rendah sepanjang masa disebabkan tanaman tidak produktif dan menunggu giliran untuk ditanam semula.
“Ini termasuk juga kawasan kebun peneroka yang diambil bagi tujuan pembangunan. Termasuk juga dalam kategori ini ialah tanaman peneroka yang hasilnya rendah disebabkan serangan musuh penyakit seperti ganoderma, serangan ulat bungkus dan lain-lain,” katanya.
Kira-kira 2,000 peneroka terlibat dalam kategori pertimbangan khas itu dan kadar yang diberi kepada peneroka terlibat adalah sebanyak RM400 seorang, katanya.
Najib berkata seramai 18,354 peneroka atau 16.29 peratus pula didapati tidak layak menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada Felda dan juga kerana hasil mereka kurang daripada hasil minimum yang telah ditetapkan.
Selain itu, katanya peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka dan tidak menghantar hasil, tidak dibayar bonus insentif ini.
“Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti masing-masing.
“Saya juga ingin mengajak semua peneroka untuk menyertai program bersama dengan Felda selaras usaha berterusan yang dilaksanakan oleh agensi tersebut bagi meningkatkan pendapatan mereka melalui penyelidikan dan khidmat nasihat yang disediakan,” katanya. — Bernama

Tanda Hampir PRU : Farid Media Prima ke JPM, kukuh pasukan Najib menjelang PRU-13

December 25, 2010

KUALA LUMPUR, 25 Dis — Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan, ketua stesen televisyen Media Prima Berhad milik Umno, dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa 1 Januari ini di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 diadakan awal tahun depan.
The Malaysian Insider difahamkan Farid akan membawa bersama lima eksekutif televisyen dengan tugasan beliau dikatakan berhubung kait dengan kempen konsep 1 Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
“Pinjaman sepenuh masa ini bersifat sementara dan sebaik sahaja selesai tugasan (di Jabatan Perdana Menteri), beliau dijangka akan kembali untuk meneruskan peranan lamanya,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Datuk Amrin Awaluddin dalam satu kenyataan semalam.
Amrin berkata, Ahmad Izham Omar, pengarah eksekutif 8TV, ketua pegawai eksekutif Alt Media dan ketua Media Prima Radio Networks (MPRN) akan menggantikan Farid berkuat kuasa 1 Januari.
“Beliau juga akan menjalankan peranan sebagai ketua pegawai eksekutif Primeworks Studios Sdn Bhd, melapor terus kepada pengarah urusan kumpulan,” kata Amrin.
Katanya, Izham akan melepaskan jawatannya sebagai ketua MPRN dan pengarah eksekutif 8TV.
Dalam memo edaran dalaman, Media Prima menamakan lima eksekutif yang akan mengikut Farid iaitu Noor Amy Ismail, Noor Syazwani Abdul Rahman, Nurul Asyikin Ab Aziz, Nasir Taff dan Eddy Sulaiman.
“Farid merupakan seorang eksekutif media dan pengiklanan yang berpengalaman dan boleh diyakini dalam kerja-kerja berkaitan dengan konsep 1 Malaysia,” kata seorang editor Media Prima kepada The Malaysian Insider.
Konsep 1 Malaysia menjadi sasaran serangan Pakatan Rakyat yang mendakwa Najib menggunakan firma perunding perhubungan awam APCO Worldwide, yang dikatakan terlibat dalam kerja-kerja kempen One Israel diperkenalkan bekas perdana menterinya Ehud Barak.
Najib menafikan dakwaan itu dengan mengatakan beliau telah memikirkan perkara itu sebelum menjadi perdana menteri April 2009 termasuk menggunakannya sebagai nama blognya.
Selasa lalu, Najib menzahirkan rasa terkilan dengan dakwaan bahawa konsep 1 Malaysia diciplak dari negara lain dan menyifatkan dakwaan itu sebagai “pendustaan besar.”
Minggu lalu, Parlimen menggantung Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu itu. Turut digantung tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Farid merupakan profesional media kedua menyertai pentadbiran Najib sejak tiga bulan lalu.
Bekas koresponden Reuters Malaysia Abdul Jalil Abdul Hamid dipinjamkan dari Suruhanjaya Sekuriti untuk menyertai pasukan komunikasi nasional perdana menteri.
Semalam, Merdeka Center mengumumkan kajiannya bahawa tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Najib kekal positif dengan kaum India mencatat peratusan tertinggi, diikuti Melayu dan Cina.
Tinjauan yang dijalankan mulai 30 November hingga 11 Disember lepas menunjukkan tahap kepuasan hati di kalangan kaum India ialah 85 peratus, Melayu (74 peratus) dan Cina (54 peratus).
Bagaimanapun, tahap kepuasan hati terhadap Najib merosot sedikit kepada 69 peratus berbanding 72 yang dicatat Mei lepas, dengan 22 peratus “sangat berpuas hati” manakala 47 lagi “agak berpuas hati” dengan prestasi beliau.
Kenyataan Merdeka Centre hari ini menyebut ia mungkin disebabkan reaksi rakyat terhadap pengurangan subsidi kerajaan bagi barangan seperti minyak petrol dan gula, yang berlaku ketika tinjauan dijalankan.
Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa terdapat kesedaran sederhana di kalangan rakyat berhubung Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan kerajaan September lepas, dengan 16 peratus dilapor memiliki beberapa tahap pengetahuan dan pemahaman mengenai pelan tersebut serta matlamatnya.
(minsider)

 Felda 'rayu' jangan saman


Khairil Abdul Rahim   
BANDAR JENGKA, 23 Dis: Sudah terhantuk baru terngadah. Begitulah yang diibaratkan
kepada pekeliling daripada Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab yang disifatkan
memujuk peneroka supaya tidak menggunakan saluran undang-undang bagi menuntut hak
mereka.

Naib Presiden Persatuan
Anak-Anak Peneroka Kebangsaan
(Anak) Aris Fezul Ismail,
menyifatkan risalah bertajuk
‘Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah
Timbang Tara’ yang diedarkan
kepada peneroka-peneroka serta
dibacakan isinya di masjid-masjid
di sini seolah-olah melambangkan
keresahan Felda menghadapi
kebangkitan peneroka.

Antara lain, risalah dua helai itu
menyatakan tindakan saman oleh
peneroka terhadap agensi
pembangunan tanah itu didakwa
telah menyebabkan wujud suasana
yang tidak harmoni antara peneroka
dengan pengurusan Felda.

Kandungan risalah tersebut turut membangkitkan, surat perjanjian asal antara peneroka dengan
Felda telah memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan antara kedua belah pihak perlu
dirujuk kepada Penimbang tara iaitu Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab kepada
Felda.

Aris yang juga Setiausaha Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat mempertikaikan, kenapa baru
kini iaitu selepas peneroka menang saman di Felda Kemahang 3 dan Felda Sungai Koyan timbul
tawaran menyelesaikan lambakan permasalahan peneroka melalui kaedah Timbang tara.

“Sebelum ini Anak sendiri pernah menghantar memorandum kepada Pengerusi Timbang tara
iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi jangankan kata penyelesaian, respons
pun tidak ada. Bahkan kalau kita dengar baru-baru ini bagaimana PM dengan angkuhnya
menempelak siapa kata Felda bankrap adalah pengkhianat. Bolehkah orang seperti ini mahu
dirujuk sebagai penimbang tara?

“Bukan itu saja, baru-baru ini Anak telah menyerahkan memorandum 20 perkara berkaitan masalah
peneroka kepada Timbalan Menteri yang menjaga Felda Datuk Ahmad Maslan yang konon katanya
nak selesaikan dalam tempoh dua minggu. Tapi sekarang dah hampir dua bulan, respons pun tak
dengar.

“Di Pahang ini sendiri, Exco yang menjaga Felda Datuk Tan Aminuddin. Apabila peneroka
membangkitkan hak mereka yang diceroboh pada satu ketika dulu, beliau bingkas mencabar
mana-mana peneroka yang tak setuju dengan Felda boleh keluar dari tanah rancangan. Pada
saya ini satu kenyataan angkuh seolah-olah peneroka-peneroka ini menumpang dan mengemis
sedangkan mereka tuan tanah,” hujahnya.

Tambah Aris, suasana yang tidak harmoni dicetuskan sendiri oleh pengurusan Felda. Contohnya
dalam kes Felda Kemahang apabila Ketua Hakim Negara berkata Felda terbukti menipu peneroka
dalam kes kadar perahan gred (KPG) sawit, Felda masih tidak mengaku kesalahan malah enggan
membayar ganti rugi kepada peneroka.

“Begitu juga dengan kes peneroka Felda Sungai Koyan yang mana mahkamah telah putuskan
peneroka layak menerima wang tabung tanam semula (TTS) tetapi menterinya kata Felda memang
nak bayar sedangkan dalam mahkamah peguam mereka bermati-matian berusaha supaya Felda
tidak mahu bayar. Pada saya sikap seperti ini semua tidak membawa keharmonian,” katanya.

Mengenai saranan Pengarah Besar Felda agar peneroka mengemukakan sebarang aduan dan
permasalahan kepada pengurusan rancangan melalui blok, Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Rancangan (JKKR), Gabungan Pertubuhan Wanita (GPW) dan pertubuhan
belia, Aris berkata ia hampir mustahil kerana semuanya dilantik oleh Felda dan bukan dipilih
oleh peneroka malah dikuasai parti politik kerajaan.

“Barangkali Datuk Dzulkifli tidak turun ke bawah melihat bahawa kebanyakan pemilihan ketua-
ketua blok yang mewakili 24 orang ahli dipilih berdasarkan mana yang Felda suka, bukannya
pilihan peneroka secara mutlak. Naib Pengerusi JKKR yang sepatutnya dipilih melalui mesyuarat
agung, tapi hanya ditentukan oleh Felda. Jadi dia mewakili Felda, bukan suara peneroka. Sebab
itu dapat dilihat bagaimana sikap mereka terhadap peneroka tanam sendiri iaitu seperti anak tiri
yang melakukan satu kesalahan besar.

“Pertubuhan belia pula hanya ada pada nama saja. Mesyuarat agung pun tak pernah sehingga
tak tahu siapa AJK. Mana perginya peruntukan kewangan? Sama jugalah dengan AJK masjid,
bukan dilantik melalui mesyuarat agung,” jelasnya.

Tazkirah: Bab 4.... (sambungan)

Kami pernah mendengar riwayat bahawa ada seorang perempuan yang datang menemui Aisyah ra,lalu ia bertanya kepada beliau:"Wahai Ummul Mukminin apakah ubat untuk hati yang keras?" Lalu beliau pun menjawab:"Ubatnya adalah hendaklah kamu memperbanyak mengingat kematian." Lalu wanita itu mengikuti nasihat Aisyah ra. Hingga hatinya menjadi lembut,ia merasa berterima kasih kepada belaiu. Selain itu,kegunaan mengingat kematian juga boleh mendorong seseorang itu meninggalkan perbuatan maksiat,dan boleh mendorong seseorang untuk meninggalkan rasa senang terhadap dunia dan tidak menganggap remeh terhadap cubaan-cubaan yang ada di dalamnaya.

Cuba kita renungkan,bahawa apabila ada orang yang harus dan pasti pergi ke medan perang,kemudian ia pun pergi,maka ia tidak akan mempunyai motivasi lagi utntuk berbuat maksiat,ia tidak akan lagi melirik perhiasan dunia dan kesenangannya dan tidak akan menganggap remeh segala cubaan yang ada. Lain halnya dengan orang yang mempunyai angan-angan yang tinggi,maka keadaannya tentu saja akan sebaliknya.

Selain hal-hal di atas,yakni mengingat kematian,mendengarkan nasihat,dan cerita orang-orang soleh,ada hal-hal lain yang boleh menghilangkan dan melembutkan hati yang keras,iaitu: Menyaksikan orang yang menjelang ajal, pekikan mereka dan penderitaan yang mereka rasakan ketika roh dicabut,dan kesukaran yang dirasakan oleh orang yang menghadapi sakaratul maut merupakan pengajaran yang sungguh bermanafaat,kerana sesungguhnya semua manusia dalam waktu dekat akan merasakan dan menghadapi hal yang sama.

Barangsiapa yang tidak mengambil nasihat dari melihat orang yang menghadapi kematian maka tidak ada nasihat yang akan bermanafaat baginya.

Diriwayatkan bahawa Hassan al-Bashri ra pada suatu ketika pernah menjenguk orang yang sakit. Beliau pun mendapati orang itu sedang menghadapi sakaratul maut. Beliau menyaksikan penderotaan yang dirasakan orang tersebut,dan kesusahan yang dihadapinya. Beliau pun pulang ke rumahnya dengan pucat lesi. Lalu keluarganya memberikan makanan kepada beliau,tetapi beliau berkata:"Kamu makanlah makanan kamu itu!Kerana sesungguhnya aku telah menyaksikan sesuatu yang membuatku tidak ingin makan." Selain itu diceritakan juga dalam sebuah riwayat lain bahawa beliau pernah melihat orang yang memakan sepotong roti di kuburan.Maka beliau pun bertanya kepada orang tersebut:"Apakah tidak ada pengajaran yang dapat kamu ambil ketika kamu menyaksikan kuburan ini hingga tidak ada hal yang menghilangkan selera makanmu?"

Para ulama' berpendapat bahawa sepatutnyalah orang yang ingin menziarahi kuburan hendaklah dalam keadaan lapar. Kerana sesungguhnya rasa kenyang akan membuat orang tidak boleh mengambil pengajaran dari orang-orang yang mati. Selain itu bagi orang yang menziarahi kuburan hendaklah tidak berniat untuk mengerjakan maksiat,kerana sesungguhnya orang yang ingin berbuat maksiat telah berada di sisi syaitan,maka dengan begitu ia tidak akan mendapat pengajaran.

Dan orang yang ingin menziarahi kuburan hendaklah orang yang zahid di dunia , kerana orang-orang yang menginginkan dunia pasti keras hatinya. Kerana itulah kebanyakan orang tidak boleh mengambil pengajaran ketika melihat kuburan,bahkan ada orang yang menziarahi kuburan-kuburan para wali,tapi ia bahkan tidak menangis juga tidak merasa tersentuh hatinya,kerana kebanyakan orang menjadikan berziarah ke kuburan para wali sebagai jalan untuk bertemu dengan orang-orang lain,sahabat-sahabat dan anggota-anggota mereka.

Mereka tidak memikirkan bagaimana nantinya isteri-isteri mereka akan menjadi janda,puteri-puteri mereka akan menjadi yatim,mereka menjadi hina setelah mereka memiliki kemuliaan dalam hidup. Mereka sangat menjaga kesihatan dan mempunyai angan-angan yang tinggi. Padahal kita telah menyaksikan seluruh sahabat-sahabat kita akan dijemput oleh ajal pada waktu yang tidak disangka-sangka. Tidak pernah terbayang di benak mereka bahawa mereka akan meninggal dunia pada hari itu. Tentu saja pada waktu terdekat kita akan mengalami hal yang sama seperti yang mereka rasakan,kemudian ada yang menyesal ketika penyesalan sudah tidak berguna lagi.

Hassan al-Bashri ra pernah berkata:"Apabila kamu berhenti di depan kuburan,maka hendaklah kamu merenungkan keadaan orang yang ada di dalamnya,bagaimana mata mereka hancur dan meleleh di atas pipinya,bagaimana lidah mereka dimakan oleh tanah padahal mereka pada masa hidupnya merupakan orang yang terkenal dengan kefasihan dan kepetahannya,dan bagaimana gigi mereka berserakan di dalam tanah.

Tazkirah: Bab 4

#PERKARA MENGINGAT KEMATIAN,AKHIRAT DAN ZUHUD DI DUNIA.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah ra disebutkan:

Bahawa Nabi Muhammad SAW menziarahi kuburan ibunya,hingga beliau menangis dan membuat orang-orang yang di sekelilingnya menagis,lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya aku telah meminta izin kepada Tuhanku untuk memintakan ampun atas dosanya, tetapi Allah SWT tidak mengizinkan aku,kemudian aku meminta izin untuk menziarahi kuburannya, Allah SWT pun mengizinkan aku,maka ziarahilah kuburan kerana sesungguhnya hal itu akan mengingatkan terhadap kematian.

Sedang dalam hadis lain yang dirriwayatkan oleh Ibnu Majah disebutkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
Sesungguhnya aku pernah melarang kamu untuk menziarahi kubur,maka sekarang ziarahilah kubur,kerana sesungguhnya itu akan membuat lebih zuhud di dunia dan mengingatkan terhadap hari akhirat.
Diriwayatkan dari 'Ali Bin Abi Talib ra bahawasanya beliau pernah melalui perkuburan,ketika beliau sudah hendak sampai ia berkata:"Wahai ahli kubur,beritahulah keadaan kamu kepada kami,atau kami yang menceritakan keadaan kami kepada kamu! Adapun keadaan kami sekarang adalah harta yang ditinggalkan telah dibahagi,para wanita telah menikah,orang-orang miskin telah diberi tempat/dilindungi oleh selain kamu." Kemudian beliau melanjutkan:"Tetapi itu bukanlah sebaik-baik bekal,sesungguhnya apabila mereka bertaqwa,nescaya mereka akan berkata:"Kami tidak pernah melihat bekal yang lebih baik dari ketqwaan." Sungguh tepat ketika Abu Attahiyah membaca sajak:
Alangkah menghairankannya manusia
Seandainya mereka mahu berfikir
Seandainya mereka mahu menghisab diri sendiri lalu melihat
Seandainya mereka mahu mengambil pelajaran
Memikirkan dan menimbang dunia dengan akhirat
Maka sesungguhnya dunia tidaklah mempunyai sesuatu yang berharga


Ketika hari pengumpulan telah tiba:

Tidak ada kebanggaan kecuali orang yang bertakwa
Kerana hanya takwa dan kebaktianlah
Bekal yang paling bagus untuk ditabung
Menghairankan melihat manusia yang merasa bangga
Padahal esok ia akan ditanam di kuburannya
Apakah yang boleh ia banggakan
Dari saripati air mani ia diciptakan
Lalu patutkah ia berbangga diri
Tidak punya kuasa untuk mendahulukan
Segala yang hatinya inginkan
juga tidak boleh menunda apa yang ia takuti
Semua urusan hanya boleh diserahkan
Kepada orang-orang yang masih hidup
Atas segala apa yang diputuskan baginya.

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku bahawa sesungguhnya hati yang keras dengan izin Allah SWT, boleh menjadi lembut dengan beberapa hal, antara lain: Dengan menziarahi kuburan, menghadiri majlis-majlis pengajian untuk mendengarkan nasihat ulama'-ulama' yang soleh,dan mendengarkan cerita-cerita tentang orang-orang zahid terdahulu,atau juga dengan cara mengingat tentang kematian yang merupakan pemusnah segala kesenangan dan kenikmatan,dan yang akan memisahkan seseorang dari kumpulannya setelah ia merasakan hidup yang sejahtera,yang membuat anak menjadi yatim,setelah mereka merasa terlindungi oleh orang tuanya.
(bersambung)

Friday, December 24, 2010

Lawan BN, berahi saja tak cukup


Hishamuddin Rais
Dis 24, 10



Ketahui dirimu
Ketahui musuhmu
Seratus pertempuran
Seratus kemenangan
- (petikan dari buku Seni Perang oleh Sun Tzu )



Untuk mengambil alih kuasa bukan sesuatu yang mustahil. Sejarah telah menunjukkan tentang satu gerakan Pak Tani berbaju hitam yang sering diperlekeh media Barat tetapi berjaya mengalahkan tentera Amerika Syarikat pada tahun 1975. Pada tahun 2006 satu lagi kuasa bala tentera yang tercanggih dan terkuat di Timur Tengah telah dikalahkan oleh anak anak muda dan pak-pak lebai yang bergerila di Selatan Lebanon.

palestine hamas and fatah unite 270209 02Apa yang ada pada Vietcong? Apa yang ada pada gerakan Hezbollah di Lebanon? Apa kekuatan mereka? Kalau dikaji selidik maka kita akan mendapati bahawa politik mereka bergerak melalui pemikiran strategik.

Jangan silap anggap. Pemikiran strategik ini bukan hanya bersabit dengan perang atau kuasa politik. Hukum dan syarat pemikiran strategik yang sama boleh digunapakai dalam hal perniagaan dan jual beli. Malah dalam semua hal kehidupan harian, kita memerlukan pemikiran strategik.

Justeru, jika ada sesiapa yang berahi untuk mengambil alih kerajaan - keberahian sahaja tidak mencukupi. Kudrat dan tenaga kerbau tidak diperlukan sepanjang masa. Apa yang diperlukan ialah taktik dan strategi. Apa yang diperlukan ialah pemikiran strategik. Untuk mendapat sokongan orang ramai sebuah parti politik memerlukan lebih dari jeritan reformasi atau takbir!

Dalam usaha gigih sebuah gerakan atau sebuah parti politik untuk mengambil alih kuasa, ia memerlukan garis politik yang tepat. Semua perjuangan memerlukan sahabat dan kawan. Ada sahabat berjangka pendek ada sahabat berjangka panjang. Ada setiakawan sementara dan ada setiakawan sepanjang masa. Ini hakikat perjuangan. Ini adalah taktik dan strategi untuk mengambil alih kuasa. Ini realpolitik- politik yang dieja dengan huruf K.

Untuk mendapat sokongan orang ramai sebuah parti politik wajib menghebohkan dasar yang ingin diajukan kepada orang ramai. Dasar-dasar ini wajib dilihat masuk akal dan berdiri di bumi yang nyata. Bukan dasar yang berterbangan di langit atau di awang-awangan. Janji-janji yang tidak masuk akal akhirnya akan menjerut leher sendiri. Inilah politik - inilah hakikat realpolitik.

P'raya Tenang, PAS pasti kalah


Hari ini telah terpadu kesepakatan tiga buah parti politik - PKR, PAS dan DAP. Munculnya Pakatan Rakyat bukan kerana harga ayam di pasar Chow Kit naik harganya. Atau kerana sotong makin berkurangan untuk dicandat di Kuala Terangganu. Setiakawan Pakatan Rakyat lahir kerana hukum dan syarat realpolitik dalam negara kita ini.

azlanKelahiran Pakatan adalah hasil dari pemikiran strategik yang memahami asas budaya dan politik tanah air. Kesedaran untuk memahami cita-cita dan harapan anak semua bangsa dalam negara ini adalah wajib. Warga dari pelbagai agama dan anak semua bangsa memerlukan kesepakatan dan kerjasama untuk mengambil alih kuasa.

Justeru, realpolitik di Malaysia ini telah melahirkan syarat bahawa parti politik atau gerakan apa pun yang ingin mengalahkan kerajaan pimpinan United Malays National Organisation wajib berkongsi kuasa. Ini hakikat realpolitik. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) boleh meloncat tunggang terbalik, ia tidak akan mengubah hakikat ini.

azlanHari ini tarikh pilihan raya kecil di DUN Tenang telah diumumkan. Pakatan Rakyat akan meletakan calon. Umum telah didesas desuskan tentang bakal calon ini akan datang dari parti PAS.

Dalam suasana sedemikianlah Pakatan, terutama parti PAS wajib memiliki keupayaan untuk berfikir secara strategik. Untuk berfikir jauh melihat politik berjangka panjang dan mengambil langkah dan jejak politik yang strategik. Inirealpolitik, bukan mimpi dan angan angan Mat Bunga.

Jika PAS bertanding di DUN Tenang jawabnya ialah kekalahan. Ini satu kepastian. Kekalahan ini bukan kerana perjuangan Pakatan atau PAS tidak jujur. Kekalahan ini kerana hakikat realpolitik. Menghantar kerbau untuk melanggar kereta kebal Sherman T-20 adalah kerja yang amat bebal. Justeru satu pemikiran baru wajib dimunculkan apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian.

Realpolitik telah menunjukkan bahawa reka bentuk penduduk di Tenang tidak menyebelahi PAS. Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 14,511 pengundi; 49.66 peratus Melayu, 38.13 peratus Cina, 12.11 peratus India dan kaum-kaum lain 0.10 peratus. 

Tugas suci media

Sekali baca sahaja sesiapa yang waras akal fikrahnya akan bersetuju untuk bersependapat bahawa calon PAS akan bungkus. Ini tidak memerlukan pemikiran strategik. Jangan tersilap baca dan berdolak dalik. Bertanding dalam pilihan raya bukan untuk berdakwah atau bertabligh. Atau hendak 'mencuba pasaran'. Bertanding dalam pilihan raya bertujuan untuk menumpaskan parti lawan dan mengambil alih kuasa. Ini realpolitik bukan angan-angan Mat Bunga yang baru jatuh cinta.

azlanPada tahap ini Pakatan sedang diserang oleh media United Malays National Organisation. Jangan bersedih terbarai menangis sayu. Jangan berkata ini tidak adil. Ini tidak siuman. Ini satu kezaliman yang penuh dengan tohmah dan fitnah. Dalam pertempuran realpolitik apa yang dilakukan oleh media milik United Malays National Organisation ini adalah tugas suci mereka.

Dalam serangan ini PKR dan Pas telah dituduh menjadi barua kuda tunggangan DAP. Ini amat senang untuk difahami dan tidak memerlukan pemikiran strategik. Ini sap sap soi (senang saja). DAP adalah parti Cina. Maka apabila PAS dan PKR ditohmah sebagai kuda DAP, maka dilihat PKR dan PAS ini menjadi barua parti Cina. Dengan ini diharapkan orang Melayu akan lari dari menyokong PKR atau PAS. Ini bukan pemikiran strategik. Ini pemikiran ikan belukang yang mulut ternganga di tepi longkang.

Bayangkan jika minggu ini para pemimpin PAS bersidang dan berbincang. Mereka melihat Tenang dari kaca mata realpolitik. Membaca politik dengan pemikiran strategik. Lalu mereka mengambil satu pendekatan yang amat strategik.

umno standardPemimpin PAS secara berbesar hati memulangkan kerusi yang menjamin kekalahan mereka ini kepada pucuk pimpinan Pakatan. Dalam masa yang sama PAS akan menerangkan kepada ahli parti dan para penyokong bahawa dari kajian kependudukan, parti PAS berpendapat bahawa adalah lebih baik kerusi ini ditandingi oleh PKR.

Lihat reaksi umum. Seluruh negara akan gempar. Media United Malays National Organisation akan kering dakwat dan hilang punca tidak tahu apa yang perlu ditohmah tentang PAS. Laman web dan blog pro Barisan akan menjadi ungka menyalak berpanjangan dalam rimba politik yang baru. Tetapi yakinlah langkah PAS ini adalah serampang dua mata.

Kenapa Najib langgan Apco?

Langkah strategik PAS ini akan memaparkannya sebagai sebuah parti politik mendewasa dan bukan lagi parti kampongan dari Ulu Kelantan atau Seberang Takir. PAS dilihat cekal bertakwa dan sedang bersedia untuk mengambil alih pemerintahan Malaysia.

nik aziz hugging hadi awang b 230708Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat akan dilihat sebagai penyelamat anak semua bangsa dan bukan kaum kerabat Taliban. Persepsi umum terdadap PAS sebagai Taliban akan pecah berderai-derai.

Besar kemungkinan - malah hampir pasti calon yang akan diletakan oleh PKR itu akan kalah. Di sebalik kekalahan ini, ada kemenangan yang amat besar di Tenang. Secara strategik Pakatan telah memusingkan satu kekalahan untuk dijadikan satu kemenangan. Kemenangan besar adalah propaganda dan persepsi kepada umum - orang ramai akan melihat dan membaca bahawa setiakawan antara tiga parti ini adalah kukuh, ampuh dan padu.

Kemenangan yang hakiki akan dimiliki oleh PAS. Parti ini akan dilihat sebagai sebuah parti yang berupaya untuk melihat politik berjangka panjang bukan politik ego Taliban berserban tinggi. Jika langkah strategik ini diambil walau pun Pakatan kalah di Tenang tetapi keyakinan orang ramai terhadap pemuafakatan ini akan bertambah kukuh.

azlanApakah yang dibaca ini satu mimpi? Jawabnya tidak. Apa yang ditulis diatas adalah pendekatan pemikiran strategik dalam gerak langkah politik. Inilah yang dipanggil taktik dan strategi. Inilah satu-satunya cara yang membawa kemenangan kepada rakyat Vietnam. Inilah caranya kuasa imperial Anglo-Amerika akan dikalahkan di Iraq dan Afghanistan. Inilah juga pendekatan Hezbollah ketika mengepong zionis Isreal di Lebanon.

Harus kita sedari bahawa United Malays National Organisation sebagai sebuah parti tidak lagi memiliki sokongan ampuh dari orang ramai. Parti ini semakin terpinggir dan semakin terpencil. Lalu timbul persoalan jika gerombolan ini tidak mendapat sokongan, kenapa mereka terus berkuasa?

Jawapan kepada soalan ini cukup senang. Gerakan dan parti politik yang cuba menumpaskan gerombolan ini masih lagi dibungkus oleh ego kepartian. Ego kepimpinan. Gagal melihat kepentingan orang ramai lebih penting dari kepentingan diri dan parti.

Berahi untuk mengambil alih kuasa tanpa memiliki pemikiran strategik samalah seperti saekor kerbau ingin memandu Boeing 747. Bercita-cita untuk menjadi kerajaan tanpa memiliki pemikiran strategik samalah seperti ingin naik haji tetapi tidak menyimpan duit dan tidak memohon pasport. Akhirnya, sila bertanya, kenapa agaknya Najib Razak dan Rosmah Mansor melanggan Apco?

(mkini)

Anwar: Apco adalah isu belanja 'sembrono' k'jaan

Isu Apco bukan hanya mengenai siapa yang mengilhamkan konsep 1Malaysia tetapi kurangnya ketelusan dalam perbelanjaan sembrono kerajaan sebanyak RM77 juta untuk mengupah sebuah syarikat asing yang mempunyai rekod berkhidmat dengan sebuah regim penindas.

NONEKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu asasnya berlegar mengenai "kurangnya tanggungjawab seorang perdana menteri yang mengabaikan rekod Apco" dan kurangnya akauntabiliti dalam membelanjakan wang rakyat untuk membina imej partinya sendiri.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, digantung enam bulan daripada menghadiri sidang parlimen kerana membangkitkan isu kaitan Apco dengan '1Malaysia' dan 'One Israel' yang diilhamkan oleh bekas perdana menteri Israel Ehud Barak.

Dalam satu kenyataan, ketua umum PKR itu mendakwa "penglibatan mendalam" Apco dalam pentadbiran Najib merupakan "bukti sikap hipokrat Umno/BN" dalam melancarkan "propaganda tak henti-henti" untuk menggambarkan dirinya (Anwarnya) sebagai agen Yahudi.

Beliau bertanya mengapa sebuah syarikat yang diketahui mempunyai hubungan yang kuat dengan perisikan Israel dibenarkan untuk menguruskan salah satu fungsi kerajaan yang paling berpengaruh, iaitu komunikasi.

Oleh kerana itu, katanya, sebahagian besar hujah beliau ketika membangkitkan isu tersebut di Dewan Rakyat, adalah ditujukan kepada sikap hipokrasi dan kelalaian perdana menteri mengupah sebuah syarikat yang mempunyak reod rekod seperti Apco.





Komen: Bukan kerana nama APCO yang ditentang , walaupun perunding dari negara Islam(tidak terlibat dengan yahudi), tapi ia masih menggunakan duit rakyat semata-mata untuk memuaskan nafsu bagi menaikkan nama PM dan kerajaan di mata dunia..itu saja..

Kajiselidik: 2/3 rakyat bantah menara 100 tingkat

Kajiselidik yang dijalankan Merdeka Centre menunjukkan hampir dua pertiga rakyat Malaysia membantah rancangan kerajaan pusat untuk membina Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat.

azlanKajiselidik yang membabitkan 1,005 responden di Semenanjung 
Malaysia itu, menunjukkan 65 peratus tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, dan hanya 25 peratus yang menyokongnya.

Responden dari kalangan kaum Cina merupakan yang teramai - 75 peratus - yang membantah pembinaan menara itu.

Ini diikuti oleh responden Melayu (60 peratus) dan India (58 peratus).

Pembinaan menara 100 tingkat itu, yang akan mengatasi ketinggian Menara Berkembar Petronas, diumumkan dalam bajet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Oktober lalu.

Projek tersebut, yang dilaporkan membabitkan kos RM5 bilion, terus mendapat bantahan umum dan pembangkang. Mereka menganggapnya sebagai salah keutamaan.

Mereka sebaliknya menyarankan agar wang tersebut lebih baik digunakan untuk menambahbaik kemudahan pengangkutan awam, kebajikan atau infrastruktur. 

(malaysiakini)

Khir Toyo: BN kena belajar kesilapan ‘08, jangan perlekeh janji Pakatan


December 24, 2010


KUALA LUMPUR, 24 Dis – Datuk Seri Dr Khir Toyo yang dihadapkan di mahkamah dua minggu lalu, hari ini menasihatkan Barisan Nasional (BN) ambil iktibar kesilapan 2008 dan tidak memandang enteng janji Pakatan Rakyat – Program 100 Hari Buku Jingga yang diumum Ahad lalu.
“Saya memberi pandangan ini agar kita tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada 2008, yang mana saya sendiri tidak mengambil berat manifesto Pakatan ketika itu dan menyebabkan Selangor jatuh ke tangan Pakatan.
“Saya berharap pisang tidak berbuah dua kali,” kata bekas menteri besar Selangor ini(gambar) dalam tulisan terbaru blognya.
Ia dlihat komen terbuka pertama seumama itu selepas beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pertengahan bulan ini.
Dr. Khir, 45, didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah syarikat itu, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Sebahagian kandungan Buku Jingga Pakatan Rakyat ialah Program 100 Hari yang akan dilaksanakan jika memerintah kerajaan persekutuan.
Kata Dr Khir, sungguhpun sebahagian janji tersebut tidak realistik, namun terdapat janji-janji yang boleh mempengaruhi rakyat memberi undi kepada mereka terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM500.
Dr Khir berkata, terdapat kira-kira 400,000 guru sekarang ini dan tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius.
“Ini kerana kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi,” katanya lagi.
Semalam, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau kesal dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.
Dr Khir menambah, kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat biar pun mereka mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya.
Pemimpin Umno percaya jentera kerajaan terutamanya menteri “jaga makmal” boleh memberi penjelasan yang logik, rasional dan sangat akademik kepada rakyat bagi menjustifikasikan kenaikan harga barang, petrol dan pengenaan pelbagai cukai termasuk kemungkinan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Saya juga percaya kerajaan mempunyai kebolehan untuk menjelaskan mengapa menteri ‘jaga letrik’ mengumumkan kerajaan bersetuju kenaikan tarif letrik tapi masa belum sesuai.
“Tentulah kerajaan juga mampu menjelaskan mengapa Tenaga Nasional Berhad bercakap soal kekurangan untung (bukan rugi) jika tarif tidak dinaikkan seolah-olah TNB ini berniaga menggunakan duit sendiri bukannya duit rakyat,” kata beliau.
Dr Khir mendakwa menurut sebahagian rakyat termasuk guru-guru yang menjadi sasaran kempen Pakatan Rakyat sekarang, “sekurang-kurangnya ada harapan dengan Pakatan Rakyat berbanding BN yang asyik bercakap soal mengurangkan subsidi dan menaikkan tarif, yang sekali gus menambah perbelanjaan dan hutang mereka.”
“Jadi, ketika kita boleh menjelaskan untung rugi, logik dan rasional setiap tindakan, namun yang jarang ditanya apakah keputusan dan penjelasan kerajaan mampu meyakinkan rakyat yang akhirnya akan diterjemahkan ke dalam peti undi dengan memberi undi kepada BN?
“Sungguhpun kita boleh mendakwa banyak janji Pakatan di Selangor belum tertunai, namun saya percaya ia akan mula dilaksanakan menjelang pilihan raya akan datang bagi menggula-gulakan pengundi,” katanya.
Malah Dr Khir juga berkata, tidak mustahil pada tahun hadapan kerajaan negeri Selangor akan mengurangkan cukai pintu premis kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai pintu premis perniagaan sebanyak 10 peratus seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka sebelum ini.
“Ini akan memberi ‘pukulan hebat’ kepada BN,” katanya lagi.
Beliau juga berkata, masalah BN lebih besar daripada Pakatan Rakyat.
Oleh itu, katanya, BN sebagai pemerintah tidak boleh berjanji, sebaliknya perlu melaksanakan kerana ia memegang tampuk pemerintahan.
Tegas beliau, majoriti rakyat tidak meminta “bulan dan bintang” seperti dalam janji-janji Pakatan Rakyat.
“Namun rakyat juga tidak boleh terus memberi sokongan kepada kerajaan yang tidak boleh memberi mereka apa-apa harapan,” katanya.
Dr Khir menjelaskan BN harus datang dengan pelan yang meyakinkan majoriti rakyat.
“Kalau pun tidak seindah Pakatan, namun pelan BN jika baik dan cantik ia boleh mendapat kepercayaan rakyat kerana kemampuan BN telah terbukti,” katanya lagi. (malaysiainsider)

PDRM belum bersih!


Lelaki dakwa dipukul, ditumbuk polis

December 24, 2010
Chua (kanan) mengaksikan bagaimana beliau ditumbuk seperti didakwa. — Gambar oleh Melissa Chi
KUALA LUMPUR, 24 Dis — Polis sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki kononnya dia dipukul beberapa anggota polis di balai Dataran Sunway pada Sabtu lepas menyebabkan kedua-dua matanya lebam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh Chua Buang Hing, 34, yang turut mendakwa dia ditumbuk oleh tiga anggota polis lain sebelum itu.
Chua memberitahu pemberita hari ini bahawa pada 11 malam Sabtu lepas, beberapa anggota polis yang sedang mengadakan sekatan jalan raya di Petaling Jaya Utara telah menahan keretanya kerana tidak mempamerkan cukai jalan.
“Saya telah akui kesilapan saya kerana tidak menampal cukai jalan yang baru dihidupkan dan rela disaman. Saya terkejut seorang anggota polis itu terus menyeluk poket saya yang mengandungi RM7,000 dan meminta wang saya, namun saya tidak mahu memberi dan ini membuat dia marah. Tiga daripada mereka kemudian menumbuk muka dan mata saya serta menggari saya,” katanya.
Chua, yang juga pengerusi sebuah tokong, berkata dia kemudiannya dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway dan di situ, dia mendakwa dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh anggota polis sehingga dia muntah darah, selain cedera di lengan kanan dan kiri.
“Mereka kemudian memaksa saya supaya membuat laporan polis mengaku bahawa kecederaan saya adalah akibat kemalangan jalan raya. Jika saya bersetuju, barulah mereka akan bebaskan saya,” katanya.
Chua berkata dia kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan sebelum dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk direman dan dilepaskan pada Rabu lepas. — Bernama