Saturday, October 22, 2011

Malaysia tidak di zon gempa bumi, tapi di mana tapak buangan sisa radioaktif yang sesuai?


Fuziah Salleh


 
DEFINISI PEMBANGUNAN LESTARI Mengikut Brundtland Report 1987: ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan serta tanpa kompromi di dalam memenuhi keperluan generasi masa hadapan.  Pembangunan bandar yang lestari perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan asas manusia, kesihatan awam, serta kelestarian persekitaran dari segi ruang dan masa.

Sustainable development (SD) is a pattern of resource use, that aims to meet human needs while preserving the environment so that these needs can be met not only in the present, but also for generations to come

The field of sustainable development can be conceptually broken into three constituent parts:environmental sustainability, economic sustainability and sociopolitical sustainability.


Tuan Yang di Pertua,
Baru-baru ini di Kuantan telah diadakan satu Perhimpunan Hijau pada 9 Oktober 2011 di mana ribuan rakyat berhimpun sempena memperingati hari Piagam Bumi.  Ribuan orang yang berkumpul telah menyatakan hasrat dan pendirian mereka berkenaan dengan tidak setujunya mereka hal berleluasanya projek pembangunan yang tidak menepati definisi lestari.  Dari projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng Kuantan sehinggalah kepada projek perlombongan emas di Bukit Koman yang menggunakan bahan toxic cyanide untuk extraksi emas, sehinggalah kepada projek logi nuklear yang sedang diperbahaskan ketika ini.  Malah orang asli dari Pekan pun turut sama berhimpun menyatakan bantahan mereka.

Kuantan dipilih sebagai lokasi Perhimpunan Hijau kerana Kuantan merupakan tapak letaknya bakal logi pemrosesan rare earth atau tanah nadir terbesar di dunia di luar Negara Cina apabila ia beroperasi kelak.  Sebagai mana yang kita ketahui, logi pemprosesan tanah nadir ini akan mengeluarkan sisa buangan radioaktif di dalam jumlah yang besar.  Walaupun di dalam keadaan rakyat Kuantan menolak kehadiran LAMP, dan di dalam keadaan Atomic Energy Licencing Board AELB Malaysia menyatakan bahawa Lynas Corporation belum memenuhi syarat yang di tetapkan oleh panel antarabangsa (International Atomic Energy Agency) IAEA, Kilang Lynas masih diteruskan pembinaannya, dan Lynas terus memberitahu pemilik saham mereka di Australia bahawa segalanya berjalan lancar dan mengikut jadual.

Lynas melaporkan di dalam laporan penggal kedua 2011, bahawa mereka telah menyerahkan cadangan untuk penyelenggaraan jangka panjang sisa buangan radioaktif dari LAMP pada 18 Julai 2011.  Kemudian AELB menyepi sehingga 12 Oktober 2011, itupun setelah saya membuat laporan kepada Securities Commission Australia, dan persoalan ditimbulkan oleh orang ramai dan pihak media barulah AELB terpaksa respon.  Selama hampir tiga bulan, AELB walaupun telah menerima kertas cadangan akan tetapi tidak memaklumkan kepada stakeholders di Kuantan. AELB tidak menghiraukan saranan IAEA walaupun di antara rekomendasi IAEA ialah supaya AELB meningkatkan komunikasi kepada orang ramai.

IAEA Reccomendation 9. The AELB should intensify its activities regarding public information and public involvement. In particular, it should:
Develop and make available easily understandable information on radiation safety and on the various steps in the licensing and decision making processes.


Saranan IAEA keatas AELB pula ialah "IAEA recommends that the agency be strengthened so that it has sufficient human, financial and technical resources, competence and independence" to do its job.

Apabila Ketua Pengarah AELB menjawab di dalam media pada 12 Oktober dengan berkata AELB belum menganalisa kertas cadangan dari Lynas selepas tiga bulan, ianya benar-benarlah mengesahkan ketidakmampuan "lack of competence" bagi pihak AELB.  Sekiranya tidak dapat nak analisa selepas tiga bulan dan tidak dapat nak berkomunikasi kepada orang awam dan stakeholders di Kuantan, bagaimana mungkin AELB mempunyai kemampuan menjadi regulator dan penguatkuasa buat projek sebesar LAMP.

Di antara saranan IAEA juga ialah AELB mesti meletakkan jangka waktu bagi AELB serta Lynas untuk menyiapkan segala saranan yang diberikan oleh IAEA.  Ini juga tidak dilakukan secara telus oleh AELB.  Setakat ini, kami warga Kuantan tidak dimaklumkan langsung berkenaan dengan jangka waktu yang di tetapkan.

Walaupun MITI telah menjanjikan bahawa lesen pengoperasian tidak akan dikeluarkan ke atas LAMP untuk beroperasi selagi segala saranan dan rekomendasi IAEA tidak di penuhi, namun warga Kuantan disajikan dengan senario yang berbeza.  Keadaan di Gebeng seolah-olah LAMP akan beroperasi dalam waktu yang terdekat.  Kerja-kerja pembinaan di LAMP tiada surutnya.  Kuantan Port Consortium telah memberi taklimat keselamatan berkenaan dengan bagaimana menghadapi keadaan keselamatan setibanya REO dari Mt Weld yang dijangkakan tiba seawal hujung bulan Oktober.  Para pegawai AELB diperhatikan membawa alat Geiger Counter sekitar Gebeng, mengukur kadar radiasi peringkat awal (base radiation level).  Ini semua keadaan yang menimbulkan keresahan warga Kuantan.  Tatkala warga Kuantan menyuarakan kerisauan dan suara hati mereka berkenaan radiasi dalaman ataupun "Internal Emitters" yang juga merupakan kebimbangan yang telah disuarakan oleh pihak Malaysian Medical Association MMA berkenaan projek LAMP ini, AELB langsung senyap tidak memberitahu bagaimana mereka akan mengawal atau mengukur "Internal Emitters" ini.
Malah ianya langsung tidak dianggap sebagai wujud oleh AELB, di mana ianya tidak disebut langsung.  Sedangkan secara jelas AELB disarankan untuk memastikan orang awam dimaklumkan berkenaan dengan keselamatan dari segi radiasi, di mana radiasi ini terdiri dari radiasi luaran yang boleh diukur menggunakan alat Geiger Counter dan juga radiasi dalaman yang boleh dihidu atau dimakan melalui debu dari habuk REO.  Debu ini memang boleh terbang dibawa angin memandangkan REO di bawa masuk ke Malaysia di dalam bentuk habuk.  Walaupun Lynas mengatakan bahawa bahan REO mereka tidak merbahaya dan tidak toxic, kenyataan ini bertujuan mengelirukan pihak Kerajaan, Pihak rakyat tidak terkeliru kerana REO tetap mengandungi thorium dan uranium yang bersifat radioaktif.  REO dari Lynas di eksport dikecualikan oleh "Dangerous Goods Act Australia" kerana ianya dipastikan   di bawah paras kadar maksimum konsentrasi bahan radioaktif yang dibenarkan, ianya tidak bermaksud REO tersebut tidak langsung mengandungi bahan radioaktif.  Kadar kandungan juga jauh lebih tinggi dari kadar NORM dasar di Kuantan.  (0.003 % sedangkan 1600ppm)

IAEA Reccomendation 9. The AELB should intensify its activities regarding public information and public involvement. In particular, it should:
Make available, on a routine basis, all information related to the radiation safety of the proposed rare earths processing facility (except for security, safeguards and commercially sensitive information) and ensure that the public knows how to gain access to this information.


Tuan Yang di Pertua
Pihak Kerajaan Barisan Nasional seolah-olah tidak mengendahkan apa yang dimaksudkan berkomunikasi dengan rakyat?  Saya ingin menegaskan bahawa komunikasi melibatkan komunikasi dua hala, bukan satu hala.

Setelah sekian lama memerintah Pihak Kerajaan Barisan Nasional sudah seakan-akan lupa hak rakyat untuk sama-sama menentukan keputusan yang melibatkan masa depan mereka.  Sudah sekian lama Kerajaan boleh membuat sesuka hati.  Lynas sebagai satu contoh, dan projek logi Nuclear juga bakal menjadi satu lagi projek yang mendapat tentangan dari rakyat.  Di waktu Negara maju sudah membuat dasar berubah kepada tenaga hijau yang lebih bersifat mesra alam sekitar, Malaysia pula membuat keputusan untuk memilih tenaga nuklear.  Pihak Menteri semalam menafikan bahawa keputusan muktamad sudah dibuat.  Pihak Menteri berkata projek tenaga ini masih di dalam peringkat kajian, namun, di awal bulan Oktober 2011 (3-6 Oct), Nuclear Malaysia telah membentangkan di Vienna, satu pembentangan bertajuk "Malaysia Nuclear Policy- New Role to MNA" - di waktu Menteri memberi tahu Dewan yang mulia bahawa Kerajaan masih di dalam tahap mendapatkan maklumbalas dari orang ramai, di masa yang sama pihak Kerajaan telah pun membuat dasar berkenaan penggunaan tenaga nuclear pasca 2021.

Di dalam kertas kerja yang di bentangkan di Vienna ini dimaklumkan bahawa dua unit logi nuclear yang akan dibina akan melibatkan pelaburan RM23.1 billion.  Antara perkara wajib yang utama yang di sebut ialah "public acceptance".

Site Selection untuk logi nuklear sudah pun dimulakan dan akan disahkan pada tahun 2013.  MNA menegaskan bahawa projek ini mesti mendapat kelulusan dari orang ramai dan tapak sisa buangan radioaktif juga dijadikan antara faktor yang patut diambil kira.  Memang di dalam kertas kerja menggariskan dua perkara ini sebagai amat penting di dalam pelaksanaan.  Akan tetapi kita tidak lihat pihak kerajaan berlaku telus di dalam hal ini.  Ada yang kata tapaknya nanti di Pahang, ada yang kata di Terengganu.  Yang pasti Kerajaan tidak bagitahu.

Berkenaan dengan tapak sisa buangan bahan radioaktif nanti, diperhatikan bahawa Nuclear Malaysia mengenalpasti Malaysia sebagai Negara yang tidak terletak di zon gempa bumi.  Maka ini antara sebab bahawa pembinaan Logi Nuklear sesuai di Malaysia.  Apa yang tidak disebut di dalam kajian tersebut ialah bahawa situasi di Malaysia tidak sesuai untuk tapak sisa buangan radioaktif.  Samada tidak disebut atau tidak diambil kira perlu di jelaskan oleh pihak Kementerian.
Saya bangkitkan isu ini kerana antara kriteria tapak pemilihan sisa buangan radioaktif nanti mestilah kawasan yang rendah takungan air hujan.  Air bawah tanahnya juga ditahap yang rendah, jauh dari sumber air yang boleh diminum dan jauh dari kawasan ramai penduduk.  Dan secara logik saya tidak boleh dapat jawapan di mana di Malaysia kita boleh cari tempat yang sesuai untuk digunakan sebagai tapak pelupusan.  Sedangkan dalam isu Lynas pun pihak Kerajaan mempunyai masalah dengan rancangan jangka panjang sisa buangan radioaktif.  Ini kan pulak, dalam kes logi nuklear yang melibatkan radioaktiviti dikadar yang lebih tinggi berbanding LAMP.

Tuan yang Di Pertua,

Konsultasi rakyat mestilah dilakukan di peringkat sebelum keputusan dibuat.  Bukan selepas dasar dibuat, kemudian pihak Kerajaan tidak bersikap telus - cuba pula mendapat sokongan rakyat.  Perkara ini sudah sekian lama diamalkan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional.  Ianya satu budaya yang harus diubah.  Pihak Kerajaan mesti belajar dari kesilapan dalam keputusan perihal LAMP di Gebeng, Kuantan.

Sekiranya pihak Kerajaan tidak peka hal ini, maka tibalah nanti masanya rakyat Malaysia akan membuktikan kemarahan mereka melalui peti undi.

Sekian perbahasan saya, Tuan yang Di Pertua.  Terima Kasih.

*Disedut daripada teks perbahasan Fuziah Salleh (gambar kanan) selaku ahli parlimen Kuantan pada 18 Oktober 2011.

Kesyirikan Dalam Acara Pernikahan Putri Sultan Yogyakarta


Oleh: Badrul Tamam
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Tuhan yang Maha Esa yang hanya kepada-Nya ibadah berhak di berikan. Siapa yang memberikan ibadah kepada selain-Nya maka ia termasuk orang merugi.
Shalawat dan salam semoga terlimpah kepada baginda Rasulillah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, keluarga dan para sahabatnya.
Acara pernikahan pejabat tinggi selalu mendapat sorotan dari media. Bukan hanya pas acara puncak, jauh-jauh hari biasanya sudah banyak ulasan tentang persiapannya. Sehingga perjalanan acara sakral perjalanan hidup manusia tersebut dapat disaksikan orang banyak. Jika media memujinya, sudah barang tentu banyak khalayak yang menilainya sebagai kebaikan. Karena zaman sekarang media seolah sudah menjadi wahyu yang membawa kebenaran. Apa kata media, maka masyarakat akan mengikutinya.
Terhadap pernikahan putri bungsu Raja Yogyakarta, Sri Sultan Hamengku Buwono X, Gusti Kanjeng Ratu Bendara atau GRAy Nurastuti Wijareni dengan Kanjeng Pangeran Haryo Yudanegara atau Achmad Ubaidillah, tak henti-henti media mengulasnya. Bahkan di beberapa stasiun televisi ditayangkan berulang kali dalam Headline News-nya. Beberapa event yang ditayangkan dan diberi perhatian khusus tak semua selaras dengan akidah dan nilai-nilai Islam. Salah satunya -acara yang dianggap menarik dan unik- adalah penganten edan-edanan.
Penganten edan-edanan menjadi salah satu proses pernikahan agung di Kraton Yogyakarta saat mengawal KPH Yudanegara saat hendak melakukan prosesi panggih atau  temu penganten. Yaitu dua pasang penganten yang berdandan seperti penganten namun berantakan. Bahkan terlihat seperti orang gila, makanya disebut penganten edan-edanan.
Menurut keyakinan kraton, tradisi penganten edan-edanan yang berperilaku seperti orang gila sambil menari-nari ini untuk membuka jalan bagi penganten dan untuk mengusir atau menolak bala, agar proses pernikahan berjalan lancar.
“Ini sebagai tolak bala’ agar acara berlangsung lancar tanpa halangan apapun, kamilah penolak balanya,” kata salah satu pemeran manten edan-edanan Nyi Mas Wedono Hamong Sumowiyardjo. (Lihat: Tolak Bala, Manten Edan-edanan Kawal Mantu Sultan Selasa, www.detiknews.com, 18/10/2011)
Isti’adzah Kepada Selain Allah Adalah Syirik
Isti’adzah maknanya adalah meminta perlindungan. Yakni meminta agar dilindungi dan diamankan dari keburukan. Dan itu termasuk bagian dari thalab (permintaan) seperti istighatsah (meminta dihilangkan bencana), isti’anah (minta pertolongan), istisqa’ (meminta diberikan hujan) dan semisalnya. Semua itu termasuk doa. Dan doa termasuk ibadah. Oleh karena itu ia harus ditujukan dan dimohonkan kepada Allah Allah semata, jika kepada selain-Nya maka termasuk syirik. Allah Ta’ala berfirman,
وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا
Dan sesungguhnya mesjid-mesjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah.” (QS. Al-Jin:  18)
ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِن قِطْمِيرٍ إِن تَدْعُوهُمْ لَا يَسْمَعُوا دُعَاءكُمْ وَلَوْ سَمِعُوا مَا اسْتَجَابُوا لَكُمْ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكْفُرُونَ بِشِرْكِكُمْ  
Yang (berbuat) demikian Allah Tuhanmu, kepunyaan-Nya lah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari. Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu; dan kalau mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. Dan di hari kiamat mereka akan mengingkari kemusyrikanmu. . .” (QS. Faathir: 13-14)
Maka mengusir bala’ dan berlindung dari gangguan makhluk halus dengan mengadakan dua pasang penganten edan-edanan yang bertingkah dan menari-nari seperti orang gila termasuk bagian dari isti’adzah. Hanya kepada siapa itu dimohonkan. Jika kepada Allah tentu ada aturan/syariat yang mengaturnya, dan pasti tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam lainnya seperti menutup aurat dan mejaga kehormatan diri. Sementara tolak bala’ ala kraton Yogyakarta jelas tidak ada petunjuknya dalam syariat Islam, padahal Islam selalu memberikan perhatian pada urusan doa. Kemudian pertanyaan, ini syariat siapa? Dan jika menuruti pembuat syariat penganten edan-edanan itu berarti doa ditujukan kepadanya.
Syaikh Muhammad bin Shalih al-’Utsaimin menyebutkan satu kaidah, “Sesungguhnya setiap manusia yang bersandar kepada suatu sebab yang tak pernah ditetapkan oleh syariat sebagai sebab, maka ia telah melakukan kesyirikan dengan syirik kecil.” (Al-Qaul al-Mufid, Syarhu Kitab al-Tauhid, Muhammad bin Shalih al-’Utsaimin: 1/358)
Dan dalam perkataan beliau yang lain, “Sesungguhnya setiap orang yang meyakini sesuatu sebagai sebab dalam satu perkara, tapi tidak pernah ada ketetapan bahwa itu sebagai sebab, baik secara kauni (sebab akibat) atau syar’i, maka kesyirikan yang diperbuatnya itu termasuk syirik kecil. Karena kita tidak punya hak untuk menetapkan bahwa ini merupakan sebab kecuali apabila Allah telah menjadikannya sebagai sebab, baik kauni atau syar’i. Yang disebut syar’i itu seperti membaca Al-Qur’an dan doa. Sedangkan yang kauni itu seperti berobat yang telah terbukti manfaatnya.” ((Al-Qaul al-Mufid, Syarhu Kitab al-Tauhid: 1/358)
Maka jikapun acara tola’ balak tersebut benar dimintakan kepada Allah, agar Dia menjaga acara tersebut dan melindunginya dari berbagai gangguan, maka itu masih termasuk syirik kecil, karena melakukan sebab yang tak dijadikan syariat sebagai sebab. Dan ia menjadi pintu gerbang menuju kesyirikan sebagaimana yang dijelaskan para ulama. Tapi kalau diperhatikan, sangat jauh kalau tolak bala’ itu dimohonkan kepada Allah karena berbalutkan kemaksiatan seperti mengumbar aurat. sang wanita hanya pakai kemben, dan lainnya. Jika demikian maka perbuatan itu termasuk syirik besar yang bisa membatalkan keimanan pelakunya, menghapus amal-amal baiknya, dan jika dibawa mati (belum bertaubat) maka Allah tidak akan mengampuninya sehingga ia akan kekal di dalam neraka. wal-’iyadhu billah. . .
Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.” (QS. Al Nisaa’: 48 dan 116)
إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ
Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang dzalim itu seorang penolong pun.” (QS. Al Maaidah: 72)
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ 
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu: “Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.” (QS. Al-Zumar: 65)
Meminta Perlindungan Kepada Selain Allah Adalah Tradisi Jahiliyah
Kebiasaan bangsa Arab Jahiliyah dahulu, apabila mereka melewati suatu lembah atau tempat yang menyeramkan maka mereka berlindung kepada raja jin di tempat tersebut agar melindungi mereka dari gangguan jin atau hewan yang ingin mencelakakan mereka. Sebagaimana mereka, apabila datang ke negeri musuh lalu mereka meminta perlindungan kepada pembesar negeri tersebut dan di bawah jaminannya.
Maka saat jin melihat para manusia tersebut meminta perlindungan kepada mereka karena takutnya, maka jin tersebut semakin menakut-nakuti mereka sehingga para manusia tersebut terus-menerus meminta perlindungan. Sehingga jin tersebut menambah kesesatan dan dosa, karena mereka terus-menerus melakukan kesyirikan dan kemungkaran yang diperintahkannya.
Allah Ta’ala berfirman,
وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
Dan sesungguhnya ada beberapa orang laki-laki dari kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa  laki-laki dari jin, tetapi mereka (jin) menjadikan mereka (manusia) bertambah sesat.” (QS. Al-Jin: 6)
Para ulama telah sepakat bahwa perbuatan semacam ini, yaitu isti’adzah (memohon perlindungan) kepada selain Allah adalah tidak boleh, bahkan termasuk bagian kesyirikan.
Mula Ali al-Qari al-Hanafi berkata, “Tidak boleh memohon perlindungan kepada jin. Karena Allah Subhanahu wa Ta’alatelah mencela orang-orang kafir atas perbuatan tersebut.” Kemudian beliau rahimahullah menyebutkan firman Allah Ta’ala:
وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ قَدِ اسْتَكْثَرْتُمْ مِنَ الْإِنْسِ وَقَالَ أَوْلِيَاؤُهُمْ مِنَ الْإِنْسِ رَبَّنَا اسْتَمْتَعَ بَعْضُنَا بِبَعْضٍ وَبَلَغْنَا أَجَلَنَا الَّذِي أَجَّلْتَ لَنَا قَالَ النَّارُ مَثْوَاكُمْ خَالِدِينَ فِيهَا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ إِنَّ رَبَّكَ حَكِيمٌ عَلِيمٌ
Dan pada suatu hari saat Allah mengumpulkan mereka semua (dan berfirman): “Wahai golongan jin! Kamu telah benyak menyesatkan manusia.” Dan kawan-kawan mereka dari golongan manusia berkata, “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah saling mendapatkan kesenangan. Dan sekarang waktu yang telah Engkau tentukan kepada kami telah  datang.” Allah berfirman, “Nerakalah tempat kamu selama-lamanya, kecuali jika Allah menghendaki lain.” Sungguh Tuhanmu Mahabijaksana, Mahamengetahui.” (QS. Al-An’am: 128)
. . .Para ulama telah sepakat isti’adzah (memohon perlindungan) kepada selain Allah adalah tidak boleh, bahkan termasuk bagian kesyirikan. . .
Kesenangan yang didapatkan manusia dari jin berupa dituruti keinginannya, dikerjaka apa yang disuruhnya, dan diberitahu dari sebagian kabar ghaib. Sementara kesenangan yang didapatkan jin, manusia mengagungkannya, meminta perlindungan kepadanya, dan tunduk terhadap titahnya. (Diringkas dari Fathul Majid: 196)
Pelajaran dari kisah tersebut, bahwa diperolehnya manfaat duniawi berupa dihindarkan dari keburukan atau mendapatkan keuntungan tidak menunjukkan bahwa itu bukan syirik. Dan terkadang perbuatan syirik yang dilarang oleh Syariat bisa mendatangkan hasil duniawi yang diinginkan, seperti tukang sihir yang meminta bantuan jin untuk menimpakan sihir kepada orang yang disihirnya.
Memohon perlindungan kepada jin (sering dikatakan orang: penguasa tempat tersebut) supaya menghindarkannya dari berbagai mara bahaya, bala’, dan gangguan makhluk-makhluk halus (syetan) tidak hanya terjadi pada zaman jahiliyah. Di zaman modern ini pun masih banyak yang melakukannya, seperti memohon perlingdungan kepada Nyi Roro kidul (sering disebut penguasa laut selatan, padahal semua belahan bumi adalah milik Allah dan tunduk pada-Nya) saat melaut dengan melarung sesajen.
Di sebagian tempat meminta pertolongan dan perlindungan kepada jin ‘nyi roro kidul’ juga menjadi tradisi, khususnya saat melakukan hajatan, agar lancar dan tidak ada gangguan makhluk halus (syetan). Apakah Seperti itu pula yang terjadi pada acara pernikahan keluarga kraton Yogyakarta?
. . .diperolehnya manfaat duniawi berupa dihindarkan dari keburukan atau mendapatkan keuntungan tidak menunjukkan bahwa itu bukan syirik, dan terkadang perbuatan syirik yang dilarang oleh Syariat bisa mendatangkan hasil duniawi yang diinginkan, . .
Tuntunan Syar’i Dalam Memohon Perlindungan
Islam telah memberikan tuntutan di saat muncul kekhawatiran akan gangguan syetan, yaitu dengan berlindung kepada Allah Ta’ala. Yakni dengan berdoa yang disertai dengan iman kepada Allah, yakin dan bersandar kepada-Nya.
إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
Sesungguhnya setan ini tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya.” (QS. Al-Nahl: 99)
Kemudian kesempurnaan isti’adzah itu disertai dengan bertawakkal kepada Allah dan menyerahkan semua urusan kepada-Nya dengan menjaga ketaatan-ketaatan kepada-Nya seperti menjalankan amal wajib, sunnah, dan berdzikir. Dan siapa yang melaksanakan demikian maka Allah berfirman,
أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ وَيُخَوِّفُونَكَ بِالَّذِينَ مِن دُونِهِ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ
Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hamba-Nya. Dan mereka mempertakuti kamu dengan (sembahan-sembahan) yang selain Allah? Dan siapa yang disesatkan Allah, maka tidak seorang pun pemberi petunjuk baginya.” (QS. Al-Zumar: 36)
وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ وَإِنْ يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Jika Allah menimpakan suatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (QS. Al-An’am: 17)
وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya.” (QS. Al-Thalaq: 3)
Salah satu contoh isti’adzah yang dituntunkan syariat adalah saat seorang muslim singgah di satu tempat yang seram atau menempati rumah baru dan berharap tidak mendapatkan gangguan atau kejahatan dari jin, kalajengking, ular dan makhluk Allah lainnya yang mempunyai potensi jahat, maka ia dianjurkan untuk berlindung kepada pencipta mereka semua, yaitu Allah Ta’ala. Salah satunya dengan membaca doa yang diajarkan Rasulullah  Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.
مَنْ نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قَالَ أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ
Siapa yang singgah di suatu tempat, lalu ia membaca: A’udzu Bikalimaatillaahit Taammaati min Syarri Maa Khalaq (Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakan-Nya), maka tak ada sesuatupun yang membahayakannya sehingga ia beranjak dari tempatnya tersebut.” (HR. Muslim)
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
A’udzu Bikalimaatillaahit Taammaati min Syarri Maa Khalaq
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakan-Nya.”
Jika orang-orang jahiliyah saat singgah di satu tempat mereka berlindung kepada jin-jin penguasa tempat tersebut, maka syariat datang dengan memerintahkan kepada kaum muslimin agar berlindung kepada Allah dengan menyebut nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya. Wallahu Ta’ala a’lam.
Sumber :http://www.voa-islam.com/

Thursday, October 20, 2011

Nantikan TV Digital Alternatif ASTRO!

 
 
Satu Lagi Perkhidmatan Televisyen Berbayar Seperti Astro Akan Muncul
PETALING JAYA: Muka baru dalam industri televisyen digital, Nilamas Corp Sdn Bhd khabarnya telah berjaya memperolehi lesen daripada kerajaan untuk membangun dan menawarkan perkhidmatan televisyen digital kepada umum.
Nilamas mensasarkan suku kedua 2012 untuk melancarkan perkhidmatan baru televisyen berbayar.
Dengan memperolehi lesen perkhidmatan ini, Nilamas kini akan bersaing dengan Astro dalam menawarkan pakej perkhidmatan televisyen digital berbayar kepada pengguna.
Adalah difahamkan, kos membangunkan rangkaian kabel akan menelan sehingga RM2 bilion untuk tempoh lima tahun dan Nilamas sedang mencari rakan kongsi untuk sama-sama membangunkan projek ini.
Nilamas kini sudahpun memperolehi satu bangunan baru di Puchong bagi tujuan projek gergasi ini.
Berdasarkan laman web Nilamas, para pengarahnya adalah terdiri daripada Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim dan Datuk Nik Mohd Amin. Mereka juga adalah pemegang saham utama syarikat.
Adalah difahamkan, perkhidmatan yang bakal ditawarkan oleh Nilamas kepada para pelanggannya akan tertumpu kepada hiburan dan pendidikan secara interaktif.
Difahamkan juga, pelancaran penjenamaan projek ini akan dilakukan bulan depan.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Nilamas memperolehi lesen untuk menawarkan perkhidmatan saluran berbayar televisyen daripada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi pada 11 Ogos lalu.
Mereka turut memperolehi lesen kemudahan rangkaian yang membolehkan mereka membina rangkaian dan menawarkan perkhidmatan kepada umum untuk tempoh lima tahun.
Pengambilan kakitangan telah pun bermula sejak dua bulan yang lalu dan berhasrat untuk mengukuhkannya sehingga 200 orang dalam tempoh tiga bulan dan 800 orang pada waktu perkhidmatan dilancarkan sepenuhnya.

UIAM Beri Surat Tunjuk Sebab: Aziz Bari Kata Dia Bukannya Curi Telur Ayam

mstar

PETALING JAYA: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah Fakulti Undang-undangnya, Prof Dr Abdul Aziz Bari atas kesalahan memberi kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.
Difahamkan surat tunjuk sebab itu telah dikeluarkan oleh unit undang-undang universiti berkenaan pada Rabu ekoran kenyataan Abdul Aziz yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) baru-baru ini.
Beliau diberi masa sehingga 25 Oktober ini untuk menjawab surat tunjuk sebab berkenaan.
Ketika dihubungi, Abdul Aziz mengesahkan beliau telah menerima surat tunjuk sebab berkenaan dan menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya.
“Sudah pasti saya akan jawab tunjuk sebab itu. Cuma buat masa ini saya tak boleh komen lebih-lebih dan saya serahkan tindakan selanjutnya kepada peguam saya,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata beliau menyifatkan surat tunjuk sebab yang diterimanya itu sebagai satu perkara yang melucukan.
“Saya rasa kelakar sebenarnya... Atas sebab apa mereka (pihak universiti) keluarkan surat tunjuk sebab...saya bukannya curi telur ayam?,” tanya Abdul Aziz.
Dalam pada itu, peguamnya, Dr Dzulkarnain Lukman turut mengesahkan bahawa selain digantung tugas, pakar perlembagaan itu turut dilarang berada di UIAM, berhubung dengan mana-mana kakitangan atau pihak yang ada kepentingan dengan universiti berkenaan.
“Berdasarkan surat tunjuk sebab, syarat-syarat ini dikenakan sehingga inkuiri selesai dijalankan.
"Berdasarkan surat tersebut beliau (Abdul Aziz) dikenakan tindakan di bawah Perkara 15(1) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti,” katanya.
Dzulkarnain berkata, beliau difahamkan ini kali ketiga Abdul Aziz dikenakan surat tunjuk sebab bagaimanapun ini kali pertama beliau dilarang menjejaki kaki ke UIAM.
"Dua surat sebelum ini, beliau sendiri yang jawab, jadi saya tidak pasti sama ada digantung tugas atau tidak.
“Kita juga akan menjawab surat tunjuk sebab dalam waktu terdekat," ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan Abdul Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor untuk campur tangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.
Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.
Ekoran tindakannya itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya dan bekas Ketua Pemuda PKR, Senator Ezam Mohd Nor turut menggesa supaya Abdul Aziz disiasat di bawah Akta Hasutan.
Pada Rabu, pensyarah kanan UIAM itu telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
Bukan itu sahaja, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pergi ke pejabat Abdul Aziz Isnin lalu untuk merekodkan kenyataan berhubung isu yang sama.

Pakatan tubuh jawatankuasa teliti Laporan Ketua Audit Negara


(Oleh: Sidiqin Omar dan Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR 19 Okt : Pakatan Rakyat menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji kandungan Laporan Ketua Audit Negara yang lewat hampir dua minggu dari tarikh pembentangan Belanjawan 2012.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jawatankuasa terdiri dari lima ahli parlimen Pakatan Rakyat itu juga akan mengkaji punca mengapa laporan itu lewat dikeluarkan.
“Buat pertama kali kita tubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji segala aspek dalam laporan audit yang sudah hampir dua minggu lewat daripada waktu sepatutnya ia dikeluarkan.
“Jawatankuasa ini bukan sahaja untuk mengkaji isi kandungan semata-mata,  tapi kita nak kemukakan pandangan kita sebagai satu pandangan daripada pembangkang  untuk lihat kenapa berlaku kelewatan yang sangat ketara ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Azan menambah, jawatankuasa itu akan turut mengkaji dan membandingkan Laporan Audit Negara dengan laporan lain termasuk laporan Bank Negara Malaysia (BNM) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Kita akan maklumkan penemuan daripada jawatankuasa ini walaupun penemuan itu baik kepada kerajaan atau sebaliknya, kita akan maklumkan,” katanya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Sementara itu, Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain turut menuntut penjelasan sama ada ketua audit negara ditekan untuk menyunting laporan tahunannya.
Menyelar kelewatan penyerahan laporan itu, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua bertanya sama ada kerajaan takut akan hasil laporan berkenaan.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) juga mempersoalkan kelewatan itu dan mahukan penjelasan Timbalan Speaker Ronald Kiandee.
Salahuddin berkata, sejak minggu lalu pihaknya sudah bertanya tentang alasan di sebalik kelewatan itu.
Isnin lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan laporan audit yang cuba disorokkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan.
Dewan Rakyat membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2012 selama dua minggu tanpa merujuk kepada Laporan Audit Negara.
Hanya pada 18 Oktober  lalu, satu sumber dari Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memaklumkan laporan itu akan dibentang pada minggu hadapan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21928

Abdul Aziz Bari: Keluhuran perlembagaan bukan untuk diulang-ulang seperti burung kakak tua......(2)


Lim Hong Siang 

 
Berita terkini melaporkan bahawa Profesor Abdul Aziz Bari digantung tugasnya sebagai pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), lantas mencungkil persoalan sejauh manakah institusi pengajian tinggi mampu mempertahankan kebebasan akademik atau kebebasan bersuara dalam menara gading?

Mampukah menara gading tempatan menampung sesuatu yang dikatakan "idealisme"?  Atau sekadar bayangan realiti di luar kampus - apabila mereka yang sepatutnya mempertahankan "keluhuran perlembagaan" menodai semangat ini; dan apabila mereka yang sepatutnya mempertahankan autonomi akademik, mencabul kesucian intelektual.

Abdul Aziz Bari (gambar kiri), 52, menjadi tumpuan kali ini.  Isunya terlalu besar, membelenggu fikrah masyarakat Malaysia selama ini.  Namun sehingga hari ini, beliau tetap tidak berganjak, mempertahankan apa yang dipercayai dirinya, sebagai seorang pakar perlembagaan.

Ikuti bahagian kedua wawancara MerdekaReview (MR), bersama Abdul Aziz Bari (AAB) melalui email.

MR: Dari sejarahnya, sistem perlembagaan kita direka dengan institusi Raja dikekalkan sebagai lambang untuk mempertahankan agama Islam dan kaum Melayu.  Mungkin ini antara puncanya mengapa institusi Raja menjadi isu "sensitif", kerana mengkritik "Raja" disamakan dengan "mempertikaikan Melayu dan Islam".

Atau dalam konteks hari ini, apakah Prof menganggap, "sensitif"nya isu institusi Raja sebenarnya berpunca daripada permainan politik kepartian?  Parti politik telah mengheret institusi Raja ke gelanggang politik kepartian, sebagai senjata dalam pergelutan politik.  Misalnya, dalam rampasan kuasa Perak pada tahun 2009, penyandang asal jawatan Menteri Besar, Mohd. Nizar Jamaluddin diserang sebagai "penderhaka" oleh UMNO, yang mana motifnya diketahui umum.


AAB: Apa yang dianggap sensitif itu pada saya sesuatu yang subjektif.  Lain orang lain tafsirannya.  Dalam konteks undang-undang hasutan seorang hakim, Tan Sri Azmi Kamaruddin, pernah menyebut dalam kes Mark Koding (1982) betapa undang-undang hasutan Malaysia payah difahami.  Menyeret istana ke kancah politik ini banyak sebabnya.  Tetapi jika istana tegas dan tahu peranannya itu saya fikir tidak akan berlaku.  Tetapi ada kalanya tuduhan itu timbul kerana pihak berkenaan hendak menyembunyikan sesuatu dan pihak ini mungkin berkata istana diseret ke dalam politik kerana istana memainkan peranannya yang sebenar.

Dalam kes Nizar itu saya dah sebut sikap dan pandangan saya yakni istana perlu melaksanakan kuasanya sebagaimana yang dihasratkan oleh perlembagaan; yakni selaras dengan demokrasi.  Ertinya kuasa budibicara itu perlu dilihat dalam konteks yang betul.  Bukan secara literal.

MR: Dalam tulisan prof, institusi Raja seharusnya melangkaui politik kepartian, supaya diterima sebagai lambang perpaduan negara.  Konsep ini diterima dan diamalkan di negara seperti Britain.  Namun, sebagaimana yang diamati, apabila Pakatan Rakyat diasak dengan serangan UMNO-BN dalam isu institusi Raja, wujud kecenderungan daripada pihak PR untuk menarik sokongan institusi Raja.  Misalnya, PKR pernah seketika dahulu mencadangkan agar kekebalan Raja dipulihkan.

Dalam senario politik sedemikian, apakah strategi ini adalah satu kemestian, ataupun sebenarnya PR boleh tampil dengan alternatif yang lain?


AAB: Saya tidak pasti apakah yang sebenarnya mereka maksudkan, khususnya mengembalikan kekebalan atau imuniti itu.  Ini sebenarnya tidak timbul kerana perlembagaan hanya boleh diubah melalui pindaan formal.  Saya tidak pasti apakah PKR mampu berbuat demikian kerana pindaan perlembagaan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga.  Sekarang ini usahkan hendak meminda perlembagaan, hendak menubuhkan kerajaan yang hanya memerlukan majoriti biasa pun masih belum mampu.  Saya tidak pasti apakah kekebalan atau imuniti yang menjadi kekuatan sistem beraja sebagaimana di Britain.  Ini kerana sistem beraja di sana sentiasa dikritik.  Bahkan kalau mengikut standard kita dipermain-mainkan atau diejek.

MR: Dalam konteks zaman sekarang, apakah Prof bersetuju, seandainya institusi Raja disesuaikan dengan peranannya sebagai lambang untuk mempertahankan SEMUA rakyat Malaysia - tanpa membezakan kaum dan agama.  Apakah ia mampu meredakan masalah perkauman dan agama yang meruncing?

AAB: Setahu saya institusi ini bukan lambang rakyat; institusi beraja ialah lambang autoriti negara dan lambang perpaduan rakyat.  Ia juga adalah jatidiri dan identiti negara dan sejarahnya.  Sama ada sistem itu mampu meredakan masalah kaum atau tidak itu bergantung kepada komitmen institusi itu sendiri.  Pada saya pengekalan sistem beraja itu sendiri sepatutnya sudah mampu mengelakkan timbulnya gerakan kanan dan ekstrem.  Dengan kata lain, sekiranya sistem beraja itu dihormati maka tidak akan muncul gerakan berhaluan kanan yang pada asasnya muncul kerana tidak wujudnya institusi seperti sistem beraja.

MR: Baru-baru ini beberapa isu yang agak sensitif untuk masyarakat Melayu dicungkil.  Misalnya isu Mat Indera, di mana isu di sebaliknya adalah perjuangan komunis.

Prof pernah dalam satu ceramah membidas bahawa kerajaan sebenarnya tidak mematuhi Perjanjian Haadyai 1989, apabila Chin Peng tidak dibenarkan balik ke Malaysia.


Isu di sini sebenarnya melibatkan integriti, iaitu sama ada sesebuah negara patuh kepada janjinya.  Namun, suara "dominan" dalam masyarakat Melayu tidak melihat dari perspektif ini, sebaliknya lebih didorong sentimen ketika menangani isu ini, misalnya mencungkil semula emosi bekas tentera yang tercedera ketika memerangi komunis.  Persoalannya, apakah di sini "emosi" mengatasi segala-galanya?


AAB: Saya tidak melihatnya begitu.  Bukan soal emosi mengatasi segala-galanya tetapi ada media tertentu yang dibiarkan bermaharajalela dan berbuat sesuka hati.  Mereka hanya memaparkan perspektif yang disukai oleh pemerintah yang belum tentu sempurna dan betul.  Apa yang saya katakan itu adalah fakta, ia bukan pendapat saya.  Ia hanyalah paparan yang perlu diketengahkan kerana masyarakat sudah lupa atau tidak tahu.

MR: Sebagai pakar perundangan, sejauh manakah prof menilai semangat "rule of law" ini dipraktikkan dalam masyarakat kita?  Padahal dalam rukun negara kita melafazkan "keluhuran perlembagaan".  Seandainya semangat itu masih tipis dalam masyarakat kita, apakah puncanya?  Bagaimana kita boleh berusaha ke arah itu?

AAB: Masalah yang kita hadapi ialah kita melakukan itu sebagai ritual yang kosong, yang tidak ada makna apa-apa.  Keluhuran perlembagaan perlu dihidupkan dalam masyarakat.  Tetapi realiti kita adalah sebaliknya.  Sebuah negara yang bukan sahaja penuh dengan undang-undang drakonia dan pelaksanaan yang memilih-milih dan tidak adil.  Keluhuran perlembagaan bukan untuk diulang-ulang seperti burung kakak tua.  Ia perlu dilaksanakan supaya rakyat komited dan sedia mempertahankannya.

MR: Masyarakat Melayu mungkin mengalami "gegaran fikrah" lantaran beberapa isu yang dibangkitkan baru-baru ini, Mat Indera, peranan Sultan dan sebagainya.  Politikus mungkin lebih berhati-hati, kerana seandainya mengambil langkah terlalu ke depan, mereka bimbang kehilangan undi seandainya gagal menjelaskan kepada pengundinya.

Di sini, mungkin cendekiawan, pemikir dan ahli akademik boleh memainkan peranannya.  Sejauh manakah golongan intelektual ini memainkan peranan mereka yang seharusnya?  Apakah harapan Prof terhadap mereka?


AAB: Kita banyak universiti dan ramai profesor.  Tetapi ini tidak semestinya bermakna bahawa kita ramai intelektual.  Lihat sahajalah apa yang berlaku dalam isu Mat Indera itu.  Dan apa yang saya sendiri tanggung sekarang.  Saya menghargai sokongan rakan-rakan dan saya harap mereka dapat memainkan peranan dalam bidang masing-masing.  Termasuk berkongsi dengan masyarakat apa yang mereka kaji dan ajar.

MR: Prof mungkin tidak perlu berdepan dengan risiko seandainya memilih untuk berdiam diri dalam isu-isu yang kontroversial.  Tetapi mengapa Prof sebagai kaki tangan dalam institusi pengajian tinggi awam mengambil langkah untuk tampil ke depan, malah tidak berundur apabila diserang?

AAB: Saya tidak mahu angkat bakul.  Memadai jika saya katakan saya percaya dan komited dengan cita-cita kebenaran dan keadilan.  Ini semua perlu diperjuangkan.  Secara kebetulan saya ahli akademik.  Jadi saya pilih jalan ini.  Kalau saya petani atau ahli politik saya akan gunakan cara dan pendekatan yang lain yang sesuai dengan pekerjaan saya. (Bahagian kedua, tamat)
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Wawancara di atas dijalankan melalui email.

Abdul Aziz Bari: Majoriti yang sokong saya Melayu.....(1)


Lim Hong Siang


 
Di bumi Malaysia yang serba-"BOLEH" ini, pertikaian sejarah boleh diheret ke mahkamah.  Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akhirnya hanya boleh berbahas dengan pendakwaraya, selepas cabarannya untuk berdebat tidak disahut Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin.

Kini, pertikaian seorang pakar perlembagaan terhadap penggunaan kuasa oleh Sultan Selangor, mungkin juga boleh diheret ke mahkamah.  Abdul Aziz Bari, Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), disoal-siasat polis di bawah Akta Hasutan pada pagi ini, berikutan satu laporan yang dibuat oleh Senator Mohd Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober 2011.

Abdul Aziz Bari (gambar kiri), 52, dipetik pandangannya oleh Malaysiakini pada 11 Oktober 2011, bahawa tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim.  Kenyataan beliau dibidas dalam Utusan Malaysia, malah ada yang membuat aduan polis terhadap Abdul Aziz Bari dan Malaysiakini.  Ekoran daripada itu, Abdul Aziz Bari dan wartawan Malaysiakini disoal-siasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 17 Oktober 2011.

Meskipun isu ini dilihat agak "sensitif", sehingga tidak ramai yang berani tampil untuk mempertahankan kebebasan bersuara seorang ahli akademik, namun, dalam satu wawancara melalui email bersama MerdekaReview, Abdul Aziz Bari memaklumkan, "... dari sokongan yang saya terima secara individu, ramai orang Melayu yang bersama saya sebenarnya.  Majoriti yang menyokong saya ialah orang Melayu."

Ikuti bahagian pertama wawancara Abdul Aziz Bari (AAB) bersama MerdekaReview (MR):

MR: Seandainya diimbas kembali kenyataan dan tulisan Prof sebelum ini, akan didapati bahawa ini bukan kali pertama Prof mengemukakan kritikan terhadap institusi Raja.  Untuk prof, mengapa kritikan kali ini mengundang reaksi yang sebegitu besar, sehingga Prof disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan kemudian pihak polis?

AAB: Saya tak tahu; soalan itu perlu diajukan kepada mereka.  Saya jangka mungkin ia kerana adanya report terhadap saya kali ini.  Cuma soalannya mengapa sekarang.  Mungkin kerana pilihan raya dah dekat.  Mungkin juga kerana dulu mereka tak sedar, mereka tidur.

MR: Pada hakikatnya, adalah tidak sukar untuk memahami pendirian Prof dalam isu institusi raja, seandainya mengikuti tulisan Prof yang disiarkan sebelum ini.  Prof sejak awal menegaskan bahawa Sultan/Raja boleh dikritik dalam ruang batas yang dibenarkan.
Garis itu jelas apabila dalam satu kes yang melibatkan Karpal Singh, Prof menulis Karpal "yang dilaporkan menyebut soal perlunya kita tidak kembali ke zaman feudal" mungkin boleh dianggap "menyindir institusi beraja", lantas memberi kesempatan kepada musuh politik untuk menghentam Karpal, malah disabitkan dengan Akta Hasutan.  Pendirian sedemikian seolah-olah tidak difahami, sehingga Prof diheret untuk disoal-siasat.

AAB: Pendirian mereka memang sukar difahami oleh logik biasa.  Apalagi media berkenaan begitu kuat menghentam Raja-Raja sewaktu krisis antara mereka dengan kerajaan persekutuan pada 1983 dan 1993.  Dan hari ini mereka yang menghentam Raja-Raja ketika itu pun mengatakan saya kurang ajar.  Sedangkan kenyataan saya tidaklah seteruk kenyataan mereka.  Saya tidak pertikai kedudukan dan peranan Raja, hanya sekadar memberi pandangan tentang cara kuasa yang ada di tangan mereka digunakan.

MR: Apakah soalan yang diajukan polis kepada Prof sepanjang soal-siasat tadi?  Daripada soalan-soalan yang diajukan, apakah Prof menganggap ia lebih kepada menyiasat individu Prof, atau kenyataan Prof dalam isu ini?   Dari situ, apakah Prof menganggap bahawa wujudnya motif politik di sebalik soal-siasat ini - memandangkan Prof begitu lantang dalam kritikan terhadap kerajaan yang sedia ada?

AAB: Saya tak ingat, tapi ia termasuk soal-soal peribadi seperti tarikh dan tempat lahir.  Saya tak pasti sama ada ia ke atas saya sebagai individu atau kepada kenyataan saya.  Logiknya kedua-dua ini boleh berkait.  Contohnya orang yang lebih berusia mungkin lebih lembut dan seumpamanya.  Saya tak pasti ada motif politik atau tidak, dan tidak taktikal untuk saya menyentuh soalan begini.  Apa pun saya dimaklumkan bahawa laporan polis juga dibuat ke atas Prof. Datuk Dr Zainal Kling tetapi tidak ada tindakan setahu saya.  Walaupun ia tidak berkaitan dengan institusi Raja ia menimbulkan kemarahan masyarakat, atau sebahagian dari mereka.

MR: Jelas, Prof telah menyentuh satu isu (institusi Raja) yang dianggap "sensitif" dalam konteks politik Malaysia.  Hampir tiada pemimpin politik yang berani untuk menyokong Prof secara terbuka.  Lebih-lebih lagi, ahli akdemik yang lain juga berdiam diri dalam isu ini, melainkan bekas mufti Perlis, Dr.Mohd Asri Zainul Abidin yang tampil memberi sokongan kepada Prof melalui laman sosialnya.  Apakah prof terkilan dengan keadaan sedemikian?


AAB: Sebenarnya ada walaupun tak ramai.  YB Sallahudin Ayub ada buat kenyataan mempertikai siasatan SKMM itu semalam.  Tengah hari ini CheGu Bard dari SAMM membuat kenyataan umum menyokong saya.  Saya faham kenapa orang politik tidak ramai yang ke depan.  Ini kerana mereka melihat isu ini ada kesan kepada pengundi Melayu walaupun dari sokongan yang saya terima secara individu, ramai orang Melayu yang bersama saya sebenarnya.  Majoriti yang menyokong saya ialah orang Melayu. (Bahagian pertama, bersambung)
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Wawancara ini dijalankan melalui email.

BILA MAHATHIR NAK JADI RAJA AFRIKA


BLACK MONEY DI TANGKAP DI INDIA




POLIS PERAK TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN ANTARABANGSA BERNILAI RM2 JUTA
– berita hairan

IPOH: Polis Perak berjaya menumpaskan dua sindiket penipuan antarabangsa, 'African Scam' dan Penipuan Macau membabitkan kerugian hampir RM2 juta, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata sebanyak 44 kes penipuan African Scam dilaporkan sepanjang tahun ini dengan jumlah kerugian RM847,149, manakala 55 kes penipuan kewangan yang berpusat di Macau membabitkan kerugian sebanyak RM935,984 bagi tempoh sama.

Kegiatan penipuan African Scam terbongkar selepas penangkapan 15 individu membabitkan 12 lelaki warga Afrika dari Nigeria selain dua wanita tempatan dan seorang rakyat Singapura yang ditahan pada 7 Oktober lalu di Kuala Lumpur dan Selangor manakala penipuan Macau masih dalam siasatan dan tiada sebarang tangkapan dibuat.



DI TANGKAP DI AMERIKA


KOLEJ SARANG PENJENAYAH? - meloya

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Betapa mudahnya pelajar warga asing khususnya dari benua Afrika untuk masuk ke negara ini, seterusnya menjalankan kegiatan berunsur jenayah dan seolah-olah dilindungi pula oleh kolej swasta tempat mereka belajar.

Modus operandinya, pelajar itu hanya perlu mendaftarkan diri di kolej terbabit tanpa diwajibkan menghadiri kelas. Mereka hanya perlu menduduki peperiksaan apabila tiba waktunya.

Jika gagal, mereka akan dibantu pihak kolej untuk memperbaharui visa kemasukan dan pas pelajar bagi menyambung pengajian sekali gus tinggal di negara ini.

Malah, terdapat pelajar asing yang cuba memperbaharui dokumen mereka lebih daripada sekali, meskipun tidak pernah hadir kelas dan disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah seperti dadah, pelacuran dan penggubahan wang haram.

Kegiatan lima buah kolej swasta di ibu negara itu yang seolah-olah melindungi pelajar asing tersebut terbongkar apabila ia dikesan Jabatan Imigresen ketika membuat permohonan memperbaharui dokumen pelajar masing-masing.

Pihak Imigresen bagaimanapun menolak permohonan itu selepas mengesyaki pas beberapa pelajar tersebut disalah guna hasil siasatan terperinci ke atas rekod kehadiran ke kelas serta keputusan akhir peperiksaan.

Malah, ketika permohonan, pihak pengurusan kolej bersungguh-sungguh merayu supaya dokumen pelajar mereka diperbaharui, dipercayai kerana pelajar tersebut sudah membayar wang pengajian.

NOTA:
ini bukan kenyataan rasis
ini kenyataan rasional
kenapa kita tak ada masalah cari masaalah
kenapa tak ada beban batu di galas
kita telah banyak masaalah dengan mat bangla jadi patriot
kita telah banyak masalah dengan mat indon jadi pengundi
ini nak bawa beban lagi?
apa punya gila!

orang itam yang datang ke sini bukan semuanya nak berlajar
ramai penyangak dan penyamun
ramai penipu dan orang jahat

ini semua berlaku apabila madey
ingin jadi raja afrika

ingat tak?

madey arahkan orang afrika boleh datang
masuk ke malaysia ini tanpa visa
meloroh masuk mat itam ini

dunia tahu orang nigeria kaki scam
malah ada negara di afrika sendiri tak beri warga nigeria masuk
sila tanya orang kenya
adakah mereka suka warga nigeria?
sila tanya warga aljeria
adalah mereka suka orang nigeria?
jangan cakap orang barat – memang mission impossible

semua ini kerana kolej dan universiti swasta
semua ini kerana kroni buka universiti dan kolej
nak bawa masuk pelajar luar
meloroh masuk mat itam

woit... kalau depa bijak mereka belajar di yale dan havard
apa ke jadah nya pergi pasar chow kit beli perit lembu

tak caya?
sila masuk pasar chow kit petang ini
pergi sebelah hujung dan lihat mat itam
jantan betina beli perut lembu
pelancung kepala bana apa beli perut lembu
kah kah kah

NOTA:
tt bukan anti orang hitam
tapi pengalaman mengatakan orang itam akan bawa masalah
dimana mereka duduk – harga rumah akan jatuh
dimana mereka menginap – banyak kerosakan dan jenayah

NOTA:
untuk mereka yang berani mengatakan TT RASIS
sila ambil budak nigeria jadi anak angkat
sila ajak orang itam sewa rumah di kawasan mereka
sila jadikan anak menantu kah kah kah


NOTA:
kita bukan tak suka orang itam
kerana kulit mereka itam
orang itam ini selalu menggunakan isu kulit itam mereka
mereka akan menuduh kita rasis kerana tak suka kulit mereka hitam

ini karut!

ini samalah perangai macam zionis di isreal
kita marah israel kerna mengzalimi warga arab
lalau mereka menuduk kita anti semitik

lihat tiap hari kita terima email:
ada perempuan cun ingin berkenalan
ada perempuan sabah ayah mat saleh duduk di london ingin melawat malaysia
ada minah cun setengah china setengah mat saleh cari suadara lama di melaka
kita menang loteri
ada duit tersangkut diswiss bank
ada duit teersimpan kerana kapalterbang pacah
seribu satu penipuan

semua ini adalah kerja mat itam dari nigeria!

NOTA:
bukan kulit hitam yang kita timbulkan
tetapi kejahatan
orang papua kulit hitam
kita tak tibai kerana mereka tak bawa masalah

gerombolan sama kulit kita tibai juga
vincent tan kita tibnai juga
ananda kita tibai juga
syed mokhtar kota tibai juga
bukan kerana kulit
kerana mereka orang jahat
macam zul nordin kah kah kah

NOTA:
kalau ada pembaca tt
yang menafikan mereka TIDAK pernah terima surat sedemikian
makan dunia ini akan kiamat ahad depan jam 4.47 minit petang

Keluarga Sarbaini mahu Najib tubuh S'jaya Diraja



Muhammad Faizal   
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Keluarga bekas Penolong Pengarah Kastam, Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamad hari ini menuntut agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertegas dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kembali kematiannya.
Peguam N Surendran yang bersama keluarga allahyarham menjelaskan pada satu sidang media di parlimen, tujuan keluarga itu hadir adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri serta menuntut agar kes tersebut dibuka kembali.
"Pada 6 April yang lepas Penolong Pengarah Kastan Ahmad Sarbaini Mohamad dijumpai mati dalam keadaan syak di pejabat Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Arwah pada masa tersebut di bawah siasatan SPRM, berada di pejabat SPRM untuk tujuan siasatan tersebut dan berada di bawah kawalan SPRM pada masa kematiannya.
"Namum pada 26 Sepember yang lepas, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa kematian arwah adaah disebabkan nahas (misadventure). Atas sebab inilah keluarga arwah datang membuat tuntutan kerana tidak berpuas hati," jelas Surendran.
Tambah Surendran lagi, antara sebab keluarga menolak keputusan tersebut kerana terdapat keterangan oleh pakar polis yang tidak mempertikaikan bahawa rakaman CCTV selama 22 jam dipadamkan oleh seseorang yang mempunyai kemahiran dan tempoh rakaman yang dipadamkan itu merangkumi masa arwah berada di SPRM dan menemui ajal.
"Selain dari itu adalah sukar dipercayai bahawa arwah yang pergi ke pejabat SPRM secara sukarela kemudiannya kononnya cuba meninggalkan pejabat tersebut melalui tingkap di tingkat 3.
"Terdapat keterangan jelas menunjukkan pegawai SPRM bertindak agresif terhadap atwah termasuk merampas telefon bimbitnya, walaupun tujuan lawatan arwah pada hari tersebut adalah untuk meminda kenyataan bertulisnya," katanya lagi.
Surendran juga memberitahu keluarga arwah juga tidak berpuas hati pada saat kematian itu berlaku.
"Sebagai sebuah badan awam, mereka seharusnya mencari kebenaran dan mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai mereka yang bertindak secara salah.
"Selain itu juga sepanjang perbicaraan SPRM dan Jabatan Peguam Negara telah menyerang nama baik arwah dengan mengemukakan keterangan yang kononnya arwah terlibat dalam kes rasuah walaupun ini tidak relevan bagi siasatan koroner," sambungnya lagi.
Surendran berpendapat terdapat foul play dalam kes kematian arwah dan keluarganya menuntut agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan kadar segera dan menyiasat kembali kes kematian itu.
Dalam pada itu, sepupu Allahyarham Sarbaini, Mokhtar Mansor, 53, mempertikai bagaimana gambar  yang terdapat di dalam telefon arwah boleh berada di tangan blogger pro Umno papagomo sehingga mengeluarkan fitnah mengatakan arwah mempunyai perempuan simpanan.
"Kenyataan papagomo mengatakan arwah mempunyai perempuan simpanan adalah tidak benar serta fitnah dan gambar remaja perempuan tersebut adalah merupakan kawan kepada anaknya.
"Kawan kepada anak arwah telah meminjam telefon arwah untuk mengambil gambar dan ini diketahui oleh keluarga arwah sendiri, apa yang ditimbulkan di sini bagaimana gambar di dalam telefon arwah boleh berada di tangan papagomo jika tidak ada pihak yang benar-benar merancang serta berniat jahat," katanya.
Beliau berharap perkara itu juga disiasat selain menuntut pembelaan terhadap kematian arwah Sarbaini.
Turut hadir pada sidang media tersebut adalah bapa allahyarham, Mohamad Itam, 78, dan juga ibunya Aishah Abdul Raof, 73, serta saudara-saudaranya yang lain.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menberitahu pihaknya akan membantu agar memorandum tersebut dapat disampaikan kepada Perdana Menteri dan akan membawa perkara tersebut ke parlimen bagi mengetahui jawapan daripada kementerian terbabit.

Kalau Mahu Kebal Jadi Ahli UMNO?

Umno ditempelak kata 'binatang' kepada sultan
Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Para pemimpin Umno ditemplek pada persidangan Dewan Rakyat hari ini kerana pernah mengatakan 'binatang' kepada Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada satu kejadian di Kuala Terengganu beberapa tahun lalu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (kanan) berkata, kejadian itu tidak dapat dilupakan oleh beliau apabila bercakap mengenai keperluan setiap rakyat negara ini mempertahankan dan menghormati sultan atau raja-raja Melayu.

Menurut beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, namun apabila menyebut atau menyentuh tentang raja-raja, di Terengganu, pemimpin Umno sanggup kata "menatang" (binatang) kepada Tuanku Sultan.

"Inikah yang dikatakan menghormati atau mempertahankan raja-raja?" kata beliau ketika mencelah sewaktu Ahli Parlimen Maran (BN), Datuk Ismail Abdul Mutalib berucap pada persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Perkataan "Natang" atau "Menatang" yang bermaksud "binatang" itu diucapkan oleh pemimpin Umno yang ditujukan kepada Tuanku Mizan, ketika kumpulan pemimpin parti itu yang menyokong Datuk Idris Jusoh menentang perlantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Ucapan yang amat keterlaluan itu dipaparkan oleh mereka menerusi sepanduk yang dibawa ke sekitar kawasan istana, pada satu tunjuk perasaan bagi menggambarkan protes mereka terhadap tindakan Tuanku Mizan yang mahu melantik Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru untuk menggantikan Idris.

Perbuatan keterlaluan para pemimpin dan penyokong-penyokong Umno itu juga bukan sekadar tidak dapat dilupakan oleh rakyat Terengganu, malah seluruh rakyat negara ini.

Persoalan tersebut ditimbulkan oleh Abdul Wahid sebagai ingatan kepada para pemimpin Umno agar mengingatkan mereka dan penyokong parti itu sendiri terlebih dahulu supaya sentiasa menghormati dan mempertahankan sultan atau raja-raja Melayu sebelum mengingatkan orang lain.

Menjawab perkara yang dibangkitkan itu, Ismail yang ketika itu sedang berucap melibatkan keperluan setiap rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan agama menghormati raja-raja Melayu berkata, ingatan beliau itu sememangnya ditujukan kepada semua pihak.

Beliau kemudiannya menyalahkan pula kepada Abdul Wahid kerana membangkitkan perkara itu yang seolah-olah sengaja mahu mengenakan pemimpin Umno tanpa kononnya melihat kesalahan sendiri.

Sikap beliau yang seperti enggan menerima realiti itu menyebabkan beberapa orang ahli Parlimen lain dari Pakatan Rakyat turut menempleknya dengan ketawa sinis.
Komen: Kenyataan Prof Aziz Bari lebih berlapik dan bertamadun lagi berbentuk nasihat kepada raja, bukannya menyumpah seranah raja sebagaimana yang pernah dibuat oleh UMNOBN!

Di mana Letaknya Kebebasan Di Malaysia? Apakah Ada Tangan Ghaib?

UIA gantung tugas Aziz Bari
Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.

Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.

Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

NONESelain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.

Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti".

Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Protes di masjid esok
Usaha Malaysiakini mendapat reaksi daripada bahagian pentadbiran dan pengurusan UIA setakat ini masih belum berhasil.

Bagaimanapun, Berita Harian hari ini melaporkan sumber dari pejabat rektor UIA, Datuk Prof Zaleha Kamaruddin mengesahkan surat itu dikeluarkan pihaknya semalam.

NONEAziz dalam masa yang sama disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya.

Wartawan Malaysiakini turut disiasat oleh pihak berkuasa kerana portal itu menyiarkan pandangan kontroversi itu.

Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz kemudian menjelaskan Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak menuntut pemansuhan institusi itu.
Sebelum ini, SKMM dan pihak polis juga telah menyoal beberapa kakitangan Malaysiakini, termasuk wartawan dan editornya berhubung isu yang sama.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin mengajak alumni universiti itu mengadakan protes di Masjid UIA di Gombak selepas solat Jumaat esok bagi menyatakan sokongan kepada Aziz.

Shamsul antara lulusan universiti itu dalam bidang undang-undang.

Kemboja & Indonesia Larang Rakyatnya Jadi Pembantu Rumah di Malaysia: Majikan Malaysia Sadis?

RM20 Juta Dibazirkan Apabila Kemboja Larang Rakyatnya Jadi Amah Di Malaysia

PETALING JAYA: Hampir RM20 juta telah dibayar, namun pembantu rumah warga Kemboja masih tidak dapat dihantar ke Malaysia.
Justeru apabila kerajaan Kemboja telah mengeluarkan arahan melarang rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini, maka agensi pembantu rumah tempatan serta majikan di negara ini berada dalam keadaan terawang-awang dalam mencari jalan penyelesaian dalam isu tersebut.
Sebuah syarikat agensi pekerja asing mendedahkan kira-kira RM100 juta telah dibazirkan ketika kerajaan Indonesia mengeluarkan arahan melarang rakyatnya bekerja sebagai amah di Malaysia pada 2009.
“Agensi pekerja asing di Kemboja telah mengemukakan rayuan kepada kerajaan negara tersebut supaya membenarkan amah yang telah ditempah oleh majikan Malaysia bekerja di negara ini,” kata Setiausaha Pikap, Lim Mei Yun.
Dia berkata jumlah wang yang ditelah dibayar sebelum ini akan dapat dikurangkan sekiranya kerajaan Kemboja bersetuju untuk membatalkan larangan supaya pembantu rumah daripada negara tersebut dibenarkan bekerja di Malaysia.
"Kita telah terperangkap apabila larangan tersebut dikuatkuasakan serta merta selepas diumumkan.
"Kita hanya mengetahui mengenai larangan itu apabila membacanya di surat khabar. Sebaliknya larangan yang serupa pernah dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia namun kita diberi tempoh kira-kira sebulan sebelum ia berkuat kuasa,” katanya.
Sementara itu, pemangku Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa), Jeffrey Foo berkata kerajaan dan agensi bertanggungjawab perlu bekerjasama dalam mencari jalan penyelesaian terbaik dalam isu tersebut.
Pada Jumaat, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen telah mengumumkan larangan terhadap penghantaran pembantu rumah ke Malaysia.Hun Sen dilaporkan berkata beliau kecewa dengan isu penderaan dan kes rogol yang berlaku terhadap pembantu rumah warga Kemboja oleh majikan di negara ini.
Lebih memburukkan keadaan itu, apabila pada Rabu pihak Kedutaan Filipinan memaklumkan bahawa pihaknya lebih berminat untuk menghantar rakyat Filipina yang mahir dan separuh mahir ke Malaysia dan bukannya bekerja sebagai pembantu rumah.
Dalam perkembangan lain:
* Ekoran kekurangan bekalan tenaga pekerja domestik, agensi pekerja asing terpaksa meminta kerajaan membenarkan kemasukan pembantu rumah sambilan
* Malaysia juga akan menubuhkan sebuah pusat hentian setempat (one stop centre) bagi melihat semua masalah yang melibatkan pembantu rumah
* Agensi pembantu rumah juga berharap lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke Lombok dapat menentukan mengenai penarikan balik moratorium ke atas pembantu rumah warga Indonesia ke Malaysia
* Agensi pekerja asing di Kemboja sedang memohon kepada kerajaan mereka supaya membenarkan penghantaran pekerja domestik yang telah dibayar oleh pihak majikan mereka untuk di hantar ke Malaysia.

Rakyat Filipina Tidak Dibenarkan Jadi Amah Di Malaysia
KUALA LUMPUR: Kedutaan Filipina di sini lebih suka pekerja mahir dan separuh mahir negara itu bekerja di Malaysia daripada pekerja untuk perkhidmatan dalam keluarga isi rumah.
Kedutaan berkenaan dalam kenyataannya di sini, Rabu berkata Filipina dan pihak berkuasa negara tuan rumah lebih mudah menentukan hak dan kebajikan pekerja mahir dan separuh mahir bekerja di pejabat dan kilang daripada mereka yang bekerja untuk keluarga.
Kedutaan itu memberikan reaksi ini selepas sebuah agensi pekerjaan tempatan menyatakan bahawa adalah lebih baik para majikan mengambil pekerja untuk keluarga dari Filipina.
Filipina telah memutuskan syarat yang ketat jika mengambil warga negara itu bekerja untuk keluarga termasuk membayar gaji minimum US$400 (RM1,200) seperti terkandung dalam undang-undang republik itu. -BERNAMA

Kisah Pegawai Bank Tinggalkan Hindu Masuk Islam

Ada seorang pegawai di salah sebuah bank terkenal di negara kita yang bekerja dalam sektor pinjaman komersial. Dia seorang penganut agama Hindu yang taat dan amat aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan di salah sebuah kuil yang amat terkenal di negara kita. Dia sering mengulang kaji kitab Veda bagi memantapkan kefahaman dalam agama Hindu anutannya.
Sepanjang ulangkajinya ada beberapa perkara yang menimbulkan kemusykilan dalam hatinya terutamanya dalam bab berhala yang disembah oleh orang Hindu. Pernah satu hari dalam mesyuarat bersama para sami, dia bertanyakan kemusykilannya tentang dari mana datangnya ajaran bahawa ada banyak Tuhan dan kenapa ada berhala mereka yang punyai banyak tangan.
Tersembul biji mata para sami mendengar soalannya. Mereka bertanya kenapa dia mahu tahu. Dia berkata sepanjang pengamatan dalam kittab veda, apa yang difahaminya adalah Tuhan itu tidak ada yang menyerupainya dan Tuhan itu Maha Berkuasa, tak ada pula kata yang Tuhan itu banyak tangan, sebagai contoh.

Para sami berkata, banyak tangan itu maknanya amat berkuasa dan amalan tersebut sudah lama menjadi ajaran turun temurun mereka. Lalu pegawai bank tersebut bertanya tidak bolehkan kita hanya mengikuti ajaran kitab Veda tanpa menyembah segala berhala yang direka-reka yang tidak ada disebutkan di dalam kitab tersebut.
Apalagi, merah menyalalah mata semua para sami mengutuk cadangan pegawai bank muda tersebut dan sejak itu dia tidak lagi mempersoalkan semua kemusykilannya dan meneruskan segala kerja baiknya membantu orang-orang yang memerlukan. Dia aktif menyumbang pada kuil tersebut seperti biasa.
Suatu petang, balik dari tempat kerjanya dia terus membuka TV dan duduk sebentar melihat program yang ada. Masa itu satu program kuliah agama disiarkan dan kebetulan penceramahnya berkata, "Bagaimana baikpun seseorang itu terhadap manusia, membuat segala amal kebajikan, tetapi seandainya dia bukan Islam, maka nescaya semua itu sia-sia dan nerakalah tempatnya jika dia mati dalam keadaan itu..."
Dia terus tersentak dengan ayat tersebut dan begitu marah sekali lalu terus menutup siaran tersebut tidak mahu mendengar lanjutan dari program yang disiarkan. Tetapi ditakdirkan Tuhan, ayat itu benar-benar menghantuinya dan dia amat marah pada penceramah itu, tidak dapat menerima bahawa segala amalnya membantu orang ramai tak kira agama hanya sia-sia dan akan berakhir di neraka.
Saban hari perkataan itu berulang-ulang di telingannya sehinggakan ia menjejaskan kehidupan seharinnya. Pada satu hari salah seorang pelanggannya seorang tua berbangsa Melayu bertanya samada dia ada menghadapi masalah melihatkan sikapnya yang berubah tidak lagi ceria seperti dahulu.
Lalu dia bertanya pada pakcik itu samada dia kenal seorang ustaz begini begitu rupanya yang dilihatnya berceramah di dalam satu siaran TV beberapa hari lalu. Lalu pakcik itu berkata, kalau betul gambaran yang diberikan itu adalah Ustaz Harun Din (masa itu belum kena banned lagi).
Dengan pantas pegawai India itu bertanya samada pakcik tersebut mengenalinya. Dia ingin berdepan dengan Ustaz itu dan menyatakan ketidak puasan hatinya. Lalu diceritakanlah apa yang berlaku pada pakcik tersebut dari mula hingga akhir. Kebetulan pakcik itu mengenali Ustaz Harun Din dan pada satu hari dia membawa Pegawai itu menghadiri kuliah Ustaz Harun Din.
Sebelum dapat bertemu dengan Ustaz Harun Din, dia terpaksa menunggu sebentar sehingga habis kuliah maka diikutilah kuliah itu dari mula hingga habis. Kebetulan Ustaz Harun Din sedang memberikan kuliah mengenai akidah.
Sepanjang kuliah, apa saja yang di perkatakan oleh Ustaz, dia merasakan seolah-olah Ustaz hanya menujukan padanya seorang sahaja. Semuanya terkena batang hidungnya satu persatu dari mula hingga akhir. Terutamanya petikan ustaz bagaimana Al-Quran menempelak para kafir Kuraish yang menjadikan amalan turun temurun datuk nenek sebagai alasan menolak kebenaran.
Semua apa yang dihuraikan oleh Ustaz tentang ketuhanan dan ajaran Islam adalah sebagai mana yang ditemuinya di dalam kitab veda dan Islam menolak segala amalan penyembahan berhala yang jauh terpesong dari ajaran agama sebenar.
Diringkaskan cerita, hari itu segalanya bertukar. Daripada mahu menyatakan rasa tak puas hatinya pada Ustaz Harun Din, dia terus memeluk Islam dengan yakin bahawa itulah agama yang sebenar-benarnya yang difahaminya dan dicari selama ini. Demikian lebih kurang ceritanya.
Dari cerita di atas kita dapat melihat betapa dari segi akidah ketuhanan, mereka yang mencarinya dan memikirkannya tidak akan dapat lari daripada menemui bahawa akidah Islam adalah akidah yang murni dan mengatasi segala yang lain. Jika kita sentiasa mempercayai kewujudan Tuhan dan menggunakan akal yang sihat, maka kita tidak akan dapat menerima ajaran selain daripada Islam.
Sebaliknya jika fokus utama kita lebih kepada diri kita dan hanya memikirkan cara bagi memuaskan kehendak nafsu keseronokan sahaja tanpa sedikitpun kembali kepada mengingati dan memikirkan tentang Tuhan, maka kita akan hanyut mengejar keseronokan dunia sehinggakan kadang kala terjerumus ke lembah kesesatan.
(dikutip dr warta shubhi)

Biar Fitnah Jadi Budaya Kita ?

Mula-mula serang parti pembangkang,

lepas tu serang peribadi pemimpin pembangkang,

masih tak puas hati,
mula serang keluarga pemimpin pembangkang,
serang anak remaja yang masih bersekolah agar hancur hidupnya,
biar musnah keturunan pemimpin pembangkang,
biar pembangkang menyesal jadi pembangkang,
agar tidak ada lagi yang sanggup jadi pembangkang,
agar hanya satu pihak saja yang berkuasa,
supaya mereka boleh buat apa saja,

sebelum itu,
fitnah...
fitnah...
fitnah...
fitnah...
fitnah...
fitnah...
fitnah...
biar rakyat keliru,
biar tidak ada yang mahu ambil tahu,
biar rakyat angkat para pemfitnah jadi wira negara,
biar pemfitnah dipuja,
biar pemfitnah jadi raja,
biar fitnah jadi budaya,
.....fitnah memfitnah budaya kita...(Nyanyi ikut rentak lagu budi bahasa budaya kita...)


dikutip dari wartasubhi

Wednesday, October 19, 2011

Nasi 1Malaysia......

TAK PERCAYA -HANG CUBA PERGI BELI

NOTA:

ini betul betul kelentong
hang tengok apa dalam pinggan
hanya 4 ringgit

hang pi laa kedai tu
kalau hang dapat harga ini
kah kah kah

lun pikie laaa sendiri


INI MENU TIPU RAKYAT - meloya

Najib Razak memuji makanan yang dijual di restoran yang menyertai Program Menu Rakyat satu Malaysia sambil menyifatkannya sebagai sedap dan berkualiti.

Perdana Menteri menyatakan sedemikian selepas menikmati nasi berlaukkan ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom di Restoran Ukhwah di Lorong Medan Tuanku di sini hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob yang mengiringi Perdana Menteri, berkata, kunjungan Najib ke premis itu adalah untuk menikmati dan menilai sendiri kualiti makanan yang dijual kepada rakyat pada harga RM4 untuk makanan tengah hari dan RM2 untuk sarapan.





































KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


ini menu tipu rakyat
kah kah kah


(TT)

Broker Tanah Melayu.........................................

  Broker ini bukan saja hidup di KL, mereka ada di tiap ceruk negeri. Susah kalau nak tengok kehijauan pokok kecuali rumah batu yang rendah dan tinggi penuh jalan tar bersimpangsiur...kalau nak tengok jugak kena pegi hutan itu pun yang dah hampir botak dengan hasil balak yang telah ditebang! Ataupun penuh dengan hutan kelapa sawit......

....Tak lama lagi, kalau nak tengok pokok kita kena pegi taman botani, kalau nak lihat binatang kena pegi zoo, tempat khusus melihat orang bersawah.........

 

MEMAHAMI HARGA DAN NILAI



HANYA TINGGAL KENANGAN



NOTA:
ini istana kucik
telah dirobohkan
dalam tahu 60'an
untuk memastikan
tidak ada hubungan
istana dengan tanah anugerah ini!




KAMPONG BARU HARGA DAN NILAINYA

Pembaca yang budimana – saudara saudari pasti telah terbaca atau terdengar kenyataan Pak Menteri Islam dari United Malay National Organisation tentang betapa berharganya tanah Kampong Baru. Dari akhbar dan tv kita semua diberitahu bahawa tanah Kamnpong Baru ini berhampiran dengan bangunan Petronas. Justeru tanah Kampong Baru ini setaraf harganya dengan tanah di Segi Tiga Emas Bukit Bintang.

Kenyataan Pak Menteri Islam ini amat tepat. Para Menteri Melayu Islam ini memang tahu harga yang betul. Kita diberitahu bagaimana harga tanah di Jalan Raja Alang hanya 2 ringgit untuk satu kaki persegi berbanding dengan 2000 ringgit di Jalan Pudu. Ini adalah kenyataan saheh. Kenyatan yang tidak boleh kita pertikaikan keafdalannya. Jelas, kenyataan Menteri Melayu Islam ini bertujuan untuk membuktikan bahawa dia bijak dan kita semua bodoh.

Kita dianggap bodoh kerana menentang status Kampong Baru. Kita bodoh kerana kita berkempen menentang rang undang undang Kampong Baru yang ingin diluluskan oleh parlimen. Kita dianggap bodoh kerana menentang rang undang-undang yang membolehkan tanah Kampong Baru dijual dipasaran terbuka. Malah sesiapa sahaja yang tidak tahu harga tanah Kampong Baru di pasaran terbuka akan dimasukkan ke dalam kumpulan OBKG – Orang Bodoh Kampong Baru.

Sayugia diingati , para Menteri-Menteri Malayu Islam ini amat bijak kerana mereka tahu semua harga. Mereka tahu harga tanah, tahu harga rumah, tahu harga sawah atau tahu harga hutan balak. Tanyalah tentang harga – dengan sekelip mata mereka akan menjawab. Menteri-Menteri Melayu Islam cukup arif dengan harga barangan.

Tetapi ada sesuatu yang Menteri Melayu Islam ini bebal dan tidak tahu. Menteri Melayu Islam tahu semua harga barang tetapi mereka tidak tahu nilainya. Mengetahui harga bukan bermakna mengetahui nilainya. Nilai bukan harga. Disini kita semua akan melihat dengan jelas kebebalan Menteri Melayu Islam ini.

Menteri Melayu Islam ini telah berbuah-buih mulut menyatakan betapa stratejik letaknya tanah Kampung Baru ini. Tanah seluar 123 hektar yang terletak ditengah kota Kuala Lumpur ini akan menjadi hempeh kalau tidak dijual ke dalam pasaran terbuka. Malah menurut Menteri Melayu Islam ini tidak ada tanah sestratejik ini akan ditinggalkan oleh sesiapa yang waras otaknya tanpa dijual untuk dijadikan modal. Tanah seluas ini jika tidak dibangunkan maka akan memperlihakan kebodohan Orang Melayu yang gagal dalam perjuangan untuk menjadi kaya.





Disini biar saya bangangkan Menteri Melayu Islam yang suka menipu Orang Melayu ini. Ucapan dan kenyataan Menteri Melayu Islam ini tidak berpijak di bumi yang nyata. Kenyataan ini ‘diterima’ untuk dijaja kepada Manusia Melayu kerana selama ini Manusia Melayu telah dibonsaikan akal fikrah mereka. Otak bonsai ini telah dipaku pula dengan budaya feudal. Otak bonsai dan budaya feudal adalah campuran dua kimia yang telah berjaya melahirkan Manusia Melayu untuk menjadi Tukang Angguk. Otak bonsai tidak berkeupyaan untuk memiliki fikrah yang cerdas dan kritikal.

Manusia Melayu ditipu dengan maklumat yang tidak lengkap. Betul tanah Kampong Baru stratejik letaknya. Tetapi dalam dunia ini ada lagi tanah stratejik yang harganya berjuta juta kali ganda dari harga tanah Kampong Baru. Orang Melayu tidak diberitahu tentang wujudnya tanah-tanah kosong yang paling stratejik tetapi masih ditinggalkan kosong. Tanah tanah kosong yang hektarnya lebih luas dari tanah Kampong Baru masih tersadai kosong di London dan di New York.

Kota London adalah kota perniagaan paling tua. Kota London pernah menjadi kota terbesar dalam dunia. Ertinya harga tanah cukup mahal dalam kota ini. Di tengah-tengah kota London ada tanah seluas 253 hektar yang kosong. Ianya menjadi padang rumput yang dipenuhi dengan pokok-pokok dan dihiasi oleh beberapa buah tasik. Di sebelah tanah kosong ini adalah kawasan hotel dan kawasan perumahan yang harganya berjuta ringgit.

Tanah ini telah dibiarkan kosong semenjak tahun 1637 lagi. Tanah kosong ini telah diwakafkan untuk kegunaan orang ramai bersantai. Selama lebih dari 500 tahun belum ada kedengaran cadangan dari Menteri British yang Kapir untuk membuka dan menjualkan sebahagian dari tanah ini. Menteri-Menteri Kapir ini tahu harga tanah ini. Tetapi dalam masa yang sama Menteri Kapir ini tahu juga akan nilai tanah ini.

Dari kota London biar saya bawa para pembaca ke satu lagi kawasan tanah yang paling stratejik dalam dunia ini. Tanah seluar 341 hektar ini berada ditengah-tengah kota New York. Tanah ini dibiarkan bagitu sahaja – menghutan dan mengrimba. Rasa saya mungkin tidak ada harta tanah yang paling berharga dalam dunia ini melainkan tanah kosong ini di New York. Di sebelah tanah hutan ini ialah pejabat dan gedung-gedung perniagaan antarabangsa.

Bayangkan kota New York ini adalah kota Yahudi. Masyarakat Yahudi ini sering dikatakan memiliki kesedaran perniagaan yang cekap dan licik. New York ialah tempat orang Yahudi berniaga mencari untung. Justeru tidak jauh dari tanah kosong ini ialah tempat dimana para peniaga Yahudi, kapitalis gergasi dan kaum pemodal antarabangsa dunia ini berniaga. Di tepi tanah kosong in para peniaga antarabanga meniagakan riyal, dolar, dinar, minyak, rempah, emas, intan dan apa sahaja yang boleh diniagakan. Bukan sahaja disini mereka berniaga harta tanah malah di Wall Street ini mereka meniagakan turun naiknya sesebuah kerajaan.



Bayangkan di New York – kota Yahudi - masih ada tanah kosong seluas 341 hektar. Tetapi tidak terlintas dikepala ahli-ahli perniagaan Yahudi New York ini untuk membelit para politikus Amerika. Tidak terlintas dikepala peniaga Yahudi ini untuk menipu warga New York agar bersetuju diubah undang-undang Tubuh Kota New York agar tanah ini dapat dijualkan kepada Vincent Tan, Ananda Krishnan atau Teik Jo Low.

Lihat betapa berbezanya Menteri Kapir di London dengan Menteri Melayu Islam di Malaysia. Lihat betapa berbezanya ahli perniagagan Yahudi di New York dengan Menteri Melayu Islam di Putrajaya. Apakah Menteri Kapir di Lodon tidak tahu akan harga tanah di Hyde Park? Apakah ahli perniagaan Yahudi di New York tidak sedar akan harga tanah di Central Park? Apakah ahli perniagaan Yahudi New York ini tidak memiliki pengaruh? Saya jamin mereka tahu harganya. Mereka bukan hanya tahu harga tanah kosong tetapi mereka juga tahu akan nilai tanah kosong ini.

Disini jelas Menteri Melayu Islam ini tidak mengetahui makna nilai. Kerana mereka tidak mengetahui nilai maka bangunan-bangunan lama dirobek. Lihat bagaimana Rumah Pasong Lama, Pejabat Pos Lama, kedai-kedai lama diruntuhkan agar kroni dapat projek baru untuk mendirikan bangunan baru. Jangan sesekali kita melupakan bagaimana Penjara Pudu yang berumur lebih dari 100 tahun telah juga dirobek untuk dijualkan kepada para Cukong.

Untuk anak-anak muda. Untuk mereka yang berumur dibawah 40 tahun ingin saya beritahu disini bahawa satu ketika dahulu Bukit Ceylon itu adalah satu kawasan hutan tropikal asli yang tidak pernah diusik. Juga ingin saya beritahu disini bahawa pada satu ketika dahulu bangunan Parlimen kita dikelilingi oleh Taman Tasek berhutan tanpa Kancil, Rusa dan Kelisa menaburkan karbon monoxide.




Hari ini sejarah telah memperlihat bagaimana hutan Bukit Gasing digondolkan. Kita telah melihat bagaimana hutan Bukit Lenjan musnah. Tidak lama lagi kita akan melihat padang di hadapan Rumah Pasong Brickfeild musnah dilelong. Hari ini kita telah mendengar bagaimana Padang Kelana Jaya tempat warga bersantai telah dilelong.

Apa sebenarnya makna semua ini? Bagaimana kita hendak memahaminya? Biar saya jelaskan bahawa semua ini adalah manifestasi dari sistem ekonomi kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalis yang diutamakan ialah keuntungan maksima. Dalam sistem ekonomi kapitalis apa yang boleh dijual akan dijual. Apa yang boleh membuat untung akan dijual. Kalau anak, isteri atau ibu bapa boleh mendatangkan keuntungan maka – mereka juga akan dijual.

Tetapi kenapa tanah kosong Central Park di New York dan Hyde Park di London tidak dijual. Bukankah Mat Saleh Kapir dan Yahudi New Yok itu pengamal sistem kapitalis? Betul mereka mengamalkan sistem kapitalis. Tetapi para kapitalis kita adalah kapitalis dari Dunia Ketiga. Kapitalis Dunia Ketiga baru muncul – mereka lucah, rakus dan tidak memiliki nilai.

Manakala kaum kapitalis di Eropah dijana ratusan tahun dahulu. Mereka lahir dari pertempuran. Mereka bangun berjuang menentang sistem feudal yang memerangkap mereka. Mereka pemula. Mereka memeta dunia. Mereka menjana seni dan budaya. Mereka melahirkan kaum pemikir dan kaum intelektual.

Semua nilai ini tidak dimiliki oleh kaum kapitalis Dunia Ketiga seperti di Malaysia. Kaum kapitalis di Malaysia ini kalau berbangsa China atau India – teromba dan salasilah mereka adalah kuli di ladang getah atau di lombong bijih. Seni budaya dan nilai hidup bukan milik mereka.

Kaum kapitalis Melayu – ini adalah kumpulan yang baru dimunculkan oleh Dasar Ekonomi Baru. Mereka ini memiliki sifat yang amat hodoh. Lebih hodoh dari kapitalis China atau India yang telah wujud agak lama dlasm negara kita ini. Kaum kapitalis Melayu ini jadi kaya kerana menjual kontrek dan pencari komisen. Mereka bukan pemula, pereka atau berniaga. Inilah hakikat kapitalisma di Malaysia hari ini - kapitalisma Dunia Ketiga.

Kumpulan kapitalis Melayu ini pula akan bersekongkol dengan politikus Menteri Melayu Islam. Amat susah untuk kita mencari garis pisah antara Usahawan Melayu Berniaga Kontrek dengan Menteri Melayu Islam. Dua kumpulan ini sering bekerja sama dan kadangkala orang yang sama. Mereka berpolitik untuk mendapat projek agar menjadi kaya dengan cepat. Justeru jalan pintas untuk kaya dengan cepat inilah dengan menjual tanah Kampong Baru. Akhirnya Kampong baru di gadaikan. (TT)