Tuesday, November 22, 2011

Bukan Perkara LuarBiasa!

MAS catat rugi sebelum cukai RM461.54 juta
Malaysian Airline System Bhd terus mencatatkan kerugian bagi suku ketiga yang berakhir pada September 2011 dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM461.54 juta berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM236.074 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama 2010.

Syarikat penerbangan itu juga merekodkan kerugian pada suku kedua tempoh kewangan dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM509.411 juta berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM532.591 juta pada tempoh yang sama 2010.

malaysia airline mas aircraftPerolehan bagi suku berkenaan bagaimanapun meningkat kepada RM3.565 bilion daripada RM3.399 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama 2010, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Syarikat penerbangan itu juga mencatatkan kerugian sebelum cukai yang ketara sebanyak RM1.209 bilion semasa sembilan bulan pertama daripada perolehan sebanyak RM10.244 bilion.

Bagi suku ketiga, kumpulan juga mencatatkan kerugian operasi sebanyak RM156 juta berbanding dengan keuntungan RM35 juta bagi suku yang sama pada 2010, di mana kerugian lebih tinggi disumbangkan kos bahan api yang meningkat.

Kumpulan juga mencatatkan kerugian selepas cukai sebanyak RM477 juta bagi suku berkenaan berbanding dengan keuntungan RM234 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Menurut syarikat berkenaan, kerugian selepas cukai termasuk kerugian derivatif sebanyak RM70 juta dan kerugian tukaran asing tidak direalisasikan sebanyak RM195 juta.

klia airport 141105 mas aircraft at the terminalSementara itu, jumlah perolehan naik sebanyak lima peratus kepada RM3.493 bilion bagi suku berkenaan, disebabkan pertumbuhan tiga peratus dalam jumlah penumpang pada pertumbuhan kapasiti enam peratus, pengurangan faktor tempat duduk sebanyak 2.7 mata peratusan kepada 76 peratus dan enam peratus peningkatan dalam hasil penumpang.

Jumlah perbelanjaan juga meningkat sebanyak 10 peratus atau RM357 juta kepada RM3.721 bilion terutamanya disebabkan kenaikan dalam kos bahan api sebanyak RM396 juta setelah jumlah kos bahan api meningkat sebanyak 37.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kos bukan bahan api turun sebanyak dua peratus atau RM39 juta berbanding suku sama tahun lalu.

Melihat ke hadapan, persekitaran operasi bagi syarikat penerbangan pada umumnya kekal mencabar bagi suku keempat 2011.

"Bukan hanya harga bahan api jet kekal tinggi, keadaan ekonomi yang semakin teruk di Eropah diterjemahkan kepada profil tempahan ke hadapan yang lemah bagi perjalanan jarak jauh kami," kata syarikat penerbangan itu.

Walau apapun usaha pihak pengurusan untuk mengurangkan senario yang buruk, kumpulan menjangka keputusan operasi suku keempat menjadi lebih lemah daripada suku semasa.

Kumpulan itu berkata pihak pengurusan mengkaji semua aspek operasi dan inventori, dan apa-apa peruntukan berbangkit yang diperlukan perlu diperakui pada suku keempat.

"Pengurusan memulakan proses rasionalisasi rangkaian yang ketara untuk menarik balik struktur yang lemah, laluan yang mencatatkan kerugian dan mungkin memulakan laluan baru yang hasil lebih tinggi memberi tumpuan pada Asia," katanya.

Syarikat penerbangan nasional itu berkata dengan penggunaan rangkaian pengurusan yang mantap, pengurusan juga akan mempercepatkan pengembalian pesawat yang telah lama dan dalam berbuat demikian meningkatkan kecekapan bahan api kumpulan pesawat.

"Kami menjangka kesan sepenuhnya daripada inisiatif ini akan mula membuahkan hasil pada 2012, dan dengan itu inisiatif-inisiatif ini tidak akan mempunyai kesan ketara terhadap keputusan 2011," katanya.

Inisiatif ini akan menjadi antara beberapa inisiatif utama strategik lain yang akan digariskan dalam pelan perniagaan yang akan datang Malaysia Airlines yang akan diumumkan bulan depan.

- Bernama
 
 
TNB rugi: Bersedia hadapi kenaikan tarif
Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 31 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa rakyat bersiap-sedia menghadapi kemungkinan kenaikan tarif elektrik berikutan kerugian besar Tenaga Nasional Bhd (TNB).

"TNB mengalami kerugian sebesar RM453.9 juta. Ketika mengalami keuntungan pun TNB nakkkan tarif elektrik, apa jaminan ia tidak naikkan selepas rugi besar seperti itu?" katanya.

Mahfuz mennggesa Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh mendedahkan sebab sebenar kerugian besar TNB.

"Bila rugi, seperti biasa, sudah menjadi hobi para peneraju syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutamanya untuk menyalahkan faktor luaran seperti kenaikan kos bahan mentah dan sebagainya.

"Che Khalib juga mengaitkan kerugian dengan kekurangan bekalan gas dan dengan beraninya meletakkan cabaran kepada Petronas untuk memulihkan sepenuhnya bekalan gas semula jadi supaya TNB tidak perlu lagi menggunakan bahan api ganti yang mahal.

"Sedangkan, sepatutnya CEO TNB itu memilih sikap pro-rakyat serta mendedahkan sebab sebenar kerugian besar TNB," kata beliau.

TNB mencatatkan kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat tahun kewangan semasa.

Mahfuz mempersoalkan jika kekurangan bekalan gas semula jadi yang menjadi punca kerugian TNB sehingga terpaksa menggunakan bahan api ganti yang mahal, mengapa pula syarikat-syarikat pembekal tenaga bebas (IPP) mencipta keuntungan?

"Adakah TNB tidak menikmati subsidi gas yang mencukupi dari Petronas seperti yang dinikmati IPP? Adakah hanya IPP menikmati subsidi gas yang mencukupi dan tidak perlu menggunakan bahan api ganti yang mahal?

"Atau adakah kerana TNB menjadi sapi perahan IPP? Rakyat tahu bahawa TNB dipaksa membeli tenaga dari IPP walaupun tidak digunakan," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu tidak mengharapkan Che Khalib mempunyai keberanian seperti bekas CEO TNB, Tan Sri Ani Arope yang meletak jawatan kerana tidak berpuas hati terhadap perjanjian berat sebelah antara IPP dan TNB.

"Sudah tentu kita tidak mengharap Che Khalib mempunyai keberanian seperti Ani, tetapi sekurang-kurangnya beliau hendaklah lebih telus dalam menjelaskan sebab sebenar kerugian TNB

"Che Khalib hendaklah berterus-terang kerana TNB mungkin rugi lebih besar lagi jika tariff elektrik tidak dinaikkan pertengahan tahun lalu dengan kenaikan purata 7.12 peratus," kata beliau.

Rakyat, kata Mahfuz, bukan sahaja tidak berpuas hati terhadap subsidi sehingga RM17 bilion kepada IPP dan perjanjian tidak waras yang memaksa TNB membeli tenaga dari IPP walaupun tidak digunakan, malah semakin marah apabila baru-baru ini tersiar khabar penambahan IPP kepada Tanjung Bin Power dan urusniaga yang begitu bermurah hati kepada anak syarikat Malakoff Berhad itu.

"Bukan itu sahaja, sejak September lalu lagi saya diberitahu tentang perundingan untuk membolehkan IPP meningkatkan kapasiti pengeluarannya malah ada dakwaan bahawa surat kelulusan telah diberikan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran," kata beliau.

Mahfuz mempersoalkan kewajaran penambahan IPP dan rundingan meningkatkan kapasiti pengeluaran sedangkan TNB dan akhirnya rakyat sentiasa dibuli supaya membayar kepada IPP walaupun tenaga yang mereka bekalkan tidak digunakan.

"Walaupun dibekalkan dengan tenaga yang tidak digunakan, TNB kena bayar. IPP tidak menjana tenaga pun TNB kena bayar, sampai bila rakyat yang menjadi pelanggan TNB hendak menanggung biawak hidup seperti ini?" beliau mempersoalkan.

Beliau berharap semakin ramai rakyat menyedari satu-satunya penyelesaian kepada masalah dan bebanan itu ialah dengan memastikan berakhirnya pemerintan Umno Barisan Nasional (BN).

Monday, November 21, 2011

Tiada Keheranan Bagi Orang Yang Berilmu!


 
 
 
Kepala mumi raksasa di Peru (Daily Mail)
VIVAnews - Sebuah tengkorak besar ditemukan di Peru. Kepala berbentuk aneh ini, berukuran hampir sebesar tubuhnya telah membuat bingung para antropolog. Kepala tengkorak itu adalah salah satu dari dua yang ditemukan di kota Andahuaylillad di selatan propinsi Quispicanchi.
Kerangka ini ditemukan oleh Renato Davila Riquelme. Riquelme bekerja untuk museum Privado Ritos Andinos di Cusco, Peru. Dia mengatakan bahwa rongga mata kerangka tersebut jauh lebih besar dari biasanya yang terlihat pada manusia.
Dalam kerangka itu terlihat ubun-ubun yang terbuka seperti yang dimiliki  anak-anak di tahun pertama. Namun, tengkorak itu juga memiliki dua graham besar yang hanya ditemukan pada manusia yang usianya lebih tua.
Riquelme menambahkan tengkorak yang ditemukannya itu menarik perhatian tiga antropolog dari negara yang berbeda. Para antropolog itu dari Spanyol dan Rusia. Mereka tiba di museum baru sepekan lalu untuk menyelidiki temuannya. Dan antropolog itu sepakat jika kerangka itu bukanlah kerangka manusia. Mereka pun tertarik untuk melakukan penelitian lebih lanjut.
“Mekipun penilaian itu dangkal, tapi jelas bahwa kerangka tidak sesuai dengan setiap kelompok etnis di dunia ini,” kata Riquelme seperti dikutip dari Daily Mail.
Sisa-sisa bola mata diperkirakan akan membantu untuk menentukan genetik DNA dan akan akan memberikan jawaban, apakah kerangka itu manusia atau bukan.
Sedangkan kerangka satunya lagi dianggap tidak lengkap. Kerangka tersebut tidak memiliki wajah dan tampaknya dibungkus dalam lapisan sebagai posisi, plasenta janin.