Monday, January 3, 2011

Tazkirah Mengenai Kematian: Bab 8

#SESEORANG TIDAK AKAN MENINGGAL DUNIA KECUALI DIRINYA BERPRASANGKA BAIK DAN MERASA TAKUT KEPADA ALLAH SWT.(Takut dan Harap Kepada Allah SWT).

Imam Muslim meriwayatkan daripada Jabir ra,bahawasanya ia berkata: Saya pernah mendengarnya dari Rasulullah SAW mengatakan:

Seseorang tidak akan meninggal kecuali ia berprasangka baik kepada Allah SWT.

Imam Bukhari juga pernah mengeluarkan hadis ini,tetapi pada riwayat yang berasal dari Ibnu Abu Dunya,beliau menambahkan: Kerana sesungguhnya ada kaum yang berprasangka buruk kepada mereka maka Allah SWT berfirman kepada mereka:

Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu,prasangka itu telah membinasakan kamu,maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi. (QS Fushshilat:23).

Ibnu Majah pernah meriwayatkan:
Bahawasanya Rasulullah SAW menjenguk seorang pemuda dalam keadaan sakarat. Maka Rasulullah SAW pun bertanya kepadanya:"Bagaimana keadaan dirimu (bagaimana kamu mendapati dirimu)?" Pemuda itu pun menjawab: "Wahai Rasulullah SAW,aku mengharapkan Allah SWT dan takut akan dosa-dosaku." Lalu Rasulullah pun berkata: "Tidak akan berkumpul dua hal seperti itu dalam hati seorang mukmin pada saat seperti itu dalam hati seorang mukmin pada saat seperti ini,kecuali Allah SWT akan memberikan apa yang ia harapkan,dan Allah SWT memberinya rasa aman dari apa yang ia takutkan."

Sedangkan al-Hakim dan at-Tirmizi pernah meriwayatkan:

Bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda: "Tuhan kamu,Allah 'Azza wa Jalla pernah berfirman: "Sesungguhnya Aku tidak akan mengumpulkan dua rasa takut pada hambaKu,dan juga tidak mengumpulkan dua rasa aman pada diri mereka. Maka barangsiapa yang takut kepadaKu di dunia, Aku akan memberinya rasa aman di akhirat,dan barangsiapa yang merasa aman dari Ku di dunia maka Aku akan memberikannya rasa takut kepadaKu di akhirat."

Para ulama' berpendapat bahawa bentuk dari prasangka baik kepada Allah SWT adalah bahawa seseorang meyakini bahawa Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya,mengasihaninya,dan meyakini bahawa hal semacam itu adalah perkara mudah bagi Allah SWT. Tetapi mereka menganjurkan husnu zhon (prasangka baik) ini ketika tanda-tanda kematian telah terlihat,meskipun tentu sahaja berprasangka baik kepada Allah SWT adalah wajib bagi setiap waktu.

Dalam sebuah sabda Nabi SAW dinyatakan:

Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan berprasangka baik kepada Allah 'Aza wa Jalla."

*****

Tazkirah Mengenai Kematian: Bab 7

#KEMATIAN MERUPAKAN KAFARAT (BALASAN) BAGI SETIAP MUSLIM

Para Ulama' berpendapat bahawa kematian merupakan balasan bagi setiap muslim,sama ada berupa sakit yang telah ia derita menjelang ajalnya atau sakit yang ia rasakan di kubur, seperti yang dimaksud oleh sabda Nabi dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Tidak ada derita yang dirasakan oleh seorang muslim sama ada itu berupa sakit dan yang lain sebagainya kecuali Allah SWT akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon yang kering ditutupi oleh dedaunannya.

Sedangkan Imam Malik meriwayatkan hadis marfu' dalam karyanya Al Muwatta':

Apabila Allah SWT menginginkan kebaikan bagi hambaNya maka Ia akan memberikan musibah kepadanya.

Dalam hadis yang lain dikatakan:

Allah SWT berfirman: Demi kemuliaan dan kebesaranKu, Aku tidak akan mengeluarkan seorang hamba dari dunia,atau ingin memberikan rahmat baginya, hingga Aku memenuhi balasan segala kesalahan yang ia perbuat,sama ada dengan rasa sakit di tubuhnya,atau berupa musibah yang menimpa keluarga atau sanak saudaranya, atau kesempitan dalam hidupnya,atau Aku sempitkan rezekinya,hingga Aku menyempurnakan ganjarannya hingga yang seberat spora,apabila masih ada yang tertinggal maka Kami akan mempersukarnya ektika menjelang ajalnya,hingga ia menemuiKu dalam keadaan seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya.

Para ulama'berpendapat bahawa keadaan di atas akan jadi sebaliknya bagi seorang muslim yang tidak dicintai oleh Allah SWT,seperti yang dimaksud dalam hadis berikut:

Allah SWT telah berfirman:"Demi Ketinggian dan KemuliaanKu, Aku tidak akan mengeluarkan seorang hamba dari dunia yang Aku ingin mengazabnya kecuali Aku telah memenuhi ganjaran segala kebaikannya hingga yang sebesar spora,sama ada ia berupa kesihatan tubuhnya,kelapangan rezekinya,kenikmatan dalam hidupnya dan rasa aman dalam hatinya,apabila masih ada yang tertinggal maka Aku akan memudahkannya dalam menghadapi kematian,hingga ia bertemu denganKu dan ia tidak mempunyai satu kebaikan pun yang akan menjaganya dari api neraka."

Dengan makna yang sama,Abu Daud meriwayatkan sebuah hadis marfu' dengan sanad yang sahih:
Kematian yang tiba-tiba adalah kematian yang disayangkan.

Sedangkan Umar bin Khattab ra pernah berkata:"Apabila masih ada dosa seorang mukmin yang belum diberi ganjaran,maka Allah SWT mempersukarnya ketika sakaratul maut sebagai ganjaran dosanya hingga ia boleh menempati darjatnya di syurga. Adapun seorang kafir,apabila ia melakukan perbuatan baik di dunia,maka ia akan dimudahkan ketika menghadapi sakaratul maut,hingga sempurnalah balasan perbuatan baiknya di dunia,kemudian ia dimasukkan ke dalam neraka.

Abu Na'im meriwayatkan sebuah hadis marfu':

Jiwa orang mukmin itu keluar sebagai angin,sedangkan jiwa orang yang kafir mengalir seperti mengalirnya nafas seekor keldai. Sesungguhnya apabila seorang mukmin melakukan kesalahan maka ia akan dipersukar ketika menghadapi kematiannya agar kesalahannya itu diampuni dengan penderitaan yang dirasakannya,sedangkan apabila ada seorang kafir yang melakukan perbuatan baik,maka ia akan dimudahkan ketika kematiannya.

*****

PERKASA Bermain Rasa.....

Wawancara Nazri bersama Sin Chew:
Tentang PERKASA jika sokong 1Malaysia


Lim Hong Siang
PERKASA harus ditentang sekeras-kerasnya jikalau menyokong konsep "1Malaysia", kata Menteri Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz.  Bagaimanapun, Nazri mengakui bahawa tiada menteri yang berani untuk bersuara dalam hal ini, "Ya, mereka sokong (1Malaysia), tapi sama ada disusuli dengan tindakan, saya tidak tahulah."
Nazri (gambar kanan) mengakui bahawa dirinya mungkin "suara minoriti" dalam kabinet, ketika ditanya sedemikian dalam satu wawancara bersama Sin Chew Daily.  Beliau tetap menganggap bahawa PERKASA adalah pertubuhan yang menentang konsep 1Malaysia, lantas beliau tidak faham mengapa masih terdapat menteri yang menyokong pertubuhan ini.
Wawancara bersama Nazri Aziz ini disiarkan dalam Sin Chew Daily pada 2 Januari 2011.  Antara isu yang diulas termasuklah isu buku teks sejarah, penyanyi tempatan yang mencungkil kontroversi - Namewee, politik UMNO, kuota bumiputera dan sebagainya.
Najib beri isyarat jangan serang Mahathir
Nazri bergurau bahawa "ada virus dalam otak", yang membuatkan dirinya menyokong penuh konsep 1Malaysia, sehingga melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza dengan kebanyakan orang.  Beliau menekankan bahawa Perdana Menteri tidak pernah menyerah "misi khas" kepadanya, dan segala-gala yang dilakukan beliau didorong hati nalurinya.
Dalam wawancara tersebut, Nazri mendedahkan bahawa Najib pernah memanggilnya melalui telefon, berkata orang lain akan melihat serangan Nazri terhadap bekas PM Mahathir itu dilakukan atas arahan PM.  Walaupun Najib tidak mengarahkan Nazri untuk menghentikan serangan tersebut, tetapi Nazri dapat merasakan isyarat jelas yang ingin disampaikan Najib, iaitu hentikan serangan terhadap Mahathir.
Nazri menambah, mereka yang memahami beliau akan tahu bahawa beliau berselisih dengan Mahathir sejak awal lagi, jadi beliau bukan menyerang Mahathir kerana menerima apa-apa arahan, menurut laporan.
Malah, Nazri menuduh bahawa politiking dalam UMNO menjadi penghalang kepada perubahan yang dibawa Najib.  Nazri adalah menteri kabinet pertama yang mendahulukan identiti warga Malaysia-nya sebelum kaum Melayu-nya.  Nazri yang sudah menyandang jawatan Menteri untuk 11 tahun tidak khuatir dengan pandangan orang lain, kerana beliau menganggap jawatan awam yang diamanahkan kepadanya adalah untuk memberi peluang dirinya berkhidmat kepada rakyat.
Beliau mendedahkan bahawa pertemuan dirinya dengan Namewee baru-baru ini mengundang tekanan dari UMNO, yang mendesak Najib untuk memecatnya.
Namewee budak baik
Ketika membangkitkan isu Namewee, Nazri mengakui bahawa dirinya juga pernah melalui zaman remaja yang "memberontak".  Apa yang membezakan antara zamannya dengan zaman sekarang adalah kemunculan internet, dan cara penyampaian dan penyebaran maklumat melalui internet.  Dengan nada berjenaka, Nazri berkata dirinya lebih degil daripada Namewee ketika zaman remaja.
Malah beliau mengambil kesempatan untuk menyindir Utusan Malaysia, "Ada orang nampak gambar saya bersama Namewee dalam Utusan Malaysia, tetapi tiada yang baling batu pada saya.  Saya bebas bergerak di jalan raya, ini menunjukkan kebanyakan orang tidak kisah.  Berapa orang yang membaca Utusan Malaysia?  230 ribu?"
"Klip video Namewee mencatat lebih 6 juta klik dalam masa tiga hari.  Siapa yang majoriti sebenarnya?  Ini penilaian saintifik.  Tak ada orang yang tikam saya dengan pisau semasa saya bergerak di jalan raya.  Rakyat tidak kisah, mereka mahu teruskan kehidupan mereka," kata Nazri Aziz.
Nazri dilaporkan bersikap toleransi terhadap Namewee, kerana dirinya melalui zaman remaja yang amat memberontak.  Beliau mempersoalkan, lelaki mana yang tidak pernah keluarkan kata-kata kesat semasa zaman remaja?
Politikus berikan tongkat kepada Melayu yang sudah berdikari
Dalam wawancara tersebut, Nazri berkata, pada hakikatnya, orang Melayu sudah berdikari.  Malah mereka yang sudah berkeyakinan berharap agar tidak bergantung kepada dasar afirmatif kerajaan, untuk menunjukkan kemampuan diri yang sebenar.
"Apa yang menyesalkan, ramai pemimpin sering memperingatkan Melayu bahawa mereka masih memerlukan bantuan daripada kerajaan," katanya.  Berbicara tentang perubahan, Nazri berkata PAS yang pada asalnya sangat konservatif kini telah menunjukkan keterbukaan.  Justeru itu, beliau berharap agar UMNO tidak kembali kepada landasan yang lama.
Bercakap tentang politik perkauman, Nazri menganggap bukan sesuatu yang salah apabila kaum Cina yang juga warga Malaysia menuntut keadilan.  Malah Nazri berpendapat bahawa semangat patriotik bukan bumiputera tidak wajar dipertikaikan.  "Ramai Melayu, termasuk diri saya, tidak menghantar anak saya untuk menyertai pasukan tentera.  Apakah ini bermaksud Melayu, termasuk saya tidak cintakan negara ini?"
Dalam laporan wawancara tersebut, Nazri turut mengiktiraf sumbangan Kapitan Yap Ah Loy sebagai peneroka kota Kuala Lumpur, malah menganggap fakta ini tidak seharusnya ditutup atau disembunyikan dari buku teks sejarah.  Dalam isu kuota pula, secara terus-terang Nazri menyatakan sokongannya dengan mencadangkan nisbahnya pada bumiputera 51% berbanding bukan bumiputera 49%.
*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan media cetak.  Akhbar yang dirujuk adalah Sin Chew Daily pada 2 Januari 2011, wawancara akhbar tersebut dengan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Aziz.  Laporan dibuat berdasarkan teks asalnya dalam bahasa Cina.(merdekareview)

Tasik "semulajadi" di dalam bangunan?

Faisal Mustaffa
Cuti tahun baru membuatkan aku malas untuk membaca, apatah lagi untuk mencari bahan untuk menulis.  Tiba-tiba fikiran aku melayang kepada projek-projek rumit yang aku lakukan sepanjang 2010.  Antaranya yang aku mahu berkongsikan di dalam penulisan ini ialah keadaan daif sebuah keluarga yang tinggal di sebuah projek pembinaan bangunan di tengah-tengah segitiga emas metropolitan Kuala Lumpur.

Kawasan itu dilindungi oleh Bangunan Berjaya Times Square - tempat ahli korporat mengumpul harta, tempat anak muda mencuci mata.  Tetapi di celah-celah kesibukan tersebut terdapat sebuah keluarga merempat yang hidup dikelilingi bahaya.
Saya tidak pasti apakah punca mata pencarian keluarga tersebut kerana saya rasa mungkin mereka tidak mahu diwawancara mahupun diambil gambar mereka dari jarak dekat.
Namun, sebagai sebuah negara membangun, situasi sebegini tidak seharusnya terjadi.  Keluarga ini mengharapkan air hujan sebagai punca air.  Mereka memasak, tidur dan tinggal di situ.

Di bangunan tersebut juga terdapat sebuah kawasan tadahan air yang kini menjadi tempat "beriadah" untuk kanak-kanak.  Mereka ini tidak memikirkan tentang kedaifan keluarga mereka, hanya bersuka-ria.  Mereka bermandi-mandian dan berenang-renang tanpa memikirkan faktor keselamatan.  Saya pasti pada tahap ketinggian air itu sudah ada haiwan-haiwan bahaya turut sama menginap - ular, biawak yang mungkin membahayakan kanak-kanak tersebut.

Di tempat tersorok itu jugalah para peniaga dadah melakukan transaksi dan melepaskan gian.

Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang diterima oleh Perhimpunan Agung PBB pada 10 Disember 1948 menyatakan di dalam Perkara 1: Semua manusia dilahirkan bebas dan sama dalam martabat dan hak-hak.  Mereka dikurniakan akal dan hati nurani dan harus bertindak terhadap satu sama lain dalam semangat persaudaraan.
Perkara inilah yang tidak berlaku di Malaysia, sungguhpun Malaysia sudah pun menandatangani deklarasi tersebut.

Menurut statistik, sekurang-kurangnya terdapat 963 juta orang kelaparan setiap malam, hampir satu billion orang hidup setinggan, seorang wanita mati setiap minit akibat kompilasi kandungan, 1.3 billion orang tiada kemudahan asas kesihatan, dan 2.5 billion orang tiada kemudahan sanitasi yang baik.  Dan 20 ribu kanak-kanak mati sebagai kesannya - di seluruh dunia.
Pemasalahan yang dinyatakan di dalam statistik itu berlaku di Malaysia, semakin ramai populasi, semakin tinggi kadar tersebut secara relatifnya.

Menteri Sumber Manusia, Subramaniam (gambar kiri) baru-baru ini mengakui bahawa penetapan gaji minimum kebangsaan sekurang-kurangnya dapat mengatasi isu kemiskinan bandar.
Terbaru, satu kajian oleh Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja mendapati hampir 34% daripada kira-kira 1.3 juta pekerja sektor perkilangan memperoleh pendapatan bulanan bawah RM700 sebulan.  Gaji bulanan RM700 itu adalah di bawah garis kemiskinan yang ketika ini ditetapkan bawah RM720.  Peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan harga bahan api, harga barangan dan keperluan yang melonjak tinggi menyulitkan kehidupan masyarakat berpendapatan rendah terutama di bandar besar.

Menggambarkan kemiskinan melalui kadar pendapatan atau perbelanjaan bukan cara sebenar menggambarkan apa itu kemiskinan.  Mereka yang hidup dalam kemiskinan, menjelaskan dengan baik sekali bahawa setiap hari adalah satu cabaran - cabaran untuk makan, cabaran untuk memberi makan kepada keluarga, cabaran keselamatan diri dan keluarga.  Keluarga yang dipaparkan di dalam tangkapan gambar jarak jauh itu melambangkan keadaan tersebut.

Mereka ini tidak dihalau pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mereka tidak mengacau sesiapa pun.  Malah, DBKL dan pihak pemaju menutup kawasan tersebut dari pandangan awam, terutamanya pelancong yang menjadi kawasan tersebut sebagai salah satu tumpuan.

Nelson Mandela pernah berkata, mengatasi kemiskinan bukanlah satu tanda kebajikan.  Ia adalah satu tindakan keadilan.  Ia melindungi satu hak asasi kemanusiaan, iaitu hak bermaruah dan kehidupan sempurna.
Sang-sang politik sering berlumba-lumba untuk menyampaikan sumbangan.  Tetapi ia sebenarnya tidak banyak membantu dalam mengatasi kemiskinan.  Beg-beg sekolah yang dihadiahkan kepada murid-murid yang memasuki alam persekolahan ditempelkan dengan logo 1 Malaysia.  Bukankah ini tidak ikhlas namanya?

Bagaimanakah hak asasi manusia membantu di dalam konteks ini?  Selagi kita melindungi hak-hak tersebut, maruah manusia akan kekal, dan sebarang ancaman terhadap hak-hak tersebut bukan sekadar ketidakadilan tetapi sesuatu yang memalukan kita sebagai satu komuniti.
Sememangnya isu kemiskinan bandar sering dikaitkan dengan masalah penempatan setinggan yang sehingga kini masih tidak berjaya diatasi sepenuhnya oleh kerajaan.  Di Kuala Lumpur sahaja, kawasan penempatan setinggan masih boleh didapati berselerak di kawasan Cheras, Segambut, Lembah Pantai, Kepong, Batu dan lain-lain.
Bagaimanapun kemiskinan bandar tentu sekali tidak hanya terhad kepada penduduk setinggan semata-mata malahan penduduk di kawasan perumahan rakyat termiskin atau perumahan kos rendah umpamanya, juga tidak terlepas dari belenggu tersebut.  Proses penghijrahan atau urbanisasi telah menyumbang kepada kemiskinan bandar berbanding sekitar 1970-an, di mana kurang 30% sahaja penduduk Malaysia yang menghuni di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Masalah kemiskinan ini akhirnya akan mengheret pelbagai lagi masalah seperti peningkatan jenayah dan penyakit sosial ke dalam masyarakat.

Pernah suatu ketika dahulu saya menjalankan kajian rambang mengenai kemiskinan bandar dan kajian tersebut tertumpu ke Kg.Medan.  Alangkah peliknya melihat sebuah tilam berada di tepi tiang gol di tengah padang bolasepak yang penuh lecak.  Anda mungkin tidak mempunyai sebarang tanggapan buruk tetapi, di situlah anak-anak rempit melakukan seks bebas pada hujung minggu selepas menang lumbaan motosikal mereka.(merdekareview)
*Faisal Mustaffa ialah penulis bebas.  Gambar daripada IzhamMiyake.
......Tanah Tumpahnya Darahkuuuuuu........

Sunday, January 2, 2011

Eksperimen politik: Slogan retorik Najib

Harakahdaily 
KUALA LUMPUR, 1 Jan: PAS berpandangan ucapan Datuk Seri Najib Razak sempena tahun baru 2011 satu pemikiran ke belakang bukan ke hadapan walaupun beliau ini terkenal dengan slogan retorik, namun dalam tindakan beliau masih berfikiran sempit seolah-olah negara ini hanya boleh ditadbir oleh BN sahaja.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata demikian sebagai mengulas gesaan Perdana Menteri itu supaya rakyat jangan membuat ekperimen dalam politik untuk menukar kerajaan yang sedia ada, kerana ia akan mendatangkan masalah kepada rakyat pada masa akan datang.
“PAS hendak mengingatkan kepada Datuk Seri Najib, tugas pemimpin ialah berfikir untuk menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.
“Gaji yang sudah lumayan diberikan kepada kepada pemimpin negara adalah wajar dibalas balik dengan merangka strategi untuk kebaikan rakyat bukan sebaliknya,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, PAS berpendapat rakyat yang membuat eksperimen untuk menukar kerajaan negeri dalam Pilihanraya Umum 2008 dahulu adalah tepat.
Katanya, kebahagiaan rakyat yang dapat diukur seperti banyak program-program kebajikan untuk rakyat seperti air percuma di Selangor, skim kifalah untuk warga emas, bantuan sekolah agama rakyat, tamil dan China, bantuan kemasukan universiti, walaupun menghadapi kekangan kewangan di peringkat negeri.
“Kesemua ini tidak pernah difikir oleh pemimpin Umno sepanjang 53 tahun memerintah,” katanya.
Beliau menambah, jika pemikiran yang ada pada pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah negara ini rakyat tidaklah susah sebegini rupa dengan tekanan hidup yang teruk, kuasa membeli semakin menurun, kualiti hidup sudah merosot. 
Soalnya, apakah salah rakyat membuat eksperimen untuk beralih pemerintah yang selama ini megkhianat amanah rakyat.
Menurutnya, akibat rakyat masih belum buat ekperimen untuk menumbangkan Barisan Nasional di peringkat pusat maka rakyat dibeban dengan cukai perkhidmatan 6% daripada 5%, barang makanan naik 10% sementara Persatuan Peniaga Kedai Kopi Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menaikkan kopi dan teh susu sebanyak 20 sen mulai 1 Januari 2011.
Katanya, apabila barang naik menteri cuba hendak tunjuk hero bela rakyat dan marah kepada peniaga, pada hal yang buat fasal ialah pemimpin BN yang bertindak menaikkan minyak petrol walaupun negara kita pengeluar minyak.
Baginya, eksperimen yang dibuat oleh rakyat sehingga menumbangkan kerajaan BN telah menyebabkan pelabur asing yakin dengan kemampun kerajaan Pakatan Rakyat.
Buktinya, kata beliau pada 21 Oktober 2010, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir mengakui "Negeri yang paling tinggi menerima kemasukkan FDI adalah selangor dengan pelaburan sebanyak RM5.66 bilion, yang kedua tinggi adalah Johor iaitu di bawah kerajaan Umno-BN, yang ketiga dan keempat adalah Pulau Pinang dan Kedah manakala Perak pula di tempat yang kelima”.
“PAS hendak berpesan kepada Presiden Umno sudah cukuplah Umno BN mengkhianat amanah rakyat, dan janganlah ugut rakyat, mereka sudah mempunyai jiwa merdeka dan tahu beza mana kerajaan yang amanah dan kerajaan yang bernanah,” katanya.