Saturday, July 30, 2011

Rasa Tidak Sedap Hati Pada Najib ............ Second Layer Kecewa!

mso
Menjelang tengah malam ini sekurang-kurangnya dua maklumat mengenai kedudukan dan masa depan politik Najib Razak yang masuk ke dalam telinga dan kepala saya sungguh kurang menyenangkan. Entahlah kenapa terjadi demikian pula. Hampir serentak pula maklumat ini saya perolehi. Kerana sumber yang menyampaikan sangat boleh dipecayai dan tidak mudah untuk menyangka ianya satu provokasi menjadikan saya tetanya-tanya sendiri, apa jadi dengan Najib?

Saya merasakan ia benar dan sangat boleh diyakini. Isu nya bukan soal cincing permata berlian bernilai RM24 juta. Saya tidak berminat pun untuk bercakap soal cincing. Bagi saya apalah nak hairankan sangat dengan cicing permata berlian sebesar kepala lutut budak baru lahir.

RM24 juta apalah sangat kepada orang kaya. Selalunya orang miskin dan papa saja mempersoalkan dan rasa pelik dengan cincing semahal itu. Bagi orang kaya atau ada hubungan dengan orang kaya dan ada kuasa boleh bertindak ia tidak sedikitpun menghairankan.

Usahkan cincing berharga RM24 juta, lebih mahal dari itu pun mampu dan boleh dimilikinya. Bukan saja arnab sebesar betis, arnab sebesar kerbau pun boleh dibelinya. Kita tidak pun perlu mengeluarkan wang sendiri atau korek dari tabung Tabung Haji, tidak perlu, kalau kita ada kuasa dan mempunyai pengaruh ia boleh didapati dengan cara lain. Misalnya ada orang yang tolong belikan untuk kita sebagai hadiah.

Jadi isu yang hendak saya selongkarkan ini ianya bukan masalah cincing permata belian yang sebesar kepala lutut yang kalut diperkatakan oleh sesetengah orang hari ini.

Ianya masalah lain. Bersangkutan dengan pentadbiran dan kepimpinan Najib. Mengenai keupayaan Najib untuk mencapai keberhasilan sebagai PM. Elok saya dedahkan agar ia menjadi pengetahuan Najib. Mudah-mudahan dengan beliau tahu perkara ini beliau bertindak lekas. Kalau nasib baik tindakan itu boleh membendung masalah yang akan menimpa dirinya bagi memperpanjangkan masanya sebagai PM.

Pertama, ialah mengenai kajian yang dibuat oleh sebuah NGO yang terdiri daripada bekas-bekas ahli Parlimen Malaysia yang menunjukkan kedudukan Najib khasnya dan UBN waktu ini tidak begitu baik. Dalam mesyurat ahli badan itu semalam, orang penting masing-masing menyatakan kebimbangan kepada kedudukan UBN. Masing-masing tidak yakin yang UBN akan terus menjadi kerajaan selepas pilihan raya umum ke-1.

Rasa tidak yakin ini banyak dan bercampur-campur. Salah satu ialah sokongan orang Cina yang semakin kuat kepada Pakatan Rakyat. Dalam masa sama orang India yang sebelu ini nampak memperlahankan jeritan mereka menentang kerajaan, sudah memalingkan muka semula kepada Pakatan Rakyat.

Lantaran itu perkembangan ini menyebabkan mereka tidak yakin Najib mampu mempertahankan legasi kekuasaan UBN. Kepimpinan Najib yang pada mulanya dilihat ada kekuatan sedikit berbanding dengan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi ternyata meleset.

Sehari ke sehari Najib semakin lemah dan tidak mampu membuktikan keupayaannya selaku pemimpin nombor satu negara ini. Selain itu Najib juga dibelit dengan masalah-masalah lain yang menjejaskan dirinya sebagai PM. Segala macam slogan laungan dan ikrar yang dilapazkan sebagai menggambarkan Najib hebat, menurut sumber itu ia hanya palsu semata-mata. Semuanya dilakukan dengan da baksis dan bukan ikhls yang keluar dari hati nurani rakyat.

Lantaran itu sesuatu hendak dilakukan oleh Najib. Paling berat kata NGO itu sekiranya Najib gagal memulihkan diri dan maruah kepimpinannya dalam masa terdekat Najib perlu berhenti sekiranya Umno dan BN hendak diselamatkan. Kalau tindakan drastik ini tidak dibuat UBN akan bermasalah besar. Mereka juga merumuskan sambutan atau pun tepuk sorak yang diberikan kepada Najib kinibukan asli tetapi ia adalah rakaman yang akan dimainkan ke mana saja Najib turun.

Perkara ini khabarnya serius. Ia disuarakan sendiri oleh individu-individu yang berpengaruh dalam kerajaan malah satu masa dulu merekalah menjadi penasihat kepada bekas PM. Pandangan dan juga analisis yang dibuat oleh mereka ini sebelum ini hampir semua menjadi kenyataan. Misalnya mereka pernah meramalkan yang UBN akan kehilangan lima negeri dalam pilihan raya umum lalu, ternyata tepat.

Menurut sumber itu beliau sendiri terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh NGO berkenaan. Katanya NGO itu akan menemui Najib dalam masa terdekat dan akan memberi kata dua. Sekiranya Najib enggan mematuhi Ngo itu akan mengambil tindakan yang bakal merosakkan kredibiliti Najib sebagai PM. Kegagalan Najih membaikpulih imenya dan menjadi UBN menang akan membawa kepada tuntutan supaya Najib berundur!

Saya tanya bebeapa kali sumber itu adakah ini ada kena mengena dengan cincing permata berlian sebesar kepada lutu, jawabnya tidak.

Perkara kedua ialah mengenai rasa kurang selesa pendokong Najib yang dikenali dengan pasukan second layer - barisan kedua yang menjadi pesukan pertahanan kepada Najib. Second layer ini berfungsi menjadi menjaga dan mengawal pengaruh Najib di negeri-negeri. Pasukan ini betindak menjadi pemantau, double chek terhadap apa-apa menenai perkembangan dan kedudukan Najib. Dalam masa sama ia menjadi penasihat kepada politik Najib dan mengatur strategi politiknya.

Pasukan ini diwujud untuk memastikan Najib berada dalam keadaan baik dan memberi maklumat tambahan kepada Najib. Pasukan second layer ini bukan terdiri dari pemimpin Umno yang kuat membodek, memberi maklumat menggembirakan Najib, sebaliknya bersikap kritis. Dalam kata lain pasukan ini bertindak sebagai pengkritik Najib.

Pasukan second layer ini diketui oleh seorang General yang berkuasa di Ibu Pejabat Umno di PWTC yang menjadi penasihat politik Najib dan juga yang menggerak perang sraaf untuk Umno.

Akhir-akhir ini katanya pasukan ini sudah tidak senang dan betah lagi dengan sikap dan perkembangan diri Najib. Pandangan dan nasihat yang mereka berikan tidak lagi dipakai oleh Najib. Ini menyebabkan pasukan second layer ini kecewa dan mulai mual dengan Najib.

Maklumat ini diberikan oleh sumber lain bukan dari Ngo bekas-bekas ahli Parlimen BN tadi. Ia datang dari dalam ibu pejabat Umno sendiri. Menurut sumber itu tindakan ini akan diambil sehari dua ini. Katanya sekiranya Najib tidak mahu peduli atau menerima segala nasihat dan rumus dibuat oleh second layer ini, menyebabkan pasukan ini akan dibubarkan. Mereka tidak lagi akan jadi badan pemantau dan pengawal politik Najib.

Nampaknya sehari ke sehari masalah dihadapi Najib semakin bertambah. Selain dari masalah yang ditimbulkan oleh isterinya baik berkaitan dengan cincing, soal queen control dan sebagainya ia juga turut di longgopi oleh masalah-masalah hilangan kepercayaan oleh para pengawal dan penasihatnya sendiri. Perkembangan ini semua menunjukkan Najib sedang dirundung masalah dan bermasalah.

Apakah dengan segala macam masalah yang melingukunginya kini Najib berani untuk membubarkan Parlimen? Atau beliau terpaksa membubar Parlimen untuk menghalalkan kelemahan beliau sebagai pemimpin? Hujan! [wm.kl.8:40 am 30/07/11]

Chin Huat: Bebaskan Malaysia dari penjajahan ketakutan dan keganasan!

Lim Hong Siang


Meskipun Tanah Malaya merdeka dari penjajahan British pada tahun 1957, dan seterusnya untuk Sabah dan Sarawak pada tahun 1963, namun pada hakikatnya negara Malaysia tidak pernah bebas dari penjajahan ketakutan dan keganasan.  Kita bukan sebuah negara merdeka, selagi kita boleh dipukul polis pada bila-bila masa.

Demikianlah kata-kata ahli jawatankuasa BERSIH 2.0, Wong Chin Huat ketika berucap dalam candle light vigil, sebagai solidariti kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock untuk mencari kebenaran.

"Kita turun ke jalan raya untuk mencari demokrasi, namun akhirnya kita menemui negara," kata Wong Chin Huat, yang mendakwa bahawa tanggal 9 Julai 2011 menandakan kelahiran Malaysia 2.0.  Teruja dengan sambutan hadirin, beliau memimpin untuk melaungkan "Merdeka!"

Wong Chin Huat berkata, tahanan EO6 kehilangan kebebasan untuk kira-kira 30 hari, dan mendiang Teoh Beng Hock kehilangan nyawanya pada usia 30 tahun - kedua-duanya berlaku dalam zaman pemerintahan Najib Razak.  Beliau menaruh harapan agar rakyat Malaysia tidak perlu lagi bertoleransi kepada keganasan pada masa depan, hanya kerana alasan bahawa masyarakat kita terdiri daripada berbilang kaum.

Kira-kira 600 orang menyertai candle light vigil yang diadakan oleh Malaysians for Beng Hock di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KL-SCAH), semalam.  Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga, Presiden KL-SCAH Tan Yew Sing, wakil NGO, pemimpin politik seperti Teo Nie Ching, Ean Yong Hian Wah, Jenice Lee, Sivarasa Rasiah, Zuraida Kamaruddin dan lain-lain lagi turut hadir untuk memberi solidariti kepada ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock.

Ambiga: EO6, BERSIH, TBH semuanya menuntut keadilan


Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan berkata, kita tidak akan melupai Teoh Beng Hock.  Malah, kita gagal menggantikan Teoh Beng Hock sebagai seorang suami, anak dan abang yang baik kepada ahli keluarganya.  Beliau berkata, usaha menuntut pembebasan EO6, BERSIH 2.0, hinggalah kembalikan kebenaran untuk Beng Hock - kesemuanya menuntut satu perkara, iaitu keadilan, dan mendukung semangat negara hukum (rule of law).

Zuraida Kamaruddin mengakui bahawa dirinya turut merasai kesedihan apabila dimaklumkan kematian Teoh Beng Hock.  Beliau pernah bertemu dengan Teoh Beng Hock di pejabat EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah.  Beliau mendakwa dirinya nampak harapan apabila bertemu dengan orang muda seperti Teoh Beng Hock.

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan EXCO Selangor merangkap ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah menolak kesimpulan Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock bahawa mendiang mati kerana membunuh diri.  Mereka merakamkan penghargaan kepada orang ramai kerana tidak melupai Teoh Beng Hock sepanjang dua tahun ini, malah menyeru agar rakyat terus mendesak agar kebenaran dikembalikan kepada keluarga Teoh.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Sebahagian kandungan daripada tulisan di atas diterjemahkan daripada laporan MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

Najib PM terakhir UMNO

Hasmi bin Hashim


"Negara ini sebenarnya selama 50 tahun diperintah oleh golongan bangsawan".
-A. Samad Said, Sasterawan Negara.
Ketika orang berdedai-dedai turun ke jalan raya dengan si tua kelaparan, anak muda tak berpekerjaan, bayi kesejukan kala malam dan satu-satunya harapan politik terakhir ialah berdemontrasi, Saif al-Islam Gaddafi bergilir ditemuramah wartawan dari ruang Istana Presiden.

Saif, 39, adalah anak kedua Presiden Libya, Muammar Gaddafi.  Babak-babak ini berlaku hanya beberapa bulan sebelum di Kuala Lumpur, demonstrasi bersejarah 9 Julai lalu terjadi - BERSIH 2.0.

Saif yang boleh bertutur Inggeris dengan telo Arab ditugas berhadapan dengan wartawan dan media antarabangsa; menjawab dan menjelaskan kepada dunia apa yang "sebenarnya" terjadi.  Seperti yang terduga, omongan penguasa totalitarian di mana-mana pun sama.

Saif menuduh pendemonstran yang menentang bapanya adalah dari rangkaian pengganas al-Qaeda.  Mereka juga kata Saif, "pengkhianat" yang bermunculan daripada pendalaman - sedangkan di Tripoli, ibu negeri, sentiasa aman.

Tuduhan "pengkhianat" mahupun "al-Qaeda" tak ubah seperti tuduhan pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kepada mereka yang turun ke jalan raya kelmarin dalam demontrasi BERSIH 2.0.  Di sini, pemimpin dan aktivis yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (EO) tak boleh bertemu meski dengan anak-isteri.

Revolusi di beberapa negara Arab awal tahun ini antara lain menyelongkar perasaan yang terbuku di hati rakyatnya.  Bukan sahaja soal korupsi, pembolotan kekayaan negara oleh segolongan elit, tetapi gaya politik legasi-nipotisme juga mulai ditolak.  Mesejnya ialah, sama ada di Tunisia, di Mesir dan Libya, dalam lubuk sanubari manusia mereka menolak pemimpin politik yang mahu mewariskan pemerintahan kepada darah keturunan sendiri.

Sedar tak sedar, antara latar kebencian dan penentangan menjurus kepada Husni Mubarak adalah persoalan ini.  Dia ditumbangkan kalamana Mubarak khabarnya dalam proses peralihan kuasa kepada pewaris yang dia sudah siapkan dari rahim isterinya, Suzanne.  Menjadi rahsia umum di Mesir bahawa anak sulung Mubarak, Gamal, akan menggantikan si bapa sebagai Presiden.

Faham ala-maharaja dan rendah tamadun sebegini nampak berlaku di mana-mana.  Mungkin sahaja, keresahan Sasterawan Negara, Pak Samad ada asasnya. Orang Malaysia, terutama sebelum krisis politik-ekonomi 1997-98, juga berfikiran feudal dan lapuk sebegitu.  Rakyat kebanyakan (yang sekaligus memegang kuasa undi terbesar), dengan mudah-mudah melepaskan kuasa politik-pemerintahan kepada kelompok kelas atas, atau apa yang disebut Pak Samad sebagai "golongan bangsawan".

Cacatnya golongan ini mudah, iaitu mereka (yang dibesar dalam lingkungan elit) takkan dapat merasakan denyut-nadi rakyat sampai ke bawah-bawah.  Jauh lagi untuk fahami.  Bukan juga rahsia apabila golongan bangsawan itu tak mahu anak-anak mereka bersekolah di sekolah mahupun universiti kebangsaan.  Sementara sistem pendidikan yang mereka cipta dan mahu rakyat mendukung, mereka sendiri tak memakainya.

Pak Samad menamakan dari PM pertama, Tunku Abdul Rahman Putra yang lahir di anjung istana, sehingga kepada PM hari ini, Najib yang orang tuanya juga perdana menteri.  Menurut Pak Samad, yang terlepas daripada lingkungan keluarga bangsawan (barangkali) cuma Mahathir Mohamad.  Abdullah Badawi yang sempat berkuasa sekelip mata, yang lahir daripada tatanan agamawan juga ditanda sebagai cebis-cebisan golongan bangsawan.

Rakyat selalu diwar-warkan, dipaku di dalam fikiran dan hati bahawa anak kepada seorang perdana menteri, misalnya, sediakala arif soal politik dan pentadbiran.  Dia boleh meneruskan apa yang baik, yang pernah dilakukan oleh bapanya.  Semua keyakinan ini tertanam sejak awal-awal lagi, dan, tak pernah dipersoal entah iya entahkan tidak.  Padang permainan tak pernah sama rata…

Memandang kepada susur-galur Dato' Onn Jaafar, kalau diangkat sebagai contoh, baik anak Dato' Onn iaitu Hussein Onn mahupun si cucu, Hishamuddin Hussein; keduanya tak nampak tanda menginsafi idealisme leluhur mereka.  Masing-masing buat endah tak endah terhadap antara idea utama Dato' Onn iaitu gagasan mahu menjadikan Umno sebagai parti pelbagai kaum.  Masing-masing hanya menggunakan bayangan ayah sebagai batu loncatan.

Gamal si anak Mubarak itu misalnya, dia memulakan kerjaya sebagai pegawai pelaburan perbankan di Bank Amerika.  Di dalam parti yang dikuasai bapanya, Parti Demokratik Nasional, sedari awal Gamal dilantik sebagai timbalan setiausaha agung - di samping kuncu-kuncunya mulai diposisikan di jawatan-jawatan berpengaruh.

Dalam kes Najib, jejak politik beliau pertama kali menjadi ahli parlimen ialah pada umur 23 tahun; menggantikan sang bapa yang meninggal dunia mengejut.  Malah sejak pulang belajar dari England, Najib sudah bertugas di Bank Negara dan Petronas.

Pencapaian-pencapaian Najib pernah dijadikan dokumentari propaganda; ditayang di TV1 seawal beliau memegang jawatan.  Antara tujuan dokumentari itu antara lain untuk menimbulkan rasa "gerun" di hati rakyat terbanyak - sedangkan boleh dipersoal, separuh pencapaian Najib tak lain kerana dia anak seorang PM.

Apakah tanpa nama Razak di belakang nama Najib, beliau boleh jadi Menteri Besar Pahang pada umur 29, mahupun sebagai timbalan menteri pada umur 25?

Dengan semua kemudahan dan peluang luar biasa yang terbentang itu, Najib tentulah tak pernah berfikir dan bersusah-payah sepertimana ramai anak muda seangkatannya.  Jauh lagi mengharap Najib benar-benar merasai perih-payah sebagai orang bawah.  Kalau di kampung saya, anak ketua kampung yang berangan untuk juga menjadi ketua kampung akan dicemuh kawan-kawan…

Betapa presiden-presiden Filipina yang masuk-keluar Istana Malacanang juga berlegar-legar selingkar sembilan keluarga tuan-tuan tanah di Filipina.  Bangsawan ini mampu miliki kekayaan, tanah serta ladang maha luas diwarisi sejak zaman penjajah Sepanyol.  Presiden Filipina sekarang, Benigno C. Aquino III pun bukanlah seorang yang terkenal cemerlang gagasan pembangunan dan politik ke atas bangsanya, meski keperibadian-politiknya beliau tetap sahaja seorang yang dikatakan demokratik.

Kini sedikit-sebanyak kita boleh bertanggapan bahawa "lusuhnya" Rumah Putih tak lain apabila George W Bush si anak memasuki dan mendiaminya selama dua penggal.  Tak biasa dalam sejarah kepresidenan Amerika Syarikat, anak-beranak atau suami-isteri bergiliran memegang jawatan presiden.  Berbanding Bush si ayah yang tak sempat melancarkan perang ke atas Iraq, Bush Jr jualah yang lengkapkan misi itu.  Saya kira itulah sumbangan terbesar Bush kepada tamadun manusia.

Dengan layanan buruk, kecaman melulu dan tindakan anti demokrasi menjelang demonstrasi BERSIH 9 Julai lalu, dilatari kemunafikan elit penguasa, Pak Samad melontar sebuah harapan.  Katanya dalam temubual yang sama dengan portal Malaysiakini, "Bapak harapkan dalam pilihanraya yang akan datang ini mereka (kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib) mundurlah ataupun jatuh."

Rakyat tak pernah memilih Najib sebagai PM.  Abdullah Badawi yang memberikan kunci Seri Perdana kepadanya - sementara era politik anak-cucu dan menantu sudah mulai dipertikai.

Maka PRU ke-13 bakal jadi tanda aras sama ada rakyat bersedia meleraikan sistem pemikiran politik feudal atau tidak.  Dari kata-kata Pak Samad, fahamlah kita bahawa biarlah Najib jadi PM terakhir dari UMNO yang mewakili sistem sebegini.  Selepas lebih 50 tahun, sekarang peluang bagi bangsa kita bebas dari cengkaman golongan bangsawan dengan sebuah zaman baru yang waras dan adil perlu segera ditempa.

*Hasmi bin Hashim, 35 - seorang aktivis politik, aktif memain peranan sebagai intelektual awam dengan kritikan sosial, politik-kekuasaan dan kebudayaan.  Di dalam arena penulisan lirik lagu, beliau antara lain memakai nama pena Buddhi Hekayat.

**Tulisan ini dipetik dari Jalan Telawi.com.