Wednesday, February 1, 2012

Wahai Ummat Islam...Berhati-hatilah Tentang Makanan Kita!

TERNOW - PADAN MUKA


NOTA:

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

padan muka
beritahu jangan minum coke
ini milik zionis tak caya
sekarang baru sedar
ada 8% alcohol
padan muka

beri tahu jangan makan mek dogal
tak dengar
sekarang baru sedar
ada campur babi zionis
kah kah kah
(TT)


















Tuesday, January 31, 2012

Sosej Lembu Ramly Ada Babi Adalah Fitnah !

(wartashubhi)



Berikutan tulisan saya yang bertajuk Sosej Lembu Ramly Ada DNA Babi - Siapa Pemilik Ramly Burger Sebenarnya?  yang saya tulis hasil daripada email yang diedarkan dalam ruang maya kepada ramai saudara muslim yang menuduh 2 perkara:

  1. Sosej lembu berjenama Ramly mengandungi bahan babi.
  2. Dato' Ramly telah menjual syarikatnya kepada orang bukan Islam.
Tindakan pantas telah dilakukan oleh pemilik syarikat tersebut menafikan segala tohmahan berkenaan babi dan beliau juga menafikan telah menjual syarikatnya kepada non-muslim. Berikut dilampirkan penafiannya di bawah:
01hb Disember 2011

Kepada 
YANG BERKENAAN

PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim).

Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM). 

Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech). 

Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada).

Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.

Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini.

Sila ambil perhatian tegas mengenainya.

Yang benar,

DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI
Pengarah Urusan
Kumpulan Syarikat Ramly 

---------------------------------------------

Assalamualaikum. 

Saudara / saudari yang dimuliakan, berhubung dengan dakwaan kononnya pemilik syarikat Ramly telah bertukar tangan kepada individu bukan islam adalah suatu fitnah dan tidak benar sama sekali. Pengasas syarikat Ramly iaitu Dato’ Hj. Ramly Bin Mokni bersama isteri, Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly adalah seorang muslim yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat diurus oleh 1000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak mungkin melakukan perkara yang ditegah oleh agama.
Sebarang pertanyaan lanjut, saudara / saudari boleh berhubung di talian 03-61842972.
Sekian, terima kasih.


Mohamad Rafizie B Kastor,
Eksekutif Hal Ehwal Islam - Halal,

Ramly Food Processing Sdn Bhd,
No. 1-4, Jalan 37/10A, 
Taman Perindustrian IKS, 
Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur.
Mobile: 6013-2989406
Tel: 603-6184 2972 Fax: 603-6187 4924

Satu email juga telah dihantar kepada saya menyatakan rasa kesal dengan tulisan saya dan mengarahkan saya menarik balik tulisan tersebut dalam masa 48jam. lihat lampiran di bawah:
Assalamualaikum,

Merujuk kepada perkara di atas, kami keluarga Ramly Food Processing Sdn Bhd berasa kesal atas pendedahan
tersebut kerana ianya berunsur fitnah.

Tulisan tuan blog mengelirukan dengan fakta-fakta yang salah menyebabkan pengguna membuat kesimpulan yang
salah.

Tuan blogger boleh berhubung dengan pihak kami untuk maklumat lanjut dan pihak tuan blogger diberi masa 48jam
untuk memadam kandungan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Shaiful Azwa Bin Zakaria
Penolong Pengurus
Pejabat Pengurus Besar
Ramly Food Processing Sdn Bhd
Berikut saya lampirkan juga email yang telah diedarkan di dalam dunia cyber berkanaan tajuk yang sama yang mencanangkan cerita bahawa sosej Ramly tidak halal dan syarikat Ramly kepunyaan non-muslim:
Date: Thu, 26 Jan 2012 10:56:18 +0800
Subject: Jawapan kpd email RAMLY Frankfurter(Sosej) Lembu Ada DNA Khinzir.
To: 


Macam mana Jakim nak inform public. Sijil halal berdasarkan pada tempat proses yg sama semasa permohonan. Pertukaran owner syarikat tak ada kena mengena dengan pengiktirafan sijil halal sebab pekerja masih sama dan nama syarikat masih sama. “Dah lama dah”…..cina menggunakan cara ini utk menyakinkan orang islam. Beli syarikat melayu atau syarikat yg dah ada sijil halal. Mudah ringkas cepat dan Berjaya mengabui mata orang islam. Lagi nama pulak “RAMLY” sama juga dgn pau “AHMAD” yang tertipu umat “MUHAMMAD”. Nak tawakal tapi sekarang dah tau, maka terbatalah tawakal kita tadi. Tukarlah jenama baru “AGROMAS” 100% bumiputra FAMA punya. Kalau dia menghidangkan yg tak halal juga terpaksalah dia tanggung. Wallahuallam. 
  
  
Untuk pengetahuan semua rakan2, setelah aku berjumpa dengan Datuk Ramly “Ayahanda Negeri Selangor”dia bukan lagi pemilik Ramly Burger. Pemilik barunya adalah 1 tokey cina. Terjualnya syarikat tu setelah dia teraniaya oleh sahabat beliau sendiri yg menjual syarikat tersebut kepada tokey cina nie didalam keadaan Datuk Ramly kesempitan wang dulu. So kesimpulannya jenama melayu tapi bukan hak milik orang islam lagi. 
  
Sekian harap maklum.

Sunday, January 29, 2012

Kes Berat ! Ayah Bantah Anak Mahu Bertudung

Ketika sedang minum dengan seorang ustaz yang terkenal yang sering muncul di kaca TV, dia menceritakan satu peristiwa seorang ayah yang datang mengadukan masalah anaknya kepadanya.
Masalah yang sedang dihadapi oleh si ayah tersebut adalah mengenai seorang anaknya yang kini makin menjadi-jadi mahu memakai tudung semenjak naik ke sekolah menengah. Ketika di sekolah rendah anaknya itu hanya sering bermain-main di rumah dengan memakai tudung ibunya. Sang ayah sering menegurnya agar jangan buat begitu namun tidak begitu serius.

Tetapi sejak akhir-akhir ini anaknya sampai mula membeli beberapa helai tudung dan nampak serius mahu memakainya. Puas sang ayah menegurnya dengan keras namun anaknya tetap merayu.
Mendengar cerita tersebut saya mencelah pada Ustaz dengan mengkritik si ayah tersebut dan mula hairan kenapa ayahnya melarang. Ustaz berkata dia sebenarnya bersetuju dengan tindakan si ayah yang membantah keras keinginan anaknya itu.
Bertambahlah lagi kehairanan saya dan mula berasa sangsi pada si Ustaz pulak. Ajaran mana pulak yang cuba diketengahkan oleh si ustaz ini, kata saya dalam hati. Saya bertanya pada ustaz apa alasannya menyetujui tindakan si ayah.
Lalu Ustaz berkata masalahnya adalah anak kepada si ayah itu adalah seorang lelaki! Alamak saya pula berasa malu pada ustaz kerana terlalu cepat melatah.
Moral of the story: Jangan cepat melatah dan menghukum, dengar dan fahami dulu semua cerita sehingga habis baru buat keputusan.

Khas Buat Yang Pakai Gelang Tangan Magnet ! Sila Baca Kalau Nak Selamat !


Kita tentu pernah lihat orang yang memakai gelang tangan. Kalau yang memakai itu perempuan tak ada sesiapa yang ambil hairan tapi jika yang memakainya itu lelaki dan sudah berumur pula tu dan ditambah lagi memakai kopiah pergi solat berjemaah di masjid, ada sedikit musykil timbul dalam fikiran.
Sebenarnya amalan orang lelaki yang dah agak berumur memakai gelang tangan ini dan menjadi satu perkara biasa di negara kita terutamanya di kawasan bandar. Ramai daripada mereka terutamanya pemain golf suka mengenakan gelang tangan tersebut yang mereka panggil gelang tangan magnetik.
Gelang tangan magnetik itu dikatakan mempunyai khasiat sebagai penawar dan mampu mengubat berbagai penyakit kerana ia membantu melancarkan aliran darah. Ia juga dikatakan mampu melegakan segala penyakit sendi dan lain-lain yang seumpama dengannya.

Walau apapun yang didakwa terhadap kemujaraban gelang magnetik tersebut, tak ada bukti yang diiktiraf lagi secara meluas terhadapnya. Berkemungkinan semuanya adalah kesan daripada psikologi pengguna yang percaya terhadap apa yang didakwa mampu mengubat atau kita namakan placebo effect. Mari kita lihat satu riwayat di bawah untuk renungan.
Satu riwayat daripada Imran bin Hasein menyatakan bahawa ada satu ketika Rasulullah melihat seorang lelaki memakai rantai tembaga pada pergelangan tangannya. Rasulullah lalu menyerunya dengan berkata, 'celakalah pada anda, apakah (yang engkau pakai) ini?, lalu lelaki itu menjawab, ' saya mengalami masalah lemah (al-wahinah - satu penyakit yang menyebabkan kesakitan pada bahu dan tangan dan lelaki itu memakai gelang itu kerana percaya ia mampu mengubat kesakitan yang dialaminya)'
Rasulullah lalu berkata pada lelaki tersebut, 'ia tidak mendatangkan apa-apa pada engkau melainkan kesakitan, buanglah benda itu. Jika kamu mati ketika memakainya, sudah pasti kamu tidak akan selamat'. Rasulullah melihat gelang tersebut seperti tangkai dan ia melarang pemakaiannya. (hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad) 
Berdasarkan cerita di atas, nampaknya tidak ada bezanya apa yang ramai orang pakai sekarang dengan apa yang lelaki di atas lakukan dan Rasulullah mengarahkan lelaki tersebut mencampakkan benda itu. Adakah kita ada alasan lain lagi untuk memakainya?, terpulanglah kepada penafsiran masing-masing.
Sebenarnya untuk menghasilkan badan yang sihat ada banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan yang lansung tidak dilarang dalam agama. Contohnya adalah seperti mengamalkan puasa setiap hari isnin dan khamis serta sentiasa beriadah dengan berjalan kaki setiap hari sekurangnya 30 minit sekali.
Menjaga makanan yang kita telan masuk ke dalam mulut kita juga penting untuk mendapatkan kesihatan badan. Makanlah bila lapar dan berhentilah sebelum kenyang. Pelbagaikan makanan anda dan banyaklah makan ulam, sayuran serta buahan. Insyallah kita akan mendapat kehidupan yang berkualiti.

Waspada Tentang Peralatan Anda!

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Buang Ketuhar Microwave Anda


  1. Makan berterusan dalam jangkamasa panjang makanan yang dipanaskan menggunakan Microwave boleh membuatkan sel otak menjadi rosak. Tisu otak akan terkena kejutan elektrik yang menjadikannya de-polarisasi.
  2. Tubuh badan manusia tidak mampu menghadamkan bahan sampingan yang terbentuk hasil daripada proses pemanasan makanan oleh ketuhar microwave tersebut.
  3. Pembentukan hormon reproduksi lelaki dan wanita akan terhenti dengan amalan memakan makanan yang dipanaskan menggunakan ketuhar microwave dalam jangkamasa yang panjang.
  4. Bahan sampingan yang terbentuk akibat pemanasan makanan akan kekal mendap di dalam badan kerana tidak dihadamkan.
  5. Kesemua bahan vitamin, mineral atau zat yang terdapat pada makanan akan hilang atau diubah menjadikannya tidak berguna kepada tubuh badan kerana tidak dapat dipecahkan untuk dihadam.
  6. Bahan mineral yang terdapat pada sayuran berubah menjadi bahan radikal bebas yang boleh mencetuskan kanser.
  7. Makanan ketuhar microwave boleh mencetuskan masalah kanser usus serta perut atau menyebabkan ketumbuhan pada organ tersebut.
  8. Sel kanser meningkat di dalam darah dengan menggunakan makanan dari ketuhar microwave.
  9. Sistem ketahanan badan juga menjadi lemah melalui kelenjar linfa dan perubahan pada darah.
  10. Makan makanan ketuhar microwave boleh menyebabkan daya ingatan menjadi lemah, hilang daya penumpuan, dan penurunan tahap kebijaksanaan.

Umat Islam Harus Berhati-hati!

Sosej Lembu Ramly Ada DNA Babi - Siapa Pemilik Ramly Burger Sebenarnya?

Ada maklumat dari e-mail yang diterima daripada seseorang yang mendakwa telah bertemu sendiri dengan Dato' Haji Ramly Bin Mokni, tuan punya perniagaan daging burger terkenal Ramly Burger sebagaimana yang umum mengetahuinya selama ini dan tiada sesiapa dari kalangan majoriti umat Islam yang berasa was-was untuk membeli dan makan semua makanan keluaran syarikat tersebut.
Daripada pertemuan hamba Allah itu beliau mendapat pengakuan daripada Datuk Ramly sendiri bahawa dia telahpun melepaskan status tuan punya syarikat kepada seorang Taukeh berbangsa Cina yang kini memiliki syarikat yang menjadi kebanggan umat Islam selama ini.

Dato' Haji Ramly dikhabarkan terpaksa menjual syarikat tersebut ketika dia mengalami masalah kesempitan wang satu ketika dahulu dan menurut khabarnya dia juga telah dianiayai oleh seorang rakan baiknya yang menguruskan penjualan syarikatnya itu.
Jikalau betullah semua khabaran di atas, bermakna walaupun Datuk Ramly merupakan seorang yang berstatus "Ayahanda Negeri Selangor", nampaknya status itu lansung tidak dapat membantunya mempertahankan perniagaannya, khasnya dalam mempertahankan status syarikat seorang muslim bumiputera.
Banyak syarikat yang asalnya kepunyaan orang Melayu atau Islam akhirnya telah dibeli oleh usahawan bukan Islam dan dengan pembelian tersebut semua nama yang membawa identiti Islam telah diambil sekali termasuklah segala status halal dan popularitinya.
Berkemungkinan tuan punya syarikat yang baru itu yang bukan muslim memang tidak ada niat mahu merosakkan perniagaannya dengan sengaja memasukkan unsur-unsur tidak halal ke dalam makanan keluarannya seperti lemak babi dan seumpamanya, namun dengan pertukaran hakmilik kepada seorang yang bukan muslim bermakna keutamaan 'Halal' mungkin bukan lagi terletak di tahap yang tinggi berbanding jika dimiliki oleh seorang muslim (yang bertakwa).
Samada perkara tersebut di atas benar-benar berlaku atau tidak, apa yang perlu kita lakukan sebagai orang Islam adalah berusaha mengumpulkan satu badan atau perkumpulan yang menyediakan dana serta kepakaran bagi mengambil alih atau membantu syarikat-syarikat Melayu atau islam yang berdaya maju yang sedang mengalami masalah kewangan atau pengurusan.
Usaha ini juga merupakan satu dakwah dalam jurusan ekonomi bagi memertabatkan status ekonomi yang dipegang oleh umat Islam di negara kita dan mengelakkan umat Islam khasnya para usahawan islam daripada terjerumus ke dalam kepapaan yang amat merbahaya.
Antara kumpulan yang telah ada yang sepatutnya melihat semua usaha ini adalah PERKASA, PEKIDA, HIMPUN, serta lain-lain NGO muslim yang amat aktif sejak kebelakangan ini memperjuangkan hak-hak Melayu dan Islam di negara kita.
Adalah lebih utama mereka bertungkus lumus mengumpulkan dana serta kepakaran dalam semua bidang dan menekankan bidang ekonomi memandangkan kita amat ketinggalan dalam bab itu di seluruh dunia. ia sudah tentu lebih baik daripada mereka memekik terlolong menyalahkan orang lain apabila umat islam tersepit.