PAS kesal kenyataan Azmin dan Shuhaimi
KUALA LUMPUR:
PAS memberikan ingatan kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat agar
jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama
Pakatan.Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat pribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin PKR sebelum ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan.
"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.
"Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.
"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa.
Mustafa berkata demikian kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia bakal memberikan implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan kerana semua keputusan sebegini perlu dibuat bersama.
Sinar Harian hari ini melaporkan berita bertajuk 'MB Selangor baru jika PR tawan Putrajaya'.
Menurut Sinar, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Keputusan berkenaan, lapornya, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.
Namun kenyataan Azmin ini dilihat dari perspektif yang berlainan berdasarkan hubungan beliau dengan Tan Sri Khalid.
Shahnaz
Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung
aset bekas suaminya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib hari ini.
"Mahkamah
dunia menetapkan Kelantan negeri berdaulat walaupun pada masa itu
sebelum merdeka. Tapi status kedaulatan negeri telah wujud. Akta
(Pembangunan dan Petroleum) 1974 jika ditafsirkan telah mencabar
kedaulatan negeri.
Hari
perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas
berkenaan royalti petroleum pada jam 9 pagi ini di Putrajaya.
Sementara
itu, dalam ucapan ringkas, Nik Aziz pula berkata, sekatan berhubung isu
royalti minyak negeri Kelantan yang dibuat oleh kerajaan pusat yang
dipimpin oleh Umno menunjukkan bahawa mereka membenci pergerakan Islam.
"Siasatan
itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memaklumkan kepada
anda bahawa sepina pertama telah sampai kepada saksi pertama.