Saturday, May 26, 2012

Hikmah Kejadian 11 September!!!

Dari Bikini Ke Purdah Kerana Peristiwa 11 Sept ...



GADIS itu dulunya seorang aktres yang cantik, model, pelatih fitness dan seorang aktivis hak asasi. Dia membesar dalam masyarakat Barat yang bebas bersosial, mendedahkan aurat dan anti Islam.m. Hidayah Allah Maha Luas menyapa hati yang sering gundah gelisah ini. Hati menyambut cinta Allah yang bernama Islam.
Lantas konflik jiwa yang sering menjadi teman selama ini mula menyisih dari kehidupannya. Betapa hebatnya benih bermutu bernama Hidayah@aqidah Islam itu sehingga ia mampu menyerlahkan perwatakan berbeza seorang gadis Barat. Itulah dia Sara Bokker.
Sara meninggalkan dunia yang gelap sebelum ini menuju cahaya yang indah. Sara mula mengenal penciptanya, objektif manusia dihidupkan dan ke mana akhirnya dia akan kembali. Semua itu mengubah dirinya yang dulu begitu aib mendedahkan batang tubuhnya kepada umum, sekarang dia memilih hijab para mukminah di zaman Nabi SAW yakni 'purdah'

Peningkatan amalan yang sangat membanggakan dan mendapat restu serta sokongan suami tercinta. Sara tidak berhenti setakat dirinya menikmati hidup yang semakin ceria, bahkan turut memperjuangkan Islam, menyedarkan wanita lain agar menutup aurat, memerangi dakyah musuh-musuh Islam dalam hal etika pakaian Islam, perwatakan sebenar gadis Islam yang perlu dipelihara secara konsisten agar tidak dipermainkan oleh mana-mana pihak agar mereka hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Beliau sekarang adalah Pengarah Komunikasi di The March for Justice, salah seorang pengasas Global Sisters Network dan Produser Shock and Awe Gallery. Pengalaman beliau telah dicatat di www dot marchforjustice dot com yang telah diterjemahkan oleh Zain A Ghani. Terima kasih dari Weblog Ibnu Hasyim kepada beliau, syukran, al-hamdulillah!

Ku Tinggalkan berbikini..

Sebagai anak Amerika yang lahir di kota besar Amerika Syarikat, aku membesar seperti gadis-gadis lain yang terbiasa dengan kehidupan glamour kota besar. Kemudian aku berpindah ke Florida, di pantai Selatan Miami, sebuah tempat popular untuk mencari kehidupan glamour. Tentulah ketika itu aku juga melakukan apa-apa yang sering dilakukan oleh gadis-gadis Barat.

Aku hanya prihatin pada penampilan fizikal dan daya tarikanku serta mengukur nilai reputasiku berdasarkan banyaknya perhatian orang lain padaku. Aku bersukan secara rutin hingga menjadi pelatih peribadi di sebuah perumahan mewah di pinggir laut. Aku menjadi pengunjung setia pantai yang “suka mempamerkan tubuh” serta berjaya mencapai taraf hidup yang penuh bergaya dan ada kelas.

Tahun demi tahun berlalu, kufahami bahawa ukuran nilai kepuasan diri dan kebahagiaanku terletak pada semakin tinggi aku menggunakan daya tarik kewanitaanku. Saat itu, aku benar-benar menjadi hamba fesyen-fesyen terkini. Sesungguhnya aku telah ‘menjadi tawanan’ kepada kehendakku sendiri. Di celah-celah kekosongan hidup antara kepuasan diri dan gaya hidup yang makin melebar, maka aku mencari perlindungan dengan sebuah pelarian.

Aku mengambil arak dan pesta-pesta, mengikuti meditasi, menjadi aktivis, belajar kepercayaan-kepercayaan lain dengan tujuan agar di celah-celah kekosongan itu terisi dengan pelbagai aktiviti. Namun, akhirnya aku sedar bahawa semua itu bagaikan ubat pelali sahaja, yang mana sakitnya kembali berulang dibandingkan pengubatan yang benar-benar berkesan.

Kemudian berlaku peristiwa 11 September 2001. Sebagai saksi atas serangan berterusan terhadap Islam, pada nilai-nilai dan budaya Islam serta wujudnya pengisytiharan negatif mengenai “Perang Salib Baru”, aku terpanggil untuk mula memerhati satu ajaran bernama Islam.

Ketika itu aku mengaitkan semua yang berbau Islam dengan wanita-wanita yang berbaju seperti “khemah”, tukang pukul isteri, harem dan dunia pengganas. Sebagai aktivis pembebasan wanita dan seorang yang mahukan dunia yang lebih baik untuk semua, jalanku bertembung dengan jalan aktivis lainnya yang telah memimpin reformasi dan keadilan untuk semua tanpa pilih bulu.

Setelah itu, aku turut bergabung di dalam kempen sahabat-sahabat baruku yang ketika itu, salah satunya adalah reformasi pilihanraya dan hak-hak awam. Sekarang kegiatan harianku sangat berbeza. Daripada mendukung keadilan secara “berpilih”, aku belajar bahawa yang ideal seperti keadilan, kebebasan dan penghargaan benar-benar bermakna dan bersifat universal.

Untuk pertama kalinya, aku insaf, sesungguhnya semua orang dicipta Allah adalah setaraf. Namun yang paling penting, aku belajar bahawa hanya perlu keyakinan untuk melihat dunia yang satu dan untuk melihat penyatuan dan ciptaan.

Bertemu al-Quran

Suatu hari, aku membelek sebuah buku yang dianggap negatif di Barat, al-Quran yang suci. Baru tadi aku tertarik pada gaya dan pendekatan al-Quran. Kemudian minatku tambah mendalam pada pandangannya tentang kewujudan makhluk, kehidupan, penciptaan dan hubungan antara Pencipta dan ciptaanNya.
Aku rasa al-Quran dapat menjadi sumber pembuka wawasan dan pengetahuan untuk hati dan jiwa tanpa perlu penterjemah atau paderi.

Akhirnya aku sampai kepada masa yang sangat penting yang mengubah kehidupanku seterusnya. Pemahaman aktivis yang baru kurasakan untuk kepuasan diri baru-baru ini, jelas tidak bermakna apa-apa dibandingkan dengan keyakinan yang disebut Islam, yang membawa aku hidup damai sebagai muslim yang bermanfaat.

Bahagia dengan Hijab

Aku membeli sehelai gaun panjang yang cantik dan penutup kepala, mirip gaya pakaian muslimah. Dengannya aku berjalan di jalan dan kawasan tetangga yang sama, yang mana beberapa hari sebelumnya aku masih mengenakan seluar pendek, bikini atau gaya pakaian Barat yang berkelas.

Walaupun masyarakat, wajah dan gedung-gedung semuanya tetap sama, ada satu perkara yang sangat berbeza, kerana untuk pertama kalinya, aku berasa suatu kedamaian yang sangat berbeza berbanding yang dahulu. Aku merasa seolah-olah semua rantai telah terputus dan akhirnya aku benar-benar merasa bebas. Sangat menyenangkan, kadang-kadang sedikit lucu melihat wajah hairan sesetengah orang terhadap penampilan baruku.

Tiba-tiba sahaja beban itu terangkat dari bahuku. Aku tidak lagi menghabiskan masaku untuk berbelanja, membeli kosmetik, ke salon dan melatih diri untuk penampilanku. Akhirnya aku bebas. Dari semua tempat itu, aku menemui Islam tepat di pusat dari tempat yang disebut orang sebagai “pusat skandal di bumi”, yang membuatkan semua itu menjadikannya penuh cinta dan istimewa.

Walaupun bahagia dengan hijab, aku menjadi ingin tahu mengenai niqab (purdah/cadar) kerana melihat ramai muslimah yang mengenakannya. Aku bertanya suamiku yang juga Muslim, yang berkahwin denganku setelah aku menjadi Muslimah, adakah aku boleh mengenakan niqab atau cukup dengan hijabku sekarang yang sudah kukenakan?

Dengan selamba suamiku mengatakan dia percaya bahawa hijab adalah satu kewajiban, namun tidak dengan niqab. Ketika itu, hijabku terdiri dari penutup kepala yang menutup seluruh rambutku kecuali wajah dan gaun hitam panjang yang longgar. Ia disebut abaya (jubah) yang menutupi tubuh dari leher hingga kaki.

Memakai purdah
Satu setengah tahun berlalu, aku memberitahu suamiku bahawa aku mahu memakai purdah. Alasanku kali ini ialah aku merasa lebih “menyenangkan” Allah Yang Maha Mencipta, dan akan meningkatkan rasa damai dalam diri bila berpakaian lebih tertutup. Dia menyokong keputusanku dan membawaku membeli “isdaal”, sejenis gaun hitam longgar yang menutup dari kepala hingga kaki dan niqab yang menutup seluruh kepalaku termasuk wajah kecuali mata.

Cabaran Hijab dan Niqab

Tidak lama kemudian, media mula menyiarkan berita tentang ahli politik, pembesar gereja, pendokong kebebasan, aktivis Hak Asasi Manusia (HAM) palsu yang berkali-kali mengkritik pedas tentang hijab, apatah lagi niqab. Bagi orang lain ia kelihatan sangat kejam terhadap wanita. Juga dianggap gangguan dalam pergaulan dan baru-baru ini seorang pegawai Mesir mengatakan bahawa perkara itu sebagai “tanda-tanda kemunduran”.
Aku melihat kenyataan itu sangat munafik . Beberapa pemerintah dan kumpulan pembela HAM palsu yang tergesa-gesa cuba membela hak wanita, sedangkan pemerintah beberapa negara lain memaksa penggunaan peraturan berpakaian tertentu bagi wanita. Meskipun begitu “Pejuang Kebebasan” memandang dari posisi lain ketika wanita kehilangan hak-haknya untuk berkerja dan belajar hanya kerana memilih menggunakan haknya mengenakan hijab atau niqab.
Namun sekarang, berlaku banyak halangan terhadap wanita yang mengenakan hijab atau niqab untuk keluar berkerja dan mendapatkan pendidikan di sekolah dan universiti. Ia bukan hanya di bawah rejim kuku besi seperti di Tunisia, Morocco dan Mesir tetapi juga di negara-negara demokrasi seperti Perancis, Belanda dan Inggeris.

Memperjuangkan Hak Wanita

Ketika ini, aku masih seorang aktivis wanita, tetapi kali ini sebagai aktivis Muslimah, yang menyeru para Muslimah untuk mengambil tanggungjawab mereka memberi sokongan setakat mampu kepada suami agar menjadi Muslim yang baik, membesarkan anak-anak mereka agar menjadi Muslim yang jujur dan bertanggungjawab. Sehingga mungkin akan menjadi cahaya kepada kemanusiaan.

Untuk menyebarkan kebaikan dan menjauhkan kejahatan, untuk berbincang tentang kebenaran dan kebajikan serta melawan semua kemungkaran. Aku berasa patut memperjuangkan hak-hak kita untuk mengenakan niqan atau hijab demi menyenangkan Yang Maha Mencipta, apapun yang kita pilih. Penting juga berkongsi pengalaman memakai niqab atau hijab kepada kawan wanita yang mungkin belum pernah berpeluang untuk memahami kenapa perlunya mengenakan niqab atau hijab bagi kita dan rasional kita, sehingga dengan penuh cinta kita memeluknya.

Sebahagian besar wanita yang kuketahui mengenakan niqab adalah muallaf Barat. Sebahagian dari mereka belum berkahwin. Yang lain mengenakan niqab tanpa sokongan penuh dari keluarga mahupun masyarakat sekelilingnya. Apa yang kita perlu fahami ialah mengenakan purdah adalah pilihan peribadi dan tidak seorang pun boleh menyerah atas pilihan peribadinya sendiri.
Mahu atau tidak, kaum wanita dihujani dengan gaya “berpakaian minima sehingga tanpa pakaian langsung” secara virtual dalam setiap bentuk komunikasi di manapun di dunia ini. Sebagai seorang bekas non-muslim, aku menuntut hak-hak wanita untuk sama-sama mengetahui mengenai hijab, kebaikan-kebaikannya, kedamaian dan kebahagiaan yang dibawanya ke dalam kehidupan wanita, seperti yang telah terjadi padaku.

 

Dulu Bikini, Sekarang Niqabi 

Dulu, bikini merupakan lambang kebebasanku, yang hakikatnya membebaskan aku dari aqidahku dan sebagai manusia normal. Tiada apa-apa yang lebih menggembirakan aku kerana menanggalkan bikiniku di pantai dan gaya hidup Barat yang gemerlapan itu untuk hidup damai dengan Penciptaku, serta menikmati hidup di antara teman-teman sesama manusia sebagai peribadi yang layak menerimanya.

Hal itu merupakan alasanku untuk memilih memakai niqab dan bersedia mati membela hakku yang tidak mungkin dicabut untuk memakainya.
(IH/DM dll)

Pendedahan skandal: UMNO Sabah semakin meretak

 
 Pendedahan "skandal" pimpinan UMNO Sabah Musa Aman dan Mohd Shafie Apdal kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa pergelutan kuasa dalaman UMNO semakin meruncing.  Sementara itu, komponan parti Barisan Nasional semakin tidak berpuas hati, lantaran daripada sikap kerajaan untuk menangguh penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).  Malah, ketidakpuasan ini menunjukkan petanda bahawa parti komponen ini mungkin keluar BN.

Untuk pembangkang pula, sama ada mereka boleh bersatu untuk mempertahankan prinsip "satu lawan satu" ketika berdepan dengan BN, bakal menjadi faktor penentu sama ada pembangkang mampu memenangi lebih kerusi parlimen di Sabah untuk menawan Putrajaya.

Politik Sabah lebih rumit berbanding Semenanjung Malaysia, dengan etnik yang lebih pelbagai dan lebih menekankan "kedaulatan"-nya.  Namun, apa yang tidak berbeza adalah perebutan dan pengagihan sumber yang berlangsung setiap masa - terutamanya parti pemerintah terbesar di Sabah, iaitu UMNO.

Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman kini terpalit dengan skandal balak, sementara Naib Presiden UMNO merangkap Ketua Bahagian Semporna, Shafie Apdal pula berdepan dengan skandal yang melibatkan seorang artis.  Jelas, pergelutan kuasa dalaman UMNO Sabah telah timbul ke atas pentas.

Menurut pengkaji politik Bridget Welsh, peretakan UMNO Sabah sekarang melibatkan dua orang panglima yang lahir ketika zaman mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, iaitu Shafie Apdal dan Musa Aman (gambar bawah).  Bagaimanapun, terdapat juga lain-lain sekta, namun tidak terlibat dalam pergelutan ini.

Ketika ditemuramah melalui email oleh MerdekaReview, Bridget Welsh berkata, "UMNO Sabah agak berkecai.  Sebahagian puncanya disebabkan bumiputera di Sabah mempunyai etnik yang pelbagai, perebutan kontrak yang sengit, dan tekanan daripada 'regeneration' dalam parti.  Persaingan dalam UMNO Sabah amat meruncing, kerana kepentingan ekonomi di Sabah cukup menggoda."

Dalam satu temuramah emel bersama MerdekaReview, pensyarah Sains Politik UiTM Sabah Arnold Puyok berkata, UMNO kelihatan meretak jika dilihat secara luaran, namun belum pasti bahawa pergelutan sekta-sekta ini bakal memecah-belahkan UMNO.

"Andai kata wujudnya sekta-sekta, maka sekta pimpinan Musa Aman jelas mempunyai kelebihan.  Berbanding Shafie Apdal, Musa mempunyai lebih banyak cara untuk mengagihkan sumber untuk penyokongnya.  Beliau boleh menyatukan kekuatannya dengan politik naungan," ulas Arnold Puyok.

Menurut Arnold Puyok lagi, Shafie Apdal yang kini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah lebih menghabiskan masa beliau di Semenanjung Malaysia.  Oleh itu, orang tempatan Sabah tidak melihat beliau sebagai "local boy".

Arnold Puyok berkata, "Banyak faktor yang menjurus kepada keretakan UMNO.  Antaranya semestinya perebutan sumber.  Ini berlaku dari dulu hingga sekarang."

Bagaimanapun, Bridget Welsh (gambar kiri) menganggap perbezaan ini telah sampai ke tahap yang agak meruncing, kerana ia semakin terdedah di atas pentas, misalnya skandal yang melibatkan artis dan pendedahan bank.

Pada 9 April, Parti Keadilan Rakyat mendedahkan skandal balak yang melibatkan Anifah Aman (Menteri Luar) dan Musa Aman, mendesak agar PM Najib Razak mengambil tindakan dalam masa tujuh hari.  Sarawak Report juga mendedahkan secara terperinci skandal tersebut.  Tetapi, Musa Aman menafikan hubungannya dengan Michael Chia, seorang peniaga balak Sabah.  Musa Aman sebaliknya menuduh bahawa Sarawak Report memfitnah beliau, dan berkata tuduhan rasuah itu adalah sebahagian daripada motif untuk menjatuhkan kerajaan BN di Malaysia Timur.

Pada akhir April, Shafie Apdal pula dituduh mempunyai hubungan intim dengan artis bernama Zahida Mohamed Rafik.  Malah, Shafie Apdal dikatakan memberi lebih sejuta ringgit Malaysia kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.  Shafie Apdal telah menafikan tuduhan ini, malah berkata akan menyaman mereka yang memfitnah beliau.

Musa berdepan dengan sekta yang berbeza


Arnold Puyok pernah membentangkan satu kertas di Kementerian Luar Negeri Brunei Darussalam, mengupas halatuju politik-ekonomi Sabah pada tahun 2011.  Beliau menyebut Musa Aman berdepan dengan cabaran Bajau dalam UMNO.

Menurut kertas itu, Bajau adalah etnik kedua terbesar di Sabah, dengan kebanyakan orang Bajau adalah ahli UMNO.  Namun mereka tidak suka UMNO didominasi oleh "Melayu" di bawah pimpinan Musa Aman.

Arnold Puyok menyenaraikan tiga orang pemimpin daripada United Sabah Bajau Organisation, yang dikatakan memberi cabaran kepada Musa Aman, iaitu Salleh Said (gambar kanan), Amirkahar Mustapha dan Pandikar Amin.  Antaranya, Salleh Said dan Pandikar Amin mempunyai pengaruh yang besar terhadap orang Bajau.

UMNO Sabah khuatir dengan kebangkitan United Sabah Bajau Organisation, melihat pertubuhan yang kembali aktif pada tahun 2006 ini sebagai parti untuk menggantikan kedudukan UMNO, dan mewakili muslim Sabah.  Pada tahun 2008, Musa Aman pada asalnya tidak berniat untuk memberi lampu hijau kepada tiga orang tersebut untuk bertanding dalam PRU 12.  Namun, untuk meredakan ketidakpuasan orang Bajau, Musa Aman terpaksa memberi jawatan yang penting untuk dua orang pemimpin di atas.  Antaranya, Salleh Said dilantik sebagai Speaker DUN Sabah, di samping Pandikar Amin dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat selepas disyorkan oleh Musa Aman.  Arnold menganggap Musa Aman perlu mengendali cabaran politik yang sengit ini.

Selain itu, Arnold menganggap, salah satu faktor yang boleh memastikan kestabilan politik Sabah adalah hubungan antara persekutuan dengan kerajaan negeri.  Sejarah Sabah menunjukkan kerajaan persekutuan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kestabilan kerajaan negeri.  Contoh yang paling klasik adalah semasa pemerintahan Mustapha Harun, Harris Salleh dan Joseph Pairin Kitingan.  Dalam kes Mustapha Harun, ketika pemerintahan PM kedua, Abdul Razak, Berjaya telah ditubuhkan untuk menggulingkan USNO pimpinan Mustapha Harun.  Mantan Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam juga pernah melancarkan gerakan untuk menjatuhkan Harris Salleh, dan menaikkan Joseph Pairin Kitingan.

Malah, jika diimbas kembali, selepas tahun 1990, kerajaan Mahathir menggunakan cara-cara yang tidak demokratik untuk menindas kerajaan negeri Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS), misalnya peminggiran ekonomi (mengurangkan peruntukan), ancaman politik (menubuhkan UMNO).  Sehingga tahun 1994, mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim membantu BN merampas kuasa kerajaan negeri di Sabah dengan cara "lompat parti".

Arnold berkata, Musa telah belajar dari sini.  Beliau dengan berhati-hati mengekalkan hubungan yang sempurna antara persekutuan dengan negeri, untuk memastikan kestabilan politik di Sabah.  "Ada desas-desus mendakwa hubungan tidak baik antara Musa dengan PM Najib, malah meramalkan pertukaran kerajaan - hujah ini agak lemah.  Seandainya Najib benar mahu memberi laluan kepada 'proksi'-nya, Shafie Apdal (gambar kiri), seorang pemimpin Semporna untuk memimpin Sabah - ia bukan sahaja satu perkiraan politik yang silap, malah sangat berisiko.  Ia bakal mempengaruhi populariti Najib di Sabah.  Shafie tidak berada di Sabah, untuk UMNO Sabah, beliau adalah orang luar."

Malah Arnold meramalkan Musa Aman akan mempunyai kelebihan ke atas Shafie, seandainya berlaku persaingan untuk merebut political supremacy di Sabah, kerana Musa Aman akan meraih sokongan daripada orang tempatan.
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks penuh yang disiarkan pada 23 Mei 2012.

Top Super Model Australia, Kini Sudah Bertudung


















INI bukan suatu keputusan mudah bagi setiap orang. Keputusan untuk menempatkan dirinya pada kedudukan yang berlainan agama dan berbeda kepercayaan. Kebanyakan orang lebih suka berada pada kedudukan 'zon keselesaan' (comfort zone), yang masing-masing pada gilirannya, akan menumbuhkan perasaan pasif terhadap "orang lain" di sekitarnya.
Tetapi, selalu ada kecualian! 
Salah seorang di antara mereka yang cuba keluar dari 'comfort zone' adalah Rachael Finch. Rachael merupakan seorang Top Supermodel Australia, bintang televisyen, sekaligus bekas Miss Universe Australia. Ia meluangkan masa sehariannya dengan cuba mengenakan pakaian jilbab muslimah menutup aurat. 
Bukan itu sahaja, ia juga cuba menyelami kehidupan umat Islam di Australia selama satu hari untuk lebih mengenal secara dekat orang-orang Muslim secara langsung. Rachael memakai tudung dan memulakan langkah eksperimen aktiviti sosial  'kebiasaanya' di mana ia berinteraksi dengan komuniti Islam.
Rachael cuba mengikuti jejak langkah Rebecca Kay, seorang Muslimah Australia yang taat dan seorang ibu beranak empat. Rebecca lahir di Australia dan menjadi Muslim sekitar lapan tahun yang lalu. Sebelumnya, Rebecca adalah seorang peluncur wanita Wollongong.

"Sebelum saya menjadi seorang Islam, saya merupakan seorang anti Islam. Saya dulu biasa mendengar radio, dan mempunyai sikap yang sama seperti kebanyakan anti Islam yang lain. Saya dulu suka berkata kepada orang lain 'jika kamu (orang Muslim) tidak senang di sini, maka silakan kamu kembali ke tempat asal kamu ', "kata Kay seperti dilaporkan Muslimvillage.com.

Mengulas eksperimen aktiviti sosialnya, Rachael mengatakan, "Senang rasanya saya boleh masuk dan mengikuti jejak kedudukan Rebecca, dan menyaksikan sendiri bahawa stereotaip terhadap wanita Islam Australia (yang kerap digemborkan media-red) tidak terlalu benar," katanya.

"Ini merupakan kejayaan-untuk melihat multikulturalisme adalah tentang melihat pada masa kini, kita semua warga Australia tidak peduli apa warna kulit kita, atau apa yang kita anuti, atau apa latar belakang kita-kita semua sama." ceritanya.

"Mereka bijak, mereka pintar, mereka ingin kerjaya dan mereka menginginkan sebuah keluarga, dan bagi saya itu semua menipu," ulasnya.

Rebecca berharap bahawa sesuatu yang baik boleh datang dari pengalaman Rachael, dan hal itu diharapkan dapat mendorong orang untuk lebih berfikiran terbuka. (IH)

Apa Jadi Jika Masih Belum BERSIH?


 

92% rakyat mahu daftar pemilih dibersih sebelum PRU

  • Aidila Razak
Satu kajiselidik yang dibuat baru-baru ini - sehari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 -  menunjukkan majoriti responden mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Menurut Merdeka Centre, 92 peratus daripada 1,019 orang yang dikajiselidik bulan lalu berkata kerajaan perlu melakukannya sebelum pilihan raya umum.

Keputusan itu hampir sebulat suara di kalangan responden pelbagai bangsa, kumpulan umur, jantina, pendapatan dan kawasan, dengan lebih 90 peratus daripada setiap kumpulan, menjawab dengan positif.

Kira-kira separuh atau 48 peratus daripada kumpulan yang sama juga berkata mereka tidak yakin dengan daftar pemilih.


Tinjauan: 49% tak percaya proses p'raya
 
Tinjauan yang dibuat dalam minggu-minggu sebelum perhimpunan BERSIH pada penghujung April mendapati hampir separuh daripada responden tiada kepercayaan dalam proses pilihan raya semasa.

Menurut tinjauan Merdeka Centre pada 14 hingga 26 April, sebanyak 49 peratus tidak percaya proses itu bebas daripada ketidakaturan.

NONEDaripada 1,019 orang responden, hanya 20 peratus "sangat yakin" bahawa proses pilihan raya Malaysia boleh dipercayai.

Dari segi pecahan kaum pula, sebanyak 68 peratus responden berbangsa Cina tidak percaya pada proses itu berbanding 19 peratus orang Melayu berpendirian sama.

Masyarakat Melayu kelihatan lebih optimis dengan 57 peratus masih percaya berbanding 39 peratus lagi sebaliknya. Golongan India pula mencatatkan separuh tidak yakin.

Wednesday, May 23, 2012

Subhanallah, Bayi Ini Lahir Membawa Alquran


Subhanallah, Bayi Ini Lahir Membawa Alquran
Allah SWT tak pernah berhenti menunjukkan kuasa-Nya. Seorang bayi di Nigeria lahir sambil membawa Al-Quran dari rahim ibunya. Sejatinya, ibu bayi tersebut beragama Kristian, tapi pascamelihat mukjizat Allah tersebut, sang ibu dan nenek bayi tersebut langsung mengucapkan dua kalimah syahadat dan menyatakan diri masuk Islam.

Seperti diberitakan harian Pmnewsnigeria, Senin (14/5) kemarin, bayi tersebut lahir di 112 Olateju Street, Mushin, Lagos State, Nigeria Barat Daya pada 7 Mei 2012 lalu. Saat keluar dari rahim ibunya, bayi tersebut membawa sebuah Mushaf kecil di tangannya.

Kikelomo Ilori, nama ibu bayi tersebut. Wanita 32 tahun yang bekerja sebagai seorang ahli kecantikan langsung menukar namanya menjadi Sherifat ketika masuk Islam. Hal itu diikuti nenek bayi tersebut yang menukar namanya menjadi nama Islam.

Kelahiran bayi tersebut pun menarik perhatian para ulama di negara benua hitam tersebut. Para ulama di Nigeria berkumpul untuk memberikan nama kepada bayi tersebut. Setelah menyampaikan ceramah singkat, seorang ulama Nigeria, Ustad Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed, memberikan nama kepada bayi tersebut Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo.

Untuk mengelakkan syirik dan kesesatan, Ustad Abdul Rahman juga menasihati sang ibu bila bayinya bukanlah seorang nabi, meskipun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Al-Quran. Menurutnya, kejadian itu merupakan kehendak Allah, untuk menghantar bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan.

Dalam acara pemberian nama itu, turut hadir ulama tempatan, Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua Nasrulifathi Society of Nigeria, NASFAT, Ustaz Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Alifathiaquareeb Islamic Society of Nigeria.

Kelahiran sang bayi pun memberi berkah bagi tetangga sekampung. Pedagang tumpah ruah menjual pelbagai souvenir berkaitan bayi tersebut, mulai dari kaos, tasbih, dan imej bayi tersebut.

Tak heran bila kelahiran bayi tersebut dianggap kontroversi sebahagian pihak. Sesetengah pihak berkata mustahil, tapi sebahagian lainnya menganggap kejadian tersebut adalah kuasa Tuhan, dimana tak ada yang mustahil bagi-Nya.

Bahkan, seorang doktor dipecat gara-gara mengatakan bahawa kejadian tersebut adalah hoax alias berita bohong. Padahal saksi, media dan ibunya sendiri menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri.

sumber dari republika.co.id

Tuesday, May 22, 2012

Hanya Jauhari Yang Mengenal Maknikam!

 

Bekas Timbalan Residen Miri sertai PAS



MIRI: Sekarang ini adalah musim untuk golongan professional, selebriti, dan juga bekas pengawai kerajaan menyertai PAS.

Kalau di Perak bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS dan di Miri Sarawak pula seorang bekas pegawai kerajaan merangkap bekas Timbalan Residen Miri juga telah menyertai PAS baru-baru ini.

Sempena  lawatan Pimpinan Tertinggi PAS Pusat ke Sarawak, bekas Timbalan Residen Miri, Haji Johari Bujang telah menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada Majlis Hi-Tea di rumahnya di Luak baru-baru ini.

Beliau semasa Pilihanraya DUN Sarawak yang lepas bertanding di DUN Lambir atas tiket SNAP namun beliau tidak menjadi ahli SNAP.

Dalam ucapannya, Johari Bujang menyebut bahawa sebelum ini beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik walaupun sebelum ini pernah bertanding di DUN Lambir dalam Pilihanraya DUN Sarawak tahun lepas atas tiket Parti SNAP.

Menurutnya lagi, beliau membuat keputusan untuk menjadi ahli PAS setelah sedar dan yakin akan prinsip perjuangan PAS serta begitu tertarik dengan kseungguhan PAS khususnya PAS Kawasan Miri dalam usaha membawa perubahan serta pembelaan kepada nasib rakyat.

Beliau ingin bersama-sama berada di dalam PAS bagi menyumbang secara langsung kepada perjuangan rakyat.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sarawak, Jofri Jaraiee, Ketua Penerangan PAS Sarawak M Azwani, Ketua Pemuda PAS Sarawak M Arifiriazul Paijo dan setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri, Yeo Kian Leong.

Acara sederhana tersebut menunjukkan yang PAS telah diterima oleh semua golongan masyarakat.

Pada sebelah malam, Datuk Mahfuz Omar bersama rombongan PAS Miri melawat rumah panjang Empading di Sg Bakas.

Penduduk di rumah panjang tersebut menyambut dengan baik dan memberi sambutan hangat kunjungan rombongan PAS pada malam itu.

PAS Miri memberi sedikit buah tangan sebagai tanda hormat atas kunjungan ke rumah panjang tersebut dan juga memberi penerangan tentang kunjungan serta matlamat perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat.

Dalam rumah panjang tersebut terdapat 2 orang OKU (Orang Kurang Upaya) salah seorang dari OKU tersebut, Idai ak Entebang mengadu kepada PAS bahawa beliau tidak menerima BR1M, E-Kasih dan juga bantuan dari kebajikan masyarakat.
"Kita minta pihak yang berkenaan agar dapat membantu Idai ak Entebang tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik kerana beliau juga golongan yang kurang upaya yang sepatutnya dapat menerima sumbangan dari wang pembayar cukai.

"Kita ingin mengingatkan pihak yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan masyarakat agar dapat menjalankan tugas mereka dengan adil untuk semua, jangan disebabkan mereka ini tidak sehaluan dengan fahaman kita maka kita meminggirkan mereka ini tanpa balas kasihan," kata Jofri Jaraiee.

100 peneroka Kesedar Chalil isytihar keluar Umno



GUA MUSANG: Impian Umno mahu menawan Kelantan semakin tergugat apabila 100 lagi ahli dan penyokong parti itu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai PAS.

Malam tadi seramai 100 bekas ahli dan penyokong Umno di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil dekat sini menyerah borang menyertai PAS yang diketuai bekas anggota jawatankuasa Umno Cawangan Chalil, Mat Ali Ibrahim, 62.

Mat Ali yang menyertai RKT Chalil pada 1983 mewakili rakan-rakan menyerah borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Hadir sama pada ceramah Selamat Tinggal Umno, Ketua Pemuda PAS Negeri, Abdul  Latiff Abdul Rahman, Yang Dipertua PAS Gua Musang, Abdullah Husin, Penyelia Dun Galas, Dr Zulkifli Muhamad dan Penyelia Dun Paloh, Saharudin Mustafa.

Mat Ali yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, beliau berjuang bersama Umno selama 40 tahun.

“Saya melihat dan merasai sendiri apa yang berlaku dalam Umno sepanjang tempoh tersebut. Sebelum ini saya diam sahaja terhadap banyak penyelewengan yang berlaku.

“Namun sekarang saya tidak mampu pendam lagi. Sebab itulah saya dengan sokongan kawan-kawan  mengisytiharkan keluar Umno beramai-ramai malam ini,” katanya ketika ditemui selepas ceramah tersebut.

Beliau juga mengakui berlaku perbezaan yang jauh di antara PAS dan Umno, di mana rakyat boleh merasai sendiri program berkebajikan yang dilaksanakan di Kelantan sekarang.

Manakala rakannya, Che Ghani Che Mat, 60 yang masih memiliki nombor keahlian Umno berkata, dasar perjuangan Umno tidak sesuai dengan perkembangan semasa yang berlaku sekarang.

Katanya, perjuangan Umno sudah jauh ketinggalan zaman kerana ia hanya sesuai pada zaman menuntut kemerdekaan sahaja.

“Sebab itulah sekarang mereka melakukan apa sahaja bagi menarik sokongan rakyat termasuk umpan wang ringgit.

“Namun peneroka sekarang sudah celik. Kami sebagai peneroka sudah lama merasai ditipu pemimpin Umno. Nasib peneroka masih di tahap lama dan tidak berubah,” ujarnya.

Datuk Fauzi Shaari serah borang sertai PAS





(Datuk Fauzi menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS - gambar Sinarharian.)

TAIPING: Sebagaimana yang dijangka, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS malam tadi.

Borang permohonan menjadi ahli PAS diserahkan beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis pengisytiharan perdana malam tadi.

Ia diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut dekat sini.

Turut serta di majlis itu adalah Ketua Penerangan yang juga Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.

Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).


Bukan mahu jadi calon



Dalam ucapannya, Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.

Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.

Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.

Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Tindakan beliau pernah dikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan menghalau pelancong dari negara ini.

Dalam ceramah itu, Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan membantu PR khususnya PAS melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan.

Monday, May 21, 2012

KES TERPENCILKAH?

(Sabahkini) - SAYA, Chung Su Li, menujukan surat terbuka ini kepada Perdana Menteri Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Penguatkuasa di Malaysia agar memantau kegiatan subversif iaitu pemberian kerakyatan songsang kepada warganegara India di Sabah.

Siasatan saya mendapati seramai lebih kurang 100 orang warga India di Sabah dan lebih kurang 1,500 di Semenanjung Malaysia telah berjaya mendapat Kad Pengenalan dengan membayar sejumlah wang di antara RM 30,000 sehingga RM 75,000 kepada sindiket yang mempunyai rangkaian di seluruh Malaysia.
 
Saya mewakili majoriti suara rakyat Sabah ingin menarik perhatian kerajaan yang sedang berusaha untuk mencari dalang-dalang dalam aktiviti menjual IC kepada warga asing, terutama daripada India, Pakistan, Indonesia dan Filipina.

HEBAT....Skandal IC Projek terbaru masih menggunakan Modus operandi yang sama iaitu laporan kehilangan kad pengenalan.
Aktiviti membuat IC mengunakan wang telah mula menjadi-jadi di Sabah setelah seorang yang bernama Nasir Bin Yusof berjaya mendapatkan IC untuk dirinya pada awal tahun 2011.

Nasir Bin Yusof atau Latiff, yang berasal daripada RegunathaPatti, Tamil Nadu, India datang ke Malaysia dengan mengunakan Visa Tukang Masak di sebuah Restoran India.

Beliau kemudiannya telah berjaya membuka beberapa kedai sendiri di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Antara bekas Restoran beliau yang terkenal ialah Restoran Salimah berhampiran Hospital Mesra Bukit Padang dan di Terminal Inanam.

Beliau membuka kedai mengunakan nama seorang warganegara Malaysia dan menjalankan perniagaan tersebut sedangkan dia memegang Visa tukang masak pada ketika itu.

PASPORT.....Salinan Pasport India Nasir yang ketika itu menggunakan nama Kader Moideen Latheef. Mustahil Jabatan Imigresen tidak mempunyai salinan kerana beliau mempunyai Permit Kerja sebagai Tukang Masak.
Pada masa itu, beliau mula mengalihkan minat beliau ke bidang lain. Atas sifat-sifat beliau yang berani dan pandai menarik hati dan memikat pegawai kerajaan dengan memberikan suapan tertentu; telah berjaya menjadi agen menguruskan dokumen kepada pekerja asing dan majikan warganegara.

Beliau menjalankan tugas khas ini sedangkan pada hakikatnya beliau hanya seorang tukang masak di kaca mata undang-undang, mengatasi Agensi Pekerjaan Swasta dan Agensi Kerajaan yang mempunyai potfolio mengeluarkan dokumen pengenalan diri.

Latiff mula menjual satu demi satu kedai beliau apabila perniagaan haramnya mula maju. Beliau tidak perlu sakit kepala lagi memikirkan tentang apa juadah yang perlu di masak di kedainya. Beliau juga tidak perlu membayar cukai perniagaan dan pendapatan. Beliau mula memberikan perhatian yang serius dalam aktiviti agen tersebut kerana sudah terkenal di Sabah.

Mengikut pemerhatian saya, beliau keluar masuk hampir setiap hari di Jabatan Imigresen Sabah (JIS). Beliau akan datang biasanya waktu petang dengan membawa beg berisi pasport dan sampul surat berwana coklat. Beliau akan terus berjumpa dengan pegawai yang diperlukannya dan mendapat layanan istimewa.

Kenapa perkara ini boleh terjadi? Latiff telah pun membeli dua organisasi penting iaitu Jabatan Imigresen Sabah (JIS) dan Jabatan Pendaftaran Sabah. Beliau merasuah hampir semua kakitangan JIS bermula daripada sumbangan sarapan pagi, makan tengah hari, minuman, alat solek, peralatan rumah dan kredit telefon bimbit. Jika disemak telefon bimbitnya, sudah tentu terdapat nombor telefon semua pegawai pegawai tinggi kerajaan terutama Imigresen, JPN dan Polis.

Latiff akan menguruskan visa pekerja asing dengan bayaran bermula daripada RM600 sehingga RM 1,000. Majikan lain yang cuba berurusan sendiri di kaunter akan mengalami pelbagai kerumitan dan kelewatan serta syarat yang sangat ketat.

Pegawai JIS tanpa segan silu akan mencadangkan kepada majikan untuk bertemu Latiff untuk memudahkan urusan mereka. Ini semua hasil tunjuk ajar Latiff. Namun setakat ini, hanya Pengarah Imigresen Sabah, Mohd Mentek sahaja yang tidak dapat dibeli kerana ketegasan dan prinsip y utuh yang dimilikinya.

Latiff tidak berjaya meraih simpati daripada Mentek yang kental dengan semangat kenegerian dan memahami masalah Sabah. Agensi Pekerja Asing yang berdaftar dengan Pasukan Petugas Khas Persekutuan hanya bermimpi di siang hari untuk mendapatkan layanan serupa dengan Latiff.

SEGERA.....Nasir menjadi pemilih ekpress dengan kad pengenalan yang ada padanya.


Latiff juga membantu orang ramai untuk mendaftarkan pekerja asing mereka secara haram, menguruskan penubuhan syarikat secara haram untuk memastikan warga asing dapat membawa kaum keluarga dan kerabat mereka masuk ke Malaysia melalui visa pegawai dagang.

Beliau juga mempunyai kenalan pengawai yang telah dirasuah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu terutama Pegawai Kanan Imigresen untuk membenarkan pekerja yang mengunakan visa bekerja di Semenajung Malaysia masuk bekerja di Sabah selain menguruskan urusan balik warga asing yang mempunyai masalah Imigresen.

Selain itu, beliau turut membantu orang ramai dengan bayaran tertentu untuk menguruskan dokumen lain seperti urusan membuat sijil nikah dan urusan JPN yang lain. Beliau juga sudah semakin berani apabila menjadi Setiausaha Parti Kimma sejurus mendapat IC Projeknya. Beliau mempunyai ramai kenalan dalam facebooknya terutama ahli Kimma seluruh negara.

Latiff kemudian membuka sebuah kedai setelah memiliki banyak wang, semata-mata untuk menutupi segala aktiviti haramnya. Kedai tersebut ialah JJ One Phone di Lot 57, Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu.

Dalam kedai ini, terdapat sekurang-kurangnya 50 pasport dalam satu-satu masa. Kedai ini dibuka untuk mengelirukan pihak berkuasa dan menutup mata orang ramai. Namun kedai ini hanya menjadi mesin 'Money Laundering' kerana hanya menjual kredit telefon dan telah memindahkan operasi haramnya ke Asia City, Kota Kinabalu.

Latiff ini berjaya melepaskan diri daripada tindakan undang undang kerana memiliki pengaruh yang kuat serta memiliki keajaiban. Beliau pernah ditahan kerana menipu dalam menurunkan tandatangan seorang majikan setelah pekerja asingnya yang ditahan di Kudat oleh Pegawai Penguatkuasa Imigresen Sabah yang dikenali sebagai Halid. Namun, kes itu ditutup tanpa sebarang tindakan.

Beliau juga berkawan rapat dengan seorang polis yang bernama Ayub kerana Ayub mengenali hampir semua polis berpangkat tinggi di Sabah kerana dahulunya mempunyai sebuah kedai runcit dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Kepayan.

Dengan Ayub, semua kawan beliau terutama orang India boleh keluar daripada tahanan dengan mudah tanpa sebarang kerumitan. Selain itu, di setiap pusat tahanan terutama di Kimanis Papar, Latiff mempunyai orang untuk mengeluarkan sesiapa saja yang ditahan dengan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM5,000 setiap seorang dan wang tersebut akan dikongsi bersama pegawai yang terlibat.

Pendedahan saya ini khas untuk menekankan bagaimana Latiff, seorang warga India yang telah lahir semula di Malaysia dan menjadi Warganegara Malaysia seterusnya menjadi salah satu kepala dalam membuat IC di Sabah.

Mengikut rekod, Latiff atau nama asalnya, Kader Moideen Latheef yang mengunakan Passport India bernombor E3171231 yang sah sehingga 08.10.2012 dan visa juga sah sehingga hujung 2011 dengan tarikh lahir dalam pasport 10 Oktober 1972.

Kini beliau tidak lagi menggunakan pasport India setelah mendapat resit kad pengenalan Malaysia 620605-12-6421 dengan identiti dan nama baru iaitu Nasir Bin Yusof dan tarikh lahirnya di kebelakangkan pada 05 Jun 1962. Perkara ini sangat jelas menunjukan berlaku banyak penipuan yang dilakukan oleh Latiff. Bagaimana beliau boleh tua 10 tahun dalam IC berbanding Pasport beliau?

Siapakah Nasir Bin Yusof ini sebenarnya? Adakah orang yang telah meninggal atau pun orang yang tidak menuntut ICnya? Ini bukan fitnah. Saya sertakan salinan pasport dan semakan daftar pemilih beliau.

Saya percaya bahawa Tuhan akan meninggal bukti bagi menumpaskan semua kejahatan di dunia ini. Bukti yang saya berikan sangat jelas. Namun, bagaimana pula Latiff ini berjaya memiliki IC ini?
Adakah hal ini seperti yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Bin Omar baru-baru ini? Apa pun saya akan memberikan serba sedikit maklumat mereka yang terlibat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk menyiasatnya.

Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Orang macam Latifflah yang menyebabkan desakan terhadap RCI terus dilaungkan oleh rakyat Sabah. Saya berpendapat, penahanan beberapa individu yang saya berikan ini akan mencari penyelesaian masalah IC di Sabah.

Latiff ini berjaya mendapatkan IC beliau melalui pertolongan Datuk Haji Jaffaer Henry, bekas Pengarah JPN Sabah melalui bantuan Suzina Binti Mohd Rahfee. Puan Suzina mempunyai hubungan rapat dengan Latiff. Latiff sentiasa mengambil dan menghantar Puan Suzina apabila pergi atau balik daripada mana-mana urusan di luar negeri terutama daripada Kuala Lumpur dan Labuan.

Selain itu, Latiff sentiasa mengunakan kereta Puan Suzina apabila dia tiada di Sabah. Latiff juga menyediakan semua keperluan rumah kepada Puan Suzina. Saya hairan bagaimana Puan Suzina yang bergred KP 27 yang juga baru mengangkat sumpah sebagai Penolong Pegawai Pendaftaran pada tahun 2009 dan menerima penempatan baru di JPN Kota Kinabalu boleh menandatangani resit laporan kehilangan kad pengenalan pada tahun 2004 dan 1996?

Beliau yang baru mengangkat sumpah untuk bertugas di JPN Kota Kinabalu pada 28 Mei 2009 bertempat di 'The Regency, Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson berjaya menyediakan semua dokumen secara sempurna untuk mendapatkan IC kepada Latiff; tetapi tidak berjaya membuatnya tanpa meninggalkan bukti kukuh.

Selepas berjaya mendapatkan IC, Latiff melihat perkara ini daripada sudut perniagaan. Beliau ingin mengaut keuntungan besar dengan menjual IC seperti ini. Beliau kemudianya mencari jalan dan beliau mula bersekongkol dengan rangkaian Musakkar Bin Abdullah (Kadersha) yang juga memiliki ‘IC MASIH PANAS’ yang maklumatnya disertakan bersama ini.

Rangkaian Musakkar ini terdiri daripada beberapa orang daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Mereka diketui oleh Abdul Rahman bin Md Noor (Gred 42) Ketua Unit Khas Sabah (KUS) di Putrajaya; diikuti Puan Farrah Izanni Binti Mohamad Ismail, Penolong Pengarah Unit Khas Sabah; Md. Solehan bin Omar, Pengarah Bahagian; Ruslan Bin Alias, Penolong Pegawai Pendaftaran; Susilan dan Puan Sulaiha dan beberapa pegawai di Bahagian Kad Pengenalan.

Mereka menerima permohonan Kad Pengenalan seperti ini hanya daripada Latiff, Musakkar dan beberapa orang lagi. Mereka akan meminta menyediakan butiran serta gambar dan kemudian mereka akan diberikan resit IC, Sijil Lahir dan seterusnya Maykad berserta dokumen lain oleh pegawai di atas.

Saya tidak mengenali semua pegawai tersebut, akan tetapi semua mereka ini benar-benar terlibat. Saya tiada memiliki bukti lain selain daripada ini. Namun, saya yakin dengan bantuan semua individu tersebut, Latiff berjaya mendapatkan IC seseorang yang telah mati ataupun yang tidak dituntut oleh pemohon.

Kejayaan Latiff ini berjaya menambah ahli rangkaian dan agen di Sabah. Latiff kemudian bertukar menjadi salah satu ahli rangkaian ini dengan harapan dapat menguat untung yang besar. Rangkaian ini kemudian di sertai oleh Salim Khan Bin Kaboor dengan IC bernombor 681012-12-5123 iaitu pemilik sebuah restoran terkenal di Sabah iaitu Restoran Salim, di Lintas Plaza, Kota Kinabalu.




Setelah beliau berkahwin kali kedua, beliau telah jatuh dalam perniagaan dan setelah mula berniaga IC, beliau kini sudah naik semula dan semakin kaya. Rangkaian ini kemudian berjaya mendaftarkan seramai 100 orang setakat ini di Sabah dan di Semenanjung 1,500 lebih.

Semua orang yang telah meninggal di Semenanjung Malaysia telah lahir semula dengan bantuan pendekar-pendekar yang baru wujud di Sabah ini. Adakah ini zaman batu atau zaman moden? Salim dan Latiff sentiasa menjemput Rahman apabila sampai di Sabah dengan menyediakan semua kemudahan termasuk hotel mewah dan sebagainya. Perkara ini amat merisaukan saya dan seluruh rakyat Sabah.

IC yang dimiliki oleh Latiff telah dibuat sebegitu sempurna tanpa boleh dipertikaikan lagi. Siap dengan salinan laporan kehilangan kad pengenalan yang kononnya pernah hilang pada 12 Mac 2004 dan 30 Disembet 1996 yang ditandatangani oleh Puan Suzina yang saya sertakan sekali dengan laporan saya ini.

Namun dengan kuasa tuhan, saya telah menjumpai beberapa kelemahan dalam laporan ini kerana nama penuh dalam laporan ini ialah Nasir @ Lathiep Bin Yusuf yang mana sangat berbeza dengan IC beliau. Adakah Puan Suzina ini bekerja dari tahun 1997 sehingga 2011 dalam satu bahagian yang sama dalam JPN Kota Kinabalu atau beliau baru ditempatkan di Kota Kinabalu pada Mei 2009? Adakah perkara ini boleh masuk akal?

Latiff mempunyai dua orang adik beradik lagi di Sabah yang mana salah satunya berada di Papar dan tidak mempunyai IC dan salah satunya yang bernama Peer Mohammad Bin Kadeer dengan no Maykad 600323-12-5465. Adik beradik satu bapa tetapi dibinkan kepada orang lain. Tidakkah pihak kerajaan boleh menyiasat hal ini?

Seorang lagi agen khas untuk pekerja asing India yang terlibat dalam rangkaian ini ialah Musakar Bin Abdullah dengan IC No 620305-12-5961. Jika meneliti kisah Musakar, beliau ini boleh dianggap sangat berbahaya dan saya memiliki beberapa dokumen untuk membuktikan bahawa IC Musakar ini baru di beli.

Beliau datang daripada India mengunakan Visa Tukang Masak untuk Kedai Kopi Farvin Inanam yang dijamin oleh Majikannya, Aziz Bin Kasim. Kemudian Aziz telah membatalkan visa tersebut dan menghantarnya balik ke India. Salinan tersebut turut disertakan. Beliau kemudiannya balik ke Malaysia dengan jaminan seseorang lagi.

Beliau kemudian membuka sebuah kedai barang-barang aneka kecil di belakang kedai Farveen Curry House berhampiran Shell, Kampung Air Kota Kinabalu. Seratus peratus barang dalam kedai ini ialah barang curi yang dibekalkan oleh sindikit tertentu dan menjadikan tingkat atas kedai beliau tempat menyimpan barang atau stor.

Kemudian beliau akan menjualnya di kedai tersebut. Pihak kerajaan boleh menyiasat hal ini dengan lebih lanjut lagi. Tambahan pula, nama Musakkar ini sewemangnya nama bukan India. Tentu sekali, Mykad ini milik rakyat Malaysia atau Indonesia.

Musakkar datang ke Malaysia dengan nama Kadersha Mydeen atau nama gelaran Katta Kaja dengan pasport India bernombor A7754373. Kemudian beliau membuat IC dengan bayaran RM 30,000 melalui rangkaiannya. Beliau berasal daripada Asoor, Trichy, Tamilnadu dan pasportnya sah sehingga 5 Mei 2009.

Beliau kini sudah membuka restoran sendiri di hadapan kedai barang anekanya dengan nama Restoran Farveen Curry House bertentangan Shell Kampung Air. Pada asalnya, beliau hanya bekerja di situ. Apabila berjaya mendapat untung yang banyak daripada penjualan IC, beliau terus membeli kedai tersebut dan menjadikan ia miliknya. Kegiatan Kadersha ini boleh mengancam keselamatan Negara kita.

Kadersha ini pada asalnya bekerja bersama Aziz bin Kasim. Atas kebiadapan terhadap Majikannya dan melakukan kesalahan Imigresen, beliau ditahan oleh Jabatan Imigresen Sabah yang ketika itu laporan ini dibuat oleh Aziz di pejabat lama di Wisma Dang Bandang, Kampung Air.

Semasa dalam tahanan, Aziz telah membatalkan visanya dan membeli tiket penerbangannya untuk balik ke India. Salinan tiket tersebut turut disertakan. Namun, Kadersha berjaya keluar daripada tahanan dengan bantuan seseorang.

Beliau kemudian membuat muslihat dan tinggal di Sabah. Sekarang ini beliau kembali ke Malaysia dan berjaya membeli Restoran majikannya sendiri. Fakta ini benar sekali, pihak berkuasa boleh menghubungi bekas majikannya, Aziz bin Kasim di talian 016-8105XXXX (nombor sebenar sila email ke Sabahkini) untuk maklumat lanjut.

Selain itu, satu kes yang masih dalam siasatan di Balai Polis Lama Kota Kinabalu terhadap Kadersha mengenai cek tendang yang dilaporkan oleh Aziz Bin Kasim, bekas majikannya. Baru baru ini, ada orang yang melaporkan tentang IC Musakkar (Kadersha) di Balai Polis Karamusing.

Tetapi kes ini berjaya ditutup olehnya dengan wang ringgit Malaysia. Kadersha juga menyembunyikan dirinya selama seminggu di rumah banglonya yang dibeli dengan wang hasil kerja kerasnya membuat IC di Semenanjung Malaysia sebelum menutup kes ini. SB Mohan daripada Balai Polis Karamusing juga mengetahui hal ini. Dialah yang menguruskan kes-kes India di Kota Kinabalu.

Sehubungan itu, saya mengharapkan satu penyiasatan khas dibuat mengenai hal ini. Saya bersama ratusan rakan saya tidak akan teragak-agak untuk mengumpulkan tandatangan bagi memastikan kerajaan Malaysia menyiasat hal ini dan tidak memberikan sebarang alasan.

Kami mahu IC mereka yang terlibat harus ditarik balik. Kami rakyat Sabah tidak mahu mereka menjadi salah satu pengundi dalam pilihanraya 13 akan datang. Kami mahukan penyelesaian menyeluruh.

Sekiranya kerajaan Malaysia tidak menyiasat dan mengenakan tindakan undang-undang ke atas semua suspek ini, maka kami akan meminta bantuan pembangkang untuk menuntut penyiasatan ke atas isu ini yang kami kira amat penting untuk kami warga Sabah. Kami hilang punca pendapatan angkara warga asing seperti Latiff dan Kadersha yang diberikan IC.

Saya berharap agar agensi kerajaan yang terlibat menyiasat hal ini serta merta sebelum pilihanraya akan datang. Penerima IC seperti ini harus dibuang dahulu. Mereka tiada hak memegang kad pengenalan Malaysia.

Pendedahan saya ini membantu kerajaan untuk mengesan individu yang bersalah dan seharusnya inilah peluang yang baik kepada kerajaan Malaysia untuk membersihkan nama daripada dakwaan pembangkang.

Apa pun jutaan rakyat Sabah akan menantikan berita gembira tentang dalang-dalang dan pemegang IC ini ditangkap secepat mungkin. Kami menaruh harapan pada kerajaan yang kami sanjung selama ini. Kami sentiasa menantikan langkah daripada kerajaan selepas ini dengan harapan yang besar.

Penuntutan pembangkang untuk menubuhkan RCI akan terjawab dengan tertangkapnya rangkaian ini. Maklumat ini saya kumpul daripada agen-agen SAH di Sabah dan orang ramai. Selepas penahanan rangkaian ini, Ini kalilah, terjawabnya semua misteri di sebalik desakan penubuhan RCI. Apabila berita ini diketahui oleh mereka, tentu mereka akan bersembunyi dan keluar selepas keadaan baik semula. Tapi ingat, kami tidak akan biarkan rangkaian ini berleluasa sampai bila-bila pun.

Kami tidak mendedahkan identiti kami seperti nombor telefon selengkapnya kerana risau tentang keselamatan kami. Semua yang terlibat amat berbahaya. Pegawai kerajaan juga dikira amat takut dengan mereka ini. Namun jika diperlukan, bukan saya seorang yang akan tampil nanti, ribuan orang yang menyokong saya dalam hal ini akan tampil ke hadapan.

Saya harap kerajaan mulakan dahulu penyiasatan. Semua bukti kukuh telah saya berikan. Tiada satu pun tuduhan saya ini boleh dianggap fitnah. Kami sedang mengumpulkan nama-nama dan biodata mereka yang baru sahaja membeli IC daripada rangkaian ini dan akan didedahkan kemudian hari.

Sedangkan masih ramai pemegang kad bunga raya di Sabah akibat daripada kelewatan JPN menguruskanya yang berpunca daripada kekurangan maklumat, bagaimana kerajaan boleh bertindak mengeluarkan IC berbayar seperti ini yang seratus peratusnya haram?

Sekian, Terima Kasih,

Salam Satu Malaysia,

CHUNG SU LI