Friday, June 1, 2012

Kain Shahrizat tak ada taik lembu - SPRM

SPRM hari ni tutup kes Sharizat terus. Depa dah selak dah semua kain dia cium merata dah tapi lansung tak ada nampak kesan taik lembu berpalit pada kainnya. Cuma mungkin ada sedikit bau taik lembu pada pakaiannya sebab dah biasa dengan perfume yang diperbuat dari taik lembu.
SPRM kata tak ada apa-apa bukti yang Shahrizat terlibat dalam memberikan anugerah istimewa RM250 juta kepada keluarganya sebagai pinjaman kerajaan untuk keluarga dia buat perniagaan lembu. SPRM juga dapati tak ada lansung bukti keluarganya berpengalaman dalam penternakan lembu dan juga perniagaan lembu, namun mereka juga tak temui bagaimana kabinet boleh lepaskan duit sebanyak tu pada keluarga yang bukan daripada keturunan pengembala lembu. SPRM dikatakan sedang menyiasat tujuh keturunan suami Shahrizat sebelum ini dan juga tujuh keturunan Shahrizat samada terdapat bukti mereka ada pernha mengembala lembu.

Jika mereka berjaya membuktikan ada keturunan samada dari Shahrizat atau suaminya pernah mengembala sekurang-lurangnya seekor lembu , maka itu merupakan satu bukti kukuh betapa keluarga mereka mempunyai merit untuk diberi bantuan sebanyak RM250 juta menjadi pengembala lembu terbesar di Malaysia bagi menjamin keseluruhan rakyat Malaysia mendapat bekalan daging yang secukupnya, walaupun selama ini telah ramai yang menjadi usahawan lembu bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia sebelum wujudnya NFC lagi, mereka nampaknya tidak tahu membela lembu atau lebih tepat lagi tidak layak menerima bantuan kerajaan sebab berstatus hanya gembala lembu...hahaha. Pening aku dengan isu macam ni.(wartashubhi)

Perlukah seorang Sultan memiliki WWW 1

Apa ke bendanya WWW 1 tu? apa istimewanya sampai dijual dengan harga RM520,000? Adakah WWW 1 juga punyai nilai komersial tinggi jika di bawa keluar dari Malaysia? Adakah WWW 1 mampu membuatkan seseorang menjadi hebat apabila dipasang pada plate keretanya. Banyak persoalan timbul bila rakyat Malaysia berebut membida hampir kesemua nombor plate kenderaan Wilayah Persekutuan yang kita telah sampai ke edisi WWW.
Jika dunia tidak mempunyai internet, WWW sebenarnya tidak ada apa-apa makna yang signifikan melainkan mungkin rupanya seperti bukit yang naik turun dan simetri itu nampak berseni dan cantik. Namun jika ditambah pula dengan angka dari 1 sampai 9999, ia akan ditentukan pula oleh nombor tersebut untuk memberikan sesuatu makna pada mereka yang ada sikap gila nombor yang sedikit sebanyak bersamaan dengan kepercayaan karut pada kuasa nombor.

WWW dalam dunia sekarang difahami sebagai World Wide Web dan jika ditambah dengan angka 1 didepannya mempunyai maknanya yang tersendiri sebagaimana yang diterangkan di sini. Selain daripada itu ia tidak ada membawa apa-apa makna melainkan di negara kita, WWW 1 adalah salah satu daripada jutaan nombor plate kereta yang ada.
Rakyat kita sepertimana dengan rakyat asia yang lain ada sedikit pegangan karut terhadap semua benda yang bernombor. Nombor 4 dijit di negara kita membawa berbagai makna dan antara yang menjadi kegilaan orang kaya adalah segala nombor 8, baik hanya satu angka, dua atau tiga atau empat semuanya memberikan status hebat kepada pemiliknya.
Mereka yang memiliknya juga sudah tentu mahu orang lain tahu bahawa dia sebenarnya hebat sebab itu nombor tersebut dipamerkan kepada semua orang apabila diletakkan pada plate keretanya. Jadi aku sentiasa bersangkan bahawa mereka yang mempamerkan semua itu ada sekelumit perasaan bongkak takbur dan menunjuk di dalam hatinya.
Ada orang kata ia berguna sebagai salah satu dari teknik psikologi untuk tanam kepercayaan orang pada peniaga yang ada nombot seperti itu. Aku berkata kalau begitu, nampaknya orang itu lebih yakin kehebantan nombor daripada keupayaan sebenarnya. Ada juga kata nombor pilihan adalah untuk memudahkan mereka mengingati nombor plate kereta mereka. Aku kata kalau begitu, orang itu ada masalah memori singkat yang teruk dan memerlukan rawatan.
Bila kita sebut nombor plate 1, kebiasannya ia dimiliki oleh golongan bangsawan atau pemerintah. Jarang ada orang biasa yang memiliki nombor sebegitu dan kalau ada pun dia sudah menjadi agak kaya kerana akan ada sahaja orang yang akan menawarkan harga yang lumayan untuk mendapatkannya.
Kemudiannya ditambah dengan WWW di depan nombor satu itu, ia menjadi lebih bernilai di mata orang kaya yang mahu orang tahu dia kaya. Sebenarnya WWW 1 lebih bernilai pada orang biasa yang kaya raya dan tidak berapa dikenali oleh orang.
Seorang Sultan sebenarnya tidak memerlukannya sebab sultan di negara kita tidak ada seorangpun yang miskin malah semua sultan diletakkan pada status yang paling tinggi dikalangan rakyat Malaysia dan itu semua orang tahu walaupun sekarang ini ada rakyat yang dah mula meluat dengan kewujudan para sultan ini, namun tidak ada sesiapapun yang boleh buat apa-apa kerana keistimewaan raja dan sultan terjamin di dalam perlembagaan dan hanya mereka sendiri yang boleh mengubahnya.
Jadi kenapa Sultan Johor sanggup menghabiskan duit poketnya untuk mendapatkan WWW 1. Apa yang aku boleh fikirkan ialah Sultan Johor punyai sikap baik da kefahaman prinsip ekonomi yang tinggi. Kenapa aku kata begitu adalah kerana, duit disimpan dalam gebuk harta tidak ada apa-apa gunanya untuk rakyat jelata serta negara. Hanya apabila dia beredar sahaja maka faedahnya akan melata kepada semua rakyat.
Apabila Sultan Johor membida dan mendapat nombor tersebut dengan membayar jumlah wang yang tinggi kepada JPJ, sebenarnya secara tidak lansung ia telah menghulurkan wangnya kepada rakyat jelata. Wang itu seterusnya masuk ke perbendaharaan kerajaan dan akan digunakan pula untuk pembangunan. Bagi akau ia lebih berupa derma bernilai tinggi di mana jumlah yang cukup tinggi diberikan kepada negara hanya untuk mendapatkan sekeping nombor yang tidak lagu=i ada apa-apa makna pada seorang yang bertaraf raja.(wartashubhi)

Thursday, May 31, 2012

Penyampai Radio Free Sarawak ditahan di Sabah



Penyampai Radio Free Sarawak ditahan pagi ini di lapangan terbang Kota Kinabalu ketika cuba mengambil penerbangan ke Miri.

Menurut stesen anti ketua menteri Sarawak yang berpangkalan di London itu, Peter John Jaban - yang menggunakan nama Papa Orang Utan - "ditahan, diambil gambar dan difotokopi dokumennya sebelum diiring ke kapal terbang".

"Kami sedang menunggu maklumat kenapa beliau ditahan," kata stesen itu dalam kenyataannya hari ini.

Peter ketika ditahan sedang bercuti dan merancang pulang ke Sarawak bagi menemui anggota keluarga dan merayakan Hari Gawai.

Wednesday, May 30, 2012

Gambar Inikah Fesyen Pakaian Islam & Ciri-cirinya?



TAHUKAH anda apakah yang di maksudkan dengan fesyen menurut perspektif Islam serta sejauh manakah berfesyen itu di benarkan dalam Islam?

Fesyen secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku dan lain-lain, terutama perkara yang baru yang menjadi kegemaran dan kegilaan ramai. Berbeza pula dengan difinisi berfesyen iaitu menunjukkan atau mengikut sesuatu gaya dan trend terkini dalam cara berpakaian dan lain-lain.

Fesyen bukan hanya tertumpu kepada pakaian seperti baju atau tudung semata-mata, namun ia mempunyai skop yang amat luas seperti perhiasan, kosmetik. Pada hakikatnya fesyen berkonsepkan Islam sebenarnya mengandugi cara, gaya, panduan dan adab yang tersendiri, tanpa kita sedari Islam telah menggariskan beberapa cara berpakaian atau berfesyen.

Ia begitu indah untuk diikuti dan diteladani oleh penganutnya. Antaranya ialah memakai pakaian yang menutup aurat bagi perempuan dan lelaki berdasarkan had yang ditentukan, sopan serta tidak mengundang fitnah kepada orang yang memakaianya.

Firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 31 yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman..
  • supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), 
  • dan memelihara kehormatan mereka; 
  • dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya 
  • dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka 
  • dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; 
  • dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; 
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Apa yang dapat di fahami dari dalil di atas ialah sewajarnya..
  • seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.
  • Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat.
  • Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang sebagai seorang Muslim.
Jadi sebagai seorang yang beragama Islam seharusnya kita mematuhi cara yang ditetapkan. Rasulullah SAW  juga bersifat fleksibel dalam soal fesyen pakaian selagimana ia  tidak melanggari batas syariah. Beliau menggalakkan umat Islam supaya memakai pakaian bewarna putih, namun ada juga  hadis-hadis lain menunjukkan Beliau juga memakai pelbagai warna.

Beliau juga memakai berbagai-bagai pakaian dari berbagai-bagai negeri seperti Yemen, Najran, Mesir dan lain-lain. Bahkan dalam hadis dari al-Mughirah bin Su’bah, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai jubah Rom  yang sempit kedua tangan bajunya. (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain)

Beliau di dalam hayatnya juga pernah memakai pakaian daripada jenis kapas, bulu dan selainnya. Beliau pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir serta  memakai apa yang dibawa dari Yemen dan selainnya. Kebanyakannya dibuat daripada kapas. Mereka pada zaman tersebut juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun daripada kapas.

Maka, bererti sunah Rasulullah dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara berbagai-bagai berdasarkan kepelbagaian negeri. Memakai apa yang paling bermanfaat (sesuai) untuk badan, paling ringan dan mudah dipakai dan ditangkalkan.” (Ibn Qaiyyim, Zad al-Ma‘ad, 4/237, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Tanpa disedari sebenarnya fesyen telah banyak mengubah manusia, apabila di perhatikan fesyen-fesyen masa kini terlalu berbeza dari asalnya. Jika pada zaman dahulu pakaian seperti baju Melayu, baju kurung serta baju kebaya di agung-agungkan kerana ia melambangkan kesopanan, tradisi, adat serta budaya  kepada pemakainya.

Tetapi setelah dunia melalui arus pemodenan dan berteknologi fesyen menjadi semakin tidak senonoh dan mengairahka serta provokatif. Perkara sebegini adalah amat bertentangan dengan syariat serta sedikit sebanyak boleh menjejaskan akidah ummat islam.

Biar papa asal bergaya adalah pepatah yang sesuai digunakan kepada mereka yang terlalu obses kepada gaya fesyen terkini, mereka sanggup  berhabis duit semata-mata untuk memuaskan hati dan kelihatan cantik di mata masyarakat.

Namun begitu ada juga yang sanggup mengikat perut dan berhutang sana-sini semata-mata untuk bergaya. Oleh kerana sikap segelintir masyarakat yang beranggapan  bahawa mereka yang tidak berfesyen adalah kolot dan ketinggalan zaman  menjadikan manusia lebih terdorong untuk berfesyen dan sanggup menjadi  hamba kepada fesyen, sehinggakan mengundang kepada pembaziran harta dan wang ringgit.

Justeru itu, kita seharusnya bijak untuk berfesyen supaya ia tidak melanggari batas-batas yang dibenarkan. Wallahu 'aklam. (IH)

Subhanallah, Inilah Rahasia Penciptaan Kucing

Subhanallah, Inilah Rahasia Penciptaan Kucing
Tinkerbell, si kucing
REPUBLIKA.CO.ID,  Mata kucing merupakan salah satu bukti kesempurnaan Allah dalam penciptaan. Allah telah menciptakan mata kucing dengan pengaturan dan letak yang sesuai dengan makhluknya. Di salah satu ayat, Allah berfirman tentang kesempurnaan ciptaannya.
Dia–lah Allah yang menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama – nama yang indah, apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada – Nya. Dan Dialah yang Maha perkasa lagi Maha bijaksana. ( QS. Al – Hasyr 24 )
Penglihatan malam kucing sangat kuat
Kucing dapat dengan mudah membedakan warna hijau, biru dan merah. Walaupun begitu, kelebihan sebenarnya dari mata kucing adalah agar dapat melihat di malam hari. Kelopak mata kucing terbuka di malam hari, ketika terkena sedikit cahaya, lapisan mata yang disebut iris membuat pupil mata membesar ( hamper 90% mata ) sehingga mereka lebih mudah melihat cahaya. Di saat mendapat cahaya yang lebih terang, system bekerja berlawanan untuk melindungi retina, pupil mengecil dan berubah menjadi garis tipis.
Ada sebuah lapisan yang tidak terdapat pada mata manusia. Lapisan ini berada di belakang retina, berfungsi sebagai penerima cahaya. Ketika cahaya jatuh di lapisan ini langsung di pantulkan kembali, cahaya lewat dua kali melalui retina. Oleh karena itu, kucing dapat melihat dengan mudah di saat cahaya hanya sedikit. Bahkan di saat gelap, di saat mata manusia tidak dapat melihat. Lapisan ini juga lah yang menyebabkan kenapa mata kucing bersinar di malam hari.
Lapisan ini disebut Kristal tapetum lucidum yang dapat memantulkan cahaya. Berkat kistal ini, cahaya yang jatuh di belakang mata di pantulkan kembali ke retina. Beberapa cahaya yang di pantulkan kembali ke lensa, sehingga mata bersinar. Berkat struktur ini, jumlah cahaya yang diterima mata meningkat sehingga bisa melihat dalam kegelapan. Oleh Karena itu, kucing bias melihat lebih baik dalam gelap.  Ini bukanlah bentuk dari bio-luminescence, sebab binatang tidak menghasilkan cahanya, melainkan hasil dari pemantulan.
Alasan lain kenapa kucing bisa melihat dalam gelap juga karena adanya sel–sel batang yang lebih banyak di bandingkang sel–sel kerucut di retina mereka. Sebagaimana kita ketahui, sel – sel batang hanya sensitive pada cahaya. Mereka membentuk bayangan hitam atau putih tergantung dari cahaya yang datang dari objek, tetapi mereka sangat sensitive walau hanya dengan sedikit cahaya.
Berkat sel–sel batang ini, kucing dapat berburu dengan mudah di malam hari. Seperti kita lihat, Allah menciptakan struktur mata yang sesuai dengan kondisi dan nutrisi yang mereka butuhkan. Mata kucing memiliki struktur dan karakteristik yang berbeda sesuai dengan kebutuhan mereka. Ini adalah salah satu contoh dari hasil ciptaan Allah. Hasil ciptaan Allah yang unik ini terbukti dalam salah satu ayat:
Pencipta langit dan bumi, ketika Dia ingin menciptakan sesuatu, maka Dia hanya berkata “jadilah”, maka jadilah ia. ( QS. Al – Baqara 117 )

Bola mata kucing lebih besar
Selain kemampuan melihat di malam hari, bola mata kucing juga lebih besar di bandingkan yang dimiliki manusia. Jika bidang penglihatan manusia hanya sampai 160 derajat, kucing dapat dengan mudah hingga 187 derajat. Dengan karakteristik ini, mereka dapat dengan mudah melihat ancaman yang ada. Ini adalah contoh karakteistik lain dari hasil ciptaan Allah dengan bentuk yang berbeda. Sebagaimana di katakana di dalam Al – Qur’an, kaakteristik ini adalah pelajaran bagi orang – orang yang beriman ;
Dan sungguh, pada hewan ternak itu terdapat pelajaran bagimu…( QS. An – Nahl 66 )
Struktur mata kucing berbeda dengan manusia
Pada mata kucing, terdapat membran ketiga yang disebut “nictitating  membrane”. Membran ini transparan, dan bergerak dari satu bagian mata ke bagian yang lainnya. Sebagai contoh, kucing dapat mengedipkan mata mereka tanpa harus menutup semuanya. Membran ketiga ini memungkinkan mata kucing terlindungi ketika berburu. Selain itu, benda – benda lain seperti debu tidak mengenai mata mereka, sehingga mata mereka tetap bersih dan lembab; sehingga kucing tidak perlu sering mengedipkan matanya seperti manusia. Jika kucing mengedipkan mata mereka sepanjang waktu seperti manusia agar matanya tetap bersih dan lembab, hal ini akan menimbulkan kesulitan bagi mereka di saat berburu. Tidak mengedipkan mata merupakan salah satu kesempurnaan ciptaan Allah untuk makhluk ini.
Apakah mata kucing sensitif pada gerakan
Kucing tidak dapat melihat dalam jarak dekat dengan baik sebagaimana halnya manusia dan tidak bisa focus pada objek yang dekat dengan mereka. Tetapi Allah telah menciptakan rambut sensoris dengan mekanisme sensoris yang kuat buat kucing. Berkat penciuman dan rambut sensoris, kucing dapat dengan mudah mendeteksi dalam jarak dekat. Walau makhluk indah ini sulit melihat dalam jarak dekat, mereka dapat dengan mudah merasakan dengan jarak dua sampai enam meter. Jarak ini cukup bagi kucing agar dapat berburu.
Karakteristik lain pada mata kucing adalah mereka sensitive pada gerakan, keindahan dan yang sesuai dengan jarak penglihatan mereka. Mata kucing dan otaknya memisahkan setiap gerakan bingkai demi bingkai. Otak kucing bisa merasakan lebih banyak gambar daripada kita. Sebagai contoh, mereka dapat dengan mudah melihat tanda – tanda elektronika pada layar televise di bandingkan manusia. Ini adalah bakat khusus yang di berikan oleh Allah yang Mahakuasa kepada semua kucing. Hal ini dikarenakan  kucing menangkap mangsa mereka berdasarkan objek yang bergerak.
Detail dan ragam yang mengagumkan di ciptakan Allah bagi kucing
Mata kucing di ciptakan dengan kaakteristik luar biasa seperti makhluk lainnya. Ketika struktur dan karakteristik mata di uji secara individual, maka akan di lihat fungsi yang berbeda dan ini merupakan bukti dari beragamnya hasil penciptaan Allah. Variasi ini tidak dapat di katakana sebagai hasil dari mutasi ataupun seleksi alam. Allah telah memberikan mata yang sesuai dengan kebutuhan hidup dan nutrisi makhluknya.
Memiliki pengetahuan tentang system yang menakjubkan ini merupakan kesempatan bagi setiap orang untuk melihat kekuasaan dan pengetahuan Allah yang telah menciptakan makhluknya. Kita harus berterima kasih kepada Allah yang telah menciptakan alam semesta ini. Adapun bagi orang – orang yang yang menolak ayat – Nya, Allah menjulukinya “pendusta”, seperti di dalam ayat ;
Siapakah yang lebih zhalim daripada orang – orang yang telah di peringatkan dengan ayat – ayat Tuhannya, lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yang telah di kerjakan oleh kedua tangannya? ( QS. Al – Kahfi 57 )
Kucing di ciptakan dalam bentuk yang ideal sesuai dengan lingkungan mereka, mereka perlu bernafas, makan, berburu dan mempertahankan diri agar tetap hidup. Oleh karena itu, mereka harus mengenal dunia mereka, dan membedakan antara musuh dan mangsa mereka. Dengan demikian, mereka memerlukan penglihatan khusus untuk melihat lingkungan mereka.
Bagaimanapun, Allah yang Mahakuasa, Tuhan dari semua dunia, telah memberikan karakteristik yang mengagumkan seperti mata yang memiliki struktur khusus, bentuk dan ketajaman penglihatan untuk kucing. Penciptaan mata yang memiliki kekhususan bagi kucing merupakan pelajaran bagi orang – orang yang beriman sebagaimana di sebutkan di dalam Al – Qur’an ;
Dan disana terdapat pelajaran bagimu…( QS. Al – Mu’miniin 21 )

Karakteristik mata kucing berfungsi sesuai dengan hukum yang di tetapkan Allah. Allah menciptakan mata ini dan setiap detilnya tanpa contoh sama sekali. Hal ini terungkap dalam ayat – ayat bahwa Allah adalah pencipta semuanya ;
Allah menciptakan semua jenis hewan dari air, maka sebagian ada yang berjalan di atas perutnya dan sebagian lagi berjalan dengan dua kaki, sedang sebagian berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang Dia kehendaki. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu. ( QS. An – Nuur 45 )
Sumber: Dikutip dari Yahyaharun.com

Bekas IGP: Ada orang politik marah 'rezeki' disekat


  • Ahmad Fadli KC
 
WAWANCARA Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."

ex-igp musa hassan interview with malaysiakini 4Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.

Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.

"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.

Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.

"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.

Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.

Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis.

"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.

"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.
Maklum kepada Pak Lah

Menurutnya, beliau sendiri pernah bertemu secara peribadi dengan ahli politik yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap agar mereka menghentikan hubungan itu.

"Saya dah tegur Menteri berkenaan perkara ini. Tugas saya menyampaikan sahaja. Nak berubah awak kena arahkan sayalah dan saya akan buat cara saya (untuk banteras)," katanya.

Malah, beliau mendakwa turut memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Perdana Menteri (Abdullah) pun saya beritahu," katanya.

ex-igp musa hassan on a motorbike 2Menurut Musa, beliau tidak mahu peminjam wang tidak berlesen (Along) terus mewujudkan masalah kepada orang ramai sehingga mengakibatkan kanak-kanak takut pulang ke rumah kerana serangan Along.

Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan peminjam sahaja dalam situasi ini, kerana tindakan perlu diambil terhadap sindiket itu yang mengenakan faedah melebihi 18 peratus setahun.

"Jika mereka bebas mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus, ini bermakna tiada penguatkuasaan," katanya.

"Malah, siapa yang memberikan peminjam wang ini lesen? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ada anggota polis bertugas di kementerian itu tetapi masih ada orang menjadi mangsa hari ini," katanya.

Ketegasan beliau, menurutnya, menimbulkan "reaksi balas" dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap terbabit.

Menurutnya, individu berkenaan cuba memburukkan namanya dengan menuduhnya mengatur pelantikan pegawai kanan polis dengan "restu" kumpulan kongsi gelap terbabit.

"Saya terima backlash kerana satu saya cuba banteras aktiviti haram dan kerana saya hendak bersihkan (pasukan polis).

"Kalau saya sertai mereka (kongsi gelap) sayalah IGP terbaik," katanya.

Dalam temubual sama, Musa turut mengiyakan bahawa rangkaian ahli politik-kongsi gelap-polis itu adalah "kuasa ketiga" yang sebelum ini didakwanya membantutkan usaha-usaha reformasi dalam pasukan polis yang cuba dibawa beliau.

"Campur tangan datang dari banyak pihak termasuk ahli politik," katanya.

Wawancara dijalankan Fathi Aris Omar, Hafiz Yatim, Ahmad Fadli KC dan Nigel Aw.

Tuesday, May 29, 2012

Subhanallah, hikmah di sebalik aktiviti-aktiviti arah lawan jam

(detikislam)


Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman? Menggunakan arah jam atau arah lawan jam?

Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.

Lihat semua pergerakan ini:

Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.



Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.

Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.


Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.



Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.


Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.



Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.

Lihat pula syarat tawaf dalam ibadah haji, harus mengikut arah lawan jam.

Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.

Mengikut artikel "Rahsia Kaabah" yang saya baca di sini, dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam. Bagaimana?


Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule)

Hukum Tangan Kanan

Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikutarah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.

Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.

Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.

Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a'lam.

Jika ini benar, maka terbuktilah keajaiban sunnah!

- Allah Maha Besar,Allah Maha Agung -
- Allahuakbar ! -
p/s amalan mengacau air kopi/teh melawan jam telah diberitahu oleh Allahyarham Datuk Che Mat Nasir (mantan MB Kelantan) , saya amal tanpa mengetahui kaifiatnya ! Alhamdulillah

Jeng Jeng Terowong Politik Hitam Malaysia Makin Terbuka!

Bekas IGP: Ada orang politik marah 'rezeki' disekat
  • Ahmad Fadli KC
 
WAWANCARA Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."

Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.

Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.

"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.

Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.

"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.

Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.

Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada mereka di dalam pasukan polis.

"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.

"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.

Wawancara dijalankan Fathi Aris Omar, Hafiz Yatim, Ahmad Fadli KC dan Nigel Aw.

Teknik dan Cara Menjual Negara.......

DPPIM BERI SUAKA KEPADA PENJENAYAH INDIA?




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Saudara pengarang,

BAHAWASANYA saya, Butitit Poimposik (nama samaran) ingin melaporkan kepada Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Dalam Negeri, Jabatan Penguatkuasa dan rakyat Sabah agar memantau dan menyiasat kegiatan subversif iaitu pemberian hak kerakyatan kepada samseng dan pendatang asing dari India yang telah lama menjadi warganegara Malaysia melalui jalan songsang.

Nama individu tersebut adalah Mohd Ansar bin Maidin. Saya mengutarakan perkara ini adalah sebagai susulan daripada laporan yang dikemukakan oleh Chung Jun Li di Sabahkini.net baru-baru ini bertajuk 'Skandal IC Projek Terbaru Di Sabah?'
Sebagai warganegara saya berasa hairan kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan drastik untuk menyiasat orang India Muslim di Sabah ini yang memiliki kad pengenalan serta mempunyai hak untuk mengundi dan mendapat taraf bumiputra? Adakah ini yang diinginkan oleh kerajaan BN?

Mohd Ansar Bin Maidin mendapatkan kad pengenalannya menggunakan kad pengenalan orang mati. Ansar pada mulanya bekerja di Arab Saudi sebagai pengawal keselamatan di rumah majikannya iaitu Basir. Dia dipecat kerana menggangu isteri majikannya dan kembali ke India.

Selepas itu Ansar datang ke Sabah menggunakan kapal layar Vahuci dari pelabuhan Chennai, India ke Pulau Pinang dan ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur beliau menaiki kapal terbang ke Sabah dengan menggunakan pasport bernombor V149849 (ada dalam simpanan Jabatan Imigresen) dengan nama sebenarnya iaitu Mohamed Ziavuden.

Di Sabah, beliau bekerja di Beaufort sebagai tukang membuat roti canai di Kedai Kopi Al-Madina dan selama di sana, beliau bergaul dengan orang kampung. Beliau tinggal bersama orang tempatan yang bernama Hj Maidin dan ketika itu anak lelaki Hj Maidin meninggal dunia.

Peluang inilah yang digunakan sebaiknya oleh Ansar untuk mengurus kad pengenalannya. Beliau menawarkan RM 2,000 kepada Hj Maidin untuk membeli kad pengenalan dan surat beranak arwah anak lelaki Hj Maidin dan beliau mula mengurus kad pengenalannya di JPN Beaufort dan berjaya mendapat Mykad bernombor 620617-12-5063.

Setelah berjaya mendapat kad pengenalan untuk dirinya beliau mula menguruskan kad pengenalan untuk semua pendatang India di Sabah. Di samping itu juga untuk mengabui kegiatan yang menguntungkan ini, beliau berkongsi dengan orang tempatan untuk menjalankan perniagaan iaitu Restoran dan Kedai Makan di daerah Papar pada tahun 1990.

Setelah mendapat untung yang lumayan dari perkongsian ini, Ansar mula menyeleweng terhadap rakan kongsinya dan menjalankan perniagaan tersebut sendiri dan seterusnya mengembangkan empayar perniagaannya ke Kota Kinabalu dengan memiliki empat restoran iaitu:

1. Restoran Fishead Curry House di Kolombong.
2. Restoran Fishead Curry House di Api-Api, Block 5, Kota Kinabalu.
3. Restoran Mime Curry House di Menggatal.
4. Restoran Aslinah Curry House di Inanam.

Beliau sangat berjaya dalam perniagaan dengan menggunakan hasil wang mengurus kad pengenalan ini sehingga sekarang. Kini beliau meluaskan kegiatannya dengan menjadi rangkaian sindiket baru untuk pengeluaran resit JPN yang palsu bagi memudahkan perjalanan kepada pendatang-pendatang asing termasuk pendatang asing Filipina dan Indonesia yang menjadi 'connection, partner' dan pekerja mereka untuk melakukan aktiviti perniagaan yang lain iaitu akitiviti haram.


Sindiket ini turut dianggotai oleh rakan-rakanya seperti Anifah Bin Kassim, Said Bin Meran dan Kassim Bin Kamal.

Mohd Ansar turut melakukan perniagaan haram seperti penyeludupan syabu dan beliau adalah seorang samseng yang kaki minum dan kaki perempuan sehingga pernah mempunyai kes polis kerana memukul orang; serta menggangu isteri orang dan sehingga sekarang kes beliau boleh dirujuk di Balai Polis Penampang.

Saya juga mempunyai bukti gambarnya melakukan zina dengan wanita-wanita ini serta senarai dokumen pengenalan yang diuruskannya. Beliau juga pernah ditahan di Kuala Lumpur suatu masa dulu kerana melakukan aktiviti wang palsu yang diperbuat daripada 'tangghasi' dari India.

Beliau juga adalah pengamal ilmu hitam dan memelihara toyol dan perkara ini jelas kelihatan jika anda pergi ke setiap restorannya anda lihat pada setiap penjuru atas dan cuba perhatikan kain warna hijau yang digantung. Dalam kain hijau itu ada mengandungi toyol.

Beliau juga turut menikmati hak bumiputra seperti orang tempatan dengan mendapatkan rumah murah di kampung Limau-limauan, Papar; rumah murah di kampung Kalansanan, inanam untuk isteri pertamanya; rumah murah di Kg Delima Tanah Bumiputera Jalan Sulaman dan dihuni oleh pendatang asing yang dipeliharanya dan mereka inilah yang menggunakan resit JPN palsu.

Akhir kata, senario ini sangat menyedihkan kerana selama ini orang seperti Mohd Ansar ini dibiarkan begitu saja oleh pihak berkuasa terutama memegang jawatan penting dalam Dewan Perindustrian dan Perniagaan India Muslim Sabah (DPPIM) dan menjadi orang kanan Datuk Baisulkhan Salman Faris.

Patutlah isu RCI sehingga sekarang tidak dapat dilaksanakan kerana sudah pasti mereka ini akan mendaftar sebagai pengundi kepada kerajaan pada pilihan raya nanti. Buat masa ini saya sedang mengumpulkan bukti semua senarai nama yang telah, sedang dan akan diuruskan oleh beliau untuk mendapatkan kad pengenalan dan resit JPN palsu.
Yang Benar,

BUTITIT POIMPOSIK

Monday, May 28, 2012

Begini... Bila Non Muslim Berpurdah Di Finland

Seorang Wartawan Finland Menyamar Memakai Purdah ( Niqab@Burqa )
SEORANG perempuan memakai baju jubah hitam lengkap dengan purdahnya menjadi pusat perhatian pengunjung Mall Itäkeskus di kota Helsinki, bandar terbesar di negara Finland. Tidak seorang pun tahu bahawa wajah dibalik niqab itu bukan seorang perempuan Muslim tetapi seorang wartawan, non-Muslim, daripada surat khabar Helsingin Sanomat, salah satu surat khabar yang terbesar di kawasan Skandinavia.
Nama wartawan itu Katja Kuokkanen. Ia sengaja menyamar menjadi menjadi perempuan Muslim kerana ingin merasakan sendiri bagaimana rasanya mengenakan pakaian Muslim lengkap dengan purdahnya di tengah masyarakat Finland yang masih asing dengan agama Islam. Bagaimana rasanya direnung dan diperhatikan dengan pandangan aneh dan takut dari orang-orang di sekitarnya?

Kuokkanen menuliskan pengalaman dan perasaannya saat dan setelah mengenakan niqab. Begini, kisah beliau..

Niqab dari bahan sifon berwarna hitam kadang melorot dan menutupi kedua-dua mata saya. Suatu ketika saya tersandung dan melanggar bahu seorang lelaki di sebuah kedai barang-barang etnik. Lelaki itu membuat gerakan tangan meminta maaf, tetapi dengan sikap acuh tak acuh seperti kebiasaannya. Lalu lelaki itu melihat ke arah saya dan menyedari bahawa saya seorang perempuan yang memakai abaya dan burqa, pakaian khas perempuan Muslim.

A veil test made by a Helsingin Sanomat reporter in the Itäkeskus shopping mall on Wednesday demonstrated that covering the face is still rarely seen in Helsinki.

Tiba-tiba lelaki itu dengan sedikit membongkok dan mengulangi lagi permohonan maafnya. Saya menyangka dia orang Arab dari dialeknya masa meminta maaf. Saat itu saya merasakan hal yang tidak pernah saya rasa sebelum ini kerana diperlakukan dengan begitu hormat oleh orang lain.

Dari kedai etnik, saya menuju stesen metro. Saya naik ke sebuah metro berwarna oren. Saya menerima reaksi yang tidak terduga. Seorang lelaki mabuk berteriak kepada tiga temannya di dalam metro yang padat dengan penumpang. “Hei, lihat itu ada salah satu pemandangan neraka!” teriak lelaki mabuk tadi.

Mendengar teriakan itu, penumpang lain serta merta memalingkan pandangannya, tidak mahu melihat ke arah wajah saya. Tapi tiba-tiba seorang perempuan menegur saya, “Barang kamu jatuh,” kata seorang perempuan setengah baya sambil menyerahkan pengepit rambut saya yang terjatuh di bangku sebelah.

Saya tidak mengucapkan terima kasih pada perempuan itu, kerana kalau saya mengatakan sesuatu, kemungkinan penyamaran saya akan terbongkar. Lalu, ketika seorang gadis asal Somalia yang bekerja sebagai penjaga kedai, membantu saya membetulkan burqa, dia berkata bahawa jarang sekali perempuan Muslim di Helsinki yang mengenakan busana seperti yang saya kenakan.

Gadis Somalia itu juga memberitahu bahawa ia seboleh mungkin menghindari busana warna hitam. Ia menganggap warna hitam sebagai warna yang dramatik dan menarik perhatian orang ramai. “Busana warna-warni yang cerah lebih bagus,” kata gadis itu sambil mengatakan bahawa kaum wanita Muslim di Finland tidak menentukan untuk menutup bahagian mukanya.

Di Mall Itäkeskus, saya perhatikan ramai orang yang melihat saya dengan renungan aneh bahkan takut. Seorang lelaki muda hampir saja menumpahkan minuman tin yang dipegangnya apabila melihat saya dengan raut muka panik. Saya pun baru mula membiasakan diri memakai abaya dan burqa. Saya mula merasakan pakaian ini sangat selesa, meskipun saya agak sukar untuk melihat sesuatu dengan jelas kerana burqa yang saya kenakan.

Kemudian saya memutuskan untuk pergi ke pasar yang dibuka di kawasan letak kereta di Mall Puhos. Di seberang jalan, saya bertemu dengan seorang perempuan tua berasal dari Somalia yang dengan hemat mengucapkan “Assalamu’alaikum”.

Saya tersentuh mendengar salam itu. Selama ini saya tidak pernah bergaul dengan perempuan Muslim. Dan saya selalu menerima salam seperti itu dalam banyak kesempatan. Setiap Muslimah dari berbagai usia dan dari pelbagai etnik, yang memakai pakaian Muslimah selalu mengucapkan “Assalmua’alaikum” ketika bertemu dengan saya.

Ketika itu saya tidak tahu apa artinya. Saya akhirnya tahu bahawa ucapan itu mengandungi doa sejahtera dan kesalamatan. Lalu, seorang lelaki yang sedang berdiri di depan sebuah kedai memanggil saya. “Hello! Hei! Tunggu!” teriak lelaki tadi.

Saya tidak menoleh kerana saya fikir seorang perempuan Muslim sangat menjaga kemuliaannya dan tidak akan menjawab panggilan seperti itu. Beberapa jam selepas berjalan – jalan dengan memakai jubah dan purdah, saya kembali ke stesen Metro. Perjalanan saya selanjutnya adalah Kamppi Center.

Sepanjang perjalanan, wartawan itu merenung pengalamannya sepanjang hari ini, atas reaksi setiap orang terhadap abaya dan burqa yang dikenakannya dan ia merasakan sendiri bahawa mengenakan abaya dan burqa rasanya tidak seburuk yang orang lain fikirkan.
Ia pun tanpa ragu menegaskan, mengenakan abaya dan burqa, “Sama sekali tidak buruk. Jika kamu pakai, kamu akan merasa damai.”

Komen Weblog Ibnu Hasyim:
  • Kisah ini patut menjadi renungan di saat negara-negara Eropah beramai-ramai mula melarang jilbab dan purdah. 
  • Pengalaman wartawan ini membuktikan tidak perlu ada dasar larangan berpurdah atau bertudung, terutamanya di barat seperti yang dikuatkuasakan.
  • Kerana sikap 'Islamofobia' masyarakat Barat itu menunjukkan tdak terbukanya pemikiran mereka.
  • Malangnya pula di negara-negara umat Islam sendiri yang tiada 'Islamofobia' masih ada pemimpin-pemimpinnya yang  mengaku Islam masih memandang rendah dan menyindir wanitanya yang berpakaian begini.
(IH/DM/www.hs.fi)

3 punca rakyat Amerika tidak bahagia

Data kajian daripada tahun 1985 sehingga tahun 2005 menunjukkan peratusan rakyat Amerika yang puas hati dengan kehidupan mereka telah menurun sebanyak 30%. Peratusan mereka yang merasakan amat tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka pula telah meningkat sebanyak 50%.
Antara punca yang telah dikenal pasti menjadi penyumbang kepada masalah tersebut adalah:

  1. Perhubungan yang semakin longgar antara keluarga dan juga kawan.
  2. Penurunan penglibatan orang ramai terhadap aktiviti kemasyarakatan.
  3. Berkurangnya tahap kepercayaan orang ramai terhadap institusi politik.
laporannya ada di sini
Aku rasa negara kita juga sedang mengalami situasi yang sama sepertimana yang rakyat Amerika alami. Perhubungan antara keluarga dan lebih-lebih lagi antara kawan-kawan semakin longgar. Ini mungkin ada kena mengena dengan penggunaan teknologi yang berlebihan dan juga ketagihan penggunaan media sosial.(blogwartashubhi)

Pelajar pintar selesaikan teori Sir Isaac Newton


28 Mei 2012
Shouryya
Shouryya kini bergelar budak pintar selepas merungkai teori Sir Isaac Newton.
BERLIN - Teka-teki dibuat oleh Sir Isaac Newton sehingga merunsingkan dunia matematik sejak lebih 350 tahun lalu, akhirnya dirungkaikan oleh seorang remaja berumur 16 tahun di Dresden, Jerman.

Shouryya Ray, berjaya menyelesaikan dua teori dinamik zarah asas yang sebelum ini hanya dapat dihitung dengan menggunakan komputer berkuasa tinggi oleh ahli fizik.

Hasil penyelesaian Shouryya membuka peluang kepada saintis untuk menghitung laluan balingan bola dan kemudian meramal bagaimana ia akan menghentam serta melantun dari dinding ke dinding.

Anak kelahiran Kolkata, India, menyelesaikan permasalahan rumit itu, ketika menyertai lawatan sekolah di Universiti Dresden yang mana gagal dirungkaikan oleh profesor di situ.

Kebijaksanaan Shouryya dikesan sejak dia mula memasuki persekolahan di Dresden empat tahun lalu selepas berpindah dari Kolkata.

Sunday, May 27, 2012

Rahasia kekayaan Warren Buffet [orang terkaya di dunia]


Rahasia kekayaan Warren Buffet

Banyak orang mencoba mencari rahasia pola pikir dan tips jitu dari langkah investasi a’la Buffet dengan memborong dan mengikuti buku – bukunya yang laris manis di pasaran. Namun, rahasia kekayaan Buffett sebenarnya, datang dari sikap dermawan dan lifestyle sederhana dalam pribadi hidupnya.

Sejak usia dini, Buffet telah menunjukkan kegemarannya dalam menghasilkan dan menabung uang. Dia pernah menjadi sales door to door, menjual permen karet, minuman soda, sampai majalah dan koran. Penghasilannya selalu ia tabung dan hanya digunakan untuk keperluan yang penting saja.


rumah warren buffet

Warren Buffett yang sering disebut “Oracle from Omaha”, saat ini memiliki harta kekayaan bernilai sekitar US$47 miliar. Bersama istrinya, pria 79 tahun tersebut masih tinggal di rumah sederhana di Omaha, Nebraska, AS yang dibeli dengan harga US$31,500, lebih dari 50 tahun lalu dengan tetap tidak memakai pagar.

Buffet bepergian tanpa dikawal siapapun dan membawa sendiri mobil pribadi sederhana yang dipakai hingga rusak sebelum digantinya. Dia tidak berkeliling dunia memakai jet pribadi, meski ia memiliki salah satu perusahaan pesawat jet terbesar di dunia. Waktu istirahatnya dipakainya dengan menonton TV sambil makan pop corn.

Walau sering menikmati hidangan di restoran terbaik di berbagai belahan dunia, Buffett lebih memilih menu burger, kentang goreng dan Coca-Cola dingin. Saat ditanya mengapa dia tidak memiliki sebuah kapal pesiar, Buffett menjawab: “Kebanyakan mainan cuma menimbulkan rasa nyeri di leher“. Bahkan, ia tidak mempunyai komputer di meja kerjanya dan bepergian tanpa telepon genggam.

"Anak – anaknya tidak akan mewarisi sebagian besar dari kekayaannya", Buffet ingin memberikan mereka secukupnya dan menghindari agar mereka jangan sampai merasa tidak harus melakukan apa – apa, karena terlalu nyaman dengan keadaannya sekarang.

Warren Buffet pernah berjanji, setelah meninggal ia akan memberikan 85% harta kekayaannya pada yayasan amal milik Bill Gates, Gates Foundation. Namun, ia bederma lebih cepat dari dugaan. Pada tahun 2006, Warren Buffett mendonasikan 10 juta sahamnya di Berkshire senilai US$30,7 miliar kepada Gates Foundation. Jumlah sumbangan amal Buffett tercatat sebagai sumbangan terbesar dalam sejarah Amerika.

Bagaimana pendapat kamu mengenai sikap dermawan dan lifestyle sederhana a’la Warren Buffet? Apakah sikap tersebut cocok dengan gaya hidup Investor masa kini?