Saturday, December 8, 2012

Perancang Pemusnahan Masjid Babri Memeluk Islam

Kisah Peruntuh Masjid Babri Memeluk Islam

BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.


Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab ‘suci’ untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh. 

Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.

Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain. Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.

Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu.

Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut. Mereka melaung-laungkan perkataan “Ram! Ram!” sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.

Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.

Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu. Kuasa Allah Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah.

Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.

Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.

Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.

Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan. Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.

Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.

Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri

Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.

Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.

Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas ‘kejahatan’ beliau terhadap Masjid Babri itu.

Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu. Walau apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam.

Islam menjadikan beliau seorang manusia ‘baru’ yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran.

Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu. Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.

“Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah. “Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan,” ujarnya sayu.(wartashubhi)

Tuesday, December 4, 2012

Filipina...Lebih Yahudi dari Yahudi?


Selepas pungutan suara berkaitan status Palestin yang dilakukan oleh PBB di New York minggu lalu, ratusan rakyat Filipina mengadakan perarakan di Manila bagi menyokong Israel.

Jumlah mereka dianggarkan 300 hingga 400 orang dan berkumpul di kawasan perniagaan. Beberapa orang di antaranya membawa bendera Israel, belon putih biru, pembesar suara dan menetapkan lagu dalam bahasa Ibrani, dan bahkan beberapa shofarot(alat muzik yahudi laknatullah).
shofarot
Mereka diikuti dengan konvoi berjumlah 50 hingga 60 buah kereta dengan membawa kain rentang bertulis "Berdirilah dengan Israel, sekarang dan akan datang". Slogan ini sama pada tahun 1947 ketika Filipina menjadi negara Asia pertama yang menyokong penubuhan bangsa Yahudi di Palestin.

Bendera rejim laknatullah bersebelahan dengan bendera Filipina berada berhempiran dengan Laut Mati

Perarakan ini diadakan oleh segelintir organisasi Kristian yang pro-yahudi zionais laknatullah. Mereka menyokong Israel dengan pelbagai cara sepanjang tahun ini dengan acara doa, perjumpaan gereja hari minggu, derma, dan perarakan secara tahunan.
Barua yahudi laknatullah di Asia Tenggara
Mereka berkumpul di taman nasional dengan menyanyikan lagu kebanggan Israel "hatikva" dan meniup shofars.

Hutang Negara Terkini 2012 RM484.621 Bilion. Kenaikan RM200 Bilion Tahun 2008-2012? Hasilnya?

Renung-renungkanlah Keadaan Di Sekeliling Anda!!
by Staff Berita Semasa
Hutang Najib 2012 Hutang Negara Terkini 2012 RM484.621 Bilion. Kenaikan RM200 Bilion Tahun 2008 2012? Hasilnya?
Hutang negara : Tahun 2012, akan melabuhkan tirainya dalam tempoh sekitar 3 minggu daripada sekarang. Dan kami sempat menjenguk dan membuat semakan terhadap hutang kerajaan Malaysia ketika melalui data yang kami peroleh sendiri daripada Bank Negara Malaysia (BNM).
Hakikatnya, hutang negara yang terkini menunjukkan negara berada dalam kedudukan hutang negara yang terkini adalah yang tertinggi sejak Tanah Melayu Merdeka pada tahun 1957 dan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 iaitu berjumlah RM484.621 bilion

Hutang Negara Malaysia Sehingga November 2012?

Hutang Negara Terkini Hutang Negara Terkini 2012 RM484.621 Bilion. Kenaikan RM200 Bilion Tahun 2008 2012? Hasilnya?
Sumber : Bank Negara
Daripada mula negara kita merdeka sehinggalah tahun 2008, hutang negara Malaysia sudah hampir mencecah sekitar RM280 bilion pada ketika itu yang mana sudah pun melangkaui legasi 5 Perdana Menteri Malaysia. Antaranya :
  1. Tunku Abdul Rahman
  2. Tun Abdul Razak
  3. Tun Hussein Onn
  4. Tun Mahathir Mohamad
  5. Tun Abdullah Ahmad Badawi
Daripada tahun 2008 sehinggalah tahun 2012. Hutang negara terus meningkat sehingga RM200 bilion yang mana ia hanya mengambil masa sekitar 5 tahun sahaja di zaman Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Kenaikan hutang tinggi, faedah kepada negara mestilah tinggi juga. Inilah yang merisaukan kami sebenarnya…..
Hutang Negara Najib Razak Hutang Negara Terkini 2012 RM484.621 Bilion. Kenaikan RM200 Bilion Tahun 2008 2012? Hasilnya?
Sepatutnya semakin banyak duit negara dibelanjakan, semakin banyak faedah yang dinikmati oleh rakyat bukan? Sebagai contohnya, kos sara hidup rakyat semakin baik. Oleh itu kami suka untuk memberikan analaogi mudah di sini….
Kami suka untuk imbas kembali ketika era tahun 80an. Kami pasti ramai juga di sini yang berada dan merasai hidup di zaman tersebut. Pada masa itu, seingat kami selepas habis belajar daripada universiti dan mula-mula bekerja gaji yang diperolehi adalah sekitar RM1,650 sebulan. Baiklah kita genapkan RM1,700 untuk senang kira. Tahun bila pada masa itu? Tahun 1987. Sekarang?
Sekarang…tahun 2012. Maknanya sudah 25 tahun masa berlalu. Kami juga ingin kongsikan di sini, kami ada kenalan yang anaknya baru sahaja bekerja di Jabatan Akauntan Negara (ANM) di Putrajaya. Belajar di universiti kemudian habis, terus dapat kerja di Putrajaya. Beliau tamat belajar tahun 2012, gaji pertamanya adalah RM2345. Apa yang ingin kami kongsikan di sini?
  • Gaji seorang graduan universiti pada tahun 1987 : RM1700
  • Gaji seorang graduan universiti pada tahun 2012 : RM2345
Dalam jurang masa 25 tahun, kenaikan gaji hanya berputar pada kadar RM600 sahaja. Dalam tempoh berapa tadi? 25 tahun. Tetapi….
Dengan gaji RM1700 dahulu…
  1. Sewa rumah pada ketika itu, adalah RM100 sebulan
  2. Harga minyak tak sampai seringgit pun
  3. Harga gula RM0.40 sekilo
Dengan gaji RM2345 sekarang :
  • Harga gula sudah pun mencecah RM2.50 kalau tidak silap kami.
  • Harga minyak sudah RM1.90
  • Dan…bolehkah anda sewa rumah dengan selesa pada kadar RM100 sebulan?
Kos Sara Hidup Hutang Negara Terkini 2012 RM484.621 Bilion. Kenaikan RM200 Bilion Tahun 2008 2012? Hasilnya?
Point kami adalah, kos sara hidup semakin melonjak tinggi daripada tahun ke tahun tetapi purata gaji dan pendapatan rakyat Malaysia mendatar. Sebenarnya inilah perkara pokok yang harus diselesaikan dikalangan pemimpin politik dan negara ketika ini.
Itu belum ditambah dengan masalah sistem pengangkutan di Malaysia. Jadi penyelesaian terbaik yang boleh diambil oleh kalangan rakyat Malaysiasekarang ialah dengan membeli kereta. Nak beli kereta? Mahal harganya. Tiada negara di dunia yang mengenakan cukai kereta sehingga 100%. Hanya di Malaysia.
Semak sejarah harga kereta di Malaysia tahun 1980an : KLIK SINI
  1. Sekarang, sebuah kereta Myvi yang keluar daripada kilang, harganya sekitar RM25,000
  2. Tetapi disebabkan cukai yang berlebihan (cukai jualan 10%, duit eksais 85%). Hampir 100%. Harga yang djual di pasaran terus melonjak kepada RM50,000.
  3. Akhirnya rakyat seperti anda, anda di sini terpaksa membuat pinjaman sehingga 9 tahun contohnya dikehendaki membayar RM500 sebulan
  4. Belum sentuh bab memiliki rumah sendiri lagi…Mampukah?
Bukan sudah berpuluh tahun kita merdeka. Kita hanya asyik berteriak isu-isu remeh. Sedangkan, isu-isu inilah bagaimana cara nak meningkatkan kadar boleh belanja rakyat Malaysia inilah yang paling penting. Apa kata anda pula?
P/S : Dengan kenaikan hutang negara Malaysia yang terkini terus melonjak tinggi, adakah kos sara hidup anda semakin baik?

Monday, December 3, 2012

10 Alasan Ilmiah Kenapa Daging Babi Diharamkan Dalam Islam

Daging Babi HaramMakan daging babi dalam ajaran agama islam itu diharamkan kenapa diharamkan karena didalam daging babi banyak mengandung zat berbahaya dan penyakit sehinga jika sampai dimakan oleh umat muslim penyakit yang terkandung didalamnya akan ikut masuk dalam tubuh manusia. Berikut ini ada beberapa fakta ilmiah yang ditemukan dari dalam daging babi sehinga Islam mengharamkan memakan daging babi ingin tahu apa aja itu simak 10 Alasan Ilmiah Kenapa Daging Babi Diharamkan Dalam Islam  berikut ini.
1. Babi adalah container (tempat penampung) penyakit.
Beberapa bibit penyakit yang dibawa babi seperti Cacing pita (Taenia solium), Cacing spiral (Trichinella spiralis), Cacing tambang (Ancylostoma duodenale), Cacing paru (Paragonimus pulmonaris), Cacing usus (Fasciolopsis buski), Cacing Schistosoma (japonicum), Bakteri Tuberculosis (TBC), Bakteri kolera (Salmonella choleraesuis), Bakteri Brucellosis suis, Virus cacar (Small pox), Virus kudis (Scabies), Parasit protozoa Balantidium coli, Parasit protozoa Toxoplasma gondii
2. Daging babi empuk.
Meskipun empuk dan terkesan lezat, namun karena banyak mengandung lemak, daging babi sulit dicerna. Akibatnya, nutrien (zat gizi) tidak dapat dimanfaatkan tubuh.
3. Menurut Prof. A.V. Nalbandov (Penulis buku : Adap-tif Physiology on Mammals and Birds) menyebutkan bahwa kantung urine (vesica urinaria) babi sering bocor, sehingga urine babi merembes ke dalam daging. Akibatnya, daging babi tercemar kotoran yang mestinya dibuang bersama urine.
4. Lemak punggung (back fat) tebal dan mudah rusak oleh proses ransiditas oksidatif (tengik), tidak layak dikonsumsi manusia.
5. Babi merupakan carrier virus/penyakit Flu Burung (Avian influenza) dan Flu Babi (Swine Influenza).
Di dalam tubuh babi, virus AI (H1N1 dan H2N1) yang semula tidak ganas bermutasi menjadi H1N1/H5N1 yang ganas/mematikan dan menular ke manusia.
6. Menurut Prof Abdul Basith Muh. Sayid berbagai penyakit yang ditularkan babi seperti, pengerasan urat nadi, naiknya tekanan darah, nyeri dada yang mencekam (Angina pectoris), radang (nyeri) pada sendi-sendi tubuh.
7. Dr. Murad Hoffman (Doktor ahli & penulis dari Jerman) menulis bahwa Memakan babi yang terjangkiti cacing babi tidak hanya berbahaya, tapi juga menyebabkan peningkatan kolesterol tubuh dan memperlambat proses penguraian protein dalam tubuh.
Ditambah cacing babi Mengakibatkan penyakit kanker usus, iritasi kulit, eksim, dan rheumatic serta virus-virus influenza yang berbahaya hidup dan berkembang di musim panas karena medium (dibawa oleh) babi.
8. Penelitian ilmiah di Cina dan Swedia menyebutkan bahwa daging babi merupakan penyebab utama kanker anus dan usus besar.
9. Dr Muhammad Abdul Khair (penulis buku : Ijtihaadaat fi at Tafsir Al Qur’an al Kariim) menuliskan bahwa daging babi mengandung benih-benih cacing pita dan Trachenea lolipia. Cacing tersebut berpindah kepada manusia yang mengkonsumsi daging babi.
10. DNA babi mirip dengan manusia, sehingga sifat buruk babi dapat menular ke manusia. Beberapa sifat buruk babi seperti, Binatang paling rakus, kotor, dan jorok di kelasnya, Kemudian kerakusannya tidak tertandingi hewan lain, serta suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri dan Kotoran manusia pun dimakannya. Sangat suka berada di tempat yang basah dan kotor. Untuk memuaskan sifat rakusnya, bila tidak ada lagi yang dimakan, ia muntahkan isi perutnya, lalu dimakan kembali. Lebih lanjut Kadang ia mengencingi pakannya terlebih dahulu sebelum dimakan.
Nah itulah bebrapa alasan kenapa daging babai diharamkan dalam islam untuk di konsusmsi manusia.(VivaNews)

Apa Sudah Jadi Dengan Umat Islam Ini?

Masjid untuk Kaum Gay Muslim di Perancis

Berita yang cukup mengejutkan. Di balik liberalisasi dan kebebasan, agaknya ajaran Islampun sudah mulai di cemari oleh keinginan suatu kaum. Seorang pria homoseksual Perancis-Aljazair berencana untuk membuka ‘masjid untuk gay’ di Perancis dan berharap dapat melalukan akad nikah bagi pernikahan sesama jenis yang beragama islam.

Mohammed Ludovic Lütfi Zahed, seorang muslim Aljazair yang tinggal di Paris menikah dengan pasangan gay-nya, berharap dapat membuka mesjid untuk gay pada akhir bulan, demikian yang dilansir dari Jerusalem Post.



Zahed mengatakan masjid, terletak di sebuah kapel Buddha di Paris. Keinginannya akan mematahkan tabu Islam dengan menolak untuk memisahkan tempat bagi perempuan dan laki-laki. Dia mengatakan: “Dalam masjid normal, perempuan harus duduk di kursi belakang dan memakai jilbab dan laki-laki didepan, sering kali gay menjadi takut akan agresi baik verbal maupun fisik. “Setelah melakukan ibadah haji, saya menyadari bahwa masjid untuk gay adalah suatu keharusan bagi umat Islam gay yang ingin melakukan sholat.”



Zahed menikah dengan Qiyam al-Din, seorang pria Afrika Selatan. Pasangan itu menikah di Afrika Selatan, di mana pernikahan sesama jenis di Afrika Selatan adalah legal dan dinikahkan sesuai dengan syariah hukum islam dihadapan seorang imam bernama Jamal Mauritian dan disahkan pada tanggal 12 Februari 2012. , dan pernikahan mereka juga telah disetujui oleh imam di Prancis, namun tidak diakui oleh pemerintah. Karena hingga sekarang Pemerintah Perancis belum mengesahkan pernikahan sesame jenis. Masih banyak pertentangan dari kaum pemimpin agama, beberapa politisi dan bagian dari daerah pedesaan Prancis. Pada bulan April, pernikahan berlangsung lagi di sebuah rumah sederhana di Servon di pinggiran Paris, dihadiri oleh orang tuanya dan teman dekat. Pasangan ini mengikat simpul di Perancis dengan berkat dari seorang imam.




Yang jelas keinginan Zahed akan di tentang oleh komunitas Muslim Perancis. Serta pertentangan dari kelompok terhadap perkawinan gay, pasangan mungkin akan menghadapi penyiksaan dari komunitas Muslim Perancis. Dia mengatakan ia secara teratur menerima surat kebencian dari umat Islam secara global. Namun itu tidak mengubah apapun, Zahed merasa nyaman dengan dirinya sendiri. Beruntung baginya keluarganya merestui disorientasi seksualnya. Dan memberikan restu dengan menghadiri pernikahannya. Zahed didiagnosis dengan AIDS pada 19, memicu kebangkitan spiritualnya. Dia menambahkan bahwa jika pernikahannya tidak diakui di Perancis ia akan kembali ke Afrika Selatan.



Calon Mesjid Untuk Kaum Gay Muslim