Beberapa hari yang lalu, saya terbaca berita dalam akhbar bahawa bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan isterinya, Siti Hasmah Mohd Ali menerima ijazah kehormat ulung daripada Universiti Malaysia Perlis (Unimap). Tidak lama sebelum ini, isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor menerima anugerah ijazah kehormat dari Universiti Limkokwing; sementara Perdana Menteri Najib Razak pula dianugerahi ijazah kehormat Doktor Persuratan Undang-Undang oleh Universiti Monash.
Najib: Universiti Meiji (2010), Universiti Monash (2011), Universiti Multimedia (2005)
Ibu Najib, Rahah Mohd Noah: Universiti Utara (2009)
Isteri Najib, Rosmah Mansor: Universiti Limkokwing (2011), UiTM (2009)
Abdullah Ahmad Badawi: Universiti Tun Hussein Onn (2010), National Islamic University of Indonesia (2006), Curtin University of Technology, Australia (2006), Universiti Islam Antarabangsa (2009), Universiti Utara (2009), Soka University Jepun (2009).
Isteri pertama Abdullah, Endon: Universiti Teknologi (2004)
Ibu Najib, Rahah Mohd Noah: Universiti Utara (2009)
Isteri Najib, Rosmah Mansor: Universiti Limkokwing (2011), UiTM (2009)
Abdullah Ahmad Badawi: Universiti Tun Hussein Onn (2010), National Islamic University of Indonesia (2006), Curtin University of Technology, Australia (2006), Universiti Islam Antarabangsa (2009), Universiti Utara (2009), Soka University Jepun (2009).
Isteri pertama Abdullah, Endon: Universiti Teknologi (2004)
Maklumat di atas adalah tidak lengkap. Malah, pasangan suami isteri Mahathir Mohamad menerima anugerah yang tidak terbilang. Siti Hasmah sahaja menerima 16 anugerah ijazah kehormat di dalam dan luar negeri sehingga tahun 2004. Anugerah yang diperolehi Mahathir Mohamad semestinya lebih daripada itu.
Mengkaji pemikiran pemimpin
Ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami apabila ahli politik berminat dengan ijazah kehormat. Dari kaca mata rakyat jelata, mereka yang berkecimpung dalam politik semuanya orang yang tamakkan kuasa, bergelut untuk menghambat kepentingan masing-masing. Maka, dengan gelaran ijazah kehormat, bunyinya lebih sedap - kedengaran lebih berpegetahuan dan tinggi reputasinya. Namun, ia sesuatu yang menjelikkan apabila universiti berebut-rebut untuk mengkalungkan anugerah ijazah kehormat yang "beraneka" untuk memikat hati politikus.
Selain penganugerahan ijazah kehormat dan penamaan bangunan dengan nama ahli politik, universiti juga memikat hati politikus dengan menubuhkan institusi untuk mengkaji ahli politik tertentu. Sesungguhnya, bukan sesuatu yang salah jikalau institusi tersebut digunakan untuk menyimpan persuratan, dokumen, maklumat bersejarah tentang ahli politik tersebut - untuk kajian akademik atau rekod sejarah, misalnya perpustakaan setiap presiden Amerika Syarikat. Tetapi terdapat universiti yang kononnya mahu mengkaji "pemikiran" pemimpin politik tertentu, seolah-olah pemimpin tersebut adalah "raja daripada ahli falsafah" sebagaimana yang dikatakan Plato. Saya dimaklumkan bahawa Univeristi Utara Malaysia telah menubuhkan Institut Pemikiran Mahathir. Cuma, apakah hasil kajiannya?
Di Libya...
Satu artikel dalam majalah YaZhouZhouKan mengisahkan bagaimana Wuhan University di China pernah menganjurkan satu seminar "pemikiran Muammar Gaddafi", untuk mengkaji pemikiran dan prestasi akademik Gaddafi - yang kini sedang bertempur dan membedil rakyatnya. Pada hakikatnya, Gaddafi amat berminat dalam bidang kajian pemikiran.
| Sumber: Reuters |
Gaddafi dan kerabatnya, terutama anaknya Saif al-Islam Muammar al-Gaddafi, mempunyai rancangan perhubungan awam yang sangat rapi, berjaya menampilkan Libya sebagai negara di mana masyarakat sivilnya sedang membangkit, dan negara ini diurus tadbir dengan baik dan demokrasi. Mereka mengajak ahli akademik yang terunggul dari negara Barat untuk bertemu dengan Gaddafi dan mengkaji pendemokrasian bersama Saif - melalui syarikat perhubungan awam di Amerika Syarikat dan "Tabung Gaddafi", NGO kononnya.
Sila merujuk senarai nama berikut:
David Held (Profesor di London School of Economics)
Benjamin Barber (Profesor di Rutgers University)
Joseph Nye (Profesor di Harvard Kennedy School)
Robert Putnam(Profesor di Havard University)
Anthony Giddens (Profesor di London School of Economics)
Francis Fukuyama (Profesor di Johns Hopkins University)
Benjamin Barber (Profesor di Rutgers University)
Joseph Nye (Profesor di Harvard Kennedy School)
Robert Putnam(Profesor di Havard University)
Anthony Giddens (Profesor di London School of Economics)
Francis Fukuyama (Profesor di Johns Hopkins University)
Nama-nama di atas adalah tokoh yang terkenal dalam bidang sosiologi. Nama-nama besar ini agak kekok selepas tercetusnya revolusi Libya, kerana mereka pernah terlibat dalam projek perhubungan awam kerajaan Libya, menerima layanan dan perkhidmatan yang baik daripada kerajaan Libya. Sesungguhnya, ianya bukanlah sesuatu yang tidak elok jika hanya pergi untuk memerhatikan sistem masyarakat di negara tersebut. Bukan semua ahli akademik terperangkap dengan pembohongan kerajaan Libya. Namun, terdapat juga ahli akademik yang berjaya dikaburi, misalnya Benjamin Barber, yang melihat sesetengah institusi rekaan kerajaan Libya sebagai percambahan demokrasi - lantas ia menjadi bahan sindiran apabila dilihat sekarang.
David Held adalah penyelia Saif (anak Gaddafi) dalam penulisan tesis untuk doktor falsafahnya. Held yakin bahawa Saif adalah reformis yang bakal menerajui Libya untuk menuju ke arah demokrasi dan kebebasan. Saif suka menggunakan teori dan konsep yang memikat hati Held, dan sangat disukai Held. Kini, tokoh yang menghasilkan teori demokrasi ini seolah-olah dipermainkan diktator yang junior ini.
Sahabat Held, iaitu John Keane yang juga merupakan pengkaji teori, telah menulis sepucuk surat terbuka kepada Held pada minggu lalu, berjudul Libya, Intellectuals and Democracy. Saya memetik salah satu perenggannya yang agak istimewa, berbunyi:
The fact is that scholars in our field were much sought after by its dictatorship; unusually, some of its officials seemed to like political thinkers, especially those with a long-standing interest in the subject of democracy. The point was confirmed by an important WikiLeak. It revealed how "leadership and management training" and mobilising intellectuals in other countries formed part of the regime’s velvet glove policy of clawing its way back from isolation – and doing so by nurturing what public relations industry people call reputation management.
Pengasas teori menjadi sebahagian daripada projek pengurusan reputasi regim diktator - sememangnya sesuatu yang cukup kreatif oleh Gaddafi, malah lebih celik daripada "satu" kerajaan yang suka menciplak slogan orang lain. Untuk cendekiawan, sesungguhnya ia merupakan sindiran yang amat sinis!
*Ngeow Chow Bing ialah pengkaji politik dan kolumnis di MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting daripada teks asal yang disiarkan pada pada 29 Mac 2011.

"Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan rakyat nampak tidak menerimanya.
Menurut Razaleigh biarpun pihak yang mendalangi video seks itu berjaya menjatuhkan Anwar dan mencapai kemenangan politik, ia tidak bermakna dalam konteks kemuliaan tamadun negara itu sendiri.
Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkkan seorang pemimpin kanan pembangkang yang mirip Anwar sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari.
"Saya tak tahu di mana kita belajar perkara ini. Di Amerika pun orang kata politiknya kotor. Saya rasa ia bergantung pada kita. Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik.
Dalam wawancaranya di TV Selangor, tokoh Umno itu yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, apa yang jelas adalah Sarawak tidak lagi boleh dianggap sebagai "simpanan tetap" BN bagi mengekalkan kuasanya di Putrajaya.
“Sekiranya keadaan kempen dan pergerakan dijalankan seperti biasa, kemungkinan BN akan mendapat majoriti mudah untuk terus berkuasa di Sarawak," kata bekas menteri kewangan dan bekas naib presiden Umno itu.
Katanya, BN juga dijangka membolot segala kemudahan pengangkutan yang ada di Sarawak untuk memberi tekanan kepada Pakatan Rakyat.
Razaleigh berkata jika Pakatan berjaya menafikan majoriti dua pertiga kepada BN, ia membawa implikasi tersendiri kepada kelangsungan gabungan itu sendiri di peringkat kerusi Parlimen.
Pakatan Rakyat memenangi tujuh kerusi pada pilihan raya negeri lalu dengan DAP merangkul enam kerusi dan PKR satu. 






Malah Ismail (kiri) membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat.
Selang sehari video itu didedahkan, pejabat Parti Keadilan Rakyat membongkar identiti pihak yang mendalangi rakaman itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazyl Eskay dan Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.
Selang seminggu kemudian, Ketua Polis Negara mengumumkan siasatan sudah hampir selesai untuk Peguam Negara mengambil tindakan susulan!
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar) berpendapat bahawa penerangan yang diterima oleh Adnan berhubung perkara itu merupakan taklimat yang tidak cukup menyeluruh kerana industri pemprosesan 'rare earth' merupakan industri yang melibatkan pelbagai bidang kepakaran dan juga melibatkan pembuatan dasar dari pelbagai kementerian.





