Saturday, February 12, 2011

Orang Asli get bridge, no thanks to BN

Ex-MB Nizar to open Democratic Bridge near Sungai Siput
SUNGAI  SIPUT:  The Orang Asli of Kampung Perje are celebrating the recent completion of a much needed bridge across Sungai Pelas here, but they are not thanking the government for it.
The narrow suspension bridge is the result of people power, goodwill and a lot of determination from the MP of Sungai Siput, Parti Socialis Malaysia’s (PSM) Dr D Jeyakumar.
It will be officially opened on Feb 20 by Perak Pakatan Rakyat chief, ousted menteri besar Mohammad Nizar Jamaluddin. But it is already the talk of this small town, and the locals have begun referring to it as the “Democratic Bridge”.
The other talk of the town is the true git of Jeyakumar, who, having tried and failed several times to get government funds to help his constituents, decided to fund the cost of materials through donations and persuaded the locals to provide the labour.
Jeyakumar won the Sungai Siput seat from MIC strongman S Samy Vellu in the 2008 general election. He has since been trying to claim from the government what he says is the statutory right of his constituents – the annual constituency grant of about RM1 million.
Last year, PSM Parti Socialis Malaysia filed a suit in the Kuala Lumpur High Court that asked, among other things, for a declaration that the special allocation for electoral constituencies must be given to all MPs regardless of political affiliation.
The court is expected to give its decision on Feb 25.
Kampung Perje has a population of about 400. It lies deep in a jungle that is part of the Lintang state electoral constituency, which is held by Barisan Nasional.
The residents are mostly cultivators of vegetables and bamboo, but some are employed in Risda oil palm plantations. Before the Democratic Bridge was completed, they could get across Sungai Pelas only through an old and rickety wooden suspension bridge that obviously needed new cables to strengthen it.
They approached the Lintang state assemblyman for help to resolve the problem, but he told them there was no money to repair the bridge. It was then that they decided to see Dr Jeyakumar.
Jeyakumar was carrying out his duties as MP by juggling with his limited financial resources, but he saw how urgent a safe bridge was to this marginalised group. Many of them needed to get across the river to earn their daily bread.
The good doctor got the help of retired army engineer Ahmad Mazlan Othman, who is a PAS leader, to examine the old bridge. At the end of his survey, Ahmad Mazlan concluded that it would be more economical to build a new bridge.
The cost of materials to build a suspension bridge measuring 42 metres long and about 1.3 metres wide was estimated  at  RM70,000. PAS  donated RM5,000, two Catholic groups gave RM10,000, friends chipped in RM20,000 and Jeyakumar gave RM35,000 from his parliamentary allowances.
The technical aspects of the construction was left to Ahmad Mazlan and the labour was provided by the Orang Asli community and members of PAS and PSM.
Work started in June 2009. It could not be completed sooner because most the volunteers had to continue working for a living and could carry out the construction work only on weekends and public holidays.

Di Mana Mubarak akan Menetap Setelah digulingkan?

Di Mana Mubarak akan Menetap Setelah Digulingkan?Hosni Mubarak dan keluarga REPUBLIKA.CO.ID, Kaherah - Seberapa lama Hosni Mubarak akan berdiam di Sharm el-Sheikh selepas terguling dari kerusi Presiden Mesir? Stephen Kinzer, wartawan pemenang koresponden terbaik dan penulis buku Kembalikan: Iran, Turkey and America's Future menduga, Mubarak akan hidup di pengasingan. Negara mana yang dipilih?

Mungkin antara Arab Saudi, Inggeris, atau bahkan Israel," katanya.

Saat rakyat Mesir di tahrir Square merayakan kemunduran dirinya, Mubarak sudah berada di resort peribadinya di tepi pantai Sharm el-Sheikh, di hujung selatan semenanjung Sinai. Ini adalah kota resor paling indah, menawarkan kasino megah dan disko, scuba diving, serta koktel lazat di Four Seasons dan Ritz-Carlton. Hard Rock Cafe juga tak pernah sepi pengunjung di sana.

Hidup selamanya di samping Laut Merah, tidak mungkin menjadi pilihan bagi Mubarak, kata Kinzer. Belum lagi bila angin politik berubah, dia boleh dikejar-kejar untuk alasan rasuah selama 30 tahun memerintah.

Mungkin pilihan lain akan lebih bijaksana. "Seperti Shah Iran yang digulingkan, yang setelah jatuh pada tahun 1979 menjadi miliarder mobile, mendarat pertama di Mesir, di mana Presiden Anwar Sadat hangat menyambutnya, maka Mubarak mungkin akan ke Maghribi, Mexico, Bahamas, dan Amerika Syarikat, sebelum kembali ke Mesir, di mana ia meninggal, "ujarnya.

Mubarak, katanya, perlu mencari tempat yang akan membolehkan dia untuk hidup dengan baik tanpa bimbang tentang kemungkinan gangguan seperti tuntutan undang-undang, tuntutan ekstradisi, serangan mafia, atau pembunuh.

Dalam waktu dekat, ia meramal, Mubarak bakal terbang ke Inggeris atau Arab Saudi. Keluarga al-Saud, penguasa Arab Saudi, mempunyai rekod yang menawarkan perlindungan bagi buronan dari berbagai negara. Diktator Uganda Idi Amin pindah ke sana selepas digulingkan pada tahun 1979 dan tinggal sampai kematiannya 24 tahun kemudian. Tamu yang lain termasuk  Perdana Menteri Pakistan yang korup Nawaz Sharif, dan perdana menteri pro-Nazi di Iraq, Rashid Aali Al-Jilani, yang melarikan diri ke Berlin selepas dipaksa turun dari kuasa pada tahun 1941.

Pilihan Saudi menawarkan beberapa keunggulan, kata Kinzer. Mubarak akan hidup di antara putera Saudi, dan selamat dari surat perintah penangkapan antarabangsa.

Inggeris, walaupun merupakan kampung halaman isterinya, dan dia memiliki istana di sana, mungkin tak bakal menjadi sarangnya. "Terlalu gampang ditebak kalau dia pindah ke sana," katanya.

Salah satu pilihan adalah Montenegro kecil, di mana Gamal Mubarak mempunyai kepentingan perniagaan, termasuk saham besar di telekomunikasi dan syarikat pelancongan. Salah satu syarikat sedang membina sebuah kompleks mewah di Semenanjung Lustica cantik, yang menonjol keluar ke laut Adriatik.
Red: Siwi Tri Puji B
Sumber: AP

Bukan Sumpah Tutankhamun, Bukan Salah Jebat Derhaka

Hafiz Zainuddin

 
Pagi masih awal.  Sekumpulan demonstran sedang membuat senaman ringan.  Ada yang masih lena tidur, dingin diselimuti hawa pagi.  Pihak tentera bertukar giliran mengawal keadaan.  Khemah-khemah besar kelihatan merata-rata.  Dataran Tahrir telah menjadi tempat tinggal bagi sebahagian besar warga.  Begitulah fenomena di Kaherah sekarang ini.  Rakyat Mesir sedang menunggu era kegemilangan mereka.
Sumber Gambar: Reuters
Sejak bermulanya revolusi lebih kurang tiga minggu lalu, ekonomi Mesir telah lumpuh.  Kedai-kedai, pejabat dan perusahaan telah ditutup.  Sebahagian besar pekerja sibuk membuat kerja baru mereka kepada negara; menurunkan pemimpin melalui jalan raya!  Kerajaan Mesir mahu "krisis ini dihentikan segera".  Rakyat sudah tidak peduli malah makin seronok berdemonstrasi.
Demonstrasi adalah pesta demokrasi.  Seorang teman saya melawak.  Beliau berkata bahawa demonstrasi di Mesir ini sudah menjadi sebuah budaya yang dilihat cool dan hip.  Walaupun protes ini telah mengorbankan sekitar 300 orang, rakyat Mesir sama sekali tidak gentar malah semakin berani dan bersemangat.  Perjuangan untuk membebaskan negara dari cengkaman kukubesi harus diteruskan!
Ruang untuk terus berkuasa semakin suntuk buat regim Hosni Mubarak.  Kerajaan Mesir melalui Timbalan Presidennya Omar Sulaiman cuba berkompromi dengan para demonstran tetapi menemui jalan buntu.  Malah, lebih ramai rakyat dan kesatuan-kesatuan pekerja turun ke jalan raya bersama yang lain.  Mereka terdiri dari pekerja-pekerja sektor elektrik, mekanikal, keretapi, pekerja bas, pekerja kilang tekstil, tidak terkecuali para doktor dan sebagainya.
Menurut agensi berita AP, kehadiran semakin ramai demonstator ke jalan raya adalah disebabkan mereka "termotivasi" dengan maklumat terkini yang menyatakan jumlah harta terkumpul keluarga Mubarak!  Mubarak dipercayai manusia paling kaya di dunia.  Menurut laporan The Guardian; harta keluarga diktator itu bernilai sekitar USD70 billion!  Sekiranya di Malaysia; orang Melayulah yang paling suka pemimpinnya kaya walaupun dia hidup melarat.  Katanya "...asal Melayu tak apa..."
Hosni cuba rasuah kakitangan awam 
Untuk meredakan kebangkitan rakyat, Hosni Mubarak (gambar bawah) dilihat cuba merasuah sebahagian kakitangan awam dan pesara tentera dengan menawarkan kenaikan bayaran dan gaji sebanyak 15% bermula April ini.  Malangnya, tawaran ini tidak mendapat tempat di hati.  Apalah sangat 15% dengan kesengsaraan yang dihadapi rakyat selama ini.  Rakyat Mesir telah sedar.  Pemerintahan kuku besi Mubarak selama 30 tahun bukanlah suatu jangka masa yang pendek.
Sumber Gambar: Reuters
Telah lama kebebasan bersuara disekat.  Ramai pejuang dan aktivis ditangkap dan dibunuh.  Ramai rakyat Mesir yang menderita akibat kemiskinan dan tekanan hidup.  Pengangguran mencatatkan kadar sehingga 30%.  Apakah semua ini adalah sebab rakyat malas bekerja?  Apakah ramai rakyat Mesir menderita kerana sumpah Tutankhamun ribuan tahun dahulu?  Tidak.  Ini semua berlaku akibat rasuah, salahguna kuasa dan "bad governance".
Rasuah bermaharajalela di Mesir.  Sama halnya yang berlaku di Tunisia, Yaman dan negara-negara Arab yang lain.  Duit negara dibazirkan dan diselewengkan sewenang-wenangnya.  Berbilion-bilion dolar telah masuk ke poket pemimpin tertentu.
Semakin hari semakin ramai rakyat mesir berhimpun di Dataran Tahrir.  Jalan-jalan di sekitar Kaherah-Iskandariah dipenuhi dengan lautan manusia yang terus bangkit mendesak regim Mubarak supaya berundur.  Penganut Islam dan Kristian bersatu bergandingan tangan.  Malah, sejak akhir-akhir ini, anggota tentera dan polis kelihatan sangat akrab dengan demonstrator.  Ini merupakan isyarat kepada regim Mubarak agar turun segera!
Demonstrasi solidariti di Malaysia
Sebagai sokongan kepada Revolusi Sungai Nill ini; Jumaat lalu, Kuala Lumpur disaksikan dengan perhimpunan solidariti yang berarak dari masjid As-Syakirin KLCC ke kedutaan AS.  Perhimpunan ini lebih disertai lebih kurang 7000 demonstrator yang terdiri dari rakyat Malaysia dan rakyat Mesir sendiri.
Walaupun ini merupakan sebuah demonstrasi aman, kerajaan Malaysia begitu serius menangani demonstrasi ini (malah demonstrasi-demonstrasi lain).  Aksi Polis memukul, sepak dan meludah demonstran tidak kurang sama dengan apa yang berlaku di Mesir bahkan Israel.  Sebagai negara dunia ketiga yang sedang membangun dengan pesat, kerajaan sepatutnya bertindak matang dalam menghadapi situasi sebegini.  Demonstrasi aman merupakan sebuah hak dalam sesebuah negara demokrasi.
Sumber gambar: Reuters
Apa yang berlaku di Mesir sepatutnya menjadi pengajaran kepada seluruh kerajaan yang ada di dunia.  Rakyat Mesir telah keluar dari ketakutan yang menghantui diri mereka selama ini.  Ugutan pihak kerajaan sama sekali tidak mematahkan semangat mereka untuk terus teguh mendesak regim Mubarak berundur.
Saya masih ingat ketika zaman reformasi 1998.  Masa itu saya baru berumur 17 tahun.  Pada waktu itu, kadar penggunaan internet agak terhad.  Kebanyakan maklumat yang sampai ke tangan adalah melalui fotostat, kaset-kaset dan VCD.  Dan sekarang, situasi telah jauh berbeza (sangat jauh); segalanya diketahui melalui internet dengan mudah dan pantas di manapun kita berada.  Rakyat Malaysia tahu apa yang sedang berlaku.
Kerajaan Malaysia perlu sedar bahawa saat ini adalah saat kritikal bagi rakyat dalam menghadapi masalah ketidaktentuan ekonomi.  Rakyat sedaya upaya berjuang untuk kehidupan mereka yang lebih baik.  Apakah ertinya jika saat kritikal ini tidak dikongsi?
Kerajaan perlu tahu bahawa bukan semua rakyat bekerja sebagai kakitangan awam yang boleh dikatakan berada pada skala kehidupan yang berbeza.  Malah ramai rakan-rakan saya yang menjawat jawatan sebagai pekerja kontrak dan sambilan di sektor kerajaan telah tidak disambung kontrak mereka.  Apakah makna semua ini?  Ya.  Kerajaan bertindak begini mungkin sebagai langkah berjimat cermat (kononnya).
Dalam situasi ekonomi dunia yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, saya hairan mengapa kerajaan boleh menamatkan kontrak sebahagian penjawat awam dan berbelanja jutaan ringgit untuk perkara yang membazir?  Saya merujuk kepada pendedahan pemimpin pembangkang bahawa pembelian enam kapal tentera laut oleh Kementerian Pertahanan di mana pihak kementerian bersedia membayar RM6 bilion untuk kapal-kapal tersebut.  Pada masa yang sama; rakyat mempersoalkan mengapakah pembelian itu 870% lebih mahal dari bayaran negara lain untuk kapal yang sama?  Apa yang telah berlaku sebenarnya?  Duit rakyat keluar begitu sahaja dengan mudah.
Takkan kita sudah lupa, kerajaan Malaysia dilihat sangat membazir dengan melantik APCO sebagai syarikat perundingan antarabangsa dengan membayar lebih RM76 juta setahun.  Isu ini telahpun mendapat liputan meluas.  Tak perlulah saya menjelaskan lagi.  Ini tidak lagi mengambil kira projek-projek kerajaan yang lain.
Bagaimana pula dengan pendedahan oleh Anwar Ibrahim mengenai "skandal" yang melibatkan RM888 billion yang lesap dalam tempoh sembilan tahun?  Selain itu,  rakyat juga persoalkan di mana datangnya peruntukan untuk FLOM dan mengapa peruntukan untuk ubahsuai Seri Perdana sehingga RM65 juta?
Duit negara dilihat keluar dengan mudah.  Kerajaan mungkin akan berkata bahawa ia adalah satu "pelaburan" untuk masa akan datang.  Saya yakin rakyat tahu.  Semuanya terang lagi bersuluh.  Kita tidak mahu segala penyelewengan ini mengundang kemusnahan untuk Malaysia.  Malah kita sebagai rakyatlah yang menanggung beban perbelanjaan oleh kerajaan.
Harga petrol naik beberapa kali dalam satu jangka masa yang dekat.  Kenaikan ini disertai dengan kenaikan harga makanan dan barang keperluan yang lain.  Kasihan melihat rakyat terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah menanggung kesan kenaikan ini.  Apabila kadar jenayah semakin berleluasa, apabila tekanan hidup semakin dirasai, apabila rasuah dianggap perkara biasa, apabila pemimpin korup dianggap bersih.  Apakah semua ini merupakan petanda kejatuhan sesebuah negara?
Bukan salah kalau Jebat derhaka lagi.  Kita berdoa agar Malaysia akan terus aman dan makmur.  Kita mahu kekayaan negara dapat dirasai oleh seluruh rakyat.  Kita  tidak mahu ekonomi Malaysia lumpuh seperti apa yang berlaku di Mesir.
*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

Kebangkitan di Mesir akan menular seluruh dunia


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 12 Feb: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) berpendirian kemenangan rakyat Mesir menumbangkan Presiden Hosni Mubarak bukan bermakna kebangkitan rakyat sudah tamat.
“Gamis yakin roh kebangkitan itu akan menular ke seluruh dunia,” ujar Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari kepada Harakahdaily.
Katanya, kejayaan itu bukan dicapai dengan mudah kerana mereka berjuang dengan nyawa dan darah.
Tambahnya, ribuan rakyat negara Afrika Utara itu mengalami pelbagai penderitaan dan penyiksaan, ada dipenjarakan serta ditahan tanpa bicara.
“Tidak kurang juga yang syahid sama ada di hujung senjata atau di tali gantung.
“Kebangkitan kuasa rakyat ini memberi isyarat cukup jelas kepada semua diktaktor yang masih berkuasa di serata dunia,” ujarnya.
Menurutnya, bukan mustahil walaupun dalam serba kekurangan, kuasa pemimpin yang zalim, menindas, rasuah, skandal, terlibat dengan pelbagai penipuan dan penyelewengan dapat ditumbangkan.
“Saya mengucapkan penghargaan tahniah setinggi-tingginya buat seluruh rakyat Mesir yang tidak berganjak selama 18 hari,” ujarnya lagi.
Mereka, katanya bangun bersama semangat ratusan syuhada yang gugur terkorban bagi membebaskan Mesir yang penuh kebobrokan yang membuktikan komitmen dan istiqomah mereka berdepan ujian perit menumbangkan pemimpin yang zalim.
Hosni Mubarak yang memerintah selama lebih 30 tahun dalam usianya mencecah 82 tahun akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naibnya, Omar Suleiman.
Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.
Perletakan jawatan Hosni Mubarak disambut bagaikan pesta penuh kesyukuran oleh jutaan rakyat Mesir

Bingkisan Buat Pejuang Ummat Manusia!

SunnatulLah  tidak pernah berbohong. Manusialah yang membohongi sejarah dan sunahNya. Sifat dan kejadian asli manusia adalah bebas dan merdeka, walaupun badannya dipenjara dan diugut!
Apa yang berlaku di Mesir sejak 18 hari yang lalu telah terbukti bahawa manusia sejak dari asal kejadian mahukan kebebasan. Ini revolusi baru abad ke 21. Ia bukan soal bangsa, ugama, etnik/ kaum, sempadan geografi. Ia berhubung soal maruah “manusia”. Ia tidak suka ditekan dan ditindas. Tidak juga terpaksa atau dipaksakan. Manusia diberi pilihan yang bebas dan seluas-luasnya.
Inilah “ugama Allah” sejak dari Nabi Adam A.S. Nabi dan Rasul diberi tugas menyampaikan apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang. Tapi keputusan masih di tangan manusia sendiri samaada mahu menerima atau menolak saranan yang disampaikan oleh para Nabi da RasulNya.
Keyakinan manusia terhadap sesuatu dengan hati yang tulus tanpa dipaksa itulah yang boleh meninggikan derjatnya bahkan boleh menggoncang dunia.
Islam, itulah ugama Allah yang mengajarkan kita ummatnya melalui junjungan Nabi Muhammad SAW, yang bermula di Kota Mekah dengan hanya beberapa orang yang “merdeka” jiwaraga. Miskin hidupnya, rendah tarafnya…itulah penganut awal Islam. Dengan tuntunan Allah melalui Al Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, mereka ini mempunyai jiwa besar bahkan akhirnya dapat mengalahkan empayar besar seperti Rom dan Farsi. Walaupun kekurangan dari sebab musabab material tetapi mempunyai jiwa yang kuat dan utuh penuh rasa kepercayaan dan berserah diri hanya kepada Allah. Susuk manusia bernama Muhammad SAW menjadi panduan, idola buat ummatnya.
Apakah Allah SWT memaksakan seluruh manusia menganut ugamaNya? Sekali-kali TIDAK! Sebagai Yang Maha Pencipta Ia berhak berbuat apa saja, apalagi untuk mengIslamkan seluruh ummat manusia!!!! Allah Maha Besar…Dialah Yang Maha Mengetahui…..
Sebab itu Nabi hanya ditugaskan untuk menyampaikan pesanan dari Allah, manusia diberikan pilihan menggunakan akalnya yang waras (sebab itu manusia yang belum baligh dan hilang akal tidak dihisab). Dengan hidayah Allah SWT kita akan mendapat kebaikan.
Jika Allah SWT sendiri tidak memaksakan sesuatu ke atas hambaNya, apalagi kita yang bernama manusia hendak memaksakan sesuatu ideologi ke atas manusia lainnya? Berapa ramai ummat manusia dibunuh, terpenjara kerana hanya untuk memaksakan suatu pegangan atau pendapat supaya mengikut sebagaimana pegangan mereka. Percayalah mereka tidak akan berjaya, kecuali melalui tuntunan Allah SWT dan para Nabi-nabiNya.
Justeru, apa yang berlaku di Mesir, Tunisia dan lainnya adalah akibat dari kekangan dan hilangnya kebebasan “jiwa manusia” untuk memilih pemimpin atau sebagainya mengikut isi hati mereka sendiri tanpa dipengaruhi oleh unsur paksa dan ugutan. Jika berlaku unsur demikian lambat laun terjadilah apa yang akan terjadi di Tunisia dan Mesir!!
Hanya Allah Jua Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu.(ASMY).

Gambar: Organisasi Baru Dalam UMNO? Hahahaha......


Aku akan turut berkempen bersama UMNO..

UMNO sudah menjadi kegilaan belia dan juga seperti dalam gmabar ini. Lembu tersebut menyokong penuh UMNO/BN dalam Pilihan Raya Kecil N.27 Merlimau dan bukan itu sahaja, siap dengan posing yang paling menarik. Adakah lembu ini akan digunakan sebagai pengundi hantu di DUN Merlimau dan adakah calon dari kalangan mereka-mereka ini.(rakyatmarhaen)

PILIHAN JALAN RAYA BUKAN PILIHANRAYA...

BANGUNAN NATIONAL DEMOKRATIK PARTI DI BAKAR

nota:
ini lah kebencian
ini lah kemarahan
ini lah jawapan kerana
menipu dalam pilihanraya!!!






PILIHAN JALAN RAYA BUKAN PILIHAN RAYA

Rakyat Mesir dan rakyat Arab yang bangun pada pagi ini melihat dunia telah berubah. Dunia baru ini bukan dunia yang ditempah dan di canai di Rumah Puteh atau Tel Aviv.

Dunia baru kali ini adalah dunia buatan mereka sendiri. Dunia ini ditempah di jalan raya.

Selama 30 tahun rakyat Mesir digula-gula dengan pilihanraya. Kali akhir tahun2005 di mana Mubarak dan National Demokratik Parti telah menipu dalam pilihanraya itu.

Husni Mubarak telah menggunakan Suruhanjaya Pilihanraya, Polis, Mukhabarat/SB, Soldadu untuk menipu, mengancam dan menekan pengundi agar memilih NDP dalam pilihanraya ini.

Husni Mubarak juga telah menolak:
- penggunaan dakwat
- menggunakan undi pos
- hanya NDP boleh ada laporan media
- hanya NDP boleh membuat iklan di media
Malah ada tempat tempat langsung tidak ada proses pengundian berjalan. Calon NDP terus menang.

Akhirnya warga Mesir telah memilih jalan raya. Hanya jalan raya dan bukan pilihanraya yang difajhami oleh trejim rejim zalim dan menipu.

Apabila Husni Mubarak telah diundurkan maka barulah boleh satu pilihanraya yang jujur, adil dan diyakini dapat dijalankan.

Sejarah telah menunjukkan yang zalim ganas hanya boleh dilawan dengan jalan raya bukan pilihanraya:

Ahmad Reza Pahlevi Raja Segala Raja Iran jatuh kerana jalan raya.

Marcos jatuh kerana jalan raya.

Suharto jatuh kerana jalan raya.

Park Chung Hee jatuh kerana jalan raya.

Emperor Bokassa jatuh kerana jalan raya.

Dan terakhir ini Hosni Mubarak jatuh kerana jalan raya.

Salut kepada mereka yang memilih jalan raya.


SEJARAH MANUSIA SESUDAH FIRAUN


Perhimpunan 18 hari di Dataran Tahrir adalah perhimpunan yang terbesar dalam sejarah dunia.

Belum pernah satu revolusi menjatuhkan seorang ditaktor diasak oleh sebagini ramai rakyat.

Belum pernah rakyat bangun dengan marah dan mendobrak rejim yang zalim.


AWAS DAN WASPADA

Bersedia untuk melihat revolusi ini dibajak.
Bersedia untuk melihat revolusi ini diselewengkan.
Seketul daging bernama Mubarak telah pergi.
Sistem yang menindas masih wujud.
Yang dilawan bukan daging tetapi sistem.
Ini hanya permulaan tetapi kamum pemodal dan kapitalis
antarbangsa sedang melihat dan merancang untuk memastikan Mesir
tidak kembali ke zaman Naseer – yang nasionalis dan sosialis.

Awas ! Tel Aviv sedang merancang.
Persoalan? Apakah pejanjian damai Mesir/Israel akan dilupuskan.
Perjanjian inilah yang menjadi kunci yang telah memandulkan Mesir
dari menjalan dirinya sebagai pemimpioan negara Arab.

KUASA AKHIRNYA DI TANGAN RAKYAT












oleh: TT

Lagi Tanah Pribumi Nak Kena Rembat............

Tanah adat: Penduduk cabar keluarga Taib

Penduduk desa dari enam kampung di daerah Lundu, Sarawak hari ini, keluar beramai-ramai mengemukakan tuntutan balas dan hujah mereka ke atas sebuah syarikat yang didakwa menceroboh tanah adat istiadat (NCR) mereka.

Mahmud Abu Bekir Taib, taib mahmud's son and titanium shareholderTanah berkenaan dilaporkan diberikan kepada Polar Horizon Sdn Bhd, anak syarikat Titanium Management Sdn Bhd, yang majoriti sahamnya dimiliki oleh anak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, - Abu Bekir melalui sewa pajakan sementara (PL).

Ia merangkumi tiga bidang tanah yang dikenali sebagai Lot 176 dan Lot 177 di blok 5 dan Lot 478 di blok 6 di daerah Sampadi dan sewa pajakan sementara dikeluarkan oleh Penguasa, Tanah dan Bancian, daerah Kuching.

Syarikat berkenaan mendapat tiga bidang tanah meliputi 1,500 hektar itu pada 3 Februai tahun lalu.

azlanBerbekalkan PL itu, Polar Horizon kemudian mengeluarkan notis kepada penduduk kampung Kampung Kangka, Kampung Sampadi, Kampung Sungai Kampung Cina, Kampung Stoh, Kampung Ulu Riam/Setia Jaya dan Kampung Sungai Belian untuk mengosongkan tanah mereka dalam masa 30 hari.

Apabila arahan itu tidak dihiraukan, syarikat berkenaan mengajukan tindakan mahkamah terhadap pemilik tanah NCR tersebut.

Polar Horizon juga menamakan Rona Hijau Sdn Bhd, sebuah syarikat perladangan, usahasama penduduk kampung berkenaan dengan sekumpulan ahli perniagaan di Sibu, dalam saman mereka.

NONEPenghulu Kipli Lihi, Ambi Uri, Layang Engot, Sintu Layang, Je'ae Kamuri, Jamain Mahmud, Borhan Saidi, Kapli Liman dan Bohari Awang Awang Ali, mewakili diri mereka sendiri dan 481 penduduk di daerah itu memfailkan hujah dan tuntutan balas mereka di Mahkamah Tinggi Kuching hari ini.

Dalam kenyataan pertanan mereka berkata pengeluaran PL tidak mengikut undang-undang, haram dan terbatal kerana PL itu mencerobohi tanah adat mereka.

ncr sarawak land dispute blockade in simunjan 020708 01Menurut penduduk, kampung mereka itu asalnya, adalah perkampungan pribumi dengan penempatan asal di Kampung Sampadi ditubuhkan pada tahun 1902 oleh sekumpulan penduduk keturunan Kedayan Melayu. Sementara kampung-kampung lain ditubuhkan antara 1920 dan 1940 dengan persetujuan daripada kerajaan Rajah Brooke.

Kata mereka, pada setiap masa mereka menuntut kawasan berkenaan telah mereka miliki dan mendakwa ia sebagai tanah istiadat di kawasan itu dan di sekitar enam kampung yang lain.(MKini)

Mahasiswa Malaysia Dilarang Bercakap...Supaya Otak Jadi Kenit!!

UM cuba ganggu sidang media mahasiswa
 
Abdul Rahim Sabri
Satu sidang media anjuran kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya hari ini terganggu apabila ia cuba disuraikan oleh pihak berkuasa universiti berkenaan.

NONEInsiden yang berlangsung selama kira-kira 15 minit itu bermula apabila seorang pegawai keselamatan mula menghampiri kumpulan mahasiswa berkenaan yang berkumpul di Gazebo, Kompleks Perdanasiswa.

Dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, pegawai berkenaan seterusnya meminta kumpulan mahasiswa seramai kira-kira 20 orang itu supaya beredar.

"Saya minta kepada semua bersurai. Kalau tidak bersurai, saya akan hantar nama kamu ke HEP (Hal Ehwal Pelajar). Tolong fikir masa depan (kamu) dan emak ayah kamu di rumah," kata pegawai berkenaan.

NONESelain itu, seramai sepuluh orang pegawai keselamatan yang lain turut berada di situ bagi mengawal keadaan.

Lima orang pegawai berkenaan kemudiannya mula mengambil butiran peribadi mahasiswa yang enggan berganjak daripada lokasi berkenaan.
Pelajar berkenaan memberikan kerjasama yang baik dan menunjukkan kad pelajar masing-masing.

Bagaimanapun, kumpulan pelajar berkenaan berkeras untuk meneruskan sidang media walaupun dilarang daripada berbuat demikian.

Menurut seorang aktivis pro-M Sabri Jamaluddin mendakwa, seorang pegawai keselamatan mengambil tindakan yang tidak patut terhadapnya dengan menekap mulutnya ketika mahu memberikan ucapan.

NONEEkoran itu berlangsung 'pujuk-memujuk' antara beberapa aktivis pro-M dengan pasukan keselamatan bagi meneruskan sidang media berkenaan.
Kumpulan pelajar berkenaan memberi alasan, sidang media perlu diteruskan memandangkan para wartawan telah hadir untuk membuat liputan.
Di saat itu juga, jumlah pelajar yang menyertai kumpulan itu bertambah kepada 40 orang.
'Semua naik ke atas!'

Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila pihak keselamatan enggan bertolak ansur dan membunyikan siren kereta perondanya yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut.

NONEKumpulan pelajar berkenaan bagaimanapun cuba meneruskan sidang media dalam keadaan bising.

Salah seorang pelajar yang mengetuai kumpulan itu, Mohd Izzuddin Hilmi kemudiannya mengarahkan pelajar berkenaan supaya berpindah ke bahagian atas kawasan aktiviti pelajar itu.
Semua naik ke atas (Gazebo)," kata Mohd Izzuddin dengan muka merah padam.
Akur dengan arahan itu, kumpulan berkenaan mula menaiki tangga Gazebo berkenaan sambil melaungkan "Student Power" dan "Bangkit Mahasiswa" beberapa kali.

NONEBeberapa minit kemudian, barulah bunyi siren daripada kereta peronda keselamatan itu dihentikan dan pelajar berkenaan berjaya meneruskan sidang media berkenaan.
Dalam sidang media itu, Presiden Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Ahmad Syazwan Muhammad Hasan mengkritik insiden itu sebagai "kematian demokrasi di kampus".

"Ia sebagai usaha untuk menutup kebebasan bersuara. Nak buat sidang media, disekat, malah nombor kad matrik diambil," katanya.
Pelajar berkenaan berjaya mengadakan sidang media selama 10 minit sebelum disuraikan oleh dua anggota keselamatan kampus.

Rakyat Algeria Bangkit!

ALGERIA PREPARES FOR A DAY OF PROTEST – guardian london

Algeria, the oil-rich, military-dominated north African state, is braced for a day of pro-democracy protests, despite a ban on demonstrations in the capital, Algiers, and a large security presence intent on containing any uprising inspired by Egypt or Tunisia.

A key energy exporter and the biggest country in the Maghreb, Algeria last month used its powerful armed forces to contain several days of rioting, triggered by price rises for sugar and cooking oil. At least five people died and around 800 were injured in demonstrations against youth unemployment, poor housing and corruption, including several people who set themselves alight.

Now a hastily formed umbrella group of civil associations, independent trade unionists and small political parties has called for a national day of protest on Saturday , under the slogan "Changing the system". It is calling for an end to 12 years of authoritarian rule by Abdelaziz Bouteflika and his generals.

In an effort to stop mass protests, Bouteflika said he would use the country's vast oil and gas wealth to lower the prices of key foods. He also promised to allow more democratic freedoms, create jobs and lift a 19-year-old state of emergency that still hangs over the country.

Despite weeks of strikes, including by academics and paramedics, Algeria has not seen the spontaneous, mass uprisings of Tunisia or Egypt. Analysts say people want change but are wary of chaos in a country still traumatised by its violent recent past. More than a million were killed in the fight for independence from France in 1962, while up to 200,000 died during the civil war of the 1990s after elections were scrapped in 1992.

Switzerland beku aset Mubarak

Switzerland sudah membekukan aset yang menjadi milik Hosni Mubarak yang semalam meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir selepas 30 tahun memerintah Mesir, kata Kementerian Luar Switzerland, hari ini.

"Saya boleh mengesahkan bahawa Switzerland sudah membekukan harta yang menjadi milik bekas presiden itu berkuatkuasa serta-merta," kata jurucakap kementerian itu, Lars Knuchel sebaik Mubarak mengumumkan pengundurannya bagi mengakhiri tunjuk perasaan besar-besaran rakyat selama 18 hari.

"Berikutan tindakan ini, setiap aset akan dibekukan selama tiga tahun," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah wang yang terbabit atau di mana ia disimpan.

Aset yang dimiliki pemimpin yang menyokong Mubarak juga dibekukan iaitu dilarang daripada dijual atau dilupuskan sebarang hartanah atau aset kekal lain.

- Reuters

Rakyat Mesir Menang Akhirnya Diktator Mubarak Jatuh!!!

Mubarak undur, tentera ambil alih Mesir


Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman.

Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

NONEBerita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.

Presiden dan keluarnya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.

Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

Mubarak, 82, meletakkan jawatan hari ini selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.

Mubarak terhindar daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu.

NONEEnam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya. Perang sampai ke pintu rumah.

Jiran mengebom negaranya. Kerajaan pimpinannya hampir muflis. Aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya. Tetapi Mubarak selama itu terus juga berkuasa.

Kebanyakan rakyat Mesir masih belum dilahirkan apabila pendahulunyanya Anwar Sadat dibunuh pada 1981.

Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan.

Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981.

--dpa

Friday, February 11, 2011

Operasi Lalang : Mahathir Bohong kata Mat Sabu



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berbohong apabila beliau menuding jari kepada polis sebagai pihak bertanggungjawab dalam Operasi Lalang 1987.

Demikian kata Ahli Jawatankuas PAS Pusat, Mohamad Sabu, mengulas kenyataan Mahathir di dalam buku tulisan Tom Plate, ‘Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad’.

Dalam buku tersebut, Mahathir mendakwa beliau pada asalnya bercadang menangani Operasi Lalang dengan cara berbeza.

Malangnya, kata Mahathir, polis bertegas meneruskan penangkapan sedangkan beliau sendiri sebelumnya menemui pemimpin pembangkang memberi jaminan mereka tidak akan ditangkap.


Mengulas lebih lanjut, Mohamad Sabu, yang turut ditahan dalam operasi tersebut, mempersoalkan jika benar penangkapan tersebut dilakukan menurut kehendak polis, mengapakah beberapa ahli politik daripada Barisan Nasional terkecuali daripada ditahan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda Umno pada masa itu bertempat di Stadium TPCA, Kampung Baru menyeru orang Melayu supaya membasahkan keris dengan darah orang Cina.

“Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim pula berpesan kepada orang Melayu agar ke Kuala Lumpur dengan membawa senjata sekurang-kurangnya mancis api.

“Lee Kim Sai pula pada masa tersebut menuntut supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada orang Cina.

“Kesemua mereka tidak pula ditahan semasa Operasi Lalang,” kata Mohamad Sabu.

Tambahnya lagi, penahanan yang dibuat sewaktu Operasi Lalang tersebut sebenarnya berdasarkan satu senarai yang disediakan oleh orang politik.

“Sebelum operasi tersebut dijalankan, Mahathir mengarahkan Najib ke Jakarta, Lee Kim Sai ke Australia sementara Shahidan tidak pula ditahan,” kata Mohamad Sabu.

Dalam perkembangan yang sama, Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang menafikan Mahathir menemui mana-mana pemimpin pembangkang sebelum operasi tersebut dijalankan.

Sedangkan katanya, lebih setahun selepas ditahan, Mahathir sendiri pernah berkata bahawa penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah wajar.

“Saya tak pernah bertemu Mahathir dan dia sendiri tak pernah memberi jaminan saya tidak akan ditahan sebelum Operasi Lalang 1987.

“Saya minta dia namakan pemimpin pembangkang yang dia kata dia jumpa!” kata Kit Siang.

Operasi Lalang dilaksanakan pada 27 Oktober 1987 oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Polis Di Raja Malaysia.

Ia menyaksikan 106 orang ditangkap dan ditahan di bawah ISA terutamanya ahli politik parti pembangkang.

Peristiwa tersebut juga menyaksikan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Thursday, February 10, 2011

Parlimen MESIR dikepung



Gelagat beberapa penunjuk perasaan antikerajaan yang menanjat pokok sambil mengibarkan bendera Mesir di sebelah poster Presiden Hosni Mubarak di Dataran Tahrir, Kaherah, kelmarin. - REUTERS


KAHERAH 9 Feb. - Beratus-ratus penunjuk perasaan bertindak mengepung bangunan Parlimen Mesir di sini hari ini sebagai sebahagian daripada kempen mereka untuk menggulingkan Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah selama 30 tahun.
Tiada sebarang keganasan berlaku kerana penunjuk perasaan hanya melancarkan 'mogok duduk' bagi mengepung Dewan Rendah di bangunan itu, seperti yang dilakukan oleh penunjuk perasaan lain di Dataran Tahrir, walaupun bangunan itu dikawal pasukan tentera dengan dibantu kenderaan perisai.
Penunjuk perasaan terus memperhebatkan kempen mereka hari ini yang masuk hari ke-16, setelah ia reda seketika pada minggu lalu.
Parlimen Mesir kini dikuasai parti pemerintah, Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) yang dipimpin Mubarak dan membuat peraturan menentukan siapa yang boleh bertanding dalam pilihan raya. Amalan itu ditentang oleh penunjuk perasaan yang mereka sifatkan sebagai sikap autokratik rejim itu.
"Kami datang untuk menghalang anggota NDP memasuki bangunan Parlimen. Kami akan kekal di sini sehingga tuntutan kami dilayan atau kami akan mati di sini," kata seorang penunjuk perasaan, Mohammed Abdullah, 25, semasa kumpulan itu melaungkan slogan anti-Mubarak dan mengibarkan bendera Mesir.
Sementara itu, Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman menyifatkan desakan penunjuk perasaan supaya Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai perbuatan biadab yang bercanggah dengan budaya masyarakat negara ini.
Namun, penunjuk perasaan hari ini terus bertahan di Dataran Tahrir yang menjadi pusat demonstrasi antikerajaan sejak lebih dua minggu lalu.
"Perkataan 'berambus' yang dilaung-laungkan oleh sesetengah penunjuk perasaan adalah bertentangan dengan etika masyarakat Mesir kerana orang Mesir menghormati orang tua dan Presiden mereka," kata Suleiman kepada sekumpulan pengarang akhbar, semalam.
Beliau juga menganggap perkataan itu sebagai satu penghinaan bukan sahaja kepada Presiden tetapi kepada seluruh rakyat Mesir. - Agensi

Politik separuh masak


Selepas Ezam Gagal, Umi Hafilda Jadi Senjata Umno

KUALA LUMPUR 10 FEB: Setelah Senator Ezam Mohd Noor gagal untuk menarik sokongan pengundi Melayu di Selangor, Umno negeri  itu terpaksa meletak harapan kepada  muka lama Umi Hafilda  untuk cuba menghakis pengaruh  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hanya kira-kira 100 orang hadir pada ceramah sulung Umi Hafilda di Jalan Kebun, Kelang malam tadi.

Segala tohmahan dan dakwaan yang dibuat oleh Umi Hafilda terhadap Anwar pada ceramah itu hanya berupa modal lama yang dikitar semula sejak 1998.

Tetapi  dalam keghairahan  beliau membidas Anwar, Umi Hafilda membongkarkan peri laku Jemaah menteri  termasuk Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak dan barisan menteri besar sendiri yang ketika itu bernaung di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Habis Barang Ahmad Nisfu Kena Jual!!

Ketuanan Rembat : Peralatan balai raya hilang, exco S'gor salahkan BN

Anggota exco Selangor Dr Xavier Jayakumar hari ini menyalahkan pentadbiran BN terdahulu atas kehilangan peralatan dari pusat kegiatan orang ramai di seluruh negeri itu.

xavier jayakumar pc 190110 01Xavier (kiri) juga mendakwa, peralatan bernilai RM385,000 itu telah dilarikan oleh individu yang dikaitkan dengan Umno dan BN selepas pilihan raya umum 2008.

Katanya, kehilangan itu dikesan melalui maklumat dari pejabat daerah dan tanah seluruh negeri itu, tidak termasuk Petaling, Sepang dan Sabak Bernam.

"Beberapa orang individu (atau) ahli UMNO (atau) BN setempat yang tidak bertanggungjawab di kampung-kampung berkenaan telah melarikan beberapa peralatan dewan dengan pengetahuan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) ketika itu.

"Tapi malangnya mereka mengambil sikap tidak peduli ekoran pertukaran pentadbiran kerajaan negeri," kata pengerusi jawatankuasa tetap kerajaan prihatin negeri Selangor itu dalam satu kenyataan hari ini.

Antara peralatan yang dilaporkan hilang itu termasuk komputer, meja mesyuarat, sistem pembesar suara dan penghawa dingin, kata Xavier lagi.

"Kehilangan ini merupakan tindakan jenayah terhadap harta awam dan kerajaan negeri bercadang untuk membuat laporan polis di setiap daerah yang terlibat," katanya lagi.

Dari Atas Sampai Bawah Songlap!!!

Bisnes Baru : 700 Ribu Kondom Jepun Hilang di Malaysia..!!!

Oleh Ustaz Saiful Bahri
Kondom pun ko kebas??? Ish3X..teruk pada penyamun tarbus ni??? Manalah pelabur tak nak lari... Hilang ke mana? Takkan nak guna sendiri? Boleh bahagi sebagai souvenir untuk pilihanraya tak? Pilihanraya dah dekat ni? Takkan nak cap dacing pulak kat kondom tu? Itu dah jadi projek kementerian Kesihatan. Bahagi kondom kepada pengidap aids dan penagih dadah agar tak merebak penyakit kepada orang lain.


Harga getah mahal sekarang. Kalau curi nak jual kat mana? Orang Malaysia tak pakai mana. Ke sekarang ni permintaan tinggi? Atau di Perak orang banyak guna? Ye lahh!!! Sekarang ni anak luar nikah merata-rata. Nak curi untuk eksport ke Negara lain tak munasabah. Takkan nak eksport ke Amerika atau Afrika. Tak padan saiz tu… Ke nak proses balik jadi getah sekerap untuk dijual? MB Perak patut cakna ni! Nanti lari pelabur kang. Rupanya Malaysia ni banyak kilang-kilang topi keledar ni yek... sebab tu harga getah naik harga???

Kepada yang menemui kondom-kondom ini harap lapurkan kepada Datuk Zambry. Takkan nak bagitau ke Tan Sri Harrusani pulak. Ni bukan kerja dia. Polis sekarang sibuk nak ke Merlimau dan Demo Mubarak kat Kuala Lumpur.

Maaf berita ini tak disiar di akhbar Malaysia. Malu beb. Berita ini dipetik dari harian Kompas. Macam-macam adaaa...

KUALA LUMPUR. 9 Feb 2011. Pihak Polis Malaysia sedang menyiasat hilangnya lebih dari 700.000 kondom ultra-tipis yang dihantar dari negara ini ke Jepun. Sagami Rubber Industries, pembuat kondom pertama Jepun, minggu lalu, mengatakan, kondom-kondom itu dimuat dalam satu peti dari sebuah kilang di Malaysia utara. Namun ketika peti itu dibuka di Tokyo, di dalamnya kosong dimana ratusan ribu kondom itu telah hilang. "Kami menangani hilangnya kondom itu dengan serius. Kami sedang menyelidiki kes tersebut," kata seorang jurucakap polis kepada AFP.

Sato Koji, manager kilang getah Sagami di bertempat di Perak, Malaysia, mengatakan, mereka telah melaporkan kes hilangnya kondom-kondom itu ke pihak polis. "Kami sedih dengan insiden tersebut. Ini kes pertama sejak kami memulakan produk di Malaysia sejak tahun 1997," katanya kepada AFP. Para pegawai di pejabat Sagami menyatakan kondom-kondom tersebut yang 14 peratus lebih tipis dari kondom-kondom yang beredar di pasaran dan bernilai US1.5 juta dollar untuk jualan pasaran Jepun.

Syarikat Forwading Agent yang mengurus penghantaran barangan mengatakan, barang kiriman dari Malaysia sering hilang dan banyak kes kekadang dilakukan oleh orang dalam. Menurut kata Ketua Pengiriman Barang melalui Udara Malaysia Walter Cullas.(rakyat marhaen)

Ummi Hafilda, Rahimi isytihar ‘perang’ terhadap Anwar, Azmin

Anwar didakwa memiliki sebuah syarikat perundingan di Washington manakala Ummi Hafilda akan dedahkan konspirasi Anwar-Azmin dalam sebuah buku.
KLANG: Disebalik kelantangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membongkar firma APCO Worldwide yang dilantik kerajaan untuk kempen gagasan 1Malaysia yang turut dikaitkan dengan One Israel, Anwar juga didakwa memiliki sebuah syarikat perundingan yang berpusat di Washington DC, Amerika Syarikat.
Bekas pegawai khas Anwar, Muhamad Rahimi Osman mendakwa bekas majikannya itu memiliki syarikat sendiri iaitu Anwar Ibrahim Consulting Associate dan mempunyai lima pekerja daripada warga Pakistan dan Turki yang menetap di sana.
“Setiap pekerja di situ menerima gaji lima angka USD setiap bulan. Saya lihat perbelanjaan pejabat itu sepanjang tahun 2006 sehingga 2007 hampir US$2 juta. Mana Anwar Ibrahim dapat duit sebanyak ini?
“Bagaimana Anwar boleh kutip duit dalam ceramah dan mengatakan parti tiada wang sedangkan beliau boleh biaya pejabat itu sehingga berjuta-juta dolar,” soal Rahimi dalam siri ceramah Kempen Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman dan saksi kes Liwat I Ummi Hafilda Ali.
Ini merupakan penampilan sulungnya sebagai penceramah ‘kem’ Barisan Nasional (BN) selepas membuat laporan polis menukar surat akuan bersumpah (SD) yang ditandatanganinya dengan menafikan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes liwat II Oktober tahun lalu.
Rahimi juga mendakwa dirinya bertanggungjawab memasukkan wang daripada akaun bekas majikannya ke Sabah dan Sarawak dalam usaha melobi ahli Parlimen semasa pilihan raya umum lalu dan ketika peristiwa cubaan rampasan kuasa 16 September.
Rampas semula Selangor
“Kerja yang merampas Selangor ini saya juga dalangnya. Saya minta maaf saya berjanji akan rampas semula dan pulangkan kembali Selangor ke tangan BN,” katanya sambil diiringi tepukan kira-kira 200 penyokong yang hadir.
Selain itu, beliau turut menegaskan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak terlibat dalam konspirasi tuduhan liwat bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“Saya berani bersumpah tiada konspirasi jahat Najib dan Rosmah. Saya minta Anwar juga berani bersumpah sama ada Najib dan Rosmah benar-benar terlibat,” katanya.

<object width="640" height="390"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/o1215FbNFSI&rel=0&hl=en_US&feature=player_embedded&version=3%22%3E%3C/param%3E%3Cparam name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowScriptAccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/o1215FbNFSI&rel=0&hl=en_US&feature=player_embedded&version=3" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" allowScriptAccess="always" width="640" height="390"></embed></object>

Sementara itu, Ummi Hafilda berkata ‘serangannya’ terhadap Anwar dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak lagi dianggap masalah keluarga tetapi sudah menjadi masalah negara kerana dakwanya mereka bercita-cita tinggi menjadikan negara ini sebagai negara republik. “Saya rela kehilangan seorang abang daripada mengorbankan 27 juta rakyat Malaysia jika Anwar menjadi pemerintah,” katanya yang berikrar mahu melancarkan ‘peluru berpandu’ bermula tahun ini setelah 13 tahun mendiamkan diri.
Ummi juga berkata tujuannya melakukan pendedahan ini kerana bimbang dengan penglibatan Anwar yang mengetuai Pakatan Rakyat menguruskan ekonomi Selangor dengan salah.
Katanya, pendedahan konspirasi Anwar dan Azmin beserta bukti dan dokumen yang diperolehinya itu akan dimuatkan dalam buku yang akan diterbitkannya pada hujung bulan ini.

Tolonglah, jangan "1Malaysia" lagi!

Chang Teck Peng

 
Adalah menjadi kebiasaan Perdana Menteri Malaysia dari UMNO untuk mentadbir negara dengan slogan.  Bermula dengan "Bersih, Cekap dan Amanah" oleh Mahathir Mohamad, disusuli dengan "Work with me, not for me" oleh Abdullah Ahmad Badawi, dan kini "Satu Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" oleh Najib Razak.  Slogan ini dilaungkan pada tempoh awal mereka mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan.
Tempoh pemerintahan Mahathir lebih panjang.  Selain "Bersih, Cekap dan Amanah", dekad kedua pemerintahan beliau menyajikan satu lagi slogan, iaitu "Wawasan 2020".  Oleh sebab wawasan ini melakar masa depan Malaysia yang bertunggakkan pembangunan ekonomi, ditambah pula situasi di mana kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia berada di atas paras 8% setiap tahun sebelum kemelut ekonomi tahun 1997, maka "Wawasan 2020" telah menjadi buah mulut media - sehingga mewujudkan satu suasana untuk maju ke depan - dan "Bersih, Cekap dan Amanah" dilupakan begitu sahaja.
Sebagaimana yang sedia maklum, slogan semestinya lebih sedap diperdengarkan - ia bukan slogan seandainya tidak bersifat demikian.  Slogan yang direka dengan halus biasanya sedap bunyinya - namun sering menerima tamparan sengit daripada realiti yang membingitkan.  Misalnya, sementara slogan "Bersih, Cekap dan Amanah" berkumandang di sisi telinga, skandal kewangan datang berpusu-pusu - skandal Bumiputra Malaysia Finance, MAMINCO, KWSP dan Makuwasa, Pan-Electric Industries, koperasi dan sebagainya.  Malah, berlakunya pembunuhan pegawai penyiasat di Hong Kong - mayatnya ditemui di pantai - ketika menyiasat skandal Bumiputra Malaysia Finance.
Saya tidak mengkaji sama ada slogan Mahathir dan Abdullah itu hasil kerja think-tank-nya selepas meneliti senario yang ada pada ketika itu, ataupun hasil kerja syarikat perunding yang dibayar dengan upah yang tinggi.  Seingat saya tiada laporan dan perbincangan dalam aspek ini.
Namun, "Satu Malaysia" oleh Najib telah diperlihatkan umum sebagai hasil daripada syarikat perunding.  Lebih malang, ia dikatakan meniru slogan "One Israel", produk daripada syarikat perunding.  Lantas kesesuaiannya dipertikaikan kerana ia adalah produk tiruan dari negara lain, malah slogan ini memperlihatkan kekosongan dalam maknanya, dan saling bertentangan.
Pertama, seandainya "1Malaysia "dikatakan sebagai wawasan untuk menyatu-padukan seluruh rakyat, persoalan yang timbul adalah, apakah kita berada dalam keadaan berpecah belah sejak mencapai kemerdekaan?  Keduanya, seandainya "1Malaysia" bertujuan untuk menghapuskan perbezaan antara kaum, apakah ia versi moden "Satu bangsa, Satu bahasa"?  Seterusnya, jikalau "1Malaysia" adalah untuk menghapuskan perbezaan layanan di antara kaum, maka apakah dasar yang telah digubal kerajaan untuk tujuan tersebut?
Najib gagal merungkaikan 1Malaysia
Prestasi Najib yang tidak terserlah dalam kerjaya politiknya menonjolkan lagi kekosongan "1Malaysia".  Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Utara Malaysia, Mohd Azizuddin Mohd Sani pernah menulis dalam kertas kerjanya pada tahun 2009:
"Apabila orang bertanyakan beliau (Najib) maksud konsep '1Malaysia', Najib gagal merungkaikannya dengan jelas.  Beliau tidak mampu untuk mengaitkan konsep '1Malaysia'-nya dengan matlamat partinya untuk kerajaan yang bersatu.  '1Malaysia' Najib tidak lain tidak bukan kelicinan pada bibir (slick concoction) mereka yang diupah dengan gaji yang tinggi." *1
Malah, dalam tulisan yang sama, Mohd Azizuddin Mohd Sani memetik artikel tulisan M.Bakri Musa - biarpun ditulis dengan berlapik, tetapi cukup untuk mendedahkan Najib yang sebenarnya.
"Ketika saya melayari laman Mahathir, Lim Kit Siang mahupun Anwar, saya tahu bahawa nada dan corak tulisan itu mencerminkan penulis sendiri.  Namun, laman 1Malaysia.com tidak membuatkan saya untuk rasa sedemikian.  Ia seolah-olah pandangan pihak ketiga, dan bukannya pandangan personal.  Tujuan utama blogging adalah untuk meluahkan pandangan personal.  Sesungguhnya, saya tidak mengharapkan Najib untuk menulis teks ucapannya sendiri.  Beliau mempunyai hal yang penting untuk diuruskan, misalnya mentadbir negara ini.  Namun, saya berharap beliau boleh memimpin penulis ucapannya, membaca teks muktamad-nya, dan menyunting jika perlu, supaya teks tersebut benar-benar mewakilinya, malah kelihatan seolah-olah tulisannya.  Beliau perlu memahat sesuatu untuk dirinya."
Walau bagaimanapun, tiada pertikaian bahawa "1Malaysia" adalah ideologi dominan yang cuba diwujudkan Najib.  Hubungan "hegemoni" yang diutarakan ahli falsafah Itali, Antonio Gramsci adalah hubungan pedagogic.  Selain sekolah, sebagai medan penting untuk pedagogic (mengasuh), media, persatuan agama, malah nama bangunan dan lorong turut dipergunakan golongan pemerintah untuk bukan sahaja membuktikan, malah mengekalkan pendominasiannya.
Jika dilihat kepada slogan 1Malaysia, semua media tradisional tidak jemu-jemu untuk mengulangi propaganda, malah "Klinik 1Malaysia", "Kem 1Malaysia", "Pertandingan Lumba Kereta 1Malaysia" dan aktiviti yang pelbagai, dianjurkan untuk memahat "1Malaysia" ke dalam ingatan.  Malah, pertubuhan sosial dan parti politik akan cuba sedaya upaya untuk menyelitkan slogan ini ke dalam kenyataan media mereka.  Ia seolah-olah doktrin - cukup jelas cubaan untuk menjadikan "1Malaysia" sebagai wacana hegemoni.
PR menyumbang untuk kejayaan Najib
Sungguhpun kosong dan cetek, namun cubaan Najib untuk menjadikan "1Malaysia" sebagai hegemoninya telah berjaya separuhnya.  Walaupun retorik yang tidak bermakna, tetapi berjaya memberi ilusi bahawa senario politik kesamarataan kaum akan menjelma dengan kemunculan Najib.  Selain penguasaan jentera negara dan alat propaganda oleh kerajaan BN/Najib untuk menjayakan 1Malaysia, Pakatan Rakyat turut menyumbang tanpa disedari.
PR gagal mengetengahkan wacana alternatif untuk menangkis "1Malaysia", sehingga "1Malaysia" tidak tertanding.  Pembentukan hegemoni tidak berjaya hanya dalam tempoh sehari dua, tetapi "revolusi yang berlanjutan".  Wacana alternatif perlu wujud untuk mencabar hegemoni dalam medan pergelutan ideologi, supaya wacana hegemoni boleh dileraikan.  Ketiadaan pesaing memberi kemenangan percuma kepada "1Malaysia".
Namun, apa yang harus menjadi muhasabah pemimpin PR adalah, mereka sering menyumbang untuk kejayaan Najib tanpa disedari.  Sejak "1Malaysia" diketengahkan, ramai ahli politik PR, dari pemimpin akar umbi yang tidak berjawatan hinggalah ADUN mahupun ahli parlimen - malah Lim Kit Siang yang sudah puluhan tahun berkecimpung dalam politik - sering menyebut ayat "mengingkari semangat 1Malaysia", dalam kenyataannya yang mengkritik penyelewangan dan kelemahan kerajaan BN.
Misalnya, pada 12 Mei 2010, ketika Lim Kit Siang (gambar kiri) menyelar perhimpunan "Melayu Bangkit" yang dijadualkan berlangsung pada keesokannya; ketika Lim Kit Siang mengkritik dasar kerajaan untuk menghalang penubuhan persatuan agama selain Islam di sekolah pada 26 Julai; ketika Lim Kit Siang mengecam Utusan Malaysia pada 20 Ogos, yang melaporkan bahawa nama Yang Dipertuan Agong telah digantikan dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang ketika doa khutbah Jumaat dibacakan - semuanya menyelitkan ayat "membelakangi prinsip 1Malaysia" dalam kenyataannya.
Mereka menganggap itu sindiran terhadap Najib ketika berkata sedemikian.  Pada hakikatnya, ia sebaliknya mengiktiraf keabsahan "1Malaysia" dan integriti Najib.  Ketika ahli politik PR menyelar kesilapan kerajaan BN dengan "mengingkari semangat/dasar/prinsip 1Malaysia", mereka sebaliknya mengasingkan kesilapan ini daripada Najib.  Ia menyampaikan mesej bahawa, Najib/"1Malaysia" adalah sesuatu yang betul/baik, cuma menteri kabinet, dan pegawai kerajaan tidak mematuhi/melaksanakan dasar Najib yang baik.
Dengan kata lain, segala-gala kesilapan ini bukan kesalahan Najib - walaupun sebagai ketua kerajaan, Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Najib sebenarnya harus memikul tanggungjawab terhadap segala kesilapan kerajaan.
Bagaimana wacana hegemoni ini boleh gagal, apabila ahli politik veteran seperti Lim Kit Siang pun mendukung "1Malaysia" oleh Najib?  Jadi, tolonglah, PR dan NGO yang sedar, jangan "1Malaysia" di sana sini lagi!
*1: Mohd Sani, M. A. (2009). The Emergence of New Politics in Malaysia: From Consociational to Deliberative Democracy. Taiwan Journal of Democracy, 5 (2): 97-125.
*Chang Teck Peng ialah Ketua Pengarang MerdekaReview.  Diterjemah dari teks asal yang disiarkan pada 28 Januari 2011.

Kes Umat Islam Indonesia Amuk Terhadap Pengikut Ahmadiyah......

Inilah Cuplikan Buku yang Menghina Islam dari Temanggung

Inilah Cuplikan Buku yang Menghina Islam dari Temanggung
Anthonius Richmord Bawengan
REPUBLIKA.CO.ID, TEMANGGUNG–Umat Islam bakal meradang jika membaca isi dari buku (stensilan) yang menjadi pemicu amarah sebagian warga kota Temanggung, Selasa (8/2). Buku yang diedarkan oleh terdakwa penistaan agama, Antonius Richmond ini terdiri atas dua judul. Yakni ‘Saudara Perlukah Sponsor!!’ (35 halaman)dan ‘Ya Tuhanku Tertipu Aku’ (60 halaman)
Keduanya juga tak menyertakan siapa penulisnya, kecuali sumber kutipan ayat maupun surat yang ada dalam Injil dan Quran. Namun jelas bahwa penafsiran Quran dalam buku ini cenderung subyektif dan dimanipulasi.
Misalnya, pada halaman 10 pada buku ”Saudara Perlukah Sponsor!!’. Pada pokok bahasa ke-3 dengan judul SPONSOR ALLAH. Dalam penjelasannya tertulis “ALLAH diperkenalkan oleh Muhammad, melalui dalil, tidak boleh dibantah. Dua kalimat syahadat yang menyatakan bahwa Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah. Tanpa bukti kekuasaan Allah. Muhammad tidak tercatat melakukan mujizat yang menjadi bukti kenabiannya (seperti Musa dan Yesus).
Di halaman 22 dengan judul Siapa Sesungguhnya Allah? Dikutip ‘Allah pasti bukan Yang Maha Tinggi!. Sebab ajaran moral dari Allah kalah- luhur dari hukum insani (manusiawi) yang menghukum para pembunuh siapapun dia. Quran sendiri menunjukkan bahwa Allah adalah pakar tipu (QS.3:54; 8:30; dll). Jadi Allah serombongan dengan setan yang suka menipu, sewatak orang kafir yang suka menipu.
Masih di penjelasan judul ini, ditulis “Allah adalah Yang Maha Kuasa dan Muhammad adalah Rasul Allah (dua kalimat syahadat) tanpa pembukktian, melainkan dengan pendekatan kediktatoran. Yang menolak dalil. Muhammad akan berhadapan dengan pedang”.
Sedangkan dalam buku ‘Ya Tuhanku, Tertipu Aku! Pada halaman 60 tertulis ‘Batu Hitam (Hajar Aswad) Betapa serius para calon haji mencium batu hitam yang dahulu kala jatuh dari langit (meteorite), demi sahnya titel haji yang mereka dambakan.
Tidak mereka sadari bahwa cungkup batu hitam (berwarna putih perak), sesungguhnya symbol kelamin wanita. Di sebelah sana mereka melempari ‘jumrah’ ke arah menara (yang mereka percaya sedang melempari jin). Padahal bagi antropolog menara ini merupakan simbol kemaluan lelaki. Mengapa demikian?”.
Masih di buku ini, pada halaman 12 ditulis “konsep surga yang diajarkan Muhammad (Quran) penuh kerancuan dan tipuan. Surga adalah tempat untuk memuaskan nafsu kedagingan. Bahkan hal- hal yang diharamkan umat muslim dihalalkan di surganya Allah”.
Sedangkan pada halaman 15 dengan judul ke-7 Umat Kristiani Tertipu Juga!. Tertulis “Janganlah anda menyeru Tuhan yang benar dengan ‘Allah’, yang jelas- jelas penipu”.
Ditengarai judul ‘Umat Kristiani Juga Tertipu’ inilah yang memicu keberatan bagi umat Kristiani, karena didalamnya tegas tertulis Allah.

Dua Anak Muda Pencetus Revolusi Dunia Moden!!!

Kuasa Face Book runtuhkan Regim Mubarak

Wa'il Ghonim- pencetus revolusi Mesir kini. Melalui laman web Face Book 'Kulluna Khaled Sa'id' - berjaya mengajak rakyat Mesir bangkit menjatuhkan Rejim Husni Mubarak.

Foto Khaled sebelum dibunuh. 

Foto Khaled selepas dibunuh.

Pencipta Face Book barangkali tidak menjangka FB boleh mencipta revolusi. Tunisia, Mesir, entah mana negara lagi.

Pemuda 30an ini - kini muncul di Dream Channel - satelite tv Mesir  dengan isakan dan tangisan tetapi pendirian yang tidak tergugat - selepas 10 hari menjadi 'tamu' polis rahsia Mesir, bermula sehari selepas rakyat Mesir membanjiri Tahrir Square.

'Kulluna Khaled Sa'id - atau We are all Khaled Sa'id' bermula sebagai dedikasi sekumpulan anak muda Mesir terhadap Khaled Sa'id - anak muda Mesir berusia 28 tahun yang dibunuh secara kejam oleh dua orang polis Mesir.

Khaled, telah muat turun dalam You Tube imej polis Mesir sedang membahagikan wang dengan pengedar dadah. Ia menimbulkan kemarahan polis. Ia diburu.

Saksi-saksi melihat bagaimana Khaled diambil oleh dua anggota polis, kepalanya dihantuk ke dinding dan tangga bangunan sehingga mati. Mayatnya dicampak di tepi jalan dan selepas post mortem, polis mengeluarkan kenyataan Khaled mati kerana terlebih mengambil dadah.

Dalam kenyataannya, polis menyatakan tiada kecederaan parah bagi Khalid.

Kematian Khaled menimbulkan kemarahan anak muda Mesir yang telah sekian lama menyaksikan kekejaman polis Mesir dalam berbagai cara. Ditambah dengan pembohongan dan rasuah.

Khaled serta merta menjadi simbol kebangkitan anak muda Mesir. Fotonya terpampang di sudut laman Kulluna Khaled.

Selepas anak muda Tunisia - Bu Azizi - menjadi simbol kebangkitan anak muda Tunisia - dan berjaya menghalau Presiden Tunisia lari ke luar negara - anak muda Mesir mendapat inspirasi dan semangat untuk bangkit tidak tertahan lagi.

25 Januari lalu kebangkitan bermula. Wa'il Ghonim - pakar IT yang bekerja dengan Google di Dubai bergegas pulang untuk menyertai anak muda Mesir lain yang telah menyahut seruan laman FB mereka. Keesokan harinya, beliau ditahan.

Keluarga dan majikannya cuba mengesan jejak beliau tetapi gagal. Tidak ada sebarang berita mengenai di mana beliau berada, sehingga lah beliau muncul di kaca TV Dream Channel.

Sebelum beliau ditahan, beliau telah memberikan password kepada rakannya yang lain. Hanya kini, beliau mengetahui rakannya telah terbunuh dalam kebangkitan kini.

Dalam wawancara yang boleh disaksikan di You Tube, Wa'il menegaskan kebangkitan rakyat Mesir hanya untuk menuntut hak mereka yang sah, kebebasan bersuara, keadilan dan keselamatan. Serta pembelaan terhadap mereka yang telah dizalimi. Mereka bangkit bukan untuk menimbulkan huru hara. Kerana itu, beliau merasa kesal adanya kematian baik di pihak orang awam termasuk rakan-rakan beliau mahu pun anggota keselamatan. Kesemua mereka, kata Wa'il, adalah syahid.

Tidak ada pihak yang patut menekankan ideologi mereka dalam kebangiktan sekarang. Tetapi nasib rakyat Mesir lah yang menjadi agenda sebenar.

Beliau menyebut bahawa beliau bukan agen mana-mana pihak sekalipun pihak polis cuba menekan beliau mengaku menjadi alat pihak lain semasa dalam tahanan. Katanya, keluarga beliau adalah kaya raya dan beliau sendiri mempunyai pendapatan lumayan dengan kereta besar dan kehidupan mewah di Dubai. Kerana itu, beliau tidak perlukan sogokan tetapi atas cintanya terhadap Mesir yang telah porak poranda oleh regim yang ada, beliau memberanikan diri mencetuskan kebangkitan ini. Beliau hanya ingin bersuara bagi pihak yang teraniaya dan majoriti rakyat Mesir yang miskin.

Beliau tidak mahu digelar hero atas kebangkitan ini kerana hero yang sebenar adalah rakyat Mesir yang telah berani bangkit. Semua yang telah terkorban dan anak muda yang sanggup bertahan di Medan Tahrir hingga kini, sudah hampir dua minggu.

Wa'il Ghonim tidak mengambil masa yang lama selepas pembebasannya untuk bersama di Medan Tahrir. Sekalipun isterinya, rakyat Amerika beragama Islam sedang menunggu di Dubai dan bapanya berada di Saudi.

Kita boleh bayangkan bahawa Husni Mubarak tidak mempunyai pilhan melainkan berundur.

Dalam rangka mengekang kebangkitan menerusi kemudahan Twitter dan FB, kerajaan Mesir menyekat laluan internet selama tiga hari, minggu lalu. Ia dibuka semula kerana hasil sekatan itu, lebih ramai anak muda membanjiri Medan Tahrir kerana mereka tidak lagi dapat merayau di alam maya, ber chit chat dan FB atau bermain on line game. Memang sangat menakjubkan!

Kepalsuan propaganda media Mesir juga terdedah dengan mudah dengan kemudahan FB dan internet.

Umpamanya kononnya letupan bom di Gereja Koptik baru ini dilakukan oleh Hamas, terdedah ianya dilakukan oleh polis rahsia Mesir sendiri.

Percubaan memainkan sentimen agama - sama seperti berlaku di bumi One Malaysia - digagalkan oleh imej-imej pemuda Islam yang sedang bersolat di depan kereta perisai tentera Mesir dilindungi oleh pemuda Kristian Mesir yang bersalib dan pemuda Kristian yang bersembahyang pada hari Ahad di Medan Tahrir dilindungi pula oleh Pemuda Muslim! Ia imej kesatuan hati dan budi yang luar biasa dari kebangiktan ini!

Isra' Abdul Fatah - pemudi Mesir adalah antara pencetus revolusi yang lain. Peranan gadis muda ini yang giat menerusi lamannya, menyatakan, revolusi hanya boleh berlaku bila mana semua orang benar-benar pergi berhimpun di Medan Tahrir dan tidak hanya berada dalam alam maya. Beliau pernah dipenjara selama lapan belas hari. Imej You Tube penuh emosi pada hari beliau dibebaskan dari tahanan sudah cukup membangkitkan sentimen anak muda Mesir. "Jika Mubarak membohongi rakyat Mesir selama tiga puluh tahun, adakah beliau akan bercakap benar beliau akan berundur seleosa September?" Tanya Isra'.

Di depan pemuda seperti Wa'il dan pemudi seperti Isra' - regim Mubarak sudah hilang legitimasinya dan menunggu masa untuk runtuh.

Kebobrokan Mubarak yang merata dan kekejaman yang lama, dengan menutup pintu kebebasan samada melalui pilihanraya palsu mahupun pembohongan media, serta membina rangkaian korupsi yang kian membarah, kini berhadapan dengan pembalasan dari rakyatnya sendiri.