Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Lajnah Alam Sekitar PAS mempunyai pandangan berbeza dengan dua pakar atom termasuk seorang anggota parlimen PAS, Dr Che Rosli Che Mat berkaitan dengan kilang Lynas di Kuantan. (Zulkefly kiri dan Dr Che Rusli kanan) Menurut pengerusinya, Zulkefly Mohamad Omar, perbezaan ini berdasarkan kajian mendalam yang mereka buat terhadap kilang ini dan pengalaman yang dilalui oleh kilang seumpamanya seluruh dunia. Malam tadi, Dr Che Rusli, anggota parlimen Hulu Langat, seorang pakar atom yang pernah bertugas di Puspati dan pensyarah UKM memberikan wawancaranya dengan TV3 dan yakin kilang itu selamat. Namun, aktivis dan pimpinan PAS di peringkat kawasan Kuantan khasnya di Gebeng, tempat kilang itu sedang dibina membantah keras pembinaannya. Perbezaan ini disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai perbezaan pendapat teknikal yang tidak menjadi kesalahan kerana PAS menyatukan ahli-ahlinya dengan kesatuan aqidah melalui Islam. Ia juga melambangkan kesuburan kebebasan memberikan pandangan yang bukan menjadi tunjang kepada aqidah. Berikut adalah kenyataan penuh Zulkefly yang dihantar kepada Harakahdaily. Saya Zulkefly Mohamad Omar, AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat ingin memberi kenyataan berhubungkait kenyataan Dr Che Rusli Che Mat dan Prof Ahmad Termizi di TV3 semalam dalam Buletin Utama TV3. Saya telah mengamati kenyataan kedua-dua tokoh tersebut dan sama sekali tidak berhasrat untuk mempertikaikan kaliber mereka sebagai Pakar Saintis Nuklear. Apa yang saya utarakan bahawa beberapa pandangan yang berbeza boleh dianggap sebagai medan untuk saya perjelaskan tentang Pendirian Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat dan Badar (Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery)berkaitan Isu Kilang Rare Earth Refinery yang akan beroperasi Gebeng, Kuantan. Pendedahan mereka yang dipetik dari TV3 berkenaan kenyataan bahawa Kilang LAMP milik LYNAS adalah Loji Nuklear disangkal PAS. PAS tidak pernah mengakui bahawa Kilang LAMP milik LYNAS itu adalah Loji Nuklear, malah nama badan yang berjuang untuk menentang LYNAS itu adalah Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery (BADAR) di mana pekataan ‘refinery’ itu sendiri merujuk kepada KILANG. Memetik kenyataan Prof.Dr.Ahmad Termizi bahawa risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara dan risiko itu mesti berpadanan dengan manfaat jelas merupakan satu kenyataan yang tidak berasas malah dilihat seolah-olah cuba memperjudikan nasib penduduk setempat khususnya penduduk di sekitar Balok Kuantan di atas nama kemajuan teknologi dan ekonomi. Risiko yang dikenalpasti bukanlah hanya daripada pancaran radiasi, malah terdapat banyak potensi risiko yang cukup tinggi ketika pengangkutan bahan mentah yang tiba dari Australia di pelabuhan Kuantan ke tapak kilang LAMP milik LYNAS di Gebeng Kuantan, ketika kerja-kerja pemprosesan, simpanan dan pengurusan sisa buangan (pepejal, air sisa dan gas) yang dikenalpasti mempunyai elemen radioaktif di dalamnya. Kami tahu banyak air sisa yang dikatakan ‘telah dirawat’ akan dilepaskan ke Sungai Balok yang diketahui umum sudah tercemar pada tahap 2 dan 3. Malah sehingga hari ini, penduduk setempat masih tidak dilibatkan di dalam menilai perancangan pengurusan sisa buangan milik LYNAS itu. Risiko dari Kilang LAMP milik LYNAS adalah sesuatu risiko yang tidak boleh dikompromi walaupun jika ada manfaatnya dari aspek ekonomi walaupun PAS ragu-ragu dengan manfaat ekonomi yang dimaksudkan. Pelepasan cukai perolehan selama 12 tahun kepada LYNAS adalah satu tindakan yang tidak menguntungkan negara. Risiko itu tidak boleh dikompromi dengan manfaat kerana pencemaran sisa radioaktif kepada alam sekitar tidak mampu dipulihkan dalam tempoh yang singkat malah dikenalpasti akan kekal sehingga tempoh yang lama iaitu puluhan tahun lamanya. Malah ancaman kepada kesihatan juga boleh berlaku seperti penyakit kanser dan lieukemia jika terdapat kebocoran dan kegagalan fungsi peralatan yang sedia ada sehingga menyebabkan pendedahan bahan-bahan beradioaktif kepada penduduk setempat. Laporan keretakan tangki simpanan serta spesifikasi yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan seperti yang dipaparkan oleh New York Times (NYT) mengukuhkan lagi ketidakyakinan penduduk setempat kepada jaminan keselamatan yang acap kali diwawarkan oleh agensi yang berkenaan termasuk pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN). PAS sekali lagi menegaskan tahap dos sinaran yang dimaksudkan Prof. Dr. Ahmad Termizi hanyalah satu daripada beberapa isu yang dibangkitkan rakyat. Rakyat tidak boleh dipersalahkan kerana membangkitkan kegusaran mereka terhadap aspek-aspek keselamatan termasuk potensi ancaman dari kilang LAMP milik LYNAS itu. Lebih-lebih lagi penglibatan pihak awam tidak dialu-alukan dari peringkat awal malah kelemahan aspek ini diakui oleh wakil MITI ketika kami bertemu mereka tempoh hari. Lebih-lebih lagi Kajian Alam Sekitar (PEIA) jelas tidak melibatkan pihak awam ketika itu walaupun Kajian Terperinci Alam Sekitar (DEIA) boleh digunapakai seolah-olah potensi pelbagai ancaman yang tidak sahaja terhad kepada pancaran radiasi tidak menjadi satu kepentingan dan keutamaan kepada penduduk setempat. Apakah risiko itu boleh dipadankan dengan manfaatnya?. PAS menyangkal kenyataan ini apabila ia melibatkan industri yang berisiko tinggi seperti ini. Insiden dari loji nuklear Fukushima boleh dirasai oleh beberapa negara yang beribu-ribu batu jauhnya. Tetapi kesan ini tidak dirujuk sebagai kesan radiasi sahaja tetapi lebih dirujuk kepada potensi penyebaran ‘radioactive particles’ atau ‘serbuk/habuk radioaktif’ yang boleh bergerak dan tersebar melalui air dan udara sehingga manusia yang menghidunya atau menelannya berpotensi sebagai ancaman kepada organ dalaman manusia. ‘External Radiation’ atau ‘Radiasi Luar’ bukan kerisauan utama penduduk setempat tetapi ‘Internal Radiation’ atau ‘Radiasi Dalaman’ itulah yang menjadi kegusaran utama penduduk setempat. Tahap pencemaran habuk yang sedia dari Kawasan Perindustrian Gebeng (GIE) akan lebih parah dengan kehadiran kilang LAMP milik LYNAS itu. Pendedahan radiasi dalaman berkemungkinan tetap ada. Kenyataan yang mengatakan bahawa ketakutan orang ramai hanya merujuk kepada tahap radiasi sahaja juga tidak tepat kerana hakikatnya bukan tahap radiasi sahaja yang menjadi pertikaian penduduk setempat selama ini malah tahap radiasi yang dimaksudkan beliau yang mirip hanya kepada ‘external radiation’ atau ‘radiasi luar’ sahaja sebenarnya lebih menjurus kepada ancaman ‘internal radiation’ atau ‘radiasi dalaman’ seperti yang dimaksudkan di atas. Radiasi dalaman boleh menyumbang kepada kerosakan organ dalaman manusia. Kegusaran penduduk dan pandangan umum dari berbagai lapisan masyarakat adalah berdasarkan beberapa tindakan yang di lakukan oleh Lynas terlalu tergopoh-gapah untuk meneruskan operasi pembinaan tanpa mengambil pandangan penduduk dan rakyat khususnya di Kuantan serta kawasan yang berhampiran. Bagaimanakah keyakinan tinggi di kalangan penduduk setempat terhadap agensi penguatkuasa alam sekitar itu wujud jika pencemaran Sungai Balok sudah ditahap 2 dan 3? Adakah rakyat harus yakin akan kredibiliti agensi penguatkuasa yang berkenaan untuk memantau kilang LAMP milik LYNAS jika Sungai Balok sendiri sudah gagal dipantau agensi kerajaan yang berkenaan. Adakah dengan semua ini, rakyat harus tetap yakin dengan kredibiliti agensi kerajaan yang berkaitan? Rakyatkah yang salah? PAS juga menyangkal bahawa isu LYNAS ini dibawa oleh PKR. Malah PAS sekali lagi tetap bertegas bahawa isu LYNAS adalah isu yang dibawa oleh PAKATAN RAKYAT dan telah lama disepakati. Rakyat Kuantan khususnya mempunyai sebab untuk takut akan kewujudan Kilang LAMP milik LYNAS. Kenyataan bahawa Kilang LAMP milik LYNAS itu selamat bersandarkan laporan IAEA juga tidak tepat kerana penilaian panel pakar IAEA itu hanya bersandarkan tahap pembinaan infrastruktur Kilang LAMP milik LYNAS yang pada ketika itu hanya ditahap 40 peratus sahaja malah Kilang itu masih belum beroperasi dan pengurusan sisa buangan juga tidak dinilai, bagaimanakah pihak-pihak tertentu boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan bahawa Kilang LAMP milik LYNAS itu SELAMAT? Malah 11 cadangan penambahbaikan yang dicadangkan oleh panel IAEA itu jelas menunjukkan bahawa polisi, piawaian dan prosedur yang sedia ada di Negara ini masih terbelakang berbanding piawaian antarabangsa. Jika Negara ini memenuhi piawaian antarabangsa, kenapa perlu ada 11 penambahbaikan itu?. Hakikatnya kehadiran Kilang LAMP milik LYNAS dibuat tanpa penglibatan pihak awam dan tidak menyeluruh. Malah kelemahan ini diakui panel IAEA itu dan wakil MITI sendiri. Adakah salah rakyat untuk beremosi apabila hanya diberitahu ketika pembinaan infrastruktur kilang sudah mencecah 40 peratus? Dan adakah fakta-fakta yang dibentangkan oleh wakil penduduk adalah semata-mata propaganda dan tidak berdasarkan ilmu? Termasuk tiada rujukan kepada pakar-pakar tertentu?. Rakyat tidak pernah beremosi kosong, malah emosi itu disertakan kajian yang menyeluruh dan bersandarkan rujukan-rujukan yang tertentu sehingga terbukti bahawa salah satu isu yang dibangkitkan wakil penduduk setempat berkenaan ketiadaan pelan pengurusan sisa buangan diakui oleh panel IAEA sendiri sebagai salah satu penambahbaikan yang perlu disediakan oleh pihak LYNAS dan AELB. Kenapa rakyat pula yang terpaksa berhempas pulas meyakinkan kerajaan sedangkan agensi-agensi yang berkenaanlah yang harus menyakinkan pihak kerajaan bahawa pelan pengurusan sisa buangan adalah satu kewajipan yang perlu ada. Bukankah rakyat yang berperanan sebagai majikan kepada agensi-agensi yang berkenaan melalui bayaran cukai pendapatan tahunan? Kenapa rakyat pula yang terpaksa berhempas pulas untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan alam sekitar penduduk setempat? Zulkefly Mohamad Bin Omar Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat |
Thursday, August 25, 2011
Lynas: Pandangan berbeza dari Lajnah Alam Sekitar PAS
Label:
SelamatBumi
Tuesday, August 23, 2011
Hancurnya Mitos Najib? Lebihan perbelanjaan operasi yang ketara
Najib Razak yang belum genap dua tahun menyandang jawatan Perdana Menteri berkemungkinan besar berdepan dengan kemelut ekonomi dunia untuk kali kedua. Seandainya dugaan ini menjadi realiti, maka "suasana feel good" yang diwujudkan Najib melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) mungkin akan melenyap dalam sekelip mata. Untuk Najib, ia mungkin persimpangan yang penting dalam kemuncak hayat politiknya. Ini kerana ia bakal menentukan sama ada "mitos Najib" akan dilanjutkan atau menuju kehancuran.
Dewasa ini, krisis ekonomi yang tercetus di Amerika Syarikat dan Eropah dijangka membayangi masa depan ekonomi Malaysia. Pasaran saham dunia jatuh merudum. Sejumlah RM90 bilion nilai pasaran saham di Bursa lenyap dalam tempoh antara 1 hingga 9 Ogos - suasana feel good yang diusahakan Najib dua tahun yang lalu ranap begitu sahaja.
Kini, ramai yang mula resah sama ada Malaysia mampu menghadapi krisis ekonomi dunia yang bakal melanda. Menurut satu laporan Standard and Poor's baru-baru ini, seandainya satu lagi kemelut kewangan global tercetus, maka ia akan memberi kesan yang lebih ketara terhadap rantau Asia, berbanding tahun 2008 - terutamanya negara yang terlalu bergantung kepada pasaran asing dan masih dalam proses memperbaiki angka defisit bajetnya berikutan kemelut ekonomi yang lalu. Malaysia antara nama negara yang disebut sebagai negara Asia yang dipertikaikan kemampuannya untuk berdepan dengan krisis ekonomi baru.
Angka defisit
Kemelut kewangan pada tahun 2008 mengakibatkan ekonomi Malaysia merudum, dan kerajaan terpaksa mengemukakan dua pakej rangsangan ekonomi bernilai RM67 bilion. Ia menjurus kepada peningkatan defisit dari 4.8% pada tahun 2008 kepada 7% pada tahun 2009.
Walaupun kerajaan Najib (gambar kiri) cuba menurunkannya daripada 7% kepada 5.6% pada tahun 2010, malah berharap untuk menurunkannya kepada 5.4% pada tahun 2011, namun ia tetap satu jarak yang jauh berbanding keadaan kewangan negara sebelum kemelut kewangan (tahun 2007).
Statistik rasmi menunjukkan bahawa angka defisit Malaysia pada tahun 2007 hanya 2.7%. Menurut Rancangan Malaysia ke-10, kerajaan perlu menunggu sehingga tahun 2015 untuk menurunkan angka defisit kepada paras 2.8%. Malah, ia berlaku dengan syarat meluaskan sumber pendapatan (kutipan cukai) dan berhemah dalam perbelanjaan (potongan subsidi) - untuk mencapai matlamat ini.
Jikalau dikupas dari beberapa sudut, kerajaan Najib bukan sahaja gagal mengembalikan angka defisit ke paras 2.7% dalam tempoh lima tahun ini, malah keadaan mungkin menjadi lebih parah - sekurang-kurangnya kekal pada paras 5% atau ke atas.
Rekod perbelanjaan operasi
Pertama, adalah satu kenyataan yang tidak boleh dipertikaikan, bahawa rekod kerajaan dalam displin kewangan adalah amat teruk. Rekod 10 tahun kebelakangan menunjukkan bahawa lebihan kos perbelanjaan operasi berlaku setiap tahun.
Dewasa ini, krisis ekonomi yang tercetus di Amerika Syarikat dan Eropah dijangka membayangi masa depan ekonomi Malaysia. Pasaran saham dunia jatuh merudum. Sejumlah RM90 bilion nilai pasaran saham di Bursa lenyap dalam tempoh antara 1 hingga 9 Ogos - suasana feel good yang diusahakan Najib dua tahun yang lalu ranap begitu sahaja.
Kini, ramai yang mula resah sama ada Malaysia mampu menghadapi krisis ekonomi dunia yang bakal melanda. Menurut satu laporan Standard and Poor's baru-baru ini, seandainya satu lagi kemelut kewangan global tercetus, maka ia akan memberi kesan yang lebih ketara terhadap rantau Asia, berbanding tahun 2008 - terutamanya negara yang terlalu bergantung kepada pasaran asing dan masih dalam proses memperbaiki angka defisit bajetnya berikutan kemelut ekonomi yang lalu. Malaysia antara nama negara yang disebut sebagai negara Asia yang dipertikaikan kemampuannya untuk berdepan dengan krisis ekonomi baru.
Angka defisit
Kemelut kewangan pada tahun 2008 mengakibatkan ekonomi Malaysia merudum, dan kerajaan terpaksa mengemukakan dua pakej rangsangan ekonomi bernilai RM67 bilion. Ia menjurus kepada peningkatan defisit dari 4.8% pada tahun 2008 kepada 7% pada tahun 2009.
Walaupun kerajaan Najib (gambar kiri) cuba menurunkannya daripada 7% kepada 5.6% pada tahun 2010, malah berharap untuk menurunkannya kepada 5.4% pada tahun 2011, namun ia tetap satu jarak yang jauh berbanding keadaan kewangan negara sebelum kemelut kewangan (tahun 2007).
Statistik rasmi menunjukkan bahawa angka defisit Malaysia pada tahun 2007 hanya 2.7%. Menurut Rancangan Malaysia ke-10, kerajaan perlu menunggu sehingga tahun 2015 untuk menurunkan angka defisit kepada paras 2.8%. Malah, ia berlaku dengan syarat meluaskan sumber pendapatan (kutipan cukai) dan berhemah dalam perbelanjaan (potongan subsidi) - untuk mencapai matlamat ini.
Jikalau dikupas dari beberapa sudut, kerajaan Najib bukan sahaja gagal mengembalikan angka defisit ke paras 2.7% dalam tempoh lima tahun ini, malah keadaan mungkin menjadi lebih parah - sekurang-kurangnya kekal pada paras 5% atau ke atas.
Rekod perbelanjaan operasi
Pertama, adalah satu kenyataan yang tidak boleh dipertikaikan, bahawa rekod kerajaan dalam displin kewangan adalah amat teruk. Rekod 10 tahun kebelakangan menunjukkan bahawa lebihan kos perbelanjaan operasi berlaku setiap tahun.
Tahun | Perbelanjaan (Belanjawan) | Perbelanjaan sebenar | Lebihan kos | Perbezaan (%) |
2001 | 60.7bilion | 63.8bilion | 3.1bilion | +5.1% |
2002 | 65.3bilion | 68.7bilion | 3.4bilion | +5.2% |
2003 | 71.7bilion | 75.2bilion | 3.5bilion | +4.9% |
2004 | 80.0bilion | 91.3bilion | 11.3bilion | +14.1% |
2005 | 89.0bilion | 97.7bilion | 8.7bilion | +9.8% |
2006 | 101.2bilion | 107.8bilion | 6.6bilion | +6.5% |
2007 | 117.0bilion | 123.1bilion | 6.1bilion | +5.2% |
2008 | 128.8bilion | 153.4bilion | 22.2bilion | +17.2% |
2009 | 154.2bilion | 157.1bilion | 6.0bilion | +3.9% |
2010 | 138.3bilion | 152.2bilion | 13.9bilion | +10.1% |
*2011 | 162.8bilion | *176.0bilion | 13.2 bilion | +8.1% |
2012 | ? | ? | ? | ? |
(*Sehingga musim pertama 2011)
Keadaan ini tidak diperbaiki, sebaliknya lebih ketara selepas Najib menyandang jawatan PM pada tahun 2009. Misalnya, perbelanjaan operasi sebenar kerajaan Najib mencatat RM152.2 bilion pada tahun 2010, mencatat lebihan sejumlah RM13.9 bilion dari anggaran Belanjawan 2010 (RM138.3 bilion), atau bersamaan lebihan 10.1%.
Apa yang menarik, angka lebihan ini mencatat rekod lebihan kos kedua tertinggi sejak tahun 2001, dengan lebihan kos tertinggi, RM22.2 bilion pada tahun 2008. Pada umumnya, jarak yang besar antara perbelanjaan sebenar dengan anggaran belanjawan wujud apabila berlaku kejadian yang besar dalam tahun tersebut, misalnya kemelesetan ekonomi, lonjakan inflasi, atau kebetulan berlangsungnya pilihan raya pada tahun itu - tahun 2008, menjelaskan segala-galanya.
Jikalau dibandingkan, tahun 2010 adalah tahun di mana ekonomi bangkit semula selepas keluar dari kemelut ekonomi dunia, pada masa yang sama tidak berdepan dengan krisis lonjakan harga makanan dan petroleum, bahkan bukan tahun pilihan raya. Namun demikian, kos perbelanjaan operasi kerajaan Najib pula mencatat lebihan kos RM13.9 bilion, mengakibatkan defisit 5.6% pada tahun 2010, lebih tinggi dari anggarannya 5.3%.
Keadaan yang sama dilanjutkan hingga tahun 2011. Kerajaan Najib membentangkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM13.2 bilion dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2011. Ini mengakibatkan perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan mencatat RM176.0 bilion pada musim pertama 2011, 8.1% lebih tinggi daripada anggaran (RM162.8 bilion).
Lebih penting, antara perkara perbelanjaan tambahan yang dibentangkan, terdapat pula peruntukan perbelanjaan mengurus kerajaan dan perkara yang telah diumumkan, tetapi tidak dimasukkan ke dalam belanjawan asal kerana "tercicir", dan perlu ditambah melalui belanjawan tambahan (rang undang-undang pembekalan tambahan). Ini menunjukkan bahawa kerajaan Najib tidak merancang belanjawan dengan rapi, malah tidak berdisiplin dalam perancangan kewangannya.
Apa yang menarik, RM13.2 bilion ini sekadar untuk lebihan perbelanjaan operasi musim pertama. Seandainya kerajaan Najib menbentangkan perbelanjaan tambahan dalam tempoh sembilan bulan yang akan datang, maka kos perbenjaan operasi yang sebenar mungkin akan memecah rekod yang dicatat pada tahun 2010. (Bahagian pertama, bersambung)
Apa yang menarik, angka lebihan ini mencatat rekod lebihan kos kedua tertinggi sejak tahun 2001, dengan lebihan kos tertinggi, RM22.2 bilion pada tahun 2008. Pada umumnya, jarak yang besar antara perbelanjaan sebenar dengan anggaran belanjawan wujud apabila berlaku kejadian yang besar dalam tahun tersebut, misalnya kemelesetan ekonomi, lonjakan inflasi, atau kebetulan berlangsungnya pilihan raya pada tahun itu - tahun 2008, menjelaskan segala-galanya.
Jikalau dibandingkan, tahun 2010 adalah tahun di mana ekonomi bangkit semula selepas keluar dari kemelut ekonomi dunia, pada masa yang sama tidak berdepan dengan krisis lonjakan harga makanan dan petroleum, bahkan bukan tahun pilihan raya. Namun demikian, kos perbelanjaan operasi kerajaan Najib pula mencatat lebihan kos RM13.9 bilion, mengakibatkan defisit 5.6% pada tahun 2010, lebih tinggi dari anggarannya 5.3%.
Keadaan yang sama dilanjutkan hingga tahun 2011. Kerajaan Najib membentangkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM13.2 bilion dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2011. Ini mengakibatkan perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan mencatat RM176.0 bilion pada musim pertama 2011, 8.1% lebih tinggi daripada anggaran (RM162.8 bilion).
Lebih penting, antara perkara perbelanjaan tambahan yang dibentangkan, terdapat pula peruntukan perbelanjaan mengurus kerajaan dan perkara yang telah diumumkan, tetapi tidak dimasukkan ke dalam belanjawan asal kerana "tercicir", dan perlu ditambah melalui belanjawan tambahan (rang undang-undang pembekalan tambahan). Ini menunjukkan bahawa kerajaan Najib tidak merancang belanjawan dengan rapi, malah tidak berdisiplin dalam perancangan kewangannya.
Apa yang menarik, RM13.2 bilion ini sekadar untuk lebihan perbelanjaan operasi musim pertama. Seandainya kerajaan Najib menbentangkan perbelanjaan tambahan dalam tempoh sembilan bulan yang akan datang, maka kos perbenjaan operasi yang sebenar mungkin akan memecah rekod yang dicatat pada tahun 2010. (Bahagian pertama, bersambung)
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.
Label:
Selamatkan1Malaysia
Khotbah Paus Disambut Badai Hujan dan Petir, Padahal Siangnya Cuaca Panas
MADRID (voa-islam.com) — Tak hanya demonstran yang menyambut kunjungan Paus Benediktus XVI di Madrid, Spanyol. Bahkan badai, hujan dan petir pun ikut menyambut Paus saat pidato. Padahal siangnya, cuaca sangat panas mencapai 40 derajat Celcius.
Badai petir memaksa Paus Benediktus XVI memperpendek khotbahnya di hadapan satu juta peziarah muda, yang berkumpul di lapangan terbang Madrid, Spanyol, untuk memperingati Hari Pemuda Dunia, Sabtu (20/8/2011).
Ketika hujan membasahi kerumunan orang dan petir menerangi langit malam, Paus berusia 84 tahun ini melewatkan sebagian besar pidatonya. Ia hanya menyampaikan salam singkat dengan menggunakan setengah lusin bahasa.
Paus menyerukan kepada massa misa Minggu untuk menjadi misionaris bagi iman. “So do not keep Christ to yourselves. Share with others the joy of your faith,” ujar Paus singkat. (Jangan simpan Kristus untuk diri kalian sendiri. Berbagilah dengan orang lain spaya merasakan sukacita iman kalian).
Dia tetap nyaman selama misa berkat sistem pendingin di altar. Paus pun mengumumkan bahwa Hari Pemuda Dunia berikutnya akan berlangsung di Rio de Janiero pada 2013, satu tahun lebih awal untuk menghindari bentrokan dengan Piala Dunia 2014 di Brazil.
Akibat hujan deras itu, beberapa kapel darurat di pinggiran lapangan terbang itu rusak. Ini memaksa penyelenggara mengumumkan, Minggu (21/8/2011), bahwa tidak semua orang akan dapat menerima komuni selama misa. Bahkan, kata Yago de la Cierva, ketua panitia Hari Pemuda Dunia, nyaris tidak akan ada orang yang menerima Ekaristi.
Kejadian ini sangat aneh, karena siang harinya cuaca sangat panas mencapai 104 derajat Fahrenheit, atau mendekati 40 derajat Celcius. Untuk mengurangi terik, petugas pemadam kebakaran menyemprotkan air kepada massa, dan peziarah pun mencari tempat teduh untuk berlindung.
Badai, hujan dan petir saat Paus berpidato itu menambah daftar kerepotan Paus di Spanyol. Sebelumnya, seperti diberitakan voa-islam.com, Paus didemo umat Katolik karena biaya kunjungannya yang terlalu mahal diambil dari pajak rakyat Spanyol.
Biaya kunjungan Paus yang besarnya lebih dari 100 juta euro diprotes pendemo karena saat ini pemerintah Spanyol yang sedang berjuang menghadapi krisis ekonomi. Spanyol telah mengadopsi langkah penghematan, guna memenuhi target pengurangan defisit. Tingkat pengangguran saat ini di Spanyol berada pada level 20,89 persen, sementara tingkat pengangguran kaum muda melebihi angka 45 persen.
Label:
IslamUntukSemua
Muslihat di sebalik permohonan maaf Kompas
Ahad lalu, harian terkenal Indonesia Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang diterbitkan mengenai dirinya dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Namun, permohonan maaf itu didapati hanya diselitkan dalam satu wawancara dengan Najib. Malaysiakini juga difahamkan bahawa ia juga dilakukan pada saat-saat terakhir oleh pengurusan tertinggi Kompas.
Artikel pedas, yang menjadi kontroversi itu bertajuk 'Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar'. Ia disiarkan pada isu Kompas 4 Ogos lalu tetapi dengan mudahnya boleh dilayari di versi Internet di Malaysia.
Antara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan "mafia Rusia".
Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.
Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani "kehidupan yang penuh kontroversi", dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene.
Menurut penulis, perjanjian yang mencurigakan itu antara faktor yang membawa kepada pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Menyedari artikel berkenaan mampu memberi kesan dan menjejaskan reputasi Najib, dua penasihat perhubungan awam tidak rasmi Najib - seorang daripada mereka dikaitkan dengan konglomerat Indonesia - bertindak segera mententeramkan keadaan - dengan meminta Kompas memohon maaf.
Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.
Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.
Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.
Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.
Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".
Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'.
Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.
Artikel wawancara dengan Najib itu memetik perdana menteri Malaysia itu menafikan dakwaan dalam artikel Kompas sebelum ini dan diikuti dengan permohonan maaf satu ayat yang berbunyi: “Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan Keluarga."
Selain menerbitkan penafian Najib, akhbar itu juga tidak menyatakan bahawa dakwaan dalam artikelnya itu adalah tidak benar. Malah Kompas juga tidak menarik semula balik artikel, yang didakwa menghina Najib dan isterinya itu.
Namun, di Malaysia, media arus perdana mencanang-canangkan permohonan maaf itu dan menyiarkannya di halaman utama mereka.
Label:
Selamatkan1Malaysia
Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar
Datin Sri Rosmah Mansor, istri Perdana Menteri Malaysia Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak dituduh punya cincin berlian senilai 24 juta dollar AS.
Jumat (29/7), Datin Sri Rosmah Mansor muncul dan mengungkapkan bantahan di harian berbahasa Inggris, The Star, yang menyatakan tuduhan itu adalah fitnah dan tidak berdasar. Sejumlah foto pemberitahuan bea cukai (Kastam Malaysia) atas impor cincin berlian senilai lebih dari 24 juta dollar AS dari pialang berlian kelas dunia, Jacob and Co, di New York, AS, dan nama pengekspor atas nama Datin Sri Rosmah Mansor beredar luas di internet. Bantahan Datin Rosmah menghiasi halaman favorit di situs Thestaronline.com. Rosmah menduga ada pihak yang memanfaatkan namanya dikaitkan dengan cincin berlian yang harganya selangit itu.
Perusahaan Jacob and Co yang namanya dikaitkan dengan berlian ratusan miliar rupiah itu pun dikenal kontroversial. Penulis di situs Themalaysianinsider.com, Yow Hong Chieh, mencatat, Jacob Arabo, seorang Yahudi asal Uzbekistan, pemilik Jacob and Co, berulang kali ditangkap aparat karena diduga terlibat pencucian uang hasil kejahatan.
Kontroversi Datin Rosmah
Kehidupan Datin Sri Rosmah Mansor memang penuh kontroversi. Perusahaan Rosmah, Perimekar Sendirian Berhad (Sdn Bhd), diketahui Parlemen Malaysia menerima uang jasa 100 juta euro (sekitar Rp 1,2 triliun) atas pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis.
Pertengahan Juli, pengacara Perancis, William Bourdon, yang mewakili sejumlah aktivis pro-Demokrasi Malaysia, menggugat Perimekar Sdn Bhd atas dugaan suap dan korupsi dalam kasus kapal selam Scorpene. Ia ditahan imigrasi Malaysia, lalu dideportasi. Tindakan itu memicu protes dari penggiat hak asasi manusia di Malaysia, seperti lembaga Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Kasus pembelian kapal selam Perancis, pesawat tempur jet Rusia, dan persenjataan lain diduga mengakibatkan pembunuhan model asal Mongolia, Altantuya Shaarribuu, bulan April 2006. Altantuya, putri seorang profesor di Ulan Bator, diketahui memiliki hubungan khusus dengan Abdul Razak Baginda, penasihat pribadi PM Najib Razak.
Altantuya yang fasih berbahasa Rusia dan sejumlah bahasa asing, menurut pihak oposisi, mengerti betul seluk-beluk pembelian senjata yang digunakan Angkatan Tentera Diraja Malaysia itu. Karena menuntut terlalu banyak, akhirnya ia ditembak mati, lalu tubuhnya diledakkan. Situs berita Singapura, Channelnewsasia.com, pada 9 April 2009 melaporkan, dua polisi, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dijatuhi hukuman mati karena menjadi eksekutor Altantuya. Namun, auktor intelektualis dan dugaan korupsi pembelian senjata tidak pernah disidangkan hingga pihak oposisi Malaysia mengajukan gugatan di Pengadilan Paris, Perancis.
Kontroversi lain yang melingkupi Datin Rosmah adalah hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev asal Kazakhstan. Maira Nazarbayev yang memiliki gaya hidup ala Imelda Marcos konon memiliki kaitan dengan Organisatziya atau mafia Rusia. Maira Nazarbayev kerap bepergian bersama Datin Rosmah.
Mungkinkah kasus cincin berlian 24 juta dollar AS ini nanti menjadi pintu perubahan dan demokratisasi Malaysia? Hanya rakyat Malaysia sendiri yang menentukan. (Iwan Santosa)
(kompas)
Label:
Selamatkan1Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)