Pengubahan Wang? Persoalan-persoalan Di Australia Untuk Onn Mahmud, Saudara Taib – EKSKLUSIF!
sarawakreport
Dikehendaki untuk disoalsiasat? Saudara Taib yang juga rakaniaganya, Onn Mahmud
Rakaniaga kepada Ketua Menteri Taib Mahmud iaitu saudaranya sendiri
Onn Mahmud telah melarikan diri dan bersembunyi tanpa menjawab beberapa
persoalan di Sydney, di mana dia sekeluarga menghuni salah sebuah rumah
paling pintar di bandaraya itu.
Dokumen-dokumen yang berjaya diperolehi oleh Sarawak Report itu
menunjukkan bahawa Onn Mahmud telah memberikan maklumat-maklumat yang
bercanggah kepada pihak-pihak berkuasa Australia dalam usahanya untuk
mendapatkan visa perniagaan dan kemudiannya mengekspot hasil-hasil dari
beberapa siri transaksi hartanah bernilai berjuta-juta dollar.
Maklumat-maklumat yang mengelirukan yang diberikan kepada pihak-pihak
berkuasa Australia termasuk dakwaan bahawa mereka adalah syarikat
asing, Ryan Park Limited, yang digunakan untuk menaja permohonan
visanya, adalah sebenarnya “Syarikat Persendirian Australia” yang
berdaftar di Australia.
Kami berjaya mendedahkan bahawa Onn Mahmud telah membeli dan menjual
semula pelaburan bernilai beratus juta dollar di Sydney, menerusi sebuah
jaringan syarikat-syarikat luar negara, beribupejabat di kepulauan
Cayman dan diuruskan oleh sebuah bank Amerika yang terkenal, Merril
Lynch, dari pejabat-pejabat mereka di Isle of Man.
Permohonan visa itu, yang dikemukakan oleh saudara Ketua Menteri itu
kepada pihak-pihak berkuasa Australia, jelas menunjukkan bahawa Ryan
Park dan rakan-rakaniaganya (yang kesemuanya dikendalikan sepenuhnya
oleh Onn sendiri) memiliki aset-aset pelaburan di Australia bernilai
melebihi A$50 juta.
Permohonan visa – melebihi A$50 juta dilaburkan oleh syarikat-syarikat Onn Mahmud di Sydney
Permohonan itu menjelaskan bahawa Onn memegang jawatan ‘Pengurus Am –
Australia’ untuk syarikat-syarikat ini, bertindak selaku “pekerja
tunggal”, yang “melaporkan terus kepada Pengarah-Pengarah”. Namun, Onn
adalah merupakan pemilik mutlak ke atas syarikat-syarikatnya itu.
Namun, kami dapat membuktikan bahawa Onn Mahmud telah memberikan
butir- butir yang palsu untuk mendapatkan Nombor Perniagaan Australia
(ABN) untuk salah sebuah dari syarikat-syarikatnya, Ryan Park Limited,
walaupun sebenarnya ianya tidak wujud dalam daftar Syarikat Australia
(ASIC).
Syarikat
Ryan Park Ltd digunakan untuk menaja permohonan visa untuk Onn Mahmud.
Namun, ianya bukan Syarikat Persendirian Australia sebagaimana
didaftarkan. Tiada bukti mengenai pengkopratannya dalam Daftar Syarikat
Australia (ASIC).
Sebuah lagi syarikatnya, Ferncroft Ltd, didaftarkan sebagai “entiti
lain bukan dikorporatkan”. Di bawah akta perniagaan Australia istilah
ini seharusnya diguna-pakai pada sebarang persatuan yang melibatkan
“sebilangan orang berkumpul untuk satu tujuan yang sama yang bersifat
sebagai sebuah kelab, contohnya, kelab sukan, kelab sosial atau kesatuan
sekerja”
Ferncroft Limited didaftarkan sebagai “Entiti Lain Bukan Dikorporatkan”.
Kesatuan sedemikian seharusnya memiliki “sifat-sifat sebagai sebuah
kelab” yang mempunyai “keahlian kesatuan” dan “persiapan untuk
mengadakan mesyuarat-mesyuarat berperlembagaan untuk ahli-ahlinya dan
juga untuk melantik ahli-ahli ke jawatan-jawatan tertentu”. Maka,
Sarawak Report ingin bertanya sama ada pendaftarannya adalah sesuai
sebagai sebuah syarikat hartanah, yang membangunkan dan kemudian menjual
sebuah blok pejabat di Elizabeth Street, di tengah-tengah Sydney untuk
mendapatkan keuntungan yang lumayan.
Dua buah lagi syarikat yang dikendalikan oleh Onn (Golden Arrow dan
Cherry Blossom) bukan didaftarkan dengan nombor-nombor Perniagaan
Australian ABN untuk tujuan percukaian, walaupun permohonan visanya
jelas menunjukkan bahawa syarikat-syarikat itu memiliki aset hartanah
berjuta-juta dollar dalam bentuk dua buah hotel mewah.
Sebaliknya kami berjaya menjejaki empat buah syarikat ke kepulauan
Caymen, di mana kesemuanya dikorporatkan sebagai syarikat “bukan
pemastautin” pada masa permohonan visa (walaupun 3 buah darinya termasuk
Ryan Park Ltd, kini telah dikeluarkan dari daftar).
Blok rumah pangsa di Potts Point Sydney – dibeli oleh Onn Mahmud pada tahun 1991 menerusi Ryan Park Limited
Sifat luar biasa pada pendaftaran syarikat-syarikat Onn telah menarik
perhatian pihak percukaian Australia, yang mengharapkan kesemua
syarikatnya didaftarkan secara betul untuk tujuan percukaian.
Onn Mahmud telah memberikan cerita yang lain berkenaan Ryan Park Ltd,
setelah syarikat itu membuat keuntungan dengan menjual sebuah blok
rumah pangsa utama, Oakford Apartment, di salah sebuah kawasan pintar di
Sydney, Wylde Street, di Potts Point.
Semasa memohon visa Onn telah merekodkan Ryan Park sebagai sebuah
syarikat persendirian Australia dan mengemukakan rancangan perniagaan
yang terperinci untuk membangunkan semula Oakford, dengan mewujudkan
banyak pekerjaan juga.
Dia menambah, bahawa blok itu merupakan sebahagian dari portfolio
hotel-hotel, pejabat-pejabat, rumah-rumah pangsa dan restoran-restoran
yang disenaraikan sebagai sebahagian dari perniagaan yang lebih luas di
Sydney, termasuk blok pejabat di No. 287 Elizabeth Street, The Boundary
Hotel dan The Valentine Hotel di George Street.
Keuntungan A$11 juta dari hasil jualan semula hartanahnya
Namun, 5 tahun kemudian Onn telah menjual semula hartanahnya itu pada
harga A$15.5 juta dengan keuntungan sebanyak A$11 juta dari harga
asalnya berjumlah A$4.5 juta. Di sini bank Merril Lynch di kepulauan
Cayman telah menandatangani SD di Isle of Man, mendakwa bahawa Ryan Park
Ltd adalah syarikat asing yang tidak berdaftar, yang tidak berniaga di
Australia dan juga tidak mempunyai ARBN.
Bukan
sebuah syarikat persendirian Australia. Keuntungan dari jualan hartanah
di Sydney ini sedang ditahan oleh sebuah pejabat luar negara yang
dikendalikan dari Isle of Man
Syurga
setinggan. Blok di kawasan pintar ini kini terbiar. Kolam renangnya
berbahaya dan tidak bertutup, pintu utamanya tidak dikawal dan
tingkapnya renggang di tingkat bawah (foto Julai 2012).
Maka kami ingin mencadangkan kepada Onn untuk membetulkan rekod-rekod
mengenai syarikat-syarikatnya dengan pihak-pihak berkuasa yang
berkenaan. Sebagai menambah rekod pada kami Onn Mahmud telah berhenti
menjadi Pengarah di Valentine Hotel di George Street dalam tahun 2004,
dengan menyerahkan jawatan itu kepada isterinya, Halimantan Abdul Ghani,
yang mengendalikan perniagaan menerusi syarikat Donmastry.
No.
287 Elizabeth Street – blok pejabat utama di tengah-tengah Sydney yang
dibeli oleh Onn kemudiannya dibangunkan semula oleh syarikatnya,
Ferncroft Ltd, kemudian dijualnya semula
Dalam pada itu, Sarawak Report tertarik dengan jumlah pelaburan Onn
Mahmud yang luar biasa besarnya di Australia, dengan membangkitkan
persoalan bagaimana seorang saudara kepada Ketua Menteri mempunyai
jutaan dollar untuk dilaburkan?
Dengan statusnya sebagai Orang Politik Yang Didedahkan (PEP) dari
Malaysia, persoalan-persoalan ini seharusnya disiasat terlebih dahulu
oleh bank-bank yang membantu perniagaannya, kerana sifat perniagaan itu
adalah pengubahan wang haram.
Adakah persoalan itu akan mendedahkan bahawa Onn Mahmud adalah
seorang peniaga yang beroperasi dengan bantuan kerajaan negerinya yang
korup yang ditadbirurus oleh saudaranya sendiri?
Sebenarnya Sarawak Report pernah mendokumentasikan, selama beberapa
tahun Onn Mahmud telah bertindak selaku rakaniaga yang ketara kepada
Abdul Taib Mahmud, bekerja ditengah-tengah empayar perniagaan keluarga
Taib.
Sebagai contoh, Onn adalah merupakan Pengarah pertama dalam syarikat
Sakto milik keluarga Taib di Kanada, yang telah ditubuhkan menggunakan
wang Taib sendiri dalam tahun 1983 sebagaimana didakwanya suatu masa
dahulu. Dia juga bertindak selaku Pengarah pertama dalam syarikat Sakti
di US. Pengarah-pengarah lain adalah anak-anak Taib, seorang lagi
saudaranya Arip Mahmud dan pada kes Sakti, Taib sendiri!
The Valentine Hotel di George Street – sebuah lagi hotel milik Onn Mahmud yang dikendalikan secara rahsia dari Isle of Man
Yang lebih signifikan lagi, Onn bertindak selaku Pengarah urusan dan
pemegang banyak saham dalam syarikat Taib di Sarawak, CMS, sebaik sahaja
keluarga itu mengambilalih syarikat itu dalam tahun 1989 sehingga ianya
diserahkan kepada kepengarahan anak-anak Taib dalam tahun 2004.
Dalam pada itu, Onn (dan isterinya) juga merupakan pemegang utama
saham-saham dan bertindak selaku Pengarah dalam syarikatnya, Achi Jaya
Sdn Bhd, yang mengendalikan syarikat Achipeligo milik Taib yang telah
diberikan monopoli untuk mengeluarkan lesen-lesen mengangkut keluar kayu
balak dari Sarawak.
Menurut sumber dalaman yang melaporkan kepada Sarawak Report monopoli
itu bernilai US$2 billion setahun selama 30 tahun yang lalu, dalam
bentuk wang sogokan. Dalam tahun 2007 pihak percukaian Jepun telah
mendapati sejumlah beberapa juta yang telah dibayar oleh
syarikat-syarikat perkapalan tertentu kepada syarikat Regent Star milik
Onn yang berpejabat di Hong Kong.
Sarawak Report telah memperolehi bukti-bukti seterusnya bahawa wang
untuk membeli hartanah di Sydney untuk syarikat-syarikat Onn Mahmud
telah dihantar oleh bank Merril Lynch dari Hong Kong menerusi cawangan
mereka di Singapura.
Kami juga difahamkan bahawa keseluruhan portfolio ini dikendalikan
oleh bank utama US ini (kini telah diambilalih oleh Bank of America)
dibawah amanah yang ditubuhkan di Isle of Man, yang mengendalikan
jaringan syarikat di kepulauan Cayman. Dengan pelupusan
syarikat-syarikat yang lain, amanah ini dipercayai telah dikendalikan
menerusi syarikat yang masih beroperasi, Golden Arrow Limited.
Makanan Malaysia, dikendalikan oleh isteri Onn Mahmud di hotel butiknya di Sydney – The Valentine Hotel di George Street
Ini merupakan sebahagian dari siri-siri amanah luar negara Taib, yang
kami kenalpasti sebagai dijaga oleh khidmat nomininya yang diuruskan
oleh bank-bank antarabangsa yang berprestasi tinggi.
Ianya merupakan suatu urusan yang diatur sebegitu rupa untuk menjaga
kerahsiaan identiti Onn sebagai pengendali mutlak semua wang itu yang
disalurkan menerusi Australia setelah beberapa siri transaksi hartanah
yang amat lumayan itu.
Kegagalan kerajaan Malaysia untuk mengekang masalah rasuahnya, tidak
melepaskan bank-bank antarabangsa seperti Merril Lynch dari peraturan
mereka sendiri dan juga undang-undang Amerika dalam kegiatan haram
membantu dalam pengubahan wang, sebagaimana dilakukan oleh bank UBS yang
kini disiasat kerana membantu pengubahan wang yang dilakukan oleh Ketua
Menteri Sabah, Musa Aman.
Kami ingin mencabar Bank of America untuk memberikan kami maklumat
mengenai apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Merril Lynch
dalam mempastikan bahawa ratusan juta dollar yang disembunyikan oleh Onn
yang mereka uruskan di Isle of man itu bukannya keuntungan dari wang
yang diubah secara haram hasil sogokan pembalakan haram di Sarawak?
Anda ingin mengekspot kesemuanya? Mohon lesen dari saudara saya Onn terlebih dahulu