Monday, March 4, 2013

800,000 Warga Filipina di Sabah?

Terpulang kepada Malaysia untuk uruskan militan Sulu, kata Filipina

Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita
March 04, 2013
Bot Tentera Laut Diraja Malaysia sedang membuat rondaan di pantai Tanjung Labian, berhampiran lokasi lebih 100 lelaki bersenjata sedang berhimpun di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 20 Februari 2013. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 4 Mac — Kerajaann Filipina hari ini menyerahkan nasib militan Filipina yang mendakwa sebagai Tentera Kesultanan Sulu di Sabah kepada kerajaan Malaysia, berikutan usaha untuk menamatkan keganasan secara rundingan aman telah menemui jalan buntu.
Dalam temuramah bersama ABS-CBN News Channel pagi tadi, jurucakap presiden  Edwin Lacierda berkata lebih 200 pengikut kesultanan Sulu masih lagi berada di Sabah, menolak untuk berundur walaupun pertempuran telah berlaku sejak Jumaat lalu telah meragut 28 nyawa setakat ini.
Bagaimanapun, laman web berkenaan melaporkan di;www.abs-cbnnews.com, Lacierda bagaimanapun tidak menyatakan sekiranya bersetuju bahawa “peluang” telah tertutup untuk rundingan keranamereka telah membunuh anggota keselamatan.
“Malaysia telah masuk campur. Ada kematian di pihak mereka. Mereka mahu menyelesaikannya melalui syarat mereka. Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak sebelum insiden berkata baka pwede pa pero (ia mungkin boleh dilakukan) tapi sekarang, kejadian serius telah berlaku,” katanya kepada Mornings@ANC, berdasarkan laporan berkenaan.
Lacierda mengesahkan kerajaan Filipina mengesyaki keluarga Kiram bekerjasama dengan “orang luar”, namun tidak menyatakan secara terperinci.
Jelasnya, berdasarkan rundingan awal antara wakil kerajaan dengan Sultan Jamalul Kiram III, yang mana adik kepada, Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan militan di Sabah, Jamalul sering menukar “matlamat.”
“Mereka mahu kerajaan menekan tuntutan ke atas Sabah. Apa yang presiden kata? Kami akan mengkaji tuntutan mereka. Saya telah bentuk pasukan untuk mengkaji tuntutan berkenaan,” katanya dipetik sebagai berkata.
Lacierda juga berkata persetujuan untuk menamatkan krisis tersebut hampir berlaku, namun satu panggilan telefon mengubah segalanya. Kerajaan Filipina sekarang sedang cuba mencari sekiranya “perunding” berkenaan bekerjasama dengan keluarga Kiram berkenaan tuntutan mereka, kata jurucakap tersebut.
Lacierda turut mengulangi kerajaan Filipina telah beberapa kali merayu agar militan berkenaan berundur dan membincangkan tuntutan mereka.
Jamalul, bagaimanapun menolak arahan tersebut sebaliknya mengarahkan militan yang diketuai abangnya Raja Muda Agbimuddin Kiram, terus kekal di sana.
Dalam laman Twitter hari ini, laporan berita berkenaan memetik Lacierda sebagai berkata kerajaan juga berunding dengan pemimpin Muslim dan menghantar wakil Muslim untuk berbincang dengan keluarga Kiram dalam isu tersebut.
“Lacierda: Kami serius mengkaji tuntutan Kiram.” tweetnya di; @ANCALERTS.
Lacierda juga turut menegaskan, Istana MalacaƱang, kediaman rasmi Presiden Filipina Benigno Aquino III, tidak menerima sebarang surat  daripada Raja Muda Agbimuddin Kirampada 2010, di mana raja muda Sulu itu dilaporkan berkata telah menyatakan tuntutan keluarganya terhadap Sabah.
“Setakat ini, surat (didakwa daripada Kiram) tidak pernah diterima presiden,” katanya dipetik Saluran TV Filipina.
Tetapi Lacierda juga berkata bahawa daripada rekod Suruhanjaya Perlembagaan mengenai isu itu, tuntutan ke Sabah tidak pernah dilepaskan.
“Ia ada di sana,” katanya.
Jurucakap presiden itu juga berkata kerajaan Filipina kini berusaha untuk memastikan 800,000 rakyat Filipina yang kini menetap di Sabah tidak akan terjejas oleh konflik bersenjata di negeri ini.
Beliau mempersoalkan hak Sultan Jamalul Kiram membahayakan nyawa rakyat Filipina yang tidak berdosa di Sabah semata-mata mahu menuntut tuntutan peribadi.
“Lacierda: Kita telah meminta mereka untuk meletakkan senjata mereka, kembali supaya kita boleh berbincang. Masa itu telah berlalu.
“Lacierda: Kami terus memberitahu mereka bahawa hidup ini adalah pilihan yang lebih baik daripada kematian Ia adalah satu hak asasi manusia dan itulah apa yang kita mahu dari mereka,” ABS-CBN menulis dalam beberapa siri tweet.
Menurut laporan Philippine Daily Inquirer Jumaat lepas, Agbimuddin telah menulis untuk Aquino dua hari sebelum mengambil alih jawatan dan mengucapkan tahniah pada tahun 2010, pada pentadbiran baru dan mencari petunjuk apakah tindakan Kesultanan perlu diambil dalam tuntutan ke atas Sabah.
Dalam surat itu, Agbimuddin turut berkata kepada Aquino tentang mewujudkanInterim Supreme Royal Ruling Council (ISRRC) di bawah Kesultanan, berikutan satu siri perundingan di Siminil, Indanan dan Kawit, di Filipina, lapor akhbar berkenaan.
Agbimuddin, yang merupakan pengerusi ISRRC, turut melahirkan kekecewaan selama lima dekad tuntutan ke atas Sabah oleh pengikut-pengikutnya diabaikan, dan mengakhiri surat itu dengan menyatakan harapan untuk melihat “perubahan dalam isu Sabah” di bawah pentadbiran Aquino.
Sehingga semalam, 22 hari sejak pemberontak Islam tiba di Lahad Datu, Sabah, lapan anggota polis Malaysia dan 20 militan telah dilaporkan meninggal dunia semasa pertempuran di tiga daerah di pantai timur Sabah.
Putrajaya sebelum cuba untuk berunding secara damai dengan militan filipina berkenaan, tetapi memberi amaran mereka tidak akan teragak-agak untuk menggunakan senjata menentang kumpulan itu supaya mereka keluar dari Sabah.