Friday, December 31, 2010

Politikus pontianak: Apa pilihan pengundi?

Oleh K Pragalath
615181269lKOMENTAR FMT Sejak Mac 2008 hingga sekarang, politikus terpampang di muka depan akhbar kerana sebab-sebab yang kurang manis.
Rasuah, skandal seks, penyelewengan wang dan kontrak dan bermacam-macam lagi. Ia membuatkan saya tertanya apakah kita rakyat biasa tiada pilihan.
Sebelum 2008, segala perkara jelak ini dipelopori anggota Barisan Nasional (BN), umpamanya kes istana Zakaria Md Deros di Klang.
                                                                                                                                                                       
Barisan pembangkang diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim, PKR dan rakan-rakan kelihatan suci bagai gerimis pagi. Idealisme reformasi dan keadilan yang ditonjolkan serasi dengan sentimen rakyat kebanyakan. Namun setelah lebih dua tahun, idealisme ini sudah jadi kenangan lampau.
Mengapa apabila mandat diperoleh, kuasa yang diamanahkan rakyat disalah gunakan sebegitu rupa oleh para politikus?
Ada apa dengan politikus sehingga mereka rakus menghisap darah rakyat bagaikan pontianak? Mungkin lebih baik kita berbicara dengan ‘Pontianak Harum’ Maya Karin berkenaan isu alam sekitar berbanding dengan pontianak politikus yang cuba mengaut keuntungan peribadi dengan alasan kemahuan rakyat.
Melalui pendedahan laman web WikiLeaks, pemimpin BN bersorak mengatakan Ketua Pembangkang sememangnya seorang peliwat namun mereka menyepi apabila laporan laman web tersebut turut menyatakan seorang menteri kabinet telah memperkosa orang gaji Indonesia. Jika laporan pertama benar maka laporan terbaru ini boleh diandaikan benar.
Kesimpulannya, pontianak bertopengkan politikus wujud di kedua-kedua belah kumpulan politik.
Terkenangkan nasib pengundi, saya teringat kata-kata pelakon Abhishek Bachchan dalam filem Hindi bertajuk Yuva: “Susah hidup dengan mereka, susah hidup tanpa mereka.” Itulah hakikat pahit rakyat negara ini. Mahu tidak mahu rakyat memerlukan politikus, kecuali jika anarkis.
Pulau undi atau rosakkan undi?
Dalam keadaan begini, apakah pilihan yang ada untuk rakyat? Pilihan itu penting kerana rakyat menentukan pemimpin melalui pilihan raya.
Kumpulan Hindraf menganjurkan agar rakyat terutamanya yang berketurunan India agar memulaukan pilihanraya.
Implikasinya menurut mereka akan menyebabkan politikus sedar kepentingan undi masyarakat India. Namun apa yang tidak disebut ialah pemulauan ini boleh menyebabkan masyarakat tersebut dipulaukan terus. Ini kerana mereka tidak menggunakan hak yang diberikan kepada mereka sebagai warganegara.
Ia turut memberi ruang kepada penularan pengundi hantu. Satu lagi pilihan untuk para pengundi ialah dengan membuang undi rosak. Membuang undi rosak akan memastikan hak sebagai pengundi kekal dan mengekang penularan pengundi hantu.
Pola pengundian tersebut akan memberi isyarat yang jelas kepada politikus agar mereka tidak menjadi pontianak.
Undi rosak turut menyumbang kepada pembentukan ahli parlimen baru. Contohnya, dalam pilihan raya umum 2008, calon PAS di Hulu Langat mengalahkan calon Umno kerana peningkatan jumlah undi rosak.
Kegiatan merosakkan undi mungkin merupakan igauan terburuk politikus tetapi ia boleh menjadi mimpi manis pengundi.

2011: Padamkah cahaya kebebasan media?

Amran Ahmad
Menutup tirai 2010 dan membuka lembaran baru 2011 tidak sarat dengan maknanya bagi sesetengah orang walaupun banyak perkara menarik dijangka berlaku tahun 2011 dengan pelbagai ramalan tarikh pilihanraya umum ke-13 bagi Malaysia, kemungkinan berlakunya gelembong pasaran hartanah, berita baik untuk pekerja sektor swasta, prospek pertumbuhan ekonomi negara dan sebagainya.
Hal-hal sedemikian mungkin antara acara atau perkara baru yang dijangka berlaku, namun jangan pula dilupakan banyak isu-isu tertunggak yang turut sama terheret ke tahun 2011 kerana masih ada yang membelenggu, belum diselesaikan dan mengalami evolusi berterusan terutama kebebasan media yang masih menjadi duri dalam daging kerana rakyat dahagakan berita yang seimbang dari media arus perdana dalam usaha mewujudkan masyarakat yang kritis lagi kritikal menjelang tahun 2020 dengan Malaysia mencapai status negara maju.
Walaupun hari ini adalah lebih baik berbanding semalam dengan kewujudan beberapa portal berita dan akhbar bersaiz tabloid yang mengamalkan keterbukaan dan keseimbangan pemberitaan terutama hal-hal berkaitan politik Malaysia, namun kebebasan sebenar masih belum tercapai kerana parti-parti politik masih menguasai media arus perdana.
Selagi parti-parti politik menguasai media terutama akhbar arus perdana, maka selagi itulah rakyat pelbagai kaum akan disajikan dengan berita-berita yang tidak seimbang, jumud dan kadang-kala menyemarakkan api perkauman yang jika terus ditiupkan, maka bencananya akan menghancurkan negara atau setidak-tidaknya menarik negara terkebelakang.
Apa yang terngiang-ngiang di telinga penulis sehingga menyebabkan bulu roma meremang ialah bertiup kencang khabar angin yang membawa pengkisahan seorang lagi pejuang kesatuan sekerja dalam industri media negara yang begitu lantang dalam memperkatakan mengenai isu kebebasan media akan dikenakan tindakan oleh syarikat di mana beliau bekerja pada masa ini.
Beliau mungkin mengalami nasib yang sama seperti penulis yang bukan sahaja kehilangan pekerjaan ekoran mengeluarkan kenyataan sebagai pemimpin kesatuan sekerja, malah bakal mengalami trauma dan bahana dalam mendapatkan pekerjaan baru untuk menyara kehidupan dengan segala kesukaran dan keperitan akibat status buang kerja yang diraih.
Jika ini berlaku, maka negara boleh mengisytiharkan tarikh itu sebagai hari hitam kebebasan media kerana pemimpin kesatuan sekerja tidak lagi dibolehkan untuk bercakap tentang kebebasan media sedangkan antara asas perjuangan kesatuan sekerja dalam industri media ialah memperjuangkan isu kebebasan media sejak sekian lama dan demi profesionalisme kerjaya kewartawanan.
Apa gunanya ada kesatuan sekerja yang memayungi ribuan ahli-ahlinya jika mahu ia bergerak ala-ala persatuan tanpa mampu untuk membicarakan isu-isu nasional yang melibatkan kepentingan rakyat pelbagai kaum di negara ini terutama kebebasan media selain hanya bercakap mengenai kebajikan dan gaji ahli-ahli semata-mata.
Jika ini berlaku, satu lagi episod hitam dalam kebebasan media negara ini bakal berlaku buat kali kedua selepas 50 tahun semenjak peristiwa mogokUtusan tahun 1961 yang dikepalai oleh Said Zahari (gambar kiri) bagi menghalang penguasaan parti politik dalam akhbar keramat masyarakat Melayu itu yang menjadi ingatan dan kenangan buat pendokong kebebasan media.
Justeru, sebagai membuka tirai baru 2011, penulis ingin mengulangi peringatan mengenai keperluan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, supaya para penerbit tidak perlu lagi memohon lesen penerbitan akhbar dan majalah bagi memberi lebih ruang dan keterbukaan dalam penerbitan akhbar arus perdana.
Dalam semangat untuk terus berjuang ke arah kebebasan media yang lebih terbuka dan seimbang, sesekali wajarlah untuk terus menjenguk kepada aspek terpenting kalau bukan utama mengenai pemilikan akhbar-akhbar arus perdana oleh parti-parti politik, seperti UMNO memiliki Utusan Melayu (M) Berhad dan Kumpulan NSTP, MCA pula menguasai The Star manakala MIC menguasai saham dalam syarikat yang menaungi akhbar Tamil Nesan.
Rakyat Malaysia harus terus memujuk semua parti komponen BN untuk melepaskan pegangan dalam semua akhbar-akhbar arus perdana ini bagi merealisasikan impian kalau bukan angan-angan untuk melihat kebebasan media yang lebih seimbang, terbuka, bukan berteraskan perkauman dan mendapat perhatian oleh kebanyakan rakyat "atas pagar".
Pada masa yang sama, pemimpin kesatuan sekerja di negara ini perlu terus dilindungi dari segala bentuk ancaman, ugutan serta tindakan yang boleh menamatkan kerjaya mana-mana individu kerana perjuangan murni ke arah kebangkitan bangsa yang lebih dinamik harus dipertahankan walaupun realitinya, setiap perjuangan itu ada risikonya tersendiri.
Bagi orang kebanyakan seperti penulis yang sedang menghadapi perbicaraan kes buang kerja oleh Utusan Melayu (M) Berhad yang baru mula didengar pada 21 Disember yang lalu dan bakal memasuki pusingan kedua pada 24 Januari akan datang, tahun 2011 tidak lebih dari sekadar kesinambungan untuk mencari keadilan untuk diri sendiri, kesatuan sekerja yang pernah dianggotai dan dunia kewartawanan tempatan secara amnya.
Jika diambil beberapa kes buang kerja sebelum ini yang biasanya mengambil masa sehingga tiga tahun melibatkan lebih 10 pusingan kesemuanya sebagai penanda aras, maka tahun 2011 ini hanya perjalanan seterusnya untuk mendapat pengadilan sewajarnya sebelum menjengah tahun berikutnya.
*Amran Ahmad ialah bekas Pengerusi NUJ Utusan Melayu.

Cuma, apakah curang boleh wujud bersama cinta?

Josh Hong
"Berkata benarlah engkau kepada diri sendiri, sedemikian halnya, pada siang dan malam, engkau tidak dapat berkata bohong kepada orang lain."  (This above all: to thine own self be true, and it must follow, as the night the day, thou canst not then be false to any man.)
Ungkapan ini daripada Polonius, watak dalam Hamlet oleh William Shakespeare.  Namun pada hakikatnya, siapakah pula yang mampu untuk mengatakan dirinya tidak berdosa, meskipun sedikit, kerana diri kita tidak pernah berbohong terhadap diri mahupun orang lain?
Menurut Kitab Injil, kebenaran membawa kebebasan.  Namun demikian, apakah seseorang itu akan bebas apabila beliau jujur terhadap dirinya?  Tidak semestinya.
Ketika zaman empayar Byzantine, Gereja Ortodoks Timur mencadangkan agar hukuman dijatuhkan kepada homoseksual atas alasan bahawa amalan ini bakal mengundang bencana (misalnya gempa bumi dan kebuluran).  Justinian yang tidak sabar-sabar untuk memulihkan kegemilangan zaman Rom memerlukan sokongan daripada Gereja Ortodoks.  Maka beliau mengangguk kepada cadangan ini, membuka lembaran sejarah menzalimi pengamal homoseksual di Eropah untuk beberapa kurun - menyaksikan bagaimana gay dimandulkan secara terbuka.
Dalam suasana agama yang menekankan "kasih", apa yang kurang dalam masyarakat ketika itu adalah kasih dan toleransi.  Umumnya memilih untuk berdiam diri - dan pendirian ini menyemarakkan kezaliman pemerintah dan gereja ortodoks.
Penindasan demi kuasa politik
Pada tahun 1980, profesor Universiti Yale di Amerika Syarikat, John Boswell dalam bukunya berjudul Christianity, Social Tolerance and Homosexuality menulis, gereja Katolik di Eropah agak bertoleransi terhadap homoseksual pada pertengahan abad ke-11 dan 12.  Ini kerana undang-undang feudalisme menetapkan hanya anak lelaki sulung yang dibenarkan untuk mewarisi harta pusaka.  Ramai paderi yang terpaksa berkahwin lantaran daripada tekanan keluarga untuk melanjutkan perusahaan keluarga.
Untuk memastikan agar paderi terus berkhidmat untuk Tuhan, maka gereja ortodoks menghalang paderi untuk berkahwin dan beranak.  Namun, paderi juga mempunyai keperluan seks.  Maka gereja ortodoks memberi "toleransi" kepada amalan homoseksual - sebelum kebangkitan kuasa konservatif yang kemudiannya mengharamkan homoseksual secara keseluruhan.
Jelas, penolakan, malah penindasan terhadap kaum minoriti dalam gender mempunyai pertimbangan kuasa politiknya.  Malah, faktor kapitalisme turut menjurus kepada penindasan ini.  Misalnya, pada kurun ke-18, keluarga menjadi unit asas dalam masyarakat, ketika revolusi industri Eropah yang memperlihatkan perubahan ekonomi.  Perindustrian memerlukan buruh, maka wanita dan kanak-kanak turut menjadi sebahagian daripada rantaian buruh.  Homoseksual perlu dibendung kerana ia dikhuatiri menyebabkan pengurangan populasi sehingga menjejaskan produktiviti perindustrian.
Di bawah tekanan masyarakat, ramai pengamal homoseksual terpaksa memaksa dirinya untuk menukar orientasi seksnya mengikut telunjuk arus perdana, meskipun pilihan ini mengingkari naluri mereka.  Ramai yang salah faham bahawa pengamal homoseksual memilih orientasi seks mereka.  Namun, orientasi seks bukan sesuatu yang dipilih mengikut kehendak seseorang, tetapi dibentuk semulajadi.
Orientasi seks seseorang pengamal homoseksual gagal diubah sebagaimana orientasi seks seseorang pengamal heteroseksual.  Babak riwayat hidup mereka kebanyakannya diakhiri dengan tragedi, apabila tekanan masyarakat bukan sahaja menyeksa diri seseorang pengamal homoseksual, malah "pasangan" mereka turut menderita.
Penulis terkenal Ireland, Oscar Wilde merupakan mangsa dalam sistem ketika itu.  Beliau dipaksa berkahwin, dan dihukum kerana masih berhubungan dengan lelaki lain selepas berkahwin.  Oscar Wilde dikatakan pernah mengingatkan anaknya supaya tidak menyinggung ibu sehingga menangis.  Anaknya pula bertanya sebaliknya, "Bagaimana pula dengan bapa yang sering tidak berada di rumah sehingga ibu sering menangis?"
Oscar membisu.  Beliau tidak terkata apa-apa kerana perkahwinan adalah pilihan dirinya.  Beliau tidak pernah merasai kasih ketika berdepan dengan tekanan masyarakat golongan atasan dan persatuan gereja.
Nasib Oscar mencungkil perhatian
Pengalaman Oscar mencungkil perhatian golongan sayap kiri di Jerman ketika itu.  Antaranya, salah seorang pengasas Parti Demokratik Sosialis, August Bebel memberi peringatan dalam parlimen bahawa Eropah tidak boleh memperlekehkan gejala di mana pemuda membunuh diri kerana orientasi seks mereka tidak diterima.  Malah, August Bebel menganggap hukuman undang-undang akan membentuk satu masyarakat yang ganas dan menganggap hanya dirinya berada pada pihak yang benar (self-righteous).
Ironinya, pandangan progresif golongan sayap kiri ini hanya terlaksana di Jerman Barat selepas dilanda kezaliman Nazi.  Sebaliknya, Jerman Timur yang menggelar dirinya "kiri" tidak pernah memperbetulkan diskriminasinya terhadap komuniti minoriti seks sehingga hari kerajaannya runtuh.
Sehingga hari ini, kedudukan golongan homoseksual dan minoriti dalam seksual di Eropah, Amerika Syarikat dan sesetengah negara di Asia telah diperbaiki.  Bagaimanapun, rintangan masih membujur di depan.  Dalam isu kontroversi seperti homoseksual, dunia kristian memilih sama ada untuk tidak menyatakan pendirian, ataupun mengkritik dengan memetik ayat dari kitab injil.  Kurang yang sudi tampil untuk menyatakan sokongan.
Di Amerika Syarikat, masih terdapat golongan sayap kanan yang ektrem konservatif yang menganggap penyakit AIDS sebagai hukuman Tuhan terhadap pengamal homoseksual.  Namun, ramai lagi mereka yang terpinggir dalam masyarakat seperti penagih dadah, pekerja seks, dan orang yang miskin - merupakan majoriti pesakit AIDS.  Di Kampung AIDS He-Nan, China, pesakitnya kebanyakan adalah mangsa ketidakadilan sistem dan kemiskinan, apakah mereka ini semua "padan" untuk dijangkiti penyakit itu?
Di Malaysia pula...
Di Malaysia pula, masalah yang terbesar adalah ugutan golongan Islam konservatif terhadap komuniti minoriti-seks.  Azwan Ismail yang tampil ke depan untuk mengakui dirinya gay, telah dihina di internet, malah menerima ugutan bunuh.  Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi juga menggesa agar tindakan tegas diambil ke atas komuniti homoseksual.  Cukup memilukan apabila pertubuhan agama, parti pemerintah dan pembangkang berdiam diri dalam isu ini.
Permintaan Azwan Ismail adalah mudah.  Beliau hanya enggan membohongi dirinya dan orang lain - meniru dan melagak seperti pengamal heteroseksual, berkahwin dan berkeluarga sebagaimana yang diharapkan masyarakat arus perdana.  Beliau hanya mahu hidup sebagai diri yang sebenarnya.  Masyarakat kita seolah-olah mempunyaidouble-standard dalam isu "kejujuran".  Pada kebanyakan masa, kita mahu orang untuk terus berpura-pura supaya sistem ini beroperasi dalam "keharmonian".
Sebagaimana yang dikatakan pembikin filem Amir Muhamad, kita perlu bergantung kepada riwayat hidup yang direka untuk mengekalkan kehidupan dalam komuniti.  Cuma, apakah curang boleh wujud bersama cinta?
*Josh Hong adalah penganalisa politik dan kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Tulisan ini disunting dan diterjemahkan oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

Komen: Perlencongan adat kebiasaan ini telah lama wujud.  Bahkan kaum Nabi Lut AS adalah pelaku yang paling terkenal dalam sejarah manusia. Bahkan sodomi diambil dari perkataan negeri Sodom yang telah pun diterbalikkan bumi oleh Allah SWT. Apakah dengan mengisytiharkan "homo" orang seperti Azwan merasa jujur dan tidak hipokrit? Tidak siapa yang boleh memaksa pendirian seseorang. Tuhan juga tidak memaksa walaupun Maha Berkuasa! Jika Allah memaksa, nescaya tidak ada kepercayaan lain selain yang dikehendakiNya. Dia memberi pilihan dengan menghantar Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan Kitab-kitab. Allah lebih tahu apa yang Dia perbuat dan keperluan makhlukNya.
Cuma orang yang lebih tahu dari kita selepas ketiadaan Pesuruh Allah berhak memberi pengajaran, pedoman dan tunjukajar, akhirnya kitalah yang membuat keputusan untuk diri kita, bukan orang lain. Mengisytiharkan perlakuan di luar tabii itu sendiri bukannya suatu kejujuran. Cuba tanya hati kecil anda, cuba fikir dengan fikiran dingin. Saya petik satu ungkapan dari blogger "Jika bapa anda seorang  pelaku amalan tersebut, apakah anda ada di bumi pada masa ini?".
Janganlah disalahkan masyarakat untuk menerima perlakuan songsang seperti golongan anda. Tabii makhluk adalah berpasangan, bukan sahaja manusia bahkan binatang dan tumbuhan. Jika tidak kerana pasangan dengan kembangbiaknya, kita tak akan ada makanan dari golongan binatang ataupun tumbuhan/buahan! Manusia dibumi pun tidak akan ada, jika cuma 2 orang lelaki @ perempuan sahaja yang menjadi induk...bila induk mati hapuslah bangsa manusia!!!!!!
Tidak menyatakan sesuatu tentang diri kita bukanlah suatu pembohongan!
Semoga Tuhan memberikan kesedaran kepada kita semua dan golongan anda.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui......

Orang Kena Cabul, Undang-Undang Pun Kena Cabul?


Istana Tiada Kuasa Mutlak Tentukan Calon Setiausaha Kerajaan Negeri

SS19
Merujuk kepada kenyataan yang dibuat kepada media 
oleh Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan 
Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani berkenaan 
pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 
(seperti laporan Berita Harian, 29 Disember 2010, m/s 2). 

Saya sebagai Ahli Dewan Negeri yang terlibat 
secara lansung dalam sebarang bentuk 
pindaan undang undang digamit untuk menyatakan bahawa, apa yang berlaku dan 
bagaimana isu tersebut dimainkan di media seolah-olah ada agenda jahat untuk 
melaga-lagakan Kerajaan Negeri dengan pihak Istana Selangor. Sebagai rakyat 
DYMM Sultan Selangor yang setia, saya memperakui bahawa kuasa eksekutif boleh 
dijalankan oleh DYMM Sultan Selangor atau Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) 
atau mana-mana ahli MMKN yang diberikuasa oleh MMKN sebagaimana dinyatakan 
dalam Fasal 50, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.  

Di bawah Fasal 55 (1), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, baginda 
DYMM Sultan Selangor hendaklah menjalankan fungsi baginda mengikut nasihat 
MMKN atau mana-mana ahli MMKN yang bertindak di bawah kuasa am 
MMKN, kecuali diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan Persekutuan atau 
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Ini adalah selaras dengan 
kedudukan baginda sebagai Raja Berperlembagaan.

Kuasa budi bicara baginda adalah sepertimana yang dinyatakan dalam 
Fasal 55 (2) (a) – (g) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, 
dan mana-mana lain peruntukan yang memberikan kuasa budi bicara 
kepada baginda oleh Perlembagaan Persekutuan atau Undang-undang Tubuh 
Kerajaan Selangor 1959. 

Setelah menyemak Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya 
dapati pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagaimana yang diperuntukkan 
oleh Fasal 52 (1), hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan. 
Fasal tersebut tidak menyatakan perlunya untuk mendapat perkenan DYMM Sultan 
Selangor.  

Tetapi berdasarkan laporan Berita Harian tersebut, Setiausaha Sulit kepada DYMM 
Sultan Selangor telah menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor perlu 
disembahmaklum dan mendapat perkenan baginda oleh kerana baginda adalah 
kuasa eksekutif di Negeri Selangor (sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal 50).  

Ini jelas sekali bahawa kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan yang dinyatakan 
dalam Fasal 52 (1) telah dibaca sekali dengan Fasal 50 yang memberikan kuasa 
eksekutif kepada baginda.  

Persoalannya, mengapa Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor tersebut 
tidak membaca Fasal 50 dan 52 (1) tersebut bersekali dengan Fasal 55 (1) yang 
mengkehendaki baginda DYMM Sultan Selangor bertindak mengikut nasihat 
MMKN dalam menjalankan mana-mana fungsi baginda?  

Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh hendaklah bukan sahaja dibaca secara 
tersurat (literal) tetapi juga hendaklah mengikut konvensyen (adat dan adab 
perlembagaan). Konvensyen adalah sesuatu yang tidak bertulis tetapi menjadi 
amalan dan ianya dianggap “daging yang membaluti kerangka perlembagaan” 
(the flesh that covers the bare bones of the constitution).  

Ia adalah satu kiasan yang mengibaratkan perlembagaan sebagai satu rangka 
bernyawa yang hanya lengkap dan berfungsi dengan sempurna sekiranya ianya 
dibaluti oleh tubuh. Bolehkah satu benda bernyawa berfungsi dengan rangka 
sahaja tanpa daging tubuhnya? 

Oleh itu, saya selaku salah seorang Ahli Dewan Negeri Selangor menegaskan bahawa: 

Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor dan/atau mantan Ketua 
Pembangkang Dewan Negeri Selangor bukanlah pihak berkuasa (authority) yang 
selayaknya menafsir Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor mengikut tafsiran sendiri;

baginda DYMM Sultan Selangor selaku Raja Berperlembagaan hendaklah mendapat 
nasihat dan bertindak mengikut nasihat MMKN dalam menjalankan fungsi baginda 
seperti yang dinyatakan dalam peruntukan Fasal 55 (1) dan (1A), Undang-undang 
Tubuh Kerajaan Selangor 1959;

pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang 
berkenaan hendaklah bukan sahaja menyembahmaklum dan mendapat perkenan 
baginda DYMM Sultan Selangor tetapi juga mengambilkira bahawa baginda 
adalah Raja Berperlembagaan yang hendaklah bertindak mengikut nasihat MMKN 
yang lazimnya diwakili oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor; dan

pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor bukanlah termasuk dalam kuasa budi 
bicara baginda DYMM Sultan Selangor yang dinyatakan oleh Fasal 55 (2) yang
 membolehkan baginda bertindak tanpa merujuk dahulu kepada dan mendapat 
nasihat dari MMKN yang sekian lamanya diwakili oleh YAB Dato’ Menteri Besar 
Selangor.

Sekiranya perkara ini telah dijalankan mengikut peruntukan dan konvensyen 
(adat dan adab) perlembagaan dengan melibatkan DYMM Sultan Selangor selaku 
Ketua Negeri, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor selaku Ketua Kerajaan Negeri 
dan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan selaku pihak yang dipertanggung
jawabkan membuat pelantikan, saya percaya maka sudah tentu tidak timbul isu 
berkenaan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.  

Demi menjaga keharmonian dan keberlansungan pentadbiran Negeri Selangor 
yang tercinta ini, harapan saya janganlah mana-mana institusi yang sewajarnya, 
dibelakangi dalam perkara berkaitan pelantikan jawatan utama Kerajaan Negeri 
Selangor. Apakah boleh pula sekiranya jawatan Ketua Setiausaha Negara dilantik 
oleh SPB Yang di-Pertuan Agong tanpa merujuk dahulu kepada YAB Perdana Menteri?  

Jika ada pihak yang hanya melihat peruntukan perlembagaan atau undang-undang 
tubuh secara tersurat sahaja tanpa mengambilkira konvensyen, pastinya SPB Yang 
di-Pertuan Agong boleh mengisytihar darurat tanpa perlu mendapat nasihat dari 
Jemaah Menteri yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri. Ini peruntukan yang 
tersurat dalam Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan.

Namun hakikatnya, dan mahkamah juga telah menyatakan bahawa, mengikut 
konvensyen, SPB Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mengisytihar darurat 
tanpa dinasihati oleh YAB Perdana Menteri yang mewakili Jemaah Menteri.  
Mengapa diperingkat persekutuan SPB Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak 
mengikut nasihat YAB Perdana Menteri dalam perkara yang secara 
tersurat tidak pula menyebut baginda perlu mendapat nasihat YAB Perdana 
Menteri tetapi di Negeri Selangor, seolah-olah DYMM Sultan Selangor boleh
 bertindak tanpa mendapat nasihat YAB Dato’ Menteri Besar hanya dengan 
alasan bahawa peruntukan undang-undang tubuh tidak menyatakan secara 
jelas baginda perlu merujuk kepada YAB Dato’ Menteri Besar? Adakah SPB 
Yang DiPertuan Agong sahaja Raja Berperlembagaan di dalam Negara ini?  
Ini adalah jelas satu tindakan yang berpilih dan tidak sama-rata. Gambaran yang 
terpampang kepada rakyat adalah dua layanan yang berbeza; satu untuk Pakatan 
Rakyat dan satu untuk Barisan Nasional.  

Saya mengajak semua pihak untuk mengingati episod memalukan di Negeri 
Perak, berkenaan tindakan menggantung ADUN Bebas     pro-BN oleh Speaker 
Perak telah dicabar di mahkamah, tetapi dalam kes penggantungan ahli parlimen dari 
Pakatan Rakyat seperti Dato’ Sri Anwar Ibrahim, menteri berhujah bahawa kuasa 
Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar di mahkamah.

Begitu juga dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut 
amalan dan konvensyen, ianya akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri 
dan Ketua Kerajaan. Tetapi, apabila Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat, 
amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor 
mahu YAB Dato’ Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana. 
Rakyat akan menolak sebarang tindakan “beraja di mata, bersultan di hati” oleh 
mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh 
raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja. 

Janganlah kerana hendak menegakkan benang yang basah, institusi negeri yang 
dihormati rakyat dijadikan perkakas oleh mana-mana pihak berkepentingan. 
Saya meneliti juga kenyataan Setiausaha Sulit tersebut yang menyatakan baginda 
DYMM Sultan Selangor seorang sultan yang tegas dan tidak berganjak dari 
keputusan yang telah dibuat. Bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau 
cara keputusan itu dibuat adalah salah? Adakah baginda masih tidak akan berganjak? 
Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego.  

Dalam sejah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun 
beribu tahun kebangkitan itu berlansung akhirnya kebenaran akan menghenyak 
ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! 
Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor. 

Shuhaimi Shafiei
ADUN Sri Muda

Atas Bawah, Depan Belakang Sapu......



Dear Mufti Johor (the man who passed a decree against Santa Claus hats), when the Chairman of Bank Rakyat takes a bribe of RM1,280,000 to approve Islamic banking facilities for the construction of a hospital in Shah Alam (that the company linked to the Sultan of Selangor’s family has now abandoned) is the bribe Islamic or un-Islamic?
THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin




Thursday, December 30, 2010

Kisah Untuk Renungan.....

Kisah tukang gunting mendakwa Tuhan tidak ada

Salam,

Gambar hiasan

Bila musim persekolahan makin hampir, kedai pakaian sekolah sibuk dengan 
ibu bapa membeli pakaian sekolah anak. Selain kedai pakaian sekolah, kedai 
gunting pasti tak menang tangan sebab budak-budak sekolah masing-
masing mahu memendekkan rambut.

Penulis ada cadang kepada Lujnah Kebajikan PAS kawasan penulis 
supaya menghargai pelajar sekolah yang hendak ke sekolah dengan 
membayar bayaran gunting rambut mereka di kedai gunting.

Kedai-kedai gunting kawasan luar bandar, bayaran untuk pelajar sekolah 
rendah paling tinggi RM 4 malah ada kedai gunting hanya kenakan bayaran 
RM 1 sahaja.

Seminggu sebelum buka sekolah ini, Lujnah Kebajikan terima cadangan 
penulis buat bayaran kepada pelajar yang gunting rambut sebab nak 
ke sekolah. Penulis cadang sebuah kedai, tapi Lujnah pilih lima kedai 
supaya adil kepada semua kawasan parlimen.

Kenapa tak buat program gunting rambut macam PAS kawasan lain buat? 
Sebab , mahu bantu tukang gunting luar bandar juga. Pendapatan mereka 
bukan tinggi, jika Lujnah buat program gunting percuma habislah pelangan mereka.

Apabila Lujnah buat kerjasama dengan tukang gunting, mereka pun rasa dihargai 
dan tumpang gembira. Tak kira la tukang gunting tu orang bulan atau biru , buat je 
kerjasama . Tak de yang tolak walaupun dia orang biru.

Penulis cerita mengenai aktiviti Lujnah Kebajikan hanya sebagai mukadimah 
sahaja. Penulis harap PAS Kawasan lain yang belum program ini buatlah, 
bukan susah pun. Walaupun kecil sumbangan PAS untuk bayaran gunting 
rambut ini, namun kesannya cukup bermakna.

Sebenarnya, penulis nak paparkan satu kisah tukang gunting dan seorang 
pelanggannya. Bacalah , ambillah iktibar dari kisah ini.

Suatu hari, seorang lelaki bernama Manan (bukan nama sebenar) datang 
ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Dia 
pun memulakan perbualan dengan tukang gunting yang melayaninya.
Perbualan mereka kemudiannya menjadi semakin hangat. Pelbagai 
topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan menjadi subjek perbualan.
"Encik, saya ni tak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik katakan 
tadi," tanya si tukang gunting.
Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa kamu 
berkata demikian?"
"Mudah saja, cuba Encik jenguk ke luar tingkap itu dan sedarlah bahawa 
Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu 
ada, mengapa ramai orang yang sakit? Mengapa ramai anak terbiar?
Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sesiapa yang sakit dan tentu juga 
tidak akan berlaku penderitaan di negara ini. Tuhan apa yang 
mengizinkan semua itu terjadi??!!" ungkap si tukang gunting dengan 
nada yang tinggi dan angkuh.
Manan pun berfikir tentang apa yang baru saja diperkatakan oleh tukang 
gunting itu. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan 
agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.
Setelah tukang gunting itu selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun 
berjalan keluar dari kedai tersebut.
Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki berambut 
sangat panjang serta tidak kemas. Tiba-tiba, tercetus difikirannya bahawa 
mungkin lelaki itu sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu 
membuatkannya kelihatan tidak kemas.
Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada si 
tukang gunting,
"Tukang gunting itu sebenarnya tidak ada di dunia ini sepertimana yang 
anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!"
Si tukang gunting pun terkejut dengan kata-kata Manan itu.
"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada 
di sini dan saya adalah seorang tukang gunting!!" bentak si tukang gunting.
"Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang 
yang berambut sangat panjang serta tidak kemas itu," kata Manan dengan 
tegas sambil mengarahkan pandangannya kepada lelaki berambut panjang 
di luar sana.
"Ah, anda merepek saja... tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi 
pada lelaki itu adalah kerana dia tidak mahu berusaha datang ke kedai saya 
dan meminta pertolongan saya untuk digunting rambutnya," jawabnya 
tenang sambil tersenyum.
"Tepat sekali! Itulah jawapannya kepada soalan awak kepada saya tadi. Tuhan 
itu memang ada. Yang terjadi pada manusia itu adalah kerana mereka tidak 
mahu berusaha dalam hidup dan datang mencari dan meminta pertolongan 
dari Tuhannya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di 
negara ini," tegas Manan.
Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting 
diam membisu tidak terkata.I Luv Islam

Wassalam.
(rakyatmarhaen)