Tuesday, June 14, 2011

Lagi Cerita Taib Mahmud....


TAIB MENYERLAH DI TASMANIA
Laporan-laporan terkini menunjukkan Australia sekarang sudah mulai memperolehi gambaran sebenar mengenai sikap Taib Mahmud di Sarawak.
Laporan dan juga beberapa klip video menerusi TV yang menunjukkan sikap kasar para pembalak yang mengganggu dan menyuraikan suatu mesyuarat yang telah diadakan di sebuah dewan orang awam di pekan Huonville, Tasmania adalah sebahagian dari bukti-bukti yang tidak menyenangkan.
http://www.abc.net.au/news/stories/2011/05/20/3222344.htm
Mesyuarat berkenaan telah dipanggil oleh sekumpulan orang tempatan yang cintakan alam sekitar, yang telah merasa kurang senang dengan kegiatan pembalakan di kawasan mereka, yang sedang dijalankan oleh syarikat Ta Ann milik keluarga Taib Mahmud. Para pembalak dikatakan telah bertindak kasar dan menggunakan kata-kata kesat terhadap para hadirin mesyuarat, malah salah seorang dari speaker wanita telah dihamburkan dengan ancaman rogol oleh para pembalak.
Sikap-sikap klasik
Bagi kaum wanita yang tinggal di pedalaman Sarawak, mereka tentunya dapat memberikan kesaksian mengenai betapa seriusnya suatu ancaman rogol itu. Banyak laporan dan aduan kepada pihak polis mengenai rogol dan serangan seksual terhadap kaum wanita dan anak-anak gadis yang dilakukan oleh para pembalak, tetapi kebanyakan rintihan itu telah diambil perhatian oleh golongan NGO. Namun Abdul Taib Mahmud telah menghalang semua cubaan siasatan dijalankan.
Sememangnya, seperti yang diketahui oleh orang-orang Sarawak, ancaman adalah merupakan suatu kaedah yang sering digunakan oleh para pembalak, yang mendapat lesen dan konsesi daripada Taib, ke atas orang-orang asal dan juga masyarakat yang telah dirampas tanah NCR. Rasa takut akan gerombolan samseng yang diupah oleh syarikat-syarikat pembalakan telah dilakukan dengan meluas di seluruh Sarawak.
Kami telah membuat banyak liputan yang menunjukkan bagaimana gerombolan samseng telah diupah oleh syarikat-syarikat pembalakan untuk masuk dan melakukan kerja-kerja kotor mereka, menyerang orang-orang kampung dengan kayu, parang, letupan dan juga senapang. Aduan-aduan kerapkali tidak dambil peduli oleh pihak polis, kerana mereka dihalang untuk bertindak atas arahan Abdul Taib Mahmud. Ketua Menteri, yang juga Menteri Kewangan, Menteri Perancangan dan Sumber dan juga selaku Ketua Perbadanan Kemajuan Industri Pembalakan Sarawak, telah mendapat habuan yang amat lumayan hasil dari mencukai secara peribadi ke atas kegiatan pembalakan di Sarawak sejak lebih 30 tahun yang lalu.
Jangkauan global Taib
Syarikat-syarikat yang telah ditubuhkan dan menjadi kaya di Sarawak telah mengembangkan kegiatan pembalakan mereka ke luar negara. Mereka telah bersungguh-sungguh memasuki kawasan-kawasan hutan hujan di Indonesia, Papua, Kepuluauan Solomon, Congo, Amazon dan kini, Tasmania.
Malah para pembayar cukai Australia telah mengagihkan peruntukan sebanyak $10,000 untuk membiayai pembinaan kilang kayu bergergaji di pulau itu. Cetusan idea siapakah itu? Syarikat gergasi perkayuan Ta Ann dikendalikan oleh multi-jutawan Hamid Sepawi, sepupu dan proksi perniagaan kepada Taib Mahmud sendiri, yang telah disenaraikan sebagai orang yang terkaya di Malaysia. Kenapa pula para pembayar cukai di Tasmania perlu membiayai kemasukannya ke negara itu dan menebang hutan mereka hanya kerana hutan-hutan di negeri Sarawak kini semakin pupus?
Apabila pihak jabatan hutan Tasmania membuat penilaian ke atas keberterusan (sustainability) dan rekod-rekod pembalakan yang dilakukan oleh keluarga Taib, pernahkah pihak berkenaan meneliti kesan-kesan pembalakan terhadap alam sekitar di Sarawak? Kami menumpukan pandangan kami ke arah seorang yang telah selama 30 tahun memusnahkan dan meranapkan kawasan hutan hujan tertua (sebuah kawasan hutan yang diandaikan berusia tidak kurang dari 130 juta tahun) di Sarawak.
Tujuan sebenar Abdul Taib Mahmud menghantar syarikat-syarikat pembalakannya ke Tasmania adalah kerana, dalam masa sesingkat 30 tahun, dia telah berjaya meranapkan hutan hujan tropika ketiga terbesar di planet ini. Sebab utamanya, Sarawak kini telah ketandusan kayu untuk ditebang.
Jangan petik kenyataan ini dari Sarawak Report, tetapi petiklah dari suatu petisyen tahun 2006 untuk memohon lesen menghutankan semula yang ditulis oleh Hamid Sepawi sendiri, bagi pihak Ta Ann! Pada petisyen tersebut Hamid telah menyatakan
“kebanyakan kawasan hutan di Sarawak telah ditebang sekurang-kurangnya lebih dari sekali” [Hamid Sepawi, 2006]
Orang-orang Tasmania berhak untuk menentang

Adalah sesuatu yang mengejutkan bahawa berkembangnya dan bangkitnya gerakan menentang pembalakan yang rakus oleh orang-orang Tasmania yang berlaku ke atas hutan mereka. Kerisauan di kalangan masyarakat antarabangsa kian bertambah mengenai kepupusan hutan hujan kayu keras, malah syarikat-syarikat keluarga Taib sendiri yang merupakan peraih kontrak-kontrak menjalankan kerja-kerja menebang itu.
Para penunjuk perasaan di Tasmania yang mengambil bahagian dalam peristiwa itu telah dinafikan oleh pihak-pihak berwibawa Tasmania sendiri. Mereka telah ditangkap kerana mengadakan tunjuk perasaan terhadap Ta Ann, walaupun para penunjuk perasaan lain di seluruh dunia dibenarkan untuk berbuat demikian tanpa mendapat sebarang ancaman dari mana-mana pihak.
Adakah kebebasan bersuara dan hak untuk menentang memang dinafikan di Tasmania berbanding dengan tempat-tempat lain di negara-negara lain yang telah membenarkannya. Orang-orang di Tasmania adalah lebih berhak mempertahankan hutan mereka dari diranapkan.
Hanya beberapa pihak sahaja yang melihat perlunya hutan-hutan di Tasmania dimusnahkan untuk mengaut keuntungan. Maka, bagaimana mereka beroleh keuntungan dalam masa beberapa tahun sahaja apabila hutan-hutan telah habis ditebang? Bagaimana kawasan-kawasan lain di Australia dan masyarakat berindustri memperoleh keuntungan dengan tiada lagi hutan untuk ditebang?
Semua pihak berwibawa tahu bahawa kita perlu mengamalkan keberterusan dalam menguruskan sumber jika ingin mempastikan manusia akan dapat terus hidup di planet ini. Hanya mereka yang ingin cepat kaya dan tidak mempedulikan orang lain sahaja atau generasi yang akan datang sahaja yang menolak pendapat sedemikian.
Oleh yang demikian, para pejuang alam sekitar dan kumpulan rapat-rapat umum perlu dibenarkan menunjukkan perasaan secara aman, tanpa mendapat sebarang penentangan.
Mereka juga harus dibenarkan membuat kritikan terhadap pihak-pihak yang memerintah di Tasmania, yang telah membenarkan tanpa segan-silu kemasukan Sultan Kayu Balak dari Sarawak ke dalam kawasan-kawasan hutan mereka.