Oleh Vanitha Vasu
Beberapa kerajaan dunia diminta untuk menghapuskan polisi yang menyokong bio bahan api kerana ia menyebabkan peningkatan harga bahan makanan dunia. Demikian menurut laporan 10 agensi antarabangsa, termasuk Bank Sedunia dan Pertubuhan perdagangan Sedunia.Laporan ini menambahkan lagi lagi bantahan terhadap sasaran dan subsidi bio bahan api seperti di Eropah, Kanada, India dan Amerika Syarikat. “Jikalau harga minyak adalah tinggi dan nilai tanaman di pasaran tenaga melebihi pasaran makanan, maka hasil tanaman itu akan digunakan untuk menghasilkan bio bahan api. Ini akan meningkatkan harga makanan,” menurut laporan itu.
“Perubahan harga minyak boleh berlaku secara mendadak dan menyebabkan peningkatan harga makanan secara tidak menentu,” tambahan laporan itu lagi.
Laporan tersebut disediakan atas permintaan kumpulan 20 ekonomi utama.
Laporan tersebut menekankan ketidaktentuan harga makanan dan pertanian. Penulis laporan tersebut terdiri daripada pakar-pakar daripada Program Makanan Sedunia (World Food Programme), Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund), Pertubuhan Makanan dan Pertanian Amerika Syarikat (UN’s Food and Agriculture Organisation), dan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (Organisation for Economic Cooperation and Development).
Perancis telah menangani ketidaktentuan harga makanan kerana ia menjadi keutamaan sidang Presiden G20 pada 2011 dan mengetuai usaha di Eropah untuk menghadapi spekulasi di pasaran komoditi, yang menyebabkan peningkatan harga makanan.
Menteri-Menteri Pertanian G20 akan bermesyuarat di Paris pada 22-23 Jun bagi membincangkan perkara dasar yang berkaitan dengan masalah ini, bermula dengan meningkatkan ketelusan pasaran hingga mewujudkan sekatan terhadap kedudukan-kedudukan spekulatif yang diambil oleh para peniaga di pasaran komoditi.
Perancis tidak meletakkan sasaran bio bahan api dalam Agenda G20 untuk pertanian, tetapi laporan itu mendesak supaya dasar itu dikaji semula.
Subsidi untuk menghasilkan bio bahan api generasi pertama telah menurunkan kosnya. Oleh sebab itu, pergantungan harga pertanian terhadap harga minyak turut meningkat.
Dasar-dasar seperti ini perlu dipertimbangkan kembali,” tambahnya. “Kerajaan G20 (hendak) menghapuskan peruntukan dalam dasar nasionalnya yang memberi subsidi (atau mandat) dalam pengeluaran dan penggunaan bio bahan api.”
Bio bahan api telah mencetuskan perdebatan yang sengit, tentang Makanan Vs Bio Bahan Api, semenjak. Harga makanan melonjak pada tahun 2007/08 yang mencetuskan rusuhan di beberapa negara-negara membangun.
Kumpulan Industri Etanol Amerika Syarikat mengatakan cara perdebatan ini dijalankan tidak secara adil dan seolah-olah melebih-lebihkan kesan bio bahan api terhadap harga makanan.
“Sebenarnya etanol mempunyai kesan yang minimum terhadap harga makanan. Faktor-faktor lain, seperti iklim, ketidakstabilan politik, kos tenaga dan spekulatif dalam pasaran komiditi memainkan peranan yang lebih besar,” menurut Stephanie Dreyer, jurucakap bagi Kumpulan Pertumbuhan Tenaga dalam maklum balasnya melalui e-mel
Bio bahan api juga dikategorikan di bawah pengawasan yang ketat untuk menggalakkan penanaman semula hutan, yang merupakan salah satu kesan sampingan, yang kadangkala jejak karbonnya lebih besar berbanding bahan bakar fosil.
Bio bahan api menyerap sebanyak 20 peratus tebu pada 2001-2009, 9 peratus minyak sayuran dan biji-bijian kasar dan 4 peratus daripada gula bit, kata laporan tersebut.
Ini tidak termasuk hasil sampingan bio bahan api yang boleh digunakan sebagai suplemen dalam makanan ternakan, yang mungkin dapat mengurangkan kesannya terhadap bekalan makanan.
Kini semua pihak mempunyai kebimbangan yang mendalam terhadap bio bahan api berbanding dengan masyarakat Eropah, yang telah menetapkan sasaran sebanyak 10 peratus bio bahan api pada tahun 2020 dengan mempertimbangkan kesan penggunaan tanah.
Cadangan lain dalam laporan itu adalah selari dengan cadangan yang telah ditimbulkan oleh Presiden G20 Perancis, yang melihat Perancis mendapat sokongan yang meluas termasuk inisiatif data pertanian secara global bagi meningkatkan ketelusan pasaran.
Begitu juga sokongan padu terhadap cadangan Perancis untuk membentuk penyelarasan dalan mengendalikan krisis makanan dan mewujudkan simpanan makanan untuk kecemasan, yang bertentangan dengan cadangan yang lebih berat, iaitu mewujudkan “Stok Penimbal”.— Reuters