Tuesday, December 11, 2012

Bagaimana PM? Semuanya Telah Terburai!!!

Mat Zain: Kemarahan Musa hanya satu 'sandiwara'
Bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim berkata, kemarahan yang disuarakan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan ke atas perdana menteri dan menteri dalam negeri baru-baru ini "hanyalah satu lagi sandiwara".

Mat Zain berkata, beliau pada mulanya berpendapat bahawa Musa sudah bertaubat dan mahu membawa pasukan itu kembali ke zaman kegemilangannnya.

NONE"Baru-baru ini, Musa membuat beberapa komen ke atas menteri kabinet dan pemimpin Umno, namun beliau  menegaskan bahawa tiada campur tangan dalam siasatan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Beliau juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dan tiada konspirasi untuk mengenakan Anwar dalam kedua-dua kes Liiwat I dan II.

"Saya kemudiannnya sedar bahawa kemarahan Musa itu, atau apa sahaja yang anda mahu panggil, hanya satu lagi sandiwara," katanya.

Beliau mendakwa, Musa hanya berpura-pura menentang pemimpin tertinggi dalam kabinet dan dalam Umno, namun sebenarnya melindungi individu tertentu – terutamanya peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Musa perlu sedar bahawa kejujuran seseorang itu bukan perkara yang sukar untuk diuji, katanya.


Musa minta Ramli perjelas 'kekayaan'
Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan hari ini menggesa Datuk Ramli Yusuff supaya menjelaskan bagaimana bekas pengarah jabatan siasatan jenayah komersial itu "mengumpul kekayaan yang besar" semasa berkhidmat.

NONE"Beliau harus menjawab. Bagaimana dia boleh memperolehi kekayaan yang besar ketika dia masih dalam pasukan (polis)?

"Saya tidak mempunyai kekayaan sebesar itu. Beliau perlu menjawab," dakwa Musa dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan yang diajukan seorang penulis blog pro-Umno yang dikenali dengan nama Bigdog.

Dalam tulisan blog itu, Bigdog mendakwa Ramli memfailkan satu  pengisytiharan pada 4 September 2007 yang menyenaraikan 52 aset yang bernilai lebih RM8 juta termasuk sebuah kondominium di Residence Pavilion bernilai RM1.1 juta.

Ramli sebelum ini mendakwa Musa menyalahgunakan kuasanya untuk melindungi seorang ketua kongsi gelap Johor, Goh Cheng Poh atau Tengku Goh.
Musa dakwa KSU kementerian juga campur tangan
Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan hari ini tampil dengan dakwaan baru bahawa ketua setiausaha kementerian dalam negeri Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi turut campur tangan dalam hal ehwal polis.
Tanpa menamakan Abdul Rahim, Musa mendakwa setiausaha agung kementerian itu memberi arahan terus kepada pegawai polis tertentu, yang menurutnya menyebabkan pasukan itu keliru dalam mengikut arahan.

Musa mendakwa Abdul Rahim mengeluarkan arahan supaya pegawai polis berkenaan memberi laoran kepadanya.

Katanya lagi, pegawai berkenaan kemudiannya mengadu kepadanya kerana keliru.

Musa berkata demikian dalam satu sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya anjuran Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) - sebuah NGO yang dinaunginya.

Ketika ditanya, Musa berkata ketua setiausaha kementerian yang dimaksudkannya itu adalah yang sedang berkhidmat pada masa ini.

Musa pada bulan lalu mendakwa Hishammuddin campur tangan dalam urusan polis dan memberi arahan kepada pegawai polis bawahan dan seorang ketua polis daerah semasa perkhidmatan bekas ketua polis negara itu.

Musa berkata kerajaan tidak memberi sebarang maklum balas berhubung dakwaannya ke atas Hishammuddin, dan usaha MyWatch untuk bertemu ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar juga menurutnya tidak dilayan.
Musa dakwa pegawai polis dilucut jawatan kerana Phang
Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan mendakwa bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert Phang pernah mengugut seorang pengawai tinggi polis dan menyebabkan pegawai berkenaan dilucutkan jawatan.
Musa berkata, pegawai polis berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD itu enggan memenuhi permintaan untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat melibatkan Phang pada 2009.

Pegawai itu kemudiannya ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Phang dalam satu sidang media anjuran NGO yang dikenali dengan nama Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), yang dinaunginya.

Beliau mendakwa Phang, yang merupakan penasihat bebas Motorola Technology Sdn Bhd, memperolehi projek untuk syarikat tersebut berhubung naiktaraf sistem telekomunikasi polis kepada sistem digital pada 2009.

Musa mendakwa, beliau diberitahu sumber bahawa polis diminta mentauliah projek berkenaan apabila siap memandangkan syarikat berkenaan tidak akan dibayar sekiranya ia tidak ditauliah.

"Jadi dia minta pegawai polis untuk tauliah, tapi pegawai itu menolak kerana ia tidak siap. Dia ugut pegawai itu dan berkata jika dia enggan (tauliah sistem berkenaan) dia akan ditukarkan," dakwanya.

Ismail juga meminta pegawai berkenaan menandatangani dokumen untuk mentauliah sistem berkenaan, tetapi pegawai tersebut tetap berkeras, dakwanya lagi.

Beliau seterusnya mendakwa, pegawai berkenaan kemudiannya ditukarkan dalam tempoh 24 jam.