Tuesday, December 18, 2012

OH! Negaraku...Benarkah?

malaysiakini

Aliran modal haram, M'sia di tempat ke-2 di dunia
Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 - meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.

azlanBadan pemantau - Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington - dalam laporan terbarunya yang
menjejaki pengaliran modal, berkata tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

GFI telah memperkenalkan kaedah baru dan lebih konservatif dalam membuat anggaran aliran keluar wang haram, yang membantu untuk memberi tumpuan ekslusif terhadap wang kotor. Oleh itu, anggaran dari laporan terdahulu telah disemak semula.

Tahun lepas, GFI telah meletakkan angka aliran keluar wang haram bagi Malaysia pada tahun 2009 ialah AS$46.86 bilion (RM143.3 bilion). Ini telah diubah kepada AS$30.41 bilion (RM93 bilion).

Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia - dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38  bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010.

GFI belum memperolehi data untuk 2011 dan 2012, tetapi ini akan dimasukkan ke dalam laporan yang akan datang.

Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah "pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia".

Laporan GFI - 'Aliran Kewangan Haram Dari Negara Membangun: 2001-2010' -  dihasilkan bersama oleh ahli ekonomi GFI, Sarah Freitas dan Dev Kar, yang merupakan bekas ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa  (IMF).

azlanMenurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul
sepanjang lebih 10 tahun - dari 2001-2010 - Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.

Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah AS$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah AS$2,740 bilion, dan Mexico, AS$476 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mempertikaikan angka GFI dan memaklumkan kepada Parlimen tahun lepas angka yang lebih rendah sebanyak RM135.3 bilion bagi aliran keluar modal haram 2000-2009.

Bagaimanapun, data GFI disokong oleh penyelidikan yang berbeza awal tahun ini oleh organisasi lain - Tax  Justice Network yang berpangkalan  di London - yang mendapati Malaysia adalah antara negara teratas di dunia dalam aliran modal.

 

 

Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!

by Staff Berita Semasa
WSJ Malaysia Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!
Tertunggu juga kami dibuatnya…kalau-kalau Utusan Malaysia, Berita Harian ataupun Buletin Utama TV3 ataupun televisyen milik kerajaan RTM ada menyiarkan laporan berita ini atau tidak. Malangnya, selepas beberapa hari berlalu ia masih tidak disiarkan. Mungkin mereka ada berita yang lebih penting daripada laporan The Wall Street Journal ini sehingga slot berita mereka sarat dengan “pengisian” yang lain….
 Jikalau K. Rajagopal ada pernah mengatakan ranking bola sepak Malaysia pada ranking FIFA tidak penting, harap-haraplah pendapat sebegitu tidak keluar untuk ranking di bawah ini..
Rasuah Malaysia 2012 Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!
Dahulu kita ada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum diangkat ke kedudukan yang lebih tinggi di mana dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Adakah bertambah baik? Malangnya orang luar atau agensi luar dilihat lebih berminat & prihatin untuk mengukur dan mengawasi tahap rasuah di negara kita Malaysia.
Dan kami rakyat Malaysia tidak mahu negara yang bernama Malaysia popular dengan berita-berita yang sebegini rupa. Walaubagaimanapun kami sama sekali tidak terkejut dengan laporan berita  The Wall Street Journal ini berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh Badan Pemantau Rasuah, Transparency International (TI).
Rasuah Malaysia Australia Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!
Sumber Laporan Berita + Video : http://www.abc.net.au
Jikalau tidak masakan, berbangkitnya skandal skandal komisen bernilai RM11.4 juta yang diterima “individu yang ada hubungan rapat peringkat tertinggi dengan pihak kerajaan” daripada syarikat membekal bahan polimer untuk mencetak wang kertas, Securency International dan Note Printing Australia serta merupakan broker bagi program senjata nuklear Pakistan.
Skandal ini sedang hangat di Australia apabila dua anak syarikat Reserve Bank Australia itu didakwa merasuah pegawai tinggi kerajaan selaku orang tengah bagi mendapat kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.
Skandal ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila syarikat Australia tersebut dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di sebuah negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia. Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.
Ini hanya beberapa contoh sahaja….
Rasuah di Malaysia Najib Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!Jikalau sebelum ini, kami pernah mengeluarkan laporan berita yang bertajuk Malaysia Mencatatkan Aliran Wang Haram Sejumlah RM1.052 Trillion (US$338 Bilion)! (KLIK SINI). Satu angka dan bebanan yang cukup besar kepada negara. Sedang akhbar utama di India contohnya menyamakan  ia dengan satu kejadikan rompakan besar-besaran kepada negara mengenai kes aliran wang haram haram ini (illicit fund) di sana….
Malangnya media arus perdana dilihat tidak begitu berminat untuk berkongsi laporan berita ini di media mereka. Mereka dilihat lebih suka menyiarkan iklan animasi dan iklan komersial yang mengatakan Malaysia akan memerangi rasuah.
Sebenarnya tidak perlu mengeluarkan belanja untuk iklan sebegitu rupa. Persepsi rasuah & usaha untuk meyakinkan kalangan rakyat Malaysia di mana kerajaan “benar-benar” dilihat lebih berkesan jika janji yang dilontarkan disusuli dengan tindakan yang dilihat ada integriti, bukan setakat mencanang di seluruh pelusuk Malaysia semata.
Rasuah Malaysia Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!
Terbaru, badan pemantau rasuah, Transparency International (TI)  meletakkan Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kajiselidik Pembayar Rasuah 2012 berdasarkan laporan The Wall Street Journal. Ini kerana……
  • 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah.
  • Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.
  • Syarikat luar yang ingin bekalkan (produk atau perkhidmatan) perlu waspada yang mereka mungkin akan diminta untuk beri rasuah
Wall Street Journal Malaysia Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!
Sumber : The Wall Street Journal

Video Laporan Berita Wall Street Journal : Malaysia Paling Tinggi Rasuah (Perniagaan) Di Dunia?


Apa respon balas anda pula?