Ketika dahulu pernah ada
kesepakatan antara ulama Syiah dan ulama Sunni untuk mengadakan sebuah
dialog berkaitan dengan ajaran Syiah. Tempat dan waktu pun ditentukan.
Dialog dihadiri dan melibatkan tujuh orang ulama dari Sunni dan tujuh
ulama dari Syiah.
Selang beberapa hari
selepas perjanjian itu, tepat pada hari dan waktu yang telah ditentukan
ulama-ulama syiah pun hadir dengan tujuh orang di dalam sebuah bilik.
Namun, entah apa yang berlaku dengan ulama sunni kerana masih tiada
seorang pun ulama sunni tiba. Para ulama Syiah pun menunggu. Setelah
lama menunggu, orang yang ditunggu-tunggu tidak muncul-muncul juga,
tidak ada tanda-tanda mereka akan datang.
Namun, setelah menunggu
lama tiba-tiba masuk seorang ulama sunni dengan kasut yang dikepit bawah
ketiaknya. Para ulama Syiah pun hairan dan lantas bertanya:
"Mengapa kau membawa masuk kasut mu ke ruangan ini?"
Orang yang ditanya lantas menjawab: "Setahu saya, di zaman Rasulullah orang-orang syiah suka mencuri kasut."
Ulama Syiah pun saling
pandang antara satu dengan yang lain dengan pandangan hairan. Lalu
mereka berkata: "Tapi di zaman Rasul belum ada Syiah."
"Kalau begitu
perbincangan kita telah selesai. Dari manakah datangnya ajaran agama
kamu jika di zaman Rasulullah tidak ada Syiah, "Jawab lelaki itu.
Sheikh Ahmed Hoosen Deedat Al-Hafiz |
Lelaki yang datang membawa kasut tersebut adalah Sheikh Ahmad Deedat Rahimahullah, penulis buku fenomenal The Choice.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب