
Kemenangan pemimpin parti sosialis Perancis Francois Hollande mengangkat beliau menjadi Presiden Perancis yang baru selepas tumbangnya Nicolas Sarkozy yang telah menjadi Presiden Perancis sejak daripada tahun 2007 lagi.
Dan laporan terbaru daripada pihak Reuters melaporkan yang mana Nicolas Sarkozy boleh mula dikenakan tindakan undang-undang apabila imuniti yang “dinikmatinya” sebelum ini sebagai presiden mula tamat sekitar pertengahan bulan Jun 2012. Ehem….Kemenangan Francois Hollande dan tumbangnya Nicolas Sarkozy, sebenarnya ada hubungkaitnya dengan kerajaan Malaysia. Ada sebab mengapa kami katakan begitu….
Nicolas Sarkozy Bakal Dikenakan Tindakan Undang-Undang
Perlembagaan Perancis boleh boleh kami katakan agak unik dengan memberikan kelebihan kepada bekas presiden Perancis untuk tidak boleh sama sekali diminta datang memberi keterangan atau disiasat atau didakwa sehingga sebulan selepas bekas Presiden, Nicolas Sarkozy meninggalkan pejabatnya. Dan selepas sahaja tempoh tersebut……
“Nicolas Sarkozy bakal menjadi pelanggan setia mahkamah Perancis. Bekas presiden Perancis sebelumnya, Jacques Chirac sudah menerima hukuman dunia iaitu penjara selama 2 tahun atas penyelewengan kuasa”

Presiden Perancis Baru : François Hollande
Mengapa kami mengatakan tumbangnya Nicolas Sarkozy ada kaitan dengan Malaysia? Ini semuanya ada hubung kaitannya dengan skandal pembelian kapal selam dari Perancis oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Masih ingat lagi? Kali ini kes ini kembali panas.
Dijangka penyiasatan skandal kapal selam Scorpene ini akan menjadi lebih lancar selepas ini dengan pelantikan presiden Perancis yang baru, François Hollande. Ini kerana sebelum ini terdapat kebimbangan kerajaan di bawah pimpinan Nicolas Sarkozy untuk menyiasat secara menyeluruh disebabkan terdapat keterlibatan kerajaan Perancis sendiri dan juga beberapa tokoh politik dalam skandal ini. François Hollande? François Hollande tidak terlibat skandal tersebut, dan ini bermakna penyiasatan skandal kapal selam Perancis ini akan menjadi lebih cepat dan lancar.
Kes ini bukan sahaja melibatkan skandal pembelian kapal selam Malaysia dari Perancis semata, kerana syarikat Perancis yang sama turut terlibat dengan :
- Skandal penjualan kapal selam ke Pakistan yang telah menyebabkan 11 orang terbunuh
- Skandal penjualan kapal selam ke Taiwan yang telah menyebabkan 1 orang terbunuh
- Dan…tidak juga skandal penjualan kapal selam ke Malaysia yang telah menyebabkan seorang gadis Mongolia terbunuh, Altantuya Shariibuu
Jadi, oleh itu sebab itulah yang mana kami rasa pun anda sudah pun mengetahuinya di mana sekarang ini hakim mahkamah Perancis telah putuskan untuk menolak kesaksian P. Balasubramaniam (penyiasat persendirian) kerana hakim mahkamah Perancis hanya perlu meneliti dan membuat semakan terhadap afidavit (surat sumpah) yang dibuat oleh P. Balasubramaniam terhadap kes berprofil tinggi, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.Uniknya, sistem mahkamah Perancis hakim sendiri boleh menyoal siasat saksi berbanding sistem mahkamah di Malaysia di mana kita ada barisan pendakwa dan pembela.
Walaubagaimanapun, mahkamah Perancis dilihat lebih berminat untuk memanggil 3 saksi ini, yang bernama :
Senarai Saksi Pilihan Mahkamah Perancis (Skandal Kapal Selam Scopene & Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu)
- Abdul Razak Baginda
- Datuk Seri Najib Razak
- Prof Dr. Shaariibuu Setev
Dan yang mengejutkan ialah, pengumuman mahkamah Perancis yang mahukan saksi yang ketiga bernama Prof Dr. Shaariibuu Setev yang merupakan bapa kepada gadis Mongolia yang dibunuh dengan kejam di Malaysia, Altantuya Shaariibuu jurubahasa ketika urusniaga pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis ini)
Ini kerana, pada asalnya ramai pemerhati yang menjangkakan siasatan mahkamah Perancis ini lebih kepada untuk menyiasat skandal kapal selam Scopene semata, tetapi jangkaan itu meleset. Sebenarnya siasatan kali ini oleh mahkamah Perancis “lebih daripada itu”….
Apa kesannya jika saksi-saksi yang dipanggil tidak hadir? Jikalau tidak hadir sapina natijah selepas ini bukan sahaja tidak boleh sama sekali menjejakkan kaki ke Perancis malahan tidak boleh ke seluruh negara-negara Eropah kerana semua negara Eropah menggunakan sistem kehakiman yang sama.
- Jika sapina tidak diendahkan, mahkamah Perancis boleh mengeluarkan notis mandat d’amener, memaksa saksi hadir juga di mahkamah
- Jika saksi (masih degil) tidak mahu mematuhinya, maka waran tangkap boleh dikeluarkan
- Pilih antara dua di atas ini
Di Malaysia kes berprofil tinggi ini, kes pembunuhan Altantuya telah pun ditutup. Razak Baginda telah pun dibebaskan manakala, 2 komando telah dijatuhkan hukuman bunuh. Walaubagaimanapun, kes ini dibuka semula di Perancis. Pemerhati & penganalisis politik ketika ini melihat ini adalah satu kemungkinan PRU ke 13 akan diadakan secepat mungkin. Mungkin?
P/S Apa pemerhatian adan respon anda pula yang pernah mengikuti secara dekat mahupun jauh kes berprofil tinggi ini, Skandal Kapal Selam Scopene & Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu ketika di bicara di Malaysia sebelum ini?













Menurut maklumat yang diberikan Lynas, bilangan pekerja yang diupah kilang nadir bumi di Kuantan adalah antara 350 hingga 400 orang (angka tepat adalah 236 orang sehingga Disember 2011)(2). Apakah angka ini cukup besar? Cuba bandingkan dengan hypermarket seperti TESCO. TESCO mempunyai rangkaian sebanyak 40 unit di Malaysia, dengan jumlah 15,000 orang pekerja, atau purata 375 orang per unit (3).
Pada tahun 2008, sekali lagi kerajaan
Menurut laporan pelabur Lynas pada Mei 2011 (4), Lynas telah menandatangani lapan kontrak bekalan nadir bumi dengan Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun untuk jangka panjang (10 tahun). Lihat sahaja kontrak "strategic alliance"-nya bersama Sojitz, pengedar nadir bumi terbesar Jepun telah menyatakan, lebih 38% nadir bumi (sekurang-kurangnya 8,500 ton setiap tahun) akan dieksport secara terus ke Jepun. Ditambah lagi kontrak lain yang selebihnya, Malaysia hanyalah sebagai "distribution hub" untuk Lynas.
Selain itu, laman sosial Facebool
Pada Ogos 2007, Lynas bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan Malaysia agar projek ini dipindah dari Terengganu ke kawasan industri Gebeng, Kuantan. Sebagai pampasan lantaran penangguhan yang disebabkan perpindahan tersebut, Menteri Kewangan Malaysia telah meluluskan package insentif yang baru. Pengecualian cukai korporat dilanjutkan dari 10 tahun kepada 12 tahun. Stamp duty untuk pembelian tanah di Gebeng turut dikecualikan. Malah, Lynas memperolehi dana yang tidak melebihi RM1.2 juta untuk tiga tahun, sebagai tabung latihan pekerja Malaysia (8).